Isnin, 17 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PENINGLAH ZAHID NI...ORANG NAK TAHU DALANG YANG TERLIBAT, BUKAN DALANG TAK TERLIBAT!!

Posted: 17 Aug 2015 08:06 AM PDT

shahbudindotcom




Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pula.

Dulu ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja.

Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Bahkan, mungkin disebabkan sudah naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri yang tambah luas jajahan kuasanya, maklumat yang diperolehinya mengenai dalang menggulingkan kerajaan ini lebih langkap dan terperinci lagi.

Beliau siap mendedahkan bahawa perancangan tok dalang itu ialah melibatkan akaun bersumpah tujuh halaman dengan kertas kuning yang disediakan oleh peguam yang juga diketahuinya identitinya.

Sehari selepas pendedahan itu pula, Zahid kemudiannya mengatakan tok dalang tersebut sudah sedar mengenai tindakannya dan akan bertemu Perdana Menteri, Najib Razak pada jam 6 petang semalam (Ahad) untuk meminta maaf.

Maklumat yang diberikan Zahid itu menyebabkan para wartawan berkampung di Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mengetahui siapakah dalang tersebut.

Malangnya, setelah menunggu kira-kira lima jam bermula jam 5 petang hingga 10 malam, langsung tiada kelibat sesiapa yang datang menemui Perdana Menteri.

Najib pula dikesan sampai ke rumahnya daripada merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Gerik menjelang jam 8 malam.

Kesian wartawan...

Pewakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saduddin yang  video ucapannya tersebar luas sebelum ini mengatakan Najib telah "kencing" tiga juta ahli UMNO, pasti sekali lagi akan menyebut perkataan itu jika tindakan Zahid ini berlaku sebelum beliau berucap.

Bagaimanapun pada sebelah malamnya pula ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lumut, Zahid mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot mahu menggulingkan kerajaan itu.

Sambil itu, di depan Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut yang memang diketahui penyokong kuat Muhyiddin, Zahid turut mendedahkan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kami (Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh, jadi kami faham perasaan orang jatuh, tambahnya lagi.

Ehem, ehem...pertahankan Muhyiddin pulak?

Tidakkah Muhyiddin sehari dua ini banyak mempersoalkan kepimpinan Najib Razak berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diakui masuk ke akaun peribadinya?

Dari Kemaman, kemudian ke Semporna hinggalah ke Pontian, pentas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO minggu ini meriah dengan peluru-peluru yang dilepaskan oleh Muhyiddin kepada Najib.

Tetapi Zahid yang antara peranan utamanya dilantik sebagai orang nombor dua dalam kerajaan ialah untuk mempertahankan Najib, bukan saja tidak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu, bahkan membersihkan lagi nama Timbalan Presiden UMNO itu tidak terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan.

Selepas beliau mendedahkan adanya dalang yang mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan, jawapan yang ditunggu oleh orangramai tentunya ialah siapakah orang  yang dimaksudkannya itu?

Kalau betul sudah ada cukup maklumat dan yakin ianya bukan maklumat tepi jalan atau khabar yang dibawa oleh burung-burung berterbangan, malah berdegar-degar mengatakan langkah mayatnya dulu jika pertukaran kerajaan melalui pintu belakang mahu dilakukan juga, maka dedahkanlah nama siapa dalang itu?

Buat apa mendedahkan tentang Muhyiddin yang tidak terlibat? Orang ingin tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.

Ngomonglah sopo dalang sing terlibat, sopo sing orak terlibat...ojo meneng waeh...

Peninglah....

Hutang kepada rakyat siapa dalang Lahad Datu masih tertunggak, kini Zahid menambah hutangnya lagi untuk kita sama-sama menilai wibawa dan prestasinya. 

Ahmad Said jadi mangsa 1MDB rupanya

Posted: 17 Aug 2015 07:56 AM PDT

MSO

 TERDEDAH


Ahmadambil masa lama untuk jelas kebenaran.
[kemaskini] Salah sangka pada jangka. Masa Najib Razak pecat Ahmad Said sebagai MB Terengganu tidak lama dahulu semua orang kata Najib pandai dan tindakan betul memecat seorang MB yang nampak tidak berapa cerdik. Sebenarnya dari segi pencapaian kedua mereka lebih kurang sahaja.

Najib hanya bercerita dia pecat Ahmad Said kerana sudah cukup tempoh yang Ahmad akan jadi MB setahun sahaja, selepas dilantik semula. Kononnya mereka ada berjanji sedemikian?

Hari ini apabila timbul cerita 1MDB, baru orang tahu siapa yang lebih cerdik antara Ahmad Said dengan Najib. Siapa yang lebih ada kelas dan integriti di antara mereka berdua.

Pendedahan Ahmad Said dengan melafaz sumpah, Walahi, Wabilahi dan Wathalahi, yang mana cerita syarikat bernama TIA yang kemudian menjadi 1MDB hendak gandai telaga minyak di Terengganu bukan sesuatu yang disensikan, sebaliknya realiti baru yang membukakan minda orang ramai. Rahsia kini memecahkan tembelang siapa yang lebih bersih antara Najib dengan Ahmad.

Kata Ahmad Said kejadian itu benar, dan minyak Terengganu akan tergadai sekiranya Sultan Terengganu tidak masuk campur.

Pemecatan Ahmad Said sebagai MB beberapa hari ketika dia hendak berbewah kahwin anak itu dianggap satu kekejaman, dibuat bukan kerana tempoh janji Ahmad sudah cukup tetapi kerana dendam Najib kepada Ahmad atas integriti Ahmad dan mungkin juga "kegagalan" Ahmad kecek sultan agar setuju minyak Terengganu digadai sebagai modal 1MDB.

Menurut Ahmad, Sultan Terengganu mengarahnya agar tidak menerima cadangan 1MDB itu. Disinilah menyebabkan Najib marah dan berdendam dengan Ahmad sehinggakan bekas MB itu kena pecat.

Syabas kepada Ahmad kerana berani mendedahkan cerita sebenarnya. Rakyat akan bersama anda walaupun anda kini bukan lagi menjadi MB. Tidak ada guna jadi MB atau ada kuasa tetapi menjadi penjilat buntut.

Pendedahan jurucakap BN bukti Najib ‘ganggu’ siasatan 1MDB, kata Azmin

Posted: 17 Aug 2015 07:53 AM PDT




Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ayat-ayat daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan dasarnya bermakna perdana menteri sengaja mengganggu siasatan berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan petugas khas 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, August 17, 2015.Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ayat-ayat daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan dasarnya bermakna perdana menteri sengaja mengganggu siasatan berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan petugas khas 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Datuk Seri Najib Razak "sengaja mengganggu" penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan ayat-ayat daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini.

Beliau berkata Rahman dalam akhbar The Sunday Star semalam menunjukkan Najib terpaksa "bertindak drastik" untuk "menyelamatkan diri".
 
"Daripada pengakuan Rahman, perdana menteri bertindakan tergesa-gesa melepaskan diri untuk mengelakkan dirinya daripada didakwa.

"Kami menerima 'tindakan tergesa-gesa' merujuk kepada pemecatan perdana menteri terhadap timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 4 menteri, menggantikan peguam negara Tan Sri Gani Patail dengan segera, pembubaran pasukan petugas 1MDB dan mungkin memerintahkan ketua polis negara untuk melepaskan beliau bagi 'tindakan tergesa-gesa' beliau sendiri – serbuan, tangkapan dan pemindahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyoal siasat kakitangan Bank Negara. 
 
 "Apa yang dikatakan Rahman berkata pada dasarnya bermakna perdana menteri sengaja mengganggu siasatan berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan petugas khas 1MDB yang terdiri daripada yang pihak tertinggi undang-undang dan agensi negara," kata Azmin dalam kenyataan, sambil menambah 
 
"Pada pendapat saya, gangguan seperti itu boleh dianggap perbuatan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM (Seksyen 186 dan Seksyen 48)".


Kerjasama PKR, DAP, PAS Selangor kekal walaupun Pakatan berpecah, kata speaker

Posted: 17 Aug 2015 07:47 AM PDT



Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis perubahan kerusi daripada mana-mana pihak termasuk PAS, sekali gus menolak spekulasi DUN bakal digantung. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis perubahan kerusi daripada mana-mana pihak termasuk PAS, sekali gus menolak spekulasi DUN bakal digantung. – Gambar fail The Malaysian Insider, 
 
 
 Kedudukan kerusi PAS, PKR, dan DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor masih kekal 15, 13, 15 walaupun hubungan politik Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan berakhir, kata Hannah Yeoh. 
 
 
Speaker DUN Selangor itu berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis perubahan kerusi daripada mana-mana pihak termasuk PAS, sekali gus menolak spekulasi DUN bakal digantung.
 
"Buat masa ini tidak ada isu kerana saya tidak menerima apa-apa surat. Kali terakhir daripada PAS yang memaklumkan parti itu menggantung 2 ahlinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.

"Setakat ini kedudukan kerusi dalam DUN kekal," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini. 
 
Mengenai kemunculan kuasa baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menggantikan PAS, beliau enggan mengulas lanjut kerana menganggap isu itu terlalu awal dan menyerahkan kepada pemimpin tertinggi parti untuk menentukannya.
 
"Sebagai speaker saya tidak boleh komen tetapi terpulang kepada pemimpin tertinggi untuk menentukannya, jadi isu ini bagi saya masih terlalu awal.
 
"Setakat yang saya tahu tiada apa-apa notis perubahan dan perjalanan Dewan berjalan lancar hari ini. Ini contoh kematangan politik yang ditunjukkan Adun," katanya.
 
PAS dilaporkan bakal kehilangan jumlah keahliannya apabila GHB Selangor dilancarkan akhir bulan ini dan ramai ahli PAS akan menyertainya.
 
Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim pada sidang media 14 Ogos lalu berkata, bahagian GHB di kesemua 22 kawasan Parlimen di Selangor akan ditubuhkan.
 
"Anda akan terkejut pada hari pelancaran itu, anda akan lihat sejumlah bahagian dan cawangan PAS akan berakhir," kata Izham yang juga Pesuruhjaya PAS Bahagian Kelana Jaya.
 
Turut hadir pada sidang media itu, Saari dan Hasnul yang digantung keahliannya kerana menyokong DAP dan PKR yang mencadangkan nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tahun lalu.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 16 Jun lalu mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berakhir atas alasan kecewa dengan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat tindakan melanggar prinsip gabungan pembangkang itu.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan 22 Julai lalu mengumumkan satu pakatan baharu pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, dan menggesa rakyat Malaysia menyertainya demi menyelamatkan negara daripada krisis akibat skandal rasuah, kewangan, dan kejatuhan nilai ringgit.


Dr M: Langkah PM buktikan dakwaan berasas

Posted: 17 Aug 2015 07:27 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Dr Mahathir Mohamad terus membangkitkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam minggu-minggu terakhir ini.

Ini termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

"Dengan tindakan ini, Najib dengan berkesan memberhentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion ringgit yagn dilaburkan oleh 1MDB serta kemunculan RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

"Sekarang tiada tindakan undang-udang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan-dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

"Tetapi tindakan ini membuktikan terdapat asas dalam dakwaan-dakwaan yang dibuat padanya," katanya.

Mahathir, bekas perdana menteri keempat, berkata keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, kedaulatan undang-udang kucar-kacir dan orang ramai tidak mampu melakukan apa-apa untuk menegakkannya kembali.
 

MP soal PM: Mana baki RM41 juta?

Posted: 17 Aug 2015 07:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kebolehan matematik Datuk seri Najib Razak dipertikaikan seorang anggota parlimen DAP, susulan kenyataan perdana menteri bahawa RM41 juta diperlukan untuk deposit pilihan raya.

MP Segambut Lim Lip Eng berkata, deposit untuk kerusi parlimen hanya RM15,000 dan kerusi dewan undangan negeri (DUN) lebih murah daripada itu.

"Jadi kalau tambah kesemua 222 kerusi parlimen dan 567 kerusi DUN, dan kemudian darab RM15,000, jumlah keseluruhannya kurang dari RM12 juta.

"Jadi ke mana baki dari RM41 juta? Adakah Najib lesapkannya?" tanya beliau di sebuah sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut peraturan setiap calon pilihan raya perlu membayar tambahan deposit RM10,000 untuk bahan kempen selain jumlah RM5,000 atau RM3,000 untuk kerusi parlimen atau DUN.
Jika sesebuah parti bertanding semua kerusi, jumlah deposit yang perlu dibayar untuk kerusi parlimen adalah RM3.33 juta, dan RM7.37 juta untuk DUN. Jumlah keseluruhannya adalah RM10.7 juta.

Najib memetik angka deposit RM41 juta itu ketika membidas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya perlu RM10 juta untuk setiap pilihan raya.


Tak tahu hal sebenar jangan cakap, tegur TMJ

Posted: 17 Aug 2015 07:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tunku Mahkota Johor menegur seorang pemimpin Umno negeri itu kerana membuat kenyataan bahawa tiada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri.

Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

"Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar," katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigersk Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

"...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," tulisnya.

Mstar kelmarin melaporkan Puad (gambar) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial.

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.


 

Mahathir: Alamat buruk buat Malaysia

Posted: 17 Aug 2015 07:14 AM PDT

MALAYSIAKINI





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu menghadapi keadaan lebih buruk apabila ekonomi negara jatuh teruk jika Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri.

Reaksi ekonomi pada masa ini sudahpun menunjukkan kejatuhan ketara namun ia akan lebih merosot jika Najib terus kekal, kata Dr Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.

"Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dia tidak akan boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.

"Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia kerana Najib sudah mencuri kerajaan," kata Mahathir.

Dr Mahathir berkata ekonomi memberi tindak balas terhadap krisis politik yang berlaku apabila kadar ringgit mencatatnya kejatuhan.

Menurutnya, kadar sebelum ini pada RM3.80 bagi AS$1 tetapi kini mencecah lebih RM4 dan dilihat terus menjunam pada masa akan datang.

"Kesannya ia menjadikan negara miskin. Membayar hutang oleh 1MDB dalam Dolar Amerika akan lebih mahal. Dan 1MDB tidak mampu walaupun untuk perkhidmatan hutangnya," katanya.

Dr Mahathir berkata, pasaran saham semua akan runtuh apabila para pelabur, terutamanya dari luar memindahkan dana mereka ke tempat yang lebih selamat.

Selain itu, beliau berkata Putrajaya kini kekurangan wang dan telah mengurangkan peruntukan bajet bagi banyak kementerian.

"Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup membuatkan kejatuhan nilai ringgit lebih teruk," kata Mahathir, yang pernah menjadi menteri kewangan.



Lagi MP BN sangkal dakwaan mahu guling kerajaan

Posted: 17 Aug 2015 06:53 AM PDT

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad


BATU PAHAT – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad membuat satu laporan polis, di ibu negara, hari ini, setelah menyedari namanya tersenarai dalam 20 ahli parlimen yang terlibat dalam komplot guling kerajaan.

Menegaskan dirinya tidak terlibat langsung dalam agenda itu, Noraini berkata apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah fitnah semata-mata.

Menurutnya, penyebaran maklumat itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang turut mengaitkan namanya bersama 19 ahli parliman Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Saya menafikan tuduhan ini sekeras-kerasnya, tuduhan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha atau komplot ini, saya pasti ia mempunyai niat menjatuhkan kredibiliti nama baik saya selaku ahli parlimen BN.

"Tindakan ini adalah untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli parti, selain ia hanya akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan ahli serta satu persepsi yang tidak baik oleh masyarakat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guling kerajaan: Saya akan buat solat hajat!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tangkap saja siapa terlibat mahu guling kerajaan]


Anak Nik Aziz nafi sertai Harapan Baru

Posted: 17 Aug 2015 05:35 AM PDT

Anak Nik Aziz nafi sertai Harapan Baru
Status yang mengaitkan penyertaan Nik Omar dalam Harapan Baru.


KOTA BHARU - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan menyertai Harapan Baru sebagaimana yang tersebar di blog dan portal berita sejak beberapa hari lalu.

Sebaliknya beliau berkata, kehadirannya pada program anjuran Harapan Baru ini bagi memenuhi undangan untuk menjayakan slot pengkisahan tentang bapanya (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Menurutnya, tidak ada perbincangan mengenai Harapan Baru ketika itu, malah beliau tidak pernah disuarakan untuk bersama- sama menyertai gerakan tersebut sebelum ini.

"Tak bincang dan tak pernah bincang mengenai Harapan Baru. Kehadiran saya lebih kepada memenuhi undangan untuk slot pengkisahan tentang Tok Guru," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Harapan Baharu, Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu Nik Omar dalam masa terdekat.

Mohamad berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.  

[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu hantar wakil temui anak Nik Aziz]

Mengulas mengenai Harapan Baru, Nik Omar berkata, jika di peringkat awal dahulu, beliau lebih suka jika kepimpinan Pas sama ada mursyidul am ataupun Majlis Syura Ulama mengadakan perbincangan mengenainya.

"Namun kini ia sudah menuju ke arah parti Islam, dan mungkin satu hari perlu untuk menerima hakikat akan wujud dua parti berteraskan Islam di Malaysia," katanya.

Nik Omar berkata, bagaimanapun apa yang lebih penting, satu kaedah supaya tidak berlaku pertembungan antara keduanya perlu dicari dan perbezaan pandangan yang wujud diraikan sebaiknya.

Beliau berkata, apa yang diharapkan pemimpin Pas dan Harapan Baru akan dapat duduk semeja untuk menyelesaikan kemelut dihadapi antara keduanya, malah  beliau percaya perkara itu akan dapat dilakukan selagi ada usaha ke arah itu.

Dalam pada itu, Nik Omar mengakui terdapat perbezaan kepimpinan Pas berbanding pada zaman bapanya, namun secara peribadi beliau menghormati pendekatan yang digunakan oleh kedua-duanya

Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun

Posted: 17 Aug 2015 05:33 AM PDT

SINAR HARIAN



Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis
Justo ditahan polis Thailand.


BANGKOK – THAILAND. Warga Switzerland, Andre Xavier Justo hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas dia mengaku cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan memerintahkan hukuman penjara itu bermula pada 22 Jun, iaitu hari bekas eksekutif IT berumur 49 tahun itu ditahan di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand, menurut para pegawai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga sepuluh tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).

Peguamnya, Pranot Kalanuson, memberitahu pemberita beliau akan bertemu Justo 'dalam minggu ini' untuk membincangkan tindakan selanjutnya, termasuk sama ada untuk merayu atau tidak terhadap hukuman itu.

Pranot berkata beliau akan mendapatkan butiran berkaitan hukuman itu daripada pembantunya memandangkan beliau tidak berada di mahkamah hari ini.

Justo tiba di mahkamah pada 9.10 pagi ini dengan kedua-dua kakinya dirantai, dan memasuki ruang mahkamah yang ditutup kepada media. 
 
Dia muncul dari ruang mahkamah sekitar tengah hari. Wartawan, sebahagian besarnya dari Malaysia, bertanyakan soalan bertalu-talu namun dia tidak memberi respons dan berjalan berkaki ayam melepasi mereka dengan diapit oleh empat pegawai penjara.
 
Justo ditahan selepas PetroSaudi memfailkan aduan, dan kemudian dibawa ke Bangkok.
 
Semasa dalam tahanan, dia mengaku cuba memeras ugut dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada PetroSaudi.
 
Dia juga mengaku menyerahkan dokumen yang dicuri kepada 'seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia' yang sebenarnya merupakan Pengerusi The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong, yang tidak melunaskan bayaran seperti dijanjikan.
 
Justo, bagaimanapun, menafikan mengubah dokumen digital itu.

Polis Malaysia juga mahu menemubual Justo memandangkan sebahagian daripada maklumat itu berkaitan urus niaga PetroSaudi dengan 1Malaysia Development Bhd, bagaimanapun rakan sejawatan mereka dari Thailand menolak permintaan itu. - Bernama
 
 

Ekonomi akan terus merosot jika Najib masih kekal

Posted: 17 Aug 2015 05:24 AM PDT

 
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia akan menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk dari sekarang jika Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai perdana menteri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya mendakwa, reaksi ekonomi pada masa ini menunjukkan kejatuhan ketara dan ia dijangka akan lebih merosot jika Najib terus kekal.

"Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi beliau tidak boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.

"Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia," kata beliau dalam  blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, tindakan Najib sebelum ini berkesan dalam menghentikan siasatan berhubung krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Pertama, Najib memecat Peguam Negara dan melantik orangnya untuk jawatan tersebut. Kemudian dia 'seolah-olah' membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan melantik pengerusi dan tiga orang ahli PAC lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain," katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berterusan untuk menyiasat kes itu telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor rahsia.

"Khabar angin bertiup kencang bahawa gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana rasuah. Walaupun beliau (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz) masih lagi seorang gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada akhbar.

"The Edge yang telah mendedahkan skandal 1MDB itu ditutup. Pemilik suratkhabar The Malaysian Reserve tersebut diberitahu untuk menjual (The Edge) kembali kepada pemilik sebelumnya.

"Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada menteri-menteri yang telah lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib," katanya.

Menurutnya, kesemua tindakan tersebut telah menguatkan dakwaan bahawa terdapat kebenaran dalam tuduhan terhadap beliau.

"Pendapat awam kekal kukuh dalam mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri. Akibatnya timbul cakap-cakap tentang perpindahan undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.

"Ini adalah sangat sukar kerana hampir semua ahli Umno seolah-olah terhutang budi kepadanya dan pembangkang tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk meluluskan usul tersebut," katanya lagi.


JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....

Posted: 16 Aug 2015 07:27 PM PDT

shahbudindotcom.




Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali.

Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di Perak ia baru saja berlaku pada 2009 lalu. Takkan Zahid tak tahu, kata mereka,

Sambil itu, rama juga yang mengingatkan Zahid agar tidak lupa bahawa pendedahannya mengenai pemimpin pembangkang yang didakwanya menjadi dalang tragedi Lahad Datu, sehingga sekarang masih tidak dijawabnya lagi.

Kata mereka, janganlah hendaklah pendedahan kali ini juga tiada jawapannya sampai akhirnya.

Begitu juga dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah, sampai sekarang juga gagal ditunjukkannya kebenaran itu kepada umum. 

Memangnya Zahid, terutama sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, suka menunjukkan beliau mempunyai maklumat itu dan maklumat ini, tapi akhirnya tidak lebih  sekadar khabar yang dikutip daripada burung-burung berterbangan saja.

Ada pula berkata, Zahid tidak sepatutnya cuba memesongkan isu kerana beliau perlu lebih menumpukan perhatiannya untuk menjawab pertanyaan rakyat mengenai syarikat adiknya yang terlibat dalam bidaan menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melalui Kementerian Dalam Negeri yang diterajuinya.

Tambahan lagi, jika dilihat daripada pendedahan Zahid itu, beliau seperti mempunyai maklumat yang cukup lengkap mengenai usaha menggulingkan kerajaan itu. Tapi, sebagaimana selalu, beliau suka membiarkan orang berteka-teki, sama seperti orangramai mungkin berteka-teki sampai mati mengenai dalang Lahad Datu dan bukti syiahnya Mat Sabu.

Sehingga ini, dua pemimpin UMNO yang paling mungkin terlibat sebagaimana dakwaan Zahid itu, sudah pun menafikan penglibatan mereka. Muhyiddin Yassin  mengatakan bodohlah jika beliau melakukannya kerana sudah terlibat dalam pembinaan kerajaan ini sejak 40 tahun yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, beliau masih bersama kepimpinan Najib sambil menyindir, kerajaan hanya dapat digulingkan melalui kekuatan tentera dan tidak ada mana-mana individu yang mampu melakukannya dengan kekuatan biasa.

Begitulah bila Zahid sekali lagi cuba bikin gempar dalam negara. Bukannya kenyataannya itu mahu disokong atau dipuji, tetapi lebih ramai yang ragu-ragu dan skeptikal dengannya.

Sebabnya tidak lain ialah kerana Zahid dikenali sebagai pemimpin yang suka baling "bom asap" saja selama ini. Kadang-kadang berita dari burung berterbangan saja sudah dianggap seperti wahyu dari Tuhan. 

Beliau sebenarnya membaling bom bukan untuk membunuh musuh tetapi agar semua tumpuan tertuju kepada kepulan asap itu saja. Apa gerakannya di sebalik asap berkepul-kepul itu hanya beliau saja mengetahuinya.

Sebab itu, jangan marah, kritik atau hentak Zahid dengan kenyataannya kali ini. Sekarang beliau sudah jadi orang nombor dua dalam kerajaan, tetapi kedudukannya masih belum selamat lagi untuk menjejak singgahsana Seri Perdana.

Dalam UMNO, kerusi nombor dua masih lagi dipegang oleh Muhyiddin. Zahid juga tidak boleh percaya sepenuhnya kepada Najib untuk memberi laluan "smart tag" kepadanya kerana masih ada Hishammuddin Hussein, sepupu Perdana Menteri sebagai pesaingnya.

Selain itu, di luar UMNO dan melalui tekanan Tun Mahathir, lebih banyak perancangan yang sukar dijangka untuk mengenepikan Najib daripada kedudukannya.

Maka, tidak mustahil lebih banyak lagi "bom asap"  akan diletupkan Zahid selepas ini.

Tujuan Zahid membaling "bom asap" mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini jika dihalusi disebabkan beberapa faktor. Antaranya, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa kerajaan pimpinan Najib sekarang ini teramat lemah dan boleh ditukar bila-bila masa saja melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan itu, Najib akan meletakkan lebih pergantungan kepadanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk memantau serta mengekang gerakan tersebut.  Zahid secara tidak langsung memberitahu kedudukan kerajaan yang lemah itu adalah disebabkan isu-isu yang membeliti Najib sendiri.

Sementara kasih sayang Najib diharapkan lebih tertumpah kepadanya melalui pendedahan itu, Zahid dalam masa yang sama juga dapat mengukuhkan lagi kedudukannya melalui kelam kabutnya orangramai disebabkan "asap" itu.

Zahid bukan saja anak didik Anwar Ibrahim, tetapi cara gaya berpolitiknya juga tidak banyak berbeza dengan bekas Ketua Pembangkang itu. Bagaimana beliau mengumpul dan menjaga kekuatan sokongannya dalam UMNO adalah sama seperti Anwar dahulu. Jika Anwar suka pegang janggut orang bila bertemu kenalan lamanya, selain pegang janggut, Zahid pula kerap "cucuk perut" untuk menunjukkan keakrabannya.

Selain itu, tindakan Zahid mendedahkan wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini juga bertujuan menyindir Najib dan mengingatkannya tentang  "karma" yang pasti menimpa berikutan Najiblah yang mengetuai gerakan menggulingkan kerajaan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin pada 2009 dahulu.

Dengan kata lain, kalau ikut lenggok cakap orang Bagan Datoh, maksudnya ialah "dulu kau gulingkan orang, kali ini tunggulah kau kena guling pulak."

Zahid hakikatnya tahu menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen adalah "halal" dan dibenarkan oleh perlembagaan. Tetapi di Perak dahulu, usul tidak percaya itu tidak dibawa pun ke sidang DUN, hanya dipersembahkan kepada Istana Perak saja.

Sambil mengingatkan  itu, Zahid juga sebenarnya ingin menakut-nakutkan Najib akan ketentuan Tuhan yang  selalu "bayar cash" semua dosa dan kecurangan di dunia ini lagi. 

Lebih-lebih lagi Zahid juga tahu Najib turut menghadiri Malam Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka pada malam tadi.

Untung-untung Najib jadi takut dan terganggu fikirannya, tambahan lagi beban 1MDB dan isu RM2,600 juta jauh lebih berat lagi bahananya di sisi Tuhan, lalu mungkin sedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Jika ini tidak berjaya menggugat Najib, tunggulah "bom asap" seterusnya lagi daripada Zahid.

Benarkan hubungan Istana Johor- Najib baik? – Zam

Posted: 16 Aug 2015 07:11 PM PDT

 
Zainuddin Maidin berkata rakyat hanya akan percaya hubungan Istana Johor dan Najib baik jika kenyataan datang daripada jurucakap rasmi Istana Johor bukan Puad Zarkashi.


zam_zahid_najib_600



PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat untuk membezakan antara menggulingkan kerajaan dan menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Zahid tidak seharusnya membesarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang lebih besar kerana sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tahu mengenai perkara yang sebenarnya.

Menurutnya, Zahid harus sedar ketidakstabilan, kekecohan dan kemurungan yang dialami rakyat negara ini kerana Najib mempertahankan takhtanya dan sengaja tidak mahu menghayati perasaan rakyat terhadapnya dan isterinya sebaliknya lebih menyalahkan 'kejahatan' media sosial.

"Hakikat ini tidak benar sama sekali kerana tentangan tidak sahaja datang daripada orang luar,dari orang atas pagar dan juga dari penyokong-penyokong setia UMNO tetapi juga oleh kepemimpinan UMNO secara tersirat dan tersurat.

"Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sendiri telah mengkritik usaha untuk membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara yang tidak demokratik," katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Zainuddin atau Zam berkata, kritikan Muhyiddin tidak boleh dipandang kecil kerana beliau telah dipilih ke jawatannya secara demokratik oleh ahli-ahli UMNO.

Menurutnya, orang Melayu khususnya orang UMNO sendiri juga telah sampai ke peringkat sanggup meminta 'dikencingkan' Najib bukan kerana mereka tidak sayang kepada UMNO tetapi mereka mahu Najib diceraikan dari UMNO.

Tambahnya, pentadbiran negara oleh Najib yang 'flip flop' dari peringkat parti hingga kepada negara sehinggakan tidak dihormati oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan sendiri.

"Malah kita boleh bertanya kenapakah Naib Presiden UMNO Datuk (Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri menyatakan ketakutan terhadap masa depan UMNO. Apakah jika kepimpinan menyakinkan beliau akan bimbang dan takut.

"Bagaimanakah poster-poster anti Najib boleh dinaikan dan terbiar beberapa hari di Johor sedangkan Menteri Besar sendiri adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Adakah MB tidak tahu atau MB sendiri tidak berani memerintah diturunkannya? Kenapa MB tidak kutuk perbuatan biadab ini di negerinya sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Zainuddin turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan hubungan antara Istana Johor dengan Perdana Menteri adalah baik.

"Rakyat hanya akan percaya jika datang dari jurucakap rasmi Istana Johor sendiri . Bilakah Puad di lantik menjadi jurucakap Istana Johor atau hidung tak mancung pipi tersorong-tersorong?," soalnya.

Mesyuarat UMNO kecoh, perwakilan dakwa dipukul, ditendang

Posted: 16 Aug 2015 07:08 PM PDT

 
Dua perwakilan mendakwa dipukul selepas mempertikai nama cawangan mereka serta 17 cawangan lain tidak disenarai.


umno-bagan



PETALING JAYA: Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan di Pulau Pinang pada Ahad kecoh seketika apabila dua perwakilan mendakwa ditumbuk dan ditendang.

Dalam kejadian di Hotel The Light di Butterworth kira-kira jam 1.30 petang itu, kedua-duanya dibelasah kerana mempertikai senarai perwakilan mesyuarat berkenaan selepas nama cawangan mereka serta 17 lagi tidak tersenarai.

Memetik laporan Harian Metro, mereka mendakwa dicederakan sekumpulan lelaki yang bukan ahli UMNO serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu.

Akhbar itu melaporkan pergelutan berkenaan berlaku hampir 10 minit sebelum berjaya dileraikan anggota polis bertugas.

Susulan kejadian itu, kedua individu yang mendakwa dipukul membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika mengesahkan menerima laporan dibuat dan sedang menyiasat kejadian itu.

Sudah ada 8.3 juta pekerja migran di Malaysia, mengapa mahu 1.5 juta lagi?

Posted: 16 Aug 2015 07:06 PM PDT

charles santiago parlimen

Roketkini.com


KLANG: Jika sudah ada 8.3 juta pekerja migran di Malaysia, manakala pekerja tempatan pula berjumlah 12 juta, mengapa perlu membawa masuk 1.5 juta pekerja lagi dari Bangladesh?

Persoalan itu ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang mahu Kementerian Dalam Negeri melaksanakan Kajian Penilaian Keperluan Pasaran Buruh sebelum membuat apa-apa keputusan.

Katanya, kajian itu perlu mengambil kira keperluan kemahiran, kelayakan dan unjuran pekerjaan mengikut industri dan sektor untuk beberapa tahun akan datang.

"Sehingga semua ini dilakukan, segala rundingan di antara kerajaan Malaysia dan Dhaka mesti dihentikan," katanya, mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Charles turut mempertikaikan kenyataan Zahid kononnya kemasukan pekerja migran tidak akan melebihi jumlah rakyat Malaysia kerana perangkaan menunjukkan kehadiran mereka sudah terlalu ramai.

Katanya, Malaysia mempunyai 12 juta tenaga kerja tempatan berbanding 8.3 juta pekerja migran, iaitu 2.3 juta pekerja sah dan di antara 4 dan 6 juta lagi yang berada di dalam negara secara tidak sah.

"Kemungkinan besar angka sebenar pekerja tanpa dokumen adalah 6 juta. Jika kita menghitungnya, sudah ada 8.3 juta pekerja migran di dalam negara. Jika masuk lagi 3.7 juta pekerja luar, jumlahnya akan sama dengan jumlah pekerja Malaysia.

"Jadi, jaminan Zahid bahawa dia tidak akan membenarkan pekerja migran melebihi jumlah rakyat Malaysia tidak meyakinkan sama sekali, jika pekerja migran terus dibawa masuk ke negara kita," ujar beliau.

Malah, Charles menambah, tatkala Zahid cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak ada salahnya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, pegawai-pegawai kanan kementeriannya sudah pun membuat rundingan dengan rakan sekerja mereka dari Bangladesh.

Menurutnya, pekerja migran telah pun menguasai pasaran buruh tempatan, menafikan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, dan kerana majikan membayar mereka gaji rendah, ia turut menurunkan nilai gaji pekerja tempatan.

Sehubungan itu, Charles menyokong kenyataan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Mansor, yang telah mendesak kerajaan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dalam sektor-sektor utama ekonomi.

Katanya, kenyataan Shaziman adalah kali pertama seorang pemimpin UMNO membangkitkan isu pekerja migran secara terbuka dengan Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing.

Shaziman mengemukakan cadangan itu kepada Zahid yang hadir ke Tampin, Negeri Sembilan untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian tersebut semalam. – Roketkini.com


RM2.6b: Saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab

Posted: 16 Aug 2015 07:02 PM PDT

Mukhriz Mahathir
Mukhriz ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
 
 
GOPENG - Kemelut berhubung dana RM2.6 bilion perlu diselesaikan segera bagi menepis tanggapan dan persepsi negatif rakyat terhadap Umno pada ketika ini.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu jelas kerana isu berkaitan dana berkenaan telah menjadi topik hangat selain dibincangkan secara terbuka oleh segenap lapisan masyarakat.
 
"Saya sangat tidak selesa dan rasa tak sedap hati dengan isu RM2.6 bilion ini.
 
"Benda ini sudah terbuka, saya tak cakap pun orang sudah tahu dan apabila disoal, saya sendiri tak tahu macam mana hendak menjawab," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kampar, di sini, hari ini.
 
Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Mohammed Radzi Manan, Ketua Wanita Umno Bahagian Kampar, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tambun, Aminuddin Md Hanafiah.
 
Menurutnya, keadaan menjadi bertambah buruk apabila pihak berwajib dilihat berdolak-dalik dalam memberikan jawapan sebenar berhubung status dana berkenaan.
 
"Bila awalnya kita (Umno) menidakkan, kemudiannya apabila nak keluarkan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita mengiyakan pula," katanya.
 
Beliau berkata, perjuangan Umno yang bertunjangkan agama,bangsa dan negara juga bakal berdepan kesukaran jika kemelut itu cuba digelapkan.
 
"Boleh ke kita nak yakinkan rakyat bahawa Umno merupakan parti yang menegakkan Islam, memartabatkan Melayu dan memajukan tanah air tetapi pada ketika masa yang sama kewibawaan kita sendiri dipertikaikan," katanya.
 
Selain itu, katanya, pimpinan parti seharusnya mendekatkan diri dan menyantuni ahli di peringkat akar umbi bagi menjamin kelangsungan Umno selaku kerajaan yang memerintah.
 
"Kalau nak menang pilihan raya, jagalah rakyat di peringkat akar umbi dan itulah cara atau strategi Umno memimpin negara hingga ke hari ini," katanya.
 
 

Guling kerajaan: 26 MP BN dikatakan terlibat

Posted: 16 Aug 2015 06:56 PM PDT

SINAR HARIAN


Barisan Nasional


SHAH ALAM – Seramai 26 Ahli Parlimen BN dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi pemimpin Umno.

Portal The Rakyat Post melaporkan pemimpin Umno berkenaan memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah bagi mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

"Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar Umno apa yang dia buat itu sangat kurang ajar

"Individu  itu dikatakan telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Naib Presiden Umno itu mendedahkan konspirasi tersebut semalam," kata sumber berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada usaha guling kerajaan guna 'pintu belakang']

Semalam Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.

"Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

"Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dedahkan siapa dalang gulingkan kerajaan]

Sementara itu di BUKIT KATIL, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan identiti pemimpin Umno yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan.

Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan setiap pemimpin dan ahli parti dapat mengetahui pergerakan individu berkenaan yang berhasrat menggulingkan kerajaan.

"Saya rasa elok sebenarnya kita diberitahu siapakah individu terlibat dan saya menghargai ketelusan Timbalan Perdana Menteri yang berkongsi dengan rakyat bahawa ada percubaan tersebut.

"Kita perlu tahu siapa individu tersebut sebab kita dah lama nak tahu siapakah bergerak dalam parti cuba gulingkan kerajaan dan apakah cara dikatakan nak guling kerajaan guna cara tidak sah.

"Kita pun tak tahu cara yang tak sah supaya kita dapat membantu membetulkan keadaan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali, di sini hari ini.


Guling kerajaan: Dedah siapa dalangnya, Zahid

Posted: 16 Aug 2015 06:50 PM PDT

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mendedahkan nama individu yang cuba menggulingkan kerajaan kepada umum.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata, pengundi BN pastinya mahu mengetahui siapa individu yang cuba untuk mengkhianati demokrasi di negara ini.

"Kerajaan yang ada sekarang ini dipilih oleh rakyat tetapi usaha gulingkan kerajaan menggunakan pintu belakang adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

"Mereka yang terlibat dengan komplot ini perlu dikenakan tindakan undang-undang dan pendekatan politik," katanya.

Menurutnya, gerakan menggulingkan kerajaan juga mencemarkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua yang mentadbir negara.

"Saya minta nama pemimpin pembangkang yang berkomplot menggulingkan kerajaan didedahkan.

"Dari situ kita tahu perkara ini benar-benar berlaku di negara kita dan bukan direka semata-mata," katanya.

Beliau menjelaskan, pendedahan yang dilakukan oleh Ahmad Zahid adalah perkara baharu dan tidak diketahuinya sebelum ini.

"Ia perkara baharu. Walaupun saya ahli majlis tertinggi Umno, tidak semua perkara saya tahu, terutama gerakan yang guna pintu belakang untuk jatuhkan kerajaan," katanya.

Kelmarin, Ahmad Zahid mendedahkan komplot menggulingkan kerajaan menggunakan cara mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli palimen BN sebagai menyokong gerakan mereka.

Beliau mendakwa, usaha itu didalangi seorang tokoh Umno dan pembangkang.


Dana RM2.6b hargai M'sia sekat fahaman IS

Posted: 16 Aug 2015 06:44 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Seorang pemimpin bahagian Umno mendakwa wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah "sumbangan politik dari Arab Saudi".

"Ia sebagai sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Ketua Umno Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat seperti dilapor oleh Sinar Harian Online Hari ini.

Laporan itu juga menyebut, wang tersebut juga sebagai menghargai usaha Malaysia menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Dalam laporan itu, Wan Adnan berkata perkara tersebut telah dijelaskan oleh Najib kepada 146 ketua Umno bahagian dalam satu pertemuan Rabu lalu.

"Bukan sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Serentak mesyuarat agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu semalam.

Akhbar itu juga melaporkan Najib menjelaskan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya kerana ia sumbangan kepada Najib bukan kepada parti.

Laporan itu berkata semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan berharap isu tersebut tidak dipanjangkan bagi mengelak kekeliruan ahli. 
 
 
 

Musa berang aksi Sabah hambar

Posted: 16 Aug 2015 06:39 PM PDT

MALAYSIAKINI


'Pasukan sayur', demikian kata Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Musa Aman yang berang dengan aksi permainan hambar yang ditunjukkan skuad Sabah Rhinos dalam Liga Perdana Malaysia, musim ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pemain bola sepak Sabah yang disifatkannya sebagai tidak berdaya saing, tidak komited dan kurang ketahanan serta tidak berdisiplin.

"Saya tidak mahu hipokrit. SAFA berbelanja berjuta-juta ringgit untuk pasukan bola sepak negeri ini, tetapi yang mengecewakan mutu permainan bukan meningkat tetapi semakin menurun.

"Kenapa pasukan kita tidak boleh menjadi seperti negeri lain kalau mereka boleh menang, kita seharusnya boleh menang jugak," katanya ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Musa Aman 2015, di Klagan Regency Hotel dekat Kota Kinabalu malam tadi.

Musa berkata, setiap pemain perlu aktif dan menunjukkan komitmen tinggi serta bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan skuad Sabah Rhinos mencapai kemenangan berterusan dan muncul sebagai juara liga.

"Jangan bergantung kepada pemain luar semata-mata, bermain bola perlu kerja perpasukan, kalau separuh sahaja yang bermain dengan bersungguh-sungguh pun
tidak menjadi, semua kena aktif baru betul," katanya.

Setelah mengharungi 20 perlawanan, Sabah kini berada pada kedudukan tangga ketujuh dengan pungutan 27 mata. Terbaharu, pada aksi perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Sabah gagal memungut mata penuh apabila kalah 4-0.

Sabah bakal bertandang ke Stadium Darul Aman bagi menentang Kedah esok (18 Ogos), sekaligus merupakan perlawanan terakhir Sabah untuk Liga Perdana Malaysia musim ini.

Sementara itu, Musa dalam ucapan beliau berkata tujuan kejohanan bola sepak Piala Datuk Musa Aman itu diadakan adalah untuk mencungkil lebih banyak pemain muda yang berbakat di negeri ini untuk didedahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Musa berharap anak-anak muda yang terpilih dapat memanfaatkan peluang sedia ada dan berusaha menjadi pemain yang berdisiplin, berdaya saing dan komited terhadap pasukannya.

Pasukan bola sepak Sandakan muncul juara pada Kejohanan Piala Datuk Musa Aman itu dengan membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan berserta pingat.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh pasukan Tenom dan Tawau yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,500 dan RM4,500 berserta piala dan pingat.-Bernama


 

'Muhyiddin tak terlibat komplot 'guling' k'jaan'

Posted: 16 Aug 2015 06:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot yang didakwa untuk menggulingkan kerajaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno itu berkata beliau mendedahkan perkara tersebut memandangkan beliau dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan timbalan presiden Umno itu, lapor Bernama.

"Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Tan Sri Muhyiddin (gambar).

"Kami (Ahmad Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik), jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di Seri Manjung malam tadi.

Turut hadir, Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perak merangkap ketua Umno bahagian Lumut serta setiausaha badan perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohammad.

Ahmad Zahid turut mendakwa wujud komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.

"Mereka akan gunakan 'point of order' (peraturan Parlimen) untuk cabar speaker dengan menyatakan mereka mempunyai majoriti iaitu 125," katanya.

Ahmad Zahid juga meminta agar seseorang pemimpin tidak dihukum oleh mahkamah rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu dan karenah tanpa membawa bukti secara perundangan.

"Ini kononnya bukan komplot untuk menjatuhkan kerajaan tetapi hanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib serta bertujuan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan," katanya.



Zahid (gambar) juga berkata perkara itu tidak harus dibiarkan berlaku kerana rakyat perlu menganggap perdana menteri adalah satu institusi yang harus dipertahankan.

"Kita tidak mahu Malaysia diperintah oleh perdana menteri boneka yang dilantik atas kompromi politik perkahwinan mutaah.

"Saya sanggup menitiskan darah saya untuk mempertahankan negara kerana saya tidak mahu negara diperintah parti lain yang masuk dengan kaedah ikut pintu
belakang.

"Sebab itu saya komited untuk membantu perdana menteri bagi menentukan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang sah," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata landskap politik di negara ini sudah berubah kerana 'kumpulan suara minoriti' lebih didengar berbanding 'kumpulan majoriti senyap'.

Beliau berkata ini berlaku berikutan kesiap siagaan parti telah berkurangan.

"Bangunlah, bangkitlah seluruh anggota Umno... masa untuk tidur nyenyak sudah tamat, bangkitlah supaya kita boleh mempertahankan Umno dan Barisan Nasional terus menjadi tunggak kepada kepimpinan negara," katanya.- Bernama
 

Pemuda Umno siasat usul minta PM letak jawatan

Posted: 16 Aug 2015 06:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan menyiasat dan meminta penjelasan dari Ketua Pemuda Umno Tampin berhubung usul ketua Pemuda cawangan Kampung Ulu Ladang dalam mesyuarat perwakilan semala yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

"Saya dimaklumkan ia adalah usul tergempar sebuah cawangan di Tampin dan bukannya pendirian Pemuda Umno Tampin...

"Biasalah dalam mesyuarat perwakilan kita (pemimpin) terpaksa berdepan dengan pelbagai usul termasuk berbentuk kritikan dan pedih tetapi tidak bermakna ia pendirian Pemuda Umno Tampin," katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Khairy mahukan identiti pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan didedahkan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Bukit Katil di Melaka semalam, beliau pendedahan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang rancangan itu adalah serius dantindakan segera perlu diambil agar cubaan berkenaan dapat dihalang.

"Kita perlu tahu siapa individu tersebut lebih-lebih lagi ia melibatkan individu dalam Umno yang dikatakan hendak menggulingkan kerajaan dengan cara yang tidak sah.

"Cubaan itu dikaitkan dengan anggota parlimen dan selaku anggota parlimen saya juga ingin tahu siapakah individu tersebut supaya langkah berjaga-jagadapat diambil agar saya tidak dikaitkan dengannya," katanya yang juga menteri belia dan sukan.

Turut hadir ketua Umno bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ahmad Zahid membuat pendedahan itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Ampang di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sementara itu, Khairy berkata penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka pelan pembiayaan politik merupakan jalan penyelesaian perkara tersebut dalam kalangan parti politik di negara ini.

"Saya memahami soal pembiayaan politik ini adalah hak ketua namun jawatankuasa tersebut dilihat mampu membawa satu sistem yang lebih telus dan menjadi garis panduan dalam isu ini untuk semua parti politik bukan sahaja Umno," katanya.

Sementara itu, beliau mengulangi bahawa kerajaan perlu menerangkan isu derma RM2.6 bilion yang diterima Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan agar penjelasannya diterima rakyat dan anggota Umno di peringkat akar umbi.- Bernama


 

Tiada ulasan: