Khamis, 20 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SEJAK BILA USUL TAK PERCAYA DI PARLIMEN SUATU KESALAHAN JENAYAH?

Posted: 20 Aug 2015 06:24 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
Gagal membuktikan kata-katanya untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang dimaksudkannya sedang berusaha menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen, Zahid Hamidi akhirnya berdalih dengan mengatakan telah menyerahkan segala maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Kenapa serah kepada polis? Apakah mengusulkan undi tak percaya di Parlimen suatu jenayah?

Apa yang polis boleh lakukan sedangkan ia adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen yang dibenarkan oleh perlembagaan?

Kalau jenayah, adakah menjatuhkan kerajaan Perak pada 2009 dahulu yang diketuai Najib Razak juga merupakan jenayah?

Begitu juga di Sabah sebelum ini di mana beberapa kali pertukaran kerajaan berlaku melalui aksi lompat-melompat wakil rakyatnya, adalah ia turut merupakan jenayah sama?

Pada mulanya memang ramai  yang bangga apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah pemimpin Perak pertama dilantik ke jawatan itu. Ditambah dengan kedudukan Najib yang semakin lemah dan banyak masalah, ada yang mula berangan dan berdoa agar Zahid juga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri akhirnya.

Tetapi belum pun sampai sebulan, sudah ada yang malu mengaku berasal dari Perak. Tindakan Zahid yang gagal meletakkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seolah-olah masih merasakan dirinya Ketua Pemuda UMNO atau Setiausaha Politik kepada Najib, membuatkan ramai yang kecewa dengan penampilannya.

Caranya menangani isu undi tak percaya yang dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan yang didedahkannya sendiri, menjadikan wataknya menjadi perbualan di mana-mana.

Sudahlah gagal mendedahkan siapa pemimpin yang dimaksudkannya itu, beliau juga dilihat "propa" apabila kata-katanya bahawa pemimpin tersebut akan berjumpa Perdana Menteri pada jam 6 petang Ahad lalu, turut tidak menjadi kenyataan.
 
 
 
 
Dengan selamba Zahid kemudiannya berkata, pemimpin terbabit membatalkan pertemuannya dengan Najib kerana "ramai wartawan menunggu di pintu masuk Seri Perdana."

Akhirnya wartawan pun turut diletakkan beban kesalahan atas kegagalan membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Bukankah beliau sendiri yang mengatakan pertemuan itu akan diadakan pada hari Ahad jam 6 petang?

Adakah Zahid sebenarnya mengharapkan wartawan akan pergi bercuti atau bersiar-siar di KLCC apabila  beliau mendedahkan mengenai pertemuan itu? Bukankah kerja wartawan mengejar berita?

Setelah gagal mendedahkan siapakah pemimpin tersebut dan pertemuan dengan Najib itu pula tidak menjadi kenyataan, Zahid kemudian berkata, segala info mengenai perkara itu sudah diserahkan kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya?

Kenapa berselindung di sebalik polis dan Peguam Negara? Bukankah ketika mendedahkannya pada Sabtu lalu, Zahid berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akan berusaha menghalang undi tidak percaya itu daripada menjadi kenyataan?

Ini adalah isu politik dan ia seharusnya dihadapi secara politik. Alih-alih serah pada polis akhirnya. Sedarkah Zahid bahawa undi tidak percaya sama ada di Parlimen atau pun dengan membuktikan adanya majoriti lalu mengadap Agong, adalah dibenarkan dalam perlembagaan dan ia bukanlah plot dalam bentuk kekerasan atau angkat senjata.

Ahli Parlimen diberikan imuniiti untuk menukar kerajaan melalui kelebihan jumlah kerusi yang dimiliki berdasarkan politik itu sendiri adalah "game of numbers".

Ada PhD takkan tak faham mengenainya?

Anwar Ibrahim sendiri pernah berusaha melakukannya sebelum ini melalui "Projek 16 September"  sehingga Ahli-Ahli Parlimen BN dilarikan ke Taiwan untuk mengelakannya daripada menjadi kenyataan. 

Kenapa ketika itu Zahid tidak bersuara atau mahu membuat laporan polis? Adakah sebab Anwar, bekas "bosnya" yang melakukannya, maka ia tidak pula dianggap salah?

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sendiri sebelum ini ada berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan berkaitan parti, sebaliknya hanya melihat jika usaha itu bertentangan dengan perlembagaan saja.

Habis, buat apa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mahu membebankan polis lagi?
 
 
 
 
Soalnya, di mana letaknya mengumpul "nombor" di kalangan Ahli-Ahli Parlimen ini suatu kesalahan? Selain PKR dan DAP sudah sedia menyatakan sokongan, terbaru ini Pas juga sudah mulai senada. Barangkali ia mungkin disebabkan Pas turut tertipu dengan isu derma RM2,600 juta sebelum ini sehingga Haji Hadi Awang dan Dr Haron Din pada mulanya tidak percaya Najib sanggup menerima wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

Belum sampai sebulan menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dan hanya melalui isu undi tak percaya yang secara jelas menampakkan kedangkalannya, sudah ramai yang menganggap penampilan Zahid sekarang ini hanyalah ibarat "penglipur lara" dalam kerajaan yang tempat itu sebelum ini dimonopoli oleh Hasan Malek yang sudah tiada dalam kabinet dan Ahmad Maslan sudah kurang merapunya sejak dipindahkan ke kementerian lain.

Apa lagi hiburan daripada Zahid selepas ini agaknya? 
 
 

PKR sasar 20,000 ahli sertai Bersih 4

Posted: 20 Aug 2015 06:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INISDER



Peserta himpunan tidur di jalan raya ibu kota, kata penganjur Bersih 4

Posted: 20 Aug 2015 06:04 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Perhimpunan Bersih 4 mahu guling Najib, kata Nur Jazlan

Posted: 20 Aug 2015 05:56 AM PDT



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa penganjur Bersih 4 menghormati pihak polis yang disifatkannya amat bertolak ansur.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa penganjur Bersih 4 menghormati pihak polis yang disifatkannya amat bertolak ansur. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 mempunyai niat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.
 
Beliau juga berkata, pihak polis sudah sangat bertolak ansur dengan pihak penganjur kerana mencadangkan tempat-tempat lain, dan mempersoalkan niat sebenar Bersih 2.0 yang berdegil mengadakan perhimpunan pada minggu Hari Kebangsaan.

"Saya tidak akan mengambil bahagian kerana Bersih tidak mempunyai niat sebenar, mereka hanya mahu menjatuhkan perdana menteri, dan saya merupakan seorang anggota pentadbiran," kata bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu.

Nur Jazlan mempersoalkan keengganan pihak penganjur berundur dan mengubah tarikh perhimpunan tersebut agar tidak mengganggu persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan. "Sebab itu niat mereka dipersoalkan, pihak polis yang sedia ada amat bertolak ansur," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, tidak ada polis yang lain di dunia ini bertolak ansur seperti polis Malaysia, dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan.

"Bersih harus menghormati polis. Pihak polis bertanggungjawab untuk keselamatan rakyat. Mereka diberi kuasa oleh kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menjemput Nur Jazlan untuk menyertai perhimpunan tersebut berikutan kenyataan beliau Putrajaya tidak mempunyai masalah dengan perhimpunan dirancang.

Nur Jazlan berkata, beliau yakin perhimpunan tersebut akan diteruskan tanpa insiden tidak diingini tetapi memberi amaran pihak penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang keganasan.

Semalam, Maria menggesa Datuk Seri Najib Razak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan tanpa halangan dan berkata perdana menteri boleh menilainya melalui jumlah penyokong terhadapnya atau sebaliknya.

"Jika perhimpunan itu gagal menarik (orang ramai), maka Najib boleh menganggapnya sebagai mandat awam untuk meneruskan pentadbirannya," katanya.

Cabaran itu dinyatakan beberapa jam selepas polis berkata tidak akan membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan kerana penganjur tidak menjawab dalam notis untuk mengadakan perhimpunan itu.

Bersih 2.0 sebelum ini menyatakan peserta akan berkumpul berhampiran Dataran Merdeka, dan berikrar tidak mengganggu persiapan Hari Kemerdekaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Polis kemudian meminta penganjur menukar lokasi perhimpunan itu, dengan mengatakan ia tidak sesuai.
Petang semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dipetik sebagai berkata penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, polis hanya dimaklumkan mengenai perhimpunan semalam dan dokumen-dokumen yang diserahkan tiada satu bentuk kebenaran daripada pemilik lokasi perhimpunan itu.


Umno tunda mesyuarat MT lagi, kini 9 September

Posted: 20 Aug 2015 05:50 AM PDT

MALAYSIAKINI
 
 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang tertangguh dan sepatutnya diadakan pada 28 Ogos ini sekali lagi terpaksa ditunda.

Katanya, penangguhan itu kerana banyak lagi bahagian yang belum bermesyuarat dan pihaknya memutuskan tarikh baru pada 9 September ini.

Perkembangan itu dijangka menarik perhatian ramai susulan mesyuarat pertama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

'Sila dedah siapa 20 MP guling kerajaan'

Posted: 20 Aug 2015 04:28 AM PDT

'Sila dedah siapa 20 MP guling kerajaan'
Bastien Onn 
 
 
SEGAMAT - Pemuda Umno Bahagian Segamat meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan segera senarai nama ahli Parlimen BN dan pembangkang yang didakwa ingin menggulingkan kerajaan.
 
Ketuanya, Bastien Onn berkata, pendedahan tersebut penting bagi membolehkan semua pihak termasuk golongan muda di peringkat akar umbi 'menjauhkan diri' daripada mereka supaya tidak terpengaruh dengan anasir membelot kerajaan.
 
"Pendedahan ini amat mengejutkan kami dan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan sedia ada juga perlu diambil kepada mereka ini bagi menjaga kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.
 
"Selain itu pendedahan  senarai nama ini juga dilihat perlu bagi mengelak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memainkan isu ini dan terus mengelirukan rakyat," katanya kepada Sinar Harian.
 
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang membuat pendedahan terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
 
 
 
 
Menurutnya, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga turut menafikan dakwaan ahlinya terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan dan menjelaskan kesemua ahlinya memberi sokongan kepada kerajaan dan parti memerintah.
 
Katanya, tindakan menyebarkan nama berserta gambar 20 ahli parlimen BN yang didakwa menjadi dalang mahu menggulingkan kerajaan di media sosial, baru-baru ini juga merupakan satu tindakan yang tidak beretika.
 
"Kami juga mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebarkan dakwaan komplot itu kerana ia jelas menjatuhkan reputasi ahli-ahli parlimen yang tidak bersalah.
 
"Apa yang pasti, ramai yang ingin mengetahui siapa dalang sebenar yang ingin menggulingkan kerajaan ini dan kami meminta supaya Datuk Zahid dapat mendedahkannya dalam masa terdekat ini dan berharap isu ini bukan satu rekaan," katanya.

Penyokong TBG terkoyak dahi

Posted: 20 Aug 2015 04:26 AM PDT

rusuhan
Arfaeez Abd Rahman menunjukkan semula bagaimana besi dibaling ke dalam bas dan mengena salah seorang penyokong Perak. Gambar kecil: Kecederaan yang dialami mangsa.
 

IPOH - Seorang penyokong Perak cedera selepas bas yang membawa penyokong The Boss Gaurus dibaling dengan besi oleh sekumpulan individu di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berdekatan Machap, Johor, semalam.

Wakil penyokong Arfaeez Abd Rahman, 25, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, ketiga-tiga bas yang membawa 118 penyokong itu baru bertolak dari Stadium Larkin di Johor untuk pulang ke Ipoh.

Beliau mendakwa, mereka menyedari diekori sekumpulan individu menaiki kereta serta motosikal sebelum dibaling dengan pelbagai objek.

Dakwanya lagi, sebaik memasuki lebuh raya, sudah terdapat kumpulan lain yang menaiki kereta serta motosikal turut menunggu di setiap persimpangan dan membaling pelbagai objek seperti batu, besi dan kayu.

"Bila tiba je di persimpangan Machap, satu besi dibaling dan terkena cermin hadapan bas dan masuk ke dalam bas serta terkan salah seorang penyokong mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.

"Kami terpaksa minta bantuan polis untuk iring kami sebelum memberhentikan bas di tepi lebuh raya,  dan untuk ambulans bawa mangsa ke hospital," katanya dalam sidang media yang diadakan sebaik tiba di Stadium Perak di Ipoh, sebentar tadi.

Arfaeez berkata, mangsa dibawa ke Hospital Melaka dan menerima 15 jahitan di dahi sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Menurutnya, ketiga-tiga bas turut mengalami kerosakan selepas beberapa bahagian bas seperti cermin depan, belakang serta sisi dan bahagian pintu pecah akibat dibaling dengan pelbagai objek.


NGO dakwa peserta Bersih 4.0 'dibayar'

Posted: 20 Aug 2015 04:16 AM PDT

NGO dakwa peserta Bersih 4.0 'dibayar'
Datuk Jamal Md Yunos (tengah) ketika mengadakan sidang media di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN. 
 
 
KUALA LUMPUR - Gabungan NGO-NGO Melayu hari ini mempersoalkan tindakan penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah yang didakwa memperuntukkan sehingga RM30 juta untuk "mengupah" peserta untuk menyertai perhimpunan aman itu pada 29 dan 30 Ogos ini.
 
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa setiap peserta didakwa dibayar RM300 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 manakala bakinya akan dibayar semasa perhimpunan termasuk kos pengangkutan.
 
"Kalau penganjur Bersih 4.0 mahu mengumpulkan 100,000 peserta, bermakna dia akan belanjakan lebih RM30 juta. Adakah duit ini sebahagian daripada dana rizab kerajaan negeri Selangor lebih RM7 bilion yang didakwa hilang itu?
 
"Kalau benar mereka peruntukkan RM30 juta, jika bukan sumbangan haram, daripada mana dia dapat dana itu? Beritahu rakyat dari mana dana dia dapat," katanya kepada pemberita selepas berhimpun bersama lebih 50 ahli Gabungan NGO Melayu itu di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Jamal turut mendakwa beberapa NGO beliau turut menerima "upah" tersebut dan sehingga kini seramai 37 individu mendakwa telah dibayar RM100 untuk menyertai perhimpunan aman itu.
 
"Sejak semalam ke hari ini, saya didatangi seramai 37 orang yang mana mereka mengakui menerima wang deposit sebanyak RM100.
 
"Saya akan kumpul segala bukti dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat," katanya lagi.
 
 

'Saya Harap Ini Perkahwinan Terakhir' - Abby Abadi

Posted: 20 Aug 2015 04:13 AM PDT

RAKYATNEWS




KUALA LUMPUR  - Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi akhirnya bersatu kembali dalam ikatan perkahwinan ketiganya bersama Muhammad Faizal Zakaria, 41, semalam.

Berkongsi pengalaman bersama wartawan akhbar Harakah itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, berkata, beliau tidak pernah berputus asa dalam mencari pasangan malah tidak mengambil tempoh lama untuk mengambil keputusan bernikah dengan Faizal bagi mengelakkan fitnah.

"Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu.

"Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis pada hari ini (Jumaat) berjalan lancar.

"Paling penting dia terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga," katanya kepada pemberita selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, Jumaat.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan telah diwalikan bapa Abby sendiri, Abdul Manan Tadin.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis itu dihadiri lebih 200 tetamu termasuk dua rakan anggota kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.

Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis yang bakal diadakan Taman Tasik Titiwangsa pada Ahad ini.

Abby sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim sebelum bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.

Bekas pelakon utama drama Gerak Khas ini kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013.

Akan tetapi, perkahwinan keduanya itu hanya bertahan selama 11 bulan.


Mikrofon Terpelanting : Ziana Zain Anggap 'Drama Lucu'

Posted: 20 Aug 2015 04:11 AM PDT

RAKYATNEWS



 


KUALA LUMPUR - Kegagalan penyanyi Ziana Zain mengakhiri persembahan beliau dengan sempurna pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) menjadi perbualan mulut orang ramai di media sosial.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar apabila mikrofon yang digunakannya 'terpelanting' ketika membuat persembahan di KLFW2015 pada Ahad lalu.

Video tersebut menjadi viral di laman sosial sehingga ramai yang memuji sikap Ziana yang terbuka walaupun berhadapan dengan situasi seperti itu.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, mikrofon yang dipegang Ziana dilihat terlepas ketika penyanyi berusia 47 tahun itu mengakhiri persembahannya.

Bagaimanapun Ziana kemudian mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin.

Susulan insiden itu, peminat Ziana Zain memberi sokongan serta pujian terhadap sikap profesional penyanyi itu di media sosial.

Manakala, menurut portal mStar Online, Ziana meyifatkan insiden itu sebagai satu 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.

"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," katanya dipetik dari portal mStar Online.


PAS Kota Raja tak terbubar walaupun ahli j/kuasa letak jawatan

Posted: 19 Aug 2015 09:52 PM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata peletakan jawatan beberapa pemimpin dan ahli kawasan Kota Raja tidak akan menjejaskan kedudukan parti Islam itu di Selangor.
 
Malah beliau menjelaskan perkara itu sudah dibincangkan lebih awal dengan PAS Pusat dan pengunduran tersebut tidak menyebabkan mana-mana cawangan PAS terbubar mengikut Perlembagaan PAS.
 
"Kota Raja tidak akan tutup sebab tidak ada siapa pun ada hak untuk membubarkan apa-apa kawasan atau cawangan. Ianya adalah terpulang kepada PAS Pusat. Ini semua ganti dengan orang baru, tiada masalah. 
 
"Untuk cawangan dan kawasan tertentu, kita telah mengenal pasti mereka yang akan mengambilalih sekiranya berlaku keperluan.
 
"PAS Selangor bersedia mengambilalih mana-mana kawasan atau cawangan parti. Sebenarnya kami telah berbincang dengan YB Setiausaha Agung PAS.
 
"Dan kita bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan boleh dilakukan selari dengan Perlembagaan PAS mengikut Fasal 26 (9), menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambilalih mana-mana badan perhubungan PAS di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan penggerak Gerakan Harapan Baru (GHB) Kota Raja yang akan membuat pengumuman mengenai pembubaran beberapa cawangan PAS kawasan itu pada petang ini.
 
Kawasan parlimen yang diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud itu mebabitkan sembilan cawangan PAS bakal dibubarkan apabila semua AJK mereka didakwa mahu menyertai GHB.
 
Iskandar berkata, pihaknya telah menentukan orang tertentu bagi mengepalai cawangan-cawangan yang dikatakan akan hilang ahli jawatankuasanya nanti.
 
Dalam perkembangan sama, beliau berkata PAS akan terus beroperasi seperti biasa dan masih mempunyai sokongan kuat ahlinya di Selangor.
 
"Jadi kami rasa tidak akan ada berlaku masalah untuk kita meneruskan pentadbiran parti.
 
"Tiada masalah, kita ada 100,000 ahli dan kita ada lebih daripada seribu cawangan," katanya lagi.
 
 

DUN Selangor terima usul tangguh DEIG

Posted: 19 Aug 2015 09:38 PM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz


Post Pic


SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerima usul untuk menangguh sementara waktu operasi Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Speaker, Hannah Yeoh berkata demikian ketika meminta pengesahan daripada kesemua ADUN baik daripada barisan pembangkang dan kerajaan bagi usul yang dikemukakan oleh ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Tengah hari tadi, Saari mengemukakan usul supaya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menangguhkan terlebih dahulu operasi DEIG selama enam bulan.

Susulan itu, usul tersebut kini menjadi Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-Abas) sebagai kertas mesyuarat bilangan 48, tahun 2015.

"Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju dengan usul ini sila berdiri. Usul ini dipersetujui," katanya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam perkembangan yang sama, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata akan memberi jawapan bertulis bagi memerinckan kandungan penubuhan DEIG.

Malah beliau memberi jaminan DEIG yang ditubuhkan akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Selangor di samping menegaskan DEIG akan tetap diteruskan.

"Saya mengambil tanggungjawab untuk memastikan saranan dan syor yang dikemukakan dalam konteks untuk mewujudkan akauntabiliti, kebertanggungjawaban, memang akan menjadi asas DEIG.

"Dan saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada jawatankuasa untuk memberi jaminan ini dan saya harap hasrat dan cita-cita murni kerajaan ini akan dapat kejayaan supaya rakyat pada akhirnya mendapat nikmat di atas usaha ini," katanya.

Penubuhan DEIG mengejutkan banyak ADUN ekoran tiada keperincian kandungan dokumennya.

Malah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated.

Bekas Menteri Besar itu mendakwa, DEIG akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit.

Selain Khalid, ADUN Umno dari Sungai Panjang, Budiman Zohdi turut menyelar tindakan menubuhkan DEIG yang disifatkannya menambahkan lagi kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin.

Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya memperkemaskan pentadbiran MBI yang sedia ada tanpa perlu menubuhkan satu lagi entiti baru.

'Keberanian’ peragut semakin menakutkan

Posted: 19 Aug 2015 09:31 PM PDT

 
Orang ramai meluahkan kebimbangan dengan tahap keselamatan di ibu negara dan menyatakan negara ini semakin tidak selamat.


peragut_600_1



PETALING JAYA: Kejadian jenayah ragut di ibu kota semakin menjadi-jadi malah kawasan paling sibuk turut menjadi sasaran peragut tanpa ada sedikit pun perasaan takut.

Ini dibuktikan menerusi satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diviralkan oleh seorang pengguna Facebook, Najee Abdullah menunjukkan kaedah licik yang digunakan oleh seorang peragut sebelum meragut beg tangan seorang wanita ketika sedang makan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Jalan Telawi pada malam Rabu yang bukan sahaja dikunjungi warga tempatan, malah menjadi lokasi kegemaran tenaga kerja pakar warga asing.

Video berdurasi 1.51 minit menunjukkan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta sementara pelanggan restoran tersebut sedang bersosial menjamu selera di kawasan terbuka di kaki lima restoran tersebut.

Pada minit ke 1.23, lelaki itu terus menyergah menarik beg tangan seorang wanita yang duduk betul-betul di kerusi paling luar iaitu dekat dengan tempat letak kereta.

Rata-rata pengguna sosial mempersoalkan tahap keselamatan di sekitar pusat bandar raya malah ada menyatakan mereka semakin takut dan kurang selamat apabila keluar berjalan-jalan di ibu kota.

Ada juga yang mengaitkan kejadian jenayah meningkat kesan daripada kelembapan ekonomi negara menyebabkan ramai kehilangan pekerjaaan malah masih ramai graduan mengganggur menyebabkan mereka yang kurang berpendidikan semakin terhimpit.

"Perlu meningkatkan tahap keselamatan di Bangsar, " tulis Dev Ananth dalam status video tersebut
Manakala, seorang lagi pengguna, Jay Ishak menggesa wanita agar menjaga beg tangan mereka memandangkan peragut ini berada di mana-mana sahaja.

"OMG! Jenayah di mana-mana sekarang. Berjaga-jaga wanita," kata Anna Taharuddin pula.

Wanita dera anak tiri OKU ditahan

Posted: 19 Aug 2015 09:29 PM PDT

 
Wanita itu mengaku memukul anak tirinya yang OKU menggunakan penyangkut baju dan tali pinggang kerana degil dan tidak dengar cakap.


dera-anak



PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 26 tahun ditahan selepas dipercayai mendera anak tirinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah tanah rancangan FELDA di Jempol, Negeri Sembilan pada Rabu.

Perbuatan wanita itu diketahui apabila guru sekolah anaknya itu mendapati terdapat kecederaan seperti akibat dipukul di kepala dan belakang badan pelajar yang berusia 15 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata pihak sekolah telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah menahan ibu tiri pelajar OKU berkenaan di rumahnya.

"Hasil soal siasat, ibu wanita itu mengaku memukul anak tirinya menggunakan penyangkut baju dan tali pinggang kerana mangsa degil dan tidak mendengar cakap," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, ibu tiri terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Zam dedah sebab Tun M mahu Jambatan Bengkok diteruskan

Posted: 19 Aug 2015 09:28 PM PDT

 
Ia sebagai tugu untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai jiran yang serong dan tidak boleh dipercayai.


zam-+-tun+m



PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan punca mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad beriya-iya mahukan pembinaan Jambatan Bengok diteruskan.

Zainuddin atau Zam berkata, bekas Perdana Menteri sangat sentimental mahukan Jambatan Bengkok didirikan sebagai tugu untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai jiran yang serong dan tidak boleh dipercayai.

Menerusi blognya, Zam menceritakan sejarah bagaimana bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew (LKY) menghasut Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn supaya menangkap kumpulan berhaluan kiri yang telah dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak.

Katanya, kumpulan intelektual radikal yang pernah ditahan di Singapura kerana fahaman kiri itu termasuklah wartawan A. Samad Ismail, Abdullah Majid, Agoes Salim, Dr. Ungku Omar dan James Puthucheary.

Katanya, kumpulan itu telah membantu Tun Abdul Razak membentuk dan menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas peristiwa 13 Mei 1969.

"LKY amat bimbang apabila bekas-bekas tahanan politiknya yang berfahaman Marxist yang pernah ditungganginya untuk kepentingan politiknya telah berada di keliling Tun Abdul Razak malah Tun telah melantik James sebagai anggota Majlis Perpaduan Nasional dan dan juga Majlis Perundingan Negara.

"LKY terus merasa tergugat sehingga selepas Tun Razak meninggal dunia yang membuatkannya menghasut Tun Hussein Onn yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri supaya menangkap Samad Ismail dan rakan-rakannya.

"LKY memberitahu Tun Hussein selepas kematian Tun Abdul Razak bahawa ada penyusupan komunis dalam media Malaysia termasuk aktiviti Samad Ismail anggota Parti Komiunis Malaya (PKM) dan juga rakan-rakannya dari Singapura sejak tahun 50an.

"Perdana Menteri yang cerdik Tun Dr Mahathir dapat menciumi ketakutan LKY bila mengetahui Samad membawa rakan-rakannya yang merupakan musuh utamanya (termasuk James Puthucheary) mendekati Tun Razak dan membantu beliau bagi penggubalan Dasar Ekonomi Baru selepas peristiwa 13 Mei.

Zam berkata, sebab itu sebaik saja berkuasa, Dr Mahathir membebaskan Samad Said dan rakan-rakannya yang dituduh sebagai komunis dan kerana perasaan terhutang budinya juga kepada Tun Abdul Razak yang mencalonkannya sebagai Perdana Menteri.

"Maka beliau (Dr Mahathir) sangat sentimental mahukan Jambatan Bengkok didirikan sebagai tugu untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai jiran yang serong dan tidak boleh dipercayai," katanya.

Zam turut meluahkan rasa sedih kerana jasa James Puthucheary tidak dikenang dan tidak dihargai.

"Saya sendiri memikirkan bahawa seperti Seniman Agung P. Ramlee dan juga pejuang-pejuang tulin lainnya, James Puthucheary tidak meminta jasanya diingati tetapi jika Anugerah Posthumous Tan Sri boleh diberikan kepada P.Ramlee maka apakah salahnya anugerah yang sama diberikan kepada James Puthuceary walaupun beliau seorang Marxist atau Komunis.

"James bukan seorang Melayu dan beliau juga tidak percaya kepada agama tetapi sebagai seorang nasionalis pemikirannya melampaui agama dan bangsa yang terbukti dari pemikirannya dan sajak – sajaknya," katanya.

Dr Mahathir mencetuskan idea pembinaan Jambatan Bengkok pada 1996 bagi menggantikan Tambak Johor kerana tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak berulang-alik setiap hari antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkan cadangan itu pada 2006 dan menghentikan semua rundingan dengan kerajaan Singapura.

Abdullah memberi alasan pembatalan itu selepas mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambilalih pentadbiran negara pada 3 April 2009 juga tidak meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok.

Menerusi siri-siri kritikan terhadap Najib, Dr Mahathir turut mempertikaikan keputusan Perdana Menteri yang tidak meneruskan pembinaan jambatan itu.

Tak salah Ahli Parlimen sokong undi tidak percaya – Latheefa Koya

Posted: 19 Aug 2015 09:26 PM PDT

DALIA ISMAIL

 

LATHEEFA KOYA
Peguam, Latheefa Koya berkata tiada kesalahan bagi Ahli Parlimen untuk memberi sokongan dalam undi tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri kerana ia dibenarkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. - Foto TRP/Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR, Mana-mana Ahli Parlimen yang dikatakan berkomplot menandatangani akuan bersumpah menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen adalah tidak menyalahi mana-mana Akta Kesalahan Jenayah di negara ini.

Walaupun nama 20 Ahli Parlimen BN dan empat laporan polis telahpun dibuat, ia tidak membolehkan pihak polis melakukan siasatan atau mendakwa mana-mana pihak.

Peguam, Latheefa Koya berkata tiada kesalahan bagi Ahli Parlimen untuk memberi sokongan dalam undi tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri kerana ia dibenarkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna pihak polis tiada kuasa dalam mana-mana peruntukan undang-undang jenayah untuk mendakwa Ahli Parlimen yang terbabit jika benar mereka bersekongkol dengan Ahli Parlimen Pembangkang untuk menandatangani akuan bersumpah tersebut.

"Jika mahu disiasat di bawah akta mana? Tidak jelas apa tuduhan mereka.

"Perdana Menteri bukan Raja yang tidak boleh ditukar. Perdana Menteri boleh ditukar jika beliau hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Latheefa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat mereka yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri atas kesalahan memudaratkan demokrasi berparlimen di Malaysia melalui Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Ujar Latheefa, apapun peruntukan undang-undang sama ada di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana memudaratkan demokrasi berparlimen tidak terpakai dalam isu ini.

"Tak boleh. Takda kaitan," ujarnya.

Sabtu lalu, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan didalangi oleh seorang tokoh UMNO yang juga pemimpin BN.

Beliau berkata rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada Anggota Parlimen pembangkang serta menarik anggota Parlimen BN menyokong gerakan mereka untuk menumbangkan kerajaan melalui 'jalan belakang'.

Undi tidak percaya, pimpinan tertinggi Pas bercanggah pendapat

Posted: 19 Aug 2015 09:23 PM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

pas_logo_L-21
Percanggahan pendapat dalam pimpinan tertinggi Pas berhubung isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri berkemungkinan berpunca daripada DAP, kata penganalisis politik. 


KUALA LUMPUR, Isu undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat menyebabkan berlakunya percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan tertinggi Pas.


Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan undi tidak percaya telah disalah tafsir membuktikan perbezaan pendapat yang berlaku di dalam parti Islam tersebut.

Menurutnya, tindakan Tuan Ibrahim dan juga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengatakan Pas mungkin akan memyokong usul undi tidak percaya berkenaan mungkin disebabkan tekanan daripada DAP yang mengatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih selesa dengan kepimpinan Najib.

"Oleh itu mungkin disebabkan tekanan berkenaan kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mana Pas sendiri tidak mempunyai pendirian rasmi ke atas undi tidak percaya tersebut.

"Di sini juga mungkin berlakunya pertembungan antara pemimpin konservatif dan bukan konservatif dalam Pas yang menyebabkan sokongan ke atas undi tidak percaya itu akan terbahagi dua.

"Malah Tuan Ibrahim dan Mustafa bukanlah antara Ahli Parlimen yang mewakili Pas di Parlimen dan ia seolah-olah menjadikan kenyataan tersebut tidak relevan kerana hanya wakil rakyat sahaja yang boleh mengundi usul tersebut," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bahawa Tuan Ibrahim sebenarnya mengatakan Pas menerima bahawa proses undi tidak percaya sebagai satu proses demokrasi dan bukan isu sokong atau tidak sokong.

Katanya, isu berkenaan tidak timbul lagi kerana dianggap sebagai pra-matang dan sekiranya benar-benar berlaku maka barulah Pas akan menyatakan pendirian dan membuat keputusan kerana Pas tidak mahu memberi pandangan kalau sekadar di dalam 'konteks andaian'.

Semalam Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan menyatakan Pas akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sekiranya ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut Tuan Ibrahim, seperti mana yang dikatakan Mustafa bahawa sekiranya ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri maka Pas akan turut bersama.

Jelasnya, ia adalah kerana tindakan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion yang jelas tidak dapat diterima rakyat.

Kekecohan di Stadium Larkin, 14 penyokong JDT ditahan

Posted: 19 Aug 2015 09:20 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

JOHOR BAHARU, 19 OGOS  -- Anggota polis menahan penyokong JDT yang merusuh di luar stadium selepas perlawanan JDT menentang Perak pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Rabu malam. --fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA  JOHOR BAHARU, Aug 19 -- Policemen detaining JDT supporters protesting outside of the stadium after JDT's match against Perak during Super League match at Tan Sri Hassan Yunos Stadium in Larkin, Wednesday evening. --fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED
Anggota polis menahan penyokong JDT yang merusuh di luar stadium selepas perlawanan JDT menentang Perak pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Rabu malam. Foto: Bernama


JOHOR BARU, Keputusan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menewaskan Perak dengan 4-1 mengakibatkan kekecohan berlaku di Stadium Larkin.

Kekecohan tersebut berikutan seorang lelaki melepaskan tembakan suar semasa penonton bersurai keluar dari stadium selepas perlawanan Liga Super pada Rabu malam.

Polis dengan segera menahan penyokong berkenaan namun sebaliknya orang ramai mula menjerit kepada pasukan berkuasa itu.

Para penyokong diarahkan bersurai serta-merta namun arahan itu tidak diendahkan.
Sebahagian penonton mula membaling botor air malah batu kepada pihak polis.

Difahamkan seorang anggota polis cedera dalam insiden tersebut.

Situasi berkenaan kemudiannya terkawal selepas itu. Menurut polis,  14 penyokong JDT ditahan selepas perlawanan bola sepak Liga Super semalam.

Dr M minta maaf, yakin masih ramai sokong TSMY

Posted: 19 Aug 2015 09:17 PM PDT

Dr M minta maaf, yakin ramai masih sokong TSMY
Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diiringi Naib Canselor, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim di pameran diadakan UTP, semalam. - Foto Bernama
 
 
SERI ISKANDAR – Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas 'kesilapan' memilih penyambung legasi kepimpinan negara ini.

"Saya ingat saya pilih Mr Clean, tapi yang bersih, pilih jadi kotor. Manalah saya tau. Kalau bagi nasihat awal, saya boleh pilih orang lain. Jadi saya minta ampun dan maaflah pada semua rakyat Malaysia," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika pilihan dibuat, beliau hanya melihat individu yang mempunyai rekod bersih dan layak untuk memimpin negara.

Beliau  menyatakan demikian ketika menjawab soalan peserta forum 'Social Evolution in Malaysia: What's Next?' di Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini, semalam.

Forum itu membincangkan topik potensi pemimpin yang diputuskan bagi menyambung legasi kepimpinannya sebelum beliau melepaskan jawatan perdana menteri pada 31 Oktober 2003 setelah menyandang posisi nombor satu itu selama 22 tahun bermula 16 Julai 1981.

Dr Mahathir kemudian melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kerusi Abdullah pada 3 April 2009 hingga sekarang. 

Menurut Dr Mahathir, keadaan negara kini sudah berubah menjadi lebih kotor apabila sistem perundangan sedia ada tidak lagi boleh dipraktikkan seperti mana diharapkan.

"Bila ada orang kata cash is king....susahlah. Ideanya, kita beri wang, mereka akan suka dan sokong kita. 

"Tapi nak bagi orang duit, kita kena ada duit," katanya sinis.
 
Menjawab persoalan dibangkitkan seorang ahli Umno mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet Najib, Dr Mahathir berkata, pihaknya yakin, ramai ahli parti itu masih menyokong untuk Muhyiddin dikekalkan sebagai timbalan perdana menteri.
 
"Isu ini (pengguguran Muhyiddin) banyak kontroversinya. Ada yang duit tiba-tiba hilang, ada pula yang tiba-tiba masuk dalam akaun sendiri. Mungkin ada baiknya dia (Muhyiddin) waktu jadi timbalan dulu, jangan banyak bertanya... inilah kesannya.
 
"Tapi saya yakin, kalau tanya ahli Umno, ramai masih suka Muhyiddin jadi TPM," katanya.
 
Pada era Mahathir sebagai perdana menteri, tiga daripada empat timbalannya tidak sempat diangkat untuk menggantikan beliau melainkan Abdullah. Mereka ialah Tun Musa Hitam yang meletak jawatan timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba (kalah pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1993) dan Anwar yang dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998.
 
Pada forum yang sama, Dr Mahathir mengakui tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) seperti diumumkan Najib baru-baru ini.
 
Mengikut cadangan itu, JKNMPP bertujuan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti, komprehensif dan inklusif.
 
"Buat apa? Ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa pun, jadi tak perlu tubuh jawatankuasa. Cukuplah," tegasnya.
 
Dr Mahathir kemudian mengingatkan hal wujudnya had tertentu di sebalik erti kebebasan yang diamalkan di negara ini bagi menjaga hubungan dalam komuniti.
 
"Anda boleh bercakap apa sahaja atas dasar kebebasan, tapi bila bercakap berkenaan orang lain, ia masih ada hadnya kerana kita hidup dalam komuniti.
 
"Jika nak lihat keadaan yang lebih baik, kena bijak memilih kebebasan itu. Pilih mana yang baik dan tinggalkan yang buruk," katanya.
 
 

Perdana menteri temui pakar ekonomi

Posted: 19 Aug 2015 09:06 PM PDT

MALAYSIAKINI





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu beberapa pakar ekonomi dari institusi kewangan tempatan dan luar negara bagi mendengar pandangan mereka mengenai kedudukan ekonomi semasa.

"Saya menghargai pandangan spontan mereka mengenai pelbagai aspek dalam ekonomi modal dan ekonomi rakyat," katanya dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Najib berkata pandangan mereka sangat berguna untuk kerajaan mengurus ekonomi negara secara proaktif.

"Saya mahu menemui lebih ramai pakar bidang tertentu serta wakil pemimpin korporat dalam pelbagai bidang ekonomi pada minggu-minggu akan datang," kata Najib yang juga menteri kewangan.

Pada hari Isnin, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Najib akan bertemu pemimpin korporat untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kedudukan ekonomi semasa.

Ia berkata maklum balas itu akan membantu kerajaan melaksanakan langkah-langkah untuk meletakkan Malaysia pada trajektori merealisasikan negara maju, harmoni dan makmur.

Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, dibuktikan menerusi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini, kata PMO.- Bernama


Anwar: Janganlah dera keluarga saya...

Posted: 19 Aug 2015 06:30 PM PDT

MALAYSIAKINI






Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga serta peguam beliau.

Anwar turut merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila sukar bertemu dengannya, walaupun beliau "tiada masalah" jika ia diperlakukan ke atas dirinya.

"Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.

"Saya mintak Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR.

Hari ini Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa pihak penjara mengurangkan akses kepada bapanya ekoran timbul dakwaan usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mendakwa lawatan pemimpin pembangkang antaranya Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli turut disekat.

Malah lawatan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang dibatalkan sejurus tercetusnya dakwaan tersebut, dakwa Nurul Izzah lagi.

Beliau turut mendakwa penjara mengurangkan masa pertemuan dengan peguam daripada dua jam kebiasaannya kepada kurang 45 minit dan juga akses ke perpustakaan di mana Anwar berada dalam penjara.


Imej berita palsu M'kini diedar

Posted: 19 Aug 2015 06:26 PM PDT

MALAYSIAKINI






Malaysiakini mengesan pengedaran dua imej berita palsu yang dikaitkan dengan Malaysiakini.

Imej pertama bertajuk "Daim: Saya akan pastikan ringgit merosot ke paras RM 4.50 berbanding USD" dikesan disebarkan mulai semalam dan imej kedua "Saya perlukan syarikat (DEIG) untuk urus RM6.3 bilion duit rakyat Selangor" disebarkan hari ini.

Kedua-dua imej tersebut bukan berita daripada laman web Malaysiakini.

Pembaca dan orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan berita Malaysiakini di: www.malaysiakini.com atau http://m.malaysiakini.com/language

Pembaca dan orang ramai boleh menghubungi editor@malaysiakini.com jika menemui imej-imej berita kami yang mencurigakan.

Pejabat AG masih teliti siasatan BNM isu 1MDB

Posted: 19 Aug 2015 06:24 PM PDT

MALAYSIAKINI





Pejabat Peguam Negara sedang meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada komen," kata Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepada Malaysiakini.

"Kertas siasatan itu dihantar kepada kami lewat petang atau sebelum jam lima pada hari gabenor (BNM) mengadakan sidang akhbar.

"Itu bukan (kertas kerja yang telah dihantar kepada kami) seminggu sebelum (sidang akhbar Zeti )," katanya lagi.

Dalam sidang media Khamis lalu, Zeti berkata Bank Negara Malaysia telah membuat kesimpulan berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.

Katanya, bank pusat itu telah menghantar kertas siasatan kepada peguam negara dengan mencadangkan supaya penguatkuasaan yang sesuai dibuat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil penyiasatan kerana beliau tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.


'Kena 'boo' tak lentur semangat juang saya'

Posted: 19 Aug 2015 06:22 PM PDT

MALAYSIAKINI






Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata insiden beliau di'boo' pada mesyuarat perwakilan Umno Pontian sedikit pun tidak melenturkan semangat juang sebagai wakil rakyat.

Menyifatkan ia sebagai "hikmah dan cabaran" dalam politik, Ahmad yang juga timbalan ketua bahagian itu berkata insiden ejekan terhadapnya itu juga tidak bererti perwakilan tidak suka kepadanya.

Jika demikian berlaku, MP Pontian itu berkata, secara logiknya setiausaha sulit dan pembantu khasnya - yang mendapat undi kedua dan ketiga tertinggi bagi merebut tujuh tempat ke Perhimpunan Agong Umno - turut ditolak oleh perwakilan.

"Orang Pontian tahu saya balik kawasan hampir setiap minggu sejak mula menjadi ahli parlimen tahun 2008 dengan pelbagai program. Saya anak tempatan dari Benut, Pontian.

"Mereka kenali saya sebagai Tok Mat yang sentiasa berusaha untu mengubah Pontian kepada kawasan yang lebih baik dalam pelbagai perkara. Peristiwa itu sedikit pun tidak melunturkan semangat saya.

"Begitu juga cacian dan rekaan dalam media sosial dengan pelbagai "spin" terhadap kenyataan saya yang hampir semuanya fitnah (terutama tentang GST) juga tidak akan melunturkan semangat juang saya," kata beliau dalam blognya hari ini.

Menceritakan insiden yang berlaku Ahad lalu, Ahmad berkata sewaktu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut namanya dan mengucap tahniah kerana dilantik ke jawatan baru, beliau terdengar sorakan hadirin dan ada yang mengejeknya.

"Maklum balas yang saya terima bahawa "boo" itu dimulakan oleh dua orang hadirin dari luar Pontian yang bukan perwakilan.

"Apakah perasaan saya? Di atas pentas itu kelihatan saya tidak menunjukkan reaksi apa-apa walau saya penuh sedar terhadap apa yang berlaku," katanya.

Malah, beliau juga menafikan turut diejek sebelum itu, sewaktu pengacara majlis menyebut nama dalam senarai protokol pada hari tersebut.

"Tiada yang "boo", bila nama saya disebut dan bunyi tepukan untuk saya, hampir sama sahaja dengan tepukan bila nama-nama tetamu lain disebut.

"Laporan pihak mereka yang mengatakan konon saya di "boo" banyak kali adalah tidak benar dan konon saya meninggalkan majlis lebih awal juga tidak betul.

"Itulah antara kerja mereka, mengadakan yg tiada dan meniadakan yang ada," katanya lagi.


Orang No 2 SB tak tahu alasan ditukar ke JPM

Posted: 19 Aug 2015 06:18 PM PDT

MALAYSIAKINI





Bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.

"Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ," katanya kepada Malaysiakini.

"Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya," katanya ketika dihubungi.

Diasak berikutnya, Abdul Hamid berkata beliau sebenarnya "tiada masalah" ditukarkan ke mana sahaja.
"Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat spekulasi," katanya.

Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: "Tiada komen.


Tiada ulasan: