Khamis, 20 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kita lihat bagaimana Peguam Negara Switzerland sekolahkan Malaysia ...

Posted: 20 Aug 2015 09:00 AM PDT

Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyerahkan bukti berhubung skandal 1MDB kepada peguam negara Switzerland dua hari lalu.

 Dalam kenyataan dalam Facebooknya hari ini, Khairuddin berkata beliau menyerahkan bukti dan kronologi skandal itu kelmarin jam 2.30 petang waktu tempatan.

 "Kunjangan saya ke pejabat peguam negara Switzerland di Bern telah ditemani oleh peguam saya, Matthias Chang," katanya.

 Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang negara itu untuk membuat siasatan komprehensif terhadap semua dakwaan salahlaku firma itu yang membabitkan bank di negara itu serta beberapa bank antarabangsa.

 Chang adalah bekas pembantu mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

 Sementara itu, agensi berita Reuters turut melaporkan semalam, jurucakap pengawal selia kewangan Switzerland Finma sedang memeriksa beberapa bank negara itu sama ada mereka mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB.

 Siasatan Bank Negara Malaysia berkaitan 1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah diselesaikan awal bulan ini.

 Syarikat itu sedang bergelut sekitar kontroversi sekitar hutang besar lebih RM40 bilion itu.

 Dalam kenyataan itu juga, Khairuddin berkata kes skandal 1MDB itu mesti dilawan habis-habisan demi menyelamatkan dana wang rakyat daripada sebarang unsur penyelewangan.

 "Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif," katanya.

 "Saya amat kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus," katanya. Malaysiakini

Komen al-Husseyn : 

Inilah adalah satu langkag yang bijak yang ramai tidak terfikirkan pun sebelumnya. Syabas diucapkan kepada Khairuddin Abu Hassan. 

Kita telah sekian lama mengharapkan sistem kehakiman dan perundangan negara kita dapat dibanggakan, namun apakan daya, kita baru saja melihat dengan jelas bagaimana Peguam Negara kita, Gani Patail telah diperkotak katekan, dipecat serta merta dengan tak semena-mena begitu sahaja.

Kita tunggu dan lihat, bagaimana peguam negara Switzerland buat kerja pula...Siapa yang tangkas dan lincah?

Peguam Negara Malaysia kita yang baru, Apendi Ali memang tangkas membuat kerja, tapi hanya pada hari pertama dia ambil aleh tugas dari Gani Patail sewaktu semata-mata untuk menafikan adanya deraf waran pertuduhan ke atas Najib....

Selepas itu, sampai sekarang, dia terus menyepi. Ha! Ha! Ha! Helo! Helo! Hang hidup ke lagi Apendi?

Mufti Perak jangan jadi macam mufti Musang Berjanggut

Posted: 20 Aug 2015 06:00 AM PDT

Baguih punya komen macam mufti dalam filem P.Ramlee Musang Berjanggut! 

Sewaktu berlakunya Kudeta di Perak, hang pi mana senyap tak buka mulut pun! 

Apakah Kerajaan Pakatan Rakyat dibawah Nizar dulu tu bukan pilihan rakyat melalui pilihanraya yang sah? 

 Tiba-tiba hari ini hang mai gatai pi buka mulut longkang hang! Tak guna punya orang! Memangnya mufti Musang Berjanggut dalam filem P.Ramlee tu tak faham tata cara bernegara @ Demokrasi. Dia tidak tahu apa-apa mengenai adanya proses "Undi Tidak Percaya" sebab itu di zaman purba.... 

Tapi SS Harusani perlu sedar, bahawa ini zaman dimana negara kita sudah merdeka dan bersistemkan demokrasi berparlimen ala Westminster dimana sebuah parlimen itu boleh dibubarkan dan pilihanraya dapat dipanggil pada bila-bila masa.....budak ambil UPSR pun tau pasal ni. Takkanlah lulusan Kolej Islam Kelang tak boleh tau!!

Satu hal lagi hang boleh caya apa yg Zahid cakap ? Mula hari tu dia kata ada 20 pemimpin Umno berkomplot nak pi jatuhkan Najib, kemudian tu, dia kata ketua kumpulan mai nak datang jumpa Najib nak buat apa entah... wartawan jenuh tunggu kedatangan orang tua tu, berjam-jam tapi tak kunjung tiba. 

 Kemudian Zahid pun bagi alasan orang tua tu malu nak jumpa wartawan, tangguh pertemuan...Dah tu, Zahid nafikan pula adanya komplot tu apabila dia gagal untuk membuktikannya...

Dah berapa kali Zahid ni kantoi?? Tiba-tiba Musang Berjanggut ni pi percaya apasal?

Haram gulingkan kerajaan, kata mufti Perak

Tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya mereka wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar, kata mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

 Menurut laporan Harian Metro Online, Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung terdapat usaha individu tertentu ingin menggulingkan kerajaan.

 "Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

 Beliau berkata, ini adalah kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilihi rakyat melalui cara yang sah.~ sumber

Bersih akan diteruskan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa

Posted: 20 Aug 2015 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, perhimpunan itu akan berjalan seperti yang dirancang. 

 Kumpulan Pemantau Pilihanraya itu juga berkata perarakan akan diteruskan ke Dataran Merdeka dari Brickfields, Pasar Seni, Masjid Negara, Dataran Maybank dan Sogo - dan akan berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Kumpulan itu juga berjanji bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa perhimpunan yang dirancang berjalan dengan lancar dan berkata mereka telah menyediakan kira-kira 2,000 anggota keselamatan untuk mengawal keadaan.

"Kami memaklumkan DBKL bahawa kami telah menguruskan kira-kira 2,000 anggota keselamatan kita sendiri untuk mengawal orang ramai. Kami mengingatkan polis bahawa mereka tidak boleh mengingkari tugas mereka untuk mengawal orang ramai dan bahawa mereka harus mengawal diri daripada menghasut orang ramai," tambah Bersih 2.0.

Ia mengulangi bahawa ia akan menghormati persiapan Hari Merdeka dan penunjuk perasaan bermalam di jalan-jalan KL.

Menurutnya, sebelum tarikh untuk perhimpunan tersebut ditetapkan, DBKL telah memaklumkan kumpulan pemantau pilihan raya itu bahawa Dataran Merdeka boleh guna.

Tetapi semalam Ketua Polis Bandaraya, Datuk Tajuddin Md Isa berkata bahawa polis telah menghalang Bersih 4 berhimpun semalaman kerana ia tidak memenuhi prasyarat bagi notis perhimpunan tersebut dan juga kerana pihak penganjur tidak mendapat kebenaran daripada DBKL. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz pada Selasa berkata bahawa Bersih 4 tidak akan dibenarkan menggunakan Dataran Merdeka bersejarah, tetapi mereka akan dibenarkan untuk berhimpun di kaki lima di kawasan itu.

Oleh kerana  Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak dapat diguna secara tiba-tiba, para peserta perlu berehat semalaman di jalan-jalan di Kuala Lumpur.

"Bersih 2.0 menarik semula permintaan sebelum ini untuk peserta membawa khemah. Sebaliknya, kita kini meminta peserta membawa beg tidur, selimut dan payung sebagai tambahan kepada makanan dan minuman.

"Kami menyeru DBKL supaya berperikemanusiaan menerima keputusan ini," kata Bersih 2.0.

Disamping itu, Bersih 2.0 menyambut baik rancangan Kuala Lumpur (DBKL) hari ini untuk merakam Bersih 4 yg akan datang melalui litar tertutup (CCTV) dan menggesa supaya rakaman penuh disediakan kepada orang ramai.

"Bersih 2.0 gembira bahawa DBKL mengumumkan kamera CCTV akan beroperasi, dan menyeru DBKL membuat rakaman penuh yang boleh diakses kepada orang ramai (bukan hanya sebahagian)," kata penganjur perhimpunan itu dalam satu kenyataan di sini. ~ sumber

Dana RM2.6 Bilion : Hj Hadi dan Haron Din terkancing gigi....??

Posted: 19 Aug 2015 07:45 PM PDT

Haji Hadi dan Haron Din dua orang tokoh ulama pun mudah diperdayakan oleh Najib sebab dia memang pakar putar alam.

Atau mungkinkah mereka bertiga ini memang sama level, saling sokong menyokong, sahut bersahutan sesama mereka? Hahahaha... spekulasi aku sahaja.

 Sehingga kini dua orang tokoh ulama ini masih belum membuat kenyataan untuk membetulkan semula apa yang pernah mereka nyatakan sebelum ini.

 Apakah Hj Hadi dan Haron Din masih belum percaya bahawa dana RM2.6 billion itu telah benar-benar dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib? 

 Apa yang menjadikan mereka berdua ni terkancing gigi, waima Najib sendiri telah mengakuinya? SPRM pun akuinya ....Mahu saksi apa lagi?

 Adalah penting bagi mereka memperbetulkan kenyataan mereka yang terdahulu itu. Menurut Shahbudin, kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...ikuti tulisannya berikut :


SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB

   Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

 Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

 Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ). 

 Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

 "Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

 Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

 "Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya di sini

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.

Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

 Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

 Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi. (Baca di sini).

 Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."( Baca di sini)

Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

 Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

 Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet. Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik.

 Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

 Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya.

 Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. 

Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut.

Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

 Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

 Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." (SH 20/08/2015) shahbudin

Tiada ulasan: