Rabu, 1 Julai 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


AWAS GUNUNG MELETUP

Posted: 01 Jul 2015 06:00 PM PDT





KOMENTAR
dalam gambar bogel ini
ada jalur temberang
apakah ini percubaan
untuk mengolah persetujuan?
unmenyediakan satu lagi
hukum larangan?

Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau

 | July 1, 2015
Lelaki terbabit mengambil gambar bogel dengan berlatar belakangkan Jalur Gemilang dan sebuah papan tanda

PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya berbogel di atas Gunung Irau, Cameron Highlands tersebar di internet dan laman sosial.
Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi, ia menunjukkan sudut yang sama di mana berlatar belakangkan Jalur Gemilang serta sebuah papan tanda yang bertulis Brinchang 2.35 km

KAH KAH KAH
woit
kita dalam bahaya
akan berlaku gempa bumi
akan berlaku malapetaka
kerana ada orang berbogel
bogel kencing berdiri
kah kah kah

YA AMPOON


-------------

YA AMPOOON YA MAULANA

Posted: 01 Jul 2015 01:21 PM PDT






Nazri gembira TMJ rasa dia tak kacak

Menteri Pelancongan dan Kebudayan,  Nazri Abdul Aziz gembira kerana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasakan beliau bukan seorang yang kacak.

"Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian, Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya.



KAH KAH KAH
woit
ni cukup hebat
gaduh berterusan
ya ampooon 
ya maulana
siapa yang kacak
siapa yang jambu
siapa muka bajak
siapa muka menggerutu
kah kah kah

SIAPA NYAH

---------------

TIPU PILIHAN RAYA

Posted: 01 Jul 2015 07:00 AM PDT





KENYATAAN MEDIA 
1 JULAI 2015

Kejanggalan dalam Daftar Pemilih:
 Apa kesudahan RCI Sabah?


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan kerjasama Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) sedang menjalankan audit daftar pemilih di beberapa lokasi strategik di seluruh negara, dan sedang memberi tumpuan khas kepada daftar pemilih di negeri Sabah.

Berdasarkan data yang kami terima, wujud beberapa kejanggalan terutamanya yang melibatkan nombor kad pengenalan pemilih serta kewujudan pemegang kad pengenalan yang meragukan sepertimana yang disahkan oleh Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah (RCIIIS).

Satu contoh kejanggalan ini dapat dilihat dalam satu kes di Sandakan, di mana kami telah mendapati seorang pemilih bernama Mainah binti Takait yang didaftarkan dua kali dengan nama dan alamat yang sama dan didaftarkan pada hari yang sama oleh unit bergerak SPR, namun mempunyai angka ekor Kad Pengenalan yang berbeza. (gambar sisipan).

Laporan RCIIIS dalam mukasurat 306 menyatakan bahawa "terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pendatang yang bukan rakyat Malaysia telah diberikan Kad Pengenalan biru secara haram oleh sindiket dan/atau individu tertentu, dan dengan itu, telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih dengan Kad Pengenalan mereka".

BERSIH 2.0 juga ingin menekankan bahawa siasatan dan tindakan berdasarkan laporan RCIIIS hendaklah dimulakan dengan segera.

Dalam prosiding RCI pada 16 Januari 2013, Ruslan Bin Alias, Penolong Ketua Unit Bahagian Kad Pengenalan Sabah/Sarawak, telah mendedahkan kewujudan sebanyak 130,549 kad pengenalan yang dikeluarkan tanpa mengikut prosedur. Justeru kebanyakan daripada kad-kad pengenalan ini adalah tidak sah.

MERAP juga telah berjaya mendapati kejanggalan pada 49,159 pengundi di Sabah dalam daftar pemilih suku keempat 2012, di mana meskipun KadazanDusun merupakan etnik terbesar di Sabah, 80% pengundi RCI terdiri daripada keturunan Bugis, Bajau, Melayu dan Suluk. Adakah daftar pemilih ini telah dibersihkan?

MERAP turut mendapati beberapa daerah mengundi yang dibanjiri pengundi warga asing yang diragui kewarganegaraannya contohnya di Sepanggar dan Putatan. Kawasan-kawasan tersebut didapati mempunyai populasi pengundi berbangsa Indonesia, Filipina, Pakistan dan Suluk yang luarbiasa.

Malah, pengundi-pengundi ini juga didapati tidak mempunyai alamat lengkap di dalam daftar pemilih.

BERSIH 2.0 mempersoalkan apakah kesudahan jawatankuasa yang khabarnya dibentuk pasca pelancaran Laporan RCIIIS hujung tahun lalu bagi mengambil tindakan berdasarkan penemuan laporan tersebut.

BERSIH 2.0 turut mengambil maklum keterujaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang ketika mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Sijil Anak Negeri palsu di Sabah, telah menggesa supaya siasatan turut dibuat ke atas kad pengenalan palsu yang katanya masih tiada tindakan walaupun banyak aduan telah dibuat.

BERSIH 2.0 melahirkan rasa bimbang terhadap integriti Jabatan Pendaftaran Negara sebagai badan utama yang menyelenggarakan pengeluaran kad pengenalan, serta perkaitannya dengan 'Projek IC' seperti yang terdapat dalam laporan RCIIIS.

Oleh yang demikian kami membuat gesaan tegas supaya laporan RCIIIS tidak sia-sia dan tindakan selanjutnya mesti diambil sebelum lebih banyak kejanggalan dalam daftar pemilih didedahkan hasil kecuaian atau niat jahat pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai kaitan dengan kedua-dua pihak SPR dan juga JPN.

Kami juga akan menjalankan audit lapangan di kawasan-kawasan strategik dengan melawat pengundi-pengundi yang didaftarkan dengan alamat-alamat ganjil serta pengundi-pengundi yang telah dipindahkan tanpa sebab munasabah.








-------------

JUAL BELI BANGLA

Posted: 01 Jul 2015 06:00 AM PDT








1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia - Ahmad Zahid


ALOR GAJAH, 25 Jun (Bernama) -- Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.



BESTINET UNTUNG RM150 JUTA DARIPADA KEMASUKAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 1.5 juta pekerja asing Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.[1]

Sekarang rakyat baru sedar mengapakah sistem Foreign Workers Centralized Management System (FMCMS) dikuatkuasakan secara tergesa-gesa sebelum pengumuman tersebut dibuat. Nyata semua kaunter imigresen telah ditutup sepenuhnya untuk urusan Visa Dengan Rujukan (VDR) mulai hari ini (1 Julai 2015).

Pelaksanaan sistem FWCMS kini mewajibkan setiap pekerja asing membayar sebanyak RM100 kepada kontraktor bagi menjalani saringan kesihatan bioperubatan di negara asal pekerja asing.

Seandainya RM100 tersebut diperoleh oleh pengusaha FWCMS iaitu Bestinet Sdn. Bhd. (BESTINET), kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melihatkan keuntungan durian runtuh sebanyak RM150 juta kepada syarikat tersebut. Ini tidak termasuk keuntungan yang diraih melalui pengambilan pekerja asing yang sedia ada serta pengambilan dari negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Myanmar dan Nepal.

Pelaksanaan sistem ini bakal mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja serta kementerian negara Nepal apabila mereka diwajibkan untuk menggunakan sistem bioperubatan.[2] Agensi-agensi tempatan di negara sumber telah mengesahkan bahawa untuk kes Filipina, pekerja ataupun ejen pengambilan pekerja perlu membayar USD15 (RM54) bagi tujuan memuatnaik maklumat kesihatan pekerja asing.[3]

Tapi apa yang membimbangkan adalah apabila pengambilan pekerja asing didorong oleh syarikat kroni seperti BESTINET dan MyEG yang dikuasai oleh pimpinan UMNO. Lebih ramai pekerja asing diambil, maka lebih keuntungan yang diraih oleh mereka. Maka apakah jaminan ruang pekerjaan untuk orang tempatan selepas 1.5 juta pekerjaan diambil alih oleh pekerja Bangladesh? Bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan ekonomi negara sekiranya tenaga kerja murah asing diimport dan digunakan untuk memenuhi kekosongan kerja tempatan?

Persoalan ini menjadi lebih ternyata apabila kontrak FWCMS boleh dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada Bestinet sebagai syarikat yang bernilai RM2 sehingga 2013. Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan bahawa BESTINET tidak menghantar Laporan Akaun sejak tahun 2010 selama 4 tahun (yang pastinya telah melanggar Akta Syarikat 1965), dan diklasifikasikan sebagai syarikat 'Dormant'.

Kesemua kelakuan berleluasa ini telah menimbulkan keraguan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, berpakat sulit serta salahgunakuasa antara pihak kelulusan dan pihak yang mendapat manfaat. Kesemua persoalan ini wajib diperjelaskan oleh Ahmad Zahid sebagai menteri yang bertanggungjawab.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat




-----------------

KETAWA LEPAS BERBUKA

Posted: 01 Jul 2015 05:00 AM PDT






KETAWA

LEPAS 

BERBUKA







--------------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 01 Jul 2015 04:20 AM PDT






MINGGU

 KE DUA

kita telah masuk minggu ke dua
bagitu cepat waktu berjalan

kuala lumpur tidak semolek minggu pertama
tidak lagi kelihatan awan
hilang entah kemana


malam ini bulan punama
apakah akan dilihat bulan
apakah akan dilihat bintang

cuaca makin kering
cuaca makin panas
bahan global makin dirasakan
inilah keupayaan manusia
melakukan satu yang salah
kemudian mencari ubatnya

apakah ada ubatnya

kuala lumpur makin berasak asak
kereta macet kereta jem di sana sini
asap dan hawa dingin
menaikan lagi suhu
aduh!

seharusnya bulan puasa ini
waktu dan ketika
yang baik untuk melihat diri
untuk melihat tamadun manusia
untuk melihat seratus tahun dari petang ini
kemana agaknya arah tuju manusia ini

seratus tahun dari petang ini
apakah ada anak kecil 
menunggu bedok dipalu tanda berbuka
apakah ada anak kecil 
sedang mecuba kasut baru untuk beraya
apakah kita ada kampong
untuk pulang 


SELAMAT

BERBUKA



------------

THE BANGSART BANGUN MELAWAN

Posted: 30 Jun 2015 11:30 PM PDT




MUSi

GENDANG

BUDAYA 

MELAWAN




 ANAK MUDA 


JALAN RAYA

APA DIA ISIS?

Posted: 30 Jun 2015 10:30 PM PDT




APA DiA ISIS?

Ketika  tulisan ini garap seramai 38 orang telah tewas  di Tunisia. Satu serangan yang meragut satu nyawa telah juga berlaku di Lyon Peranchis. Dalam hari  yang sama satu ledakan bom di Kuwait telah meragut  27 nyawa  dan 200 cedera. Semua berlaku Jumaat lalu.

Di Tunisia -  Hotel Marhaba - wilayah pelancung -  ditepi pantai Laut Tengah telah diserang dengan tembakan Kalashnikov oleh seorang anak muda berumur 23 tahun. Seifeddine Rezgui yang telah ditembak mati  dikatakan  penyokong Isis. Kini  30 yang disahkan gugur adalah warga Britain. Bakinya warga Tunisia. 

Di Lyon  pembunuhan dilihat amat kejam. Yassin Salhi seorang pemandu lori telah memenggal kepala 'boss' dan memacakkan kepala ini dipintu pagar. Yassin  telah  cuba melanggar  kilang kimia dengan lorinya. Tetapi gagal. Yassin yang lahir di Peranchis dari keluarga Aljeria  kini dalam  tahanan. Motif pembunuhan sedang disiasat.

Manakala ledakan bom di Kuwait berlaku dalam Masjid Imam Sadiq ketika sembahyang Jumaat berlangsung. Dilaporkan pengebom bunuh diri ini bernama Fahad Suleiman - warga Saudi. Mangsa yang gugur dilaporkan dari mazhab Shia. Penduduk Kuwait berjumlah 3 juta - 30% adalah dari mazhab Shia.

Untuk memahami semua ini kita wajib melihat kembali babak-babak yang telah berlaku sebelum ini. Kita wajib melihat kembali garis masa agar kita dapat melihat peta yang besar untuk memahami apa yang sedang terbuka dihadapan mata kita.

Satu tahun dahulu kota Mosul di utara Iraq telah jatuh ke tangan apa yang kini dipanggil gerombolan Isis. Umum juga telah membaca bagaimana Maqam Nabi Yunus telah di musnahkan oleh gerombolan ini. Umum juga telah  membaca dan mungkin  melihat klip  YouTube seorang juruterbang Jordan  terkurung dalam 'sangkar' dan dibakar dibakar hidup-hidup. Dunia juga menjadi  gempar apabila Isis membunuh, merogol dan menjual warga  Iraqi dari Mazhab Kristian Yazdi.

 Paling akhir dunia Islam terperanjat apabila dua budak belasan tahun digantung di utara Iraq kerana dikatakan tidak berpuasa.

Siapa sebenarnya Isis ini. Nama Isis ini adalah nama  yang dipopularkan oleh media. Ini dari singkatan - Islamic State of Iraq dan al-Sham - ISIS.  Gerombolan ini juga  dikenali sebagai  Daish - dalam bahasa Arab.

Isis adalah satu gerakan yang  menggunakan Islam sebagai  wadah perjuangan. Isis bertujuan untuk menghidupkan kembali sistem Khalifah. Justeru, sesudah menawan Mosul,  gerombolan Isis telah melantik Abu Bakr al-Baghdadi sebagai Khalifah pada Jun 2014 yang lalu.

Hakikatnya - hari ini dunia heboh tentang keganasan Isis. Media  Barat tidak henti-henti melaporkan berita-berita sensasi saperti gerombolan ini  memengal kepala musuh mereka. Keganasan gerombolan Isis ini dilihat tidak ada bandingan. Serangan di Tunisia dan Kuwait telah dibuktikan sebagai kerja Isis. Maka soalan timbul dari mana datangnya Isis ini?

Secara jujur  saya nyatakan disini bahawa Isis ini sama saperti Mujahideen dan al-Qaeda telah bertelur, menetas dan mengeram dalam kandang Amerika. Mereka dibantu dan dilatih oleh CIA. Ini bukan lagi satu rahsia. Dunia mengetahui pekara ini.

Dunia juga tahu Isis mendapat bantuan dinar, dolar dan senjata dari Saudi, Kuwait, Qatar dan Negara Telok. Wartawan Barat yang menulis tentang keganasan Isis itu dibuktikan berbohong jika mereka tidak mengetahui fakta-fakta siapa dibelakang Isis.

Apakah kita melupakan Usama ben Ladin? Apakah kita melupakan Abu Musab al-Zarqawi? Mereka ini adalah pemain utama yang membawa keganasan dalam dunia ini.

Usama menjadi protoganis sesudah WTC meledak pada 11 September 2001. Manakala  Zarqawi menjadi 'pop' sesudah soldadu Amerika memasuki Iraq pada tahun 2003. Kini media barat  heboh menonjolkan satu watak baru  - Abu Bakr al-Baghdadi. Kesemua watak-watak  ini adalah anak didik Amerika. Untuk memahami kenyataan ini mari kita rungkai sejarah Timur Tengah. 

Ektremis Islam bukan satu yang baru. Extremis  memang wujud dari awalnya kemunculan agama Islam.  Dalam kontek politik moden hari ini - extremis Islam bermula di Afghanistan. Ini berlaku ketika dunia masih lagi dalam Perang Dingin.  Di Afghanistan telah berlaku satu rampasan kuasa puak kiri  yang dipanggil Revolusi Saur pada April 1978. Revolusi Afghanistan membawa dasar  negara  merdeka dan bebas. Afghansitan  telah mendekati  blok sosialis USSR - Soviet Union. 

Tindakan Afghanistan ini telah menggangu geo-stratejik imperial Amerika yang ketika  itu dirancang oleh Zbigniew Brzezinski - Penasehat Majlis Keselamatan Negara kepada Presiden Carter - 1977-1981. Sosok inilah yang bertanggung jawab memulakan gerakan Islam Mujahideen di Afghanistan. 

Dari seluruh dunia anak-anak muda  telah dijemput untuk menyertai Gerakan Mujahideen. Mujahiden Afghanistan  mendapat dana dari Saudi Arabia dan senjata dari Amerika. Gerakan Islam ini  telah digunakan sebagai peluru untuk menentang Soviet Russia.

Apabila Perang Dingin tamat  (1991)  gerombolan Islam yang telah terlatih di Afghanistan  ini mula bersepah-sepah. Mereka menjadi ajen-ajen untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan baru. Mereka pulang ke negara asal. Ramai bekas gerombolan Mujahiden Afghanistan pulang  ke  Bosnia, Kosovo dan  Chechen. Ada yang pulang ke negara-negara Arab.  Buktinya - Algeria pada tahun 90'an dihantui oleh pengganas extremis Islam yang pulang dari Afghanistan.

Apa yang  dipaparkan disini ialah garis masa untuk menunjukkan bahawa semua gerombolan ekstremis Islam ini berpunca dari stratiji geo-politik kuasa imperial Amerika.

Strateji sademikian bukan satu yang baru. Pada tahun 1947 di Tanah Melayu telah  wujud gabungan  kaum nasionalis kiri yang berpayung dibawah  PUTERA-AMCJA. Gerakan ini telah menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Untuk mematahkan gerakan nasionalis ini British telah menubuhkan dan membina United Malays National Organisation pada tahun 1946. 

Strateji ini juga dilakukan oleh Zionis Israel untuk menumpaskan perjuangan PLO dibawah pimpinan Yaseer Arafat. Zionist Israel menubuhkan  dan membina Hamas. 

Di India pada  akhir tahun 1970'an Perdana Menteri Indira Ghandi telah membantu puak kanan Punjabi yang dipimpin oleh  Jarnail Singh Bhindarnwale. Ghandi melakukan ini untuk mematahkan kekuatan warga  Punjab yang tidak menyokong Parti Congress.  Akhirnya  Akali Dal dan penyokong Bhindarwale  membunuh Ghandi pada tahun 1984.
 
Hakikatnya semua kumpulan dan gerombolan pasukan gerila ini  diwujudkan untuk menjalankan strateji geo-politik  besar yang dirancang oleh 'deep state' di Amerika. Anak-anak muda yang datang membantu  Mujahiden , al-Qaeda atau Isis tidak mengetahui percaturan besar yang sedang disusun di Langley - ibu pejabat CIA

Isis muncul dari serpihan al-Qaeda Iraq. Ketika gerombolan ini muncul Amerika sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan Bashar al-Assad di Syria. Ini bermula pada tahun 2011 apabila Perang Saudara  bermula di Syria. Amerika bersama Saudi dan Turki telah membantu apa yang mereka panggil Free Syrian Army.  Gerakan ini gagal meleset. Dolar dan dinar masuk tetapi semuanya masuk ke dalam poket pemimpin yang korup.

Akhirnya  ditubuhkan Islamic Front - dimana gerakan, gerila dan gerombolan yang menentang Assad berkumpul. Dalam barisan ini ada Jabhat al-Nusra - cabang al-Qaeda Syria. Gerombolan pengganas ini lebih cekap , lebih teratur untuk menyerang  soldadu Syria. Tetapi sokongan warga Syria kepada Bashar cukup kuat. Hampir 4 tahun serangan dilakukan Bashar masih  berkuasa  sebagai Presiden Syria.

Dalam perang ini Syria dibawah Bashar telah mendapat sokongan dan bantuan dari Iran. Iran  telah membuat penjanjian pertahanan dengan Syria.  Russia juga menjadi sekutu Syria. 

Dalam masa yang sama Rusia secara terbuka tidak mahu lagi menyokong langkah Pertubuhahn Bangsa Bersatu untuk menjatuhkan Bashar. Russia mengakui telah membuat kesilapan apabila  Russia menyokong ketetapan PBB untuk mengebom Libya dibawah Gadafy.  Manakala China walau pun tidak terbuka saperti Rusia tapi tidak akan menyokong langkah Amerika untuk menjatuhkan Bashar. 

Secara terbuka Amerika telah menyatakan dasar mahu menjatuhkan Bashar. Pada 8 Julai 2012 Hillary Clinton  Setiausaha Negara Amerika telah berkata bahawa  hari hari akhir  telah sampai kepada Bashar al-Assad. Saudi Arabia dan Turki juga telah membuat kenyataan yang sama. Kenapa negara-negara ini mahu Bashar dijatuhkan?

Amerika memiliki agenda induk. Manakala  Saudi, Turkey, Qatar atau Kuwait hanya menjadi pelakon pembantu. Agenda Amerika yang utama  ialah untuk memastikan TIDAK akan wujud sebuah negara yang berkemungkinan untuk menandangi Amerika. Ini dasar yang telah dipersetujui  oleh gerombolan Konservatif Baru atau neo-con di Washington DC. Dasar ini termaktub dalam Project for the New American Century (PNAC)  dan telah  di ajukan kepada Rumah Puteh  pada tahun 1997.
 
Justeru kuasa imperial Amerika akan memastikan Russia TIDAK memiliki sahabat di Laut Tengah. Tidak memiliki sahabat di bumi Arab. Pada ketika ini kapal laut Russia boleh berlabuh di Tartus - pelabuhan milik Syria. Perjanjian kapal perang Russia boleh singgah dan berlabuh di Tartus telah dipersetujui dari zaman Hafiz al-Assad lagi. Bashar hanya meneruskan dasar yang sama.  Kerajaan Syria yang berbaik-baik dengan Russia wajib dijatuhkan dan diganti dengan kerajaan boneka pro Amerika.

Maka dari sini munculah Isis. Peranan Isis ialah membuat huru hara dan mengganas di Syria dan Iraq. Apakah ini sahaja peranan Isis. Jika ini sahaja peranan Isis kenapa serangan berlaku di Peranchis dan di Tunisia?  Pasti ada lagi peranan Isis. ( TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minggun ni
sila pukul talipoon"
03-92-21-30- 45



----------

BUAT LAPORAN POLIS LUAR NEGARA

Posted: 30 Jun 2015 10:03 PM PDT





TAHNiAH

ini kumpulan pertama
warga malaysia di luar negara
membuat laporan polis

jangan buang masa
buat laporan polis di malaysia
tidak akan ada tindakan
buat laporan polis diluar negara

buat di heathrow airport
kes altantuya
buat laporan polis di paris
kes scorpene
buat laporan polis di new york
kes bunuh altantuya
buat laporn polis di london
kes tipu pilihan raya

semua boleh disusun
warga malaysia ada di merata dunia

tujuan utama laporan ini
untuk meberi bani ketuanan melayu takut
untuk memastikan mereka terus cemas
bila ke luara negara

lihat apa yang telah dilakukan
oleh rakyat chile terhadap general pinochet
hasil dari laporan polis di spain
pinochet telah ditangkap di london tahun 1998

Pinochet arrested in London | World news | The Guardian

www.theguardian.com › World › Augusto Pinochet

The Guardian
Oct 17, 1998 - Pinochet, 82, was arrested at the London Bridge hospital on a warrant - an Interpol Red Notice - which alleges that between 1973 and 1983 h


TAHNiAH 

MELBOURNE



Rakyat Malaysia buat aduan di Australia siasat Mara beli hartanah 


Sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di Australia akan melaporkan aduan kepada pihak berkuasa di sana susulan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) membeli blok pangsapuri di Melbourne.

Kumpulan itu, Saya Anak Bangsa Malaysia in Australia (SABM Australia), berkata aduan dibuat kepada Lembaga Semakan Pelaburan Asing (FIRB), Bank Rizab Australia dan Pejabat Percukaian Australia.

SABM Australia berkata FIRB patut menyiasat pemilikan asing dan Bank Rizab perlu siasat bagaimana wang berjuta dolar yang dikatakan sebagai rasuah boleh dikirim ke luar negara dengan begitu mudah.



PINOCHET


  • Pinochet arrested in London | World news | The Guardian

    www.theguardian.com › World › Augusto Pinochet

    The Guardian
    Oct 17, 1998 - Pinochet, 82, was arrested at the London Bridge hospital on a warrant - an Interpol Red Notice - which alleges that between 1973 and 1983 he ...
  • Indictment and arrest of Augusto Pinochet - Wikipedia, the ...

    https://en.wikipedia.org/.../Indictment_and_arrest_of_Augusto...

    Wikipedia
    Jump to Arrest in London - [edit]. In 1998, Pinochet, who still had much influence in Chile, travelled to the United Kingdom for medical treatment ...
  • BBC News | Europe | Pinochet arrested in London

    news.bbc.co.uk/2/hi/europe/195413.stm

    British Broadcasting Corporation
    Oct 17, 1998 - The former Chilean dictator, General Augusto Pinochet, has beenarrested in London on a warrant from Spain requesting his extradition on ...





  • ------------

    KERJA BANI KETUANAN MELAYU

    Posted: 30 Jun 2015 09:28 PM PDT








    KOMENTAR
    cara kerja bumiputera melayu islam
    cara kerja bani ketuanan melayu
    cara kerja mereka cukup senang

    cari satu bangunan
    minta mara beli banguan ini
    beri alasan untuk jaga pelajar melayu
    beri alasan untuk lahir melayu unggul

    daftar beberapa syarikat di laut negara
    ini untuk pengkabur mata
    ini untuk tunjuk terrer ada syarikat overseas

    kemudian minta tuan punya bangunan
    jual dengan harga mahal
    kalau bangunan harga 100 ringgit
    minta tuan empunya bangunan jual 250 ringgit
    ertinya ada 150 ringgit lebih tinggi 
    lebih tinggi dari harga pasaran
    duit lebih ini di putar
    masukan ke dalam akoun syarikat overseas
    tapi akhirnya masuk ke dalam beg birkin

    isa samad felda beli bangunan di london
    azalina menteri sukan beli bangunan d london
    sekarang mara beli di melbourne
    najib dan 1MDB buat kerja yang sama
    tapi lebih besar 
    lebih pusing dan putar
    tapi ini lah mondus operandi mereka
    ini lah cara mereka merembat duit negara

    lepas itu mereka akan pergi sembah batu hitam
    lepas itu merekan akan tunggang tunggit
    lepas itu mereka akan sedekah




    Mara terlebih bayar RM18 juta hartanah ketiga di Australia, kata badan pemantau


    Badan pemantau National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini mendakwa Majlis Amanah Rakyat (Mara) terlebih bayar sebanyak RM18 juta dalam pembelian hartanah ketiga di Melbourne.

    Ini bermakna badan itu setakat ini terlebih bayar sekurang-kurangnya RM66 juta bagi pembelian hartanah di Australia, kata Pengarah NOW, Akmal Nasir.

    Akmal berkata, Mara Inc membayar A$22 juta hanya beberapa bulan selepas pembeli yang tidak dinamakan membeli hartanah di 51 Queen Street itu, pada harga A$16.65 juta.
































    --------------

    ALBUM THE BANGSART

    Posted: 30 Jun 2015 08:59 PM PDT







    ALBUM






    BAND 

    PALING

    COOL

    BUNYI 

    PALING

    EROTIK
    tunggu

    nanti

    album

    akan muncul
     



    ---------------

    KES MARA TIPU MELAYU

    Posted: 30 Jun 2015 08:35 PM PDT





     FACE BOOK



    MARA kantoi lagi, beli bangunan di Melbourne dengan bayar RM33 juta atas angin kepada syarikat yang tidak dikenali.

    Gambar & dokumen di http://rafiziramli.com/2015/06/pulangan-pelaburan-di-bawah-kadar-pasaran-mara-bayar-rm33-juta-lebih-mahal-beli-satu-bangunan/

    PULANGAN PELABURAN DI BAWAH KADAR PASARAN, MARA BAYAR RM33 JUTA LEBIH MAHAL BELI SATU BANGUNAN

    National Oversight & Whistleblowers (NOW) merujuk kepada helaian kedua dari satu dokumen taklimat dalaman yang diberikan kepada  Annuar Musa pada 20 Mei 2014 di Melbourne mengenai pelaburan MARA Inc, seperti berikut:

    1. 746 Swanston Street berharga RM138.6 juta
    2. 333 Exhibition Street berharga RM99.2 juta
    3. 51 Queens Street berharga RM70.4 juta
    4. Dudley International House berharga RM67.2 juta

    Ini bermakna keseluruhan pelaburan MARA Inc di Melbourne adalah berjumlah RM375.4 juta setakat ini.

    Dokumen taklimat dalaman menunjukkan bahawa kadar pulangan sewa (atau rental yield) bagi bangunan-bangunan tersebut adalah di antara 5.5% hingga 6.2% (pada peringkat awal) dan mencecah 6% hingga 6.7% selepas 5 tahun.

    NOW telah menyemak pasaran hartanah Melbourne untuk memastikan sama ada kadar pulangan sewa ini adalah baik dan selari dengan kadar pulangan purata yang sewajarnya diperolehi dari pelaburan hartanah di Melbourne.

    Rujuk artikel-artikel berikut yang menunjukkan bahawa kadar pulangan sewa bagi hartanah-hartanah yang dibeli oleh MARA Inc ini sebenarnya berada di bawah kadar pulangan purata:

    1. Artikel "Commercial property offers yields as high as 11% but comes with risk" oleh Larry Schlesinger yang disiarkan oleh Property Observer pada 4 June 2012
    http://www.propertyobserver.com.au/finding/commercial-investment/16783-commercial-property-offers-yields-as-high-as-11-but-comes-with-risk-colliers.html

    Ulasan mengenai kadar pulangan bagi hartanah komersil di Melbourne ini dibuat pada ketika cadangan pembelian hartanah-hartanah ini dibincangkan, dikemukakan dan diluluskan oleh Majlis MARA.

    Petikan artikel mengenai kadar pulangan:

    "The average yield in Sydney and Melbourne CBD offices ranges from 6.5% to 7%; from 7% to 7.75% in Brisbane and between 7.5% and 8% in Perth."

    Ini bermakna, ketika MARA Inc sedang menilai pembelian hartanah-hartanah ini pun, kadar pulangan purata minima sudah pun mencecah antara 6.5% hingga 7% di Melbourne.

    Sepatutnya apabila kadar pulangan hartanah-hartanah ini di antara 5.5% hingga 6.2% berada di bawah kadar purata bagi aset yang sama di Melbourne, cadangan pembelian ini sepatutnya dengan serta-merta dihentikan oleh Majlis MARA.

    2. Artikel "City of Melbourne: Property Market Digest" oleh City of Melbourne bagi September 2013
    https://www.melbourne.vic.gov.au/AboutMelbourne/Statistics/Documents/Property_Market_Digest_September_2013.pdf

    Laporan ini adalah penting untuk menunjukkan kadar pulangan semasa dan unjuran pulangan di masa hadapan dan menentukan sama ada hartanah-hartanah yang dibeli oleh MARA Inc itu menepati pulangan selari dengan hartanah lain di Melbourne.

    Laporan ini secara jelas menunjukkan bagi suku kedua 2013, kadar pulangan purata bagi hartanah di Pusat Perniagaan Melbourne (CBD) adalah di antara 6.5% dan mampu mencecah 9%. Hartanah-hartanah milik MARA Inc ini bukanlah gred premium, maka ia sewajarnya mendapat pulangan yang lebih tinggi melebihi 7% berbanding pulangan sekitar 6% yang dilaporkan sekarang.

    Ini bermakna kesemua hartanah milik MARA Inc ini memberi pulangan di bawah kadar purata pasaran.

    NOW juga telah menyemak harga pembelian beberapa hartanah yang dimiliki oleh MARA Inc itu.

    Sebagai contohnya, hartanah 333 Exhibition Street sebelum ini dimiliki oleh sebuah dana hartanah yang bernama Quintessential Equity. Quintessential Equity melaporkan urusniaga jual beli 333 Exhibition Street ini di lamannya http://www.quintessential.com.au/project/333-exhibition-street-melbourne/ seperti berikut:

    i. Bangunan 333 Exhibition Street dibeli dalam tahun 2011 pada harga AUD$17.5 juta

    ii. Bangunan itu dinaiktaraf di hujung tahun 2011

    iii. Dalam Oktober 2012, bangunan ini dijual kepada satu syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta

    iv. Lebih kurang enam bulan selepas itu dalam Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan ini pada harga AUD$31 juta, iaitu AUD$9 juta atau RM33 juta (RM99 juta yang dibayar oleh MARA tolak RM66 juta yang dijual oleh Quintessential Equity) lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Equity

    Ini jelas membuktikan bahawa pembelian 333 Exhibition St ini melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House, iaitu harga yang dibayar oleh MARA Inc adalah jauh lebih tinggi dari harga pasaran.

    Oleh yang demikian, Annuar Musa perlu menjawab soalan-soalan berikut:

    i. Kenapa Majlis MARA meluluskan pembelian hartanah yang kadar pulangannya lebih rendah dari kadar pulangan purata di Melbourne?

    ii. Kenapa Annuar Musa tidak menyemak prestasi kadar pulangan hartanah ini apabila jelas seawal Jun 2013 apabila beliau mengambil alih MARA bahawa hartanah ini memberi pulangan di bawah kadar purata?

    iii. Kenapa Majlis MARA meluluskan pembelian 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran?

    iv. Dari syarikat mana dan siapa MARA Inc membeli 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran?

    NOW yakin bahawa bukti-bukti ini menunjukkan wujudnya unsur pecah amanah (criminal breach of trust) walaupun PDRM telah menafikan perkara ini.

    NOW juga berharap Annuar Musa tidak bongkak dalam reaksinya kepada pendedahan kami dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah penyelewengan wang rakyat ini, terutamanya pada ketika MARA telah mengurangkan pinjaman kepada Bumiputra bagi peluang pendidikan dan perniagaan.

    RAFIZI RAMLI
    AKMAL NASIR
    Pengarah Eksekutif NOW
    30 Jun 2015
     — with Saya Anak Melaka.



    Like · Comment · Share





    ------------------

    HIMPITAN BADAK

    Posted: 30 Jun 2015 07:46 PM PDT






    KENA HiMPiT
    Add caption

    Adik PM kata rakyat kini tertekan

    Pengerusi CIMB,  Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang benar berhubung isu yang dihadapi negara.

    Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.

    Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.

    "Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.

    "Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian," katanya di laman tersebut.


    KAH KAH KAH
    woit
    ini sudah parah
    ini suara penting
    ini suara adik
    adik datang bantu
    atau adik tibai abang?
    betul ke rakyat tertekan
    siapa tekan yang menekan
    pasal apa adik cakap ini
    tertekan oleh apa?
    kalau rakyat dihimpit 
    semua orang percaya
    dihimpit anak badak
    kah kah kah

    TOKAN SAMPAI 

    PANCUT 

    -------------

    Tiada ulasan: