Sabtu, 15 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BETUL KATA WANITA UMNO LANGKAWI, NAJIB PERLU PERGI BERUBAT...

Posted: 15 Aug 2015 06:06 AM PDT

shahbudindotcom

 
Apabila Abdul Rahman Dahlan mengatakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri terbaik sehingga ini, terutama dalam konteks menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak, ramai yang ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala.

Ini kerana, isu besar yang sedang melanda negara dan diperkatakan di seluruh dunia ketika ini ialah mengenai wang derma sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimana beliau boleh digelar terbaik sedangkan ada wang RM2,600 juta pernah mengalir ke dalam akaun peribadinya?

Tambahan lagi, Najib juga tidak pernah jujur mengaku mengenai wang itu, meskipun ia sudah masuk ke akaunnya sejak 2013 lagi.

Jadi, di mana terbaiknya Najib itu?
 
 
 
 
Terbaiknya Najib, barangkali ialah kemampuan beliau untuk tidak peduli dan seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan, malah tetap suci bersih di sebalik semua orang sedang memperkatakan mengenai dirinya dan mengaitkan dengan wang tersebut.

Meskipun SPRM sudah membersihkan namanya dengan mengatakan wang tersebut merupakan derma, beliau sebenarnya masih dibicarakan dari sudut moral oleh seluruh pelusuk dunia. Pemimpin tidak saja perlu bebas daripada mahkamah undang-undang, tetapi juga mahkamah rakyat yang melihatnya dari sudut bersih dan kelihatan bersih.

Semalam, beliau mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang bertujuan mengawal selia pembiayaan dana politik bagi memastikan kebertanggungjawban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat.

Jawatankuasa ini juga katanya, akan menimbang semua aspek, termasuk perubahan institusi, pemantauan, penguatkuasaan undang-undang serta peraturan baru mengenai pembiayaan politik di negara ini.

Mungkin tidak menghairankan jika yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa ini bukan Najib atau sekiranya ketika membuat pengumuman ini beliau tidak dibelenggu dengan isu derma politik sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Tanpa memperdulikan semua orang sedang bercakap mengenainya di samping desakan agar beliau berterus terang mengenai wang tersebut - siapa pendermanya, apa tujuannya menderma sebesar itu, bagaimana ia dibelanjakan dan mana baki selebihnya, Najib memang "terbaik" dalam konteks mempersembahkan dirinya seolah-olah pemimpin paling bersih dan berwibawa.

Ketam di tepi pantai yang sedang mengajar anaknya berjalan pun boleh kalah dengan kehebatan Najib ini!!

Bukankah sebelum menubuhkan jawatankuasa ini, Najib seharusnya jujur kepada dirinya dan kepada seluruh rakyat mengenai wang RM2,600 juta itu terlebih dahulu?

Sebelum ini pula, dalam mempertahankan mengenai derma politik itu, beliau juga berkata sedia mendedahkan akaun UMNO jika parti-parti pembangkang turut sama-sama berbuat demikian.

Ini pun terbaik juga. Yang dibangkitkan ramai sebenarnya ialah akaun peribadinya tapi yang sedia didedahkannya pula akaun UMNO. 
 
 
Namun demikian, apabila beberapa parti pembangkang satu demi satu sedia menyahut cabarannya, Najib tidak lagi bercakap mengenainya. Mungkin sedang mencari idea lain agaknya.

Minggu lepas, menjadi viral di media sosial apabila perwakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saaduddin mengkritik keras Najib dengan dakwaan telah "kencing" tiga juta ahli UMNO dan menyarankannya agar pergi "berubat" dengan segera.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan cara teguran beliau itu, lebih-lebih lagi tidak lama sebelum itu Najib juga dikatakan sebagai Perdana Menteri terbaik yang pernah kita ada.

Tapi nampaknya ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Anina - Najib perlu segera dibawa "berubat" sebelum UMNO dan kerajaan terus menjadi bahan persendaan dalam banyak tindakannya yang orang Cina kata "cakap tak serupa bikin." 

[VIDEO] BERS✔H 4.0 Bukan Untuk Guling Najib Tapi Protes Tak Percaya Najib

Posted: 15 Aug 2015 05:53 AM PDT

KELAB GREENBOC

  


Perhimpunan Bersih 4 'undi tak percaya' terhadap Najib, kata pemimpin

Perhimpunan Bersih 4 hujung bulan ini akan menjadi seperti suara undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah malam tadi, pada majlis pelancaran kempen ketika skandal kewangan membabitkan perdana menteri sedang hangat.

Katanya, biarpun ia bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur, Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini juga akan memberitahu rakyat menukar perdana menteri saja tidak akan mengubah apa-apa jika sistem politik semasa dikekalkan.

"Bersih 4 adalah satu perhimpunan aman selama 34 jam yang buat pertama kali dalam sejarah di Malaysia dan ia suara undi tidak percaya terhadap Najib.

"Harapan Bersih 4 bukan saja mahukan seorang perdana menteri dan kerajaan yang bersih, tetapi kita juga mahu satu sistem politik bersih bagi melahirkan seorang perdana menteri dan kerajaan yang bersih.

"Bersih 4 adalah manifestasi kepada suara rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Najib. Ini suara rakyat untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen," katanya pada majlis pelancaran perhimpunan itu di Petaling Jaya malam tadi.

Pelancaran itu turut menyaksikan persembahan lagu, lakaran dan pidato. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said membacakan puisi nukilannya bertajuk "Bersih Empat" manakala pihak penganjur memperkenalkan pasukan perubatan, keselamatan dan pemantau yang akan bersiap sedia semasa perhimpunan itu.

Perhimpunan itu akan turut diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Acara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan berlangsung selama 34 jam dalam menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Maria berkata menukar perdana menteri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tanpa pembaharuan utama kepada institusi dan sistem politik.

"Jika sistem politik kita tidak berubah, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah biarpun Muhyiddin atau Zahid atau orang lain menggantikan Najib, masalah lain seperti 1MDB dan PKFZ akan berterusan," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau secara terbuka mempersoalkan Najib berhubung skandal 1MDB. Tempat beliau digantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.

"Jika penggantinya adalah seorang yang degil, kita akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan," katanya.

Beliau berkata perhimpunan itu tidak bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi menolak sistem politik rasuah yang melahirkan lebih ramai pemimpin terpalit dengan skandal rasuah.

Maria berkata, Bersih merasakan rakyat tidak mampu lagi bersuara sehingga terpaksa menganjurkan perhimpunan bagi mengulangi tuntutan kepada Najib untuk menjawab segala persoalan yang dilemparkan terhadapnya.

"Kami sudah memberi Najib masa sehingga 5 Ogos lalu untuk memberikan jawapan. Adakah anda fikir tindakan kami ini tidak masuk akal? Saya tidak fikir begitu," katanya.

Beliau berkata Najib masih belum menjawab dakwaan dana 1MDB yang secara tidak langsung membiayai sebahagian daripada kempen pilihan raya umum beliau pada 2013, selepas syarikat itu membeli aset kuasa yang terlalu mahal daripada Kumpulan Genting.

The Wall Street Journal (WSJ) pada Jun melaporkan Genting didakwa menggunakan sebahagian daripada hasil jualan untuk membuat sumbangan RM35 juta kepada dana politik Najib yang kemudiannya dijadikan projek amal semasa kempen pilihan raya.

Dalam laporan kedua pada 2 Julai lalu, WSJ melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam dua akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur, manakala bahagian terbesar daripada wang itu - AS$681,000,000 - dipindahkan pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan dana itu sebenarnya sumbangan derma dari Timur Tengah.

Maria berkata, di sebalik keengganan menjawab tuduhan, Najib memulakan "pembersihan" dengan menyingkirkan pengkritiknya dalam Kabinet dan menukar peguam negara yang sedang menyiasat 1MDB dan pemindahan dana kepada akaun peribadi perdana menteri itu.

Najib juga melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB dengan membawa 4 anggotanya termasuk pengerusi jawatankuasa itu ke dalam Kabinet.

Ini menyebabkan siasatan terpaksa ditangguhkan sehingga Oktober apabila Parlimen memilih ahli jawatankuasa yang baharu sebagai pengganti.

"Ini bermakna Najib tidak berhasrat membenarkan siasatan terhadap 1MDB itu diteruskan," kata Maria.

Maria pada Khamis bertemu dengan pihak polis untuk menerangkan rancangan Bersih tentang perhimpunan tersebut, dan juga mengingatkan pihak berkuasa akan tanggungjawab mereka bagi melancarkan demonstrasi itu dan memastikan keselamatan peserta.

Beliau berkata Bersih, sudah memberikan notis rasmi kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Peserta perhimpunan keempat di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan untuk mula berkumpul di 5 lokasi seperti Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank - sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Peserta juga dinasihatkan untuk membawa kelengkapan tidur, khemah dan beberapa keperluan lain untuk perhimpunan tersebut.

Pelbagai aktiviti sudah dirancang, termasuk bengkel pendidikan sivik, debat awam, persembahan kebudayaan dan ucapan daripada pemimpin masyarakat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada Rabu menasihatkan penganjur mengelakkan sentimen hasutan seperti menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Katanya, polis akan campur tangan jika mendapati perhimpunan tersebut bertukar menjadi "perhimpunan menghasut". -TMI





KENYATAAN MEDIA

Harapan Baru (HB) menyokong penuh cadangan BERSIH
untuk mengadakan Himpunan Aman pada 29 dan 30 Ogos 2015.

HB akan mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan aman dan melaksanakan hak sebagai rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Negara berada dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk. Hutang negara Malaysia tahun 2015 RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8% daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidak telusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.

Sementara Perdana Menteri Najib masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Beliau telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau mesti bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang berlaku.

Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak PM Najib letak jawatan dan sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas itu yang melibatkan semua pihak sehingga sebuah pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus menuju kehancuran.

HB menyokong penuh usaha BERSIH dan akan memberikan sepenuh kerjasama menjayakan himpunan aman tersebut.

Hj. Mohamad Sabu
Pengerusi
Gerakan Harapan Baru
LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2


Bersih enggan layan isu PAS, teruskan himpunan seperti dirancang

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) memberi jaminan perhimpunan aman kali ke-4 (Bersih 4) dianjurkannya akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS, yang secara tradisinya menggerakkan sejumlah besar penyokong untuk perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya enggan melayan konflik dalaman parti politik sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha mereka menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Saya nak ingatkan, himpunan Bersih adalah isu rakyat Malaysia dan bukan hanya tentang parti politik.

"Ramai rakyat Malaysia akan turun, bukan saja parti politik, kerana mereka sokong tuntutan Bersih," katanya ketika dihubungi hari ini.

Maria berkata, Bersih terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS, apabila pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Tetapi, sehingga kini ia masih belum menerima respons rasmi daripada parti Islam itu.

Katanya, setakat ini respons yang diterimanya daripada PAS adalah "sedang berbincang".

"Kita tidak terlibat dengan konflik mereka. Apa yang kita tekankan perubahan terutamanya sistem pilihan raya, ini agenda kita melibatkan semua rakyat Malaysia," katanya.

Pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya 3 wakil daripada parti itu akan menghadiri perhimpunan 29 Ogos itu nanti kerana mereka tidak dijemput terlibat menganjurkannya.

Beliau juga berkata, ahli parti tidak akan diminta menyertai perhimpunan tersebut, mengatakan ia akan mengadakan perhimpunannya sendiri yang akan diterajui parti itu.

Mengenai Unit Amal yang selama ini banyak membantu mengendalikan keselamatan peserta himpunan, Maria berkata, kali ini mereka mempunyai pasukan keselamatan sendiri termasuk daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dan badan lain.

Namun katanya, keutamaan masih terletak kepada polis bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang 2 hari berhimpun tanpa sebarang provokasi atau kekacauan.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad pada 3 petang esok, ditemani peguam, berbincang tentang perjalanan himpunan itu.

The Malaysian Insider semalam melaporkan, PAS semakin dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.

Pemimpin PAS dikatakan sedang berbincang sama ada parti itu patut secara rasmi menyatakan sokongan kepada Bersih 4 atau tidak, selepas mendapati ia tidak dijemput terbabit dalam penganjurannya sedangkan GHB dijemput.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selepas satu mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Sabtu lalu, parti itu akan menyertai Bersih 4.0 dan akan menghantar 2 wakil untuk menyertai perbincangan mereka - Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha akhbar presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Namun, Hadi seperti menidakkan kenyataan itu, mengatakan PAS hanya menghantar wakil, bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu itu.


Jangan malu jalani pemeriksaan payudara

Posted: 15 Aug 2015 05:47 AM PDT

Oleh: LIZAWATI MADFA


SUBANG JAYA: Golongan wanita digesa untuk lebih bersikap terbuka dan tidak malu untuk menjalani pemeriksaan payudara, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh

Hannah, berkata pemeriksaan itu penting dijalankan dalam usaha mengesan awal sebarang jangkitan atau penyakit terutama kanser payudara.

Katanya, golongan wanita perlu sedar kanser pembunuh wanita itu menyerang tanpa mengenal usia, status dan latar belakang.

hannah"Saya dapati kebanyakan wanita masih lagi kurang memberikan perhatian untuk menjalani pemeriksaan, sama ada mereka malu atau takut.

"Tetapi mereka perlu ingat, kanser ini tidak ada pengecualian, ibu yang menyusukan anak juga tidak terkecuali daripada dijangkiti. Mereka perlu bertindak untuk diri sendiri dan keluarga tersayang," katanya.

Beliau berucap demikian ketika menghadiri Program Kesedaran Kanser Payudara anjuran tadika Real Kids dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, di USJ12, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hannah yang juga Adun Subang Jaya memuji usia Real Kids melangkah ke hadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan wanita.

"Sebagai tadika, usaha murni sebegini harus dijadikan contoh kepada pihak lain untuk mendedahkan ilmu sivik kepada golongan kanak-kanak. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya," katanya.
-NFN-

"Adakah Wujud Campur Tangan Dalam Siasatan 1MDB?" - Muhyiddin

Posted: 15 Aug 2015 05:45 AM PDT

 
 
 
KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang pembabitannya dalam kerajaan, beliau tidak pernah menentang Perdana Menteri dan dasar kerajaan melainkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Hanya satu perkara sahaja yang saya lakukan adalah menyuarakan cadangan saya mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion," katanya ketika berucap sempena mesyuarat Umno Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Timbalan presiden Umno itu berkata, apa yang dilakukannya adalah cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari semua dakwaan salah laku dan pada masa sama untuk menjaga imej parti dan negara.

Muhyiddin berkata, rakyat mempersoalkan mengenai derma RM2.6 bilion dan mempunyai hak untuk mendapatkan jawapan.

"Rakyat berhak tahu. Bila mereka tanya saya, apa yang saya boleh katakan adalah saya tidak tahu. Rakyat mencari jawapan mengenai dari mana duit itu datang.

"Kalau derma itu untuk parti dan digunakan untuk pilihan raya umum ke-13, maka berapa banyak yang digunakan dan berapa bakinya," soal bekas timbalan perdana menteri itu.

Mengenai laporan Wall Street Journal baru-baru ini, Muhyiddin berkata, beliau ada menghantar mesej kepada Najib sebaik sahaja membaca artikel tersebut.

"Saya menghantar teks kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan mengenai perkara itu dan Perdana Menteri harus memberikan penjelasan terhadap andaian dan tohmahan terhadap beliau. Beliau jawab teks saya dan kata 'terima kasih' dan beliau akan meminta Peguam Negara untuk memberikan penjelasan. Ini yang beliau sebutkan pada saya," katanya.

Mengenai pembubaran pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB, Muhyiddin membangkitkan persoalan.

"Apakah sebenarnya yang berlaku dengan mereka yang sepatutnya menyiasat perkara itu? Saya diberitahu baru-baru ini bahawa tidak ada lagi. Ia seolah-olah seperti ada campur tangan yang sedang mengganggu. Adakah ini kebetulan atau adakah ia dilakukan dengan sengaja?.

"Bukan saya yang mempersoalkannya tetapi rakyat mahu tahu," katanya.

"Kita Kawan, Bukan Pengkhianat" - Shafie Apdal

Posted: 15 Aug 2015 05:39 AM PDT

Oleh: NORFATIMAH AHMAD


 

Shafie menyambut kehadiran Muhyiddin untuk merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Semporna, Sabtu.
 
 
SEMPORNA: Walaupun kawan, ada masanya kepentingan peribadi perlu diketepikan kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah soal parti, bukan atas dasar peribadi, malah menjadi kebimbangan akar umbi, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Demikian mesej yang disampaikan Naib Presiden Umno itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya sebagai kawan lama.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno itu berkata, apa yang dilakukannya semata-mata kerana kesetiaannya kepada parti, bukan terhadap pemimpin tertentu.

"Tolong sampaikan kepada PM. Kami berkawan dah lama, tetapi kesetiaan kita kepada parti, bukannya berpaksi kepada kawan.

"Memang betul kita kawan tapi perjuangan bukan kerana kawan atau peribadi, jika tidak betul kena tegakkan kebenaran," katanya sambil disambut sorakan dan tepukan perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Semporna di sini, Sabtu.


Mesyuarat berkenaan dirasmikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet, sama seperti Shafie.

Shafie yang konsisten dengan pendiriannya sejak bergelar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, apa yang dipersoalkan kepada Perdana Menteri adalah isu yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara, bukan peribadi.

"Banyak kali sudah saya bangkitkan supaya berilah penjelasan mengenai isu 1MDB ini, kerana ia satu isu yang membebankan dan perlu diberi penjelasan.

"Adakah dengan bertanya soalan saya ini dianggap pengkhianat.

"Sebagai kawan saya tanya soalan, sebab saya sebahagian pentadbiran dan dipilih rakyat," katanya.

Beliau berkata, tindakannya mempersoalkan perkara itu juga didorong oleh keinginan rakyat untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku berkaitan isu 1MDB.

Kata Ketua Umno Bahagian Semporna itu lagi, adalah penting untuk parti itu mendapatkan keyakinan rakyat kerana tidak mahu Sabah diperintah parti lawan seperti suatu ketika dulu.

"Saya Tak Pernah Berkomplot Tumbangkan BN, Kerajaan " - Muhyiddin

Posted: 15 Aug 2015 05:37 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Muhyiddin Yassin
 
 
SEMPORNA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah "bodoh" jika beliau bertindak untuk menjatuhkan kerajaan yang dibangunkan bersama-sama pemimpin lain dalam negara ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, selama 40 tahun menjadi sebahagian kerajaan, tentunya tidak boleh diterima akal untuk beliau memusnahkan apa yang dibina selama ini.

"Saya tidak akan cuba menjatuhkan kerajaan. Bodohlah saya nak jatuhkan kerajaan yang saya bantu bangunkan.

"Ada yang kata saya nak tumbangkan kerajaan, saya nak jatuhkan kerajaan, luar biasa Muhyiddin seorang boleh jatuhkan kerajaan.

"Saya tak pernah berkomplot, mana ada orang bersama-sama duduk semeja merancang nak tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, bodoh saya kalau buat begitu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Semporna, di sini di mana Ketua Umno Bahagian itu adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan dalam rombakan Kabinet akhir Julai lalu.

Mengakui menerima apa yang ditakdirkan kepada dirinya, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kesetiaan kepada parti tidak menghalang ahli mempersoalkan pemimpin yang tersasar dari landasan.

"Kesetiaan kepada pemimpin ada hadnya terutama jika berada di landasan betul," katanya.

Beliau menjelaskan, antara dirinya dan Shafie, mereka tidak pernah mempunyai agenda tersembunyi ketika mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, kata Muhyiddin, sebagai pemimpin yang dipilih rakyat, menjadi tanggungjawab untuk menyuarakan kebimbangan akar umbi kepada kepimpinan tertinggi kerajaan.

Beliau turut menyifatkan isu 1MDB umpama skandal kewangan BMF yang pernah dihadapi negara pada 1980-an membabitkan dana berjumlah RM3 bilion.

Bagaimanapun, tambah beliau, jumlah hutang 1MDB lebih besar dan pemimpin diarah supaya tidak mempersoalkannya kerana ia dikatakan tidak membabitkan wang rakyat.

"Saya beritahu Perdana Menteri, berbilion ringgit yang dipinjam untuk melangsaikan hutang 1MDB dan ia menjadi libiliti negara," katanya.

Muhyiddin juga mempersoalkan jaminan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda
Kandasamys bahawa situasi kewangan syarikat itu dapat diperbaiki ke tahap lebih baik dalam masa enam bulan, manakala Kabinet dimaklumkan ia akan dicapai pada 2016.

Katanya, jika beliau memiliki syarikat dan pada satu hari mendapati ia menanggung hutang berbilion ringgit tentunya akan serta merta memecat CEO dan Lembaga Pengarah.

"Sebaliknya, saya dan Shafie yang jadi ahli kelab menteri yang dipecat," kata Muhyiddin.

Penyusutan Ringgit mungkin jejas pelajar Malaysia ke New Zealand, kata pesuruhjaya

Posted: 15 Aug 2015 05:34 AM PDT



Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr John Subritzky berkata kedudukan nilai mata Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat akan mempengaruhi keputusan pelajar untuk memilih destinasi pendidikan di luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr John Subritzky berkata kedudukan nilai mata Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat akan mempengaruhi keputusan pelajar untuk memilih destinasi pendidikan di luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Penyusutan nilai Ringgit mungkin menjejaskan rancangan sejumlah pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di New Zealand, kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr John Subritzky.
 
Beliau berkata kedudukan nilai mata wang itu berbanding dolar Amerika Syarikat akan mempengaruhi keputusan pelajar untuk memilih destinasi pendidikan di luar negara.
 
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai penyusutan Ringgit Malaysia.

Katanya pendidikan merupakan komponen penting yang menjalinkan hubungan dua hala yang lebih akrab antara Malaysia dan New Zealand. 
 
"Sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara New Zealand dan ASEAN tahun ini, kami ingin melihat lebih banyak pelajar Malaysia memilih New Zealand sebagai destinasi pendidikan mereka," katanya kepada Bernama sempena Pameran Pendidikan New Zealand (ENZ), di Petaling Jaya hari ini.
 
Buat masa ini, terdapat lebih 1,800 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di negara itu.
 
Menurut ENZ,  setakat bulan lepas, terdapat peningkatan 69% jumlah pelajar baharu Malaysia mengikuti pengajian di universiti dan institusi latihan swasta di negara itu. – Bernama,


Jangan ganggu jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno, kata Mukhriz

Posted: 15 Aug 2015 05:31 AM PDT



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata jawatan timbalan presiden parti tidak sama dengan jawatan timbalan perdana menteri yang dilantik oleh perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata jawatan timbalan presiden parti tidak sama dengan jawatan timbalan perdana menteri yang dilantik oleh perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak tidak mengganggu jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih menerusi proses pemilihan parti.
 
Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata jawatan timbalan presiden parti tidak sama dengan jawatan timbalan perdana menteri yang dilantik oleh perdana menteri.
 
Sehubungan itu, adalah tidak wajar bagi sesetengah pihak mempertikaikan perkara itu dan meminta Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, katanya.

"Kekalkan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno. Beliau banyak berjasa kepada parti," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Jerlun di Jerlun, hari ini. Mukhriz yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun menjelaskan pelantikan atau pengguguran seseorang di dalam Kabinet merupakan hak perdana menteri dan tertakluk kepada Perlembagaan. – Bernama


Bertanya tentang 1MDB tidak setia kepada Umno, soal Shafie

Posted: 15 Aug 2015 05:27 AM PDT



Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) berkata kesetiaan beliau kepada parti bukan kerana terpaksa. Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Semporna yang dirasmikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) berkata kesetiaan beliau kepada parti bukan kerana terpaksa. Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Semporna yang dirasmikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. – Gambar The Malaysian Insider
 
 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kegagalannya untuk mendapatkan jawapan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga disingkirkan daripada Kabinet, bukan bermakna beliau tidak lagi setia kepada parti.
 
"Kesetiaan saya kepada parti bukan terpaksa," katanya yang sudah berjuang habis-habisan selama 30 tahun demi Umno.
 
"Dengan bertanyakan soalan, ia tidak bermakna saya mengkhianati parti," kata Shafie dalam ucapan alu-aluan pada perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Semporna yang dirasmikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Kami (Muhyiddin dan beliau) bertanya kerana kita ingin tahu.  "Rakyat yang kita wakili ingin tahu.
 
"Kami, sehingga bila-bila adalah wakil rakyat," katanya.
 
Shafie yang sebelum ini menegaskan beliau bukan seorang yang mengejar pangkat dan kedudukan berkata, pertanyaannya ke atas 1MDB adalah kerana ia memberi kesan kepada parti dan ahli Umno terpaksa menanggung beban itu.
 
Beliau berkata, Umno mempunyai ahli yang cukup ramai berbanding parti lain.
 
Shafie berkata, biarpun tidak lagi mempunyai kedudukan dalam kerajaan, beliau akan terus memperkukuhkan parti dan membangkitkan semua masalah yang boleh menjejaskan Umno.
 
Beliau berkata, tidak ada makna jika pemimpin berjuang untuk melindungi kedudukan mereka dalam parti sedangkan tidak berani menangani isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan parti.
 
"Apa gunanya berjuang untuk jawatan?
 
"Saya bukan jenis macam itu, tetapi apa yang saya bimbang ialah apabila rakyat menolak kita, kerana kita tidak melakukan apa-apa untuk memperkukuhkan parti."
 
Beliau berkata, ketika beliau membangkitkan persoalan mengenai syarikat pelaburan negara itu: "Saya tidak takut kehilangan kedudukan saya (dalam Kabinet) kerana saya mempertahankan kepentingan rakyat."
 
"Saya tidak kejarkan kedudukan. Saya tidak kejarkan kekayaan."
 
Shafie berkata, jika beliau jenis orang sepeti itu, beliau akan diamkan sahaja, menutup mulutnya kerana beliau sudah dinasihatkan oleh beberapa ahli Umno dan "menjaga kerusi panas (Kabinet)".
 
Bagaimanapun, beliau memberitahu 2,000 perwakilan dan 700 pemerhati serta tetamu yang hadir, beliau enggan tunduk kepada ancaman sedemikian.
 
"Mengapa bertanya tentang 1MBD adalah salah?"
 
Shafie berkata walaupun beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, beliau akan terus meningkatkan kesejahteraan rakyat di Semporna.
 
"Saya sedar akan halangan dan cabaran di hadapan saya sekarang, tetapi percayalah, saya akan terus berjuang untuk apa yang sepatutnya menjadi milik mereka." 
 
 

Teresa Kok nafi muatnaik status berbaur perkauman, mahu buat laporan

Posted: 15 Aug 2015 05:17 AM PDT

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini menafikan memuatnaik status berbaur rasis di laman sosial Twitternya pada Khamis lalu.
 
Teresa yang juga ADUN Kinrara mendakwa beliau tidak tahu mengenai status berkenaan dan mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya untuk Twitter palsu berkenaan.
 
"Saya tidak pernah menghantar status sebegini. Saya telah periksa Twitter saya, dan ternyata tiada status sebegitu.
 
"Seseorang telah menyalahgunakan akaun Twitter saya untuk berbuat demikian. Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan saya berharap mereka akan mengambil kes saya ini", kata Teresa Kok.
 
Dalam status berkenaan, tertulis "Rappists, robbers, kidnappers, housbreaking is usualy done by one of the races in Malaysia - apparently done by Malay".
 
Ia membawa maksud bahawa Teresa menyalahkan kaum Melayu atas beberapa kes jenayah yang berlaku di negara ini, antaranya merogol, merompak, menculik, pecah rumah.
 
Teresa sebelum ini pernah mengundang kontroversi apabila menerbitkan video sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang berjudul Onederful Malaysia pada tahun lalu.
 
Video berdurasi 12 minit itu pernah disiasat polis kerana ada unsur fitnah dan hasutan dalam kandungan klip video berkenaan.
 
 

GHB terbuka kepada bukan Islam - Salahuddin Ayob

Posted: 15 Aug 2015 05:15 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) mengajak bukan Islam untuk menyertai parti baru itu yang bakal dirasmikan sebelum sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini, namun imej dan dasar bukan Islam itu masih dikekalkan.
 
Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin Ayob memberitahu, setakat ini masih belum diputuskan samada gerakan itu kekal sebagai NGO atau didaftarkan sebagai parti politik.
 
Tetapi apa yang pasti ujarnya, sebahagian daripada pemimpin progresif PAS akan menyertai gerakan berkenaan.
 
"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Tentang nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil.
 
"Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baru itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.
 
Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, pengunduran kumpulan progresif dari PAS untuk menyertai parti baru tersebut adalah untuk memperkasakan Pakatan Rakyat pilihan raya umum akan datang.
 
"Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat.
 
"Itu adalah di antara usaha-usaha terakhir yang kami binakan dan ini serius untuk kita buktikan sebelun akhir bulan ini kita akan buat parti baru," katanya.
 
Beliau dalam pada itu berkata, GHB akan terus memberi fokus kepada pembentukan sebuah parti baru walaupun pelbagai tomahan dilemparkan kepada mereka.
 
"Sebenarnya itu adalah persepsi yang rakyat lihat tetapi pada hari ini kita menyaksikan ia bukan sesuatu yang kami harus terperangkap dan berlengah dengan persepsi itu.
 
"Yang ada di hadapan kami adalah kumpulan masyarakat daripada semua golongan yang menyokong kami dan ini terbukti apabila ada banyak penyertaan daripada ustaz yang menyokong dan bersama-sama kami, itu belum lagi kami memperincikan sokongan orang ramai kepada pertunjukkan jalanan yang sedang kami buat dan minggu hadapan akan berakhir di Kedah selepas Terengganu," katanya.
 
"Ini membuktikan bahawa  kami mendapat sokongan daripada seluruh lapisan masyarakat dari seluruh negara. Tentang persepsi serpihan itu tidak perlulah saya melayaninya.
 
"Biarlah rakyat menilainya sendiri sama ada parti serpihan atau tidak tetapi yang penting mengisi ruang yang kita perlu isi untuk memperjuangkan aspirasi rakyat yang begitu penting hari ini," katanya lagi.
 
Pada 13 Julai lau, satu parti politik baru diterajui pemimpin progresif dalam parti PAS yang kalah semasa pemilihan parti awal Jun lalu diumumkan penubuhannya pengerusi parti tersebut, Mohamad Sabu.
 
Mohamad atau yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti yang dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru itu dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.
 
 

Shahrir mahu siasatan PAC terhadap 1MDB disambung segera

Posted: 15 Aug 2015 05:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
JOHOR BAHRU: Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu disambung segera kerana berhubungkait dengan imej dan integriti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.
 
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, penangguhan terhadap siasatan itu hanya akan memberi imej negatif kepada kerajaan.
 
"Dalam kalangan ahli Parlimen sendiri, kita berpendapat siasatan berkenaan perlu diteruskan segera kerana mendapat teguran daripada pelbagai pihak, khususnya masyarakat umum.
 
"Selagi siasatan ke atasnya belum selesai, masyarakat hanya akan membuat keputusan berdasarkan andaian dan khabar angin semata-mata," katanya dalam Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Johor Bahru di sini hari ini.
 
Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengumumkan pertukaran dan pelantikan anggota Jawatankuasa Pemilih akan dibuat pada hari pertama sidang Parlimen pada 19 Oktober ini. 
 
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas mengambil kira pertukaran jawatan Ketua Pembangkang dan penyusunan semula Jemaah Menteri pada 29 Julai lepas. 
 
Azalina menegaskan kerajaan sama sekali tidak menangguhkan prosiding siasatan terhadap 1MDB oleh PAC dengan sengaja. 
 
Katanya kerajaan tidak boleh tergesa-gesa dalam soal pelantikan anggota Jawatankuasa Pemilih yang merupakan jawatankuasa paling penting sebelum mana-mana jawatankuasa lain dapat dilantik termasuk PAC dalam konteks ini. 
 
Siasatan PAC terhadap 1MDB ditangguhkan berikutan bekas Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
 
Sementara itu tiga anggota lain PAC iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga telah dilantik sebagai timbalan menteri dan Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai menteri.
 
 

Ada pemimpin Umno-BN didakwa ketuai gerakan guling kerajaan, kata Zahid

Posted: 15 Aug 2015 01:47 AM PDT

QURNISHA HAMKA

 

AHMAD ZAHID
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, di sini hari ini. - Foto TRP/Syahirah Roslan


AMPANG, Terdapat gerakan yang disusun bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang turut melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN), dedah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid menegaskan perkara berkenaan merupakan satu gerakan yang perlu dipandang serius oleh semua ahli parti politik memandangkan ancaman tersebut didakwa diketuai oleh pemimpin Umno dan BN sendiri.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya dapat tahu ada usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi.

"Herannya diketuai oleh pemimpin Umno dan BN. Saya tidak akan pernah mengizinkan perkara ini berlaku," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, usaha berkenaan diketahui melalui maklumat yang disampaikan kepada beliau oleh sumber-sumber yang kukuh dan boleh dipercayai.

Zahid menambah, gerakan itu dikatakan untuk mengumpulkan sokongan dari ahli-ahli parlimen pembangkang dan juga BN melalui akuan bersumpah bagi membolehkan kerajaan yang kini dipimpin BN digulingkan.

"Ada tokoh-tokoh tertentu dan didalangi tokoh-tokoh tertentu juga untuk dapatkan akuan bersumpah di kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga cuba menarik ahli-ahli parlimen BN untuk tumbangkan kerajaan sedia ada melalui pintu belakang.

"Saya dapat maklumat, dari sumber-sumber yang sangat dipercayai dan usaha ini sedang berjalan. Kononnya 87 pembangkang dan satu bebas mereka sedang berusaha termasuk menarik ahli parlimen BN untuk menyokong mereka," tambah beliau.

Perkara ini didedahkan Zahid yang juga Naib Presiden Umno dengan bertegas dalam memastikan perkara tersebut tidak akan terlaksana.

Malah, beliau juga penuh keyakinan memberi jaminan bahawa pemimpin Umno dan BN tidak akan terjebak dengan gerakan yang sedang disusun tersebut.

"Saya minta kepimpinan akar umbi dan di peringkat nasional bangun bagi memastikan perkara ini tidak terjadi.

"Ini akan menyebabkan gelojak politik nasional. Mereka tak sanggup tunggu PRU (pilihan raya umum), mereka nak masuk ikut pintu belakang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan juga Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

GHB tidak curi ahli Pas, itu hanya persepsi – Salahuddin

Posted: 15 Aug 2015 01:34 AM PDT

DALIA ISMAIL

 

NUNJI
Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayub (dua dari kiri) hadir bersama Pengarah NUNJI 15, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Penasihat Umum Harapan Baru, Ustaz Ahmad Awang pada Program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI 15) yang dianjurkan buat pertama kalinya GHB di di sini, hari ini. - Foto TRP/Daniel Chan


SHAH ALAM, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan mengumumkan sama ada menjadi sebuah parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata harapan GHB bagaimanapun lebih tertumpu kepada penubuhan sebuah parti politik dengan nama baru.

"Ada sebahagian berpandangan kami kekal sebagai NGO dan sebahagian besar yang lain mahu kami menyertai sebuah parti politik baru.

"Ini dilihat lebih mudah untuk membuat keputusan penting dalam mengukuhkan dan membina kembali Pakatan Rakyat. Ini adalah usaha terakhir kami (tubuh parti politik) untuk kami laksanakan sebelum akhir bulan ini, akan ada parti baru," katanya ketika ditemui pada Program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI 15) yang dianjurkan buat pertama kalinya GHB di di sini, hari ini.

Salahuddin berkata GHB masih lagi menunggu keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memberikan kelulusan menubuhkan sebuah parti politik.

Sama ada keanggotaan GHB ini kelak dilihat sebagai parti serpihan Pas, dan tuduhan mengatakan 'mencuri' ahli Pas, Salahuddin menjelaskan, pengerak GHB tidak akan terperangkap dengan persepsi sebahagian masyarakat.

"Ini semua persepsi rakyat yang melihat GHB adalah serpihan Pas. Ia bukan sesuatu perkara yang harus memerangkap kami sedangkan sekumpulan besar masyarakat sedang menyokong kami.

"Saya yakin jelajah seluruh negara (roadshow)  yang mendapat sambutan kebanyakan penyokong di kalangan aktivis yang mahu bersama dalam perjuangan dan ketika ini ada pasaran (keahlian) yang lebih luas sebagai menjawab tuduhan GHB mencuri ahli Pas.

"Bayangkan sekiranya ahli Pas ada 1 juta, ahli UMNO ada 3 juta yang lain katalah 5 juta termasuk rakyat Malaysia 30 juta dan pengundi baru 3 juta. Kami lebih mendekati kepada pengundi baru dan terbuka kepada ahli bukan islam untuk mencapai sasaran.

"Jadi tiadapun usaha terancang untuk mencuri parti lain dengan sambutan yang diberikan dalam pasaran baru ini," jelasnya.

Salahuddin turut memaklumkan GHB akan menyertai Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 30 Ogos nanti.
Penganjuran himpunan Bersih 4.0 bertujuan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan memulakan reformasi kerajaan bagi menghentikan semua bentuk rasuah menteri sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga sekarang.

Himpunan Bersih 4.0 dijadualkan bermula pada jam 2 petang pada 29 Ogos sehingga 2 petang pada 30 Ogos, membabitkan jalan utama di Kuala Lumpur, diikuti himpunan di beberapa negeri seperti Kuching dan Kota Kinabalu, serentak pada tarikh yang sama.

Najib perdana menteri paling lemah

Posted: 15 Aug 2015 12:20 AM PDT



Oleh RAYUSA 


CITRA dan keperibadian pemimpin Islam dahulu (dalam hal ini Islam diambil sebagai contoh kerana di manamana dan bila-bila pun Islam mesti yang teratas) yang kayaraya sebelum bergelar pemimpin menjadi miskin setelah terpilih memegang amanah tersebut.

Perlu diketahui dan diingati bahawa orang Islam dahulu juga dengan rendah hati dan berhemah enggan menerima jika dipilih menjadi pemimpin kerana merasakan ia satu tanggungjawab yang sangat besar dan terlalu berat.

Amat berbeza dengan pemimpin Islam hari ini yang meskipun miskin atau hidup susah/sederhana sebelum dipilih (baca: ada yang berusaha dengan apa cara pun untuk menjadi pemimpin) kaya-raya setelah menjadi pemimpin, misalnya sebagai wakil rakyat.

Antara tanda akhir kiamat ialah semakin banyak orang bodoh atau bukan ahli menjadi pemimpin, sedangkan orang pandai atau ahli dipimpin dan tertindas – ertinya, sesuatu bidang dikendalikan oleh yang bukan ahli.

Seseorang pemimpin perlu lebih baik dan bijak daripada orang yang dipimpin atau rakyat. Pemimpin apa kalau tidak cerdik dan dia yang perlu dipimpin? Pemimpin adalah orang yang memimpin, bukan dipimpin.

Sememangnya dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Walau bagaimanapun, kesalahan dan kesilapan itu jangan pula sehingga menjahanamkan pimpinan dan komuniti yang dipimpinnya.

Pemimpin sejati perlu sedar dia hanya seorang pemimpin, bukan berkuasa mutlak dan mengambil kesempatan menindas orang yang dipimpinnya. Dia tidak menguasai segala yang ada merangkumi ekonomi dan media atau perhubungan raya. Oleh kerana itulah setiap pemimpin Islam amat wajar mencontohi sikap Sayidina  Umar al-Khattab selepas dilantik menjadi khalifah Islam kedua menggantikan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq.

Sayidina Umar mengakui beliau bukan yang terbaik dalam kalangan umat Islam. Namun demikian, beliau sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan bersedia pula meminta kerjasama rakyat yang dipimpinnya. Beliau langsung tidak berniat untuk menindas dan menjalankan pemerintahan kuku besi meskipun kebengisan, kegarangan, keberanian dan ketegasannya sudah cukup dikenali dunia Islam ketika itu.

Antara katanya yang masyhur ialah: "Aku bersedia menjadi khalifah menggantikan Abu Bakar. Tetapi, silalah menegur andainya aku melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang menjalankan tugas." Bangun seorang rakyat yang dengan tegas menghunus pedang sambil berkata, "Aku akan betulkan kamu dengan pedang ini, ya Amirulmukminin!" . Namun begitu, Umar tidak marah atau mengamuk.

Sebaliknya, beliau gembira dan bersyukur kerana ada rakyat yang bersedia untuk menegur jika beliau melakukan kesalahan agar perkara itu dapat diatasi untuk kepentingan bersama. Orang itu tidak dimarahi, dipukul atau dipenjarakan, apatah lagi dibunuh oleh Umar.

Umar langsung tidak sebagaimana pemimpin Islam hari ini yang pantang ditegur. Jika ditegur, orang yang menegur itu akan dikenakan tindakan tertentu seperti dipecat daripada jawatan, ditukarkan tempat bertugas dan sebagainya. Malang sekali, kepimpinan negara kita sekarang amat buruk.

Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri kelima, beliau dianggap lemah, dan langsung tidak berwibawa. Walau bagaimanapun, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menggantikannya lebih lemah, malah boleh dianggap sebagai perdana menteri paling lemah dalam sejarah pentadbiran negara. Perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengakuinya. Beliau malah tidak menyangka bahawa Najib lebih lemah daripada Abdullah!

Mungkin tidak perlu diulang lagi dalam tulisan ini kerana kita semua sedia maklum. Cuma, kekesalan dan kesedihan sangat dirasai kerana antara kesan negatif daripada pentadbiran Najib ialah Ringgit Malaysia merudum paling teruk dalam sejarah negara. Belum pernah mana-mana menteri kewangan, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim menjahanamkan mata wang negara kita.

Namun begitu, malang sekali setelah "berjasa" sebegitu besar pun, Najib tetap mengekalkan dirinya sebagai menteri kewangan dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu. Di mana letaknya fikiran dan rasa malu beliau? Adakah beliau memang tertekan kerana perlu mengikut (kemahuan) "kekuasaan" isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana yang telah lama menjadi "buah mulut" rakyat hingga tidak mahu/boleh melepaskan jawatan tersebut?

Setelah memberikan "persembahan" yang buruk dalam hampir semua aspek pentadbiran tanahair, Najib masih tebal muka tampil di seluruh negara dan dunia berucap atau merasmikan pelbagai acara. Langsung tiada rasa malu.

Yang kelihatan di dada akhbar dan televisyen – pastinya arus perdana - adalah penampilan Najib yang hebat dan meyakinkan. Ini kerana beliau telah menguasai media negara. Dengan penguasaan mutlak terhadap media, tentulah yang mulus dan indah sahaja yang disiarkan.

Jika menteri berkaitan dianggap kurang memenuhi kehendaknya, Najib akan membuat pertukaran. Barangkali ada yang tidak kena dengan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek hingga ditukar dari kementerian komunikasi dan multimedia ke kementerian pertanian dan industri asas tani.Tempat Shabery digantikan oleh Dato' Mohd Salleh Keruak.

Mungkin Najib merasakan Salleh sesuai dengan kementerian itu. Namun demikian, berdasarkan prestasi Najib, beliau hanya akan memilih orang yang boleh mempertahankannya. Mungkin juga pelantikan Salleh untuk terus menawan hati pengundi Sabah.

Najib juga tidak boleh ditegur atau dikritik, sama seperti pengkiitik nombor satunya sekarang, Mahathir. Beliau telah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.

Lebih bijak daripada rakyat memang perlu kerana pemimpin bertanggungjawab membawa perubahan positif. Kemajuan dan pembangunan positif tidak mungkin dapat dicapai atau dijana oleh kebodohan dan kejumudan pemikiran. Kalau rakyat yang lebih bijak, rakyat tersebut yang wajar menjadi pemimpin.

Berdasarkan apa yang telah berlaku, Najib bukan seorang pemimpin yang lebih bijak daripada rakyat. Jika ada yang tetap mengatakan beliau bijak, kebijaksanaan itu tidak berguna - hanya membawa keburukan. Dimaklumi, Najib telah melaksanakan pemberian BR1M. Langkah itu bukan bijak. Mahathir sendiri menentang. Pemberian BR1M juga dianggap sebagai rasuah dan menyebabkan negara berbelanja besar.

Najib berasal daripada keluarga kaya. Beliau tidak pernah hidup susah. Walau bagaimanapun, ahli Parlimen Pekan itu semakin kaya selepas menjadi perdana menteri. Baru-baru ini heboh pula RM2.67 bilion dalam akaun beliau yang akhirnya dikatakan adalah derma oleh SPRM, bukan daripada 1MDB.

Beliau turut tersenarai sebagai antara 10 individu terkaya di Malaysia.

Sekarang kebanyakan rrakyat semakin marah dan benci dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah. menerima hukuman atas kesalahan rasuah juga kini bukan lagi jaminan untuk diterima semula oleh rakyat.Hukuman tersebut tidak semestinya telah mencuci atau menebus dosa pemimpin terbabit. Rasuah telah dilakukan dan tiada jaminan tidak akan dilakukan lagi selepas terpilih semula sebagai pemimpin.

Selain BR1M sebagai penambat hati rakyat (yang masih buta/ pekak dan bisu), Najib juga telah "menutup mulut" ketua bahagian Umno dengan pemberian wang yang lumayan. Jadi, rasuah menyelamatkan Najib meskipun semakin memusnahkan negara.

Justeru, sama ada terpilih kerana rasuah dan terus mengamalkan rasuah setelah menjadi pemimpin, rakyat mesti menolak pemimpin berkenaan. Dalam kata lain, rakyat perlu menolak Najib dan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Yakinlah. Pemimpin yang naik kerana rasuah, kemudian gagal mengatasi segala permasalahan dan cuma tahu berkuasa serta mengumpulkan kekayaan peribadi akan segera jatuh. Dia akan musnah kerana rakyat mempunyai kuasa untuk menaikkan dan menjatuhkannya. Kalau rakyat sudah benci, tamatlah riwayat politiknya!

Think Tank bukan zombie alam siber

Posted: 15 Aug 2015 12:08 AM PDT




Oleh ezaruddin abd. rahman 


ANAK muda jangan jadi kalut apabila kepimpinan negara diserang bertalu-ta­lu dengan pelbagai mak­lumat yang tidak sa­hih yang kini menjadi viral dalam media so­sial. Ketika ini emosi sudah men­jadi raja dalam hati segelintir rakyat dengan penyebaran pelbagai maklumat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej negara.

Media sosial kini dilihat menjadi gudang melahirkan ramai tukang fitnah dan penyebar fitnah yang kebanyakannya kita secara tidak langsung terjebak sama apabila turut berkongsi pelbagai berita yang tidak logik dan mengikut persepsi penulis.

Dalam keadaan negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pencarian serpihan pesawat MH370, isu berkaitan 1MDB, masalah ekonomi, kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) dan pelbagai lagi, kerajaan sangat memerlukan idea dan pandangan daripada anak muda untuk membantu memulihkan keyakinan pelabur serta memperkasakan keharmonian negara.
Anak muda sepatutnya menjadi think tank kerajaan. Bukannya menjadi tukang fitnah yang boleh mengganggu keharmonian negara, sekali gus menggugat ekonominya.

Idea daripada anak muda sudah pastinya segar dan kerajaan tentunya amat mengalu-alukan sekiranya idea-idea tersebut datangnya daripada anak muda tempatan bukannya daripada konsultan luar.

Untuk menjadi pemfitnah ketika ini sangat mudah hanya melalui sentuhan jari sudah mencukupi. Kita tidak perlu lagi bersembang panjang di restoran mamak ataupun kedai kopi cukuplah sekadar jari kita memainkan peranan menyebarkan berita atau fitnah di alam siber. Masyarakat dunia siber tidak menggunakan lidah untuk berkata-kata tetapi melalui telefon pintar, iPad, komputer dan laptop cukuplah untuk menghuru-harakan negara dalam menyebarkan berita yang panas tanpa kesahihan.

Anak muda harus sedar, serangan yang bertali arus melalui media sosial daripada anak muda sendiri akan memberi kesan kepada negara.

Kita mungkin boleh bergelak ketawa apabila melihat lawak viral yang disebarkan tanpa memikirkan akan kesan kepada ekonomi dan kestabilan negara. Ini akan mengundang persepsi negatif dunia luar dan akibatnya ekonomi negara kita tidak stabil dan boleh runtuh.

Kita harus akui, masa sudah tidak menyebelahi kita lagi pada waktu ini. Inilah waktunya anak muda bertindak dan bersatu membantu kerajaan yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ketika ramai orang sibuk menjadi pahlawan siber tetapi tidak ramai yang berani tampil untuk memberikan idea dan membantu kerajaan memperbetulkan semula persepsi negatif ini.

Justeru, anak muda harus merebut peluang ini menjadi think tank kerana ini adalah peluang yang terbaik untuk menguji kebijaksanaan golongan ini.

Malaysia mempunyai graduan pelbagai bidang yang hebat dalam jurusan ekonomi, sains politik, kejuruteraan, sains komputer dan pelbagai lagi.

Dalam keadaan ekonomi negara tidak baik ketika ini, mungkin graduan yang berkelulusan bidang ekonomi mempunyai idea dan boleh menulis memberikan idea kepada kerajaan untuk menangani masalah-masalah yang berbangkit.

Rakyat Malaysia kini semakin bijak tidak seperti dahulu, masing-masing mempunyai idea yang bertaraf profesor. Kredibiliti dan kompetensi anak muda akan kelihatan hebat jika menggunakan idea berdasarkan kemahiran dan jurusan mereka yang boleh memberi manfaat kepada kerajaan dan masyarakat. Ini harus menjadi satu amalan kepada anak muda untuk menjadi golongan yang amat dihargai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Satu cadangan yang gila-gila tetapi bernas dan kreatif tentunya akan memberi satu impak yang baik kepada masyarakat kita.

Kata pepatah cina, "Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu dan masa kedua terbaik adalah sekarang".

Jika sekarang kita berlumba-lumba untuk memusnahkannya, apa akan terjadi kepada kita semua pada masa akan datang? Pemimpin dan ahli politik mungkin ada membuat kesilapan dan mereka bukannya malaikat yang sangat sempurna tetapi sebagai generasi muda, kita harus banyak membantu memberikan pandangan dan idea serta mempertahankan negara bukannya menjadi seperti machine gun menembak sesuka hati.

Sebagai anak muda Melayu juga, serangan berterusan kepimpinan Melayu perlu dilihat mempunyai agenda yang tersembunyi yang mungkin kita tidak sedari sama sekali.

Kepimpinan Melayu sudah terbukti berjaya dan diiktiraf oleh pelbagai bangsa di dunia dan ini sudah pastinya mengundang cemburu daripada mereka.

Dalam konteks ini, anak muda Melayu bolehlah diumpamakan sebagai hulu balang yang sepatutnya berada di barisan hadapan untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan pemimpin Melayu.

Tambahan pula, di fasa akhir zaman ini, kita akan menyaksikan pelbagai kacau-bilau, ujian dan fitnah dunia yang semakin marak dan menghimpit kehidupan kita.

Perkara ini akan terus bermaharajalela jika kita tidak kuat dan tidak bertakwa kepada Allah SWT. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri kita dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Oleh itu, anak muda perlu menjadi pahlawan di zamannya bukannya mensia-siakan hidup mereka dengan tidak berbuat apa-apa untuk agama, bangsa dan negara. Mereka kini tidak perlu menjadi pahlawan dengan melawan penjajah tetapi cukuplah dengan menjadi warganegara Malaysia yang baik dan menghormati undang-undang.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura dan China sudah ada undang-undang untuk menahan pengguna Internet yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Kita bimbang fitnah akan menjadi tabiat masyarakat kita. Internet bukan lagi tempat untuk percambahan ilmu tetapi dijadikan markas dan tempat untuk menjatuhkan pemimpin dan negara. Sikap tidak takut menyebar fitnah di alam siber ini akan menjadi barah kepada rakyat Malaysia.

Sebagai anak muda, inilah cabaran buat kita semua. Jangan terperangkap dengan menjadikan anak muda sebagai hantu atau zombie untuk berkeliaran di alam siber sebagai penyebar fitnah.

Jadilah think tank ketika kerajaan berhadapan dengan cabaran dan kesusahan. Tidak rugi untuk bertindak. Kita bukannya pengampu atau pembodek kerajaan tetapi ini adalah satu tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Kenapa perlu berasa malu untuk menyokong kerajaan sedangkan ia adalah untuk kebaikan negara kita sendiri?

PENULIS ialah Timbalan Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).


Surat terbuka buat seluruh Ahli Parlimen Malaysia: Mansuhkan AUKU,Selamatkan Uni

Posted: 15 Aug 2015 12:05 AM PDT




Y.B Ahli Parlimen Malaysia
 
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua ahli Parlimen Malaysia dengan menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang pernah menerima kesan dek kewujudan undang-undang tirai besi di universiti, iaitu Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Y.B sekalian,

Sedarkah anda semua bahawa sepanjang 2014, seramai 26 (atau lebih) kes telah melibatkan pendakwaan atau tunjuk sebab ke atas mahasiswa Malaysia di bawah AUKU dan yang sebaris dengannya ( e.g Akta Institut Pengajian Tinggi)? Sedarkah tuan-tuan Yang Berhormat semua bahawa semalam (13/8/2015) dua orang lagi pemimpin mahasiswa dari UIAM (sdra Hanif Mahpa - Presiden MPP UIAM & sdri Afiqah Zulkifli - Exco MPP UIAM) telah dijatuhkan hukum penggantungan 2 semester pengajian disebabkan "kesalahan" mengadakan forum intelektual berkenaan GST?

Y.B sekalian,

Saya meyakini bahawa Y.B sekalian sedar akan perkara ini. Buktinya? Kita mampu melihat beberapa kenyataan daripada politikus-politikus yang datangnya daripada parti yang Y.B sekalian wakili (walaupun tidak semua). Saya juga meyakini bahawa Y.B sekalian tidak boleh menafikan bertapa Y.B sekalian mendapat laba politik dek isu-isu yang melanda mahasiswa walaupun sedikit. Mengapa? Kerana anda menyedari mereka juga golongan yang tertindas dek sistem negara, dan paling penting, mampu memberikan nilai publisiti buat anda!

Y.B sekalian,

Sekiranya anda semua terlupa, sukalah untuk saya mengingatkan kembali. AUKU telah digubal oleh pentadbiran kerajaan pada tahun 1971 tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mengekang suara dan 'kuasa' mahasiswa yang begitu agresif lewat tahun 60an & awal 70an. Namun kesan AUKU bukan terhad setakat di situ sahaja, AUKU juga telah menyebabkan hilangnya roh kebebasan akademik di universiti. Lebih malang lagi, AUKU telah membuka ruang penguasaan universiti oleh pihak parti yang memerintah melalui proksi-proksi mereka di universiti. Sedarkah Y.B sekalian akan senario ini? Saya berani mengatakan dengan yakin bahawa anda semua mengetahuinya, bahkan terdapat di antara kalian yang pernah duduk, malah menjadi mangsa terdapat undang-undang regim ini!

Y.B sekalian,

Sepertimana kezaliman ISA, POTA, SOSMA, Akta Hasutan dll, haruslah Y.B sedar dan tahu bahawa AUKU (dan akta-akta & peraturan yang seumpama dengannya) berdiri sama zalim dengan akta-akta tersebut. Tetapi jarang sekali (atau tiada mungkin?) kami rakyat Malaysia (khususnya mahasiswa) mendengar para Y.B sekalian begitu serius di dalam memastikan pupusnya undang-undang ini dari senarai undang-undang Malaysia.

Sudah berpuluh tahun AUKU mencengkam & membunuh idealisme ribuan mahasiswa, maka selayaknya tempatnya pada hari ini hanyalah di dalam kaca perhiasan di Muzium Negara.

Justeru itu, saya dan rakyat Malaysia yang berkongsi aspirasi yang sama menggesa tindakan yang JUJUR dan SERIUS daripada kalian yang berada di dalam Parlimen - sama ada di kerusi kerajaan mahupun pembangkang - untuk sekurang-kurangnya memastikan peruntukan-peruntukan yang bermasalah di dalam undang-undang tersebut untuk dihapuskan.

Muhammad Najib bin Abdurrahim
Rakyat marhaen
Mantan mahasiswa 2010-2015
Mantan Pengerusi WUFI IIUM 2013-2014
Mantan Pengerusi MPN GAMIS 2014-2015
‪#‎SelamatkanMalaysia‬
‪#‎SelamatkanMahasiswa‬
‪#‎SelamatkanUniversiti‬

PAS Sedia Isytihar Dana Politik - Takiyuddin

Posted: 15 Aug 2015 12:02 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Takiyuddin Yassan.
 
 
KUALA LUMPUR: PAS menyatakan kesediaan untuk mengumumkan jumlah dana politik yang diterima parti itu selaras dengan pengumuman penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada Jumaat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenainya dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima oleh parti itu.

"Kita tak ada masalah untuk umumkan dana ini sebab biasanya kami terima dana daripada sumbangan terbuka, malah kalau dalam program seperti ceramah dan sebagainya kita umumkan berapa jumlah kita dapat pada masa itu," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang, setiap parti politik dibolehkan mencari dana dari luar dan hanya perlu mengisytiharkan senarai perbelanjaan parti dalam musim pilihan raya.

"Memiliki dana dan perbelanjaan semasa musim pilihan raya adalah dua perkara berbeza, itu kena jelas," katanya.

Ketika mengumumkan penubuhan JKNMPP di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Takiyuddin berkata, keanggotaan JKNMPP perlu dibuka kepada semua parti politik termasuk pembangkang bagi memastikan pelan tindakan yang akan dihasilkan telus dan menyeluruh.

"Setiap parti politik perlu mempunyai wakil sebagaimana jawatankuasa-jawatankuasa lain yang dibentuk di peringkat nasional," katanya. - Bernama

"Adakah Wujud Campur Tangan Dalam Siasatan 1MDB?" - Muhyiddin

Posted: 15 Aug 2015 12:01 AM PDT

Oleh: SHARANPAL SINGH RANDHAWA
 




KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang pembabitannya dalam kerajaan, beliau tidak pernah menentang Perdana Menteri dan dasar kerajaan melainkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Hanya satu perkara sahaja yang saya lakukan adalah menyuarakan cadangan saya mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion," katanya ketika berucap sempena mesyuarat Umno Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Timbalan presiden Umno itu berkata, apa yang dilakukannya adalah cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari semua dakwaan salah laku dan pada masa sama untuk menjaga imej parti dan negara.

Muhyiddin berkata, rakyat mempersoalkan mengenai derma RM2.6 bilion dan mempunyai hak untuk mendapatkan jawapan.

"Rakyat berhak tahu. Bila mereka tanya saya, apa yang saya boleh katakan adalah saya tidak tahu. Rakyat mencari jawapan mengenai dari mana duit itu datang.

"Kalau derma itu untuk parti dan digunakan untuk pilihan raya umum ke-13, maka berapa banyak yang digunakan dan berapa bakinya," soal bekas timbalan perdana menteri itu.

Mengenai laporan Wall Street Journal baru-baru ini, Muhyiddin berkata, beliau ada menghantar mesej kepada Najib sebaik sahaja membaca artikel tersebut.

"Saya menghantar teks kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan mengenai perkara itu dan Perdana Menteri harus memberikan penjelasan terhadap andaian dan tohmahan terhadap beliau. Beliau jawab teks saya dan kata 'terima kasih' dan beliau akan meminta Peguam Negara untuk memberikan penjelasan. Ini yang beliau sebutkan pada saya," katanya.

Mengenai pembubaran pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB, Muhyiddin membangkitkan persoalan.

"Apakah sebenarnya yang berlaku dengan mereka yang sepatutnya menyiasat perkara itu? Saya diberitahu baru-baru ini bahawa tidak ada lagi. Ia seolah-olah seperti ada campur tangan yang sedang mengganggu. Adakah ini kebetulan atau adakah ia dilakukan dengan sengaja?.

"Bukan saya yang mempersoalkannya tetapi rakyat mahu tahu," katanya.

Hishammuddin Bimbang Umno Berpecah, Jadi Bahan Sejarah

Posted: 14 Aug 2015 11:57 PM PDT


MSTAR ONLINE
 
 

Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) sempat berwefie dengan ahli-ahli parti ketika hadir di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang, Jumaat. -fotoBERNAMA


TANGKAK: Seluruh anggota Umno diminta meletakkan parti sebagai keutamaan agar parti itu terus menjadi tunjang kepada kejayaan agama, bangsa dan negara.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu besar yang melanda Umno perlu dielakkan kerana jika tidak ditangani dengan baik ia boleh menenggelam dan merosakkan parti.

"Anggota Umno kena jaga negeri masing-masing dan jaga (dengan baik) bahagian masing-masing dan ia tidak boleh meletakkan usaha itu pada tangan seorang individu atau di peringkat (dalam parti) tertentu sahaja.

"Sebab itu jangan benarkan isu besar menenggelamkan kita dan jadikan itu sebagai cabaran untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ledang di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Ledang Datuk Hamim Samuri, Anggota Dewan Undangan Negeri Serom Abd Razak Minhat dan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu turut memuji langkah Umno Johor yang mempunyai strategi perancangan 10 tahun untuk memperkasakan parti termasuk menubuhkan sebuah sekolah parti.

"Saya secara peribadi menyokong penuh usaha Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk melihat perancangan 10 tahun Umno Johor.

"Ini untuk memastikan parti (Umno) terus relevan dan pastikan Umno Johor terus memegang nilai-nilai sedia ada untuk tidak menjejaskan parti," katanya.

Sementara itu kita berucap Hishammuddin berkata parti kini menghadapi cabaran yang getir dan dihujani beban dan jika tidak ditangani dengan baik ia boleh menjadikan parti sebagai tidak lagi relevan.

Katanya apa yang berlaku itu disifatkan sebagai ujian besar yang akan menentukan kelangsungan hidup parti.

"Saya perlu jujur. Kebimbangan saya terhadap perkara ini tidak dapat saya sembunyikan. Jika kita tidak tangani cabaran ini dengan segera, dengan matang dan dengan berkesan, kelak kita akan berpecah, rebah menjadi bahan sejarah," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan anggota parti agar jangan berpecah dan dalam suasana sekarang yang memburukkan keadaan apabila ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
 
 

Trem Bakal Muncul Semula Di P.Pinang Di Bawah Pelan Induk Bernilai RM27 Bilion

Posted: 14 Aug 2015 11:55 PM PDT

Oleh: TAN SIN CHOW
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Kemungkinan wujudnya trem yang berulang-alik di sepanjang jalan di sini hampir menjadi realiti apabila sebuah  konsortium menang bidaan untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM27 bilion.

Trem tersebut, adalah antara cadangan di bawah PTMP, yang turut termasuk laluan transit aliran ringan (LRT) dan lebuh raya sepanjang 20km yang menghubungkan Bayan Lepas dan Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Jumaat mengumumkan bahawa SRS Consortium, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh senaraian awam Gamuda Bhd dan dua syarikat hartanah tempatan telah dilantik sebagai rakan pelaksana projek (PDP) untuk PTMP, yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Kedua-dua syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu adalah Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan  Ideal Property Development Sdn Bhd.

Pengumuman beliau mengesahkan laporan StarBiz pada Jumaat yang memetik sumber sebagai berkata bahawa Gamuda telah dilantik sebagai PDP dan ia telah menubuhkan sebuah syarikat dengan dua syarikat tempatan untuk melaksanakan projek PTMP itu.

Guan Eng berkata komponen kritikal untuk pelan itu ialah LRT, trem dan jalan raya.

"LRT bukan hanya di pulau tetapi juga di tanah besar. Ia perlu dilakukan di luar zon warisan. Dalam zon warisan, kita perlu kembali kepada perkhidmatan trem. Menghidupkan semula sistem ini akan menjadikan Pulau Pinang unik dan romantis," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar sebelum menyerahkan Surat Anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium SRS Datuk Lin Yun Ling.

Guan Eng berkata majlis eksekutif negeri melantik SRS Consortium sebagai PDP pada Rabu berdasarkan pengalaman yang luas dalam transit aliran massa dan infrastruktur pengangkutan awam yang berkaitan serta pembangunan perbandaran berskala besar.

Beliau berkata Gamuda memegang 60 peratus ekuiti dalam SRS dan dua syarikat tempatan itu masing-masing memegang baki 20 peratus ekuiti.

Beliau berkata konsortium itu akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam tempoh enam bulan akan datang bagi memastikan pelaksanaan terperinci pelan induk, reka bentuk kejuruteraan, mengumpul maklum balas orang ramai dan mendapatkan persetujuan semua negeri dan kerajaan Persekutuan bagi setiap komponen PTMP.

Selain LRT, trem dan lebuh raya pan-pulau , turut dilaporkan bahawa komponen-komponen lain ialah sistem katamaran dan projek menaik taraf persimpangan lebuh raya bernilai RM100 juta.

"Mudah-mudahan, kita juga akan mendapat kereta kabel dan teksi air," kata Guan Eng.

Beliau berkata sebaik sahaja kelulusan dan perancangan bagi pelbagai pakej kerja PTMP disempurnakan, konsortium itu akan memanggil tender terbuka dan menjemput penyertaan tender.

Mengenai komponen mana akan dimulakan PTMP terlebih dahulu, Guan Eng berkata ia bergantung kepada lesen atau permit mana yang telah diperolehi.

Beliau berkata projek PTMP pertama dijangka dilancarkan pada 2017 dan semua komponennya siap pada tahun 2030.

Guan Eng berkata konsortium itu akan menggunakan langkah-langkah piawaian keselamatan dan alam sekitar yang ketat untuk mengurangkan kesan PTMP terhadap alam sekitar dan sosial.

"Kerajaan negeri menekankan bahawa PDP perlu mendapatkan semua kelulusan berwajib daripada Kerajaan Pusat dalam tempoh enam bulan, atau menanggung segala kos pengurusan jika gagal kelak," katanya.

Mengenai pembiayaan daripada kerajaan negeri, beliau berkata isu itu hanya akan ditangani sebaik sahaja konsortium memperoleh jaminan semua kelulusan lesen daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kami akan bekerja berdasarkan kerangka kewangan pertukaran hak milik tanah. Tetapi ia masih terlalu awal untuk bercakap tentang perkara ini, " tambahnya.

Dalam laporan StarBiz yang memetik sumber pada Jumaat, dinyatakan bahawa pasar Prangin lama, yang lebih dikenali sebagai Sia Boey, telah ditetapkan oleh kerajaan negeri sebagai tapak untuk stesen pusat LRT.

Dari Sia Boey, rancangan awal adalah untuk mempunyai laluan LRT sepanjang 17.5km dari George Town ke Bayan Lepas.

Akan terdapat dua laluan tambahan, dari Sia Boey ke Tanjung Tokong melalui Kelawei Road, dan ke Paya Terubong melalui Datuk Keramat dan Air Itam.
 
 

Umno Bahagian Langkawi Jemput Rahman Dahlan Rasmi Mesyuarat Perwakilan

Posted: 14 Aug 2015 11:54 PM PDT

Oleh: MAZWIN NIK ANIS
 
 
Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
 
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Datuk Abdul Rahman Dahlan dijemput oleh Umno bahagian Langkawi untuk merasmikan mesyuarat perwakilan pada Sabtu.

Jemputan dibuat kerana Umno bahagian ini yakin Abdul Rahman, yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional mampu melaksanakan tugasnya dengan baik untuk memberikan penjelasan mengenai perkembangan semasa di negara ini.

Ketua Umno bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata jemputan kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibuat tepat pada masanya selepas ucapan seorang wakil dalam Mesyuarat Wanita Umno bahagian itu, Ahad lalu menjadi kontroversi.

"Kami berharap beliau akan hadir pada majlis pembukaan dan mendengar apa yang Datuk Abdul Rahman mahu jelaskan. Saya juga akan berkongsi maklumat mengenai beberapa isu hari ini," katanya.

"Mudah-mudahan, persepsi beliau terhadap kepimpinan parti akan bertambah baik selepas mendengar penjelasan."

Rakaman video salah seorang perwakilan wanita Umno bahagian Langkawi yang menuduh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak 'kencing' (berbohong), sedang tersebar di media sosial.

Nawawi berkata Umno bahagian itu tidak mempunyai rancangan untuk mengambil tindakan atau menghukum beliau disebabkan ucapannya, sambil menambah sebagai anggota parti, beliau dibenarkan untuk menyatakan pandangan.

"Tetapi saya berharap beliau akan menghadiri mesyuarat itu dengan hati yang terbuka dan minda yang jelas untuk mendengar cerita daripada satu lagi pihak dan bukan hanya apa yang dibentangkan di ruang siber," kata Nawawi.

Ketua Wanita Umno Langkawi Hisham Suhaily Othman berkata beliau memberitahu perwakilan pada permulaan mesyuarat itu bahawa mereka bebas untuk berkongsi pandangan mereka tetapi mereka perlu menjaga 'bahasa' masing-masing.

Katanya, ahli dari cawangan Padang Mat Sirat itu bukan satu-satunya wakil yang telah membangkitkan isu-isu melibatkan kepimpinan Umno, sambil menambah mereka yang lain juga telah menyatakan pandangan mereka dengan cara yang lebih diplomatik dan tanpa emosi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mesyuarat bahagian adalah platform yang sesuai untuk ahli-ahli parti untuk menyatakan pandangan mereka mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada parti, kerana kebimbangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat itu akan disampaikan kepada kepimpinan.

"Mereka yang mahu memberikan pendapat mereka perlu berbuat demikian dengan ikhlas dan tidak menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Pendapat kita perlu dilakukan dengan niat untuk menguatkan dan menyatukan kita, dan tidak membawa kepada ketidakstabilan parti, "katanya.
 
 

KEADILAN saman Najib isu ‘derma’ RM2.6 bilion

Posted: 14 Aug 2015 11:41 PM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tiga yang lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kini berhadapan saman sivil ekoran pendedahan transaksi korup bernilai RM2.6 bilion yang didakwa digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) lalu.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman yang dikemukakan KEADILAN itu adalah syarikat pelaburan strategik negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Saman itu dipimpin oleh Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dan seorang lagi pemimpin pembangkang, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ia difailkan di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi melalui peguam Tommy Thomas.

saman"Saman ini adalah tindakan lanjut daripada pendedahan Wall Street Journal (WSJ) berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bagi kegunaan kempen PRU 13 dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," jelas Nurul Izzah yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pusat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan, jika 'derma' tersebut telah secara keseluruhannya digunakan bagi tujuan tersebut ia sama sekali telah melanggar peraturan pilihan raya.

"Ini mendedahkan pelbagai rasuah dan taktik korup telah digunakan Umno BN dalam meraih kemenangan dalam PRU 13 lalu.

"Ternyata RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had dibenarkan seperti yang digariskan oleh undang-undang Malaysia," tegasnya pada sidang media di ibu pejabat parti.

Seksyen 19 Akta Pilihan Raya 1954 hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Dzulkifli yang merupakan calon PRU 13 ketika menjawab soalan pemberita mengenai kemusykilan bagaimana keseluruhan wang tersebut boleh diandaikan telah digunakan untuk memenangkan Umno BN dalam PRU lalu berkata, ia dapat disahkan melalui kenyataan Najib sendiri.

Najib yang bertindak melantik beberapa Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam siasatan ke atas skandal 1MDB menganggotai barisan kabinetnya baru-baru ini dipetik berkata, dia tidak menggunakan apa-apa dana diperoleh bagi kepentingan peribadinya.

Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, R Sivarasa sementara itu menambah, ia boleh dibuktikan dengan memanggil Najib untuk dibicarakan di mahkamah.

"Bila perbicaraan bermula, kita akan dapat tahu dari mana punca dana tersebut datang, berapa banyak digunakan dan untuk tujuan apa, kita boleh tahu perkara sebenar," jelasnya kepada pemberita.

Umno BN mengekalkan kuasa dalam PRU lalu apabila mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan walaupun kehilangan undi popular.

Malah ketelusan SPR menjalankan pilihan raya tersebut turut diragui.

Ia termasuk kegagalan suruhanjaya itu memastikan dakwat kekal yang digunakan bagi mengelak penipuan berlaku dapat berfungsi dengan baik.

"Natijahnya, SPR telah bersubahat dalam konspirasi untuk memusatkan kuasa dalam tangan Umno BN dengan membelakangi perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Justeru katanya, saman sivil yang dikemukakan itu bagi menuntut supaya keputusan pilihan raya lalu dibatalkan.

"Termasuklah bukti transaksi korup yang berlaku dalam PRU 13 yang lalu telah menzahirkan saman yang menuntut agar keputusan PRU 13 bagi semua 222 kerusi dibatalkan.

"Dan sebuah pilihan raya umum yang baru perlu diadakan," tegas tokoh reformasi itu.

Bajet dipotong RM1 bilion, kemasukan ke IPTA turun 5.5 peratus

Posted: 14 Aug 2015 11:39 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR,  KEADILAN membantah penurunan pengambilan pelajar ke universiti Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) akibat pemotongan bajet oleh kerajaan, kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Beliau memetik laporan akhbar di mana Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr. Asma Ismail mengumumkan hanya 40,438 pelajar diterima masuk ke IPTA untuk sesi 2015/2016.

Sim berkata, mengikut data yang diperolehi di parlimen, pengambilan pelajar pada tahun 2015 adalah paling rendah berbanding tahun 2013 iaitu 41,573 pelajar dan 42,795 pelajar pada tahun 2014

"Maka, kami menjangka ramai pelajar yang layak masuk ke IPTA tidak mendapat tawaran atau mendapat tawaran yang di luar pilihan pada tahun ini," katanya.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, penurunan kemasukan pelajar disyaki berkaitan pemotongan Bajet IPTA yang mendadak dalam Bajet 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan memotong 12.36 peratus iaitu daripada RM8.47 bilion (2014) kepada RM 7.42 bilion pada 2015, iaitu penurunan sebanyak RM1.03 bilion.

"Pemotongan bajet adalah disebabkan oleh pengawalan fiskal yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri akibat gagal mengawal hutang Negara yang hampir mencecah 55 peratus"

"Parti KEADILAN berpendapat, kerajaan tidak harus memotong bajet IPTA kerana ia merupakan satu tanggungjawab Negara dan juga pelaburan yang bijak," jelasnya.

Menurutnya, ibu bapa kini menghadapi masalah serius untuk membiayai kos yuran IPTS dan universiti luar Negara akibat kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar.

"Maka, ini peluang yang terbaik untuk menarik pelajar-pelajar cemerlang terus belajar di IPTA daripada melanjut pelajaran di luar Negara," katanya.

Justeru katanya, KEADILAN menyeru IPTA menambah pengambilan pelajar dalam pengambilan kedua yang akan diumumkan pada September.

Dalam pada itu, katanya, KEADILAN juga melancarkan laman web Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP) untuk membantu pelajar yang gagal mendapat sebarang tawaran atau ditawarkan kursus di luar pilihan.

Laman web ini dibuka untuk semua pelajar lepasan STPM dan setaraf yang mahu membuat sebarang aduan mengenai kemasukan ke IPTA. Jelasnya, mereka hanya perlu mengisi borang aduan di laman web tersebut sebelum 21 Ogos ini dan KEADILAN akan mengumpulkan data-data yang diterima untuk dianalisis.

Bersih 4 manifestasi rakyat tolak Najib

Posted: 14 Aug 2015 11:35 PM PDT


Oleh Ermizi Muhamad


PETALING JAYA : Himpunan Bersih 4 hujung bulan ini diadakan sebagai simbolik penolakan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah menegaskan, protes aman itu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan, tetapi platform kepada rakyat menyatakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri serta bantahan kepada sistem politik pemerintah.
bersih-demo 
"Rakyat sudah hilang keyakinan kepada Najib tetapi Parlimen masih belum mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukan sama ada Najib masih menerima kepercayaan kebanyakan Ahli Parlimen.

"Parlimen kita sudah gagal, di bawah seorang Speaker yang tidak dipilih rakyat.

"Bersih 4 akan menjadi manifestasi undi tidak percaya ke atas Najib.

"Protes ini akan menjadi suara seluruh rakyat untuk mengukuhkan lagi sistem demokrasi berparlimen di negara ini," kata Maria.

Beliau berucap pada majlis pelancaran himpunan itu yang dirancang selama 34 jam tanpa henti, bermula 29 Ogos ini, di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.

Sambung Maria, rakyat juga menuntut sistem politik dan kepimpinan yang bersih serta bebas rasuah.

grafik tuntutan

"Kalau politik ini sistemnya masih tidak bersih, ia tidak akan selesaikan apa-apa pun.

"Muhyiddin (Yassin) atau Zahid (Hamidi) sekalipun yang ganti Najib, kalau masih korup dan tamak, semua skandal lain tidak akan dapat diatasi," katanya merujuk penyelewengan kerajaan antaranya skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan NFC (Pusat Fidlot Nasional.

Masih bertemakan kuning, perhimpunan itu akan berlangsung serentak di Kuala Lumpur dan beberapa bandar termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Pahang, Johor serta lebih 20 bandar di luar negara.

Empat tuntutan Bersih 2.0 dalam himpunan ini adalah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.

Selain itu, 10 pembaharuan antaranya termasuk institusi pilihan raya, institusi Parlimen, menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan berperlembagaan yang menjawab kepada Parlimen dan menghalang Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.

Oleh itu, Maria menyeru rakyat menyertai himpunan ini bagi melakukan pembaharuan terhadap institusi negara dan menamatkan rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: