Sabtu, 8 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Shukri Abdull mungkin ditukar untuk ‘senyapkan’ SPRM

Posted: 08 Aug 2015 06:30 AM PDT

 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM beri amaran jangan ganggu badan itu dalam usahanya memerangi rasuah termasuk kepada Najib.


Bahasa,-Shahbudin,-Najib-Razak,-Shukri-Abdul,-SPRM,-JPM


PETALING JAYA: Tindakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull yang menuntut supaya dua pegawainya yang ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikembalikan dilihat satu amaran keras kepada kerajaan.

Malah, Syukri juga umpama sudah mengisytiharkan 'perang' terhadap sesiapa yang cuba mengganggu badan itu dalam memerangi rasuah termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pandangan itu dibuat bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin melalui entri terbaru dalam blognya yang memuji keberanian orang kuat SPRM itu.

Beliau dilihat seperti mengisytiharkan "perang" terhadap sesiapa yang cuba mengganggu tugas badan itu dalam memerangi rasuah.

"…. (Malah tindakan itu) suatu keberanian yang terpuji dan tidak pernah berlaku sebelum ini," tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Mengulas lanjut, Shahbudin berkata, tumpuan pastinya akan terarah kepada reaksi Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai individu paling berjawatan di JPM untuk membalas tuntutan Shukri.

"Mungkinkah hanya Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa atau Jabatan Perkhidmatan Awam saja yang akan menjawabnya nanti?.

"Atau semuanya akan diam saja? Apakah sehari dua nanti Shukri pula akan menjadi mangsa tindakan disiplin atau pertukaran seterusnya?," soalnya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan medianya memaklumkan, pertukaran dua pegawai itu dibuat selepas beberapa hari mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang di Ibu Pejabat SPRM.

Dua individu berkenaan ialah, Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob.

Tambah Shahbudin, pelbagai persoalan mula timbul apabila tugas SPRM digangu, malah ada yang mendakwa campur tangan itu dibuat apabila kedudukan Najib masih tidak selamat meskipun sebahagian besar daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada luar negara itu sudah diisytiharkan sebagai derma.

"Di mata umum, kiranya pertukaran pegawai SPRM ini dilakukan dengan pengetahuan Najib, ia jelas memberi makna beliau sedang cuba mengelakkan kesalahannya daripada dikesan serta dibuktikan," katanya.

UMNO rosak kerana sikap bermuka-muka

Posted: 08 Aug 2015 06:28 AM PDT

 
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kelompok itu hanya memuji dengan berpura-pura untuk mengekalkan jawatan


Muhyiddin-Yassin,-umno


PAGOH: Pemimpin UMNO pada masa ini semakin ramai dikelilingi oleh mereka yang bermuka-muka dan tidak ikhlas.

Luahan itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjelaskan kelompok itu hanya memuji untuk mengekalkan jawatan.

"Saya nak cerita ada kawan kita dalam satu majlis itu, sebelum majlis mengata macam-macam kepada pemimpin.

"Namun apabila pemimpin itu bangun sahaja, beliau memuji dengan mengucapkan taniah.

Katanya pujian itu 'untuk hidup'," katanya dihadapan 600 orang perwakilan Bahagian UMNO Pagoh yang hadir dalam mesyuarat Bahagian Pagoh UMNO.

Ahli Parlimen Pagoh berkata tidak semua ahli dan pemimpin di dalam UMNO yang berani untuk menegur ketua mereka sekiranya ada membuat sesuatu kesalahan.

"Kebanyakan kita hanya dikelilingi dengan penyokong yang memberitahu 'its ok sir things are so good', 'don't worry sir', 'everything is ok sir' dan 'yes sir'," katanya lagi.

Muhyiddin juga menasihatkan agar seseorang pemimpin jangan terlalu pandang ke hadapan sahaja sehingga tidak melihat sikap orang disekelilingnya.

Beliau berkata UMNO mesti berani bersuara dan membuat perubahan.

"Jika tidak ubah, orang akan ubah," katanya.

Kembalikan dua pegawai SPRM, jika tidak...

Posted: 08 Aug 2015 06:23 AM PDT

Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta
Bahri (kiri) dan Rohaizad ketika meninggalkan pejabat SPRM Putrajaya, semalam.


SHAH ALAM - Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuntut dua pegawai suruhanjaya itu dikembalikan.

Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaafar dalam satu kenyataan menzahirkan rasa terkejut dengan tindakan menukar pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam penyiasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Menyifatkan pertukaran kedua-dua pegawai itu hanya akan menambahkan ketegangan, Johan berkata, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob harus dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM.

"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi," tegasnya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta ]

Johan turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.

Semalam, Bahri dan Rohaizad dilaporkan ditukarkan serta-merta ke Jabatan Perdana Menteri dan akan mula berkhidmat pada Isnin.

Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn. Bhd.

Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.


MT Umno tidak tahu berkenaan wang derma – Shafie Apdal

Posted: 08 Aug 2015 06:07 AM PDT

QURNISHA HAMKA

 

shafie apdal M
Shafie Apdal (tengah) selepas selesai merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong hari ini. - Foto TRP/Azrol Ali



BATU PAHAT, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui hakikat bahawa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak diberitahu mengenai wang derma yang diperoleh parti itu.


"Apa yang saya tahu, sepanjang kehadiran saya, kita tidak diberitahu pun," katanya di dalam sidang media selesai merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong hari ini.

Meskipun tidak dimaklumkan kepada ahli MT, Shafie berkata bahawa hal berkenaan wang derma untuk Umno itu diberitahu di dalam mesyuarat Kabinet.

"Saya cuma dimaklumkan dalam Kabinet. Itu saya diberitahu dalam mesyuarat Kabinet yang terakhir saya hadiri. Dalam mesyuarat MT tidak ada," jelasnya lanjut.

Beliau mengulas berkenaan isu wang derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.6 billion.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 billion di dalam akaun peribadi Najib adalah daripada sumbangan penderma dari Timur Tengah yang digunakan bagi tujuan kempen politik.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga sebelum ini dilaporkan berkata, sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir MT Umno dan juga Badan Perhubungan Umno Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh presiden atau bendahari parti.

“Kalau Yes Boss! Confirm menteri” – Shafie Apdal

Posted: 08 Aug 2015 06:05 AM PDT

QURNISHA HAMKA

 

shafie apdal l1
"Kita perlu menegur demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau demi kepentingan saya, 'yes boss!' 'Comfirm' jadi menteri," kata Shafie Apdal selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Batu Pahat, Johor hari ini. - Foto TRP/Azrol Ali



BATU PAHAT, Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa dirinya akan terus berjuang demi rakyat walaupun tanpa jawatan sebagai menteri.

Jelasnya, itu membuktikan bahawa dirinya bukanlah seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi jawatan.

"Kita perlu menegur demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau demi kepentingan saya, 'yes boss!' 'Comfirm' jadi menteri.

"Saya boleh, bukan tidak boleh sokong. 'Yes' kalau tempatnya baik, 'No' kalau tempatnya tidak baik," kata ahli Parlimen Semporna itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Batu Pahat, Johor hari ini.

Malah jelasnya, adalah wajar untuk ahli Umno memberikan teguran dan pandangan kepada kepimpinan sekiranya keadaan memerlukan.

Shafie juga berkata bahawa dirinya juga tidak maksum dari melakukan kesalahan, oleh itu adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya teguran diberikan kepada yang melakukan kesilapan.

"Salah silap kita memang ada, tapi sekurang-kurangnya bila memimpin negara, mesti berpegang pada agama.

"Kalau imam bacaannya tidak betul, kena tegur. Itu baru bawa ke landasan yang sebenarnya," katanya di hadapan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong.

Sebelum ini, Shafie pernah menjelaskan bahawa beliau bukanlah 'Yes Man' dan akan terus memperjuangkan parti bagi memastikan Umno terus kukuh di Malaysia.

Saya tidak risau digugurkan seperti Muhyiddin – Khairy

Posted: 08 Aug 2015 06:03 AM PDT

SM AMIN

 

khairy M

 

KLANG,Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak risau menerima nasib yang sama seperti Tan sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari Kabinet baru-baru ini.

Khairy berkata demikian susulan kelantangan beliau sebelum ini yang meminta supaya jangan menakutkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menjalankan siasatan.

"Saya tidak risau sebab saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan pendirian apa yang betul.

"Kita mesti berdiri teguh dengan apa yang kita rasa betul untuk melindungi institusi dan bercakap tanpa rasa takut dan gentar," kata beliau selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Klang di sini.

Menurut Khairy, apa yang dilakukan beliau selari dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu ada 'Yes Man' disekelilingnya.

"Tadi Perdana Menteri sendiri dalam ucapannya tidak mahu 'yes man' disekelilingnya bermaksud beliau hargai sesiapa yang membawa pendapat berbeza.

"Jadi ini yang sedang saya lakukan. Saya cuba untuk yakinkan beliau ini adalah pendirian peribadi saya berkenaan isu tersebut dan ini yang saya percaya.

"Isu ini menyebabkan kerisauan bukan sahaja kepada anggota SPRM malah kepada penjawat awam yang lain juga menyatakan kerisauan terhadap persepsi penjawat awam diganggu tugas," katanya.

Britain mahu bawa pelabur ke Selangor

Posted: 08 Aug 2015 02:32 AM PDT

SINAR HARIAN



Azmin Ali
Azmin Ali


KUALA LUMPUR - Britain menyatakan kesediaan membawa lebih ramai pelabur ke Selangor dalam usaha meningkat ekonomi di negeri itu, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
  
Beliau berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Britain David Cameron dalam pertemuan dengannya hujung bulan lepas ketika Cameron melakukan lawatan kerja ke Malaysia.
  
"Selangor memberi jaminan bahawa politik kita stabil, infrastruktur kita baik dan sempurna dan kita mempunyai struktur tenaga mahir yang mampu memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi pada hari ini," katanya selepas menghadiri jamuan hari raya Aidilfitri di Taman Ekstrem Park, Kampung Melayu Wira Damai, di sini hari ini.
  
Dalam pada itu, Azmin berkata, Selangor kini merekodkan rizab kewangan tertinggi iaitu sebanyak RM3.6 bilion.
  
Katanya hasil yang dikumpul itu akan digunakan untuk projek pembangunan di negeri Selangor termasuk pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh tiga tahun. - Bernama


Pas terima aduan, mula siasat Harapan Baru

Posted: 08 Aug 2015 02:23 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR - Pas masih belum membuat sebarang keputusan terhadap penglibatan ahlinya dalam Gerakan Harapan Baru susulan baru sahaja menerima aduan dalam mesyuarat bulanan mereka, hari ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini ahli yang terlibat dalam gerakan itu masih ahli Pas.

"Kita baru terima laporan hari ini namun parti tidak membuat sebarang keputusan terhadap mereka kerana kita masih lagi menunggu laporan-laporan dari negeri-negeri.

"Bagi parti, mereka masih lagi ahli Pas dan Pas akan ambil tindakan dalam konteks dia (ahli) sebagai ahli Pas yang terikat dengan dasar dan peraturan parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan tersebut.

Menurutnya, aduan yang diterima perlu diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jawatankuasa akan mengkaji laporan-laporan tersebut. Hari ini kita terima laporan tak adil kalau kita terus putuskan. Hukuman dibuat nanti mengikut kes berdasarkan tahap kerosakan imej yang dilakukan.

"Hukuman terakhir adalah pecat. Bentuk hukuman mula-mula amaran, gantung kemudian baru pecat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika mana-mana ahli menyertai parti politik lain, keahliannya gugur secara automatik.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hampir semua negeri menghantar aduan hari ini.

"Kita kena semak setiap laporan supaya kita tak buat keputusan terburu-buru.

"Antara bentuk aduan adalah ajakan keluar parti, penglibatan dengan aktiviti Harapan Baru dan sebagainya," katanya.

Tegas Mohd Amar, setiap ahli berhak membela diri berdasarkan prosedur parti.


Berhenti desak Muhyiddin letak jawatan

Posted: 08 Aug 2015 02:21 AM PDT

 SINAR HARIAN


Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
 
 
BERA - Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini, meminta segelintir ahli parti supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai timbalan presiden.

Katanya, tindakan Muhyiddin untuk kekal menjawat jawatan itu juga tidak melanggar undang-undang mahupun peraturan parti.
  
"Pada saya, beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan presiden juga perlu beri sokongan sebagai satu pasukan.
  
"Tak payah suruh letak jawatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.
  
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Ketua Wanita Umno Bera, Zanariah Sahadan; Ketua Pemuda Umno Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri Umno Bera, Salmiah Abdul Rahman.
  
Shahrizat mengulas kenyataan Muhyiddin yang menegaskan tidak akan meletak jawatan meskipun ada desakan daripada ketua bahagian parti supaya beliau berbuat demikian.
  
Berhubung perkara ini, Shahrizat berkata, isu ini bukan perkara baharu dan beliau berpandangan ahli Umno perlu memberikan ruang kepada kedua-dua tokoh itu dan tidak melayan desakan itu. - Bernama


Batal jemputan untuk elak Najib jatuh air muka, kata Umno Semporna

Posted: 08 Aug 2015 02:19 AM PDT

OLEH MD IZWAN


Pembatalan perasmian mesyuarat Umno Bahagian Sempurna oleh Datuk Seri Najib Razak dilakukan bagi mengelak insiden tidak diingini yang boleh menjatuhkan air muka presiden parti itu sekiranya ahli bertindak luar kawalan pada majlis berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Pembatalan perasmian mesyuarat Umno Bahagian Sempurna oleh Datuk Seri Najib Razak dilakukan bagi mengelak insiden tidak diingini yang boleh menjatuhkan air muka presiden parti itu sekiranya ahli bertindak luar kawalan pada majlis berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


Keputusan membatalkan jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Bahagian Umno Semporna adalah bagi mengelak daripada berlaku insiden yang boleh menjatuhkan air muka presiden parti itu, kata Ketua Penerangan Razak Sakaran (gambar, kiri).

Razak bimbang sekiranya penyokong Umno di situ hilang kawalan dan bertindak luar kawalan jika mereka meneruskan jemputan tersebut.

"Kita menghormati presiden parti, kita menghormati kehendak majoriti ahli parti di bahagian ini.


"Ia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan kita bimbang perasaan ahli tidak terkawal ketika presiden berucap sehingga beliau menerima tohmahan dan 'diboo'  ahli parti di mana ia juga boleh menjatuhkan air muka pemimpin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Razak sebelum itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno Cawangan di Bahagian Semporna bagi membincangkan mengenai isu tersebut.

Di samping itu, Razak menjelaskan kehadiran Najib tidak sesuai dengan senario semasa dan bagi mengelak berlaku perpecahan dalam parti itu sendiri.

"Selain itu, kami berpandangan kehadiran beliau (Najib) tidak sesuai selaras senario semasa," katanya.

The Malaysian Insider baharu ini mendedahkan keputusan Umno Bahagian Semporna membatalkan jemputan kepada Najib selepas menyingkirkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang turut digugurkan daripada Kabinet selain Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan itu mengundang pelbagai kritikan dan rasa tidak puas hati daripada penyokong Umno di Semporna kerana Shafie juga merupakan ketua bahagian mereka.

Razak juga membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Umno Bahagian Semporna bergolak, sebaliknya menegaskan mereka masih setia menyokong parti dan Shafie sebagai naib presiden dan ketua bahagian.

Dalam perkembangan sama, Razak juga berkata ahli Umno dan rakyat di Semporna terkilan dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengatakan pembatalan jemputan kepada Najib itu adalah atas faktor keselamatan kerana daerah tersebut dihuni lanun.

"Sebagai pemimpin tertinggi parti kedua-dua pemimpin ini (Rahman dan Khairy) seharusnya tidak memberikan gambaran buruk sehingga mewujudkan persepsi Umno bahagian ini (Semporna) bergolak dan tidak selamat kerana dihuni oleh lanun," katanya.

Bekas pegawai rayu ketua pesuruhjaya SPRM selamatkan orang-orangnya

Posted: 08 Aug 2015 02:06 AM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER


Presiden Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Idris berkata, agensi itu kini amat memerlukan kepimpinan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Presiden Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Idris berkata, agensi itu kini amat memerlukan kepimpinan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 


Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merayu ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed agar memendekkan cutinya dengan segera kerana agensi itu kini amat memerlukan kepimpinannya.

Presiden persatuan, Datuk Abdul Razak Idris menyuarakan rasa prihatinnya terhadap perkembangan terkini badan pencegah rasuah itu, terutamanya berkaitan serbuan dan tangkapan berhubung kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Razak berkata beliau amat risau dengan penangkapan dua pegawai SPRM dan menggesa Kassim bertemu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi membatalkan tangkapan tersebut.


"Tan Sri, anda satu-satunya individu yang boleh bercakap dengan peguam negara dan KPN bagi membatalkan tangkapan dua pegawai SPRM ini. Jika mereka didapati bersalah, tangkap dan dakwa mereka di mahkamah kemudian. "Pastinya mereka tidak akan lari ke mana-mana.

"Sewaktu saya menulis SMS ini, air mata mengalir membasahi pipi. Saya merayu agar tangkapan dua pegawai SPRM itu diteliti. Saya amat mengenali mereka sebagai pegawai berdedikasi dan berintegriti tinggi.

"Saya melatih kedua-dua mereka.

"Tuan, batalkan cuti tuan dengan apa-apa cara sekali pun, datang ke pejabat pada saat-saat genting ini. Tuan boleh panjangkan SMS ini kepada peguam negara atau KPN atau sesiapa sahaja," kata Razak dalam satu surat terbuka hari ini.

Sehingga kini, 7 orang pegawai SPRM pernah ditahan polis, dengan rumah dan pejabat mereka diserbu sewaktu polis menyiasat kebocoran maklumat siasatan pasukan petugas khas 1MDB.

Tindakan polis itu diselar pemimpin pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat Malaysia yang menyokong SPRM.

SPRM pada Isnin lalu mengesahkan kewujudan RM2.6 bilion wang dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak namun wang itu dilaporkan bersumberkan daripada seorang dermawan di Timur Tengah.

SPRM kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan yang ia tetap berhasrat memanggil Najib bagi menjelaskan kedudukan wang derma itu.

Dalam surat terbuka sama, Razak berkata SPRM sebenarnya boleh bertindak balas terhadap polis menggunakan Seksyen 23 dan 24 Akta SPRM.

Seksyen 23 adalah berkaitan "kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan" sementara Seksyen 24 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan itu iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Menurut Razak, jika ada mana-mana orang membuat laporan di bawah peruntukan akta itu mendakwa Najib bersubahat dengan peguam negara bagi melengahkan siasatan, maka SPRM boleh menyiasat bukan sahaja polis tetapi juga Najib dan peguam negara.

"Jika itu berlaku maka peguam negara dan polis tidak boleh membubarkan siasatan terhadap mereka.

"Jika mereka berbuat demikian maka lambat laun ia adalah satu lagi kesalahan. Menurut undang-undang juga, SPRM boleh menahan Najib, pegawai polis berkenaan dan peguam negara berdasarkan pelbagai sebab memandangkan kes ini adalah kesalahan melibatkan rampasan dan teruskan siasatan, seperti dilakukan polis terhadap SPRM," katanya.

Jangan biarkan seorang pemimpin hancurkan Umno, kata pemimpin Pagoh

Posted: 08 Aug 2015 02:00 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed berucap di majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau berkata, ahli di peringkat akar umbi sudah tidak tahan melihat gelagat kepimpinan tertinggi parti yang menghancurkan  Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed berucap di majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau berkata, ahli di peringkat akar umbi sudah tidak tahan melihat gelagat kepimpinan tertinggi parti yang menghancurkan Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal
 
 
 Pemimpin Umno diingatkan jangan disebabkan "tangan yang seorang" parti Melayu yang memerintah Malaysia sejak merdeka hancur, kata Ismail Mohamed.
 
Timbalan ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, ahli-ahli di peringkat akar umbi sekarang sudah tidak lagi tahan melihat gelagat kepimpinan tertinggi parti itu.

"Jangan sampai semangat orang Melayu ini bertindak di luar kemampuan. Mudah-mudahan Allah berikan petunjuk kepada pemimpin kita ini.

"Kita tak mahu disebabkan tangan yang seorang, parti kita hancur. Masyarakat hari ini tidak terdaya lagi melihat Umno ini runtuh," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor pagi tadi. 
 
 Ismail turut mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menjadi seperti "kipas sate" kerana perlakuan seumpama itu bakal menyaksikan parti Melayu itu terkubur.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, pemimpin-pemimpin Umno kini sedang memusnahkan parti sedangkan datuk, nenek, dan bapa mereka dahulu bersusah payah cuba mempertahankan parti.

"Pemimpin sepatutnya bercuti, undur diri, kita tak sanggup parti yang atuk nenek kita bangunkan untuk orang Melayu terkubur.

"Kita rasa sedih pemimpin kita sanggup merosakkan Umno. Sedangkan mak, bapa, dia dulu memperjuangkan Umno."

Pemimpin-pemimpin seperti ini katanya tidak boleh dibiarkan kerana akar umbi Umno kini sudah muak dengan pemimpin sedemikian.

"Kita tidak boleh biarkan, sedarlah pemimpin di luar, jangan terus nak jadi kipas, macam sate, jawatan ini tidak bawa mati," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah timbalan presiden Umno, yang juga Ketua Bahagian Umno Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini digugurkan daripada Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana lantang menegur beliau berhubung isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan tindakan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Selain deretan bendera Umno, turut kelihatan dipasang di perkarangan Dewan Seri Pekembar itu adalah kain rentang tertulis "Kami percaya Allah akan bersama pihak yang benar", dan "Kami tetap bersama-sama Tan Sri", merujuk kepada Muhyiddin yang juga merupakan ahli Parlimen Pagoh.

Ismail turut mengkritik tindakan yang diambil terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pemindahan 2 pegawai agensi membasmi rasuah itu semalam.

"Menukar kawan-kawan yang nak melakukan siasatan, tidak pernah berlaku pegawai SPRM nak berdoa, solat hajat, sampai begitu sekali teruk," katanya.

Sebaik sahaja ucapannya tamat, perwakilan Umno Pagoh berdiri dan melaungkan ucapan "Hidup Umno" dan "Hidup Tan Sri" kepada Muhyiddin sebanyak 3 kali.
 
 

Serang balik penyerang saya, kata Najib

Posted: 08 Aug 2015 01:57 AM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER



Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli Umno mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli Umno mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider,


 Datuk Seri Najib Razak menggesa 3 juta ahli Umno hari ini melancarkan serangan balas terhadap mereka yang menyerangnya melalui platform media sosial.

Presiden Umno itu berkata kekuatan ahli parti itu mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial.

"Buka akaun Facebook dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai.


"Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini. Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras hari ini turut menafikan beliau hanya memilih mereka yang sanggup menjadi "pak turut" sahaja.

Katanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun sering berselisih pendapat dengannya masih menjawat jawatan setiausaha agung Umno.

"Saya bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin Umno menjadi 'yes man'.

"Jika parti terdiri daripada hanya 'yes man', maka kita tidak akan berbeza pendapat.

"Saya bukan kuku besi. Tanya Ku Nan (Tengku Adnan), kadangkala dia kata 'Maaf tuan, saya tidak bersetuju dengan anda'," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Menteri kewangan itu turut mengingatkan ahli Umno boleh saja berselisih pandangan antara satu sama lain seperti dalam hubungan suami isteri namun di luar ia perlu dilihat bersatu dan gembira.

Katanya, Umno hanya dapat dilemahkan apabila presidennya diserang dan itu yang sedang dilakukan puak pembangkang.

"Saya diserang bukan kerana saya Najib. Jika tidak, mengapa saya tidak mendapat lebih serangan ketika menjadi timbalan presiden?

"Jadi untuk tumbangkan Umno melalui pemimpinnya. Cerita tak wujud, dibuat-buat," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pemimpin agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.

Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.

"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir.

"Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri," katanya.

"Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Najib menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.
"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.

"Lagi lama jadi pemimpin, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong'," katanya.

Khairy ‘bingai’ dakwa polis ganggu SPRM, kata blog pro Umno

Posted: 08 Aug 2015 01:38 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Blog pro Umno MyKMU.net membuat kenyataan membidas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. – 8 Ogos, 2015.Blog pro Umno MyKMU.net membuat kenyataan membidas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.



Blog pro 














Blog



 
Mykmu.net hari ini membidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai menteri "bingai" kerana kenyataan dangkalnya mengatakan siasatan polis terhadap beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu bentuk gangguan.

Dalam enteri terbaru hari ini, Mykmu berkata, ketua Pemuda Umno itu hanya membuat kenyataan berdasarkan kecendurangan dalam media sosial semata-mata walaupun hakikatnya ia tidak begitu.

"Mudahnya macam ini sajalah, kalau tak nak polis siasat, jangan buat laporan polis!!  Ini buat laporan polis, bila polis siasat, dah melompat dan dakwa cuba ganggu pula. Datang orang tak faham, hanya baca perkembangan dalam FB (Facebook) dan Twitter, buat kenyataan bodoh.

"Dia menteri, takkanlah bingai sangat tak boleh rujuk kepada ketua polis negara atau timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri terlebih dahulu? Ke kecil sangat kedudukan dalam Kabinet tu sampaikan nak tanya soalan pada platform yang sepatutnya pun susah. "Orang kebanyakan di luar ni buat andaian dan persepsi macam-macam kerana mereka tidak ada akses seperti mana menteri berkenaan," kata Mykmu dalam tulisan bertajuk "Kalau semua siasatan berbentuk intimidasi, polis & SPRM boleh tutup kedai" hari ini.

Blog itu berkata, siasatan polis ke atas pegawai SPRM yang didakwa Khairy sebagai gangguan merupakan sebahagian dari proses selepas suruhanjaya sendiri membuat laporan bagi menafikan penglibatan agensi berkenaan dalam soal kebocoran maklumat siasatan kes membabitkan derma politik yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tak tahulah kalau pemahaman SPRM dan menteri yang berkenaan kalau laporan polis dah dibuat, itu maksudnya siasatan tak perlu dijalankan.

"Salah tu, siapa pulak yang cakap? Penulis yakin ketika menteri berkenaan terlibat dalam 'kemalangan' yang membawa kepada perkahwinan dengan isterinya sekarang, laporan polis dibuat dan kenyataannya direkodkan," katanya merujuk kepada dakwaan perkahwinan Khairy dengan anak kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menyifatkan tindakan polis sebagai proses biasa, Mykmu berkata, ianya bukan perkara baru kerana sebelum ini ramai pernah diambil keterangan, dirakamkan percakapan malah ada yang ditahan reman dan sebagainya oleh SPRM dan pihak berkuasa.

"Kalau ini semua dianggap gangguan, susahlah pihak yang berkenaan nak buat kerja. Lebih baik tutup kedai saja," katanya.

Blog Umno tersebut turut mencabar Khairy untuk membentangkan usul di Dewan Rakyat agar SPRM diberikan kekebalan undang-undang dan diharamkan siasatan dijalankan ke atas mereka.

"Jadikan SPRM ini satu badan yang unggul dan berkuasa penuh lagi tidak boleh disentuh. Kita nak tengok berapa ramai yang akan bersetuju dengan cadangan tersebut itu nanti," katanya.

Semalam Khairy berkata, tindakan Putrajaya memindahkan 2 pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) tanpa sebarang alasan dilihat sebagai perbuatan tidak adil.

Menurut portal Maljlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), ketua pemuda Umno itu berkata 2 pegawai SPRM tersebut hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Saya melihat pemindahan pegawai itu sungguh pelik dan sangat mengecewakan. Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan daripada mana-mana pihak," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.


Bandar Tun Razak Jengka Dilanda Hujan Batu

Posted: 08 Aug 2015 01:29 AM PDT


MSTAR ONLINE

MARAN: Penduduk di beberapa taman perumahan di Bandar Tun Razak, Jengka di sini menjadi gempar dengan kejadian hujan batu petang Jumaat.

Hujan sebesar biji guli itu berlaku pada pukul 5.35 petang selama kira-kira 10 minit.

Difahamkan ini kali pertama ia berlaku di kawasan itu sehingga dilapor terdapat bumbung rumah yang bocor.

Seorang surirumah Fauziah Ngah, 45, yang tinggal di Taman Perumahan Nadi, Kota Jengka berkata keadaan cuaca sebelum kejadian adalah mendung apabila tiba-tiba hujan dalam bentuk ketulan batu turun dengan lebat.

"Ketika itu saya berada di halaman rumah dan sedang menggunting pokok bunga.

Tiba-tiba hujan batu turun dengan lebat menyebabkan sebuah khemah di depan rumah saya koyak," katanya.

Siti Zaleha Mahadi, 39, pula berkata bumbung rumahnya di bahagian dapurnya didapati bocor dan kemek.

Seorang penunggang motosikal Sabri Mohd Yunus, 36, turut terkena hujan itu.

"Saya terpaksa menghentikan motosikal saya di sebuah pondok. Hujan yang terkena pada topi keledar saya mengeluarkan bunyi yang kuat dan saya yakin jika saya tidak memakai topi keledar, sudah tentu kepala saya akan cedera," katanya.

Beliau berkata banyak pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka buat sementara waktu.

Umno Tidak Lagi Mampu Berdiam Diri - Muhyiddin

Posted: 08 Aug 2015 01:25 AM PDT

Oleh: NELSON BENJAMIN


Muhyiddin Yassin.
 
 
PAGOH: Umno tidak lagi mampu berdiam diri terutamanya selepas timbul isu yang memberi kesan kepada negara ini.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai tulang belakang kerajaan, tidak boleh terus berdiam kerana 'suasana politik yang suram' menjejaskan negara dan  keyakinan pelabur.

"Rakyat, bukan sahaja penduduk tempatan tetapi mereka yang diluar negara bertanya apa yang sedang berlaku kepada Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata beliau akan terus membangkitkan isu yang melanda negara ini kerana tidak mahu terus dibelenggu dosa, mengetahui sesuatu perkara tetapi tidak melakukan apa-apa.

"Jika kita membenarkan isu ini berterusan, ia tidak akan selesai atau keadaan menjadi lebih baik," katanya.

Beliau berkata, Umno perlu melakukan sesuatu dengan segera kerana berdasarkan suasana politik di negara ini, Umno akan tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

"Apa yang anda boleh lakukan jika anda tidak lagi dalam kerajaan, sebaliknya menjadi pembangkang.

"Sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang melalui 18 pilihan raya kecil dan PRU yang sukar, saya tahu kita akan tewas jika tiada apa dilakukan untuk membetulkan keadaan dengan segera," katanya.

"Biar Dibuang Dunia Kerana Pertahan Kebenaran" - Luahan Anak Pengarah SPRM

Posted: 08 Aug 2015 01:20 AM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Bahri meninggalkan pejabatnya selepas dimaklumkan mengenai pertukaran ke JPM pada Jumaat.
 
 
PETALING JAYA: Beberapa jam selepas Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa serta merta, anak perempuannya berkongsi perasaan mengenai nasib yang menimpa bapanya.

Dalam entri di laman Facebooknya, Eila Bahri menceritakan sepanjang tempoh 33 tahun bapanya berkhidmat dengan SPRM, ahli keluarga mereka sering berdepan pelbagai dugaan termasuk diugut, diganggu, diherdik dan dipulaukan.

Malah lebih teruk lagi, katanya,  bapanya turut diganggu menggunakan ilmu sihir.

"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah hampir 33 tahun berkhidmat dengan SPRM. Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).

"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang. Selama dia bekerja sebagai pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga sering kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya. Dia apatah lagi," katanya.

Namun, menurut Eila, bapanya itu sentiasa berpegang kepada prinsip biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran daripada dijulang kerana kebatilan.

"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah reda," katanya.
Jelas Eila, bapanya merupakan seorang yang tegas dan mementingkan didikan agama.

"Masa kami mula-mula nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kepada Cinderella, tapi kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab.

"Bukan nak bangga tapi kami tahu siapa Bahri Muhamad Zin ini dari kami lahir lagi. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat, betul dia akan buat," katanya.

Eila berkata, sepanjang hidupnya, dia menyedari bapanya mempunyai kepakaran dalam bidang agama, menyiasat mahupun menangkap penjahat dan menanam pelbagai jenis pokok.

Justeru, Eila turut tertanya-tanya mengenai tindakan pertukaran bapanya ke JPM selepas beberapa hari disiasat pasukan khas Bukit Aman.

"Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apa benda yang korang nak dia buat sebenarnya? Ajar orang kat JPM tentang Agama? Tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil boleh bayar bil rumah pembesar atau lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?," katanya.

Halang SPRM siasat adalah satu jenayah

Posted: 08 Aug 2015 01:16 AM PDT

limlipeng_M1

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan menghalang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 48, Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, jika polis meneruskan siri tangkapan dan gangguan terhadap SPRM, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mengajak orang ramai untuk mengemukakan aduan kepada pejabat-pejabat SPRM di seluruh negara.

Katanya, ini akan membolehkan SPRM menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM bagi menangkap anggota polis yang terbabit kerana mengganggu siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, siri tangkapan terhadap pegawai-pegawai SPRM oleh pihak polis nyata telah mengganggu kelicinan proses siasatan yang sedang dijalankan ke atas SRC International Sdn Bhd, sebuah bekas anak syarikat 1MDB yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012, setelah mendapat pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) satu tahun sebelumnya.

"Saya hairan kenapa tidak ada seorang pun menteri yang menggesa pihak polis untuk membiarkan SPRM menyelesaikan siasatannya, seperti mana mereka seringkali menyuruh supaya kita rakyat Malaysia menanti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) ke atas 1MDB, selesai.

"Bukankah baik sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi peluang kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan mereka tanpa diganggu, sepertimana Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Mansor semalam meminta orang ramai memberi peluang kepada Perdana Menteri," katanya. – Roketkini.com


Jangan mangsakan penyiasat skandal 1MDB, kata DAPSY

Posted: 08 Aug 2015 01:13 AM PDT

teo-kok-seong

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Penjawat awam, khususnya para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak perlu tunduk kepada tekanan pihak atasan.

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Teo Kok Seong, berkata rakyat mahu mereka meneruskan siasatan dengan penuh amanah supaya dapat memberi satu jawapan tentang skandal 1MDB.

Katanya, rakyat akan berdiri teguh di belakang penjawat-penjawat awam yang berani mencari kebenaran demi kepentingan rakyat dan negara.

"Saya berasa amat kesal atas keputusan pihak kerajaan yang memindahkan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob,  ketika siasatan terhadap skandal 1MDB sedang dijalankan.

"Tindakan pemindahan kedua-dua pegawai kanan SPRM tadi serta siri siasatan dan tangkapan terhadap pegawai-pegawai SPRM sebelum ini seolah-olahnya cuba menyekat siasatan SPRM terhadap skandal 1MDB," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Kok Seong yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, pemindahan secara paksa pegawai-pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri juga dilihat bertujuan menakut-nakutkan serta memberi amaran kepada semua yang terlibat di dalam siasatan skandal 1MDB.

Dengan adanya "gangguan" dan "tekanan" yang sebegini, tentulah pegawai-pegawai tidak dapat menumpukan perhatian dalam menyiasat skandal 1MDB, ujar beliau.

"Janganlah memangsakan pegawai-pegawai SPRM yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.

wong-kah-wohSetiausaha Antarabangsa DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh, turut mengecam tindakan kerajaan itu kerana penukaran tersebut dilakukan sejurus selepas Bahri membidas tindakan penggeledahan pejabat SPRM manakala Rohaizad sudi menerima kunjungan pemimpin pembangkang dan NGO pada  Khamis lalu.

"Tindakan kerajaan ini adalah suatu percubaan untuk mencacatkan segala yang boleh dicacatkan terhadap mereka yang terlibat dalam penyiasatan skandal 1MDB," katanya.

Beliau menyatakan bahawa mereka yang terlibat dalam penyiasatan langsung terhadap skandal 1MDB telahpun dicacatkan satu demi satu, bermula dengan:
  1. Menghentikan khidmat Peguam Negara Abdul Gani Patail beberapa bulan sebelum tempoh perkhidmatannya tamat;
  2. Memindahkan keluar 4 Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) ke dalam Kabinet, yang telah melumpuhkan fungsi jawatankuasa tersebut; dan
  1. Menyiasat dan menahan pegawai-pegawai SPRM yang sedang meneliti kes 1MDB.
Kah Woh yang juga Adun Canning di Perak berkata, kejadian-kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Malah, menurutnya, pemecatan Tun Salleh Abas selaku Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan sewaktu krisis perlembagaan berikutan masalah  dalaman UMNO pada 1987 pun tidak boleh dibandingkan keseriusannya dengan keadaan yang dihadapi sekarang.

Jelas beliau, dalam keadaan sekarang, badan-badan penyiasatan skandal 1MDB telah dilumpuhkan sepenuhnya oleh pentadbiran Datuk Seri Najib  Razak.

"Dengan apa yang berlaku sekarang, isu 1MDB yang pada awalnya merupakan satu isu dalaman negara telahpun menjadi satu topik yang mana memalukan nama negara kita di peringkat antarabangsa.

"Pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara serta isu-isu berkenaan telah menjadi satu topik yang hangat dibincangkan oleh penganalisa politik antarabangsa.

"Adakah kita masih mempunyai pimpinan politik dalam kerajaan yang masih mahu berdiam diri dengan tindakan-tindakan gila ini hanya demi untuk melindungi dalang sebenar isu 1MDB?" ujar beliau.

Beliau berkata, Bahri dan Rohaizad yang mendapat sokongan rakyat yang mahukan kebenaran perlu terus bersuara walaupun mereka dizalimi dengan pertukaran jabatan secara paksa itu. – Roketkini.com


Wabak Penyakit Mandatifilis

Posted: 07 Aug 2015 05:05 PM PDT

sakmongkol.blogspot.



Penyakit mandatifilis lagi bahaya dari dengue.

Saya anggap pemimpin UMNO dan para penyokong nya mengalami penyakit mandatifilis. Ini penyakit yang menganggap mandate atau mandat ialah lesen untuk buat sesuka hati. Ianya penyakit mudah jangkit terutama kalau bersama dengan pemimpin UMNO dan penyokong tegar mereka. Harap berwaspada. Jauhkan diri dari mereka.

Dunia mentalqinkan Malaysia.

Seluruh dunia sedang menyaksikan pemusnahan Malaysia. Orang Melayu yang paling malang. Sebab yang memusnahkan negara kita ialah orang Melayu keturunan Bugis. Ada Bugis baik yang membangun negara dan ada Bugis keturunan lanun yang jahat.

Negara musnah kalau pemimpin berminda penjenayah.

Lanun ialah perompak ialah penjenayah. Keturunan membangunkan negara tidak akan menipu rakyat, menjual harta benda negara dan mencuri wang. Pemimpin Malaysia sekarang sedang memusnahkan segala nya ; maka tidak syak lagi dia keturunan lanun jahat.

Kita ada seorang pemimpin yang membesarkan keturunan Bugis nya  yang hari ini menjadi ejen utama menghancurkan segala insitusi mempertahankan system kerajaan. Lanun bugis ialah penjenayah dan hari ini kita ada pemimjn yang ada baka sama yakni mempunyai minda penjenayah menghancurkan ekonomi kita; system kehakiman membisu seribu bahasa kerana ia dianggap tali barut pemerintah; ejensi kepolisian, SPRM, insitusi pendakwaan negara dan sedikit masa lagi instutusi yang menjaga kewangan negara akan dibaham oleh Najib Tun Razak.

Ringgit Malaysia sudah hampir kepada RM4 =1USD. BNM  telah belanja RM5 billion untuk menyokong Ringgit dan reseb matawang asing nya makin menurun. Tapi Najib buat dono sebab dia lebih asyik mencari jalan menyelamatkan diri nya.

Walaupun dia mungin orang baik secara peribadi, dan saya ada rekod menyatakan demikian, tapi sebagai pemimpin Najib is a miserable failure dan gagal. Dia tidak lagi berkelayakan untuk jadi PM dan pemimpin negara ini.

Kerajaan dan kepimpinan disangsi.

Apatah lagi kita mempunyai seorang timbalan PM yang berlagak macam seorang gangster mengugut dan mengancam semua orang yang mahu mengkritik kerajaan.

Kerajaan Najib sudah hilang keyakinan rakyat. Najib akan didaftar oleh sejarah sebagai PM yang terburuk untuk Malaysia. Najib lah satu2 nya pemimpin yang telah menguasai ilmu tidur sambal mencelikkan mata.

Lambat laun, asal punca wang RM2.6 bilion itu akan diketahui juga. Ia mestinya duit haram. Mungkin RM2.6 billion dan RM42 juta itu hanya sebahagian kecil yang kita ketahui. Mungkin berbillion lagi ada dalam akaun peribadi nya. Dimana misalnya, wang RM4 billion KWAP yang konon dilabur dalam lombong arang batu itu?

Penyakit ini mengena semua lapisan pemimpin UMNO.

Samun dan lanun, cabul dan salah guna kuasa, ugut dan menindas adalah kesan2 penyakit mandatifilis. Sebab itu orang macam Najib kata- 3.2 juta orang sokong dia. Adakah sokongan 3.2 juta ini menjadikan Najib maharaja yang berkuasa mutlak?

Penyakit ini dipercayai dibawa oleh wartawan2 dan bekas wartawan yang terdidik dalam cara sekolah lama; iaitu ketika semua pandangan dan tulisan pojok mereka bersifat sehala tanpa bangkangan dan bantahan dari pembaca. Dan bila ada masa terluang, mereka memberi pandangan yang tidak diundang kepada pemimpin UMNO.

Surat dari pembaca dibakul sampahkan. Maka timbullah rasa angkuh bahawa semua pandangan mereka tidak boleh dipertikaikan. Sehingga pemujaan terhadap seseorang pemimpin punca peyakit mandatifilis  ini menjadikan sesetengah bekas wartawan  jumud fikiran.

Pemimpin bawahan Najib kena penyakit mandatifilis.

Dibawah Najib, pemimpin UMNO juga dijangkiti penyakit mandatilitisini. Ia memberi mereka lesen berkata apa sahaja walaupun kenyataan2 yang mereka keluarkan menunjukkan mereka ini bloody fools dan tersangat dangkal.

Keangkuhan umum yang mencorakkan pemikiran dan sikap mereka datang dari sangkaan bahawa kemenangan teknikal dalam PRU-13 memberi mereka mandate. Dan mandate itu, seperti yang saya nyatakan, dianggap lesen mengugut dan membodohkan rakyat.

Pendapat dangkal pemimpin UMNO.

Maka muncullah pemimpin UMNO seperti Azalina Othman yang mengatakan bahawa duit RM2.6 biliun dalam akaun Najib tidak jadi masaalah jika ianya dianggap sebagai derma.  Apatah tagi derma itu datang dari orang Arab, sudah pasti derma itu diawali dengan selawat dan salam , diiringi dengan doa sepanjang jalan agar semua terlindung dari ganggu dan gugat supaya selamat sampai dalam akaun pemimpin besar. Amiin.

Maka Rahman Dahalan pun bersyukur bahawa duit itu disimpan dalam akaun Najib kerana Najib boleh lebih dipercayai. Lagi pun presiden mesti ada duit banyak supaya dia boleh belanja senang. Hulur sana sini dan beri rasuah supaya undi. Lebih selamat dalam akaun Najib dari akaun proxy.

Kemudian datang orang harapan UMNO- the last UMNO Great Hope- ketua pemuda lulusan Oxford. Kata duit itu datang dari yuran ahli, sumbangan ahli dan derma. Dan derma seperti dinyatakan oleh pemimpin UMNO lain ialah pemberian tanpa mengharapkan balasan. Lagi pun mengikut fahaman ketua pemuda UMNO, SPRM pun dah sahkan ianya derma.

Kalau kenyataan dangkal ini datang dari pempin sekaliber Rahman Dahalan, Azalina atau Ahmad maslan atai Salleh Said keruak, saya tidak hairan. Tapi kenyataan dari the last UMNO Great Hope sangat meneciwakan.

Bagaimana derma RM2.6 biliun itu dipakai?

Duit itu tentulah akan diberi sama rata dikalangan 191 bahagian UMNO. Atau 3.2 juta ahli. Mari kita periksa sama ada UMNO bahagian ada sekurang2nya RM13 juta dalam akaun mereka.

Dalam hubungan ini, saya percaya imam besar UMNO, sahibus samahah Najib al Pekani wa al wasathiyah faham wa halalun kalau kongsi sama, wa haraamun kalau makan sorang. Dan sebagai pendukung wasathiyah dan maqasid shari'yah, tentulah Najib amat memahami tanggungjawab nya sebagai pemimpin bermaruah, penjaga agama orang Melayu, bangsa  Melayu dan raja Melayu.

Jangan biarkan kita di perbodohkan.

Bagaimana menghindari penyakit ini? Dengan menolak pengistilahan rasuah dengan derma. Akaun najib menerima duit haram kerana cara nya amat mencurigakan dan lambat laun punca nya akan diketahu juga. Pak Arab mana yang mahu menderma sebanyak RM2.6 billion dan masuk dalam akaun peribadi?

Maka kekalkan dalam fikiran kita bahawa wang itu wang haram, cara menyimpan salah, dan ia suatu kesalahan yang dilakukan oleh Najib. Mungkin ini duit dari 1MDB kerana sehingga sekarang Najib belum dapat menjawab kemana pergi baki dari RM46 billion. Kemana pergi nya RM4 billion pinjaman KWAP?

Istilah derma ialah cubaan membodohkan rakyat. Kita akan hukum pemimpin seperti ini dalam PRU-14 nanti. Tapi tentulah, jika berlaku pertukaran kerajaan lebih awal, kita akan hukum mereka lebih awal.

Saya rasa kita tidak perlu terperangkap dengan jerat akrobatik istilah. Kekalkan tanggapan bahawa ini cubaan memperbodohkan kita.

Tanya soalan ini- adakah ini bermaka, apabila sejumlah wang tersebut, ditakrifkan sebagai derma, maka presiden UMNO dibersihkan dari anggapan rasuah dan salah guna kuasa atau niat membalun duit?

Kalau kita  rasa selamat sangat, tidak perlu ada perbendaharaan, simpan semua wang hasil cukai negara ini dalam akaun Najib. Tidak perlu ke parlimen  setiap hujung tahun memohon sejumlah wang dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan dari perbendaraaan untuk tujuan belanja keatas perkara2 yang dikemukakan.

Taruh semua dalam akaun Najib. Ianya selamat. Najib boleh diperayai. Perbendaharan tidak boleh dipercayai. Semua wang adalah derma dari beberapa juta pembayar cukai. Kita tidak berharap apa2 pembalasan. Tidak perlu pembangunan. Tidak perlu pendidkan, tidak perlu kemudahan kesihatan.

Siapa saudara Najib di Pahang?

Bukan semua orang Pahang anggap PM Najib saudara mereka. Hanya yang tidak ada perasaan malu dan maruah sahaja yang mengaku Najib saudara mereka. Mungkin orang Kampung Jambu, Langgar dan sedikit dari Pulau Keladi di Pekan. Orang Pelangai pun sudah mula tidak mahu mengaku Najib saudara mereka.

Kemudian ada orang Melayu yang jumlah mereka makin meningkat- yakni mereka yang enggan diperbodohkan , tidak mahu ada kaitan dengan Najib. Ini termasuklah 60% pengundi Melayu dalam PRU yang akan datang. Mereka mahu bersaudara dengan pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integrity. Mereka ini faham bahawa mandate bukan lesen untuk buat sesuka hati.

Keputusan rayuan Khir Toyo 27 Ogos

Posted: 07 Aug 2015 04:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 27 Ogos ini berhubung rayuan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo.

Ketua komunikasi korporat dan hubungan antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply memberitahu media hari ini tentang tarikh yang ditetapkan itu.

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan penghakiman mengenai rayuan Dr Khir itu setelah mendengarnya pada 19 Januari.

Panel itu turut dianggotai hakim-hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 47, dua plot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, pada 2007 daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin H ayroni, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu.

Dr Khir, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan harta berkenaan dirampas dan diserahkan kepada kerajaan.

Pada 30 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Beliau kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Dr Khir diwakili sepasukan peguam diketuai peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala timbalan pendakwa raya Mohd Masri Daud mewakili pihak pendakwaan. - Bernama


 

Ganggu SPRM, Bank Negara punca ringgit lemah

Posted: 07 Aug 2015 04:54 PM PDT

Azmin Ali
Azmin Ali


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meminta tiada pihak mengganggu tugas siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung dana RM2.6 bilion kerana ia memberi kesan buruk kepada sistem kewangan negara terutamanya melemahkan kadar mata wang.

Katanya, tidak boleh mana-mana pihak mengganggu perjalanan siasatan SPRM dan juga memberi tekanan kepada gabenor Bank Negara kerana  tindakan tersebut memberi kesan kepada ekonomi.

"Negara memerlukan kejuruteraan kewangan baharu yang stabil dan kuat  untuk memulihkan kemerosotan nilai ringgit bagi mengembalikan keyakinan orang awam, pihak swasta dan juga pelabur.

"Kita keyakinan rakyat  kian luntur  menyebabkan nilai ringgit jatuh, pelaburan luar negara (FDI) merosot begitu juga dengan kadar pengangguran dan ini akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi," katanya ketika ditemui di majlis perasmian ibu pejabat baharu Syarikat Kumpulan Naza TTDI, di sini, hari ini.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, oleh sebab itu beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan supaya siasatan SPRM tidak diganggu.

"SPRM selaku badan bebas perlu diberi ruang untuk menyiasat demi mencari keadilan dan kebenaran. Sekiranya anggota perkhidmatan awam, institusi seperti SPRM juga menjadi buruan bagaimana rakyat nak yakin?

"Tidak boleh mana-mana pihak mengganggu perjalanan siasatan SPRM begitu juga tekanan yang diberikan kepada Gabenor Bank Negara. Itu memberi kesan kepada ekonomi kerana tindakan dan ugutan terhadap pihak ini akan memberi kesan kepada sistem kewangan kita," katanya.

Menurut beliau, negara wajar menyelesaikan krisis kepimpinan dan pengurusan kewangan dengan formula agar keyakinan rakyat dan pelabur kembali seperti sedia kala.

Sementara itu, Azmin turut membidas kritikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta beliau tidak memberi sebarang komen dalam tugas SPRM dan polis.

"Suruh beliau (Ketua Polis Negara) jawab pada rakyat, rakyat memerlukan penjelasan suruh beliau.

"Dana-dana ini harus diuruskan dengan baik dan bertanggungjawab secara telus dan terbuka bukan sorok, ini perlu dijelaskan kepada rakyat," katanya.

Terdahulu, Khalid dalam laman Twitternya meminta Azmin diam sekiranya tidak tahu hujung pangkal tugas polis dan SPRM lakukan agar tidak mengganggu tugas mereka.


Rahman Dahlan 're-tweet' dakwaan konspirasi anti-Najib

Posted: 07 Aug 2015 04:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Rahman Dahlan hari ini mengulang tweet berkaitan dakwaan konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Spekulasi berkaitan sebelum ini muncul selepas pengguguran Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara dan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Rahman hari ini mengulang tweet tulisan sebuah blog yang membuat dakwaan terperinci berhubung dakwaan langkah itu.

Menurut tulisan wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan, blog Seademon Says diuruskan oleh "anak ketua polis negara yang paling lama berkhidmat".

Beberapa laporan media mengenal pasti seorang bekas juruterbang tentera sebagai pihak yang menggerakkan Seademon.

Tanpa menamakan secara jelas, blog itu menyebut seorang bekas menteri kanan telah bertemu dengan ketua pembangkang bersama 30 anggota parlimen untuk membimbangkan pembentukan kerajaan campuran baru.

Didakwa juga terdapat pertemuan hampir sama di KLGCC, yang mana kira-kira 15 orang hadir.

Penulis blog juga mendakwa mengambil maklum tiga perkara, pertama berkaitan pertemuan sultan Johor dan Muhyiddin yang didakwa disusun seorang ahli perniagaan.


Tidak perlu takut beri maklumat

Posted: 07 Aug 2015 04:46 PM PDT

SINAR HARIAN


SPRM
SPRM


KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)‎ memerlukan sokongan dan kerjasama masyarakat untuk memerangi kegiatan rasuah di‎ negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, walaupun tahap kerjasama itu memberangsangkan sejak kebelakangan ini, namun ia boleh dipertingkatkan lagi.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penerangan dan dialog SPRM bersama masyarakat Cina di Wisma MCA di sini malam tadi.

Mustafar berkata, orang ramai tidak perlu takut memberi maklumat kepada SPRM kerana nama mereka dirahsiakan.

Mengenai usaha pembanterasan rasuah di sempadan, beliau berkata perkara itu juga diberi tumpuan dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa berkaitan.

Mustafar berkata, SPRM akan menyiasat secara telus setiap maklumat yang diterima dan tindakan pendakwaan terserah kepada Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, semasa menutup majlis perjumpaan itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berharap melalui program sedemikian akan menyedarkan masyarakat di negeri ini pentingnya peranan mereka membantu SPRM memerangi rasuah.

Katanya, rasuah harus dibanteras habis-habisan kerana amalannya boleh mengancam keselamatan negara dan menyekat pembangunan. - Bernama


Rizab Malaysia jatuh bawah $100 bilion

Posted: 07 Aug 2015 04:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


 

Rizab antarabangsa Malaysia mengalami kejatuhan ketara bawah paras $100 bilion.

Ia berlaku ketika bank pusat cuba mengurangkan kemerosotan matawang yang paling kurang memberangsangkan di Asia itu di tengah-tengah krisis politik melanda, lapor Reuters.

Rizab matawang jatuh daripada $100.5 bilion kepada $96.7 bilion setakat 31 Julai, kata Bank Negara pada Jumaat.

Rizab itu kini terendah sejak September 2010.

Ia menyaksikan penurunan $10 bilion pada penghujung Mei dan $20 bilion tahun ini.

Bank Negara menjual dolar dan membeli ringgit sejak Jun untuk membendung kejatuhan nilainya, kata peniaga.

Ringgit bagaimanapun turut kira-kira 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini.

Pada hari ini, ia jatuh 0.5 peratus berbanding dolar. 


Tiada ulasan: