Sabtu, 15 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bila terlalu bencikan kaum Cina ...

Posted: 15 Aug 2015 03:03 PM PDT

MP Seputeh Teresa Kok telah membuat laporan polis mengenai "tweet palsu Teresa Kok" yang mengapikan perasaan perkauman di Twitter.

 Dia pada mulanya menyangka bahawa seseorang telah menggunakan akaun Twitter beliau untuk tweet mesej tersebut, tetapi menyedari kemudiannya bahawa tweet tersebut adalah dari akaun lain yang didaftarkan untuk meniru supaya tweet tersebut kelihatan berasal dari beliau.

 "Ia merupakan satu imej tweet palsu, dibuat untuk kelihatan seperti saya yang menulis tweet itu. Saya akan membuat laporan hari ini, "katanya di Twitter hari ini.   Tweet tersebut kononnya beliau telah berkata bahawa perogol, perompak dan penculik di Malaysia adalah Melayu.

 DAP juga telah menghantar mesej melalui Twitter mengatakan tweet tersebut adalah palsu ~ 15 Ogos 2015. -  sumber

Di Manakah Maruah Rakyat Terengganu?

Posted: 14 Aug 2015 09:30 PM PDT

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.

Dan pernah tak korang baca kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 9 Ogos lalu? Elok korang baca berita yg berikut :
  BESUT, 9 Ogos (Bernama) -- Terengganu tidak lagi boleh bergantung kepada sumber ekonomi hasil minyak melalui pembayaran wang ehsan sebaliknya perlu mencari alternatif ekonomi lain dan baharu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini 
 Waktu aku baca kenyataan Mat Razip tu dulu, aku cuma perasan pelik sahaja, dan timbul pertanyaan dalam benak, kenapa pula buat kenyataan seperti itu....

Tapi bila terbaca di fesbuk Syed Azman, tetiba aku teringat semula kenyataan pelik Mat Razifp tu, korang baca atas tu!

 Rupa-rupanya Mat Razip tu ikut sahaja kehendak Najib. Tak berani nak lawan macam Mat Said walaupun dulu popular dengan gelaran 'natang'... 

 Kita nak pangge gapo kat MB Tengganu Mat Razip ni pula? Cer baca yg berikut: 


Medan Minyak Blok PM307 Bertam Tergadai?

 Persoalan medan minyak di Blok PM307 Bertam perlu menjadi perhatian kepada seluruh rakyat Terengganu yang cintakan negeri Darul Iman ini.

 Ia kini 'diserahkan' oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak kepada kerajaan negeri Pahang. 

 Persoalan medan minyak Bertam yang amat penting ini telah berkali-kali saya utarakan kepada kerajaan negeri Terengganu.

 Malah saya juga pernah mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mendapatkan penjelasan daripada YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat berhubung status kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam yang secara sah berada di kawasan perairan negeri Terengganu.

 Desakan ini dibuat kerana isu itu amat membimbangkan dan penegasan perlu dibuat. Malah rakyat berhak mengetahui mengenai kedudukan sebenar status telaga minyak terbabit ini.

 Namun, persoalannya, apa sikap kerajaan negeri Terengganu terhadap isu medan minyak Bertam ini?

 Sehingga kini, kerajaan negeri terus mengambil sikap berdiam diri tanpa apa-apa penyelesaian.

 Apakah Kerajaan Terengganu hanya mahu mendiamkan diri walhal Perdana Menteri telah secara terbuka menyerahkan dengan mudah medan minyak yang kini boleh memberikan pulangan RM100 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri Pahang?

 Ia seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri Terengganu terlalu lemah dan mudah di buli oleh kerajasn Pusat.

 Ia tiada hak untuk bersuara sedangkan adun-adun dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah kini sedang menuntut 20 peratus royalti minyak walaupun negeri mereka juga dibawah kerajaan yang sama (BN).

 Saya ingin tegaskan bahawa perlu ada satu usaha untuk mengembalikan status telaga minyak ini kepada kedudukannya yang sebenarnya iaitu dengan mengembalikannya semula kepada tuan-punya yang berhak iaitu rakyat dan negeri Terengganu.

 Malah saya pernah membawa usul mengenai royalti minyak lebih dua tahun lalu di Dewan Undangan Negeri iaitu usul di bawah fasal 30 pada 11 Disember 2012.

 Antara lain usul ini adalah

 "Isu royalti minyak Bertam kepada kerajaan negeri adalah persoalan kedaulatan dan maruah Terengganu yang berdaulat. 

Setiap rakyat Terengganu walaupun apa jua pegangan politik, Umno, Pas ataupun tidak berparti, wajib mempertahankan hak dan maruah Terengganu Darul Iman.

 Begitu juga dari segi hak, rakyat Terengganu, semuanya sayangkan negeri ini...maka kita perlu bersatu mempertahankan hak negeri ini daripada diambil dengan begitu mudah oleh pihak lain,". 

 Seruan saya; Ayuh rakyat Terengganu. Di manakah maruah dan kedaulatan kita semua?

 Apakah kita masih mahu berdiam diri sesuai dengan jolokan "rakyat Terengganu ni semua baik-baik belaka". "Asal buleh cari pitih serial-samah dang buleh cari makang cukuplah".

 Hak kita dengan begitu mudah di ambil oleh negeri lain sedangkan kita terus berpeluk tubuh pasrah? Mari kita ketepikan sentimen politik yang sempit. 

 Mari kita sama-sama berjuang untuk kita mengembalikan Maruah dan Kedaulatan Ganukite yang tercemar ini!

 Kembalikan Medan Minyak Bertam kapada Rakyat Terengganu! ~ Syed Azman

Tak pernah dengar lagi Hj Hadi timbulkan atau bertanyakan isu ini di parlimen... Adakah dia tahu benda ni semua ?

Nasution jawab dakwaan peguam TS Khalid

Posted: 14 Aug 2015 07:30 PM PDT

Kes saman TS Khalid lwn Saifuddin Nasution itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.

 Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik adalah sebagai berikut :

1) Atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan Negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

2) Anwar ingatkan Khalid, sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang. 
   
3) Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti. 

Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk Nasution dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian.

Namun ramai orang-orang PAS mempertikaikan apabila Nasution dan Rafizi menyatakan mereka 'saling bermaaf-maafan'. Termasuklah dari peguam TS Khalid, Edmund Bon yang menuduh pihak PKR telah 'spin' isu 'saling bermaaf-maafan' itu.

Berikut Kenyataan penjelasan Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai kenyataan Edmund Bon:

 1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.

 2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.

3) Oleh kerana Tan Sri Khalid masih mahu ada penyataan meminta maaf, saya memaklumkan keputusan saya untuk meneruskan dengan perbicaraan.

4) Sebab itu pada pagi ini mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan dan saksi saya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah.

5) Namun, dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau memohon supaya perbincangan diteruskan agar penyelesaian dicapai tanpa perbicaraan.

6) Atas nasihat Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira semangat Syawal untuk bermaaf-maafan dan meletakkan kepentingan membela rakyat didepan, akhirnya saya dan Tan Sri Khalid bersetuju untuk sama-sama meminta maaf supaya ia satu keputusan "win-win".

7) Saya kesal dengan kenyataan peguam Tan Sri Khalid, Edmund Bon yang memberi gambaran yang berlainan. Malah semasa perbincangan tadi pun, walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

8) Sebarang gambaran bahawa Tan Sri Khalid tidak memohon maaf dan penyataan maaf dari beliau yang direkodkan mahkamah tadi adalah bersempena Syawal seperti amalan raya adalah tidak tepat, tidak ikhlas dan mahu terus mengheret perkara ini. 

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah. 

10) Perintah mahkamah jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini melibatkan satu kenyataan maaf dari saya dan satu kenyataan maaf balas dari Tan Sri Khalid.

11) Saya bersetuju dengan rujukan Syawal di dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid dalam konteks semangat maaf-memaafkan dalam bulan Syawal agar masing-masing dapat meletakkan kepentingan rakyat di depan. Tindakan sesetengah pihak memutar belit bahawa rujukan Syawal dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid itu adalah satu ucapan maaf sempena hari raya adalah tidak jujur. 

 12) Saya berharap agar penyelesaian saling maaf memaafkan ini tidak terus dipanjang dan diputar belitkan oleh pihak lain sebagai menghormati persetujuan di antara saya dan Tan Sri Khalid di hadapan Dato' Seri Anwar tadi.

 Terima kasih.
 SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL  ~ sumber

Komen al Husseyn :

Saya tertarik dengan perkara berikut :

(7)...walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

Apakah kerana loyar Khalid, Edmund Bon ni fikirkan pasal lawyer-feesnya semata-mata? Maklumlah samam Khalid tu menuntut RM100 juta....banyak tu kalau dapat. Selesai kes, selesailah fulus nak masuk ke dia!  Tapi yang mulut longkang tak puas hati cara penyelesaian saling bermaafan ini dapat apa? Banyak pahala dapat??

Pembuktian yg kuat terhadap kenyataan Saifuddin ini ialah perkara (9). Tidak mungkin Saifuddin nak fitnahkan rekod mahkamah:

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah.

Ini bukan fitnah pil Kuda ...Saifuddin Nasution sudah sedia dengan saksi-saksi hebat

Posted: 14 Aug 2015 05:38 PM PDT

Saman bekas TS Abdul Khalid Ibrahim terhadap Saifuddin Nasution Ismail telah diselesaikan dengan baik di luar mahkamah. Namun mulut longkang dari penyokong PAS tetap mendakwa Saifuddin telah memfitnah Khalid hingga akhirnya terpaksa minta maaf kepada Khalid. 

 Waima Saifuddin dan Rafizi Ramli telah menyatakan bahawa mereka berdua, Khalid dan Saifuddin telah saling bermaafan. Nak diungkit apa lagi kalau bukan kerana mulut dan dan hati busuk macam cirit!!

 Apakah puak-puak penyokong Khalid ini mahu mereka turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya?

 Kerana andainya diteruskan juga, pastinya akan mengambil masa yang panjang .....Itu antara sebab TS Khalid menerima baik saranan Anwar yang menyatakan kepada Khalid, sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang. 
   
Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti. 

Saifuddin Nasution memang telah cukup bersedia dengan saksi-saksinya untuk mempertahankan dirinya. Bukan macam kes pil kuda, bayang saksi pun tak nampak....

Mungkin kerana setelah menyedari peluang untuk memenangi kes ini agak tipis, Khalid menerima saranan Anwar untuk menarik saman RM100juta! Korang ingat mudah gitu sjakah Khalid nak lepaskan peluang untum mendapat RM100juta tu? 

Saifuddin Nasution menerusi satatus di akaun fesbuknya menyatakan :

 sy telah meminta peguam saya memanggil saksi-saksi berikut, anwar, kit siang, mat sabu dan khalid samad. ini bagi menjawab apakala ditanya mengapa tski diminta berundur sebagai mb.

 sy perlu memanggil anwar kerana beberapa kali beliau bertemu tski 4 mata membincangkan isu ini. satu ketika tski bahkan bersetuju untuk berundur. bila dibuat prk kajang dengan cadangan asalnya anwar menjadi calon, tski bersetuju menjadi pengarah jentera praya pkr.

 sy perlu memanggil mohd sabu kerana beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan pas selangor dlm isu tski. pas selangor bersetuju meminta tski berundur sebagai mb selangor.

 sy perlu memanggil khalid samad kerana pada waktu beliau menjawat timb pesuruhjaya pas selangor, bilamana isu tski dibincang dlm mesy pas selangor ada ketikanya pas selangor mencadangkan kpd pas pusat supaya dicadangkan kpd pkr agar memecat tski sebagai mb selangor.

 peguam sy telah mendapatkan minit mesyuarat pas selangor yg tertera pas selangor mencadangkan seorang mb dari pas menggantikan tski.

 sy memanggil kit siang kerana beliau akan mengesahkan mesyuarat pimpinan pakatan yg membincangkan bgmn tski membelakangkan keputusan dan arahan majlis presiden pr.

 tski menganggap sebab2 yg dinyatakan oleh pkr ketika meminta beliau berundur adalah fitnah. saya katakan tidak kerana sy menyampaikan keputusan2 parti dan pr. sy juga harus menerangkan kpd rakyat sebab2 tersebut.

 hari ini perkara itu tidak sampai dibicarakan kerana telah diusahakan penyelesaian melalui kedua-dua pihak saling bermaafan dan kes tidak diteruskan.

Tiada ulasan: