Rabu, 1 Julai 2015

dollah yankee

dollah yankee


Bila tokey-tokey besar ni nak bertindak?

Posted: 01 Jul 2015 07:43 AM PDT


Semua orang tahu projek 1MDB adalah projek Najib. Semua orang lihat projek ini adalah lukah di mana 1MDB boleh berhutang. Duit hutang ini diagihkan kepada kroni Najib dan Rosmah. Justeru muncul nama Jho Low dan Reza Aziz yang memungut untung dari lukah 1MDB ini. Dua sosok ini bukan ahli perniagaan dalam negara. Malah mereka ini tidak pun duduk di Malaysia.

Di belakang Mahathir ini kita lihat tokey-tokey besar yang telah dibentuk oleh Mahathir. Dalam forum antarabangsa Mahathir akan memastikan kepentingan ekonomi tokey-tokey besar ini tidak diganggu gugat. Kerana ini para pemodal ini terus teguh menyokong Mahathir. Kepentingan ekonomi dan kelas mereka terjamin selamat.

Pada tahap ini tokey-tokey besar ini masih memerhatikan apakah Najib akan terus memporak-perandakan ekonomi Malaysia dengan hutang 1MDB. Hutang RM42 bilion ini akan mengoncang dan meledak-musnah ekonomi Malaysia. Tokey-tokey besar ini amat lah sedar akan hal ini.

Maka kita kembali kepada persoalan yang ditanya-tanya: Bila Najib akan dipenerajang keluar? Jawabnya: Najib akan dipenerajang keluar bila umno merasa parti mereka akan lingkup. Kempen Mahathir memainkan peranan tetapi yang akan menentukan ialah ekonomi Malaysia.

Bila akan berlaku? Ianya sedang berlaku sekarang. Fulus telah habis, projek makin pupus. 
Gurkah-gurkah politik di'port' kata... "kita bagi dia masa sampai lepas hari raya".

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: