Kelab Greenboc |
[BERGAMBAR] Syabas Raja Bahrin, Pengerusi Harapan Baru Terengganu! Posted: 02 Aug 2015 12:31 AM PDT Pas Terengganu putus hubungan dengan Raja Bahrin Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi. Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud@Said@Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah hasil mesyuarat Pas Kuala Terengganu semalam. "Pas kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1hb Ogos 2015 berpegang kepada perkeliling isu Harapan Baru yang dikeluarkan Pas Pusat bertarikh 29hb Julai 2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu," petik kenyataan rasmi Pas Kuala Terengganu hari ini. Terdahulu, Kamarul Bahrin mengumumkan bahawa beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu dalam satu himpunan Harapan Baru pada 31 Julai 2014 di Jerteh, Terengganu.
|
[VIDEO & GAMBAR] Himpunan #TangkapNajib Bertukar Menjadi #TangkapRakyat Posted: 01 Aug 2015 04:55 PM PDT Protes #TangkapNajib diteruskan, ramai ditangkap ingkar amaran polis Dua ahli Parlimen pembangkang ditangkap hari ini selepas tidak mengendahkan amaran polis untuk bersurai berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur hari ini, menjelang protes #TangkapNajib petang ini. Wail rakyat PKR itu – ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing – ditahan pukul 2.20 petang selepas mereka tidak mempedulikan arahan polis yang sudah mula mengambil tindakan terhadap peserta protes itu. Kehadiran begitu ramai pihak polis dapat dilihat dengan kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar kompleks membeli-belah popular itu di mana para peserta perhimpunan sedang berkumpul. Dalam masa yang sama, lebih ramai orang ditangkap, sebahagian besar daripada mereka dikatakan aktivis. Peserta protes juga dilihat membaling mercun dalam tindak balas mereka kepada polis dan ini menyebabkan beberapa kedai berdekatan terpaksa menghentikan perniagaan mereka. Sumber berkata, polis juga menghentikan mereka yang memakai baju-T putih di stesen LRT Raja Laut yang berdekatan bagi menghalang mereka menyertai perhimpunan di Sogo itu. -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan