Sabtu, 15 Ogos 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Surat Husam kepada Exco KELANTAN bakal berasap - MSO

Posted: 15 Aug 2015 05:38 PM PDT

Surat Husam kepada Exco bakal berasap

TERKINI

Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang bersifat pelik.
Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB tidak nyenyak tidur.

Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya hari ini.

Carta berkenaan dinamakan "Surat Husam Pada Exco" menimbulkan enam persoalan berhubung dengan dakwaan ke atasnya dan mendedahkan isu baharu di Kelantan yang belum tersembur.
Carta surat Husam dari twiternya.
Persoalan dibangkitkan ialah mengenai kelulusan kawasan balak kepada syarikat Baldah, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek pembinaan Lebuh Rakyat Rakyat Kelantan dimana beliau pernah menjadi pengerusinya sebelum kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz semua jawatan dipegang Husam berkaitan kerajaan dilucutkan oleh Menteri Besar Ahmad Yaakub.

Perkembangan semasa dalam syarikat itu yang mungkin tidak diteliti oleh pembuat fitnah menyebabkan fitnahnya tersasar kepada pihak lain. Pihak tertentu cuba mengaitkan Husam dengan kelulusan kawasan balak kepada Baldah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRRK).

Apa yang dapat difahami daripada carta berkenaan syarikat Baldah telah mendapat kelulusan untuk menebang balak di kawasan melibatkan pembinaan lebuh raya berkenaan bagi membiayai projek berkenaan. Lesen itu diluluskan pada 27 Januari 2015 dengan tempoh sahnya hingga April hingga Oktober 2015. No lesen ialah DT 01(P)-16-15Tahun 2015).

Yang menjadi persoalan ketika lesen itu diluluskan Husam tidak lagi menjadi Exco Kelantan. Beliau tidak disambung perkhidmatan dalam lantikan semula selepas pilihan raya umum Mei 2013. Secara absah beliau tidak ada kaitan dan kuasa meluluskan lesen berkenaan.

Serentak itu juga ekoran peralihan kepimpinan kedudukannya sebagai Pengerusi Baldah juga tidak disambung lagi. Yang menghairankan kenapa kelulusan itu terus dikaitan dengan dirinya? Inilah faktor kenapa Husam terpaksa mengutuskan surat kepada Exco memberi penjelasan dan meminta beberapa penjelasan mengejutkan. Tuduhan dan fitnah terhadap Husam itu tidak ubah seperti kerja menjolok sarang tebuan yang sarangnya melentang mentari.

Misalnya mengenai penyitaan 1,000 tan balak oleh Pejabat Perhutanan di kawasan lebuh raya berkenaan. Dari penjelasan itu balak yang dirampas itu adalah milik Baldah. Ini memelikkan? Mengapa Pejabat Perhutanan boleh menyita balak milik agensi kerajaan?

Daripada carta surat berkenaan beliau menimbulkan enam persoalan berkaitan perkara itu.

1. Siapa yang memilih kontraktor pembalakan itu dan siapa mendapat keuntungan (komisyen) daripadanya.
2. Apa terma dan kriteria dan apakah ia tender terbuka atau tertutup? Benarkah syarikat yang mendapat tander itu syarikat Lucky Wong?
3. Kenapa Pejabat Perhutanan menyita balak yang dikeluarkan kepada Baldah sebanyak 1,000 tan?
4. Apakah Baldah yang membuat laporan berhubungan kegiatan pembalakan haram berhampiran dengan kawasan miliknya. Kalau ada, apakah laporan polis atau laporan ke Pejabat Perhutanan? Jika tidak kenapa?
5. Adakah pengerusi Baldah mengetahui siapa bertanggungjawab melakukan pembalakan haram berhampiran kawasannya? Jika tidak mengapa?
6. Adakan kawasan R n R yang direzebkan untuk lebuh raya itu juga hutannya ditebas tebang.

Enam persoalan dibangkitkan Husam itu perlu dijawab dan diberi penjelasan oleh Exco khasnya Menteri Besar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah yang dianggap zuhud dan sangat adil dalam pemerintahannya.

Sudah pasti rakyat Kelantan ingin mengetahui kedudukan perkara itu. Bagi Husam pula beliau mahu membersihkan dirinya dari segala sangka buruk yang diterimanya tidak habis-habis selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekiranya apa dibangkitkan oleh Husam itu belum ada dalam pengetahuan kerajaan negeri ia hendaklah disiasat secara serius dan tindakan kepada mereka terlibat hendaklah diambil. Jangan bersikap berat sebelah dan pilih kasih. Mereka yang memfitnah Husam juga perlu bertaubat.

Sehubungan itu juga mana-mana pihak di Kelantan, sama ada parti, badan NGO perlu membuat laporan kepada SPRM agar menyiasat apa yang dipersoalkan Husam itu. Mereka bertanggungjawab "mentankedarah" harta rakyat wajib dihukum. Saya percaya sikap dan amalan bekas MB sebelum ini yang sedia disiasat diteruskan oleh MB kini. [wm.kl.11:07 am 13/08/15]


 

Najib pacu negara menuju kehancuran, segera selamatkan Malaysia – Anwar

Posted: 15 Aug 2015 05:25 PM PDT

Najib pacu negara menuju kehancuran, segera selamatkan Malaysia – Anwar

KUALA LUMPUR OGOS: Malaysia perlu diselamatkan segera sebelum 'hancur' di tangan Najib Razak dan pentadbirannya yang lebih mementingkan masa depan politik berbanding masa depan negara, kata saudara Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bagai tidak mampu atau tidak mahu mengambil tindakan tegas dan pantas ketika Malaysia di dalam krisis ekonomi dan politik.

"Dakwaan berat terhadap Perdana Menteri di dalam skandal kewangan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah ditambah dengan kejadian-kejadian terkini, termasuk pemecatan Peguam Negara dan gangguan yang jelas terhadap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
anwar1"Akibatnya nilai mata wang ringgit telah merudum ke tahap yang amat rendah dan keyakinan pelabur terus hilang dan ini akan mendatangkan kesan amat buruk terhadap kehidupan rakyat," kata Anwar dalam perutusan yang disampaikan melalui peguamnya,

Beliau juga mengingatkan Najib dan pentadbirannya mengenai jasa pejuang terdahulu yang perlu dihargai dalam membina kemakmuran negara.

"Sejak merdeka malah sebelumnya lagi, begitu ramai rakyat patriot yang telah berkorban demi membina, mempertahan dan memakmurkan negara ini, termasuk angkatan tentera dan pasukan polis.

"Adakah begini caranya Datuk Seri Najib dan konco-konconya membayar balik hutang budi itu?
Dengan memacu negara menuju tebing kehancuran?" kata Anwar.

Tegas beliau, dengan tidak memberi penjelasan dan tidak mengambil tindakan pantas, seluruh kabinet dan BN terlibat bertanggungjawab di atas krisis ini.

"Namun Datuk Seri Najib dan pentadbiran beliau kelihatan lebih mementingkan masa depan politik diri mereka sendiri berbanding masa depan negara," kata Anwar.

Justeru, beliau menggesa semua parti dan pemimpin politik, dan para wakil rakyat, mengetepikan perbezaan, ketengahkan kepentingan negara dan rakyat serta ketepikan lain-lain perkiraan.

"Dengan keberanian dan ketegasan, kita masih mampu mengatasi krisis ini, dan memulakan proses reformasi, mengembalikan demokrasi, dan menyelamatkan Malaysia.

"Tapi kita tak punyai banyak masa, kita mesti bertindak segera!" seru Anwar dari dalam Penjara Sungai Buloh.

Negara dalam ‘darurat’, Mat Sabu ajak rakyat turun Bersih 4

Posted: 15 Aug 2015 05:20 PM PDT

Negara dalam 'darurat', Mat Sabu ajak rakyat turun Bersih 4

(Oleh Ermizi Muhamad)
PETALING JAYA 15 OGOS: Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat turun ke Himpunan Bersih 4 hujung bulan ini dengan matlamat menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman kezaliman kerajaan Barisan Nasional.
Jelasnya, sokongan rakyat diperlukan bagi menyatakan bantahan terhadap kegagalan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
mat_sabu"Kita harap seluruh rakyat dapat turun seramai mungkin dalam himpunan kali ini kerana negara kita ini sudah berada dalam keadaan paling 'darurat'.
"Darurat ekonomi, darurat rasuah, darurat penyalahgunaan kuasa, darurat penyelewengan ini perlu dihentikan.
"Rakyat perlu bersatu untuk perbetulkan keadaan ini melalui protes himpunan bantah secara aman terhadap pemerintahan Najib," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Bersih 4 di Dewan Sivik MBPJ malam tadi.
Ditanya mengenai sokongan GHB, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, gerakan itu turut memberikan sokongan penuh terhadap himpunan tersebut.
"Kami dari awal menyatakan komitmen kami untuk terus berkempen bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi kami akan gerakkan penyokong GHB di seluruh negara untuk turut serta," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67441

Bersih 4 manifestasi rakyat tolak Najib

Posted: 15 Aug 2015 05:18 PM PDT

Bersih 4 manifestasi rakyat tolak Najib

(Oleh Ermizi Muhamad)
PETALING JAYA 15 OGOS: Himpunan Bersih 4 hujung bulan ini diadakan sebagai simbolik penolakan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah menegaskan, protes aman itu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan, tetapi platform kepada rakyat menyatakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri serta bantahan kepada sistem politik pemerintah.
bersih-demo"Rakyat sudah hilang keyakinan kepada Najib tetapi Parlimen masih belum mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukan sama ada Najib masih menerima kepercayaan kebanyakan Ahli Parlimen.
"Parlimen kita sudah gagal, di bawah seorang Speaker yang tidak dipilih rakyat.
"Bersih 4 akan menjadi manifestasi undi tidak percaya ke atas Najib.
"Protes ini akan menjadi suara seluruh rakyat untuk mengukuhkan lagi sistem demokrasi berparlimen di negara ini," kata Maria.
Beliau berucap pada majlis pelancaran himpunan itu yang dirancang selama 34 jam tanpa henti, bermula 29 Ogos ini, di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.
Sambung Maria, rakyat juga menuntut sistem politik dan kepimpinan yang bersih serta bebas rasuah.
grafik tuntutan"Kalau politik ini sistemnya masih tidak bersih, ia tidak akan selesaikan apa-apa pun.
"Muhyiddin (Yassin) atau Zahid (Hamidi) sekalipun yang ganti Najib, kalau masih korup dan tamak, semua skandal lain tidak akan dapat diatasi," katanya merujuk penyelewengan kerajaan antaranya skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan NFC (Pusat Fidlot Nasional.
Masih bertemakan kuning, perhimpunan itu akan berlangsung serentak di Kuala Lumpur dan beberapa bandar termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Pahang, Johor serta lebih 20 bandar di luar negara.
Empat tuntutan Bersih 2.0 dalam himpunan ini adalah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.
Selain itu, 10 pembaharuan antaranya termasuk institusi pilihan raya, institusi Parlimen, menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan berperlembagaan yang menjawab kepada Parlimen dan menghalang Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.
Oleh itu, Maria menyeru rakyat menyertai himpunan ini bagi melakukan pembaharuan terhadap institusi negara dan menamatkan rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67432

Ust Ahmad Awang Dilantik Penasihat Umum Harapan Baru

Posted: 15 Aug 2015 05:15 PM PDT

Ust Ahmad Awang Dilantik Penasihat Umum Harapan Baru



Greeenboc





Ketua Ittihad Ulamak Cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dilantik sebagai Penasihat Umum Harapan Baru (GHB).

Perkara tersebut diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB hari ini.

Ustaz Ahmad Awang sebelum itu diundang merasmikan NUNJI15 yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.

Dalam ucapannya, Ustaz Ahmad Awang berkata, NUNJI15 yang mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tema, diharapkan dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

Menurut beliau, para peserta diberi peluang untuk mendengar dan berdialog dengan para pembentang yang berwibawa dalam bidang masing-masing serta tokoh yang dikenali masyarakat.

"Kehadiran Nadwah ini tepat pada masanya untuk para peserta menghadam tajuk-tajuk besar yang berkaitan dengan Islam dan kenegaraan.

"Perbahasan dan perincian tajuk besar ini mempunyai implikasi terhadap bagaimana para pengamal politik Islam khususnya berfikir dan menterjemahkan dalam gerak kerja dalam menyampaikan mesej Islam dalam kerangka sebuah negara," katanya.

Beliau turut mengharapkan nadwah ini dapat menyumbang kepada pembentukan satu formula kerangka fiqh tempatan yang bersifat majmuk dan rencam pemikirannya.

"Fiqh Malaysia atau Fiqh Malayzi adalah sumbangan besar Malaysia ke alam Islam dan dunia dengan menjadikan prinsip syariah sebagai panduan utama jalan formulasinya," katanya.

Ringgit merudum, Najib bertanggungjawab – Azmin Ali

Posted: 15 Aug 2015 08:25 AM PDT


Ringgit yang jatuh menjunam hanya boleh dihentikan sekiranya ada perubahan besar dalam kepimpinan negara, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini, yang mengatakan ia juga perlu bagi mengelakkan Malaysia daripada bencana politik dan ekonomi.
Timbalan presiden PKR itu juga mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "mempermainkan" rakyat apabila beliau menyalahkan "mainan dan spekulasi politik" negara yang menyebabkan ringgit makin susut berbanding dolar AS, sedangkan hakikatnya beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab.
"Kenyataan perdana menteri semalam yang 'mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara', jelas bertujuan menyalahkan pihak lain selain dirinya yang mengakibatkan krisis matawang.
"Tiada apa selain perubahan besar dalam kepimpinan dan kesaksamaan politik boleh menghentikan kejatuhan merudum itu serta memelihara kita dari ambang bencana negara," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
Azmin hari ini berkata orang ramai tidak terpedaya dengan "grandstanding" Najib dan "sound bites" perhubungan awam beliau.
Ringgit dijangka terus lemah selagi ketidaktentuan politik berterusan, katanya.
Ringgit mencecah paras terendah 4.12 kepada dolar AS pagi ini selepas harga minyak mentah jatuh di bawah AS$42 (RM171) setong.
"Oleh itu, perdana menteri mesti berhenti berpura-pura mempamerkan seolah-olah keadaan berjalan seperti biasa dan beliau boleh terus memimpin negara keluar daripada keadaan huru-hara ini hanya dengan menyingkirkan timbalannya dan melantik menteri baru bagi menunjukkan sokongan yang dimilikinya," katanya.
Azmin merujuk kepada tindakan Najib baru-baru ini yang merombak Kabinetnya dengan menggugurkan mereka yang mengkritik cara beliau mengendalikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Najib juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Azmin berkata Najib gagal membersihkan dirinya dari skandal kewangan 1MDB yang melibatkan hutang sebanyak RM42 bilion, khususnya wang RM2.6 bilion dalam akaun beliau yang dikatakan sumbangan penderma politik, serta kesannya terhadap negara.
Beliau berkata, memang wujud faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan ringgit, seperti penurunan harga minyak, kemungkinan kenaikan kadar faedah AS dan susut nilai yuan China.
"Tetapi faktor-faktor ini memberi kesan kepada mata wang lain di rantau ini juga. Persoalannya ialah, mengapa ringgit kita yang paling teruk antara semua mata wang utama serantau?" soal Azmin.
Katanya, tindakan baru-baru ini seperti pembubaran anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hasil rombakan Kabinet, dan halangan yang jelas terhadap penyiasat anti-rasuah yang menyiasat syarikat berkaitan 1MDB, juga menampakkan seolah-olah ada pakatan sulit dan konspirasi dalam kerajaan, yang memburukkan lagi persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.

BERSIH 4.0 huru-hara: Mahfuz tolak ‘nasihat’ Hadi

Posted: 15 Aug 2015 08:18 AM PDT


Mahfuz Omar menolak demonstrasi aman akan jadi ganas dan memalukan negara sebagaimana diungkapkan Presiden Pas Hadi Awang baru-baru ini.
"Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," Hadi dipetik sebagai berkata.
Namun Mahfuz dalam kenyataan medianya tidak menganggap demikian:
1.Tidak wajar untuk mana-mana pihak merasai bimbang dengan demonstrasi Bersih 4.0. Sudah 3 kali demonstrasi Bersih diadakan sebelum ini disamping demonstrasi yang lain.Tiada pun dalam agenda penganjur untuk menimbulkan huru hara.Apa yang berlaku ialah keengganan pihak berkuasa khususnya Polis memberikan kebenaran dan kerjasama pada penganjur dan peserta.
2.Saya masih ingat bagaimana perkataan Bersih diharamkan dan baju kuning juga diharamkan. Ini merupakan provokasi awal pihak berkuasa menyekat kebebasan berhimpun.Ada perhimpunan yang dibuat di dalam Stadium Merdeka yang berjalan dengan lancar. Ada yang dibuat dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad berlangsung dengan aman.Tidak dinafikan ada yang berlaku kekecohan akibat provokasi dan tindakan pihak berkuasa bertindak memukul dan menembak gas pemedih mata serta memancutkan air kimia melemahkan peserta.Sudah tentu bila berlaku tindakan keterlaluan seperti itu maka berlaku kekecohan tetapi bukan huru hara yang dirancang.
3.Demonstrasi di lebuhraya kesas bukan kerana peserta nak adakan demonstrasi di lebuhraya, tetapi tindakan bodoh pihak polis yang tidak membenarkan peserta keluar dari tol untuk menuju kejalan kebun tempat sebenar perhimpunan.Saya masih ingat kerana ketika itu saya bersama dengan Allayarham Dato'Ust Fadzil Noor, bekas Presiden Pas turut menyertai perhimpunan yang sepatutnya diadakan dijalan kebun terpaksa bertempiaran lari kerana dikejar polis dengan gas pemedih mata dan air kimia.
4.Demonstrasi kriket Israel menyaksikan hampir seratus orang yang ditahan termasuk saya dan Salahudin serta Haji Amjal yang didapati bersalah dan merengkok dalam penjara selama sebulan kerana kami enggan membayar hukuman denda yang dijatukan keatas kami. Kami berpegang bahawa himpunan kami adalah himpunan aman dan hanya inginkan Kerajaan Malaysia mengusir penyertaan pasukan kriket dari negara Haram Israel.Tiada tujuan untuk huru harakan negara.
5.Berlaku penangkapan yang brutal terhadap pimpinan politik dan Ngo.Datuk Seri Anwar Ibrahim,Dato'Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang,Hj Mohammad Sabu,Salahudin Ayob dan saya sendiri serta ramai lagi dalam himpunan bersih 3.0.Ada yang mati kerana sesak nafas akibat terhidu gas.Saya dan Salahudin Ayob menyaman kerajaan Malaysia dan PDRM kerana melakukan tangkapan yang salah dan akhirnya kami menang.
6.Tak wajar untuk mana mana pihak melihat dan mengaitkan demonstrasi untuk huru harakan negara,dan lebih lebih lagi melihat demonstrasi untuk gulingkan kerajaan.Demonstrasi hanya menuntut sesuatu dari pihak yang berkuasa,bukannya salah pun.Nak tuntut piliharaya yang bersih tak kan salah kut.Nak tuntut Najib letak jawatan ganti dengan orang lain yang juga dari Umno dan Bn itu bukan guling kerajaan namanya.Peserta demonstrasi tak bawa senjata api untuk rampas kuasa tawan istana Negara atau Parlimen Malaysia.Yang bawa senjata anggota keselamatan PDRM.Memang tak terguling kerajaan dengan demonstrasi.Najib pun tak kan terguling, kecuali Najib sendiri nak berguling.
7.Terima kasih Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Nor Rashid Ibrahim yang beri jaminan Polis hanya akan bertindak jika perhimpunan Bersih 4.0 cuba jatuhkan kerajaan melalui jalan yang tidak dibenarkan.saya menyakini perhimpunan Bersih 4.0 untuk tuntut piliharaya yang bersih untuk tujuan sebarang perubahan kerajaan mesti melalui proses demokrasi piliharaya.
8.Terima kasih sahabat saya Datuk Nur Jazlan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan tiada masalah dengan demo Bersih jika berlangsung dengan aman.Sememangnya perhimpunan Bersih adalah perhimpunan aman.Saya menyeru peserta Bersih 4.0 dan anggota keselamatan Polis dan tentera mari bersama kita menjaga keamanan negara.Pastikan BERSIH 4.0 aman tanpa provokasi dan gangguan.
9.Jadi Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ayuh kita bersama walaupun seketika pada 29 dan 30 Ogos untuk menunjukkan kesetiaan,kecintaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia tercinta dalam BERSIH 4.0
Dato' Mahfuz Hj Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

Mat Sabu: Bila Gerakan Harapan Baru, DAP, PKR & NGO Bersatu Tenaga, Barisan Nasional Out-U-Go

Posted: 14 Aug 2015 10:09 PM PDT

Parti baharu dilancar sebelum 31 Ogos terbuka pada bukan Islam, kata GHB

Posted: 14 Aug 2015 09:42 PM PDT

Parti baharu dilancar sebelum 31 Ogos terbuka pada bukan Islam, kata GHB

Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.Parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dilancarkan sebelum sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini, dibuka kepada bukan Islam untuk menyertainya.
Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin berkata, sebahagian besar ahli kumpulan ditubuhkan pemimpin progresif PAS itu akan menyertai parti baharu yang masih belum diputuskan namanya itu.
"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Tentang nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil."Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baharu itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, penubuhan parti baharu itu akan turut menjadi pelengkap kepada Pakatan Rakyat baharu sebagai persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.
"Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat," katanya. – 15 Ogos, 2015.
MENYUSUL LAGI   TMI

Tiada ulasan: