Rabu, 23 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jamal Yunos beri amaran rusuhan di Jalan Petaling Sabtu ini

Posted: 23 Sep 2015 05:24 AM PDT

 
Dia mendesak KPDNKK mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan tiruan di Jalan Petaling jika tidak mahu berlaku perhimpunan pada Sabtu ini.


jamal-yunos_Petaling-Street_600


AMPANG: Datuk Jamal Yunos memberi amaran rusuhan oleh kumpulan Melayu mungkin berlaku di Jalan Petaling pada Sabtu ini jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang telah dibuat.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia itu berkata, setakat hari ini pihak berkuasa tidak menjalankan apa-apa tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang didakwa menjual barangan tiruan.

"Kalau pihak berkuasa tak mengambil tindakan, saya yakin, 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin juga akan berlaku satu rusuhan di sana. Hari sabtu ni.

"Saya sendiri sudah berjumpa pihak KPDNKK untuk sampaikan hasrat mereka supaya tuntutan kita ini dilaksanakan," katanya kepada pemberita di IPD Ampang Jaya pada Rabu.

Katanya, jangkaan 5,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak-pihak yang terlibat mengadakan rundingan dengan perniaga di sana bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.

"Saya berharaplah persatuan peniaga dan peniaga-peniaga di Petaling Street itu, memberi kerja sama yang sepenuhnya supaya kita tidak mahu insiden seperti 16 September yang lepas berulang lagi.

"Kalau KPDNKK tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak bertanggungjawab," katanya yang enggan mendedahkan individu yang akan mengetuai perhimpunan Sabtu ini.

‘Seolah-olah kuasa boleh diancam dengan belon’ – Bilqis Hijjas

Posted: 23 Sep 2015 05:17 AM PDT

 
Bilqis menjadi orang pertama di negara ini yang akan dikenakan tindakan atas kesalahan jenayah yang dikaitkan dengan belon.


Bilqis-Hijjaz


KUALA LUMPUR: Bilqis Hijjas yang didakwa menjatuhkan belon berwarna kuning pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pusat beli belah di ibu negara pada bulan lalu menganggap tuduhan terhadapnya 'tidak masuk akal'.

"Perkataan yang ditulis (atas belon) seperti demokrasi, bebas media dan keadilan tidak bersifat menghina," katanya kepada pemberita selepas membayar wang jaminan RM500 di Mahkamah Kuala Lumpur.

Dia berkata, belon juga bukan senjata berbahaya.

"Ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah kuasa boleh diancam oleh belon," katanya.

Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mencetuskan tingkah laku yang menghina dan mengganggu keamanan.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan berjanji akan berjuang' sehingga akhir.

Peguamnya, Michelle Yesudas memberitahu, Bilqis adalah orang pertama di negara ini yang akan dikenakan tindakan atas kesalahan jenayah yang dikaitkan dengan belon.

Minta wartawan ‘google’ sumber kekayaaan anak Tun M

Posted: 23 Sep 2015 05:10 AM PDT

 
NGO mendakwa kemampuan anak-anak Dr Mahathir memperoleh modal perniagaan ketika bapanya menjadi Perdana Menteri amat mencurigakan dan pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan.


leesang,mokhzani,mirzan


KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) membuat desakan itu kerana curiga kekayaan luar biasa mereka yang dipercayai diperolehi melalui salah guna kuasa sewaktu Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden PPBNM, Dr Lee Nan Sang berkata, sumber modal yang diperolehi anak-anak Dr Mahathir untuk memulakan perniagaan juga amat mencurigakan.

Namun begitu, apabila ditanya wartawan adakah dia mempunyai bukti untuk mengukuhkan dakwaan kekayaan yang dimiliki anak-anak Dr Mahathir, Lee berkata,

"Saya tidak membawa sebarang dokumen atau bukti, tapi kamu (pemberita) boleh mencarinya di 'Google'," katanya.

Lee mempersoalkan bagaimana anak-anak Dr Mahathir memperoleh modal dalam jangka masa yang singkat untuk menjalankan perniagaan besar yang bernilai berbillion Ringgit.

"Adakah ia dilakukan ketika Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri?" soalnya dalam satu sidang media di pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada Rabu.

Mengulas lanjut, Lee turut mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak berdiam diri dalam isu kekayaan anak-anak Dr Mahathir malah satu siasatan dijalankan untuk mengupas kebenaran jika Dr Mahathir pernah mengarahkan syarikat GLC gergasi memberikan kontrak perniagaan kepada anak-anaknya.

Kakitangan RHB Bank terkejut terima gaji hampir 10 kali ganda

Posted: 23 Sep 2015 05:05 AM PDT

 
Perkara itu dikatakan berpunca daripada kesilapan teknikal kerana bank berkenaan sedang menaiktaraf sistem pengkomputeran.


rhb


PETALING JAYA: Kakitangan RHB Bank terkejut apabila mendapati gaji untuk bulan September yang masuk ke dalam akaun mereka hari ini 'luar biasa'.

FMT difahamkan ada kakitangan RHB hampir pengsan apabila mendapati jumlah gaji yang diterima hampir 10 kali ganda berbanding biasa.

Rata-rata terkejut dan kehairanan dengan jumlah gaji yang diterima kerana syarikat tidak pernah membuat sebarang pengumuman keuntungan apatah lagi untuk memberikan bonus.

'Durian runtuh' itu gara-gara kesilapan teknikal kerana bank itu dikatakan sedang menaik taraf sistem pengkomputeran.

Kegembiraan seketika kakitangan bank berkenaan telah dikongsi di Facebook dan menjadi viral.

Perkara itu telah menjadi topik perbincangan di alam maya hingga ada di antara pengguna media sosial yang menyalahkan pihak bank kerana 'memberi kegembiraan palsu' kepada kakitangannya selain kesilapan itu amat jarang berlaku di sebuah syarikat besar.

Pihak bank telah mengambil tindakan segera dengan menyekat semua akaun yang terlibat untuk mengaudit semula serta merta.

Pihak pengurusan juga menghantar mesej peringatan supaya kakitangan tidak mengeluarkan wang melebihi gaji yang diterima.

Selepas beberapa jam, barulah kakitangan bank berkenaan boleh mengakses semula akaun masing-masing dan menerima gaji yang sepatutnya.

99% demo Sabtu jadi, Jamal beri amaran rusuhan

Posted: 23 Sep 2015 04:47 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


 


Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan Baju Merah minggu lalu, menggesa kerajaan menyelesaikan isu monopoli bukan Melayu dan jualan barangan tiruan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur atau berdepan akibatnya.

"Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku satu rusuhan di sana," katanya.

"Jadi saya minta, saya sendiri dah berjumpa dengan ketua pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) untuk sampaikan hasrat mereka supaya tuntutan mereka dilaksanakan."

Jamal sebelum ini mendakwa Jalan Petaling sebuah tempat "perkauman" dan menyeru ia dikongsi dengan penjaja Melayu.

Kebanyakan penjaja tidak bersetuju dan mencadangkan Jamal memohon pihak berkuasa membuka pusat penjaja khas untuk Melayu di lokasi lain.

Dalam himpunan minggu lalu, berlaku berlaku ketegangan antara sekumpulan lelaki yang memakai baju merah dengan polis, menyebabkan meriam air disembur.

Ada antara mereka memaki polis sebagai "barua Cina" dan membaling botol platik selepas dihalang masuk ke Jalan Petaling.

Polis hanya memberikan permit berhimpun kepada kumpulan silat PESAKA di Padang Merbok sahaja.Enggan dedah identiti kumpulan itu

Jamal yang juga pemimpin akar umbi Umno berkata kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini bertegas supaya tindakan diambil susulan itu .

"Masa 16 September saya datang di sebelah petang untuk meredakan keadaan.

"Dan mereka bersetuju dan persetujuan itu dibuat kerana kita minta kerajaan supaya ambil tindakan tegas terhadap peniaga di Jalan Petaling sebab dilihat ada kekebalan luar biasa kerana tiada tangkapan atau serbuan yang dibuat KPDNKK," katanya.

Jamal juga berkata, selain peniaga Cina, ramai peniaga asing berurusan di jalan itu menyebabkan tempat pelancongan itu tercemar.

"Tuntutan mereka untuk minta peniaga sana kongsi ruang perniagaan pada kaum lain dan tak dimonopoli oleh Cina sahaja," katanya yang mengaku menjadi orang tengah antara kumpulan itu dan pihak berkuasa.

Jamal bagaimanapun enggan mendedahkan ideantiti kumpulan itu.

Beliau justeru mengingatkan supaya tindakan diambil pihak berkuasa sebelum berlaku perkara tidak diingini.

"Dan kalau mereka tak ambil apa apa tindakan sehingga hari Jumaat ini, kalau berlaku apa apa kekecohan di sana saya tidak bertanggungjawab," katanya yang menganggarkan 5,000 orang akan berhimpun Sabtu ini.

Umat Islam juga menyambut Aidiladha hari ketiga Sabtu ini.

Datuk Bandar tidak mengizinkan perhimpunan itu.


PM jangan permain Sabah dan Sarawak

Posted: 23 Sep 2015 04:43 AM PDT

Jimmy Wong


 


Pada 16 September 2015 sebuah dokumen untuk memperingati hari Malaysia ke-52  ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem dalam sebuah acara di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Meskipun hari Malaysia adalah sesuatu yang perlu diperingati oleh seluruh rakyat, saya berpendapat, apa yang lebih penting ialah pelaksanaan segala janji, sumpah dan amanah yang telah diikrarkan kerajaan dalam pembentukan Malaysia.

DAP Sabah mengingatkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya perlu menjalankan amanahnya demi memastikan perjanjian 20 perkara pembentukan Malaysia terlaksana.

Perkara ini selari dengan sumpah Kerajaan Malaysia di Batu Sumpah Keningau pada 31 Ogos 1964 termasuk memberikan autonomi kepada Sabah dalam menentukan hala tuju Sabah sebagai sebuah rakan kongsi yang membentuk Persekutuan Malaysia.

DAP Sabah bersetuju dengan cadangan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengenai empat perkara permulaan yang perlu dilakukan Najib bersempena sambutan Hari Malaysia ini iaitu:

1) Mengisytiharkan persetujuan Putrajaya untuk memberikan autonomi pendidikan kepada Sabah dan Sarawak yang berkuatkuasa 1 Januari 2016.

2) Perbahasan dua hari di Parlimen berhubung peruntukan untuk Sabah dan Sarawak sebelum pembentangan Bajet 2016.

3) Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyemak adakah impian dan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak telah tercapai selama membentuk Persekutuan Malaysia 52 tahun lalu.

4) Mengiktiraf Batu Sumpah Keningau sebagai warisan Sabah untuk mengingatkan kerajaan kepada sumpah dan janji terhadap rakyat di pedalaman Sabah berhubung tiga perkara utama iaitu mengenai kebebasan beragama, hak tanah dan adat istiadat.

Tanpa pernyataan komitmen Najib, saya melihat majlis menandatangani dokumen peringatan hari Malaysia di Padang Merdeka Kota Kinabalu yang bakal berlangsung 16 September ini hanya sekadar retorik dan cuba membohongi rakyat Sabah.

Saya ingin bertanya secara jujur kepada perdana menteri adakah beliau benar-benar jujur untuk memberikan autonomi kepada Sabah dan meletakkan Sabah setaraf dengan Semenanjung Malaysia yang menikmati pelbagai tumpuan pembangunan?

Sabah terus ketinggalan dalam pembangunan yang holistic dimana masih ramai kumpulan masyarakat rakyat negeri ini yang terabai khususnya dalam pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur kemudahan awam, pengangkutan awam, perumahan dan sebagainya.

Kerajaan pimpinan Najib dan BN Sabah juga dilihat kurang berminat untuk membela hak Orang Asal dan anak negeri di Sabah.

Ini kerana, semakin banyak tanah NCR diberikan kerajaan Sabah kepada syarikat swasta sehingga menyebabkan penduduk kampung hilang mata pencarian dan hak mereka.

Begitu juga dengan tindakan kerajaan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang tindakan drastik sehinggalah berlakunya pencerobohan berdarah di Lahad Datu.

Selain itu, adakah BN peduli terhadap masa depan masyarakat khususnya di pedalaman Sabah yang masih tidak memiliki kerakyatan akibat kedhaifan sistem capaian dan infrastruktur kemudahan pengangkutan dan jalanraya?

Malah, apa yang menyedihkan, rakyat di Sabah sudah lali dengan isu pemberian 'MyKad segera' yang dilakukan pihak tertentu.

Saya yakin, tanpa pernyataan komitmen Putrajaya, majlis menandatangani dokumen peringatan Hari Malaysia akan berakhir sekadar sebuah majlis tanpa sebarang tindakan.


JIMMY WONG MP Kota Kinabalu.

Ringgit dijangka 3.55-4.20 sedolar pada suku keempat

Posted: 23 Sep 2015 04:41 AM PDT

Bernama 





Ringgit dijangka mencecah paras 3.55 hingga 4.20 berbanding dolar AS pada suku keempat tahun ini, dan mencapai 4.00 pada akhir tahun berikutan pengukuhan mata wang AS itu akan berkurangan susulan kenyataan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang memihak kadar faedah rendah baru-baru ini.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata penyusutan tekanan ke atas mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit, akan berkurangan dalam tempoh jangka pendek.

Bank pelaburan itu berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) akan lebih berhati-hati mengenai kenaikan kadar faedahnya untuk memastikan momentum pertumbuhan tidak terjejas.

"Kami menjangka Fed menaikkannya semasa mesyuarat FOMC pada Disember. Pada 2016, kami percaya kenaikan kadar akan secara berperingkat, paling baik, kenaikan 25 mata asas dalam mesyuarat FOMC gantian kepada sejumlah 100 mata asas," katanya.

Mengenai China, HLIB berkata pihak berkuasa China kini mengelak daripada membuat langkah besar yang akan menjejaskan kestabilan pasarannya.

"Selain itu, kami menjangka langkah-langkah fiskal akan diperkenalkan pada akhir tahun untuk menghentikan penurunan momentum pertumbuhan," katanya.

Bank pelaburan itu berkata perkembangan tersebut akan membantu mengurangkan kebimbangan mengenai tekanan penurunan nilai yang kompetitif dan kelembapan yang berpanjangan dalam ekonomi China.

Di pasaran tempatan, HLIB berkata gesaan membawa pulang dana syarikat berkaitan kerajaan akan mendapat sambutan manakala Fed dijangka perlahan dalam pelan kenaikan kadar faedahnya.

Ia turut menjangka rizab Bank Negara Malaysia stabil, kemungkinan meningkat untuk beberapa bulan akan datang.

"Paras psikologi yang perlu berhati-hati adalah US$92 bilion berikutan sebarang paras di bawah ini akan menunjukkan rizab kepada nisbah hutang luar jangka pendek kurang daripada 1.0 kali," katanya.

HLIB turut menjangka pengumuman Bajet 2016 pada 23 Okt, 2015 akan mempunyai beberapa langkah untuk melindungi pertumbuhan.

Ia berkata bank pusat akan terus mengekalkan kadar dasar semalamannya tidak berubah pada 3.25 peratus sehingga akhir 2015.- Bernama


Chua bidas Liow gagal tranfomasikan MCA

Posted: 23 Sep 2015 04:12 AM PDT

Kow Gah Chie


 


Bekas presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini membidas penggantinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana gagal mentranformasi parti itu.

Chua mendakwa beliau hilang sabar dengan kegagalan mentranformasikan MCA dalam tempoh dua tahun ini.

"Liow berikrar untuk mentranformasi parti bila beliau mengambil alih tugas dua tahun lalu dan saya menyokongnya senyap-senyap.

"Tetapi saya tidak nampak sebarang trannformasi. Saya hanya nampak ibu pejabat diubah suai untuk feng shui baik," katanya dalam sidang media.

Menurut Chua, Liow hanya gemar gambarnya diambil dan foto tersebutakan tersiar pada muka surat dua atau tiga untuk akhbar berbahasa Inggeris.

"Liow lemah. Beliau mengelak untuk mengulas isu-isu utama," katanya.

Bagaimanapun Chua berkata beliau tidak berniat untuk menjatuhkan Liow tetapi menyatakannya dengan niat untuk melihat presiden MCA itu berubah kepada yang lebih baik.

Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir

Posted: 23 Sep 2015 04:11 AM PDT

Shakira Buang


 


Dilihat sebagai reaksi balas, kumpulan pro-BN kini cuba mengaitkan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan rasuah.

Mendakwa masih mengumpulkan "bukti kukuh" untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis, mereka membangkitkan keraguan berhubung kekayaan dua anak Mahathir.

Perkara itu antara yang ditimbulkan dalam sidang media Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) dalam sidang media khusus berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur hari ini.

"Ramai tahu tentang rekod kekayaan yang didapati atau dimiliki oleh keluarga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ada juga bertanya bagaimana kedua-dua anaknya iaitu Mirzan dan Mokhzani dapat kekayaan pada dalam masa yang begitu singkat dan cepat.

"Malah, semua bukti ini banyak terdapat di media sosial sama seperti di WSJ (Wall Streeet Journal)," kata timbalan pengerusi kumpulan Dr Lee Nan San.

Lee mendakwa kedua-dua anak perdana menteri keempat itu menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Beliau juga turut mempersoalkan daripada mana datangnya hasil kekayaan kedua-dua lelaki Mahahir itu.

"Kalau mereka ada kehandalan atau kecekapan dalam perniagaan dari mana modal permulaan itu datang? Adakah begitu mudah diperoleh dari kontrak atau perniagaan antarabangsa?

"Kita bimbangan mungkin ada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa Tun Mahathir menjadi PM," kata Lee lagi.

Bagaimanapun ditanya kenapa baru kini beliau membangkitkan isu tersebut, Lee berkata beliau berkata perkara itu baru menjadi perbincangan di Internet.

"Dua, tiga hari ini saya baca di laman sosial. ramai yang bertanyakan bagaimana anak Tun M dapat kekayaan. Malah, ada rakyat yang mahu penjelasan mengenainya," katanya lagi.

Mokhzani telah dinamakan sebagai orang kesembilan paling kaya di negara ini pada tahun 2014 oleh majalah Malaysian Business.


Cadangan Khir jadi doktor gigi tak pernah berlaku

Posted: 23 Sep 2015 03:59 AM PDT

Hafiz Yatim


 


Cadangan supaya bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk menggantikan hukuman penjara terhadapnya dengan program khidmat masyarakat tidak pernah berlaku sebelum ini.

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata khidmat masyarakat biasanya untuk pesalah bawah umur 21 tahun, berdasarkan Kanun Acara Jenayah.

"Saya sedar mungkin subjudis untuk diulas, tetapi berdasarkan undang-undang sedia ada, ia kelihatan di luar kebiasaan daripada hukuman penjara atau denda," kata Baljit kepada Malaysiakini.

Katanya, perkara itu mungkin bergantung kepada proses migitasi, tetapi kebiasaannya dalam kes rasuah, sebelum ini termasuk hukuman penjara.

Baljit yang juga anggota jawatankuasa undang-undang jenayah Majlis Peguam berkata terpulang kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan perkara itu, selepas mengambil kira alasan dalam migitasi.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semalam berkata Khir sedia menawarkan khidmat komuniti dengan memberi rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Tawaran itu dibuat Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan padanya.

Khir sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Beliau mempunyai rumah mewah gaya Bali di Seksyen 7 Shah Alam yang dirampas oleh pihak berkuasa apabila Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana rasuah.

Khairuddin ditahan bawah Sosma selepas dibebaskan

Posted: 23 Sep 2015 03:56 AM PDT

Zikri Kamarulzaman 





Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara, telah dibebaskan petang ini, tetapi ditangkap semula oleh pihak polis.

Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 4.40 petang ini.

"Apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, dia terus ditangkap semula bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen 124k dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.

Di bawah Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan.'

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.

Chang (gambar) percaya ianya sebab mengapa bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu dibebaskan selepas ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan ditangkap semula di bawah seksyen yang berbeza.

Katanya, tuduhan sabotaj tidak dapat dibuat di bawah Seksyen 124C, dan sebab itulah mereka perlu menangkap Khairuddin semula.

Seksyen 124C adalah berkaitan dengan perbuatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Khairuddin ditahan Jumaat lalu di rumahnya di Mont Kiara, beberapa jam selepas mendapat tahu bahawa dia tidak boleh meninggalkan negara ini.

Beliau kemudiannya ditahan reman selama enam hari mulai hari Sabtu dan sepatutnya dibebaskan esok.

Penangkapan awal terhadapnya adalah berkaitan bukti mengenai skandal 1MDB yang diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland.

Selain Switzerland, Khairuddin juga membuat laporan terhadap 1MDB di London, Hong Kong dan Singapura.

Beliau juga dilapor dijadualkan untuk bertemu dengan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat, yang dilaporkan telah membuka siasatan terhadap 1MDB.

Menurut laporan oleh New York Times, Jemaah Juri Persekutuan AS juga menyiasat dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan mereka yang rapat dengannya, termasuk anak tirinya Riza Aziz.

Najib telah berulang kali menafikan menyalahgunakan dana 1MDB untuk kepentingan peribadinya dan berikrar untuk menyelesaikan situasi hutang firma itu tidak lama lagi.

Dalam menghadapi kritikan yang semakin meningkat terhadap 1MDB dan kepimpinan beliau, perdana menteri mempertahankan dirinya dengan mendakwa terdapat konspirasi untuk menggulingkan beliau dan kerajaannya.

Bagaimana buat laporan tentang 1MDB boleh ‘mensabotaj negara’?

Posted: 23 Sep 2015 12:39 AM PDT



oleh V Shuman


Ini lawak untuk memulakan minggu anda- membuat laporan tentang 1MDB boleh melayakkan anda menjadi pensabotaj. Ini, menurut Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.

Dia memetik laporan Bernama yang berkata tindakan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan, menggunakan saluran perundangan asing untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB yang diserang kini, boleh dianggap "mensabotaj negara".

Menurut Khalid, tindakan Khairuddin jelas sekali mencabar sistem perundangan Malaysia.

"Ia juga mencemarkan kewibawaan agensi penguatkuasaan tempatan dan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem demokratik negara ini.

"Tindakannya adalah satu bentuk sabotaj yang memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini," kata Khalid dalam satu kenyataan.

Khairuddin kini sedang direman selepas ditahan Jumaat lepas, kerana "melakukan aktiviti yang boleh merosakan demokrasi berparlimen".

Dia sebelum ini telah membuat pelbagai laporan polis mengenai 1MDB, dan apabila tiada tindakan diambil, dia membawa kes itu ke seluruh dunia- membuat aduan rasmi mengenai dana itu di Perancis, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan UK.

Dia dijadualkan terbang ke New York Jumaat lepas, apabila dia mendapati dia telah disekat dari keluar negara, dan ditahan kemudiannya pada malam itu.

Selepas penahanannya, didedahkan bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat 1MDB.

Apakah "kewibawaan" agensi kerajaan tempatan yang dikatakan Khalid?

Dahulu pernah wujud pasukan khas untuk menyiasat kekecohan "derma" RM2.6 bilion dan juga 1MDB, tetapi semua itu telah musnah selepas perpindahan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam siasatan itu.

Dan bagaimana membuat laporan tentang sebuah syarikat, bersamaan dengan mensabotaj negara ini?

Sejak bila 1MDB merupakan sebuah negara, dan dalang disebaliknya, mewakili negara ini?

Khalid tidak tahu bezakah antara keduanya?

Kalau menurut logiknya, adakah ini bermakna yang 1MDB, hanya kerana ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Razak boleh terlibat dalam perjanjian kewangan yang meragukan sesuka hatinya, tanpa takut dihadapakan ke muka pengadilan?

Pelbagai skandal kerajaan yang masih belum selesai yang menakutkan pelabur dan pelancong, dan kekurangan tindakan untuk mengatasi masalah ini yang menjadikan ringgit makin menjunam, menjejaskan kestabilan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Pegawai yang menjawat jawatan pula yang menerima berbilion menerusi akaun peribadi dari sumber yang meragukan, malah mengapa dia menerima duit tersebut juga masih misteri, yang mengadaikan kedaulatan negara ini.

Mengapa polis kita tidak bertindak secekap mereka menangkap Khairuddin, dalam menyiasar 1MDB selepas pelbagai laporan dilakukan?

Justifikasi lemah polis kerana penahanan Khairuddin nampaknya mengesahkan kepercayaan kita yang polis mengikut telunjuk kerajaan memerintah, dan tidak lebih daripada pasukan keselamatan beruniform, satu lagi sayap parti pemerintah.

Kawan selagi mana anda mengikut kata kerajaan, musuh sebaik sahaja anda mula bertanyakan soalan- itulah tanggapan rakyat masa kini.

Kehadapan PM: Kesetiaan atau 1MDB?

Posted: 22 Sep 2015 11:16 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Dato' Sri Perdana Menteri, maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati tetapi biarlah termaktub di sini, saya dan anak muda lainnya bukan penderhaka persis Jebat tetapi kami juga bukan Tuah yang setia membabi buta.
najib-funding-1mdb

Oleh Aizat Fikri Nasir Fikri


Salahkah cari dana politik?

Benarlah Melayu mudah lupa. Sentimen Melayu mudah terbakar dan meledak apabila diasak oleh isu yang bersangkutan kepentingan mereka dan negara. Namun, diam mereka tidak bermakna isu itu terus terbelasungkawa begitu sahaja. Ia membuku di dalam hati, menunggu masa untuk masak ranum sebelum bersemarai. Dengan permainan media massa yang seterusnya meredakan isu dengan hal-hal lainnya, lambat laun suara-suara ini akan semakin sayup. Situasi ini sinonim dengan kepimpinan Dato' Sri Perdana Menteri yang berada dalam kemelut belakangan ini. Kredibiliti beliau dipertikai lewat isu pemindahan wang RM2.6 biliion ke dalam akaun peribadinya.

Apabila perkara ini berlaku, rakyat naik hairan dan naik angin hingga orang-orang penting dalam parti sendiri mempersoalkan letak duduk perkara sebenar. Muncul secara tiba-tiba seorang menteri pencen selaku spokesperson Dato' Sri Perdana Menteri menjawab persoalan dari seorang anak menteri besar dengan membuat perbandingan apakah salah untuk seorang menteri besar mencari dana politik dan apakah perbezaannya dengan situasi Dato' Sri Perdana Menteri sekarang. Perbuatan ini tidak salah. Persoalannya, adakah dana tersebut disalurkan ke akaun peribadi menteri besar berkenaan? Saya ingin minta menteri pencen berkenaan untuk tampil memberi bukti sekiranya ada mana-mana menteri besar yang pernah berbuat demikian.

Apa definisi rasuah sebenarnya?

Menjadi kelaziman untuk wang berupa sumbangan dimasukkan ke dalam akaun khas atas nama parti. Perkara ini diamalkan di setiap UMNO perhubungan negeri, malah ada juga ketua bahagian yang tidak tahu akan transaksi pengaliran masuk dana ke dalam akaun parti. Namun, harus ditegaskan di sini, sebarang derma dan sumbangan disalurkan terus ke dalam akaun khas parti dan tidak sesekali ke akaun peribadi pemimpin. Persoalannya, bukankah terma untuk senario ini digelar rasuah? Jika hal ini dihalalkan sekarang, bagimana untuk kita mentakrifkan terma rasuah? Apakah justifikasi dan implikasi perbuatan rasuah? Apakah Dato' Sri Perdana Menteri sendiri tidak mengambil kira risiko yang bakal dihadapi dengan membenarkan wang sedemikian banyak dimasukkan ke dalam akaun peribadi? Apakah wang itu akan dipindahkan terus ke akaun khas parti? Bilakah perkara itu akan dilakukan? Apakah status wang tersebut? Apakah ia bakal menjadi sebahagian pusaka famili Dato' Sri? Mengapa perlu menunggu parti pembangkang menamakan sumber dana yang dikumpul mereka sebelum Dato' Sri membuat pengumuman? Apakah perlu bermain tarik tali dalam senario sebegini tatkala amanah dan integriti Dato' Sri sebagai peneraju negara dipertikaikan? Isu-isu inilah yang bersarang di minda rakyat.

Ramai yang melontarkan pendapat, mengkritik dan meminta pencerahan daripada Dato' Sri Perdana Menteri untuk mengetahui letak duduk perkara sebenar. Suara yang kedengaran ini majoritinya orang muda. Pelbagai persoalan bertalu-talu menyerang minda berpusar sekitar sumber wang tersebut, sebab-musabab ia dipindahkan ke akaun bank Dato' Sri Perdana Menteri, untuk tujuan apakah wang itu disalurkan dan apakah ROI (return on investment) yang bakal diterima oleh pihak yang memasukkan wang berkenaan. Apakah wujudnya perjanjian sahih hitam putih antara Dato' Sri Perdana Menteri dengan pihak yang satu lagi, apakah keuntungan yang diraih dan apakah cagaran yang dijanjikan negara.

Kami bukan penderhaka

Namun, jangan pula disalah tafsir suara itu bernada serupa – semata-mata ingin menghentam Dato' Sri Perdana Menteri akibat terpengaruh oleh dakyah parti pembangkang. Saya mohon Dato' Sri Perdana Menteri mengkaji dan mencerakinkan suara-suara itu sama ada ia kritikan membina atau membinasakan.
Janganlah anak muda seperti saya, Syed Saddiq atau Akmal Saufi dianggap biadab dan derhaka pada parti dan Dato' Sri. Saya berasa sungguh kecewa apabila suara dan perbuatan kami dilabel "menderhaka" sehinggakan Dato' Sri Perdana Menteri menghantar 'si kuda tua pencen' untuk mendiamkan suara-suara kami. Bukankah Dato' Sri sendiri yang menggagaskan beliawan dan beliawanis yang analitikal, berfikiran jauh dan berwawasan? Dato' Sri juga terang-terangan tidak menggalakkan budaya "yes man" di kalangan menteri kabinet dan itulah peranan yang kami mainkan kini. Kami memerhati perjalanan pentadbiran Dato' Sri – yang betul pastinya disokong penuh – yang salah pula ditegur dengan niat ikhlas agar negara kekal di landasan yang cemerlang. Adalah penting untuk pemimpin dan rakyat bersimbiosis dalam ekosistem politik-sosial-ekonomi yang sihat.

Sejujurnya, kamilah yang sering mempertahankan Dato' Sri dan UMNO ketika Dato' Sri dicaci dan dimaki. Kamilah benteng pertahanan hadapan Dato' Sri di dalam dan luar negara sedangkan pada masa yang sama kabinet Dato' Sri membisu seribu bahasa tatkala Dato' Sri dikecam hebat. Menelusuri sejarah, darah perjuangan UMNO mengalir panas dalam urat nadi dan tubuh saya. Saya membesar dalam semarak api nasionalis yang melingkari susur galur titisan keturunan saya. Saya masak benar oleh permainan politik yang banyak pancaroba dan sandiwara. Oleh itu, saya yang juga sebahagian suara-suara anak muda ini mesti dipandang serius kerana pengaruh kami besar – kuasa mengundi berada di tangan kami – nasib pemimpin dan hitam putih negara bakal terencana oleh keputusan yang kami ambil.

Para penasihat PM juga perlu dirombak

Ini bukan era 70an atau 80an – orang kebanyakan tidak mempersoal polisi dan keputusan yang dibuat pemimpin justeru mereka tidak mempunyai akses untuk menyuarakan pandangan mereka. Namun kini, internet memungkinkan segalanya. Tanpa penjelasan yang munahasabah dan lengkap daripada mulut Dato' Sri Perdana Menteri, laman-laman sosial media sudah mula mencanang berita itu dan ini berunsur negatif dan ia boleh dibaca di mana-mana sahaja ceruk dunia.

Yang saya musykil di sini, apakah peranan yang dimainkan oleh para penasihat Dato' Sri? Apakah bijak-bijak pandai yang dilantik itu tidak mampu memberikan buah fikir bernas untuk menjernihkan kemelut yang melanda sekarang? Atau mereka sendiri yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam yang perlahan-lahan cuba mensabotaj Dato' Sri atas kepentingan sendiri atau fahaman parti yang dipegang oleh mereka? Ada antara mereka yang saya kenal secara peribadi secara tanpa berselindung mengkritik Dato' Sri dan polisi kerajaan di belakang Dato' Sri. Mereka hanya bekerja makan gaji, namun tidak jujur menjalankan amanah yang diberikan. Saya percaya mereka ini anti-kerajaan dan secara senyap cuba melemahkan pemerintahan Dato' Sri. Parasit-parasit berbahaya inilah mesti dicantas sebelum ia membinasakan seluruh sistem. Penyiasatan menyeluruh perlu dilaksanakan selari dengan tindakan Dato' Sri merombak Kabinet baru-baru ini. Barangkali sudah sampai masa dan ketika penasihat-penasihat sedia ada juga perlu dirombak.

Jangan biar pembangkang menangguk di air keruh

Dalam masa sekarang saya melihat sentimen rakyat sangat bergelora. Tanpa berselindung, suka saya nyatakan di sini, jika sesuatu yang tuntas tidak dilaksanakan, UMNO akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang dan tidak mustahil untuk parti pembangkang melebarkan sayap kuasa. Rakyat tidak meminta lebih. Benar, kebanyakan rakyat di luar bandar masih perlu dibantu dan langkah Dato' Sri Perdana Menteri menganjurkan BRIM wajar dipuji, namun adalah perlu diingat "cash is not king" yang boleh membeli semua orang dan menggerakkan dunia. Jika sikap ini berterusan, politik wang akan berleluasa dan bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya sekali gus membawa kepada kekalahan UMNO.

Generasi muda semakin goyah kepercayaan mereka terhadap kepemimpinan Dato' Sri. Integriti dipersoal dan polisi-polisi kerajaan dijadikan lelucon lewat forum di Facebook atau status di Twitter. Mereka hilang hormat dan hal ini bertambah parah apabila mereka disogokkan dengan dakyah-dakyah daripada parti pembangkang yang sememangnya menangguk di air keruh. Dato' Sri Perdana Menteri lihatlah sendiri kedapatan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang lebih rela menghambakan diri di negara asing daripada pulang ke tanah air justeru beranggapan Malaysia negara yang korup dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Ini satu kehilangan besar buat negara yang memerlukan sokongan teknokrat-teknokrat dan cendekia-cendekia muda yang berkobar-kobar semangat serta segar ilhamnya. Usahlah angkara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Dato' Sri Perdana Menteri, maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati tetapi biarlah termaktub di sini, saya dan anak muda lainnya bukan penderhaka persis Jebat tetapi kami juga bukan Tuah yang setia membabi buta.

(*) Aizat Fikri Nasir Fikri adalah Timbalan Presiden UMNO London.

Demi perpaduan, Perkasa terus berjuang untuk sekolah satu aliran

Posted: 22 Sep 2015 11:13 PM PDT

 
Peristiwa Low Yat dan kebangkitan isu-isu sensitif termasuk mempersoalkan peruntukan Perlembagaan dikatakan berlaku kerana latar pendidikan pelbagai bahasa.


sekolah-1malaysia


PETALING JAYA: Perkasa Malaysia menyokong sepenuhnya sistem sekolah satu aliran bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Pengerusi Biro Pendidikan, Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, kerapuhan perpaduan yang berlaku akhir-akhir ini dikaitkan dengan sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah yang berlainan.

Katanya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Abdul Wahid Omar terhadap sistem sekolah satu aliran dalam akhbar Utusan Malaysia pada 22 September 2015 itu adalah tepat pada masanya.

"Isu utama yang masih menghantui negara sejak merdeka hingga kini adalah perpaduan nasional yang agak rapuh.

"Kalau tidak, peristiwa Low Yat tidak akan berlaku. Dari semasa ke semasa ada sahaja pihak yang membangkitkan isu sensitif serta mempersoalkan peruntukan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Walaupun tidak menentang pemerkasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan juga pembelajaran bahasa ibunda, Perkasa berjanji akan terus berjuang untuk memartabatkan pendidikan satu aliran menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

" Oleh itu, kami menyeru semua pihak yang benar-benar cintakan perpaduan dan kedamaian menyokong saranan kementerian dan kerajaan pula mempertimbangkan perkara ini dengan serius untuk segera dilaksanakan," tambah Sirajuddin.

Hari di mana suara menentang demonstrasi tiba-tiba lenyap

Posted: 22 Sep 2015 11:08 PM PDT



Oleh Robin Stanley Augustin


Tiga minggu lalu, menjelang Perhimpunan Bersih 4 di seluruh negara, seorang menteri memberi amaran perhimpunan bakal menggugat ekonomi negara. Benarkah? Banyak kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, terutama kedai tekstil, tidak menjalankan perniagaan selama 2 hari, dan mereka mengalami kerugian.

Restoran dan peniaga kecil bagaimanapun mencatat untung menjual minuman, makanan dan vuvuzela.

Samada anda sokong Bersih 4 atau sebaliknya, sukar menafikan hakikat bahawa perhimpunan telah dijalankan dengan aman.

Tiada insiden tidak diingini dan peserta Bersih 4 menjaga kebersihan.

Jadi bagaimana seorang menteri, Abdul Rahman Dahlan boleh membuat kenyataan yang sama tentang perhimpunan baju merah pada 16 September lalu.

Ia dicemari kenyataan berbaur perkauman dengan ucapan provokatif yang memberi kesan negatif sebelum ia bermula.

Dilaporkan pengurusan pusat membeli belah Pavilion di Bukit Bintang telah menasihati penyewa yang berhadapan Jalan Bukit Bintang menutup pintu mereka.

Di Jalan Petaling, pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Ang Say Tee menggesa perniagaan ditutup selama sehari.

Menurut The Star, Ang berkata 90% peniaga memutuskan tidak menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini.

Sepuluh peratus dari mereka melakukannya, dan walaupun pasukan polis mengawal serta menghadang beberapa kawasan, terdapat peserta perhimpunan yang biadap dan mahu masuk ke Jalan Petaling.

Keadan semakin tegang sehingga Pasukan Polis Keselamatan terpaksa menghalakan tembakan air berbisa.

Dilaporkan juga, ketua bahagian Umno yang kontroversi Jamal Yunos mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan ke atas penjaja di Jln Petaling dalam masa lima hari.

Tiada siapa tahu mengapa.

Jamal memberitahu peserta baju merah sekiranya kementerian gagal berbuat demikian, mereka akan berarak masuk ke Jln Petaling.

Maka Ang menasihati peniaga menutup kedai selama dua hari.

Di pasar Pudu pula, keadaan dilihat lengang.

Dalam pada itu, Malay Mail melaporkan pengurusan Hotel Seri Pacific kecewa kerana para demostran menyerbu hotel sehingga 60% tempahan dibatalkan.

Paling mengecewakan, perhimpunan baju merah mendapat perhatian media antarabangsa dengan satu portal berita Amerika Syarikat berkata, "Kaum di Malaysia melumpuhkan ibu negara dengan himpunan anti Cina".

Ini bukanlah tajuk yang mampu membantu ekonomi negara.

Pelancong dari Singapura dan China hadir berbondong bondong ke negara kita.

Selepas episod kemalangan udara dan penculikan pelancong di pantai Sabah tahun lalu, nampaknya protes baju merah ini bakal menjadikan keadaan bertambah gawat.

Adakah etnik Cina akan datang ke sini lagi selepas ini?

Semua orang nampak kemusnahan yang dilakukan ke atas ekonomi oleh kumpulan baju merah ini.

Pusat pelancongan ditutup kerana orang ramai bimbang keselamatan di ibukota.

Jadi di mana suara penentangan dari pihak berkuasa?

Mungkin mereka hanya pandai menyelar peserta baju kuning, yang tidak menyokong mereka.

Politik Selangor Bakal Bergolak Lagi ?

Posted: 22 Sep 2015 11:05 PM PDT



Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kerajaan Negeri Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Sekarang statusnya sudah tidak diketahui. Samada ia adalah kerajaan Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.

2) PKR akan terpaksa memegang kedua-duanya PR dan PH, supaya Kerajaan Negeri tidak tumbang akibat percaturan melingkop yang sedang berlaku.

3) Saya berpendapat, PAS perlu mengutamakan kestabilan politik Selangor dengan mengekalkan tahaluf siyasi dengan PKR, sehingga PRU14. Pendirian PAS dalam langkah Kajang mengisyaratkan bahawa PAS akan memilih untuk mengekalkan tahaluf dengan PKR, supaya kerajaan menjadi stabil.

4) Kita tidak pasti jika asakan DAP dan Amanah untuk menyingkir PAS daripada kerajaan negeri, akan membuatkan PKR terpaksa membubarkan PR. Jika itu berlaku, PAS tidak dapat mengelak lagi untuk berdepan dengan satu lagi kemelut politik Selangor.

5) Kita berharap, sehingga PRU14, biarlah keadaan politik Selangor stabil tnpa gangguan samada daripada PAS, ataupun DAP/Amanah, ataupun tekanan dalam PKR sendiri yang cuba menangguk di air keruh.

6) Jangan sangka tiada buaya dalam air yang bergolak. Buaya itu sedang tersengih memerhati kemelut anda sambil menanti PRU14 untuk kembali merampas kembali apa yang ia telah hilang.

Didakwa mahu rogol artis, Jamal buat laporan polis

Posted: 22 Sep 2015 10:52 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


 


Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuat kira-kira 17 laporan polis berhubung pelbagai dakwaan yang dianggapnya fitnah dan tohmahan.

Antara laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan dalam media sosial dan blog yang mendakwa beliau ingin merogol seorang artis.

Beliau juga membuat laporan polis berhubung dakwaan sebuah lagi blog yang memaparkan gambar beliau bersama Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa menerima wang berjumlah RM3 juta dari perdana menteri.

"Saya buat laporan polis hari ini mengenai fitnah dan tohmahan di media sosial.

"Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab," katanya.

Jamal berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

Baju merah menang sorak

Posted: 22 Sep 2015 10:44 PM PDT

Rahmat Haron 





Banyak yang telah diperkatakan berkenaan perhimpunan baju merah yang berlangsung pada sambutan Hari Malaysia ke-54 tahun yang lalu.

Laungan garang kemarahan dengan nada perkauman Melayu yang sempit menjadi wacana pasca perhimpunan.

Barangkali inilah yang dimaksudkan kebebasan bersuara untuk sebuah negara rojak dalam struktur kekuasaan politik.

Mungkin ia boleh dilihat seperti resepi demokrasi yang semu dengan gaulan bahan-bahan suku feudal monarki, suku authoritarian dan tiga suku kejiwaan dunia ketiga.

Di United Kingdom misalnya memang terdapat kumpulan berhaluan kanan perkauman, yang wujud berasaskan semangat kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun seperti English Defense League dan parti politik British Nationalist Party.

Namun beberapa orang penganalisa politik Malaysia berpendapat gelora perkauman ini perlu dikeluarkan secara berperlembagaan supaya berlaku perbincangan, pendidikan demokrasi dan akhirnya perdamaian ke arah menghormati hak-hak asasi manusia.

Himpunan Baju Merah lebih baik terjadi daripada ia terpendam di bawah tanah, bergerak seperti mafia ataupun pergerakan ektremis yang bersandarkan keganasan untuk merebut kekuasaan – pembunuhan bersenjata seperti gerakan penghapusan etnik di Rwanda dahulu.

Saya percaya setakat hari ini, pihak keselamatan dan keamanan – juga pihak perniagaan dan perdagangan – Malaysia tidak akan membenarkan peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Maka tiga orang anggota polis cedera ringan dalam mempertahankan Petaling Street daripada dirempuh para penunjuk perasaan, meski mereka dilemparkan kata-kata kesat "barua Cina."

Saya boleh katakan Himpunan Baju Merah berjaya mencapai tujuannya untuk menunjukkan (tidak sama sekali kebenaran, melainkan tanggapan) bahawa kononnya orang-orang Melayu tanpa berbelah bahagi bersatu menyokong padu Najib Razak.

Perdana menteri itu kini berhadapan desakan dan tuntutan untuk melepaskan jawatannya akibat terpalit dengan berbagai skandal rasuah dan jenayah.

Selain itu, himpunan tersebut juga berjaya membentuk tanggapan bahawa segala masalah yang berlaku di Malaysia ini berpunca daripada orang-orang Cina, khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) atau di atas kesemua hirarki itu, dua orang manusia yang dikecam sebagai paling hina, saudara Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ini adalah suatu tanggapan serong yang tidak didokong dengan fakta atau pertimbangan akal budi. Ia suatu keterbalikan, mungkin ia dapat menjadi cermin untuk orang-orang Melayu, khususnya kumpulan Baju Merah bahawa Kit Siang dan Guan Eng, DAP dan orang-orang Cina bukanlah pihak yang menggadai tanah air tercinta ini.

Dosa kronisme Kit Siang dan Guan Eng, bukanlah kerana membahagi-bahagikan projek kerajaan kepada ahli keluarga atau merampas tanah rakyat.

Dosa kronisme mereka kerana berkongsi derita penderitaan dalam membela kaum tertindas tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia, termasuklah pengalaman merengkok dalam penjara tanpa bicara ISA selama dua tahun.

Kumpulan baju merah perlu diingatkan siapa yang membela berhabis-habisan sewaktu Akta Pengambilan Tanah Negara dipinda dulu. Siapa pula yang membangkitkan bantahan di parlimen, kalau bukan veteran politik kita, Lim Kit Siang dan para ahli parlimen DAP.

Akta gila yang membolehkan tanah sesiapapun di negara ini dirampas kerajaan atas tujuan pembangunan ekonomi semata-mata, yang tersangat luas taksiran dan ruang lintup kuasanya, meliputi kepentingan ekonomi pihak swasta yang boleh saja bertentangan dengan kepentingan orang ramai. Walhal sebelum itu, kerajaan hanya boleh mengambil tanah milik peribadi dan orang ramai atas tujuan kemudahan dan infrastruktur awam.

Dengan demonstrasi Baju Merah, sekurang-kurangnya perhatian masyarakat tempatan dapat dialihkan seketika daripada isu yang paling mencabar hari ini, iaitu 1MDB dan desakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad agar Najib Razak meletakkan jawatan PM.

Ribuan Baju Merah yang berhimpun itu memang menang sorakannya, dengan seruan slogan perkauman yang penuh gegak gempita. Kemenangan sorakan anda untuk Najib Razak amat dialu-alukan.

Terlebih-lebih lagi, bulan November ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, juga rakan bermain golf Najib Razak (sewaktu tengkujuh yang lalu) akan sekali lagi mencemar duli kemuliaan dirinya untuk datang melawat Malaysia. Memang pelik, Obama yang anti rasisme disokong Najib Razak yang didokong Baju Merah yang rasis.

Najib Razak bukan sembarangan perdana penteri, begitu juga Rosmah Mansor bukan sembarangan 'wanita pertama'. Buktinya Presiden Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali. Ini bukan calang-calang. Kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson datang melawat Malaysia pada 1966.

Saya amat berharap kalau-kalau ada kampung atau Felda yang dapat dinamakan dengan nama Barack Obama, presiden kulit hitam pertama dalam sejarah AS.

Pentadbirannya memperlihatkan tentera AS keluar dari Afghanistan dan Iraq, usaha pendemokrasian di Myanmar, serta ikhtiar diplomasi perdamaian dengan Iran dan konflik Palestin-Israel.

Legasi pentadbiran Obama yang paling jelas adalah perdamaian republik itu dengan negara sosialis Cuba.

Namun di sebalik kebaikan pentadbiran Obama ini, polisi Pivot Asia (memasak Asia) melalui Perjanjian Perdagangan Bebas TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement-Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik) dengan Malaysia sebagai salah satu anggota kerjasama itu mengundang berbagai kritikan.

TPPA dibantah oleh gabungan kumpulan NGO Bantah TPPA dan parti dalam Pakatan Rakyat.

Saya berpendirian, sebelum Malaysia menandatangani TPPA, Malaysia perlu meratifikasi Pengisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat, khususnya konvensyen berkenaan hak sivil dan politik. Jika ia tidak dilakukan, maka ia hanyalah liberalisasi ekonomi palsu.

Tetapi semua orang tahu muafakat pakatan pembangkang telah berkecai, dengan usaha pemulihan yang memakan masa, tenaga dan belanja. Manakala pemimpin utama gerakan reformasi dan pendemokrasian Malaysia, saudara Anwar Ibrahim, sedang merengkok di penjara Sungai Buloh. Sekarang ini, beliau amat perlukan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, gerakan Islam, khususnya PAS yang dahulu lantang anti dasar-dasar luar AS, kini sedang dalam proses muhasabah diri samada untuk bergerak sendirian atau bersama Umno agar hudud PAS dilaksanakan di Kelantan.

Saya juga tidak tahu apakah gerakan Bantah TPPA ada keupayaan yang sama seperti BERSIH dan baju merah?

Moga-moga TPPA selamat ditandatangani Najib Razak. Terima kasih Baju Merah, kepada Obama kita bangun dan kita angkat piala anggur tanda menjunjung kasih.

Benarlah pepatah lama, menang sorak, kampung tergadai.


RAHMAT HARON seorang seniman outsider.

‘Risiko e-rokok digembar-gemburkan’

Posted: 22 Sep 2015 10:31 PM PDT

A AZIM IDRIS

 

 

vape_L

Stimson berkata, e-rokok adalah pilihan wajar untuk perokok yang tidak dapat meninggalkan ketagihan nikotin. - Foto Arkib TRP/ Daniel Chan


KUALA LUMPUR, Risiko penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape telah digembar-gemburkan pakar kesihatan.

Pakar Kesihatan Awam England (PHE), Prof Gerry Stimson berkata, kebanyakan penyelidikan antarabangsa ke atas toksikologi e-rokok, yang dirumuskan dalam Laporan Kesihatan Awam England baru-baru ini menunjukkan, ia kurang berisiko berbanding rokok tembakau.

"Rokok elektronik kurang menarik minat mereka yang tidak pernah merokok.

"Penjualan e-rokok yang mengandungi nikotin adalah haram di Malaysia, tetapi larangan berkenaan ternyata tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak berkesan.

"Pengharaman e-rokok bukan satu dasar yang baik, kerana kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas keselamatan dan kualitinya," katanya kepada The Rakyat Post, baru-baru ini.

Sabtu lalu, pakar psikiatri dan pakar berhenti merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer Nordin dilaporkan sebagai berkata, penggunaan rokok elektronik adalah berbahaya, disebabkan kandungan nikotin di dalam cecairnya.

Jelasnya, apa yang membimbangkan ialah apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan, tanpa mengetahui isi kandungannya.

"Tiada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan apa yang membimbangkan ialah apabila peniaga mencampurkan cecairnya, tanpa mengetahui ia mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan pengguna," kata Dr Amer Siddiq.

Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan vape adalah perlu, bagi mengelakkan orang ramai, khususnya golongan remaja memulakan tabiat merokok.

Bagaimanapun, Stimson berkata, jawapan kepada permasalahan itu adalah mengawal selia e-rokok sebagai produk pengguna.

Stimson yang mengikuti isu itu di Malaysia berkata, walaupun vaping mungkin tidak 100 peratus selamat, sebahagian besar bahan kimia yang menyebabkan penyakit berkaitan rokok tidak wujud dan bahan kimia yang ada hanya mendatangkan kesan terhad.

Tegasnya, piawaian e-rokok sedia ada telah wujud dan dikelolakan Institusi Piawaian British (BSI) serta badan piawaian Perancis yang dikenali sebagai AFNOR.

"Dalam tempoh setahun, semua negara Eropah boleh meluluskan e-rokok ke dalam pasaran. United Kingdom dan Ireland kini mempunyai kod amalan pengiklanan untuk e-rokok.

"E-rokok adalah pilihan wajar untuk perokok yang tidak dapat meninggalkan ketagihan nikotin.

"Piawaian penggunaan yang betul akan memberi jaminan kepada pengguna e-rokok di Malaysia terhadap produk yang mereka beli," katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/23/risiko-e-rokok-digembar-gemburkan/#ixzz3mXL7sQxK

‘Parti pembangkang lemah tanpa PAS’

Posted: 22 Sep 2015 10:22 PM PDT

A AZIM IDRIS

 

pas_logo_L3


Samsu berkata, kekuatan utama PAS adalah melalui strategi kempen dan posternya yang ternyata lebih teratur serta menyerlah, berbanding parti pembangkang lain.


KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) dilihat bakal berdepan laluan sukar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kerana mengetepikan PAS dalam pembentukannya.


Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, ia disebabkan parti Islam itu adalah parti terbesar di luar Barisan Nasional (BN) dan mempunyai sokongan kuat di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah kerusi banyak.

Menurutnya, tanpa PAS dalam PH, PKR dilihat cuba mengikut langkah Semangat 46, dengan membentuk dua gabungan ketika PRU pada 1990.

"PKR masih mengekalkan hubungan dengan PAS, sekalipun telah membentuk gabungan baru.

"Dalam konteks ini, ia seolah-olah sama dengan langkah Semangat 46 pada 1990-an, namun prestasi mereka tidak baik pada PRU itu," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Tambahnya, Semangat 46 'mengetuai' dua gabungan politik itu, disebabkan DAP tidak bersetuju dengan PAS berhubung isu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, ia seakan-akan sama dengan situasi ketika ini.

"Jika PAS tiada kali ini, pembangkang mungkin kehilangan sokongan di kawasan luar bandar," ujarnya.
Jelasnya lagi, prestasi parti pembangkang akan terjejas, jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang, yang akan memecahkan undi di kalangan penyokong.

"Senario ini sudah tentu memberi kelebihan kepada BN, tetapi mereka juga perlu menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam Umno dan MIC.

"Malah, MCA juga harus menangani masalah kekurangan sokongan daripada pengundi dalam masyarakat Cina," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berpendapat, parti-parti pembangkang telah kehilangan sebuah 'aset' berharga, kerana PAS memiliki jentera parti yang kuat.

Samsu Adabi berkata, kekuatan utama PAS adalah melalui strategi kempen dan posternya yang ternyata lebih teratur serta menyerlah, berbanding parti pembangkang lain.

"Jadi, ia akan melambatkan usaha pembangkang untuk merampas Putrajaya, kerana PAS mempunyai kekuatannya tersendiri dan ia akan menyebabkan berlakunya penurunan dari segi sokongan kepada gabungan pembangkang," tegasnya.

Tambahnya, momentum ketiadaan PAS itu akan dirasai, terutamanya di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang, yang mana majoriti pengundinya dikuasai orang Melayu.

Mengenai hubungan PKR dengan PAS, Samsu Adabi berkata, ia merupakan 'taktik' PKR, bagi mengelakkan risiko kehilangan mandat di Selangor.

"Tanpa PAS di Selangor, mereka (PKR) berada dalam keadaan tidak menentu, kerana dengan siapa lagi PKR hendak membentuk kerajaan negeri, jika tidak dengan PAS," katanya.

Tambahnya, ada kemungkinan besar PAS akan membentuk gabungan lemah untuk merampas kuasa di negeri-negeri lain.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/23/parti-pembangkang-lemah-tanpa-pas/#ixzz3mXIqRiyo

Kes Plaza Low Yat: Permohonan penganggur gugur pertuduhan curi telefon ditolak

Posted: 22 Sep 2015 10:17 PM PDT

HAN KAR KAY

 

MOKH9635-L-650x360
Shahrul Anuar didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit Lenovo di Plaza Low Yat, bulan lalu. - Foto arkib TRP/ Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR, Jabatan Peguam Negara menolak permohonan seorang penganggur untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat, kira-kira jam 4.47 petang pada 11 Julai lalu.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, yang didakwa kerana mencuri telefon bimbit Lenovo di Techasia Boutique di Plaza Low Yat Plaza, sebelum ini mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam melalui peguamnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz pada 26 Ogos.

Apabila kes itu disebut hari ini di hadapan Majistret Nur Aminatul Madiah Md Nor, mahkamah diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara menolak permintaan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, SS Nalini Anne tidak memberi apa-apa alasan bagi penolakan permintaan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 November dan 1 Disember ini untuk perbicaraan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pergaduhan kemudiannya tercetus di Plaza Low Yat pada 11 Julai yang menyebabkan seramai 18 individu ditahan untuk membantu siasatan polis.

Susulan insiden itu, tiga penjual telefon bimbit didenda RM1,800 setiap seorang oleh mahkamah majistret, kerana mencederakan Shahrul Anuar dan Mohamad Khairul.

Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26, mengaku bersalah memukul kedua-dua lelaki itu.

Gadis belon mengaku tidak bersalah

Posted: 22 Sep 2015 10:15 PM PDT

HAN KAR KAY

 

SSR_3568
Bilqis hadir ditemani ibu bapanya dilihat mengagihkan belon kepada orang ramai di lobi mahkamah, hari ini. Foto TRP/ Siti Syahirah 


KUALA LUMPUR, Penari 36, tahun minta dibicarakan selepas didakwa melakukan 'tindakan berkelakuan menghina' kerana mencetuskan provokasi yang boleh membawa kepada mengganggu keamanan selepas melepaskan belon daripada tingkat lima, sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang pada 31 Ogos lalu.


Bilqis Hijjas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda RM100.

Timbalan pendakwaraya Shukor Abu Bakar dan Mohd Farizul Hassan Bakri meminta mahkamah untuk mengenakan denda RM500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Bilqis, Michelle Yesudas membantah jumlah denda dan menyatakan jumlah denda yang dicadangkan itu adalah tinggi berbanding yang diperuntukan di bawah seksyen berkenaan.

"Kelakuaan (melepaskan belon) adalah bukan kesalahan jenayah yang bahaya dan tiada senjata yang terlibat.

"Jaminan itu diberi bagi memastikan anak guam saya hadir di mahkamah namun dia tiada sebab untuk melarikan diri.

"Anak guam saya adalah penari terkenal dan terbabit dengan beberapa organisasi termasuk syarikat tarian Aswara," katanya.

Majistret Nur Azura Murah menetapkan jaminan RM500 dengan seorang penjamin dan mentetapkan 26 Oktober untuk pengurusan kes.

Terdahulu, suasana di lobi Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini 'meriah' dengan kebanjiran belon berwarna kuning mewarnai suasana, hari ini.

Pada belon berkenaan terdapat perkataan 'Justice' (keadilan), Democracy (demokrasi), 'Corruption' (rasuah) dan 'Free Media' (bebaskan media).

Bilqis yang turut digelar 'gadis belon' hadir ditemani bapanya yang merupakan arkitek terkenal, Hijjas Kasturi dan isteri, Angela Hijjas.

Bilqis turut dilihat mengedarkan belon kuning kepada orang ramai di lobi mahkamah.

Suasana di perkarangan Mahkamah itu menarik perhatian ramai di mana orang ramai dilihat merakam gambar kumpulan yang hadir memegang belon itu.

Turut hadir, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasanya Mandeep Singh serta wakil daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Malaysia Untuk Malaysia.

Azrul Mohd Khalid dari Malaysia Untuk Malaysia hadir dengan membawa bunting tertulis 'Kami tidak akan takut, gentar atau terancam … Berunding. Tunjukkan. Menentang (We will not be intimidated, cowed or threatened…Negotiate. Demonstrate. Resist.)

Rakan kepada Bilqis yang hanya mahu dikenali sebagai Sae Min menunjukkan sokongan dan solidariti dengan mengedarkan belon kuning kepada orang ramai.

Enam kawasan catat IPU tidak sihat setakat 10 pagi ini

Posted: 22 Sep 2015 10:10 PM PDT

BERNAMA

 

jerebu_L-600x360
Setakat pukul 10 pagi ini, laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan IPU tidak sihat turut dicatatkan di Kuching dengan bacaan 170, Sri Aman 138 dan Tawau 112. Foto Fail TRP


KUALA LUMPUR, Enam kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Samarahan di Sarawak mencatatkan IPU tertinggi 191.


Setakat pukul 10 pagi ini, laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan IPU tidak sihat turut dicatatkan di Kuching dengan bacaan 170, Sri Aman 138 dan Tawau 112.

Dua lagi kawasan meliputi negeri Melaka iaitu di Bandaraya Melaka dengan bacaan 106 dan Bukit Rambai 108.

Sejumlah 12 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu Alor Setar, Langkawi, SMK Tanjung Chat (Kota Bharu), Tanah Merah, Kg. Air Putih (Taiping), Seri Manjung, Tanjung Malim, Kangar, Perai, USM (Pulau Pinang), Sandakan, Kuala Terengganu sementara 34 kawasan yang lain sederhana.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

‘Apa status Amanah dalam kerajaan negeri Selangor?’

Posted: 22 Sep 2015 10:08 PM PDT

AHMAD FAZLAN

 

MOKH5826 L
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata walaupun Azmin menyatakan Pakatan Harapan tidak berkaitan dengan kerajaan Selangor, namun ia masih tidak jelas sama ada Amanah dikecualikan daripada kerajaan negeri atau dipanggil 'Gabungan Azmin'. - Foto TRP/Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa menjelaskan kedudukan Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor memandangkan terdapat dua ADUN parti itu kini mewakili kerajaan negeri.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata walaupun Azmin menyatakan Pakatan Harapan tidak berkaitan dengan kerajaan Selangor, namun ia masih tidak jelas sama ada Amanah dikecualikan daripada kerajaan negeri atau dipanggil 'Gabungan Azmin'.

"Walaupun Pas bukan sebahagian daripada gabungan yang baru dibentuk iaitu Pakatan Harapan, Menteri Besar Selangor mengesahkan tiga ADUN Pas akan kekal dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Oleh itu, kini terdapat dua gabungan yang melibatkan PKR di negara ini. Yang pertama adalah Pakatan Harapan, bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Kedua, 'Gabungan Azmin' dalam kerajaan Selangor, dengan kehadiran DAP dan Pas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Azmin bahawa Pakatan Harapan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pas juga mengesahkan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Menurut Tan, penjelasan daripada Azmin adalah penting untuk mengetahui status Amanah supaya rakyat tahu sama ada dua ADUN itu 'calon bebas' atau sebahagian daripada gabungan Azmin.

"Adalah malang Azmin masih belum membuat penjelasan mengenai status Amanah dalam kerajaan negeri Selangor.

"Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran," ujarnya.

Nelayan berpaut di tong selepas bot terbalik diselamatkan

Posted: 22 Sep 2015 10:06 PM PDT

SANDRA SOKIAL

 

mngsa semasa berpaut
Upal Kadik terpaksa berpaut pada dua buah tong untuk menyelamatkan diri selepas bot yang dinaikinya terbalik sebelum diselamatkan oleh APMM. Foto Ihsan APMM Tawau 


TAWAU, Seorang nelayan terpaksa berpaut pada dua biji tong selama lapan jam untuk menyelamatkan diri selepas bot yang dinaikinya tenggelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, malam tadi.


Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan Upal Kadik, 30-an, pada jam 6.42 pagi tadi ketika melakukan rondaan di kawasan itu.

"Difahamkan, mangsa keluar menangkap ikan sekitar jam 10 malam semalam apabila bot yang dinaikinya rosak dan terbalik.

"Mangsa bagaimanapun sempat berpaut pada dua biji tong dan terapung sehingga dia ditemui," kata Ketua APMM Tawau, Kapten Anor Jaafar dalam satu kenyataan hari ini.

Anor berkata, mangsa ditemui dalam keadaan kepenatan dan lemah serta dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan sebelum diserahkan kepada pasukan siasatan agensi.

Dalam masa yang sama, dia turut menggesa sesiapa sahaja yang berdepan dengan kecemasan agar menghubungi talian kecemasan 999 atau pejabat mereka di talian 089-752115.

Tiada ulasan: