Jumaat, 18 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Cina ni pula cari Melayu .....

Posted: 18 Sep 2015 10:30 AM PDT

 
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Lee Chee Leong melawat Yu Lian yang terselamat
 dalam kebakaran di Kuala Nerang, Kedah.
Seorang wanita Cina yang sudah tua, dengan nekad yang luar biasa telah terjun dari tingkat atas ke kereta pacuan empat roda kepunyaan seorang lelaki Melayu.

Difahamkan lelaki Melayu itu merupakan pengusaha kedai makan di Kuala Nerang dan sedang mengemas kedai ketika kebakaran berlaku.

 Selepas mengesan asap tebal, dia telah memandu kereta ke lokasi kejadian dan terserempak dengan orang ramai yang mahu menyelamatkan Yu Lian.

Dengan bantuan orang ramai, Yu Lian yang sudah berumur 70 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan terjun dari bangunan yang terbakar.

 "Saya tidak mengenali dia tetapi tahu dia yang menyelamatkan saya. Saya mahu berjumpa dia dan mengucapkan terima kasih," kata Yu Lian kepada pemberita dalam majlis pengebumian suaminya yang terkorban dalam kebakaran Isnin lalu.

 Kwongwah Daily melaporkan, lelaki yang menyelamatkan Yu Lian difahamkan bernama Masidi dan berumur 37 tahun.sumber

So macamana PKR? Pilih PAS, maknanya hang tolak DAP dan AMANAH ....

Posted: 17 Sep 2015 09:32 PM PDT

PKR pening kerana terpaksa berhadapan dengan krisis Cinta Tiga Segi.

PAS benci AMANAH...DAP pula bencikan PAS....

Kalau PKR mahu pilih AMANAH, dia tidak ada masalah dengan DAP sebab DAP ok dengan AMANAH.

Masalahnya kalau PKR pilih PAS, DAP tidak akan ok ....

PAS dah tegaskan tidakl akan terima AMANAH....

PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.
 Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.
 "Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat. - Baca lagi di sini 
Hj Hadi perlu ingat, bukan dia sahaja yang pandai membenci kat orang. Orang lain pun ada juga yang benci kamu kerana sikap kamu yang khianat dan suka flip-flop!
DAP bertegas, dengan berkata ia akan menjauhkan diri daripada gabungan baru  yang  dicadangkan  pembangkang yang digelar Pakatan Rakyat 2.0 jika PKR bertegas mahukan PAS berada di dalamnya, menurut pemimpin-pemimpin parti.
 Pemimpin-pemimpin DAP berkata terdapat terlalu banyak sikap kebencian antara kedua-dua bekas sekutu, sambil menambah bahawa ia akan menjadi mustahil untuk bekerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu masih diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 "Kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS di bawah Hadi Awang, kecuali mereka bersedia untuk berlepas dari pelbagai pendirian yang mereka diambil," Ahli Parlimen DAPBukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata. "Dengan kepimpinan PAS sekarang, ia tidak mungkin," katanya, merujuk kepada pakatan pembangkang baru yang dicadangkan.
 DAP menegaskan ia tidak akan menyertai mana-mana kerajaan campuran dengan PAS di dalamnya. Baca lagi di sini
So macamana PKR? Hang pilih PAS, maknanya hang tolak DAP dan AMANAH ....

Berita yang amat sukar dipercayai....

Posted: 17 Sep 2015 06:28 PM PDT


 Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran "Himpunan Rakyat Bersatu".

 Jamal menegaskan penganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada perdana menteri mahupun kerajaan.

 "Saya ingin nafikan kenyataan dan berita ini. Saya ingin menegaskan Himpunan Rakyat Bersatu tidak ada kaitan dengan Najib dan tidak menerima sebarang peruntukan daripada beliau mahupun kerajaan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

 Jamal berkata dakwaan itu adalah satu fitnah dan merupakan berita yang tidak berasas yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

 Berlangsung di Padang Merbok di ibu negara semalam, himpunan yang diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas. – Bernama, 17 September, 2015.

Tiada ulasan: