Ahad, 5 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Harun Din yang haru .....

Posted: 05 Jul 2015 09:00 AM PDT

Inilah dia Mursyidul Am PAS. Para wala'un menganggapnya sebagai pemutus kata ; kalau dia kata hitam, maka hitamlah, kalau dia kata puteh, maka putihlah....

Kenyataan Mursyidul Am bahawa "Puasa semua orang nak buat, hudud tak mahu pula.." telah diulas oleh Che Ibrahim Mohamad :

 Puasa diwajibkan ke atas individu, Hudud dan qisas adalah tanggungjawab pemerintah. 

 Jika ketua negara tolak hudud, maka tak terlaksana lah hudud itu, rakyat tidak boleh menegakkannya secara individu.

 Namun jika seorang pemerintah enggan berpuasa, rakyat ada berbagai cara utk menunaikan kewajipan ini. Takkan mursyidul am tak leh beza antara kewajiapan individu dgn kewajipan pemerintah.

Kenyataan beliau lagi mengenai tuduhan WSJ keatas Perdana Menteri tidak logik. Perlu disiasat terlebih dahulu kerana dilihat tidak logik menurut katanya.

Amboi....pandailah hang gi suruh siasatlah konon....

 Yang MSU haramkan PasMa tanpa pernah ada siasatan tu hang dah lupakah? 

Dimana logiknya MSU mengharamkan ahli PAS menyertai badan NGO seperti PasMa?

Dalam perlembagaan PAS tidak pernah ada larangan mengenainya. Adakah terdapat dalam mana-mana nas al-Quran atau hadith?

Mustafa Ali, selaku Setiausaha Agong PAS ketika itu menegaskan :

Tindakan Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang mencalonkan beberapa pemimpin Pas dalam organisasi mereka tidak akan dapat menimbulkan kepincangan terhadap kubu pemerintahan parti tersebut.

 Ditebak andaian bahawa tindakan Pasma seolah-olah memasang strategi menggulingkan parti tersebut dengan memenuhkan carta organisasi mereka dengan nama sesetengah pimpinan Pas, Mustafa sebaliknya menjawab, Pasma hanyalah sebuah NGO yang tidak berdaftar dan penubuhannya tidak akan mampu menjejaskan bahtera Pas yang sudah berkubu di hati pengundi dan Pakatan Rakyat. Baca  di sini

Siapa dalang yang cuba aibkan Ust Ahmad Awang?

Posted: 05 Jul 2015 06:23 AM PDT


  Saya sempat berbual panjang dengan Ust. Ahmad Awang sebentar tadi melalui telefon. Beliau ketika itu sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu, beliau di Behrang, saat mengakhiri bualan, beliau memaklumkan dah sampai di Sungai Buluh....

Saya bertanyakan beliau mengenai gambar yang tertera diatas...status yang dinaikan sendiri oleh guru sejarah PHD, Ridhuan Mohamad Nor. Maka berceritalah UAA mengenainya.

Jumaat lepas, saya tiba awal ke masjid tersebut lebih kurang jam 12.30 dinihari. Saya lihat sudah ada kereta lain ditempat khas kereta penceramah di situ. Saya sudah lama menyampaikan tazkirah di masjid tersebut dan ini pertama kali perkara ini berlaku. Tak mengapalah, fikir saya; mungkin orang itu tidak perasaan mengenai tempat khas tersebut. 

Di tepi tangga, kelihatan ada yang menjual buku di situ. Saya terus menuju masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk dikerusi penyampaian kuliah. Sewaktu sedang duduk di situ, henfon saya berdering lalu saya menjawapnya.

Panggilan dari seorang AJK masjid yang menguruskan program kuliah dan pengajian di masjid itu.

"Ustaz, program dah tukar. Ingatkan ustaz tidak akan hadir hari ini  sebab bulan puasa...dah panggil orang lain gantikan tempat ustaz," katanya.

"Kenapa saya tidak dimaklumkan terlebih awal?" Tanya ustaz menahan sabar.

Diringkaskan cerita, tanpa banyak songeh, UAA pun mengalah lalu beralih duduk ke bawah seperti dalam gambar. Beliau pun tidak menyedari ada orang yang mengambil gambarnya pada waktu tersebut. Tahu-tahu saja, gambar itu terpampang di status fesbuk Ridhuan Mohamad Nor. Apa tujuan beliau sebenarnya?

Seorang anak muda, Ahmad Syihan Ismail dalam status fesbuknya menulis :
Saya cukup kecewa dgn ustaz Riduan Mohamad Nor. Semalam, sepatutnya jadual ustaz ahmad awang berkhutbah di masjid Sungai Buloh, sejak 5 tahun dia tazkirah dan khutbah di situ. 
Semalam pihak masjid tak maklumkan namanya dikeluarkan dari berkhutbah. Sudah la dia datang awal. 
Tempatnya diambil alih oleh riduan mat nor. Apa tujuan ustaz riduan mengambil gambar ini dan tempel dalm fb? 
Kemudian upload pula dalam grup wasap spt berbangga2. Tidakkah dia berasa bersalah ulama ini dimalukan sedemikian rupa? Aib. Aib.
Beginikah kelakuan seorang yang mengaku mendukung perjuangan Islam? Dimanakah akhlak beliau terhadap seorang ulama setokoh Ust Ahmad Awang ini? Takkanlah Riduan ni tidak tahu bahawa UAA memang selalunya memberikan tazkirah di situ sebelum ini...

Alangkah moleknya kalau Riduan pergi mendapatkan UAA terlebih dahulu dan berkata sesuatu yang lunak sebagai menghormatinya sebagai seorang yang lebih berumur dan lebih berilmu daripadanya.

Persoalan yang menjadi tandatanya ialah, siapakah dalang disebalik wayang kulit ini semua? Riduan Mohd Nor hanyalah boneka Pak Dogol ...

Pendedahan WSJ : Haron Din setaraf Awang Selamat

Posted: 05 Jul 2015 12:00 AM PDT

4 Julai, 2015 : Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu. 

"Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini."

 Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank.

 Gani berkata, pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Baca di sini

5 July 2015 : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, beliau turut yakin, agensi penguatkuasaan akan menjalankan penyiasatan mereka dengan adil.

 "Saya berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.Baca di sini


5 July 2015 : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

 Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

 "Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya tuduhan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umur dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan. Baca di sini


5 July 2015 : PAS hari ini dilihat mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

 Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memetik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan WSJ itu tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dulu. di sini


5 July 2015 : Umat Islam diminta banyak bersabar terutama dalam bulan Ramadan dan bersangka baik mengenai skandal terbaru Datuk Seri Najib Razak selagi belum dibuktikan kesahihannya, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

 Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya hari ini mahu rakyat Malaysia memberi keyakinan penuh kepada perdana menteri bagi membela diri dan membuktikan beliau di pihak yang benar serta menjadi mangsa tohmahan.

"Lebih-lebih lagi umat Islam pada bulan Ramadan yang mulia ini, dituntut lebih banyak bersabar, tidak mudah percaya spekulasi dan bersangka buruk selagi sesuatu dakwaan itu tidak dibuktikan kesahihannya," katanya dipetik daripada edisi mingguan Utusan Malaysia, hari ini. di sini

Komen al-Husseyn :

Memanglah tidak lojik, sebagai seorang Perdana Menteri yang diamanahkan untuk berkhidmat mensejahterakan rakyat, tetapi aleh-alehnya menghancurkan harapan dan amanah tersebut. 

 Tetapi apabila telah keluar kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , maka adalah tersangat pelik apabila ada manusia yang mengatakan dakwaan WSJ itu tidak logik ….

Awang Selamat pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya banyak bersabar, tidak mudah percaya spekulasi dan bersangka buruk …

Waima pasukan petugas khas itu yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia. 

Hanya dua manusia ini saja yang nampak pelik. Seorang kata dakwaan WSJ itu tidak lojik, manakala seorang lagi menganggapnya sebagai spekulasi dan sangkaan buruk....

Nampaknya dua orang ni sama saja tahap mentalitinya …..sama-sama tukang jilat! Mereka berdua masih percayakan Najib kerana siang malam Najib terus melalak dengan slogan Rakyat Didahulukan .... 

Pendedahan WSJ : Ahli Parlimen progresif akan bermesyuarat

Posted: 04 Jul 2015 08:32 PM PDT

Mesyuarat  pada 7 julai 2015 untuk Ahli Parlimen 'progresif'
 untuk membincangkan dakwaan penyelewengan  Wall Street
Journal terhadap Perdana Menteri,
- Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 5 Julai - Lim Kit Siang dan  presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen progresif di Parlimen Selasa depan untuk membincangkan masa depan Malaysia selepas pendedahan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang didakwa menghubungkan satu aliran keluar AS $ 700 juta (RM2.6 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Lim berkata, mesyuarat itu adalah "yang paling relevan dan mendesak" sekarang bahawa Perdana Menteri menghadapi dakwaan penyelewengan dari WSJ serta oleh "siasatan kerajaan."

 "Saya telah berbincang dengan Pemimpin Pembangkang  Parlimen  dan Pengerusi PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dia telah bersetuju memanggil mesyuarat Ahli Parlimen progresif di Parlimen pada hari Selasa pada 12 tengah hari untuk mempertimbangkan kesan, implikasi dan Malaysia masa hadapan sebagai hasil daripada dakwaan WSJ dan pengesahan Peguam Negara mengenai kewujudan dokumen daripada pasukan petugas khas siasatan kerajaan ke atas tuduhan yang serius penyelewengan terhadap Perdana Menteri, "kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 Para ahli parlimen DAP juga berkata Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) yang mungkin tidak berpuas hati tentang peristiwa-peristiwa baru-baru ini juga dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat yang akan datang hari ini.

 "Saya tidak percaya bahawa tidak ada seorang pun dalam parti UMNO / BN, sama ada di kalangan Ahli Parlimen atau kepimpinan politik, yang tidak meluat dengan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang telah menjadi lebih berleluasa daripada sebelum ini, dan jika ada Ahli Parlimen seperti progresif dalam gabungan Umno / BN, mereka juga mengalu-alukan kepada Parlimen pada hari Selasa secara kolektif memikirkan soalan: 'Quo Vadis Malaysia dengan Perdana Menteri dituduh penyelewengan bukan sahaja oleh Wall Street Journal tetapi juga oleh siasatan kerajaan ," katanya, merujuk kepada frasa Latin 'Quo Vadis Malaysia' yang bermaksud 'di manakah Malaysia akan pergi?'

 Ini ekoran selepas Journal mendedahkan pada Jumaat bahawa penyiasat 1MDB yang telah menemui lima deposit berasingan daripada dua sumber yang telah dibuat ke dalam akaun Najib, memetik dokumen kerajaan yang ia mendakwa telah dilihat.

 Yang terbesar dua transaksi, katanya, adalah untuk USD 621 million (RM2.3 bilion) dan USD 61million didakwa dibuat pada bulan Mac 2013, tidak lama sebelum Pilihan Raya huru-hara 2013  pada bulan Mei.

 Pemindahan selanjutnya sebanyak RM42 juta, yang kononnya dibuat ke dalam akaun Najib pada akhir 2014 dan awal 2015, dipercayai telah datang dari SRC International Sdn Bhd, anak bekas 1MDB yang pada tahun 2012 diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diterajui Najib kata WSJ.

 Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan semalam bahawa satu pasukan khas telah menyiasat dakwaan kontroversi, sambil menambah bahawa pasukan itu menyerbu pejabat tiga syarikat yang telah bergabung dengan pelabur negera ini semalam.

 Kenyataan Abdul Gani semakin panas ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa siasatan segera ke atas longgokan besar wang dipindahkan ke dalam poket peribadi Perdana Menteri hanya beberapa bulan menjelang pilihan raya huru-hara ke-13 Malaysia, dua tahun yang lalu. - themalaymailonline

Tiada ulasan: