Isnin, 21 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Berita yang buat najib terkencing....

Posted: 21 Sep 2015 05:00 AM PDT

Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan anggota Umno Langkawi Anina Saadudin pada 1 Oktober.

 Ia berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti.

 Pada masa yang sama, Najib dan Ab Rauf juga diarahkan oleh mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan pada 6 Oktober terhadap permohonan injunksi mareva Anina untuk membekukan aset Najib dan satu penghakiman akur ke atas presiden Umno itu, telah difailkan pada Jumaat.

 Perkara tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Norfauziah Mohd Nordin susulan pengurusan kes hari ini.

 Mahkamah juga menetapkan kes tersebut disebut pada 26 Oktober di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab.

 Anina diwakili peguam Aizul Rohan and Irwan Iswat manakala Nor Emelia Mohd Iszeham dan Norhazira Abu Haiyan mewakili defenden.

Masjid tertua Bandaraya Ipoh menerima kunjungan Ust Ahmad Awang

Posted: 21 Sep 2015 03:00 AM PDT

Malam kelmarin bertempat di Mesjid tertua Bandaraya Ipoh, Masjid Panglima Bukit Gantang telah berlangsung majlis kuliah maghrib oleh alFadhil Ust Ahmad Awang. 

Ini adalah merupakan siri pertama kuliah beliau di Bandaraya Ipoh. Menurut setiausaha masjid, ustaz akan terus mengadakan kuliah di masjid tersebut sebulan sekali atas permintaan kariah masjid berkenaan.

Majlis kuliah alfadhil Ustaz Ahmad Awang memang telah lama dinanti-nantikan oleh mereka selama ini. 

Kuliah malam itu agak terlewat dimulakan kerana rombongan ustaz dari Taiping itu telah terperangkap dalam kesibukan 'jem' di highway Utara-Selatan akibat kemalangan jalanraya. Para qaiah tetap menunggu dengan sabar sehingga kemunculan mereka.

TAN SRI KHALED ABU BAKAR (KPN) TOLONG JAWAB!! JANGAN LARI DARI FAKTA SEBENAR!

Posted: 21 Sep 2015 02:00 AM PDT

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melalui fesbuk pernah bertanyakan mengenai status siasatan laporan polis yg dibuatnya keatas Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low??!! Adakah polis sudah memanggil mereka untuk proses siasatan?! Kalau belum; kenapa?! Tanya Khairuddin.

 "Sekiranya Tan Sri Khalid Abu Bakar buat kenyataan nak panggil tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 4; mengapa Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low tidak boleh dipanggil?! Apa istimewanya mereka ini?!

 "Kenapa PDRM pilih kasih dan praktik 'double standard' dalam siasatan mereka?!

"Keseluruhan rakyat Malaysia sedang memerhati dan negara-negara luar juga sedang melihat pihak penguatkuasa kita yang amat tidak berkredibiliti, tidak telus, tidak adil, tidak professional serta tidak amanah!!

 "Malahan, kuasa eksekutif kita sudah nampak salahguna kuasa di dalam menangani kes skandal 1MDB!! Perkara yang patut diberi keutamaan untuk menyiasat polis tidak siasat!! Perkara-perkara yang tidak patut siasat direka-cerita untuk menyiasat!!"

 Lantaran kecewa dengan kelembapan tindakan pihak berkuasa tempatan, akhirnya Khairuddin membuat laporan pada 18 Ogos lalu kepada Pejabat Peguam Negara (Switzerland).

Tidak seperti rakan sejawatnya di Malaysia, Peguam Negara Switzerland telah pun membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap dua eksekutif 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali - pada 21 Ogos lalu! Hanya selepas tiga hari sahaja aduan dibuat!

Malaysia telah bersetuju untuk membantu mengaturkan sesi temubual dengan saksi-saksi dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

 Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Mohamed Apandi Ali, yang berada di Zurich untuk membincangkan mengenai 'kerjasama dua belah pehakdalam kes 1MDB, menurut satu kenyataan dari pejabatnya .

Kenapa pula Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai mensabotaj negara? 

 Bukankah Peguam Negara Mohamed Apandi Ali ketika di Zurich telah memberi persetujuan untuk membincangkan mengenai ' kerjasama dua belah pehak dalam kes 1MDB ?

Maka dimana asasnya tuduhan KPN bahawa aduan Khairudin itu bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia setelah kedua-dua Peguam Negara malaysia dan Switzerland telah menyatakan persetujuan mereka?

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat?

Posted: 20 Sep 2015 10:30 PM PDT

ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

 Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai "pengkhianat", maka kami perlu menjawab. Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.

 Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

Siapa pengkhianat?

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai "pengkhianat kepada perjuangan PAS".

 Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.

 Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru.

 Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan.

 Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap "pengkhianat" ini tidak mampu menghalang presiden PAS untuk mengkhianati Pakatan. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali.

 Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS "dikhianati", tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?

 Adakah mungkin presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat sama ada kawasan, negeri dan pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR? Atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon Umno/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS. Tidakkah itu satu pengkhianatan?

Tuduh Marxis, pil kuda 

 Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

 Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr Nasir sebagai manusia yang "mempertuhankan Marx"?

 Sedangkan, Hadi tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Dr Nasir. Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan Umno/BN dan kekalahan PKR.

 Sepertimana juga dengan tuduhan liar "pil kuda" tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

 Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain "pengkhianat" seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku.

 Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS. Walhal, usaha membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS. Namun, apakan daya kerana PAS dianggap boleh buat sesuka hatinya atas alasan bahawa dirinya sebuah parti Islam.

 Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan Umno untuk pertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semasa krisis yang lalu.

Penubuhan kerajaan PAS-Umno 

 Melalui tindakan beliau, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan PAS-Umno dengan dipimpin Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu.

 Akhirnya kerajaan PAS-Umno yang dipimpin Khalid itu telah dijatuhkan apabila dua ADUN PAS menyatakan mereka tidak menyokong beliau sebagai MB. Mereka berdua telah menandatangani Surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.

 Kemarahan presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya "broker dan barua" serta tuduhan dua ADUN dibeli tanpa mengemukakan sebarang bukti mahu pun saksi.

 Presiden PAS marah kerana 'dikhianati' 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

 Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, presiden PAS menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain.

 Ini akan dilakukan setelah Khalid Ibrahim memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh enam bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB untuk tempoh enam bulan dan menggantikannya dengan Azmin Ali sekiranya usaha PAS ini disokong Umno.

 Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa dua ADUN yang pasti tidak akan sokong). Sekiranya dicampur dengan Khalid Ibrahim dan Azmin bersama tiga lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN.

 Namun, mereka memerlukan 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh Umno yang menguassai 12 kerusi DUN.

 Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan "pengkhianat" maka sudah pasti, pertama sekali, tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

 Bagi kami dalam AMANAH, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

 Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan negara? 

 KHALID SAMAD 
ahli parlimen Shah Alam.

Tanpa perjanjian rasmi, gabungan tidak mampan...

Posted: 20 Sep 2015 03:56 PM PDT

PKR kena pilih, PAS atau AMANAH ....kalau PKR
pilih PAS, DAP tidak akan bersama.....
Perjanjian rasmi terperinci dan struktur mesti dipersetujui bagi apa-apa gabungan pelbagai pihak untuk menjadi mampan, seorang penganalisis politik Jerman berkata , hari ini.

 Siegfried Herzog, yang merupakan pengarah Friedrich Naumann Foundation for Freedom  rantau  Asia Tenggara dan Asia Timur , memberitahu satu forum PKR di sini bahawa adalah penting bahawa parti-parti pembangkang di sini bersetuju untuk merasmikan hubungan mereka bagi mengelakkan perselisihan masa depan.

 "Anda perlu struktur rasmi ... untuk meletakkan sesuatu ke dalam perjanjian rasmi.

 "Tiada gabungan tanpa perjanjian rasmi ... (ia tidak) mudah mampan," kata penganalisis Jerman itu.

 "Ini supaya tiada siapa yang boleh berpura-pura bahawa sesuatu yang di sana (perjanjian rasmi) apabila ia tidak ada di sana," katanya.

 Beliau juga berkata komunikasi urusan antara parti-parti politik merupakan halangan kedua terbesar untuk ditangani selepas bersetuju keutamaan pergabungan.

 PKR telah berulang kali menggesa parti-parti pembangkang yang juga termasuk DAP, PAS dan Amanah untuk menghentikan permusuhan dan mengarahkan tumpuan mereka kepada musuh yang sama, Barisan Nasional (BN).

 PKR dan PAS dijangka membincangkan pakatan pembangkang baru bagi menggantikan yang tidak berfungsi lagi Pakatan Rakyat, tetapi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rundingan minggu lalu masih berjalan tanpa kesimpulan bila-bila masa tidak lama lagi.

 PAS berkata sebelum ini ia akan kekal dalam blok pembangkang itu apabila parlimen bersidang bulan depan, tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai satu perjanjian baru dengan tiga pihak lain.

 Pakatan PR tidak rasmi yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, berpecah pada awal tahun ini lantaran desakan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

  DAP menegaskan ia tidak akan menyertai mana-mana kerajaan campuran dengan PAS ada di dalamnya. ~ sumber

Tiada ulasan: