Isnin, 17 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Saya tidak akan makan daging babi untuk mendapatkan undi dari Cina

Posted: 17 Aug 2015 09:00 AM PDT

Apalah perlunya  Zahid Hamidi, TPM yang baru ni mendabik dada mengisytiharkan diri "beliau tidak akan makan daging babi untuk meraih undi daripada pengundi Cina."

 Atau mungkinkah  beliau sekadar mahu menyindir pemimpin lain yang sanggup melakukan perkara jijik seumpama itu?

Siapakah pemimpin yang beliau sindir itu?

Kata-kata Zahid itu mempunyai maksud yang sungguh mendalam. Makan daging babi adalah perkara yang ditegah dan diharamkan dalam agama Islam. Memakannya, bermakna kita telah menderhaka kepada perintah larangan Allah.

Tapi persoalannya ialah, sesorang Islam yang mengaku baik seperti Zahid itu tidak makan babi kerana larangan Allah atau kerana jijik dengan babi yang ramai kita menganggapnya sebagai binatang paling pengotor!

Kalau benar sebab larangan Allah, apakah makan hasil dari rasuah, maka  Allah tidak larang? Rasuah tidak jijik kan Zahid?

Kalau pun Zahid seorang manusia yg suci, tidak pernah makan atau ambil rasuah, pastinya dia juga tidak akan berkawan dan mempertahankan orang yang suka makan rasuah.
Mereka ni semua tak makan babi walaupun dimasak kicap....
Dana RM2.6 billion yang dikatakan derma itu adalah dianggap sebagai pemberian rasuah kalau nak ikut garis panduan pentafsiran rasuah SPRM.

 Hahaha! Memang tipikal orang Melayu Islam, memandang jijik pada babi, atau ayam yg tidak disembelih....tapi tidak pada gejala rasuah!

 Maka sebab itu, mana-mana orang Melayu pun akan marah dan terasa tersinggung yang teramat sangat dan berasa terhina kalau ada Cina yang datang menghadiahkan kepadanya daging babi atau ayam mati tanpa disembelih.....

Tapi kalau bawa hadiah berupa ang-pow berjuta-juta malah berbillion rm .....Apa macam Zahid ?? 

TAMPIN, 16 Ogos - Walaupun mengekalkan hubungan yang sihat antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah penting, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada perwakilan Umno hari ini bahawa terdapat beberapa garis-garis yang beliau tidak akan seberangi seperti makan daging babi untuk meraih undi daripada pengundi Cina. Baca lagi di sini

GHB Tetap di hatiku ....

Posted: 17 Aug 2015 05:46 AM PDT

Anak kepada bekas mursyidul Am PAS Nik Omar Nik Aziz tidak akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) demi menghormati keluarganya, namun pemikiran beliau bersama NGO itu, kata Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.



"Nik Omar tidak masuk GHB, fikrah (pemikiran) memang bersama (kita) tetapi beliau tak akan masuk kerana dalam kedudukan keluarganya (dan) kedudukan bondanya.

"Saya tahu Nik Omar tak boleh masuk sekarang, kerana masalah dalaman keluarga beliau. Beliau menghormati bondanya.

"Beliau tak mahu bondanya terhimpit dengan suasana yang ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Wan Abdul Rahim mengulas kenyataan Pengerusi GHB Mohamad Sabu bahawa pihaknya akan menghantar wakil bagi bertemu Nik Omar dalam masa terdekat ekoran kononnya anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat itu berminat menyertai kumpulan itu.

 Mengulas lanjut, Wan Abdul Rahim berkata desas desus Nik Omar akan menyertai GHB tercetus pada Khamis lalu sewaktu beliau menghadiri majlis anjuran NGO itu di Hotel Habib dekat Kota Bharu.

Menurut Wan Abdul Rahim, dalam majlis itu, Nik Omar memberikan takzirah bahawa ayahnya pernah berpesan kepadanya bahawa Allahyarham mendokong Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - lebih dari anak-anaknya sendiri demi menumbangkan Umno.

"Beliau menceritakan pengalaman dengan ayahandanya. Nik Omar cerita pengamalan beliau semasa ikut ayahnya bagi kuliah dan ceramah politik sampai tahun 2008.

"(Nik Omar kata) Tok Guru sebut yang dia (Tok Guru) tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri.

"Ambo tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, kali yang kedua Nik Aziz sebut mengenai tatang Pakatan Rakyat tu (kemudian) dia lihat kepada anak dia (Nik Omar) mengharapkan sesuatu dari Nik Omar... kerana Pakatan Rakyat nak jatuhkan Umno BN.

"Jadi Nik Omar mengangguk kepalanya tanda beri persetujuan kepada ayahnya," kata Wan Abdul Rahim.

Ditanya pihak yang menyebar berita kononnya Nik Omar menyertai GHB, Wan Abdul Rahim berkata: "Ia disebar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab."

Sementara itu, Wan Rahim berkata semasa Nik Omar belajar di luar negara beliau berkawan ahli PAS termasuk dengan mereka yang berbeza pendapat yang mendorong beliau memahami situasi politik yang berlaku kini.

"Masa belajar di luar negeri, beliau ada hubungan dengan rakan yang agak luas, bukan hanya dengan ahli PAS (sahaja).

"Beliau ada hubungan dengan IKRAM, ada hubunga dengan fikrah-fikrah lain selain dari PAS. Saya faham kekecewaan beliau," katanya di sini

Berita untuk menambah kegembiraan Hj Hadi dan wala'unnya

Posted: 17 Aug 2015 01:55 AM PDT

 Tolong ambil perhatian kepada wala'un PAS yang siang malam membebel dalam fesbuk suruh mereka yg join GHB keluar dari PAS. 

Haji Hadi sendiri pun kata dia gembira dan bahagia bila aktivis parti yang kebanyakannya terdiri dari kalangan professional digugurkan dan tersingkir keluar parti dan menganggapnya sebagai proses pembersihan....

PAS berahi sangat nak singkirkan keahlian mereka, tapi cuma cakap-cakap saja tanpa berani bertindak. Pada 8 Ogos lalu keluar kenyataan nak pecat...



Tapi setelah bermesyuarat pada 13 Ogos Nik Amar dan Setiuasaha PAS yg baru, Takiyudin baru nak kumpul maklumat ....baru ambil tindakan ....



 Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

 Jadi , PAS tidak perlu bersusah payah kumpul maklumat ke benda. Tak perlulah nak buang masa buat mesyuarat mengenainya sebab GHB akan melancarkan Parti Amanah Rakyat atau "Amanah", nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber parti yang berteraskan Islam itu. Maka dengan itu, keahlian PAS mereka akan terbatal dengan sendiri. Gembiralah anda wala'un semua, bersama Hj Hadi!...Baca di sini

Nak tahu kenapa Peguam Negara di pecat...

Posted: 16 Aug 2015 06:00 PM PDT

Hari tu Najib bagi tahu rakyat, mantan Peguam Negara, Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan .... kawan tu tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara...Kena pecat mengejut gitu sahaja.

 Tak ada majlis meraikan sebagaimana lazimnya 'Jasa Mu Dikenang....Gani Patail dimalukan dengan pemakluman khidmatnya ditamatkan ketika beliau datang ke pejabatnya untuk bertugas seperti biasa.... 

Setiausaha Negara Ali Hamsah siap menunggu diluar pintu pejabat dan melarangnya dari masuk. Ungkapan popular oleh Donald Trump dan Tony Fernandes dalam siri teevee 'The Apprentice Worldwide' suatu ketika dulu seolah-olah dilakonkan semula secara live oleh Ali Hamsah :

 "You are fired!" katanya kepada Gani Patail yang terpinga-pinga sebab dia sendiri pun tidak tahu kenapa!

Tapi hari ini, mantan Peguam Negara, Gani Patail harus tahu kenapa beliau kena pecat.

 Boss operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pegawai-pegawainya juga harus tahu kenapa mereka disoalsiasat, pejabat dan rumah mereka kena geledah malah ada yg kena tukar seketika....

 Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengatakan pemecatan Gani Patail adalah kerana  Gani terlibat dengan pasukan petugas yang menyiasat wang RM2.6 billion yang dimasukan ke akaun peribadi Najib.

Rahman kata, "tidah sah!" Woit! Hanya kerana tidak sah maka Gani kena pecat dengan cara yang memalukan, begitu ker?

Hanya kerana "tidak sah" 7 pegawai tinggi SPRM kena soal siasat, kena geledah dan kena tukar ?? Woit! Apa pelik sangat cerita ni??

Kalau ikut pendedahan Sarawak Report , Shahril Samad boleh RM1juta, Ahmad Maslan boleh ke dia RM2juta..... mamat ni dah dapat berapa juta agaknya?? Kuat sangat gosoknya sampai melecet ...!!! Cer baca berita berikut :

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".

 "Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

 "Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.

 "Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online.

 Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.

 Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

 Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.

Tiada ulasan: