Ahad, 30 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bersih 4 dikuasai DAP akibat PAS tidak turut serta....

Posted: 30 Aug 2015 09:11 AM PDT

Lantaran PAS tidak dilantik mengepalai Bersih, maka PAS tidak mahu bersama perhimpunan Bersih 4 sebagaimana perhimpunan Bersih 1,2 dan 3 sebelum ini. Itulah menurut kata Presiden PAS, Hj Hadi.

 Lantaran itu perhimpunan itu tidak Islami kerana dikuasai oleh DAP?? 

Hahahaha...maka berdosalah sekalian mereka yang ikut serta perhimpunan tersebut kerana dipengaruhi anasir musuh negara nombor satu : DAP! - parti Cina yang sangat anti dengan Melayu!

 Itulah isu yg dimanipulasi oleh akhbar Utusan Meloya edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia dengan tajuk besar "DAP KUASAI BERSIH 4.0" serta tajuk kecil "Didominasi oleh kaum Cina" dan "Peniaga alami kerugian" –untuk menghasut rakyat, khususnya orang Melayu, untuk membenci rakan sewarganegara mereka, iaitu kaum Cina.

Ini adalah fitnah yang bersifat menghasut serta boleh mencetuskan huru-hara, semata-mata kerana pembohongan Utusan. Sila baca seterusnya  di sini

 Rupa-rupanya tokoh-tokoh negara dari Umno seperti Dr Mahathir dan juga mantan Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik kini sudah terpengaruh dengan hasutan DAP hingga mereka juga turut serta menyertai perhimpunan Bersih 4 kali ini....
Dr Ling Liong Sik sudah bertaubat.Nak masuk DAP?
Bersih 4 berjaya membuktikan perhimpunan kali ini turut disambut oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang mahukan perubahan merentasi setiap fahaman politik dan berbilang kaum.
Ust selebreti Azhar Idrus ....gapo mung di sini?
Penasihat bakal parti baru, Ust Ahmad Awang
Wakil khas PAS bersama Pengerusi Persatuan
 Ulama Dunia Caw 
Malaysia, Ust Ghani Shamsuddin 

Dato' Wan Rahim pun ada....
Kalau Hj Hadi ada, tidak mungkin ini akan terjadi!
Mat Sabu mengimami solat Isya...
Punyalah dahsyat kerja laknat DAP ni, hinggakan sambutan Merdeka di Dataran Merdeka tahun ini terpaksa dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil....
Dataran Merdeka dirampas oleh Bersih 4 ?? Mereka akan terus berada di sekitar Dataran Merdeka, kata penganjurnya kumpulan pemantau pilihan raya Bersih 2.0. Baca lagi di sini

Sekarang DAP telah menguasai Dataran Merdeka, tapi mujurlah kita masih ada tempat untuk pergi ke Stadium Bukit Jalil.

 Tapi kalau DAP Cina sudah menguasai negara ini nanti, kemana pula orang Melayu nak pergi??  


Takkan muat nak berlonggok di Rusila?

Penganut bukan Islam turut menghormati peserta yang melakukan solat

Posted: 29 Aug 2015 07:51 PM PDT

Peserta perhimpuanan Bersih 4 yang bukan beragama Islam ternyata  tahu menghormati agama rakan mereka yang Islam. 

Mereka secara tidak langsung dapat memerhati dengan dekat bagaimana orang Islam melakukan solat mereka walaupun di tempat awam yang terbuka begitu sahaja.

 Pastinya, keadaan tersebut sedikit sebanyak turut memberi kesan dan membuka minda mereka tentang betapa mudahnya Islam itu diamalkan. Secara tidak langsung, peserta yang muslim telah turut mendemontrasikan kepada mereka cara solat orang Islam.Ini juga merupakan satu kejayaan dalam uslub berdakwah kepada non-Muslim.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Peserta Melayu-Islam perhimpunan Bersih 4 hari ini menunaikan solat  Zohor mereka di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini jelas menyangkal dakwaan bahawa perhimpunan itu hanya menarik minat bukan Melayu sahaja.

 Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata solat di tempat terbuka awam adalah penting untuk "memecahkan" percubaan oleh musuh politik yang menggambarkan orang Melayu sebagai tidak berminat dengan tuntutan oleh penganjur Bersih 2.0  untuk reformasi politik.

"Nisbah Melayu : bukan Melayu mungkin 50-50, manakala yang sebelumnya nisbahnya adalah mungkin 70-30 atau 60-40," kata Rafizi.

Di bawah terik matahari , kira-kira 100 Melayu-Islam yang berpakaian T-kuning Bersih 4, menunaikan solat mereka di kaki lima, di depan pintu masuk utama pusat membeli-belah Sogo.

Penunjuk perasaan Cina dan India menunjukan sikap hormat dan toleransi sewaktu mereka mengerjakan solat dengan hanya memerhati dengan senyap tanpa membuat bising di ketika itu.

 Beribu-ribu yang berpakaian kuning, warna tandatangan Bersih, telah mula berarak ke arah Dataran Merdeka di sini, memegang sepanduk dengan kata-kata "Turun Najib" dan "1 sokongan undi tidak percaya", merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Solat Maghrib diimami oleh Uzt Zul dari Ipoh
 PAS, yang sebelum ini bersama penyokong Bersih Melayu-Islam mereka dari seluruh negara pada masa lalu, kali ini memilih untuk tidak bersama, memberi alasan ketidaksesuaian masa demonstrasi itu yang begitu hampir dengan Hari Merdeka pada Isnin.

 Parti Islam pembangkang itu nampaknya telah menjauhkan diri daripada kumpulan reformasi Bersih 2.0 selepas kumpulan konservatif memenangi dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. ~ sumber

Tiada ulasan: