Ahad, 5 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib.

Posted: 05 Jul 2015 12:16 AM PDT



Oleh Lim Hong Siang


Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib. Malah jikalau Najib pecat Muhyiddin malam ini juga, saya yakin Muhyiddin akan reda dan akur akhirnya. Jangan harap Saifuddin Abdullah atau siapa-siapa keluar UMNO dan tubuh parti baru untuk menentang UMNO.

Jawapannya, MUSTAHIL. Ini kerana semua orang sedar akan nasib mereka yang keluar dan menentang UMNO. Malah pemimpin yang paling berkarisma dan licik berpolitik seperti Anwar Ibrahim pun, dua kali dipenjarakan. Gagal walaupun 17 tahun mencuba.

Akhirnya beliau ditinggalkan meringkuk dalam penjara bersendirian. Malah dicemuh dan disindir, "Inilah risiko nak merebut kuasa." Sampai dirinya apabila ditanya khabar, masih nak minta rakyat usah risau tentang keadaannya.

Bandingkan dengan Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. Biarpun dalam UMNO, hidup mewah, tetapi masih disanjung dan dipuja sebagai "reformis" dalam sistem, hanya kerana sekali-kala membuat kenyataan yang dilihat agak terbuka. Orang tak kisah siapa taja NGO Saifuddin Abdullah, orang lupa berapa duit menantu tu angkat, orang hanya ingat dia angkat bagasi untuk seorang gadis dalam kapal terbang.

Dan saya rasa ini masalah kita juga. Senang ditipu kerana terlalu naif. Gagal melihat bagaimana pemegang kuasa boleh mengerah segala jentera negara untuk menjahanamkan musuh politiknya. Paling jelek ada pula tokoh agama yang senang termakan dengan tuduhan liwat terhadap "kawan"-nya, tetapi apabila "lawan"-nya dituduh memunggah dana awam, dia sukar nak percaya pula.

Ini sebabnya masyarakat kita kekal begitu sahaja. Tak ke mana. Jangan balik kampung jika nak jimatkan duit. Jangan makan ayam jika tak nak bayar GST. Padan muka kita, kan?

MARA boleh didakwa elak cukai, ubah wang haram – Rafizi

Posted: 05 Jul 2015 12:10 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR - Pengarah Siasatan NGO National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli berkata MARA boleh diambil tindakan kerana mengelak cukai dan pengubahan wang haram (Money Laundering).

Katanya, empat hartanah yang dibeli MARA Inc di Melbourne didakwa terdapat unsur penyelewengan apabila MARA mengeluarkan bayaran melebihi harga pembelian.

Rafizi RamliBeliau memberi contoh pembelian unit 746 Swanston Street yang mempunyai perbezaan dengan jumlah diluluskan MARA iaitu sebanyak AUD$18.3 juta atau bersamaan RM63 juta.

MARA didakwa membayar dengan harga RM138.6 juta (AUD$41.8 juta) lebih tinggi daripada harga yang dilaporkan iaitu RM75.7 juta (AUD$23.5 juta).

"Apabila AUD$18.3 juta hilang, maka sudah tentu pihak berkuasa cukai berminat untuk tahu apa yang berlaku," katanya dalam sidang media di Pejabat NOW di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini

Rafizi berkata, Bank Negara hanya meluluskan AUD$41.8 juta (RM 138.6 juta) untuk dibawa keluar oleh MARA bagi pembelian unit berkenaan.

"Apabila harga jauh lebih rendah dan ada perbezaan sehingga AUD$18.3 juta, dengan langsungnya akan jatuh pada kesalahan mengubah wang haram kerana sebahagian besar wang tidak tahu kemana dan diguna untuk apa.

"Dengan maklumat yang diberi MARA kepada SPRM, saya tidak yakin SPRM akan buka siasatan. Semua skandal yang pernah kami dedahkan sebelum ini, kami yang akan masuk lokap bukan orang yang didedahkan itu," katanya.

Katanya, Akmal Nasir yang juga Pengarah Eksekutif NOW akan ke Australia dari 10 hingga 14 Julai untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa Australia agar keempat-empat urusniaga yang melibatkan MARA disiasat bagi dua kesalahan tersebut.

"Hanya dengan cara ini individu dan pihak yang terlibat boleh dibawa ke muka pengadilan bila mana kes-kes penyelewengan yang nyata seperti ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia," katanya yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Rafizi juga mendedahkan NOW akan bekerjasama dengan beberapa wartawan daripada Fairfax Media Australia sejak Februari untuk membongkar skandal itu.

NOW juga bakal mendedahkan individu-individu di belakang urusniaga ini dan bagaimana ia dilaksanakan di Australia pada Isnin depan.

Kerajaan alternatif, KEADILAN sambut baik pandangan Anak Muda.

Posted: 05 Jul 2015 12:08 AM PDT

KEADILAN DAILY

 

Nurul Izzah


KUALA LUMPUR : KEADILAN menyambut baik pandangan serta cadangan yang dilontarkan kumpulan Anak Muda yang diwakili oleh 146 aktivis untuk mewujudkan kerajaan alternatif yang lebih baik dan berkesan.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, pandangan sedemikian mengambarkan bahawa golongan muda kini menuntut sebuah pentadbiran baharu yang mampu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil, bersatu, makmur dan sejahtera.

Kata Izzah, ekoran kegagalan kerajaan pemerintah yang terpalit dengan pelbagai skandal serta penyelewengan kini menguatkan lagi iltizam bahawa golongan muda ini memerlukan sebuah perubahan secara menyeluruh yang mana perkara tersebut adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan.

"Komentar Anak-anak muda Malaysia ini seolah-olah​ diiringi Semboyan yang Tegas mengungkap kata-kata Sutan Takdir Alisjahbana – berlatarbelakangkan kepelbagaian tetapi menaruh harapan yang satu; melihat Malaysia yang lebih adil, bersatu, makmur dan sejahtera.

"Tuntutan mereka meniupkan ​semboyan yang mengiringi keluhan rakyat terbanyak. Rakyat, yang kini semakin serba tidak keruan kesempitan ekonomi yang semakin keruh – akibat skandal demi skandal yang kini mendapat perhatian dalaman negara serta dunia," katanya dalam kenyataan.

Jelas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, dakwaan-dakwaan membabitkan penyelewengan dana awam, skandal 1MDB, ketirisan tatakelola negara, tanggungan hutang-hutang negara, pelaksanaan cukai GST yang membebankan, lonjakan kadar inflasi yang perlu diatasi bagi menyelamatkan ekonomi negara.

Justeru, beliau mengharapkan tuntutan anak muda in perlu digalas sebaiknya dan disambut dengan pengharapan yang lebih baik bahawa perkara tersebut adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan.

"Semboyan anak-anak muda ini saya sambut dengan penuh pengharapan serta keterbukaan. Mereka mewakili 7 juta pemilih baru dalam PRU yang bakal mendatang," ujarnya.

Sebelum ini, sekumpulan 146 aktivis muda Malaysia telah mengemukakan tuntutan mengenai perlunya sebuah kerajaan yang alternatif, dengan menggariskan tiga asas utama iaitu membentuk gabungan baru demi rakyat, prinsip kerjasama yang lebih tegas dan gabungan yang benar-benar inklusif.

Siaran TV Digital Sepenuhnya Hujung 2016

Posted: 04 Jul 2015 11:58 PM PDT

RAKYATNEWS



alt


KUANTAN  - Siaran televisyen digital atau Digital Terestrial Televisyen (DTT) dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada hujung tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sebagai permulaan MYTV Broadcasting (MYTV), selaku pihak bertangungjawab membangun dan menguruskan infrastruktur itu, telah memasang alat pemancar atau 'transmitter' untuk siaran ujian di tiga tempat di pantai timur iaitu Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Bakar, Kelantan dan Bukit Pelindung di sini.

"Kami menjangkakan pada Januari depan, semua daerah di Pantai Timur ini mula menerima siaran daripada MYTV Broadcasting (MYTV).
  
"Pemasangan set decoder di rumah-rumah yang terpilih telahpun dimulakan pada 17 Mei lalu dan ini merupakan sebahagian fasa ujian MYTV di daerah-daerah berkenaan," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pemasangan set dekoder siaran ujian MYTV di kediaman seorang daripada peserta siaran ujian berkenaan iaitu A Rahman Abu Bakar di Kampung Rumbia di Beserah, di sini hari ini.  
  
Ahmad Shabery berkata kempen siaran ujian MYTV akan diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat sebelum ke utara dan selatan Semenanjung dan seterusnya berakhir di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.
  
Untuk peringkat percubaan ini, katanya sebanyak dua juta set dekoder percuma akan diedarkan di seluruh negara untuk diberikan kepada isi rumah yang terpilih.
  
Antara kriteria yang ditetapkan untuk peserta menerima siaran ujian  MYTV ini mereka mestilah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), e-Kasih, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tidak melanggan perkhidmatan tv berbayar, katanya.
  
Beliau berkata set dekoder yang diedar itu hanya bersifat sementara dan akan digantikan dengan dekoder sebenar MYTV secara percuma setelah perkhidmatan siaran tv digital dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun depan.

"Berdasarkan tinjauan tadi, saya amat berpuas hati kerana walaupun kualiti siaran adalah 'standard definition', namun ia hampir menyamai 'high definition' dan ini akan menjadi asas kepada siaran digital," katanya.
  
Ahmad Shabery berkata buat masa kini sebanyak 40 penyiar telah menunjukkan minat terhadap platform yang disediakan oleh MYTV ini yang akan membolehkan pengguna menerima lebih banyak siaran percuma.
  
"Namun pengguna perlu faham tidak semua rancangan yang ada dalam siaran televisyen berbayar seperti Astro dan HyppTV ada di dalam siaran DDT kerana kami mempunyai pakej yang berbeza," katanya.
  
Kempen siaran percubaan MYTV ini membolehkan isi rumah yang terpilih menikmati semua saluran sedia ada seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, dan TV AlHijrah dalam kualiti transmisi digital. - Bernama


Pertemuan Tergempar Ahli Ahli Parlimen Berkenaan Perkembagaan Politik Terkini

Posted: 04 Jul 2015 11:42 PM PDT



Oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario yang baru, yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini.

Dakwaan cukup berat yang dibuat akhbar Wall Street Journal tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, kini kelihatan berasas apabila Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dan serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat telah berlaku


Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan KEADILAN dan parti-parti Pembangkang malah di kalangan UMNO-Barisan Nasional sendiri untuk terus berdiam diri.

Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.

Oleh itu, saya akan memanggil satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti-parti Pembangkang malah juga dari UMNO-Barisan Nasional untuk membincangkan keadaan politik terkini dan halatuju negara. Pertemuan ini akan diadakan pada hari Selasa, 7 Julai, jam 12 tengah hari di Parlimen. Maklumat lanjut mengenai tempat pertemuan akan diberi kemudian.

Saya juga memanjangkan jemputan terpilih kepada pimpinan-pimpinan badan bukan kerajaan (Non-Governmental Organizations, NGOs) untuk bersama-sama di dalam pertemuan tergempar ini.

Saya berharap melalui pertemuan ini, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dato' Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Satu sidang media akan diadakan di Parlimen pada jam 2.30 petang, selepas pertemuan ini.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Am Bank dan Bank Negara Malaysia boleh sahkan kewujudan akaun "Dato Seri Najib"

Posted: 04 Jul 2015 11:38 PM PDT



Oleh Rafizi Ramli


Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Dato' Seri Najib Tun Razak, kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian masing-masing.


AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB. Dato' Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.

Perkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama "Dato' Seri Najib Tun Razak" itu benar-benar wujud atau tidak.

Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB. Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Dato' Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.

Saya pasti jika Dato' Seri Najib Tun Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.

Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Dato' Seri Najib Tun Razak boleh menghentikan isu terbaru ini.

Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan.

Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Dato' Seri Najib Tun Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

(*) RAFIZI RAMLI,NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG/AHLI PARLIMEN PANDAN

Tidak mustahil wujud senario kerajaan campuran PAS-Umno-PKR di Selangor

Posted: 04 Jul 2015 07:06 PM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kebarangkalian untuk PAS bergabung dengan PKR dan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor tetap ada, kata penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed. 
 
Senario itu kata Martadha, tidak mustahil akan berlaku berdasarkan realiti politik semasa dan juga keangkuhan DAP kebelakangan ini yang merasakan partinya lebih kuat berbanding 'rakan komponen', PAS dan PKR.       
 
"PKR,PAS dan DAP masing-masing ada kerusi yang banyak juga dan perlu mengadakan kerjasama dalam membentuk kerajaan (Selangor). Dan kalau kita lihat senario di Selangor, PKR berupaya mampu membentuk kerajaan jika bergabung dengan PAS dan Umno. Jadi saya rasa kemungkinan untuk terjadi senario itu tetap ada.
 
"Dalam satu segi, matlamat utama dari konteks parti masing-masing tidak begitu jauh beza antara PKR, Umno dan PAS. Manakala haluan dan hala tuju DAP berbeza sama sekali dengan PAS dan Umno.
 
"Sebagai contoh kita ambil dari sudut pelaksanaan hudud. Umno tidak kata menolak, dan PKR juga tidak menolak bulat-bulat. Pada mereka pelaksanaan itu perlu dikaji semula mengikut kesesuaian waktu. Manakala DAP memang menolak terus," katanya kepada Antarapos.
 
Menurut Martadha, walaupun senario penggabungan PAS-PKR-BN di Selangor itu dilihat seperti 'bermimpi di siang hari', namun kemungkinan itu tidak boleh ditolak selain menyifatkan politik penuh dengan kejutan.
 
Di Selangor, PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi, PKR mempunyai 13 kerusi, manakala BN pula dengan 12 kerusi, dan 1 kerusi disandang ADUN Bebas.  
 
Berdasarkan kiraan, senario penggabungan PAS (15), PKR (13), BN (12) pasti meletakkan DAP di kerusi pembangkang.
 
"Di Selangor, masing-masing perlu bekerjasama untuk memastikan bahawa kerajaan yang ada itu terus kekal, sebab itu PKR perlu lebih bersifat diplomasi dalam melihat dab meneliti segala bentuk kerjasama.
 
"Kemungkinan untuk kerjasama itu sangat besar berdasarkan kestabilan politik di negeri tersebut," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia itu.
 
Namun katanya, senario penggabungan itu agak sukar berlaku di Pulau Pinang, walaupun bakal memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan campuran.
 
Martadha merujuk kepada bilangan kerusi yang dimiliki DAP yang berjumlah 19 daripada keseluruhan 40 kerusi.   
 
"Keadaan majoriti mudah dalam mana-mana kerajaan agak bahaya. Ia boleh memberikan pelbagai reaksi, tindakan dan tindak balas dan memungkinkan bahawa kerajaan itu tak mampu kekal lama. Senario yang sama (kerajaan campuran PAS, PKR, Umno) agar sukar berlaku di Pulau Pinang jika dibandingkan dengan Selangor," katanya lagi.
 
DAP kini dilihat semakin angkuh apabila berani membuat kenyataan mendahului Pakatan Rakyat (PR) berhubung kerjasama antara parti komponen itu.
 
Terbaru Setiausaha Agungnya membuat kenyataan bahawa Pulau Pinang bukan lagi di bawah PR.
 
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco negeri menentang usul muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan menerima hakikat bahawa Pakatan tidak wujud lagi.
 
Sebelum itu beliau juga membuat kenyataan bahawa PR juga sudah berkubur ekoran PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 
 

Jawi sita tabung derma di restoran

Posted: 04 Jul 2015 07:03 PM PDT

Jawi sita tabung derma di restoran
Tabung-tabung yang ditempatkan di sebuah restoran di Masjid India disita Jawi, menerusi operasi khas.
 
 
 
KUALA LUMPUR - Sejumlah 19 tabung derma disita Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi operasi khas membanteras aktiviti kutipan derma khairat tanpa kebenaran di Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, 17 daripada tabung yang disita adalah hasil serbuan ke restoran-restoran di beberapa kawasan di pusat bandar.

Menurutnya, selebihnya aktiviti kutipan yang dilakukan dua remaja berusia 20-an dari sebuah yayasan yang melakukannya secara sambilan.

"Seramai 12 orang yang disyaki membabitkan pemilik restoran telah diberi surat perintah hadir untuk kita dapatkan keterangan dan maklumat berhubung tabung-tabung yang diletakkan di premis mereka.

"Manakala dua remaja ditahan kerana melakukan kutipan derma di Wilayah Persekutuan tanpa kebenaran.

"Satu aktiviti kutipan derma wakaf al-Quran juga kita kenal pasti sedang siasat. Aktiviti itu dilihat mencurigakan kerana tiada contoh al-Quran yang
dipamerkan," katanya.

Jelas Wan Jaafar, aktiviti kutipan derma itu tidak dibenarkan apatah lagi institusi yang berpusat di luar Wilayah Persekutuan.

Katanya, kebanyakan kes kutipan secara rambang menggunakan dokumen palsu yang diubah suai menggunakan surat-surat idak berkaitan, termasuk meyakinkan orang ramai dengan gambar bersama pemimpin tertinggi negara.

"Kita ada saluran khas untuk dapatkan bantuan seperti Baitulmal di setiap negeri.

Malah di Wilayah Persekutuan, Maiwp sendiri telah beri bantuan sumbangan kepada masjidmasjid dan surau untuk aktiviti sepanjang Ramadan.

"Untuk tabung- tabung diletakkan di restoran, kita tahu mereka ada menerima bayaran membenarkan tabung-tabung ini ditempatkan di premis mereka.
Manakala bagi petugas kutipan secara rambang ada antaranya yang menerima gaji RM1,200 sebulan," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 84 akta 505, Pungutan Khairat Tanpa Kebenaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM1000 dan tidak lebih enam bulan penjara.

Sementara itu, dalam operasi sama, pegawai penguatkuasa berjaya mengesan empat individu yang tidak menghormati bulan puasa dengan menghisap rokok serta makan dan minum secara terbuka.


Jerat jenayah bakal menjerut leher Najib

Posted: 04 Jul 2015 06:59 PM PDT



Oleh Mohd Sayuti Omar 


Tidak sampai 24 jam Najib Razak terus melakukan "senaman duduk bangun, bangun duduk" untuk menjawab dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang kononnya berbilion ringgit wang dari syarikat 1MDB telah mengalir senyap ke dalam akaun peribadinya. Angka yang disebut oleh WSJ ialah sebanyak AS700 juta bersaman dengan RM2.67 billion.

Dengan terdedahnya maklumat gelap tentang Najib itu, menyebabkan perdana menteri yang dalam proses hendak digiringkan itu berada dalam lengkaran kawat jenayah yang agak tebal. Kalau dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya sebelum ini boleh dipersoalkan, tetapi kali ini tidak mudah dirungkaikan.

WSJ bukan sembarangan media. Ia adalah daily kewangan, ekonomi, politik yang terhebat di dunia yang mendedahkan pelbagai skandal bertaraf dunia. Setiap sen atau dolar yang mengalir secara haram di pasaran bebas yang berlaku dalam mana-mana institusi diintip dan hiduinya. WSJ juga berfungsi sebagai badan pemantau dan penyiasat perjalanan dan penyusupan kewangan. Ia juga bertindak sebagai polis menyiasat apa-apa laporan atau perkembangan mengenai kewangan meragukan alias haram.

Kedudukannya yang istimewa dan diiktiraf itu menyebabkan WSJ menerima maklumat daripada berbagai pihak untuk dibongkar dan didedahkan. Apakah tujuan dan matlamat pendedahan itu untuk menjatuhkan sesebuah kuasa atau tokoh, tetapi ia berlandaskan fakta dan dalil yang ada.

Apabila WSJ membuat pendedahan itu ia sesuatu yang mengejutkan kerana kredibiliti daily berkenaan. WSJ bukan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, jauh sekali seperti Harakah lidah rasmi parti yang dikepalai Haji Hadi. Kalau WSJ setaraf dengan akhbar kroni itu, bolehlah ia dilupakan begitu sahaja. Usianya yang mencecah 125 tahun menjadikan ia sebuah harian pemantauan dalam pelbagai bidang yang kronik seperti kewangan,ekonomi dan politik.

Walaupun Najib dan sang setianya telah membuat "senanam duduk bangun, bangun duduk" menjelaskan dan menafikan pendedahan WSJ tampaknya ia bukan mudah untuk dipercayai. Penafian itu sendiri bersifat emosi yang berbau bodekan, untuk mengambil hati Najib sahaja. Orang-orang yang kini sedang dan akan menjalani senaman itu pun sudah dikenal siapa mereka. Mereka juga bertindak ada undang di sebalik batu.

Ahmad Maslan, Hassan Malik, Abdul Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan "seraga" dengannya sudah dimaklumi dan difahami peranan dan tujuan mereka. Inilah penyokong dan pembodekan Najib nombor satu. Mereka ini akan menelan ubat lebih dahulu daripada Najib sekiranya Najib demam atau selesema.

Pembelaan daripada pembodek, tidak mudah untuk diterima sebagai satu penjelasan yang tuntas, sebaliknya cakap dan kenyataan mereka memburukkan lagi kaedan. Mereka ini akan berkata apa sahaja asal ianya dapat mengkhayalkan Najib. Penyokong beginilah yang menjadi jambak kepada bawang.

Muhyuddin Yassin, orang nombor dua dan berada di balakang Najib masih belum membuka mulut. Kenapa? Apakah Muhyuddin juga terpesona dengan pendedahan WSJ itu. Atau Muhyiddin kini masih dalam keterperanjatan dengana apa yang didedahkan itu. Sebagai orang yang rapat dengan Dr Mahathir Mohamad, mungkin Muhyiddin sudah mengetahui akan hal itu.

Andaian ini diambil kira apabila Najib secara pongoh telah menuduh Dr Mahathir sebagai orang menjadi dalang di sebalik pendedahan jenayah yang dikatakan dilakukan itu. Berdasar itu mungkin Muhyiddin sudah diberi tahu atau dibayanginya?

Tindakan Najib menunding jari kepada Dr Mahathir begitu cepat, menampakkan akan kegelabutan Najib apabila membaca pendedahan WSJ itu. Tuduhan Najib itu adalah gaduh dan menjelaskan PM itu tidak tenteraman. Beberapa hari sebelum itu Najib sudah membayangkan yang dia tertekan dengan laporan media massa. Beliau tidak seharusnya membuat tuduhan begitu kepada Dr Mahathir kerana ia tidak memberi bekas terhadap apa yang dihadapi kini.

Kalau pun maklumat itu dibekalkan oleh Dr Mahathir kepada harian berkenaan, tetapi Najib seharusnya tidak secepat itu menunding kepada Dr Mahathir. Najib tidak patut menunjukkan kegelabahannya tetapi menjelaskan satu persatu akan tuduhan itu dengan tertib yang disertakan bukti-bukti yang akurat.

Sebenarnya cukup mudah untuk Najib membersihkan dirinya berhubung dakwaan WSJ itu. Kerana dalam laporan berentatan dengan WSJ itu, protal Sarawak Report (SR), juga ada mendedahkan skandal itu yang mengaitkan hal yang sama. Laporan SR, dengan lebih jelas lagi ada memberi dua nombor akaun peribadi Najib. Najib boleh menyiarkan segala transaksi menerusi akuan berkenaan daripada tarikh yang dituduh itu hingga hari ini. Habis cerita.

Dengan adanya dua akaun itu ia menjadi lebih mudah bagi Najib untuk membela dan membersihkan dirinya. Kalau tuduhan itu fitnah dua akaun itu adalah saksi utama. Transaksi itu boleh disiarkan dalam akhbar Utsuan Malaysia dan Berita Harian serta diiklan dalam TV3 dan RTM serta Astro Awani. Najib tidak payah mengheret Dr Mahathir begitu huduh sekali kerana buruknya akan dibalikkan kepadanya.

Dalam suasana sekarang ini, apa juga balasan Najib kepada Dr Mahathir untuk membenarkan dirinya, ia tidak diyakini oleh rakyat Malaysia, kecuali para pembodeknya sahaja. Dr Mahathir bukan budak-budak mentah seperti kucing kurap, ataupun politician yang bankrup idea dan harta, yang membuat terjahan menjatuhkan tokoh-tokoh tertentu dengan sedikit upahan. Dr Mahathir adalah bekas PM dan negarawan.

Sebagai bekas PM, beliau mengetahui apa yang orang lain tidak tahu, dan beliau sendiri  mempunyai pengamatan dan akses yang lebih mendalam. Pengalaman yang ada kepadanya selama 22 tahun selalu PM menjadikan dia dapat menyuluh ke dalam sulbi pemerintah. Kewujudan akaun-akaun rahsia yang dipegang oleh orang bernama PM, tentu ada dalam pengetahuannya. Seperti kata bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, selepas jadi PM baru dia tahu segala-galanya termasuk yang dia tidak tahu dan fikir sebelum ini.

Najib tidak perlu bergurau bewak (pinjam istilah Nik Amar) dengan Dr Mahathir. Sikap mendiamkan diri yang diambil sebelum ini walaupun Dr Mahathir sudah membidas dan membelasahnya, lebih baik daripada dia menjawab segala tuduhan dan ocehan Dr Mahathir Mohamad. Saya sudah bilang kepada Najib apabila dia mula menjawab kenyataan dan tuduhan Dr Mahathir bermakna dia mula masuk ke dalam jerat bingkas Dr Mahathir.

Najib membuat dakwaan jenayah yang melindungi dirinya adalah ciptaan Dr Mahahthri. Katanya mulanya Dr Mahathir mencipta strategi mengatakan wang 1MDB hilang sebanyak RM42 billion. Bagaimana pun dijawab wang itu tidak hilang tetapi telah menjadi hutang. Bahkan hutang itu apabila diaudit dengan aset 1MDB ia bernilai RM51 billion. Di sini Najib cuba hendak memberitahu bahawa 1MDB masih ada RM9 billion lagi. Silap mata seperti itu tidak lagi mengkagumkan penonton.

Apakah Najib memahami dunia perniagaan. Hutang adalah liabiliti kepada syarikat. Hutang adalah wang yang tidak berada dalam tangan kita tetapi berada di tangan pihak lain. Bila berada di tangan orang lain, wang itu berada dalam keadaan dalam dua lagi, kembali atau lesap. Baiklah.. kita menerima wang itu sebagai hutang, apa yang didesak oleh Dr Mahathir, kalau ianya hutang ke manakah atau untuk apa wang itu dibelanjakan. Najib perlu menjelaskan hal ini.

Kegagalan Najib menjelaskan perkara inilah menyebabkan Dr Mahathir tidak berpuas hati dan beranggapan Najib bermain "ciku cap" dengan wang ratusan billion itu. Justeru apabila ada pendedahan menunjukkan kemungkinan wang mengalir ke akaun Najib dari sumber syarikat berkaitan dengan 1MDB, ia mudah menyakinkan Dr Mahathir untuk mempercayai bahawa Najib bertanggungjawab ke atas wang berkenaan. Pendedahan WSJ itu sangat menggembirakan Dr Mahathir yang menganggap Najib sebagai degil kerana tidak mahu mengikut kehendaknya agar berundur.

Najib disamping menafikan dakwaan WSJ menuduh pendedahan yang didalangi Dr Mahathir itu adalah perbuatan yang hendak mensebotajkan politiknya. Beliau menuduh tektik dilakukan Dr Mahathir itu sengaja dicipta untuk memburukkannya dan ia adalah tektik longkang yang pernah digunakan oleh kumpulan yang hendak menggulingkan kerajaan.

Najib cuba menyalahkan tindakan Dr Mahathir itu dengan menuduh kerana Dr Mahathir berdendam dengannya kerana tidak menuruti kehendaknya. Sekali lagi Najib tidak bijak apabila membuat tuduhan itu. Mungkin iya apa yang dikatakan itu, tetapi Najib harus menjelaskannya apakah perkara yang menjadi masalah itu. Apakah permintaan dan tuntutan Dr Mahathir yang tidak dilayani?

Apabila Najib membuat dakwaan itu umum sedang menanti apakah sesuatu yang Dr Mahathir minta tetapi Najib tidak sedia mematuhinya. Kalau apa yang dituntut Dr Mahathir itu merupakan hak rakyat, wajar bagi Najib tidak memenuhinya. Bahkan itu satu tindakan patut dipuji. Pokoknya Najib kena sebut dengan jelas.

Jawaban dan ulasan berhubung dakwaan WSJ itu dan juga pukulan kepada Dr Mahathir yang dianggap paling keras tidak menyelesaikan masalah menghantuhi Najib kini. Lengkaran pagar jenayah yang membelit diri Najib menjadi semakin tebal dan menjerut leher Najib dengan pendedahan terbaru itu.

Walaupun Najib menafi, para pembodek dan penjilat buntutnya membelanya dan dia sendiri menegaskan akan menyaman WSJ tetapi pendedahan itu dan lain-lain masaalah tetap  membelenggunya. Semua masalah itu dan masalah lain yang akan dilakukan (pasti), menjadi belati yang kini terletak di leher Najib.http://msomelayu.blogspot.com/

[VIDEO] Kisah Masyarakat : Tarawih Cepat Selesai 7 Minit Tidak Sah - Mufti

Posted: 04 Jul 2015 06:55 PM PDT

KELAB GREENBOC


Video solat tarawih pantas, tidak sah

Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak sah menurut pandangan Mazhab Syafie, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Tidak sah solat itu kerana tiada tamakninah menurut pandangan Mazhab Shyafie, katanya ketika mengulas video solat tarawih yang dilaksanakan sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dalam masa 10 minit sahaja yang kini viral di media sosial.

Katanya asas pelaksanaan rukun solat haruslah disertai perbuatan tamakninah atau berhenti sejenak bagi menyempurnakan ibadah tersebut selain membantu seseorang itu untuk khusyuk ketika bersolat.

Beliau berkata roh atau dasar solat itu sendiri adalah khusyuk dan bukannya dilaksanakan seperti dalam bentuk perlumbaan atau tergopoh-gapah.

"Adalah wajar untuk mengekalkan apa yang kita lakukan di Malaysia ini dengan adanya tamakninah dan perbuatan-perbuatan solat lain yang dapat membantu seseorang itu menumpukan perhatian ketika solat tanpa tergopoh-gapah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini. - Bernama

LIHAT VIDEO DI SINI

Warisi bakat ibu hasilkan kuih raya

Posted: 04 Jul 2015 06:43 PM PDT

Warisi bakat ibu
Shafawati (kanan) sering mendapat tunjuk ajar daripada Halimaton dalam menghasilkan kuih raya sejak daripada mula.
 
 
 
MEWARISI bakat ibunya dalam menghasilkan kuih raya dan mula berniaga sejak di universiti, mendorong Shafawati Mohd Nor meneruskan impiannya menjadi usahawan walaupun sudah mempunyai segulung ijazah sarjana muda.

Anak kelahiran Kajang, Selangor ini, tidak lokek berkongsi pengalaman dan kejayaan menjadi usahawan selama lebih lima tahun.

Menurutnya, penglibatan awal dalam dunia perniagaan ini tercetus ketika mencari duit poket sendiri.

"Waktu itu, saya ada duit lebih dan duit itu saya gunakan untuk dijadikan modal berniaga dengan menjual muffin dan diletakkan di setiap blok asrama di Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Saya juga pergi ke kelas bakeri dan membuat kek kahwin ketika itu, selain membantu mama membuat kuih terutamanya kuih raya untuk dijual," katanya ketika ditemui di Kajang.

Menceritakan keputusan nekad yang diambil selepas menamatkan pelajarannya, Shafawati berkata, ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan semua ahli keluarganya bekerja di sektor kerajaan.

"Apabila ambil keputusan untuk tidak mencari pekerjaan tetapi bekerja sendiri dengan berniaga memang susah, tetapi Alhamdulillah keluarga saya banyak menyokong dan memberi semangat dengan pilihan saya.

"Sampailah saya berkahwin dan kebetulan suami saya juga minat berniaga jadi kami sama-sama mengusahakan perniagaan sehingga sekarang," katanya.

Kelas bakeri kutip pengalaman

Shafawati berkata, ibunya, Halimaton Ahmad merupakan individu yang paling banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

"Mama memang berniaga kuih raya dan dia sanggup ambil cuti sebulan semasa Ramadan bagi menyiapkan tempahan kuih raya daripada pelanggannya, dari situlah saya mempelajarinya dengan membantu mama.

"Paling membanggakan,  rumah yang diduduki mama sekarang dibeli menggunakan  sebahagian hasil daripada jualan kuih raya yang diusahakan olehnya satu ketika dahulu," katanya.

Selain belajar daripada ibunya, Shafawati juga tidak pernah melepaskan peluang jika mempunyai masa untuk mengikuti kelas bakeri bagi mengutip pengalaman.

"Jika orang tanya saya resipi kuih raya dan produk bakeri lain seperti kek dan macaroon dihasilkan saya sendiri atau tidak, saya akan menjawab bukan resipi sendiri.

"Ini kerana saya mempelajarinya semasa saya mengikuti kelas baking dan mendengar cerita-cerita daripada makcik-makcik yang mengikuti kelas sama, bagaimana menghasilkan kuih yang sedap," katanya.

Jangan takut jika tiada rezeki

Pemilik SF Kek Enterprise ini juga berkata, dalam perniagaan bukanlah mudah untuk mendapatkan kesenangan dengan cepat, tetapi untuk kita 'jatuh' amatlah mudah dan bila-bila masa sahaja boleh terjadi.

"Alhamdulillah sejak daripada mula bergelar usahawan sehingga hari ini, pengalaman saya adalah lebih banyak yang baik daripada buruk, dan saya mengambil iktibar setiap kejadian yang berlaku.

"Pernah sekali saya ditipu kawan baik sendiri bila kuih raya yang ditempah tidak berbayar tetapi kami mengambil penyelesaian dengan cara yang baik dan Alhamdulillah perkara tersebut mematangkan kami," katanya.

Shafawati juga berkata, sebagai hamba ALLAH SWT kita tidak perlu takut sekiranya rezeki tersebut bukan milik kita hari ini kerana esok lusa kita tidak tahu.

"Kalau kita ada produk sama macam orang lain, jangan takut kerana hasil air tangan kita berbeza dan kita juga boleh menghasilkannya dalam versi berlainan.

"Lagi satu, kalau ada masa jangan lupa tunaikan solat sunat Duha dalam memohon rezeki daripadanya," katanya.
 
 

Khalid: Bukan idam, cuma tawar diri

Posted: 04 Jul 2015 06:41 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dia mengidamkan jawatan menteri besar apabila menawarkan diri untuk jawatan itu baru-baru ini.

Ditemui media di majlis berbuka puasa di Putrajaya malam ini, Khalid berkata, dia hanya membuat tawaran dan tidak bermakna mesti diterima pihak yang berkenaan.

"Alasan (tawaran saya) ialah menunjukkan kesediaan saya menggalas bertanggungjawab. Saya tidak fikir menjadi menteri besar lagi," katanya.

Ekoran krisis hubungan antara PAS dan DAP baru-baru ini, Khalid tampil menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekali lagi bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

Bagamanapun tawaran itu ditempelak beberapa pihak termasuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Khalid berkata, beliau bersedia untuk mengambil alih beban sebagai menteri besar jika orang yang menduduki jawatan itu tidak dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab mereka dengan baik.

"Lagipun pemimpin mesti bertanggungjawab kepada rakyat dan memenuhi janji-janji mereka," katanya.

Khalid sebelum ini dipecat daripada PKR kerana enggan melepaskan jawatannya seperti diarahkan partinya.

Keengganan itu menimbulkan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor dan turut menyebabkan dua Adun PAS digantung.

Krisis tersebut berakhir selepas Sultan Selangor melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai menteri besar baru di Selangor.


'Ceraikan' DAP: Sebelum atau selepas raya?

Posted: 04 Jul 2015 06:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tiada sebarang tarikh khusus ditetapkan Mursyidul Am PAS bagi mengadakan perbincangan dengan Majlis Syura Ulama berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP setakat malam ini.

Ditemui media sebentar tadi Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura hanya akan membincangkan mengenai nasib usul berkenaan selepas anggota badan itu dilantik.

Dan Haron yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum Aidilfitri.

"Kami perlu melantik ahli syura terlebih dulu. Semua ini tidak dibincangkan kerana ia terlalu baru, tetapi saya yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum raya," katanya di majlis berbuka puasa di Putrajaya sebentar tadi.

Walaupun usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS bulan lalu.

Walaupun beberapa pihak beranggapan usul berkenaan sudah muktamad, Haron masih berpendapat ia sebaliknya kerana memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama.

Namun, kata Haron, DAP menganggap usul berkenaan muktamad dan mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur tanpa sebarang usaha menghalang pemutusan berkenaan.

Haron juga mengingatkan usul berkenaan terhasil daripada tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nampaknya mempunyai maklumat lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata kemungkinan besar mesyuarat Majlis Syura Ulama hanya diadakan selepas Aidilfitri.

Mengakui belum ada tarikh yang ditetapkan, beliau berkata: "Kemungkinan besar selepas raya." 


Taska yang sebabkan kecederaan kanak-kanak akan diambil tindakan

Posted: 04 Jul 2015 06:33 PM PDT

THE RAKYAT POST


ROHANI
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihak kementerian juga pernah menyita Taska yang disabitkan dengan kesalahan tersebut. - Foto Facebook Rohani Abdul Karim



KUANTANKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengambil tindakan terhadap Taska yang menyebabkan kecederaan kanak-kanak asuhan mereka.


Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya juga pernah menyita Taska yang disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Beliau meminta semua pihak agar bersabar dan menunggu sehingga polis selesai menyiasat kes seorang bayi perempuan berusia empat bulan Putri Wafa Saifudin yang koma setelah disyaki didera pengasuh di sebuah pusat jagaan di Alor Setar, Kedah.

"Kami sudah semak dan pegawai saya juga sudah turun ke Taska itu. Taska tersebut didapati berdaftar (dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan operasinya didapati mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan," katanya kepada pemberita semasa menyampaikan sumbangan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Penor dekat sini.

Beliau berkata Taska itu masih beroperasi seperti biasa sehingga kementerian dapat memperincikan kejadian sebenar yang berlaku.

Sebelum itu, bayi berkenaan dilapor turut mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Pihak Kesihatan Negeri Kedah dilapor sebagai berkata bayi tersebut berada pada tahap kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan mengalami pendarahan pada mata dan otak.

Rohani berkata kes penganiayaan kanak-kanak boleh dilapor ke Talian Kasih di talian 15999.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata pusat jagaan yang menempatkan bayi malang itu telah beroperasi sejak tiga tahun lepas dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata berdasarkan pemeriksaan dan ujian dijalankan mendapati bayi itu mengalami pendarahan pada bahagian kedua-dua belah mata dan otak.

Beliau berkata bayi yang dalam keadaan koma itu masih berada di tahap kritikal dan di bawah jagaan rapi doktor pakar di wad rawatan rapi kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Dr Norhizan berkata hasil ujian makmal dan imbasan sinar X pada tulang dan keseluruhan badan tiada menunjukkan tanda-tanda kecederaan pada bayi itu.

"Bayi berkenaan menggunakan alat bantuan pernafasan. Bayi ini lahir normal tanpa sebarang penyakit. Tidak pernah ada rekod sawan. Perdarahan otak antara tanda-tandanya adalah sawan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, memandangkan bayi mengalamai perdarahan pada mata dan otak dengan tiada tanda kecederaan, pihak hospital telah berbincang dengan bapa bayi berkenaan Saifudin Seman, 26, yang bersetuju untuk membuat laporan polis.

Saifudin mendakwa bayi perempuannya itu mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai didera atau kecuaian daripada pengasuh di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani Rabu lepas oleh pemilik pusat jagaan itu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Anggota tentera dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Sungai Petani berkata disebabkan berada dalam keadaan kritikal, bayi itu kemudian dirujuk ke HSB untuk mendapat rawatan lanjut pada hari kejadian.

Soalan terbaharu Tun Mahathir untuk LHDN

Posted: 04 Jul 2015 06:30 PM PDT

Tun Mahathir
Tun Mahathir - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini membangkitkan soalan yang ditujukan khas buat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan kutipan cukai terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Sudah tentu ini adalah rahsia. Tetapi saya ingin bertanya, sudahkah orang-orang cukai pendapatan menyiasat sumber wang dan cukai yang dibayar?," tanyanya dalam catatan di blognya, semalam.
 
Dr Mahathir menyentuh soal sumber kewangan Najib yang didakwa datang daripada perniagaan.
 
"Jika dia telah membuat begitu banyak wang daripada perniagaan, pasti beliau akan membayar cukai pendapatan.
 
"Sudahkah orang-orang cukai pendapatan siasat mengenai keuntungan perniagaannya? Berapa banyak cukai telah dia bayar? Sudah tentulah rahsia tetapi saya harap ini bukan satu 'cover up'," katanya.
 
Dalam catatan sama, beliau turut menyentuh soal pembelian kediaman mewah oleh anak tiri Najib di luar negara dan pembiayaan untuk penerbitan sebuah filem.
 
Sebelum itu, beliau mempertikaikan soal sikap memilih 'tukang kutip cukai' pendapatan yang didakwanya berlaku mutakhir ini.
 
"Orang-orang cukai pendapatan sentiasa mencari-cari orang-orang yang hidup di luar kemampuan mereka. Serbuan dibuat dan mereka dipaksa membayar cukai tambahan jika pelaku didapati tidak membayar penuh mengikut tahap kekayaan dimiliki.
 
"Tetapi akhir-akhir ini kita lihat sikap memilih dalam tumpuan orang-orang cukai pendapatan," katanya.
 
Dr Mahathir sempat secara sinis menyebut bahawa gaya hidup mewah pemimpin nombor satu negara itu melebihi harta yang disimpannya selama 29 tahun dalam pentadbiran.
 
"Saya difahamkan perdana menteri sebagai penasihat 1MDB (1Malaysia Development Berhad), tidak dibayar apa-apa. Beliau dibayar gaji perdana menteri yang saya tahu jauh lebih kecil daripada apa yang eksekutif perniagaan dapat.
 
"Tetapi kerajaan membayar elaun-elaun, bil-bil, tempat tinggal dan sebagainya. Oleh itu, gaji semua boleh disimpan dan dibelanjakan.
 
"Masih gaya hidup yang mewah pasti melibatkan kos yang tinggi. Pasti lebih daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan," katanya.
 
 

Muhyiddin sambut baik penafian Najib

Posted: 04 Jul 2015 06:29 PM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini menggesa pihak berkuasa tempatan segera bertindak untuk menyiasat tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan mediia antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ).

Menurutnya, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dapat mencari kebenaran.

"Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini WSJ. Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan Perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib. 

"Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, WSJ melaporkan hampir AS$700 juta dana disalurkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam lima akaun peribadi Najib yang berasingan pada Mac 2013 sementara 1MDB menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, uduhan berat itu perlu dijelaskan oleh Najib susulan dakwaan ituu bersifat peribadi.

"Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

"Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian," katanya.

Tambahnya, tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat tuduhan sekiranya Najib yakin dakwaan tersebut hanya fitnah semata-mata.

"Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.

"Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak bertenang sehingga kebenaran muncul selepas disiasat.

"Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, ALLAH S.W.T akan memberikan kita segala Taufiq dan Hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita," katanya.
 
 

'Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar'

Posted: 04 Jul 2015 06:25 PM PDT

Haron Din
Haron Din
 
 
‎PUTRAJAYA -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu tampil dan membawa bukti kukuh bagi menafikan dakwaan  beliau telah menyeleweng dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah AS$700 (RM2.6 bilion) seperti didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ), " ‎kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
 
‎Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu perlu dilakukan segera, kerana sekiranya Najib lambat bertindak ia akan membawa lebih banyak impak negatif terhadap negara.
 
"....Bagaimanapun jika perkara itu (pemindahan dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib) berlaku maka amat malang  sekali kepada rakyat Malaysia kerana dalam suasana ekonomi negara sedang diambang kemerosotan dan nilai ringgit kejatuhan tetapi tiba-tiba kita dapat perkhabaran macam ini yang menyebabkan pelabur luar takut untuk melabur di negara ini.
 
"Jika berlaku sekaligus  orang ramai akan hilang keyakinan kepimpinan negara. Oleh itu saya berharap perkara itu tidak berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Iftar Amal Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (IPTAF) di sini Everly Putrajaya hari ini.
 
Berikutan itu Haron berkata beliau berharap Perdana Menteri dan 1MDB dapat mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan dakwaan terbaru ini.
   
 "Bagaimanapun, jika berlaku juga memang amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.
 
 

Malaysia sumbang RM3.78 juta bantu bina masjid di Sepanyol

Posted: 04 Jul 2015 06:19 PM PDT

THE RAKYAT POST

SUMBANGAN MALAYSIA
Muhyiddin (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Ibrahim (kanan) pada majlis di Seri Satria hari ini. - Foto TRP/Ikhwan Hazwan



PUTRAJAYA- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan sumbangan kerajaan Malaysia berjumlah US$1 juta (RM3.78 juta) untuk pembinaan masjid di Sevilla, Sepanyol.


Penyerahan itu disampaikan kepada Naib Presiden Fundacion Mezquita De Sevilla, Ibrahim Hernandez pada majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin masyarakat di kediaman rasminya Sri Satria.

Hadir sama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin dan isteri kemudiannya menyampaikan sumbangan peribadi kepada 85 anak-anak yatim dan golongan asnaf daripada Parlimen Kuala Selangor, Selangor.

Selepas berbuka, Timbalan Perdana Menteri serta para jemputan kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

Isu laporan WSJ: AMK buat laporan polis

Posted: 04 Jul 2015 06:17 PM PDT

THE RAKYAT POST


SHAMSUL ISKANDAR
Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semua pimpinan cawangan AMK diarahkan membuat laporan polis di negeri masing-masing. - Foto Facebook Shamsul Iskandar Mohd Akin



SHAH ALAMParti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus mendesak pihak berkuasa untuk memastikan siasatan rapi dan telus dilakukan ke atas laporan Wall Street Journal (WSJ), dengan cara membuat laporan polis di seluruh negara oleh sayap pemuda parti itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Menurut Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semua pimpinan cabang AMK diarahkan membuat laporan polis di negeri masing-masing, dan ini akan menjadi contoh kepada orang ramai untuk membuat perkara yang sama.

"Kami mempunyai barisan kepimpinan yang boleh membimbing orang ramai termasuk individu dan badan bukan kerajaan untuk melakukan perkara yang sama," kata Shamsul pada sidang akhbar di kediaman Menteri Besar Selangor Azmin Ali pada Sabtu.

Turut hadir sama, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, ahli kepimpinan pusat Zakaria Abdul Hamid, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Afif Bahardin.

Shamsul berkata, ini bagi menunjukkan kepada orang ramai dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak berkuasa berkaitan termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis untuk menjalankan siasatan yang serius.

"Kami akan bermula dengan polis kerana tidak pasti sama ada pejabat SPRM dibuka esok atau tidak, tetapi pada hari Isnin, kita akan pastikan Angkatan Muda Keadilan membuat laporan kepada SPRM," ujarnya.

Semalam WSJ dalam laporannya mendakwa, penyiasat kerajaan Malaysia telah mendedahkan mengenai 1MDB yang telah menyalurkan dana hampir ASD$700 juta secara deposit daripada syarikat-syarikat yang berkaitan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negara dalam satu kenyataannya hari ini menyatakan, satu Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan untuk meneliti dakwaan itu ke atas ketiga-tiga syarikat yang terlibat iaitu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd dan satu serbuan telah dibuat bagi merampas semua dokumen yang berkaitan.

"Kami hanya mahu mengingatkan Peguam Negara mengenai kebimbangan sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil langkah selanjutnya walaupun telah merampas dokumen-dokumen dari syarikat berkaitan," ujar Shamsul.

Beliau juga menyentuh mengenai rancangan parti itu mengadakan 'Jelajah Amanat Presiden' yang dijadualkan bermula pada hari Raya ke-6 pada akhir bulan ini.

"Dalam program jelajah itu nanti, kami akan menerangkan dengan lebih mendalam mengenai isu-isu berkaitan Barisan Nasional, kami juga akan menerangkan kepada rakyat mengenai masa depan Pakatan Rakyat," jelasnya.

Daerah Ranau boleh dilanda satu lagi banjir lumpur – Pakar Geologi

Posted: 04 Jul 2015 06:14 PM PDT

THE RAKYAT POST

RANAU
Merujuk kepada tinjauan pakar geologi, Profesor Dr Felix Tongkul berkata, kedua-dua aras di Sungai Ulu Kadamaian dan Sungai Penataran di Kota Belud hampir melimpah kerana hujan lebat yang berterusan. - Foto Professor Dr Felix Tongkul




KUNDASANG- Daerah Ranau yang dilanda bencana, boleh dilanda dengan satu lagi banjir lumpur jika cuaca buruk berterusan.

Pakar geologi tempatan, Profesor Dr Felix Tongkul berkata beliau memberi amaran bahawa cerun rapuh bersaiz padang bola sepak boleh runtuh pada bila-bila masa dan boleh menyebabkan banjir lumpur.

"Selain hujan berterusan, gegaran juga boleh mencetuskan tanah runtuh," katanya.

Pada 5 Jun lalu, selepas gempa bumi dan susulan beberapa gempa selepas itu telah menyebabkan bongkah-bongkah batu runtuh menjadi beberapa serpihan dan sisa runtuhan yang juga terdiri daripada pohon dan batu-batu bersaiz kereta menyekat aliran sungai di Liwagu.

Tambahnya, merujuk kepada tinjauannya hari ini, kedua-dua aras di Sungai Ulu Kadamaian dan Sungai Penataran di Kota Belud hampir melimpah kerana hujan lebat yang berterusan.

"Sekitar tengah hari, saya berada di Kampung Malangkap Baru untuk meninjau situasi Sungai Penataran. 
Hanya dalam masa satu jam, paras air sungai itu hampir ke tebing dan air sungai yang keruh berwarna coklat gelap dilihat seperti milo.

"Air mula melimpah ke aras tebing dan mula mengalir ke kawasan kampung. Perkara yang sama berlaku di kampung berdekatan Sungai Ulu Kadamaian," kata pensyarah Universiti Malaysia Sabah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tongkul berkata perkara yang sama juga boleh berlaku kepada Sungai Mesilou Kiri dan Sungai Mesilou Kanan.

"Sebagai penduduk kampung di daerah Mesilou perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mereka perlu melaporkan sebarang tanda-tanda banjir kepada pihak berkuasa yang berkaitan, tanda awal adalah terbentuknya 'empangan sementara' di sepanjang sungai itu kerana aliran yang tersekat daripada sisa runtuhan gempa bumi tempoh hari.

"Pihak berkuasa juga perlu memantau risiko-risiko yang bakal berlaku di sungai berhampiran pada setiap masa," ujar beliau.

Tiada ulasan: