Ahad, 30 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Akta tidak halang rakyat berundur dari perjuangan

Posted: 30 Aug 2015 08:44 AM PDT





Oleh Mohd Sayuti Omar 


Seperti mana yang dijangka kerajaan telah mengharamkan himpunan Bersih 4 yang bermula hari ini. Malam tadi sekeping warta kerajaan yang ditanda tangani oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, disebar menerusi media eletronik telah mengeluarkan perintah larangan itu.

Larangan itu tidak membenarkan pemakaian baju berwarna kuning yang ada perkataan Bersih 4. Larangan juga mencakupi penerbitan, penyebaran apa-apa maklumat dan dokumen mengenai Bersih.

Sejajar itu juga pihak keselamatan lain terus mengeluarkan kenyataan berupa araman dan ugutan tindakan. Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dengan nada tegas mengingatkan agar peserta Bersih sedia menanggung risiko dari kengkaran yang dilakukan.

Tidak cukup dengan itu ada juga parti politik termasuk sebuah parti pembangkang ikut sama membantu kerajaan agar himpunan Bersih 4 itu gagal. Parti itu tidak mengambil bahagian kononnya Bersih kali ini terkeluar daripada tuntutan sebenar dan mereka tidak dijemput menjadi kepala.

Sebelum ini parti itu turut bersama berarak dalam Bersih. Apakah perarakan sebelum ini dibuat tanpa sedar sehingga hari ini mereka baru insaf selama ini mereka bodoh dan menjadi anak tangga untuk dipanjat orang. Baguslah kalau tidak memanjangkan kebodohan. Tetapi sayangnya kesesaran itu sehingga mereka perlu disekolahkan semula.

Sebelum warta larangan itu, SKMM dibawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media sudah bertindak menyekat laman web yang mempromosikan Bersih. Menterinya Salleh Said Keruak sedang mencuba powernya sebagai menteri berkenaan dan kian menajamkan pemujaan kepada Najib Razak.

Salleh perlu berbuat lebih daripada sepatutnya untuk membalas jasa dan budi Najib ke atasnya. Perlu dia berbuat begitu kerana dalam politik Umno, bukan mudah untuk menjadi menteri. Ramai orang mengidamkan untuk jadi menteri kerana menjadi menteri akan jadi popular dan penuh glamor.

Setengah orang sanggup melanggar sumpah dan konsensus bersama kerana tergilakan jawatan menteri.

Dalam Umno, kebolehan, ketrampilan dan kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang belum tentu dapat menempatkan seseorang di situ. Bahkan orang cerdik dan bijak dalam politik Umno, dan politik parti lain juga akan terbuang. Tenguk terbaharu apa yang menimpa diri Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal. Mereka berdua kelihatan sedikit ada idea dan iltizam untuk negara, tetapi akhirnya dicampak ke luar. Sebabnya apa, mereka tidak sedia memandirkan diri.

Terutamanya dalam politik Umno, dimana ketua (Najib) sedang berhadapan dengan kutukan rakyat dan takut kehilangan kuasa disebabkan penyelewengan dan pecah amanah sangat memerlukan kepada pemain politik bodek, ampu sedemikian rupa. Kebetulan Perdana Menteri kini anak bangsawan yang suka dipuja disanjung maka dia sangat memerlukan kepada penarik kereta upihnya atau pendorong kerusi rodanya.

Jadi orang-orang laksana Salleh Said Kruak, Zahid Hamidi dan sejenis dengannya adalah penarik kereta upih kepada Najib. Mereka sedikit pun tidak rasa malu kalau pun kain mereka terlondek dan menyerlahkan "kemaluan berkerutu" mereka kerana terleka dengan kerja mereka itu asalkan mereka dapat mendolorkan seorang yang kononnya berdarjat.

Ternyata Zahid dan Salleh telah menjalankan tugas dan pengkultusan yang baik kepada Najib. Salleh telah mengambil alih tugas daripada Ahmad Maslan yang kini sudah kepenatan membodek Najib sehingga menyerlahkan "ketingga GPAnya" sampai ke atas belakang.

Keduanya sudah menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk membela dan menjaga maruah Najib. Zahid dan Salleh perlu memastikan bahawa himpunan Bersih hari ini gagal atau pun tidak mendapat sambutan. Mereka perlu membayar dengan harga mahal hatta menggadai maruahnya demi menjaga Najib. Kejayaan Bersih 4 memberi implikasi kepada mereka berdua dimana orang akan melihat mereka tidak sebijak seperti mana diharapkan Najib.

Makanya kalau mereka ada maruah, Bersih bukan sahaja menamatkan riwayat politik Najib tetapi mereka juga. Mereka berdua perlu melepaskan jawatan.

Apakah Bersih kali ini akan gagal mencapai maksudnya? Dan rakyat akan murung ke belakang dan meninggalkan lapangan, tempat himpunan? Saya jawab tidak kerana sebab-sebab yang telah saya sebut dalam intri sebelum ini. Sekatan, ugutan, tangkapan dan pemenjaraan kepada perserta Bersih bukan perkara baharu. Peserta Bersih adalah pejuang rakyat yang tidak tahu erti takut. Mereka meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukan tembolok mereka.

Ada setengahnya ditangkap berpuluh kali dan dihadapan ke mahkamah berbelas kali, dipenjara dan didenda namun tidak pernah berasa serik tidak sama sekali. Sememang seorang perjuangan makanan ialah penderitaan dan keseksaan. Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambong ombak, dan saya kata jangan menebang buluh kalau alahan dengan miangnya.

Bagi pejuang seperti peserta Bersih mereka bahkan suka dan bangga apabila mereka ditangkap. Tangan digari polis dan dibawa ke dalam black maria dijadikan nolstalgia dalam hidup. Bagi mereka hidup di sebuah negara yang korup yang para pemimpinya tidak ada air muka, menyangak wang rakyat, berlaku zalim dan kejam, lebih baik mereka meringkuk dalam penjara. Setidak-tidaknya penjara itu akan menghalang mereka dari terus memandang muka yang jijik dan menyemakkan bangsa itu.

Kegigihan dan keteguhan jiwa peserta ini sudah terbukti pada beberapa siri himpunan Bersih dan demostrasi sebelum ini. Undang-undang dan akta menghalang mereka bukan lagi menjadi penyebab untuk mereka rasa takut dan berundur ke belakang. Bagi mereka akta dan peraturan menghalang hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan itu tidak ubah seperti ayat-ayat Quran yang digunakan oleh sesetengah orang untuk mempertahankan kebejatan dirinya atau pun menghalang pengikut agar lari meninggalkan perjuangan supaya kuasa mereka kukuh.

Tidak ada beza mereka yang memberi ugutan kepada ahli agar tidak menubuh parti baharu dengan membaca ayat-ayat Quran yang menakut ahli dengan mereka yang mewartakan larangan menghalang perhimpunan itu dengan menggunakan berbagai akta yang digubal oleh dewan rakyat yang mulia.

Kedua tindakan itu sia-sia sahaja sebaliknya akan menjadi baja yang menyuburkan semangat peserta terus mara dan mara dan mara hingga menyinggah ruang dan laman himpunan Bersih.

Apa yang dinanti dan dilihat apakah dalam pertempuran antara aparat Kerajaan yang diketuai oleh Zahid kini, kali ini akan jadi lebih bengis dari sebelum ini. Semua kena beringat sedikit hari ini Zahid adalah timbalan perdana menteri, satu kedudukan yang telah meletakkan dia setangga lagi untuk mencatat sejarah peribadinya, mendapat piala tertinggi dalam politik menjadi PM.

Keadaan dan suasana itu menyebabkan Zahid boleh bertindak diluar batas-batas kemanusiaan dan kemunafikannya akan lebih membuak-buak daripada apa yang telah berlaku sebelum ini. Sebagai orang yang bernasfu besar dan sedang diapi oleh rasa desparate begitu tinggi sesuatu yang diluar jangka boleh sahaja berlaku.

Salam Bersih dan Merdeka.
http://msomelayu.blogspot.com 

Makna kehadiran Dr Mahathir ke himpunan Bersih 4

Posted: 30 Aug 2015 08:35 AM PDT



 
Oleh Amin Iskandar 


Tiadalah berita yang paling besar di Malaysia minggu ini selain kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah ke perhimpunan Bersih 4, berhampiran Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur semalam.

Apa signifikannya kehadiran Dr Mahathir ke perhimpunan yang dibanjiri orang ramai berbaju kuning itu?

Pertama, maksudnya masa sudah tiba untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan apa cara sekalipun bagi menyelamatkan Malaysia.
Ini termasuklah menggunakan jalan demonstrasi jalanan.

Kejatuhan nilai ringgit dan isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih belum selesai membimbangkan semua bukan sahaja di peringkat atasan tetapi juga rakyat bawahan.

Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja "mengejutkan" perserta Bersih 4, tetapi juga Najib, menteri, media tempatan dan antarabangsa serta pihak berkuasa.

Dr Mahathir hanya mengatakan: "Teruskan, teruskan" dan ianya sudah cukup membangkitkan semangat peserta Bersih 4 untuk meneruskan perhimpunan yang pertama kali diadakan selama 34 jam itu.

Ke-2, kehadiran Dr Mahathir semalam akan menyebabkan lebih ramai lagi orang yang hadir menyertai Bersih 4 hari ini kerana "jaminan" bekas perdana menteri ke-4 itu.

Jika Dr Mahathir boleh turun dan singgah ke perhimpunan Bersih 4, mengapa tidak pemimpin dan ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan 1MDB serta penyingkiran timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Berita yang tersebar tentang kehadiran Dr Mahathir ke Bersih 4 menjadi viral di media sosial dan akan menambahkan keyakinan terutamanya bagi orang-orang Melayu untuk memenuhkan Kuala Lumpur hari ini.

Jika semalam dianggarkan di antara 200,000 dan 300,000  menyertai Bersih 4 dan kehadiran orang-orang Melayu tidak begitu membanggakan, tidak mustahil dengan kehadiran kaum majoriti itu akan menyebabkan angka yang berhimpun di Kuala Lumpur mencecah sejuta orang.

Ke-3, apakah "kelunakan" polis dalam "memberikan laluan mudah" kepada himpunan Bersih 4 memberikan isyarat Dr Mahathir masih berpengaruh dalam Cawangan Khas (SB) dan perpecahan berlaku dalam organisasi itu akibat daripada tindakan drastik pentadbiran Najib?

Ketegasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehari sebelum himpunan Bersih 4 mengharamkan T-shirt kuning tertulis "Bersih 4" tidak diterjemahkan dengan "kelembutan" polis dalam menggendalikan perhimpunan.

Ertinya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal untuk menguasai pasukan polis yang menjadi "tunjang" kepada jatuh atau naiknya sesuatu kerajaan itu.

Melihat kesanggupan hadirin tidur bergelimpangan menunggu sehingga pagi bagi meneruskan perhimpunan 34 jam itu memberikan isyarat "tidak baik" kepada jangka hayat Najib sebagai perdana menteri.

Inilah yang membimbangkan Najib dan pimpinan tertinggi Umno. Mungkin juga ramai yang tidak boleh tidur malam tadi termasuklah Najib sendiri!

Di mata peserta perhimpunan Bersih 4, kehadiran Dr Mahathir semalam seumpama memberikan "vitamin" kepada mereka untuk terus berhimpun sehingga tuntutan mereka tercapai.

Termasuk Najib letak jawatan!

Kalau Najib ada secebis maruah dan harga diri ....

Posted: 30 Aug 2015 08:30 AM PDT


 

Oleh Mohd Sayuti Omar 
 
Hormat semua. Antara lain tujuan himpunan Bersih 4 selain menuntut kerajaan yang bersih, telus dan adil dalam seba serbi, ia juga menyampaikan mesej agar Najib Razak berundur.Mereka keluar berbondong2 sambil melakukan apa sahaja aksi memperli dan mengejek kerajaan dan Najib.

Lebih dari itu mereka sanggup bermalam dan tidur di dataran merdeka berembun dan dirembas angin. Ada yang datang dari jauh dan dekat.
Hadir dengan penuh komitmen, sanggup tinggal kerja dan keluarga.

Aksi dan pengorbanan itu semua saya percaya dan yakin ia dipantau dan dilihat oleh Najib dan Rosmah dengan cerat. Mereka tahu betapa rakyat tidak sukakan mereka dan benci ulat tahi kepadanya.

Tetapi apakah Najib akan terkesan dengan tindakan itu. Apakah dia rasa bersalah. Jawabanya TIDAK. Bagi orang yang tidak ada maruah, harga diri dan tahu malu, laku dan buatlah apa kepadanya dia akan buat lembu kenyang sahaja. Tidak peduli.

Kalau Najib ada secebis maruah dan harga diri, tidak perlu rakyat berhimpun puluhan ribu mendesaknya berundur, cukup dengan kesilapannya (tidak amanah dan jahat) menyanglapkan wang RM2.6 billion ke dalam akaunnya sudah cukup untuk membuatnya malu dan melepas jawatan.

Najib hari ini tidak ubah bahkan lebih teruk daripada sebatang kayu buruk yang tidak ada apa-apa perasaan dan rasa hati budi. Dia sudah hilang kemuliannya sebagai manusia, perasaan malunya sudah kering. Trims.

1MDB: Pena Lawan Kerakusan Kuasa

Posted: 30 Aug 2015 08:08 AM PDT


BABAK 1. Warga emas Cina Malaysia dan seorang Eropah di sebuah restoran di Damansara Utama ketawa besar apabila saya bertanya, apakah mereka berkomplot dan berkonspirasi?
 
BABAK 2. Seorang muda India Malaysia di Mid Valley Megamall berkata kepada saya pena lebih hebat daripada pedang (the pen is mightier than the sword).

BABAK 3. Netizen (warga Internet) membuat jenaka mengenai kejatuhan nilai ringgit dengan mewabakkan gambar isteri Perdana Menteri bersama isteri Presiden Obama.

Naik bukit mengait cempedak.....

Natijahnya, sama ada berkomplot, berkonspirasi, berartikulasi atau berjenaka di alam siber, pena mungkin tidak lebih hebat daripada pedang dalam zaman Sang Kelembai 1MDB ini. Segala-galanya telah menjadi silap mata dan klise. 
 
Maksud dan semantiknya sudah rosak jahanam terkena sumpahan, sentuhan dan badi Sang Kelembai. Pertimbangkan fakta berikut:

1. Orang tua misteri yang berbahas mencari kebenaran demi menyelamatkan negara dituduh mahu menggulingkan kerajaan. Tetapi tidak ada kejantanan untuk mendedahkan siapa "orang tua" itu. Meminjam bahasa kontemporari generasi muda, Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib bin Abdul Razak mungkin telah "dikencingkan" oleh "orang tua" itu. Timbalan Perdana Menteri baru (Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi berkata "orang tua" itu akan jumpa PM, tapi tidak jumpa. Jadi orang tua misteri itu telah "kencing" PM.

2. Kerajaan sudah jadi sinonim dengan Mohd Najib dan konco-konconya. Daripada Perdana Menteri untuk semua, keterangkuman (inclusiveness) dan rakyat didahulukan dia sudah menjadi Perdana Menteri untuk yang setia, eksklusif dan kelangsungan diri diutamakan.

"All the President's men"

3. Demokrasi, mandat dan ahli parti adalah klise yang tujuannya semata-mata untuk mempertahankan Perdana Menteri dan beberapa ratus orang pembesar Umno dan Barisan Nasional serta beberapa kerat pesuruh awam.
 
4. Ungkapan pena lebih berkuasa daripada pedang juga sudah menjadi sebuah klise kerana pena kini bukan berlawan dengan pedang. Ia bukan pertarungan antara kebijaksanaan (pena) dan kekerasan (pedang).

5. Pena mungkin tetap pena, tetapi lawannya bukan pedang. Musuh pena dalam era Sang Kelembai 1MDB adalah wang dan kuasa!

6. Dalam keadaan di mana pena berlawan dengan wang dan kuasa, pena berkemungkinan kalah. Apatah lagi apabila ada pena yang tintanya sudah diwarnai wang dan kuasa.

7. Pena berfikir dan bertindak berdasarkan kebijaksanaan harian (conventional wisdom). Tindak-tanduk PM serta konco-konconya tidak berpaksikan kebijaksanaan konvensional separti kita fahami dan amali. Tindak-tanduk mereka berpaksikan dolak-dalik, putar-belit, pemesongan maklumat dan pendustaan.

Apa Kesudahannya?

1. Rakyat jelata terpaksa menggunakan kaedah-kaedah konvensional lain yang dibenarkan oleh perlembagaan dan demokrasi seperti berhimpun secara aman untuk menunjuk perasaan.

Perlembagaan benarkan perhimpunan aman
2. Ahli-ahli politik yang pedulikan kelangsungan negara serta kesejahteraan rakyat jelata perlu memikirkan kaedah konvensional yang digunakan oleh rakan-rakan mereka di banyak negara, iaitu menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya dan menubuhkan kerajaan perpaduan nasional (national unity government).
 
3. Kalau tidak berlaku perubahan segera, rakyat jelata akan terus menderita sambil menunggu kedatangan pilihan raya umum (PRU) dua atau tiga tahun lagi untuk memilih perwakilan baru memerintah negara.
4. Sementara itu, kerajaan yang terdesak dan menderita defisit kepercayaan (trust deficit) yang teruk tidak lagi mampu menangani pelbagai isu ekonomi yang datang bertimpa-timpa.

5. Nilai ringgit terus menjunam setelah jatuh ke bawah paras psikologi RM4, mata wang asing Bank Negara merudum ke bawah AS$100 bilion buat pertama kali dalam masa lima tahun, pelabur asing dan tempatan membawa keluar modal, orang kaya menukar ringgit kepada mata wang asing untuk melindungi nilai (hedging), pengguna takut berbelanja dan harga barang-barang import naik kerana nilai ringgit jatuh.

Maka jadilah kita rakyat jelata seperti dalam cerita Sang Kelembai. Yang mati dihempap pokok adalah anak Sang Kelembai dan yang menjadi batu terkena sumpahan Sang Kelembai adalah gajah.

Bersolek berdandan menjaga keterampilan
Saya akhiri dengan sebuah pantun dari buku "Bila Terkenang Zaman Dahulu- Pantun Pulau Pinang" suntingan cendekiawan Muhammad Haji Salleh:
 
Naik bukit mengait cempedak
Cempedak duduk di seberang sana
Muka putih berlumur bedak
Tapi perangai pula tak guna.

Wallahuaklam.

Terpulang Umno ambil tindakan terhadap Dr Mahathir, kata menteri

Posted: 30 Aug 2015 07:55 AM PDT



Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Salleh Keruak (kiri) berkata terpulang kepada  parti untuk ambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai Bersih 4 semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Salleh Keruak (kiri) berkata terpulang kepada parti untuk ambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai Bersih 4 semalam. – Gambar The Malaysian Insider,
 
 
Datuk Seri Salleh Keruak menyerahkan kepada kepimpinan Umno sekiranya mahu mengambil tindakan tatatertib terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam.
 
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menjawab persoalan wartawan apakah sebarang tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap Dr Mahathir kerana menyertai perhimpunan yang menetang  kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
 
"Terpulang kepada parti untuk ambil tindakan (terhadap Dr Mahathir)," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi ini.

Beliau turut menyatakan kekesalannya dengan isteri Dr Mahathir, iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengatakan Bersih 4 adalah perhimpunan majoriti rakyat.
 
"Perhimpunan Bersih 4 ini bukan perhimpunan majoriti rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
"Perhimpunan Bersih ini, kalau dilihat sambutan bukanlah hebat sangat kerana ia ditunjangi parti DAP sendiri. Mereka mempunyai motif politik semata-mata".
 
Katanya, meskipun keadaan masih terkawal kerana tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku, ia masih lagi diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa.
 
"Walaupun masih terkawal, ia masih lagi perhimpunan polis. Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana mengawal keadaan," katanya.


Bersih 4 terus di Dataran Merdeka, bukan Bukit Jalil, kata Maria

Posted: 30 Aug 2015 07:44 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Demonstrasi jalanan satu-satunya cara jatuhkan Najib, kata Dr Mahathir

Posted: 30 Aug 2015 07:37 AM PDT





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, Kuala Lumpur sebelum melawat peserta perhimpunan Bersih 4, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, Kuala Lumpur sebelum melawat peserta perhimpunan Bersih 4, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, . 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, sama keadaannya seperti yang berlaku kepada bekas presiden Ferdinand Marcos di Filipina.

"Kita nak singkir Najib saja, Barisan Nasional (BN) kekal," katanya sambil menambah, beliau berpendapat Najib tidak akan meletak jawatan kerana dia akan perlu berhadapan mahkamah dan mungkin ke penjara.
 
Dr Mahathir berkata demikian kepada media ketika sedang berehat dan minum petang di sebuah restoran di Pasar Seni sebelum mengunjungi peserta Bersih 4 di ibu kota hari ini.

"Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi. "Lihat presiden Marcos, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi," katanya.
 
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau tidak akan turun menyertai perhimpunan itu jika pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dibubarkan.
 
"Jika pasukan petugas khas tidak dibubarkan,  saya tidak akan turun demonstrasi semalam dan hari ini," katanya yang sekali lagi hadir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
 
Turut mengiringi mereka ialah bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim dan isterinya Datin Suliana Alias.
 
Sebelum itu, mereka tiba di kawasan Pasar Seni dengan menaiki LRT.
 
Dr Mahathir berkata, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seharusnya bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
"Ahli Parlimen Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.
 
"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya.
 
Dr Mahathir berkata beliau dapat tahu ada ahli Parlimen Umno yang akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib tetapi tidak tahu siapa mereka.
 
"Saya minta ahli Parlimen Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur.
 
"Sokong ahli Parlimen anda. Jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai ahli Parlimen lagi.
 
"Sekarang ini tugas rakyat untuk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya.
 
Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar dan paling lantang Najib menggesa beliau meletakkan jawatan susulan pembabitan perdana menteri dalam beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan terutama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Rahman Dahlan pandang remeh perhimpunan Bersih

Posted: 30 Aug 2015 07:34 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Himpunan sejuta baju merah sokong Najib Oktober ini

Posted: 30 Aug 2015 07:27 AM PDT

 
Jamal Md Yunos yakin himpunan itu mampu mengatasi jumlah peserta Bersih 4.


jamal-yunos_red_600


SABAK BERNAM: Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.

Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.

"Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta 'Baju Merah' akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib", katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.

Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.

Tiada keperluan kerah anggota FRU ke Dataran Merdeka

Posted: 30 Aug 2015 07:09 AM PDT

 
Pemantauan yang dilakukan pihak Polis mendapati keadaan di sekitar Dataran Merdeka masih lagi terkawal. 


Tajuddin_bersih_600


KUALA LUMPUR: Polis menjelaskan tiada keperluan untuk menggunakan anggota Unit Polis Simpanan (FRU) di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Mengulas mengenainya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mad Isa memaklumkan keadaan paada masa sekarang masih terkawal di mana penganjur masih mematuhi janjinya.

"Setakat ini, masih lagi terkawal, pihak penganjur juga memegang kepada janji mereka untuk tidak melanggar peraturan dan arahan yang ditetapkan," katanya.

Sewaktu dihubungi Free Malaysia Today, Tajuddin juga menyatakan sehingga kini, anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal dan memantau perjalanan demosntrasi Bersih 4.0 adalah mencukupi walaupun tidak menyatakan jumlah sebenar.

Mengulas lanjut, beliau juga menjelaskan bahawa sambutan Hari Kebangsaan akan tetap dijalankan di lokasi berkenaan, pada Isnin.dan menafikan dakwaan bahawa sambutannya akan dipindahkan ke lokasi lain iaitu Stadium Bukit Jalil.

"Memang sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Cumanya, Konsert Ambang Merdeka dilakukan di Stadium Bukit Jalil.

"Bukan kita yang menetapkan lokasi itu, sebaliknya ia atas arahan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," ujar beliau lagi.

Pada masa sama, beliau juga memuji sikap peserta demonstrasi Bersih 4.0 yang tetap berdisiplin.
"Hingga kini, tidak ada lagi sebarang tangkapan yang kita lakukan," ujarnya.


NGO tak suka Dr Mahathir turun BERSIH 4

Posted: 30 Aug 2015 07:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebuah badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakannya menghadiri perhimpunan BERSIH 4 di Dataran Merdeka semalam.

Laporan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Yang dipertua persatuan itu, Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata tindakan Dr Mahathir yang 'turun' menyertai perhimpunan itu ibarat menggalakkan rakyat menyertainya.

"Persoalannya, mengapa beliau perlu pergi ke perhimpunan haram berkenaan. Pada pendapat saya, tindakan itu tidak perlu malah beliau tidak patut datang langsung.

"Apabila Dr Mahathir datang, rakyat yang berhimpun secara tidak langsung mengibaratkan kehadirannya sebagai 'kepala'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan hadir pada perhimpunan yang diklasifikasikan sebagai haram itu diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.- Bernama


Polis PP kenal pasti peserta BERSIH 4

Posted: 30 Aug 2015 05:42 AM PDT

MALAYSIAKINI





Polis sedang mengenal pasti kumpulan lebih kurang 150 orang berpakaian warna kuning yang membawa sepanduk Bersih 4 kerana membuat perhimpunan tanpa permit.

Mereka yang mula bergerak seawal 8.30 pagi dari Pasar awam Kampung Baru ke beberapa kawasan tumpuan orang ramai termasuk Pasar Awam Sri Rambai, pusat membeli-belah Sunway, Autocity dan persimpangan Bukit Minyak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor yang mengesahkan himpunan tersebut berkata polis sedang memantau pergerakan mereka dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan.

"Mereka ini telah berhimpun tanpa permit dan hasil pemantauan anggota kami mendapati mereka telah bersurai 4 petang tadi.

"Kami sedang kenal pasti dan tidak menolak kemungkinan akan membuka siasatan terhadap mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Bukit Mertajam hari ini.- Bernama


Ketua Polis KL puji peserta BERSIH 4

Posted: 30 Aug 2015 05:36 AM PDT

Anne Muhammad


 


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan.

Katanya, keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur membabitkan peserta perhimpunan itu.

"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.

"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, sehingga kini anggota polis yang dikerah untuk mengawal sebahagian tempat di Kuala Lumpur mencukupi.

"Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26,000 peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini.

Ditanya ada mengeluarkan arahan untuk menggunakan trak FRU atau kelengkapan lain berkata:
"Tidak ada arahan untuk guna kelengkapan lain termasuk FRU. Kita akan pantau, lihat perkembangan semasa,"katanya.

Sementara itu mengikut tinjauan Malaysiakini, kira-kira 8 trak FRU dan 10 trak polis ditempatkan parkir di Ibu Pejabat polis Daerah Kuala Lumpur.


Senator Australia sertai Bersih, kutuk Najib?

Posted: 30 Aug 2015 05:25 AM PDT

Senator Austalia sertai Bersih, kutuk Najib?
Salinan paparan di laman Twitter, hari ini
 
 
ADELAIDE - AUSTRALIA. Senator Australia, Nick Xenophon didakwa menghadiri sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di Adelaide, hari ini.

Menerusi sebuah perkongsian di laman twitter @AmritaMalhi, Xenophon didakwa memberi ucapan dan mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Xenophon sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana mencampuri urusan Malaysia pada 2012.

Beliau juga antara orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara ini kerana pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Senator Australia Xenophon ditahan di LCCT]

Ketika ini, perhimpunan Bersih 4.0 masih berjalan dengan aman tanpa ada sebarang provokasi.

[ARTIKEL BERKAITAN:  KL mula sesak, peserta Bersih 4.0 penuhi ibu kota]


Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka

Posted: 30 Aug 2015 05:17 AM PDT

Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka
 
 
KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' bergema di sekitar Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
 
Pemimpin DAP, RSN Rayes mengajak peserta menyatakan sokongan itu dan mengutuk pemimpin Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.
 
"Saya minta kita semua laungkan menyokong Sultan Johor. Saya beritahu pemimpin Umno, Nazri (Datuk Seri Nazri Aziz) jangan kurang ajar dan biadab. 
 
"Siapa dia berani mahu lawan sultan? Kita akan pertahankan institusi diraja," katanya kepada ribuan peserta Bersih 4.0 di pentas utama himpunan itu, di Dataran Merdeka.
 
Sejurus itu, laungan Daulat Tuanku terus bergema beberapa kali sebelum disambut dengan sorakan daripada para peserta.
 
Terdahulu, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelantangannya bersama ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam pelbagai isu demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami bersuara demi rakyat']
 

Skandal terbaru Najib akan dibongkar, kata Rafizi

Posted: 30 Aug 2015 05:16 AM PDT


rafizi ramli
Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan terbaharu mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat di malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini.

"Malam ini saya akan berucap lagi....ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan.

"Kita mahukan kerajaan yang bersih," katanya.

Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam akan berakhir tepat 12 malam ini.

MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya

Posted: 30 Aug 2015 05:11 AM PDT

MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya
Mahathir (tengah) ketika mengadakan sidang media di Pasar Seni, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian
 
 
KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu dipilih lagi dalam PRU akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Umno perlu berani bertindak jika mereka sayangkan parti.

"Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.

"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya kepada pemberita ketika turun ke Pasar Seni sebentar tadi bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut Mahathir lagi, perhimpunan Bersih 4.0 tidak mungkin boleh menurunkan Najib melainkan dengan undi tidak percaya yang dibuat ahli Parlimen. 

"Saya minta MP Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur.

"Sokong MP anda, jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai MP lagi. Sekarang ini tugas rakyat utk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya.


Dr M ikut rakyat, sebab tak sokong Najib

Posted: 30 Aug 2015 05:08 AM PDT

Bersih 4.0
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 
KUALA LUMPUR -  'Ini (Bersih 4.0) demonstrasi pertama yang saya sertai'. Demikian pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, hari ini.
 
Menurutnya, banyak pihak yang mempertikaikan tindakannya menyokong himpunan Bersih 4.0 namun jelasnya, kehadirannya itu sebagai tanda solidariti kepada rakyat.
 
"Itu juga soalan ditanya...saya sokong rakyat. Bersih pun rakyat juga. Mereka pun tak suka Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak). Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong Bersih.
 
"Bersih pun rakyat. Yang lain semua ini pun rakyat. Semua pakai baju kuning dan banyak yang tak pakai baju kuning," katanya.
 
Katanya, sebelum pemerintahan Najib, tidak memerlukan demonstrasi jalanan kerana laporan polis begitu berharga.
 
"Saya tak tahu (Bersih) ini 'game changer' atau tidak, saya di sini utk bersolidariti dengan rakyat sebab sekarang berjuta rakyat akses blog saya dan mereka mahu Najib berundur hanya sedikit yang menyokongnya.
 
"Dulu tak perlu (demo), dulu ada undang-undang. Kita buat laporan polis, Peguam Negara ambil tindakan. Tapi sekarang ini, buat laporan polis tapi polis tak boleh ambil tindakan sebab Najib tak bagi. 
 
"Oleh itu kali ini saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini. Dulu saya tak pernah sertai demonstrasi. Ini pertama kali," katanya.
 
Hari ini Bersih 4.0 menerima kehadiran Dr Mahathir buat kali kedua selepas semalam bekas Perdana Menteri itu sempat singgah ke kawasan Dataran Merdeka.
 
 
 

Bersih peringkat global tetap diteruskan

Posted: 30 Aug 2015 05:06 AM PDT

SINAR HARIAN


Bersih peringkat global tetap diteruskan
Antara foto perhimpunan Bersih 4.0 di luar negara yang dimuatnaik oleh @GlobalBersih.
 
 
PESERTA Bersih di seluruh dunia masih bersolidariti sempena perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur yang kini memasuki hari kedua.

Menerusi laman mikro Twitter @GlobalBersih, bahang perhimpunan Bersih 4.0. masih dirasai di serata dunia, antaranya di Hamburg (Jerman), Victoria (Canada), Rio de Janeiro (Brazil), Helsinki (Finland) dan Edinburgh (Scotland).
 
Lokasi lain termasuklah The Hague, (Belanda), Guernsey (Pulau Channel), Bangalore (India), Johannesburg (Afrika Selatan) dan Brussels (Belgium).
 
Semalam, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu tindakan tegas menanti terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan haram Bersih 4.0 di luar negara.
 
Beliau berkata, pemantauan sedang dilakukan oleh Wisma Putra dan identiti mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara berkenaan. 
 
 
 
 

KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI...."UNDURLAH NAJIB"....

Posted: 29 Aug 2015 11:37 PM PDT

shahbudindotcom




Walaupun perhimpunan Bersih 4 secara umumnya menuntut empat perkara asas iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, menyelamatkan ekonomi dan hak rakyat untuk membantah, tetapi rata-rata yang hadir lebih mahukan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui hari pertama perhimpunan yang menyaksikan ratusan ribu sedia turun dengan baju berwarna kuning, sejarah juga tercatit di mana rakyat sedia berhimpun selama dua haru satu malam semata-mata untuk meluahkan perasaan mereka.

Sudah tentu kesediaan rakyat berkorban meninggalkan tempat tidur yang selama di rumah masing-masing semata-mata untuk membantah adalah kerana satu sebab yang paling asas iaitu keinginan menolak Najib dan menyaksikan beliau segera digantikan sebagai peneraju negara ini.

Dengan kesediaan berhimpun dalam tempoh 34 jam dan sehingga ini menyaksikan semangat mereka tidak kendur walau sedikit pun, jika Najib tidak sedia mendengar suara rakyat ini, perhimpunan rakyat akan berterusan lagi di masa-masa akan datang dan mungkin berlangsung dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Bersih 4 kali ini bukan saja luahan suara penolakan sebenarnya, tetapi juga jeritan kebencian terhadap Najib. Jika sekadar menuntut empat perkara asas tersebut tanpa disertai dengan keghairahan untuk melihat agar Najib segera berundur, tidak mungkin peserta Bersih 4 daripada berbilang kaum begitu bersemangat seperti ini.

Selepas Tun Mahathir Mohamad juga turut sama turun memberi sokongan kepada peserta Bersih dengan kata-kata "teruskan, teruskan", gelombang penyertaan rakyat di hari kedua dijangka akan terus meningkat sehingga ia berakhir pada malam nanti.

Tidak mustahil menjelang penutup perhimpunan ini nanti, peserta perhimpunan akan mencecah angka 250 hingga 300 ribu ramainya.

Ahli dan penyokong UMNO tetapi mahukan Najib berundur berikutan pelbagai masalah yang ditimbulkannya sejak akhir-akhir ini, tentu saja tidak keberatan untuk turun sama memeriahkan dan memberi sokongan kepada Bersih 4 ini, terutama selepas Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah turut hadir memberi sokongan.

Sepertimana kata Tun Mahathir di Johor Bahru semalam, oleh kerana undang-undang telah dicabuli dan rakyat telah hilang keyakinan kepada sistem dalam kerajaan, maka rakyat tiada pilihan selain menyatakan bantahan mereka secara terbuka melalui demonstrasi.

Setelah perhimpunan hari pertama Bersih 4 yang tentunya Najib sendiri sudah mendapat pelbagai laporan melalui gambar dan video mengenainya, sebenarnya inilah masanya untuk beliau bermuhasabah dan menyedari di mana nilainya dirinya di mata rakyat sekarang.

Selain rakyat sudah secara terbuka menyatakan bantahan dan menunjuklan kebencian, suara yang membelanya juga semakin sayup-sayup dan tidak lagi kedengaran.

Pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan, termasuk sayap-sayap yang selama ini dikenali sebagai barisan gagah dan berani, hampir semuanya menghilang diri atau menyembunyikan diri dan seolah-olah tidak mampu lagi mempertahankan kedudukan Najib yang kian tenat di hati rakyat ketika ini.

Kepada Najib, berhentilah untuk terus bergayut pada kuasa dan imbaslah kembali sejarah ramainya pemimpin dunia yang akhirnya bukan saja kecundang tetapi hidup dalam kehinaan semata-mata kerana ingin berterusan melawan suara keramat rakyat.

Apabila suara rakyat makin membuak-buak, ia adalah isyarat "pergi" yang tidak perlu dilewat-lewatkan lagi. Sokongan berdasarkan "cash is king" daripada Ketua-Ketua Bahagian juga sudah tidak bermakna lagi dalam situasi ini.

Suara penolakan dan kebencian tiada ubatnya lagi, kecuali penawarnya ialah pengunduran Najib dengan serta-merta. Jika tidak, episod demi episod bantahan rakyat bukan saja berlarutan sehingga tarikh pilihanraya akan datang, malah ia akan menyebabkan ketidaktentuan yang berterusan kepada negara.

Bersih 4 adalah isyarat "bye bye" paling nyata dan menunjukkan sudah tiada jalan selamat  lagi buat Najib. 


Dengan lautan manusia menunjukkan bantahan seperti ini, Najib seharusnya lebih insaf mengenai dirinya....

Buat pertama kali peserta demo sanggup tidur di atas jalan berselimutkan angin malam dan bertilamkan batu sebagai lapik badan...


PAS pernah alami krisis yang lebih 'parah' berbanding polemik GHB hari ini - Nasrudin

Posted: 29 Aug 2015 11:16 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Krisis serta konflik dalaman PAS yang berlarutan sejak muktamar tahunan Jun lalu sehingga membawa kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) bukanlah kemelut yang terburuk dalam sejarah parti berteraskan Islam itu.
 
Malahan Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan kemelut dalaman yang berlaku kini bukan perkara baru dan malah senario yang lebih buruk pernah terjadi sebelum ini.
 
"Memang parti ini ada sejarah panjang dalam menghadapi ujian-ujian dalaman seperti ini dan apa yang berlaku bukan perkara baru.
 
"Sebelum daripada ini pun kalau kita baca sejarah tahun 1980, bekas Yang Dipertua PAS Pusat sendiri ataupun presiden kalau mengikut jawatan sekarang Allahyarham ustaz (Datuk) Asri (Muda) pernah keluar parti dan akhirnya mereka menubuhkan parti HAMIM (Hizbul Muslimin Malaysia)," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
 
Beliau menambah krisis yang berlaku itu telah melahirkan beberapa parti serpihan PAS termasuk Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) serta Barisan Jemaah Islamiyah Malaysia (BERJASA) yang ditubuhkan bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Mohamed Nasir.
 
"Dan saya masih ingat dalam berita yang kita lihat dalam akhbar pada era itu lebih 10,000 borang keahlian HAMIM diedarkan tapi alhamdulillah parti masih dapat mampu menghadapinya.
 
"Krisis bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Mat Nasir yang akhirnya menubuhkan BERJASA, kemudian di Kelantan pernah berlaku pertembungan krisis yang dipimpin cikgu Musa pada waktu daripada Pasir Puteh yang menubuhkan parti AKIM," katanya.
 
Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti mengumumkan akan menubuhkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
 
Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan GHB untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baru yang hendak ditubuhkan.
 
Sehubungan itu, ROS akan memberikan surat kepada pemimpin GHB agar memilih nama lain tanpa menggunakan nama Islam dalam usaha mendapatkan sokongan dan pengaruh. 
 
Sebelum ini, Pengerusi GHB Mohamad Sabu dilaporkan berkata, Parti Progresif Islam merupakan antara nama yang dicadangkan bagi mencerminkan sebuah parti Islam yang mengamalkan integriti.
 
Pimpinan GHB kuat dalam PAS sebab dasar Islam bukan individu
 
Menurut Nasrudin, walaupun parti serpihan PAS termasuk GHB yang bakal bergerak atas platform politik diwujudkan bekas pimpinan utama namun ia tidak kekal lama dalam arena politik negara.
 
"Jadi maknanya pengalaman kita banyak dan pernah ahli Parlimen PAS keluar daripada parti dan meletakkan jawatan beramai-ramai sehingga akhirnya tinggal Allahyarham (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) sendirian dalam Parlimen.
 
"Semua polemik ini pernah menjadi pengalaman kepada parti dan alhamdulillah oleh kerana PAS ini dasarnya Islam dan trend bekerja serta perjuangannya kerana Allah dan Islam bukan kerana individu atau pemimpin," katanya. 
 
Tegas beliau, GHB yang diterajui pimpinan progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti tidak akan mampu bertahan tanpa sokongan daripada ahli di peringkat akar umbi.
 
"Jadi walaupun ada pemimpin besar mana pun jawatan umpamanya (Datuk) Ahmad Nakhaie yang pernah pegang jawatan Naib Yang Dipertua keluar parti adalah sebahagian pengikut-pengikut tegar yang keluar mengikut mereka tetapi secara keseluruhanya mereka akan terus komited dengan dasar perjuangan.
 
"Begitu juga dengan apa yang ada hari ini, walaupun kalau kita lihat watak-watak ataupun figure yang bersama dengan GHB adalah tokoh besar tapi bukan bermakna ahli-ahli berjuang kerana mereka," katanya.
 
Dalam masa sama Ahli Parlimen Temerloh ini menegaskan krisis yang berlaku itu tidak menjejaskan PAS sebaliknya memperkuatkan lagi parti berteraskan Islam itu.
 
"Mereka menjadi tokoh besar dalam parti kerana dasar perjungan dan kerana mereka terlibat dengan partilah mereka menjadi tokoh sebesar itu:
 
"Saya percaya kalau mereka meninggalkan parti keluar daripada PAS saya tak nafi mungkin ada sebahagian yang akan ikut jejak mereka tetapi ia tidak menjejaskan parti," katanya.
 
 

Urusan dana untuk bahagian timbalan tak usah pertikai - Zahid

Posted: 29 Aug 2015 11:13 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
LENGGONG: Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin-pemimpin  itu di peringkat bahagian agar tidak mempertikaikan sumber dana yang diperolehi oleh ketua bahagian ketika pilihan raya.
 
Katanya, timbalan ketua bahagian harus kekal setia kepada ketua mereka.
 
"Contohnya apabila pilihan raya, apabila terdapat peruntukkan sama ada dari Barisan Nasional pusat atau ibu pejabat parti atau daripada mana-mana pihak yang nak menderma, apa hak timbalan ketua bahagian untuk menyoal dari mana sumber dana itu.
 
"Eh, itu ketua bahagian punya pasal lah untuk menang pilihan raya dalam bahagian dia," kata Ahmad Zahid ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lenggong pada Sabtu.
 
Apa yang penting katanya, untuk semua ahli Umno bekerja sebagai satu pasukan dan mengelak pertikaian dalaman.
 
"Musuh sebenar kita bukannya di luar parti kita tetapi di kalangan kita sendiri.
 
"Apabila timbul kekeliruan, pemimpin mesti tampil dan menjelaskan situasi sebaik yang mungkin bukan mencelarukan lagi keadaan," ujarnya lagi.
 
Beliau turut mengingatkan para pemimpin Umno supaya tidak terlalu beremosi ketika parti sedang bergelut dengan konflik.
 
"Jika orang di bawah kita beremosi, kita sebagai pemimpin harus berupaya merasionalisasikan keadaan dengan penjelasan mengapa sesetengah keputusan itu dibuat," ujarnya
 
 

Nasrudin: 'Saya jangka tak sampai 10 peratus ahli akan keluar dan sertai GHB'

Posted: 29 Aug 2015 10:59 PM PDT

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menjangkakan hanya 10 peratus ahlinya akan keluar mengikut jejak pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal bergerak atas platform politik dalam tempoh terdekat.
 
Ini kerana jelas beliau, sokongan awal ahli PAS kepada GHB disebabkan rasa simpati berikutan kegagalan pimpinan dalam pemilihan parti namun ia berubah apabila ia berhasrat menubuhkan parti baru.
 
"Malah pengalaman yang saya lihat mutakhir ini walaupun di peringkat awal ramai yang menyokong dan bersimpati dengan perjuangan yang mereka ambil ataupun gerakan yang mereka lakukan.
 
"Tapi apabila mereka mula bercakap nak tubuh parti baru dan keluar daripada PAS ada yang tak setuju," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
 
Nasrudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat bekas pemimpin kanan PAS yang mahu menubuhkan parti baru menerusi GHB yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang. 
 
Untuk rekod, GHB akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu pada 31 Ogos ini namun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan GHB untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baru yang hendak ditubuhkan.
 
Sehubungan itu, ROS akan memberikan surat kepada pemimpin GHB agar memilih nama lain tanpa menggunakan nama Islam dalam usaha mendapatkan sokongan dan pengaruh. 
 
Sokongan terhadap GHB 'hilang' bila nyata hasrat tubuh parti baru
 
Nasrudin menambah perkembangan yang berlaku dalam PAS tidak menunjukkan krisis yang agak membimbangkan selain akan ditangani secara berperingkat melalui pertemuan yang diadakan.
 
"Mereka mungkin tak sependapat dengan pimpinan yangada sekarang dan kita memang tak boleh nak menjadi semua ahli puas hati dengan pimpinan yang ada.
 
"Akan ada yang tak puas hati dan tak setuju sebab itu kalau kita lihat pengundian pada muktamar akan ada pertandingan antara pemimpin yang mana mungkin 40 peratus sana dan 50 peratus ke sini.
 
"Itu menunjukkan bahawa tidak bulat atau tidak 100 peratus menyokong individu tertentu," katanya.
 
Ahli Parlimen Temerloh ini berkata majoriti besar ahli PAS kekal mempertahankan serta menyokong dasar perjuangan parti berbanding menyertai pimpinan progresif dalam GHB.
 
"Tetapi apabila sampai ke peringkat nak tubuh parti baru ini adalah sesuatu yang sukar.
 
"Mereka sayang kepada dasar perjuangan, mereka boleh bersabar untuk menghadapi segala ujian ini demi berdepan masa depan perjuangan yang lebih rumit dan getir," katanya.
 
Justeru beliau optimis bahawa 'gelombang' GHB tidak akan berterusan menambah PAS juga akan memastikan segala kelemahan serta kekurangan dalam parti diatasi.
 
"Jadi insya-Allah setakat apa yang berlaku ini walaupun gelombang itu cuba mereka wujudkan, saya boleh jangka tak akan sampai 10 peratus ataupun sekira lima peratus dianggarkan mengikut jejak mereka keluar daripada parti," katanya.
 
 

Orang Asli tuntut Najib berundur

Posted: 29 Aug 2015 10:57 PM PDT

 
Mereka mendakwa Perdana Menteri banyak menyeleweng, gagal menjawab pelbagai isu termasuk dana derma RM2.6 bilion.


orang-asli


KUALA LUMPUR: Lebih 500 Orang Asli tidak terkecuali menyertai bantahan aman Bersih 4.0 yang diadakan berhampiran Dataran Merdeka.

Naib Presiden Jaringan Orang Asli Semalaysia (JOAS), Yusri Ahon, 50, berkata kehadiran mereka ke perhimpunan kali ini adalah untuk mendesak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.

Katanya, di bawah pentadbiran Najib telah berlaku banyak kepincangan antaranya kemerosotan ekonomi, rasuah dan hak mereka untuk mendapatkan tanah turut diabaikan.

"Kerajaan sekarang banyak menyeleweng, banyak isu-isu yang gagal dijawab antaranya RM2.6 billion.

"Kerajaan dilihat tidak bertindak adil kepada kami terutamanya melibatkan hak pemilikan tanah. Apabila kerajaan memberi satu-satu benda kepada kami, mereka akan mengambil sembilan daripada apa yang kami ada.

"Jadi kami merasakan ia adalah ketidakadilan kepada masyarakat orang asli dan disebabkan itu kami menghadirkan diri dalam perhimpunan pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka Pada Sabtu.

Ditanya, samaada kehadiran beliau ditaja atau sebaliknya, Yusri berkata mereka hanya disediakan pengangkutan untuk datang ke Kuala Lumpur menyertai Bersih 4.0.

"Memang Bersih 4.0 yang taja kita datang sini, cuma dari segi pengangkutan baslah, dari Temerloh sehingga ke sini," katanya.

Tun M minta ahli politik UMNO kembali ke pangkal jalan

Posted: 29 Aug 2015 10:55 PM PDT

 
Tun M mengingatkan perjuangan UMNO untuk ahli dan orang Melayu bukan untuk pemimpin parti.


tun-mahathir


PETALING JAYA: Beberapa pemimpin politik telah lupa tanggungjawab mereka kepada rakyat selepas bergelar wakil rakyat.

Dalam tegurannya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta mereka yang telah menyimpang supaya kembali ke pangkal jalan.

"Kembalilah ke pangkal jalan. Kamu telah tersasar," katanya.

Dalam ucapannya pada sesi Bicara Negarawan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, beliau menegaskan UMNO sepatutnya berjuang untuk ahli-ahli dan orang Melayu, bukan hanya untuk pemimpin parti.

Dalam sidang media di majlis yang sama, beliau mengulas lanjut mengenai kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kemungkinan berdepan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen.

"Hakikatnya untuk singkirkan Najib sahaja, kerana kerajaan BN dia masih mempunyai majoriti, jadi Barisan Nasional perlu pilih pemimpin mereka yang baru.

"Rakyat tiada masalah dengan BN ataupun dengan UMNO tetapi rakyat ada masalah dengan Najib," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: