Khamis, 30 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


AG baru tak tahu menahu tentang 'kertas pertuduhan' terhadap PM

Posted: 30 Jul 2015 09:08 AM PDT

Patutlah mamat ni dilantik menggantikan tempat Gani Patail.Rupa-rupanya apa benda pun mamat ni bila ditanya, cakap tak tau! Kalau kita tanya siapa Rosmah pun mungkin juga dia akan kata dia tak tau !

Mamat ni seolah-olah berpegang kepada konsep tiga beruk dalam ajaran agama Budha: "jangan cakap, jangan lihat, jangan dengar" mengenai perkara-perkara salah yang dilakukan orang....

Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 "Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini. 

 Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

 Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: 

"Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."

 Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

 Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

 Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

 Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

 Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

 Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas. Baca lagi  di sini 


Sementara itu portal mesra Umno mendakwa Pejabat Peguam Negara menyatakan Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu  .

Menurut laporan portal tersebut, Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial merupakan dokumen dari pejabat mereka. 

 "Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata," kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi.  

Muhyiddin kata tu betul....yang buat onar tu Najib, tangkaplah Najib!

Posted: 30 Jul 2015 07:00 AM PDT

Selepas kebocoran vdo menggempar -kan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB, muncul pula rakaman suara yang kritis terhadap perdana menteri yang didakwa suara Menteri Besar Negeri Sembilan.

 Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

 Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menafikan rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya.

 Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan.

Suara siapa nih? Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan dengan berkata ini bukan suara saya.....


PEMIMPIN PARTI AGAMA, MEMFITNAH KERAJAAN PARTI "SEKULAR"

Posted: 30 Jul 2015 05:00 AM PDT

Oleh: Zul Mohamed 

1. Bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang ditamatkan perkhidmatan kerana menfitnah kerajaan negeri pada muktamar PAS tahun lepas, kini mengulangi sikap buruk itu.

2. Kali ini, Iszuree Ibrahim Yang Dipertua PAS Bayan Baru menabur fitnah, kononnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang ( MBPP) akan merobohkan menara masjid Batu Uban, Georgetown.

3. Difahamkan ahli MBPP daripada DAP dan PKR akan membuat laporan polis terhadapnya petang ini.

4. Nampaknya, pemimpin PASug telah mengambilalih tugas Perkasa dan Umno negeri ini.

 PASug dah ganti Umno.... Ini bukan cooobaaaaann, ini betul-betul.

Nota tambahan : Tindakan Izuree Ibrahim menyelar kerajaan negeri PR Pulau Pinang di Muktamar PAS itu, mengundang kemarahan rakan-rakan sejawatannya di MPPP.Baca di sini

Najib mendapat sokongan 'LIKE' yang luar biasa dari fesbukers!

Posted: 30 Jul 2015 04:01 AM PDT

Status PM Najib terbaru menceritakan perihal berita yg diterimanya daripada pihak berkuasa Perancis mengenai penemuan cebisan bangkai yg ditemui di bahagian timur Madagascar.

Para pengunjung telah bertali arus memberikan komen 'LIKE' kepada status Najib di sini

Semasa saya menulis entri ini, pada jam 6:57 ptg telah mendapat 'LIKE' dari 4,489! rakyat Malaysia dengan kata-kata ulangan sama ada menyuruh 'Najib Letak Jawatan PM' dan 'Undur Najib'

Korang tolong tambahkan lagi like boleh tak? Hahahaha!

Siapa Zahid Hamidi yang dilantik jadi Timbalan PM?

Posted: 30 Jul 2015 01:08 AM PDT

Tahniah Zahid Hamidi kerana dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. 

Beliau merupakan manusia kedua dalam dunia, selain Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas dibebaskan dari tahanan ISA.

Tiada siapa yang sangka, manusia yang paling besar ketawanya ketika TSMY suruh semua yang terlibat dalam 1MBD letak jawatan.

 TSMY berucap dalam program tertutup pimpinan UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik pada Jumaat 15 Mei 2015. Korang boleh dengar ketawa besar Zahid bila TSMY sebut namanya pada minit ke 2:41 di sini 

 Tetapi pada 4 Jun berikutnya, Zahid Hamidi menyeru para menteri yang tidak bersetuju dengan perdana menteri agar meletak jawatan dengan terhormat.

 Katanya anggota jemaah menteri tersebut perlu berbuat demikian kerana mereka bertanggungjawab untuk bersetuju dengan segala keputusan perdana menteri.

 "Di kalangan anggota Kabinet, jika seseorang hilang keyakinan atau hilang kepercayaan (pada PM), atau mempersoalkan keputusannya secara terbuka, cara paling terhormat baginya adalah untuk meletak jawatan tanpa perlu diminta," katanya di sini.  Inilah manusia bernama Zahid Hamidi!

 Tiada siapa yang menjangka orang seperti Zahid Hamidi boleh jadi Timbalan Perdana Menteri memandangkan rekod lama peribadinya yang pernah dikaitkan dengan  satu kes jenayah serius iaitu menyerang seseorang yang bernama Amir Bazli bin Abdullah.

 Zahid Hamidi telah disaman oleh ahli perniagaan Amir Abdullah Bazli yang mendakwa Ahmad Zahid telah menumbuknya di bahagian mata pada 16 Januari 2006 di kelab riadah Country Heights, Kajang, Selangor, menyebabkan tulang hidungnya patah dan mata kirinya bengkak.

 Zahid yang ketika itu adalah timbalan menteri penerangan telah menafikan tuduhan tersebut dan memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggugurkan kes tersebut. Permohonannya telah diketepikan oleh mahkamah yang sama pada 21 April 2010.

 Beliau kemudiannya telah memfailkan saman balas terhadap Amir Abdullah, 41 tahun, kerana mendakwa yang beliau terpaksa berdepan dengan aib dan trauma emosional berikutan tuduhan berkenaan.

 Bagaimanapun, tahun lalu sebuah panel Mahkamah Rayuan yang dianggotai tiga orang hakim sebulat suara telah menolak permohonan Zahid untuk membatalkan saman ke atasnya dan memerintahkan menteri itu untuk membayar kos sebanyak RM5,000. Mahkamah juga telah memerintahkan Zahid untuk menjawab tuduhan ke atasnya.

Saya tidak tahu apa terjadi seterusnya dengan kes Zahid tumbuk orang ni. Korang boleh selongkar cerita lama ini di sini 

Berikut adalah temubual rakaman mengenainya. Benarkah apa yang didakwa sebagaimana dalam rakaman klip video klip berikut? Korang fikirlah sendiri. 

Pelajar 13 Tahun Dirogol : 3 Konstabel Pelatih PULAPOL masih belum diambil tindakan

Posted: 29 Jul 2015 10:20 PM PDT

Satu kejadian rogol remaja bawah umur telah berlaku pada 17/7/2015 yang lalu sekitar jam 11.59 malam di Pitas, Sabah. Pada waktu tersebut, mangsa berusia 13 tahun telah pergi ke perhentian bas berdekatan sebuah padang permainan di daerah Pitas, Sabah untuk berjumpa dengan sepupunya. 

 Sampai di perhentian bas, empat orang lelaki yang dikenali mangsa turut berada di tempat tersebut. Mangsa dan empat orang suspek tersebut tersebut telah meminum minuman keras berjenama Carlsberg.

 Kemudian suspek diajak masuk ke dalam kereta jenis Proton Gen 2 dan dirogol oleh dua orang suspek (suspek A dan B) yang merupakan konstabel pelatih PDRM di PULAPOL.

 Selepas dirogol oleh suspek A & B, suspek C dan D pula telah membawa mangsa ke sebuah pondok berdekatan untuk dirogol sekali lagi. Suspek C juga merupakan konstabel pelatih PDRM di PULAPOL manakala suspek C masih belum dapat dikenal pasti.

 Ketiga-tiga suspek yang merupakan konstabel pelatih PDRM tersebut telah mendaftar masuk di PULAPOL namun masih belum dikenakan tindakan. MyWatch menggesa tindakan keras dikenakan terhadap mereka dan dalam masa yang sama seorang lagi suspek yang masih belum dikenal pasti dapat ditahan seberapa segera. ~ sumber

Tiada ulasan: