Khamis, 30 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Badan petugas perlu ambil keterangan bekas TPM'

Posted: 30 Jul 2015 08:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pasukan petugas khas mengenai isu 1MDB yang juga menyiasat dakwaan RM2.6 bilion didepositkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, digesa menyiasat dan mengambil keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membantu siasatan.

Ini perlu dilakukan kerana Muhyiddin nampaknya mempunyai maklumat mengenai dana yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata aktivis Umno Shahbudin Husin dalam posting blognya hari ini.

Ini ekoran tersebarnya video bocor yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai perkara itu dan mendakwa perdana menteri mengakui wang itu dari Timur Tengah dan didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Dengan itu, kata Shahbudin, bukan saja Muhyiddin perlu disiasat dan diambil keterangan dengan segera oleh pasukan petugas khas yang sedang menyiasat isu wang RM2.6 bilion itu, malah juga Najib yang dikaitkan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

"Tiada alasan lagi untuk berlengah daripada menyiasat dan mengambil keterangan kedua-dua mereka kerana ia sudah menjadi perbualan yang merata ketika ini," kata Shahbudin dalam blognya.

Selasa lalu, Muhyiddin digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet dan ini dikaitkan dengan tindakannya mempersoalkan pengendalian isu 1MDB oleh Najib.

Pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB, dianggotai oleh pasukan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara, dengan aspek perundangannya diselaraskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan pada hari yang sama dengan rombakan kabinet dan digantikan dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Shahbudin berkata pasukan petugas khas itu juga perlu mengambil kenyataan Gani sama ada dia memiliki sebarang bukti sebelum perkhidmatannya ditamatkan.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan petugas khas itu seolah-olah "senyap" sejak Gani ditamatkan perkhidmatannya.


Dari pemecatan Gani hingga kebakaran HQ polis

Posted: 30 Jul 2015 08:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah "mati".

Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri setelah bersikap kritikal terhadap 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:

  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.
     
  • Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen "tidak penting".
     
  • Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.

Peguam ragu AG baru boleh bertindak pada PM

Posted: 30 Jul 2015 08:08 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak patut menganggotai pasukan petugas khas siasatan1 1MDB, begitu pandangan seorang peguam kanan.

Pengamal undang-undang yang enggan namanya disebut itu berkata terdapat percanggahan kepentingan kepada Apandi kerana beliau menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menurutnya berlaku secara misteri.

Beliau membangkitkan pelantikan Apandi yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – yang terpalit sama dalam kontroversi sekitar syarikat pelaburan negara itu.

Peguam kanan itu berpendapat tugas itu patut diserahkan kepada orang nombor dua dalam Jabatan Peguam Negara, iaitu Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad.

"Oleh itu, bagaimana Apandi akan menyiasat atau memulakan pendakwaan terhadap kes yang ditemui terhadap Najib kerana pelantikannya dan pengguguran Gani berlaku atas sokongan PM," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Pendapat sama dikongsi oleh pengarah eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty Eric Paulsen. 
 
 
 

SEKALI LAGI VIDEO CURI 'MENEMBAK' NAJIB, MUHYIDDIN PERLU SEGERA DISIASAT

Posted: 30 Jul 2015 08:06 AM PDT

shahbudindotcom


Sekali lagi video rakaman curi "menembak" Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza.

Beberapa bulan sebelum ini telah tersebar rakaman video mengenai ucapan Muhyiddin di sebuah program tertutup UMNO di Janda Baik di mana beliau "memuntahkan peluru" dengan mahukan Najib memecat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, menyiasat CEOnya serta membenarkan polis masuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat hutang itu.

Rakaman itu telah menggegarkan negara buat seketika dan ia menunjukkan perbezaan pendirian yang ketara antara Muhyiddin dan Najib. Sementara Najib dilihat banyak berlengah dan bermain dengan masa dalam menangani isu 1MDB, Muhyiddin jelas lebih terbuka dan objektif mengenainya.

Video di Janda Baik itu kononnya dirakam curi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Kapten Azri Mohd Zain. Heboh ketika itu siasatan sudah dijalankan, termasuk kenyataan oleh Ahmad Zahid Hamid yang merupakan penganjur program tersebut dan kini sudah dilantik Timbalan Perdana Menteri, yang mengatakan "tiada maaf" bagi perakam video tersebut.

Malangnya sehingga sekarang tiada khabar berita mengenai hasil siasatan mengenainya. Senyap sesenyap-senyapnya walaupun isu 1MDB sudah melarat sehingga kepada dakwaan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib.

Hanya yang kita tahu perbezaan pendirian itu akhirnya terlerai Sabtu lalu apabila Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Kini hanya sehari selepas dipecat daripada jawatannya, tersebar sekali lagi video rakaman curi melibatkan Muhyiddin yang juga "tembakannya" ditujukan kepada Najib. 

Melalui rakaman perbualan antara Muhyiddin dengan beberapa tetamu di rumahnya, termasuk Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau sudah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan melibatkan wang RM2.6 bilion sebagaimana laporan WSJ itu.

Muhyiddin, dalam video itu kemudian mengatakan Najib mengakui mengenai wang tersebut dan rakaman itu berakhir dengan ayat, "lalu saya tanya, kenapa masuk dalam akaun peribadi anda?"

Video hampir seminit itu sudah pun mula tersebar luas di alam maya sejak malam tadi dan menjadi perbualan hangat ketika ini. Tidak saja di bandar dan kota, makcik-makcik tua di kampung yang mempunyai telefon pintar, sebahagiannya kerana hadiah daripada anak-anak atau membelinya hasil wang BR1M, turut berpeluang menontonnya. 

Maklumat sekarang sudah menerobos hingga ke ceruk kampung jauh di pedalaman. Meriah beb...

Ada beberapa rakan  memberitahu, mereka juga dihubungi oleh ibu, kakak atau emak saudara di kampung sambil bertanya, "betulkah apa yang disebut Muhyiddin itu?"

Walaupun video itu merupakan rakaman curi dan sekali lagi siapa perakamnya sedang dipertikaikan dan dicari, yang penting di sini ialah apakah isi yang diperkatakan oleh Muhyiddin itu. Lupakanlah menempelak siapa perakamnya dan cuba menyalahkan perbuatan itu kerana perakam curi ini ialah pencuri yang baik, budiman dan berjasa kepada negara.

Lihat mesej dan isi rakaman video itu jika jujur mahukan kebenaran.

Dengan itu, bukan saja Muhyiddin perlu disiasat dan diambil keterangan dengan segera oleh pasukan petugas khas yang sedang menyiasat isu wang RM2.6 bilion itu, malah Najib yang didakwa sudah mengaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, haruslah dengan pantas  juga diambil tindakan.

Tiada alasan lagi untuk berlengah daripada menyiasat dan mengambil keterangan kedua-dua mereka kerana ia sudah menjadi perbualan yang merata ketika ini.

Gani Patail juga perlu disiasat sama dan diambil keterangannya, mana tahu jika beliau ada memiliki bukti atau dokumen mengenainya ketika beliau mengetuai pasukan petugas khas, sebelum disingkirkan atas sebab-sebab kesihatan Isnin lalu.

Video ini adalah cabaran kepada pasukan petugas khas yang sudah menangkap lima orang sebelum ini, termasuk seorang despatch baru-baru ini. Tetapi sejak Gani disingkirkan, pasukan petugas ini seolah-olah senyap tiada khabar berita lagi.

Kebimbangan dan tanda tanya rakyat terhadap isu 1MDB, wang RM2.6 bilion melibatkan Najib, bagaimana negara ini diurustadbir dan wibawa pasukan petugas khas, khususnya setelah Gani disingkirkan secara tiba-tiba, sedang mencanak naik waktu ini.

Seiring dengan pemecatan Najib yang menyaksikan juga Peguam Negara disingkirkan dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC terpaksa dirombak berikutan sebahagian ahlinya  diberikan habuan kedudukan dalam kerajaan, ramai yang melihat negara ini sedang menuju zaman gelap dan hitamnya.

Dengan tanda-tanda yang semakin nyata sekarang ini, kebimbangan dan tanda tanya rakyat hanya dapat dikendur serta dilegakan jika Muhyiddin dan Najib dapat segera disiasat dan diambil keterangannya dalam waktu yang terdekat ini.

Tiada alasan lagi sebenarnya. Noktah. 

[BERGAMBAR] Beg Pakaian Ditemui Di Kawasan Serpihan Disyaki MH370 Dijumpai

Posted: 30 Jul 2015 08:00 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
Gambar sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion berdekatan dengan tapak di mana serpihan dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang tahun lalu ditmeui.

Julien Delarue, seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar tempatan Journal de L'île de la Réunion, melaporkan di Twitter bahawa ada barangan yang kelihatan seperti sebuah beg pakaian telah ditemui di Saint-André.

Pagi ini, dia telah pergi semula ke tempat dimana beg yang rosak itu ditemui dan menjumpai sebahagian lain dari beg pakaian yang menggunakan roda itu di kawasan di mana serpihan pesawat ditemui, demikian laporan dari Le Journal de la Reunion.

Sekalipun rosak teruk namun bag pakaian itu masih terkunci dengan mangga. Ianya kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.



Johnny Begue, ketua pasukan pembersihan, terdapat serpihan pesawat yang kelihatan semakin mungkin dari penerbangan Malaysia Airlines yang telah hilang sejak 8 Mac 2014.

Di dalam perkembangan berkaitan, Airlive.net telah melaporkan kod yang tercatat di serpihan yang ditemui semalam menyamai kod Flaperon yang terdapat di manual Boeing 777.

Sekeping foto yang menunjukkan nombor siri 657BB tercatat di serpihan pesawat berkenaan dan ia dikaitkan dengan pesawat Boeing 777.


AirLive.net melaporkan satu daripada kod yang tertera di serpihan itu menyamai dengan sayap Boeing 777, jika dirujuk kepada manual penyelenggaran Boeing.




Sementara itu di Kuala Lumpur, Bernama melaporkan empat pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La Reunion island di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

"Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.

"Kami mencapai persetujuan bahawa mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.

Seorang mekanik dari syarikat penerbangan di Reunion, Air Austral, memberitahu jurnalis bahawa serpihan itu dicop dengan kod 657-BB. Manakala laporan lain berkata kod diserpihan itu adalah BB670.

Muhyiddin digugurkan, PAS pula yang DAP serang

Posted: 30 Jul 2015 07:51 AM PDT

 Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Ketika rakyat berteka-teki apakah langkah politik yang akan diambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari kabinet baru Persekutuan, DAP cuba menyambar peluang untuk terus meracik perpaduan Melayu. 
 
Ia masih tidak hilang fokus untuk melemahkan satu lagi unsur kekuatan politik Melayu iaitu PAS supaya terus dicurigai oleh ahli dan penyokong parti itu dengan menyebarkan dakyah bahawa parti Islam itu kini cenderung pada Umno. 
 
Fasa pertama kempen menumbangkan Umno sebagai tunjang politik Melayu sudah hampir dapat dilaksanakan. Kempen Asal Bukan Umno (ABU) untuk masyarakat memandang jijik Umno masih diteruskan. 
 
Kini DAP cuba meraut dividen tambahan dengan mengkategorikan PAS "setaraf' Umno supaya dipandang jijik di mata masyarakat. Namun akronim kempen itu tetap sama – ABU. Cuma kali ini sasarannya ialah Asal Bukan Ulama. 
 
Ketika rakyat kaget dengan pengumuman Muhyiddin digugurkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat kesimpulan bahawa PAS, terutama presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, semakin nyata cenderung pada Umno. 
 
Lim Guan Eng berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baru persekutuan itu membuktikan hala tuju PAS cenderung kepada Umno.
 
Lim berkata beliau terkejut dengan pendirian Hadi yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.
 
"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," kata Guan Eng.
 
Malah sebaliknya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan rombakan kabinet terbaru Najib itu semalam sebagai satu "gempa bumi." 
 
Walhal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun menegaskan bahawa tindakannya itu bertujuan mempersiapkan sebuah pasukan yang bersepadu dan komited untuk melaksanakan janji membangunkan negara. 
 
Umum tahu bahawa Muhyiddin mengambil sikap yang agak kritikal dalam isu 1MDB yang dibelit pelbagai masalah tata-urus dan dakwaan salahguna kuasa yang menjadikan integritinya dipersoalkan. 
 
Najib mahu tuduhan berkenaan disiasat secara tuntas melalui penubuhan panel penyiasat terdiri daripada wakil pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Gabenor Bank Negara.
 
Malah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga juga sudah mula bertindak menyiasat pengurusan 1MDB.
 
Bagaimanapun dalam hubungan ini, Haji Hadi mengambil pendirian bahawa adalah terlalu awal untuk memberi komen mengenai kabinet baru Najib dan mahu memberi sedikit masa sebelum membuat penilaian.
 
Namun sesuai dengan kempennya untuk melemahkan perpaduan politik Melayu dengan menyokong penubuhan sebuah parti Islam baru yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB), DAP melihat isu rombakan kabinet itu sebagai satu peluang untuk terus melemahkan PAS. 
 
Namun PAS mengambil sikap untuk menyusun langkah politiknya secara saksama dan menghindar dari terjebak dalam perangkap politik Machiavelli – 'matlamat menghalalkan cara'. 
 
Ini dapat dilihat dari sengketa di antara anggota Pakatan Rakyat yang tercetus oleh Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Pengarah Strategi PKR ketika itu, Rafizi Ramli, tahun lalu. 
 
Rafizi yang kini Naib Presiden PKR merangkap Setiausaha Agung parti itu, melakarkan strategi supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, meletak jawatan bagi memberi peluang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil di situ.
 
Congakannya, jika menang, Anwar akan dilantik menjadi menteri besar Selangor dan pasti mampu menjadikan negeri itu model negeri Pakatan Rakyat yang maju sekaligus melonjakkan peluang pakatan itu menawan Putrajaya.
 
PAS kurang bersetuju sistem demokrasi dipermainkan dengan sengaja mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri supaya dapat ditandingi semula dengan hasrat memenuhi keperluan politik semata-mata. 
 
Walau tidak menyebutnya secara terbuka, PAS berpendirian tegas tidak menyokong politik yang kurang beretika itu. 
 
Pendirian ini ditunjukkan sekali lagi dengan jelas apabila Anwar tidak layak bertanding dalam pilihanraya kecil kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya. 
 
PKR mahu wakil rakyat Kajang yang baru, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  
 
Menilai rekod Khalid, PAS tidak yakin dengan alasan-alasan yang diberikan oleh PKR untuk menggugurkan Khalid. Maka tercetuslah krisis Menteri Besar. 
 
Begitu juga dengan pergolakan dalaman Umno yang sedang berlaku kini. Soal ada ketegangan dalam hubungan Najib sebagai presiden Umno dengan Timbalannya, Muhyiddin, itu adalah masalah rumahtangga Umno. 
 
Jika Najib sebagai perdana menteri Malaysia mahu menggugurkan Muhyiddin kerana mahu pasukan politik lebih kukuh dalam kerajaannya, itu hak Najib. 
 
Bagi Hadi, PAS sebagai parti politik budiman dan berakhlak, Najib wajar diberi masa untuk membuktikan pasukan barunya akan memberi kebajikan lebih banyak dan besar untuk rakyat.
 
Demikian prinsip perjuangan Hadi dan PAS. Namun politik budiman bukan pegangan DAP. Pendirian yang adil dan bersusila PAS ini cuba diputarbelitkan sebagai satu tanda PAS cenderung pada Umno. 
 
Jika benar apa salahnya? Bukankah politik adalah untuk mewujudkan sistem sosial dan ekonomi yang lebih sejahtera? Sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk melaksanakan tugas itu. 
 
PAS memilih kewarasan dan sikap adil untuk tugas itu. Namun DAP lebih cenderung menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'.  


Harga minimum rokok naik, larangan bertambah

Posted: 30 Jul 2015 07:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Harga minimum rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 sekotak bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau di Putrajaya hari ini.

"Harga minimum ini akan dinaikkan kepada RM10 mulai 1 Ogos 2016," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya.

Beliau turut mengumumkan dua peraturan baru melibatkan kawasan zon larangan merokok, melibatkan tempat awam dan tempat makan berhawa dingin.

Dr Subramaniam berkata bermula 1 Januari tahun hadapan, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

"Malah, beberapa kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di 35 Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata keseluruhan tempat makan berhawa dingin juga telah diisytiharkan sebagai tempat dilarang merokok.

"Kalau dahulu, kita membenarkan satu pertiga daripada tempat makan berhawa dingin di bawah Peraturan 21 sebagai tempat merokok. Sekarang ia dimansuhkan," katanya.

"Penguatkuasaan larangan merokok di taman awam dan Taman Negara akan dijalankan oleh renjer hutan dan pihak berkuasa terlibat dan mereka akan diberikan kuasa untuk menguatkuasakan warta ini," katanya lagi. - Bernama


 

Wang RM2.6b: Umno belum cukup hairan?

Posted: 30 Jul 2015 07:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Haruskah Umno memecat presidennya, Datuk Seri Najib Razak atau timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Soalan ini dibangkitkan sejak Mei lalu, selepas Muhyiddin berkongsi kebimbangannya bersama pemimpin Umno dalam satu pertemuan tertutup di Janda Baik, Pahang.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah naib presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anggota majlis tertinggi, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam video itu, Ahmad Zahid ketawa besar apabila Muhyiddin menyebut mengenai pemimpin Umno yang "tunjuk tahu tapi tidak tahu" dan "macam pandai tapi tak pandai".

LIHAT VIDEO DI SINI

Para hadirin juga ketawa berdekah-dekah tetapi Ahmad Maslan hanya mampu tunduk dan tersenyum simpul sambil meneguk air botol apabila Muhyiddin berkata demikian.

Namun apapun cerita di sebaliknya, Ahmad Maslan dan Ahmad Zahid masih berada dalam kabinet. Lebih untung, Ahmad Zahid, yang kini menggantikan Muhyiddin di jawatan timbalan perdana menteri.

Ahmad Maslan, MP Pontian itu pula menjadi timbalan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri selepas serangan hendap Najib, Selasa lalu ke atas Muhyiddin.

Muhyiddin yang 'lebih tahu'

Antara perkara yang disebut oleh Muhyiddin selepas digugurkan dari Kabinet, beliau "lebih tahu sedikit" mengenai 1MDB berbanding orang lain.

Sedikit demi sedikit, kita mendapat pembayangnya. Semalam, bocor lagi satu video yang menunjukkan Muhyiddin berkongsi mengenai perbualannya dengan Najib.

Dalam video itu, Muhyiddin berkata beliau antara lainnya bertanya kepada PM, mengapa wang RM2.6 bilion itu masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

LIHAT VIDEO DI SINI

Muhyiddin tidak perlu menunggu lama jika beliau mahu menafikan perkara itu. Rumahnya di Bukit Damansara tidak putus-putus dihurung para wartawan hingga ke hari ini.

Tidakkah Umno cukup hairan jika presiden mereka memiliki wang sebanyak itu dalam akaun peribadi? Bagi salah seorang pemikirnya, Tun Faisal Ismail Aziz, perkara itu seolah-olah tidak ada apa-apa masalah.

"Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai," katanya.

Maka, kita boleh melihat dua aliran dalam Umno. Yang pertama, selari dengan pandangan Tun Faisal, yang juga penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas.

Aliran kedua pula akan bersolidariti dan simpati dengan Muhyiddin. Mereka pastinya melihat ada sesuatu perkara yang tidak kena apabila seorang PM boleh memiliki wang sebanyak itu dalam akaun peribadi.

Tersungkur di Putrajaya

Lebih tidak kena, Muhyiddin hilang jawatannya selepas mempersoalkan perkara itu.

Mengulas dakwaan mengenai wang dalam akaunnya, seperti dilapor The Wall Street Journal, Najib sekadar berkata beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

Tetapi, tidak kiralah bagaimana wang itu dibelanjakan. Sekiranya benar wang itu masuk ke akaun Najib dan dibelanjakan, perkara itu sudah cukup untuk menimbulkan persoalan.

Umno tidak perlu menunggu sehingga habis siasatan sebelum bertindak ke atas pemimpin yang didakwa rasuah.

Parti itu mempunyai piawai dan pemikiran yang berbeza dengan badan siasatan kerajaan atau mahkamah.

Sebelum ini, kita pernah melihat tokoh yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana kesalahan rasuah tetap terpilih ke jawatan utama dalam parti.

Maka tidak hairanlah sekiranya Najib boleh kekal sebagai presiden parti walau mahkamah kelak mendapati perdana menteri itu terlibat dengan rasuah.

Tapi Umno kali ini perlu bertindak lebih baik dari itu. Umno terpaksa menunjukkan imej yang bersih untuk membolehkannya meraih kepercayaan pengundi bagi mengekalkan kuasa dalam pilihan raya akan datang.

Kebetulan pula, Muhyiddin dalam kenyataannya selepas digugurkan dari Kabinet menyatakan ikrar serupa – untuk mengembalikan keyakinan kepada Umno.

Bibit-bibit penentangan ke atas Najib kini mula dilihat, namun akar umbi Umno nampaknya sedang mengambil masa untuk pulih dari trauma dan memahami perkara yang terjadi.

Tumpuan perlu diberikan kepada sentimen di kalangan Umno Johor memandangkan Muhyiddin merupakan tokoh utama yang memacu sokongan daripada negeri kelahiran parti itu.

Tidakkah orang Umno Johor tertanya-tanya, apakah perkara yang lebih diketahui oleh Muhyiddin?

Tidakkah mereka cukup hairan apabila maklumat itu menyebabkan Muhyiddin tersungkur di Putrajaya?


SPRM nafi pegawainya terlibat konspirasi jatuhkan k'jaan

Posted: 30 Jul 2015 07:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa pegawai-pegawai kanannya terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Mengulas kenyataan yang disiarkan dalam blog-blog, SPRM menyifatkan segala tohmahan itu sebagai tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

"Tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanan SPRM adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM, dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media.


"Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.
 
"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya.


AG baru tak tahu menahu tentang 'kertas pertuduhan' terhadap PM

Posted: 30 Jul 2015 07:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: "Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."


Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas.

Walaupun membuat beberapa percubaan, Malaysiakini tidak dapat menghubungi Abdul Gani untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan berhubung draf kertas pertuduhan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang telah melihat draf kertas pertuduhan itu, berkata ia mengandungi tuduhan yang paling serius terhadap perdana menteri.

Manakala pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menggesa kerajaan untuk menjelaskan isu kertas pertuduhan itu.

"Hakikatnya adalah khabar angin telah tersebar sejak beberapa hari bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa paling tinggi yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.

"Dengan apa yang dipanggil sebagai eksklusif dari Sarawak Report ini, AG (baru) dan PM mesti tampil menjawabnya," katanya kepada Malaysiakini.
 

Mukhriz Sedia Hadapi Kemungkinan Berhubung Video Bocor Tersebar

Posted: 30 Jul 2015 07:23 AM PDT

Oleh: G.C. TAN
 
 
Mukhriz Mahathir.


ALOR SETAR: "Saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai pendedahan video Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menceritakan semula perbualan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Klip video yang kini menjadi viral tersebut yang dilihat dirakamkan menggunakan peranti mudah alih dilaporkan menunjukkan Muhyiddin duduk bersama beberapa tetamu temasuk Mukhriz di kediaman bekas timbalan perdana menteri itu.

Mukhriz yang ditemui di rumah terbuka Hari Raya anjuran Umno bahagian Jerlun pada Khamis berkata: "Saya sedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan tiada keperluan untuk membuat spekulasi berhubung perkara tersebut.

"Saya melawat Muhyiddin untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau. Beliau telah melakukan banyak kebaikan kepada Kedah semasa berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.

"Beliau adalah timbalan presiden Umno, saya fikir tidak salah untuk saya melawatnya," kata Mukhriz.

Tambahnya, mereka yang membuat rakaman berhubung perbualan itu sepatutnya dipersoalkan.

Ditanya adakah kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah akan terjejas berikutan pendedahan klip video itu, Mukhriz berkata: "Saya tidak lihat apa yang saya buat adalah salah."

"Kuasa di tangan saya dikurniakan Allah, ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa," jelasnya.

GHB bakal sertai himpunan aman anjuran BERSIH Ogos ini

Posted: 30 Jul 2015 07:21 AM PDT

BERNAMA

 

175233926
Mohamad Sabu berkata, beliau akan mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan itu.



KUALA LUMPUR, Gerakan Harapan Baru (GHB) menyokong penuh usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan memberikan sepenuh kerjasama bagi menjayakan himpunan aman itu pada Ogos nanti.


Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, beliau akan mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan itu.

"Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak PM Najib letak jawatan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Mohamad Sabu, beliau mengesa sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas Najib meletak jawatan melibatkan semua pihak sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan.

Jelas Mohamad, negara berada dalam keadaan yang sangat gawat dengan berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidaktelusan dalam urus tadbir kerajaan sehingga memaksa perhimpunan ini dianjurkan.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga sekarang masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadinya dan menimbulkan tanda tanya kepada rakyat dan semua pihak.

Himpunan Aman yang direncana BERSIH itu bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2015 di Dataran Merdeka seperti khabar angin yang tersebar sebelum ini.

Selangor lulus beberapa permohonan berhubung projek Langat 2

Posted: 30 Jul 2015 07:12 AM PDT

BERNAMA

 

MOKH7042 watermark
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, kelulusan itu antara lain melibatkan kebenaran merancang bagi projek berkenaan.



SHAH ALAM, Kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini meluluskan beberapa permohonan yang dikemukakan agensi dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan projek pembinaan Langat 2 berjalan lancar.


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, kelulusan itu antara lain melibatkan kebenaran merancang bagi projek berkenaan selain pelaksanaan kerja-kerja projek di tapak yang terlibat.

"Hari ini kita (MTES) beri kelulusan kepada beberapa permohonan yang diterima dari Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Perhutanan Negeri (melibatkan proses pembinaan Langat 2 )," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri di kediaman rasmi beliau di sini hari ini.

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini dilaporkan berkata kelewatan projek loji rawatan air Langat 2 berlaku kerana kerajaan Selangor mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula industri air di Selangor dimuktamadkan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata pengagihan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak perlu dibincang dengan teliti bagi mengelak berlakunya pertindihan kerusi.

Beliau berkata ia perlu dibuat dengan mengambil kira hasrat Gerakan Harapan Baharu (GHB), yang diuar-uar mahu bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen sebelum ini bahawa GHB Sarawak bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang.

Solidariti untuk The Edge disebar di Facebook

Posted: 30 Jul 2015 07:10 AM PDT

A.AZIM IDRIS

 

solidariti the edge
Permintaan bersolidariti oleh kumpulan yang menamakan diri mereka 'Malaysians stand in solidarity with The Edge' di laman facebook mereka. - Foto Facebook.



KUALA LUMPUR, Satu perhimpunan dijangka diadakan petang esok untuk menunjukkan solidariti kepada pemilik akhbar kumpulan The Edge yang digantung permit penerbitan selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri.


Satu kumpulan Facebook yang menggelarkan diri mereka "Malaysians stand in solidarity with The Edge" (Rakyat Malaysia bersolidariti bersama The Edge) akan berkumpul di hadapan pejabat akhbar berkenaan di Mutiara Damansara pada kira-kira jam 3 petang.

Perhimpunan itu merupakan sebahagian kempen untuk menarik kembali penggantungan akhbar mingguan 
The Edge dan The Edge Financial Daily, susulan pendedahan mereka berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Mari, mari, semua! Rakyat Malaysia perlu tahu mengenai #1MDB. Marilah dan gesa kebebasan maklumat dan akauntabiliti kerajaan supaya ia didengar dengan jelas."

"Hak kita untuk mendapatkan maklumat ditekan hebat oleh perdana menteri dan pengurusannya," kata 
kumpulan itu yang menggesa rakyat Malaysia untuk bersolidariti.

Mereka yang mahu hadir diminta mengenakan pakaian hitam atau biru.

Tidak disertakan siapa yang menganjurkan perhimpunan berkenaan tetapi bahagian 'about' (berkenaan) laman komuniti itu berkongsi pautan dengan propembangkang portal Aliran (http://aliran.com/)

Wujud Pertikaian Sama Ada PAC Boleh Terus Siasat 1MDB

Posted: 29 Jul 2015 10:53 PM PDT

Oleh: HEMANANTHANI SIVANANDAM
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Walaupun menteri dan timbalan menteri baharu selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong berikutan rombakan Kabinet pada Selasa, isu sama ada siasatan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diteruskan tanpa sebarang gangguan, terus hangat diperkatakan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata struktur PAC ketika ini 'tidak mencerminkan komposisi parti politik di dalam Dewan Rakyat' selepas empat ahli jawatankuasa itu dari Barisan Nasional terpaksa mengosongkan jawatan mereka.

Beliau memetik Perintah Tetap Mesyuarat 82 (1) yang menyebut "setiap jawatankuasa pemilih hendaklah boleh dipratikkan, seimbang antara parti dalam Dewan Rakyat dicerminkan dalam jawatankuasa tersebut".

"PAC kini perlu mendapat pendapat Speaker sebelum meneruskan prosiding. Speaker adalah individu bertanggungjawab ke atas Parlimen.

"Saya melihat jawatankuasa ini tidak mencerminkan komposisi parti di dalam Dewan Rakyat.

"Komposisi sekarang tidak lengkap," kata Kiandee ketika dihubungi.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama empat ahli PAC diserap ke dalam barisan Kabinet perdana menteri.
PAC mempunyai 13 ahli, lapan dari BN dan lima dari pembangkang.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), William Leong (PKR-Selayang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) menegaskan PAC akan meneruskan sesi pendengaran 1MDB kerana mempunyai korum mencukupi walaupun empat ahli jawatankuasa itu dilantik dalam barisan Kabinet baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamu dan bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hazem Abd Rahman serta ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, antara individu yang akan hadir untuk sesi prosiding di hadapan jawatankuasa itu pada 4, 5 dan 6 Ogos.

Manakala, Jho Low diminta untuk hadir pada 8 September ini.

PAC juga memangil Pengarah Brazen Sky Sdn Bhd dan sebuah syarikat dibawah 1MDB yang terlibat dalam pelaburan dengan PetroSaudi International pada 9 dan 13 September ini.

Dr Tan berkata Peraturan Mesyuarat 83 (3) memperuntukkan bahawa prosiding boleh diteruskan selagi korum mencukupi.

Peraturan Tetap Mesyuarat 83(3) berbunyi: "Melainkan jika Dewan Rakyat mengarahkan, tiga ahlinya termasuk pengerusi patut berada dalam korum tersebut.

Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong (DAP) berkata pengerusi di sini merujuk kepada mana-mana ahli PAC dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Beliau memetik Peraturan Tetap Mesyuarat 77 (3) dan menjelaskan bahawa ahli jawatankuasa boleh melantik mana-mana ahli untuk bertindak sebagai pengerusi bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut semasa ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi kerana masalah kesihatan atau sebab lain.

Dr Tan berkata walaupun keempat-empat ahli PAC itu dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri, PAC masih mempunyai sembilan lagi ahli dengan lima dari pembangkang.

"Kami mempunyai korum yang mencukupi, jadi prosiding boleh diteruskan," katanya.

Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan pengerusi PAC sebelum rombakan Kabinet dilakukan berkata pada Selasa bahawa semua prosiding akan digantung sementara waktu sehingga barisan PAC yang baharu dilantik.

Kiandee bagaimanapun berkata situasi sekarang bukan mengenai soal ketidakhadiran.

"Dalam kes ini, jawatan dikosongkan kerana pelantikan empat ahli PAC sebagai menteri dan timbalan menteri.

"Oleh itu, jawatankuasa ini tidak lengkap," katanya.

Pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi berkata sebuah jawatankuasa tidak akan diteruskan tanpa pengerusi dan ahli jawatankuasa sedia ada tidak boleh meneruskan prosiding dengan hanya cukup korum.

"Ketiadaan pengerusi adalah satu faktor yang serius. Jika Pengerusi tidak berupaya pada hari itu, maka ia tidak mengapa tetapi dalam kes ini jawatan dikosongkan.

"Keahlian juga mesti seimbang. Satu jawatankuasa dalam Parlimen perlu ada wakil dari kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia gagal dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

MH370: Serpihan Pesawat Dipenuhi Cangkerang, Berkarat

Posted: 29 Jul 2015 10:49 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Serpihan dipenuhi cangkerang dan berkarat.
 
 
PETALING JAYA: Serpihan pesawat yang dipercayai milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang ditemui di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, dipenuhi cangkerang dan berkarat.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Twitter Fox News, keadaan serpihan itu menunjukkan ia mungkin berada terlalu lama di dalam air laut.

Serpihan tersebut menyerupai komponen sayap pesawat.

Serpihan yang ditemui menyerupai komponen sayap pesawat.
 
Ia ditemui orang awam yang melakukan kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

Individu berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu kepada pihak berkuasa Perancis untuk memulakan siasatan.

Pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytleman tidak menolak serpihan itu mungkin milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan. Kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370," katanya.

MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC

Posted: 29 Jul 2015 10:47 PM PDT

MSTAR ONLINE


Serpihan komponen sayap pesawat yang ditemui orang awam yang membersihkan kawasan pantai di Pulau Reunion.
 
 
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Australia berkata lokasi penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, konsisten dengan analisis data bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Sekiranya serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu disahkan milik MH370, ia akan konsisten dengan analisis data bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Serpihan tersebut akan diteliti pakar untuk mengenal pasti asal-usulnya. Malaysia bertanggungjawab dalam siasatan dan menguruskan pemeriksaan tersebut dengan bantuan Boeing," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

JACC juga berkata sebarang bukti penemuan terbaharu akan digunakan untuk terus memperbaiki usaha pencarian pesawat tersebut.

Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan di Perancis yang terletak di Lautan Hindi, kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya kepulauan Mauritius manakala 900km dari Madagascar, di luar pantai timur Afrika.

Hasnul Rahmat Jawab Isu Pegang Anjing

Posted: 29 Jul 2015 10:45 PM PDT

RAKYATNEWS


Hasnul rahmat, hasnol rahmat, pegang anjing, patung yesus


Pelakon terkenal, Hasnul Rahmat dengan tegas menjawab isu berhubung beliau memegang anjing hidup yang digembar-gemburkan oleh warga netizen.

Ternyata tindakan itu jelas mendapat reaksi negatif daripada semua pihak.

Namun, hakikat sebenarnya gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram itu sebenarnya merupakan patung anjing.

"Kalau anjing hidup dah lama saya lari lintang pukang, saya memang fobia dengan anjing, ia adalah patung, jadi saya beranilah untuk bergambar dan memegang kepala patung anjing itu.

"Apa-apa pun, saya minta maaf kepada semua pihak kerana gambar itu telah mencetuskan rasa kurang senang dan tohmahan negatif terhadap saya, pada masa yang sama, tiada niat untuk mencari publisiti murahan," katanya memetik laporan portal Murai.com.my

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai gambarnya yang memegang patung jesus.

Katanya, dia masih memegang ajaran Islam dan menolak dakwaan kononnya dia mempunyai fahamam free thinker.

"Kelainan bentuk patung itu menarik perhatian saya, untuk pengetahuan semua bukan saya yang pegang patung itu, teman saya yang pegang lalu saya mengambil gambar sahaja dan muat naik di Instagram.

"Lagi sekali saya mohon maaf, gambar-gambar itu tiada niat di hati saya untuk mencetuskan perbalahan mengenai fahaman agama dan mewujudkan sensitiviti negatif terhadap mana-mana pihak," katanya.

Penjelasan 1MDB Kepada Kabinet Terlalu Ringkas, Kata Muhyiddin

Posted: 29 Jul 2015 10:42 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR - Selepas beberapa siri kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berkata penjelasan mengenai dakwaan skandal syarikat pelaburan itu menerusi 'fact sheet' yang diedarkan kepada jemaah menteri sebelum ini terlalu ringkas dan tidak komprehensif.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau memerlukan maklumat yang lebih lengkap berhubung dakwaan skandal berkenaan.

"Memang ada 'fact sheet' yang agak ringkas, tidak begitu komprehensif dan hanya menyatakan data yang hanya boleh dilihat dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

"Ia tidak memadai, kerana 1MDB ini isu besar. Sebab itu saya perlu dapatkan maklum balas," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini, Rabu.

Menurut Muhyiddin, sebagai anggota Kabinet pada ketika itu, beliau bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan skandal berkenaan.

Ditanya sejauh mana beliau mengetahui mengenai maklumat berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata: "Saya tahu lebih sedikit daripada apa yang anda tahu."


Aziz Bari Sertai DAP

Posted: 29 Jul 2015 10:39 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR - Bekas Pensyarah Universiti Islam Malaysia Prof Dr Aziz Bari hari ini mengumumkan menyertai DAP.

The Malaysian Insider dalam laporannya menyebut, DAP bakal mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar.

Beliau sebelum ini pernah bertanding di atas tiket PKR pada PRU13 lalu di Parlimen Sabak Bernam namun kalah.

Dr Aziz kini sebaris dengan pemimpin pembangkang lain lompat parti dan berganding bersama bekas sasterawan negara A Samad Said, Dyana Sofya dan beberapa lagi pemimpin melayu dalam DAP.

TPM baharu arah polis hapuskan perjudian 100 peratus

Posted: 29 Jul 2015 10:34 PM PDT

 
Amaran keras kepada pegawai dan anggota polis yang terlibat memberi perlindungan kepada pusat dan rumah perjudian.


zahidhamidi


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ketua polis di seluruh negara menghapuskan aktiviti perjudian sepenuhnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semua ketua polis mesti mematuhi arahan itu termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan bagi membantu kerajaan menghapuskan aktiviti perjudian.

Beliau juga memberi amaran tindakan keras akan dikenakan terhadap pegawai atau anggota polis yang terlibat memberi perlindungan kepada pusat perjudian.

"Saya memberi amaran mana-mana pegawai polis, anggota polis atau mana-mana individu sama ada mewakili NGO, mahupun individu beri perlindungan kepada rumah judi, mereka akan tidak pernah terlepas tindakan daripada pihak KDN.

"Saya harap ketua-ketua polis di seluruh negara menepati arahan KDN," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 6,000 tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya di Perumahan Polis Desa Tasik pada malam Rabu.

Zahid berharap rakyat menyokong pihak polis dan KDN dalam membasmi aktiviti perjudian yang merosakkan kehidupan rakyat.

"Aktiviti perjudian ini boleh merosakkan remaja, golongan berpendapatan rendah, dan menyebabkan keluarga menjadi retak, porak peranda.

"Tidak ada satu bangsa dan agama pun yang setuju aktiviti judi berleluasa," katanya lagi.

Dalam masa lain, beliau berjanji akan menyumbangkan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk memperbaiki kerosakkan di kawasan perumahan Polis di Desa Tasik.

"Saya baru mulakan tugas pertama sebagai TPM dan InshaAllah saya akan berikan peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk kawasan perumahan polis di sini," ujarnya.

Serpihan MH370: MAS tunggu pengesahan forensik

Posted: 29 Jul 2015 10:24 PM PDT

 
Menurut MAS masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai serpihan yang ditemui.


mas,serpihan


PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi mengesahkan laporan mengenai penemuan 'flaperon' pesawat di Reunion Island, Lautan Hindi.

"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan medianya.

Ia merujuk kepada penemuan serpihan pesawat berukuran 2 meter panjang di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi, kelmarin.

Ia kemudian dibawa ke Perancis bagi menjalani pemeriksaan dan ujian forensic.

Penemuan itu sekali gus mencetus spekulasi bahawa ia mungkin daripada pesawat MH370, yang hilang bersama 239 penumpang pada Mac 2014 lalu.

Menurut laporan AFP, serpihan misteri itu kelihatan seperti bahagian sayap kapal terbang, dan ditemui sekumpulan orang awam yang melakukan kerja-kerja pembersihan di pantai

Kabinet baru ibarat drama tiada penghujung-Rafidah

Posted: 29 Jul 2015 10:22 PM PDT

 
Beliau memberi nasihat kepada mereka yang dilantik agar tidak membiarkan negara ini terjerumus ke dalam lohong hitam ekonomi dan politik yang merosakkan.


Rafidah-Aziz_comt_600


PETALING JAYA: Rombakan barisan jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Selasa diibarat seperti babak baru dalam drama yang tiada penghujung.

Luahan itu dibuat bekas Ketua Pergerakan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz di laman Facebooknya.

Katanya, mereka yang dilantik perlu memastikan apa yang dilakukan masuk akal dan bergerak ke hadapan dengan menjadikan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.

"Jangan biarkan negara ini terjerumus ke dalam lohong hitam ekonomi dan politik yang merosakkan" tulisnya.

Dalam status berasingan bekas Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan isi hatinya dengan situasi politik yang berlaku.

Am I imagining things …OR am I really hearing the collective sigh of the Rakyat on whats happening in Malaysia , and to Malaysia , now ? Some friends tell me they dont know whether to laugh or to cry..
Maybe we need to do both for our sanity", tulisnya.

Pelajar USM putus kaki kiri

Posted: 29 Jul 2015 10:16 PM PDT

Pelajar USM putus kaki kiri
Motosikal yang ditunggangi mangsa terpelosok di bawah treler.


JASIN - Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) putus kaki kiri selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 32 Jalan Merlimau - Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Mohd Fatehuddin Raban, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamah LC secara berseorangan dalam perjalanan dari Merlimau ke Jasin.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, pemandu treler berusia 29 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Jasin menuju ke Merlimau.

"Setibanya di lokasi kejadian, pelajar terbabit terbabas dan memasuki arah bertentangan dan melanggar hadapan treler jenis Volvo yang ketika itu melalui jalan tersebut.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari motosikalnya menyebabkan kaki kirinya putus," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, penunggang motosikal berkenaan merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanik USM.

"Mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Muhammad Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 43 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Gugur Muhyiddin: Najib belum selamat lagi?

Posted: 29 Jul 2015 10:14 PM PDT

Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin 
 
 
SHAH ALAM – Kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri didakwa masih belum 'selamat' lagi meskipun beliau sudah menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinetnya.

Demikian kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sambil menegaskan bahawa Najib hanya selamat jika beliau boleh memecat keahlian Muhyiddin dalam Umno seperti yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"Adakah Najib sanggup menanggung risiko selepas ini? Muhyiddin ada kuasa dan keupayaan khususnya untuk berjumpa bahagian demi bahagian, cawangan demi cawangan terutamanya ketika musim pemilihan sekarang ini.

"Ataupun Najib terpaksa mengambil tindakan drastik seperti mana yang diambil oleh Dr Mahathir pada 1998 apabila dia bukan saja menggugurkan Anwar, tapi dia memecat Anwar daripada kedudukan Timbalan Presiden Umno," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Shaharuddin selaku Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) juga berkata, karier politik Muhyiddin bergantung kepada keupayaannya sendiri, sama ada hanya berdiam diri setelah dipecat ataupun terus bergerak mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan Najib.

"Semua bergantung kepada dia, sama ada dia nak melawan ataupun mengambil tindakan yang agak agresif, (ketika itu) Muhyiddin kena bersedia hadapi risiko-risiko yang bakal dihadapi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"Jika Muhyiddin tidak buat begitu atau tidak melawan, maknanya Najib dengan sendirinya akan bebas atau tiada ancaman di situ. Apa pun semuanya bergantung kepada kekuatan Muhyiddin dengan kekuatan orang-orang yang berada di belakangnya," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai peluang Muhyiddin untuk bertanding semula dengan tiket BN di kerusi Pagoh yang dimenangi pada PRU13 lalu, Shaharuddin bagaimanapun berkata, peluang Timbalan Presiden Umno itu agak tipis kerana Najib masih berkuasa.

"Peluang dia memang tak ada, selagi Najib ada di situ, melainkan kalau mereka berdamai, tapi saya tidak yakin pendamaian itu boleh berlaku.

"Bila Najib ambil tindakan sampai ke situ, maknanya sudah wujud perpecahan itu, tapi dia kena ingat, kalau Najib lakukan apa-apa kepada Muhyiddin pun, Muhyiddin ada kedudukannya sebagai ahli parlimen," dakwanya.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata lagi, Muhyiddin masih mempunyai keupayaan untuk terus menyerang serta menjatuhkan Najib kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu sebagai ahli parlimen dengan membuat undi tidak percaya pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

"Dia (Muhyiddin) boleh buat beberapa muslihat dari segi politik, ditambah sekarang ini kedudukan Umno BN sekarang ini bukannya kuat sangat. Dia juga boleh buat rundingan dengan sesiapa saja yang dia nak untuk menjatuhkan Najib.

"Dia masih pegang jawatan kedua tertinggi dalam Umno dan dia masih ahli parlimen yang mempunyai kuasa. Sekarang dia mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Najib, antara kuasa itu undi tidak percaya di Parlimen," katanya lagi.


Tiada ulasan: