Sabtu, 15 Ogos 2015

dollah yankee

dollah yankee


Di Malaysia,tiada yang mustahil

Posted: 15 Aug 2015 07:24 PM PDT


Berapa kali gua sudah cakap Malaysia ini negara Dunia Ketiga. Dalam negara Dunia Ketiga macam Malaysia, semua boleh berlaku, semua boleh berjalan. Yang pelik jadi benar. Yang benar jadi salah. Yang mustahil tiba-tiba wujud depan mata.

Nama Altantuya Shaariibuu tiba-tiba hilang dari data imigresen. Cari punya cari tetapi tak jumpa. Fakta bila Minah Mongolia ini mendarat di KLIA kita tak tahu. Pelik bin Hairan bin Ajaib bin Magik. Tapi ini Malaysia. Malaysia semua boleh. Berapa kali gua mahu cakap?

Najib yang dituduh curi duit 1MDB, gua pula yang ditangkap. Gua pula masuk lokap Jinjang. Gua pula yang dituduh antidemokrasi. Yang dituduh mencuri tidak ditangkap tetapi gua pula kena tangkap. Ini Malaysia. Berapa kali gua mahu cakap?


Gua dimasukkan dalam sebuah kereta besar. Duduk di belakang  gua seorang mamat India dengan alat kamera. Gua diapit oleh dua jantan berbadan besar – di kiri jantan India, di kanan jantan Melayu Pegawai Tukang Tangkap duduk di sebelah pemandu. Semua polis pakai baju biasa.

Dalam perjalanan ke rumah pasung Petaling, sambil ketawa mesra gua diminta terangkan ke mana perginya duit 2.6 bilion ringgit itu?

Gua mula tak percaya. Gua ingat polis yang menangkap gua ini semua sokong Najib. Gua salah. Mereka pun hairan dan tertanya-tanya ke mana lesapnya 2.6 bilion ringgit. Kenapa yang mencuri tidak ditangkap? Kenapa gua pula ditangkap? Lu tak percaya? Lu jumpa polis lu tanya sendiri. - Isham Rais, blog tukartiub.


dollah yankee -
Betol lah tuu..pencuri tak ditangkap,yang ditangkap ialah orang yang melapor kecurian,dan yang menyiasat kecurian... 

Tiada ulasan: