Isnin, 27 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Naib Ketua Pemuda UMNO sokong kenyataan Muhyiddin

Posted: 27 Jul 2015 12:25 AM PDT

 
Dia setuju kenyataan Muhyiddin bahawa kontroversi 1MDB boleh melebarkan jurang kepercayaan terhadap UMNO.


khairulumno



PETALING JAYA : Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kontroversi 1MDB mampu mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap parti.

Katanya, sama seperti Muhyiddin, ahli dan pucuk pimpinan juga mahukan kebenaran serta mempunyai kewajipan untuk menjaga amanah yang diberi oleh rakyat.

"Dari amanah inilah kita warisi kuasa politik yang digunakan untuk memajukan agama, bangsa dan tanah air. Jangan sampai warisan kita tergadai begitu sahaja.

"Kita harus berani, berani kerana benar maka beranilah mencari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.

Berhubung penggantungan akhbar The Edge, dia yang dikenali sebagai Azwan Bro berkata, tindakan itu tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap isu dan tuduhan yang dikenakan terhadap 1MDB.

"Ya memang The Edge mengaku menipu Xavier Alexander Justo dalam mendapatkan data yang dicuri, namun kesalahan ini adalah antara dua penyangak yang mencuri antara satu sama lain.

"Ia tiada kena mengena dengan persoalan dan isu yang ditimbulkan mahupun menerangkan keadaan sebenar dalam semua transaksi 1MDB. Bagi saya biarlah siasatan oleh pihak berkuasa muktamad dan tindakan undang-undang diambil," katanya.

Katanya, sekiranya benar semua emel dan dokumen itu telah diubah dan tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah semata-mata, akhbar berkenaan bukan sahaja perlu digantung permitnya tetapi boleh ditutup terus dengan alasan yang kukuh.

Selesaikan Isu 1MDB Segera Sebelum Jadi Beban Kepada Umno - Muhyiddin

Posted: 27 Jul 2015 12:19 AM PDT


MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau. 

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang. 

"Mesti ada penyelesaian muktamad...kalau tak selesai jadi beban...nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya. 

Berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini Ahad malam ,Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya. 

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh
dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan...saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir)
untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan
rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian...kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara.

Menjawab mengenai pertemuan beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai 'perbincangan sulit mengenai isu negara',

Muhyiddin berkata ia hanya merupakan pertemuan biasa.

"Tiada yang sulit...saya berkomunikasi dengan Tun, (kemudian) saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein).

"Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib.

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

 

PAS Sabah Tolak GHB, Setia Bersama Pimpinan Hadi Awang

Posted: 27 Jul 2015 12:14 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Aminuddin Aling.
 
 
KOTA KINABALU: PAS Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata pesuruhjayanya Aminuddin Aling.

Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.

"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai (Gerakan) Harapan Baharu ini adalah yang kalah dalam pemilihan jawatankuasa...dan rindu pada kedudukan," katanya. 
 
Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan anggota PAS negeri yang berhasrat menyertai GHB agar tidak menggunakan sebarang aset milik PAS Sabah bagi berkempen untuk kumpulan berkenaan.

"Ini satu amaran, sekiranya terdapat ahli GHB di kalangan kami di sini, saya tidak mahu mereka menggunakan premis kami, itu untuk kegunaan anggota PAS sahaja, pergi cari tempat lain," katanya.

Aminuddin berkata, ketika ini, parti itu tidak dapat mengambil tindakan terhadap anggota PAS yang berpaling tadah dan berhasrat menyertai GHB.

"Dalam perlembagaan PAS, sekiranya seseorang anggota menubuhkan parti atau menyertai mana-mana parti dengan sendirinya akan terbatal keahliannya.

GHB belum didaftar jadi parti oleh itu PAS tidak boleh ambil tindakan, sebab parti itu belum rasmi lagi," katanya.

Satu lagi gegaran landa Ranau tengah malam tadi

Posted: 26 Jul 2015 11:59 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 112 gegaran, termasuk gempa bumi utama yang berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu direkodkan di Ranau sehingga pagi ini. 
 
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gempa susulan terbaru berukuran 4.4 skala Richter pada jam 12.10 pagi tadi dikesan kira-kira 7.16 kilometer di timur laut pekan Kundasang dan 10.07 kilometer dari pusat gempa bumi utama berskala 5.9 Richter pada 5 Jun lalu. 
 
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 97 gegaran direkodkan sepanjang Jun, manakala 15 gegaran dikesan pada Julai sehingga pagi ini. 
 
"Sebanyak 76 gegaran dapat dirasai termasuk gegaran susulan 4.4 yang direkodkan awal pagi tadi," katanya. 
 
Gegaran susulan selama beberapa saat awal pagi tadi turut dirasai di sekitar Kota Kinabalu.
 
Tengah malam tadi satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah. 
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer ke Barat Laut Ranau. 
 
"Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.
 
 

SUHAKAM bimbang pelbagai pegehadan kebebasan hak asasi Manusia

Posted: 26 Jul 2015 11:58 PM PDT

RAJVINDER SINGH

 

Hasmy-Agam-M
Hasmy mengingatkan pihak berkuasa bahawa apa-apa tindakan perlu diambil mengikut undang-undang sedia ada dan tidak bertindak di luar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.



KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyuarakan rasa risau berkenaan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu berdasarkan fahaman politik mereka, baru-baru ini.


Suruhanjaya itu berkata, tindakan pihak berkuasa itu mengehadkan hak asasi rakyat Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, pengehadan termasuk kebebasan bergerak, kebebasan berekspresi, kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar, antaranya.

"Suruhanjaya ini benar-benar risau dengan beberapa bentuk diskriminasi oleh pihak berkuasa terhadap orang ramai yang berdasarkan kepada fahaman politik mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, SUHAKAM terperanjat dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk menguatkuasakan penggantungan selama tiga bulan permit penerbitan terhadap dua akhbar bisnes yang dimiliki oleh Kumpulan Media The Edge.

Katanya, penggantungan itu dibuat kerana akhbar berkenaan menyiarkan laporan berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggap menjejaskan keselamatan orang ramai dan kepentingan negara.

"Kami turut kesal dengan keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat akses ke laman web Sarawak Report atas alasan keselamatan negara dan rakyat."

Hasmy berkata, SUHAKAM percaya semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk kebebasan maklumat dan akses kepada pandangan yang berbeza.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya menarik balik penggantungan permit dua akhbar berkenaan dan menghormati kebebasan media.

Tambahnya, penting untuk kita memelihara kebebasan dan kepelbagaian media.

Hasmy berkata keputusan untuk mengehadkan kebebasan pergerakan beberapa individu, iaitu ahli politik pembangkang dan aktivis hak asasi manusia merupakan satu lagi keputusan kerajaan yang sukar diterima.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen gagal memberitahu semua individu yang terlibat dalam hal ini, sebab keputusan itu diambil.

"Keputusan larangan perjalanan itu dibuat secara sewenang-wenang, tidak munasabah dan tidak seimbang, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi juga undang-undang dan norma hak asasi manusia antarabangsa."

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya segera menerangkan situasi berkenaan dan memberitahu mereka yang terlibat dalam larangan perjalanan.

Hasmy berkata, Jabatan Imigresen perlu memberi tempoh yang munasabah bagi mereka membuat rayuan kepada jabatan itu.

Beliau mengingatkan pihak berkuasa bahawa apa-apa tindakan perlu diambil mengikut undang-undang sedia ada dan tidak bertindak di luar peruntukan yang disediakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rozita Che Wan akui mampu hidup mewah jadi pelakon

Posted: 26 Jul 2015 11:55 PM PDT

SHAZRYN MOHD. FAIZAL

 

rozita-che-wan1-m
Kehidupan mewahnya yang sering menjadi perbualan sedikit pun tidak memberi sebarang kesan kepada Rozita Che Wan. Sebaliknya, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu lebih selesa bersikap positif dan mahu masyarakat melihat kehidupannya itu sebagai pembakar semangat untuk terus lebih maju. - Foto TRP/Syahirah Roslan



KUALA LUMPUR, Barangkali pada pandangan segelintir masyarakat, untuk menjadi seorang pelakon tidak mampu untuk menjamin masa depan dengan memberikan kehidupan yang selesa dan terbaik.


Namun, bagi pelakon, penerbit dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan, 42, dia berpendapat sebaliknya apabila dia menjelaskan bahawa menjadi seorang pelakon juga mampu menhadiahkan sebuah kehidupan yang terjamin.

Tetapi, kata Rozita atau lebih mesra disapa khalayak sebagai Che Ta, seseorang itu perlu bijak merancang dengan hasil pendapatan yang diperolehi seperti mana yang telah dilakukannya sepanjang tujuh tahun bergelar anak seni.

Dengan penuh terbuka, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memberitahu dengan mudah dia memperolehi pendapatan sebanyak RM60,000 sebulan hanya dengan menjadi seorang pelakon sahaja.

"Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu.

"Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang," luah Rozita penuh jujur dalam program hlive! Apa Kata Malaysia?, malam semalam.

Pelakon drama bersiri Kiah Pekasam berkata demikian selepas disoal oleh pengacara program berkenaan, Datuk Aznil Haji Nawawi tentang kehidupan mewahnya yang seringkali menjadi perhatian umum.

Menyedari bahawa bidang lakonan tidak selama-lamanya akan menjanjikan pendapatan yang lumayan seperti mana yang diperolehinya sekarang ini, Rozita memberitahu sedari awal dia sudah merancang dengan membuat persediaan menceburi bidang perniagaan demi masa depannya.

Katanya, buat masa ini dia mempunyai perniagaan yang menjual tudung dan jubah selain menjadi penerbit program televisyen menerusi syarikat produksinya, Padusi Pictures yang menerbitkan program popular, Resipi Memikat Suami.

Dalam masa yang sama, isteri kepada pelakon kacak, Zain Saidin ini secara jujur tidak mempedulikan kata-kata orang terhadap kehidupan mewahnya seperti mana yang dapat dilihat menerusi akaun Instagram miliknya.

Lebih-lebih lagi apabila pelakon asal Kedah Darul Aman itu mengakui bahawa mempunyai keinginan untuk membeli hartanah di London yang sudah diibaratkan seperti rumah keduanya.

"Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki.

"Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing," kata pengacara program bual bicara, Primadona itu panjang lebar tanpa selindung.

Pengusaha bas henti-henti tuntut percepat bayaran ISF elak gulung tikar

Posted: 26 Jul 2015 11:50 PM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

nazmimemorandum
Dari kiri, Mohd Nazmi dan Mohd Asfar menunjukkan memorandum yang dijadual dihantar kepada Perdana Menteri, petang ini. Foto TRP/Arif Kartono 



KUALA LUMPUR, Pengusaha-pengusaha bas henti-henti meminta kerajaan mempercepatkan bayaran Dana Bantuan Sementara (ISF) yang kini sudah tertangguh selama enam hingga lapan bulan.


Pengerusi Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata disebabkan kelewatan pembayaran dana itu menyebabkan pengusaha mengalami masalah aliran tunai yang kritikal bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.

Menurutnya, pengusaha terutamanya yang menjalankan operasi di luar bandar – bas henti-henti merupakan pengangkutan awam utama – menghadapi kesukaran untuk meneruskan operasi mereka.

"Kerajaan perlu sedar bahawa pengusaha bas ini menjalankan perniagaan dan bas henti-henti hanya memberikan margin keuntungan yang cukup tipis.

"Dengan kos operasi, penyelenggaraan, insurans dan gaji pekerja yang semakin meningkat menyebabkan ada pengusaha yang tidak dapat meneruskan perkhidmatan mereka atau dalam erti kata lain gulung tikar.

"Jadi aliran tunai dalam perniagaan sangat penting dan melalui dana yang diperuntukkan kerajaan tersebut ia sedikit sebanyak memberikan pengusaha sedikit ruang untuk bernafas. Namun ia perlulah dibayar mengikut waktu yang dijanjikan," katanya pada sidang media di Wisma Wahida KTB di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohd Asfar Ali.

Tambah Nadzmi lagi, pengusaha bas telah menandatangani memorandum berkenaan masalah tersebut dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini yang dijadual pada jam 2.30 petang ini di Pejabat Perdana Menteri.

"Diharapkan dengan penyerahan memorandum tersebut dapat menyelesaikan masalah kelewatan dan pembayaran dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat disalurkan kepada para pengusaha.

"Ia bagi membolehkan kami supaya dapat meneruskan perkhidmatan yang terbaik terutamanya kepada rakyat yang tinggal di luar bandar seperti di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka," ujarnya.

Sementara itu, Asfar berkata, SPAD ada memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan dana sebanyak RM19 juta pada 7 Julai lalu.

Namun, katanya, sudah 20 hari berlalu bayaran tersebut masih belum disalurkan kepada pengusaha bas yang sangat memerlukannya.

"Pengusaha bas henti-henti kini sangat tertekan dan terdapat ahli PMBOA di Sandakan, Sabah telah mengemukakan notis untuk mengurangkan operasi mereka.

"Sekiranya masalah ini berlarutan, pengusaha bas berkenaan tidak mempunyai jalan lain selain daripada menamatkan operasi perkhidmatannya yang mana ia akan memberikan kesan kepada pekerja dan juga pengguna," tegasnya.

Untuk rekod, terdapat 150 pengusaha bas henti-henti yang merupakan ahli PMBOA yang melibatkan lebih 2,000 pemandu bas yang bekerja di bawahnya manakala KTB pula mempunyai 750 pemandu yang bernaung di bawah konsortium tersebut.

Padah cuba seludup masuk dadah ke penjara

Posted: 26 Jul 2015 11:43 PM PDT

Padah cuba seludup masuk dadah ke penjara
Nasri (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin yang berjaya dirampas selepas menahan seorang suspek di luar kawasan pagar tembok PPA Batu Gajah berhampiran depoh lama JKR Batu Gajah, hari ini.

 
BATU GAJAH - Cubaan seorang lelaki menyeludup pelbagai jenis dadah masuk ke Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah gagal apabila ditahan polis di berhampiran penjara terbabit.

Ketika ditahan kira-kira jam11.50 pagi, pihak polis menemui beberapa bungkusan dadah jenis heroin seberat 950 gram, methamphetamine (56 gram), ganja (96 gram), sejumlah tembakau, dua telefon bimbit, alat pengecas dan pemetik api.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Nasri Omar berkata, suspek berusia 34 tahun itu dipercayai cuba menyeludup dadah ke PPA Batu Gajah melalui cara membaling barangan terbabit dari luar tembok masuk ke dalam penjara.

Menurutnya,  siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan tiga kes berkaitan dadah dan dua kes jenayah samun malah ujian saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine.

"Dalam kes ini suspek telah membuat persiapan dengan membalut kesemua dadah dengan pita pelekat dan dimasukkan ke dalam sarung kaki.

"Nilai rampasan berjumlah RM62, 462 dan ia merupakan rampasan terbesar bagi kes berkenaan pada tahun ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambah Nasri lagi, pihak polis juga percaya suspek mempunyai rakan jenayahnya yang masih bebas.

"Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 8 Ogos depan untuk membantu siasatan.

"Polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut sama ada terdapat penglibatan mana-mana individu atau tahanan banduan dalam penjara yang mempunyai rangkaian dengan suspek, " katanya lagi.


Sempat rakam gambar UFO

Posted: 26 Jul 2015 11:41 PM PDT

Sempat rakam gambar UFO
Mahmood menunjukkan gambar didakwanya UFO yang berjaya dirakam ketika atas jambatan yang menghubungkan sempadan Pinang Tunggal Kedah dan Pulau Pinang.
 
 
SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan mendakwa terlihat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan merakamkannya dengan telefon bimbit sebelum ia hilang.

Mahmood Hamid, 65, mendakwa, ternampak pemandangan matahari terbenam luar biasa ketika melalui jambatan menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dengan Pulau Pinang, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

"Cahaya itu nampak cantik, jadi saya rakamkan gambarnya. Lepas itu, bila dongak semula, saya nampak ada objek macam piring terbang di lokasi sama," katanya.

Menurutnya, disebabkan tidak bersedia dia hanya sempat mengambil gambar bahagian tepi objek.

"Objek ini sangat besar, menutupi jambatan dan sungai. Seakan tak percaya dengan apa yang saya nampak.

"Saya pernah dengar cerita mengenai UFO dan sangka ia sekadar dongeng atau rekaan fiksyen. Tapi, bila lihat dua gambar yang saya ambil, objek itu memang wujud," katanya.

Katanya, terdapat dua corong udara pada objek itu.

"Satu daripada corong itu hasilkan kabus warna ungu yang sangat cantik," katanya.

Sementara itu, Arifin Azin, 53, turut mendakwa pernah melihat objek sama ketika usianya lima tahun di Kampung Pengkalan Semeling tidak jauh dari Sungai Merbok.

"Objek setinggi 0.5 meter itu datang dekat hingga saya cuba untuk tangkap. Tapi tak berjaya dan ia hilang di kawasan hutan," katanya.

Rakan mereka, Md Shah Ismail, 59, yang membuat rujukan di laman sesawang menjumpai beberapa contoh rujukan maklumat seperti UFO yang dipaparkan.

"Berdasarkan bahan bacaan yang ditemui, lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun sekitar 1981 hingga 2008.

"Tanjung Sepat dan Sungai Petani antara lokasi paling kerap ia muncul," katanya

Ringgit paling rendah sejak 17 tahun

Posted: 26 Jul 2015 11:39 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Nilai ringgit hari ini mencatatkan kemerosotan paling rendah sejak 17 tahun dalam pasaran antarabangsa ekoran kebimbangan terhadap eksport yang lembap.

Ringgit dilaporkan jatuh 0.1 peratus kepada 3.8110 berbanding satu dolar Amerika Syarikat.

Ia angka paling lemah sejak September 1998, lapor Reuters.

Mata wang ini pernah diikat pada RM3.8 untuk sedolar Amerika Syarikat daripada tahun 1998 hingga 2005. 


KLIA2 ditenggelami air, kata CEO AirAsia

Posted: 26 Jul 2015 11:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Terminal lapangan terbang antarabangsa bagi syarikat penerbangan tambah murah dilapor menakung air susulan rekahan di bahagian laluan teksi.

Air juga didakwa bertakung seperti kolam di tempat laluan pesawat, lapor Bloomberg.

Menurut AirAsia Bhd, pengguna terbesar lapangan terbang itu, perkara itu boleh menyebabkan kelewatan penerbangan serta berpotensi mengundang risiko keselamatan.

Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata, walaupun pelepasan dan pendaratan tidak terjejas, pihaknya telah meminta pihak berkuasa menyelesaikan masalah itu kerana dikhuatiri mencederakan penumpang.

"Lapangan terbang itu masih tenggelam," Aireen dilapor sebagai berkata dalam satu temubual di Kuala Lumpur.

Pengendali Malaysia Airports Holding Bhd pula berkata, pihaknya telah menurapnya namun masalah tersebut memerlukan penyelesaian kekal.

Kementerian Pengangkutan juga memberitahu Bloomberg bahawa sebuah jawatankuasa audit bebas telah dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu.

 

'Kami bukan parti serpihan Pas'

Posted: 26 Jul 2015 11:31 PM PDT

DR DZULKEFLY AHMAD
DR DZULKEFLY AHMAD
 
 
[DIKEMASKINI]  PELANCARAN Gerakan Harapan Baru pada 13 Julai lalu, mewarnai kancah politik di negara ini. 
 
Melihatkan barisan kepimpinannya, ramai menyifatkan Harapan Baru sekadar parti serpihan Pas yang tidak akan bertahan lama. 
 
Namun, tidak kurang ramai juga yang mengalu-alukan penubuhannya dan berharap ia mampu membawa pembaharuan dalam landskap politik tanah air. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Siti Nursyahidah Abu Bakar, Sinar Online, Nizam Zain, jurufoto, Rosli Talib dan juruvideo, Fauzi Mohamed bersama Setiausaha Harapan Baru, DR DZULKEFLY AHMAD bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai perjuangan entiti ini.
 
Kemunculan Harapan Baru dalam dunia politik tanah air agak mengejutkan. Lebih-lebih lagi ia ditubuhkan selepas Muktamar Pas ke-61. Barisan kepimpinannya pula terdiri daripada bekas pemimpin Pas. Ada tak penglibatan bekas pemimpin dari parti lain seperti DAP, PKR, atau Umno?
 
Terus terang saya sebutkan Harapan Baru merupakan satu inisiatif daripada sekumpulan bekas pimpinan Pas dan pertemuan pada 16 Jun lalu di Muar, Johor merupakan gerak pertama kami. Alhamdulillah, kami dapat sokongan dan maklum balas yang lantas mencetuskan satu gelombang mahukan kami terus membina dan menampilkan satu wadah politik baharu.
 
Memang betul, pengasas dan nukleusnya itu bekas pimpinan Pas. Tetapi nyata bahawa usaha kali ini akan menggembleng seluruh aktivis pimpinan NGO Islam dan bukan Islam, termasuklah Non Govermental Individual (NGI). Sama ada mereka golongan profesional, ahli akademik dan sebagainya.
 
Pendekatan kami adalah inklusif iaitu menggembleng seluruh tenaga umat dan rakyat, merentasi kaum, agama dan budaya. Jadi hasil akhirnya menyaksikan Islam yang sifatnya inklusif itu dapat kami terjemahkan dalam wadah politik ini dan bukan hanya apa yang dikatakan sebagai kelompok yang kecewa. Inilah kelainannya wadah politik yang baru ini.
 
Siapakah yang memberi idea penubuhan Harapan Baru? 
 
Sejujurnya, pada awal kekalahan kami memang berpandangan tidak akan menubuhkan satu wadah baharu. Saya sendiri dalam muktamar sebutkan kami sangat sayangkan Pas. Tetapi ketika kami membuat sesi brain storming dan wacana selepas itu, semuanya tanpa berkecuali, apabila menilai laluan Pas ketika ini, kami tanpa pertikaian, merumuskan bukan kami tetapi rakyat dan umat memerlukan penampilan sebuah wadah politik baharu berteraskan Islam dan melahirkan masyarakat madani dengan pendekatan syariah kontemporari. 
 
Kami sepakat mengatakan tiada pilihan lain, untuk menunggu perubahan dalam Pas itu mungkin tidak. Sebab apa? Yang ada hari ini akan terus perkukuhkan kedudukan mereka bukan perjuangan membela rakyat. 
 
Secara ringkas, Harapan Baru ialah parti pemimpin yang tewas pada pemilihan lalu?
 
Saya tidak mahu menggunakan istilah itu kerana kita tidak membangunkan wadah ini kerana tewas. Kami sudah tewas banyak kali. Mengapa setiap kali kami kalah tidak berlaku seperti ini? Mengapa kali ini? Jawapannya ada pada yang benar-benar memantau kami. Kami tidak mahu menyebutkannya kembali kerana setiap kali menyebutkan kenapa kami perlu wujud, ia menggores hati dan jiwa kami dan kami tidak senang untuk menyebutkannya acap kali. Cukuplah sekali dua. 
 
Tetapi bagi kami sangat jelas, mereka juga sebut kalau tak suka boleh keluar dan buat parti baharu. Saya berpegang kepada ayat ALLAH. Beramallah kepada ALLAH... ALLAH, rasul dan orang beriman akan saksikan. Jadi hujah ini untuk semua. Ya, kami sayang Pas, tapi kami juga sayang perjuangan Islam dan tidak mahu ia melalui proses pereputan. 
 
Kami minta maaf, kami mahu teruskan perjuangan ini dan kami yakin formula ini ditunggu gerakan Islam di seluruh dunia. Ini sumbangan kami kepada perjuangan politik Islam jadi kamu dianggap begitu. Bukan sebagai bekas ahli Pas atau serpihan Pas ataupun pemimpin yang kecewa kerana kalah. 
 
Ramai menyamakan Harapan Baru dengan parti serpihan yang wujud atas kekecewaan sebelum ini. Bagaimana Dr melihat masa depan Harapan Baru untuk terus relevan?
 
Serpihan Pas suatu ketika dahulu seperti Hamim, Berjasa dan Islah, jika kita perhatikan laluannya berakhir dengan mereka masih duduk di bawah naungan BN. Di situlah pendeknya usia parti-parti ini kerana tidak punya kekuatan dari segi sumber bakat, idea, kreativiti dan bergantung harap kepada perlindungan BN. Tetapi kami merentasi kaum, agama, status dan usia.
 
Anak-anak muda bersama dengan kami, begitu juga agamawan dan asatizah yang beri kelainan kepada Harapan Baru. Kami bukan parti serpihan Pas walaupun sebahagian besar kami daripada Pas. Tetapi lebih besar itu ialah kelompok lain yang tidak kurang penting dan beri sisi pandang berbeza dan boleh memperkayakan persiapan kami. Tunggu saja mereka membantu kami menjayakan wadah ini. Silap dan tidak selari kalau membandingkan kami dengan parti serpihan Pas lain kerana kami mempunyai laluan berbeza. 
 
Boleh jelaskan perjuangan Harapan Baru? 
 
Dari sudut dasar kami mendukung Islam syumul, menyeluruh dan sempurna, tetapi dalam masa sama kami tidak membawa pendekatan yang menyempitkan Islam itu. Bahkan sifat kami  pada Islam yang inklusif bukan hanya melindungi orang Islam dan Melayu, tetapi Islam sifatnya bersifat rahmat kepada seluruh alam dan menaungi semua kaum dan agama. 
 
Kelainan dengan parti lama kami ialah penekanan kepada mengambil pendekatan Islam dari sudut disiplin maqasid syariah. Yang maksudnya sentiasa meletakkan apa juga yang bersabit dengan permasalahan rakyat mesti dikembalikan kepada tujuan dan matlamat Islam. 
 
Kalau kita perhatikan, kebijakan dasar parti lama kami juga adalah hasil pendekatan inklusif kelompok ini (penggerak Harapan Baru) seperti Pas for All, dan negara berkebajikan yang suatu ketika dulu agak asing dalam Pas. Mungkin mereka akan kembali kepada negara Islam dan itu kami tidak mahu masuk campur. Tetapi kami akan meneruskan dasar ini dan yang penting bagaimana Islam itu mampu dan berjaya mengangkat kemakmuran negara dengan menyejahterakan rakyat melalui polisi Islam.
 
 
 

Kecewa punca DHPP Perak isytihar keluar Pas

Posted: 26 Jul 2015 11:28 PM PDT

Kecewa punca DHPP Perak isytihar keluar Pas
Ketua DHPP Perak, Nelli Raja (dua, kanan) mengisytihar keluar Pas bagi menyatakan sokongan kepada Harapan Baru.
 
 
IPOH - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Perak mengisytiharkan keluar daripada Pas sekali gus menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah.

Ketuanya, S Nelli Raja berkata, tindakan itu dibuat selepas kecewa dengan komitmen dan hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan baru Pas di peringkat Pusat dan negeri.

"Kita sebulat suara pada hari ini (semalam) bahawa semua ahli jawatankuasa DHPP Perak peringkat negeri dan kawasan berhenti dan meletak jawatan daripada terus menyokong Pas.

"Tindakan ini juga dibuat selepas beberapa bekas pemimpin Pas Pusat dan negeri yang banyak berjuang untuk pihak kami disingkirkan daripada saf kepimpinan baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Bersama Pimpinan #harapanbaru Bersama HarapanBaru Malaysia di Hotel Symphiny Suites, di sini, semalam.

Terdahulu, Nelli Raja mengumumkan pihaknya keluar daripada Pas di hadapan Pengerusi Harapan Baru, Mohammad Sabu dan lebih 500 peserta yang menghadiri sesi Dialog berkenaan.

Menurut beliau, keputusan untuk keluar daripada pas juga dibuat selepas pihaknya melakukan perbincangan dengan ke semua wakil DHPP Perak di peringkat negeri dan kawasan.

"Tindakan ini bukan secara membabi buta malah ianya telah dibuat perbincangan terlebih dahulu bersama pimpinan di peringkat kawasan dan negeri dan akhirnya inilah kata putus yang telah dipersetujui," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap Harapan Baru akan dapat bersama-sama PKR dan DAP membentuk pakatanbaru bagi menakluki Putrajaya daripada genggaman BN.

"Pakatan baru ini memerlukan gandingan bersama PKR dan DAP selain kami yakin ia mampu menarik perhatian rakyat khususnya orang bukan Melayu dan Islam," katanya.


Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat

Posted: 26 Jul 2015 11:26 PM PDT

Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras semalam. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 
 
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.
 
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.
 
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.
 
"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau  lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno  Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
 
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.
 
"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.
 
"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya.
 
 

Muhyiddin Sudah Buka Gelanggang, Tugas UMNO Bahagian Hantar Mesej Kepada Presiden

Posted: 26 Jul 2015 04:37 PM PDT

shahbudindotcom

 
 
Baru semalam blog ini menulis mengenai Muhyiddin Yassin yang agak senyap mengenai 1MDB sejak kebelakangan ini, beliau akhirnya melontarkan "peluru" yang ditunggu ramai ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sebuah hotel di ibu negara.

Jika Perdana Menteri Najib Razak semakin mengelak kebelakangan ini untuk bercakap mengenai 1MDB, malah di majlis rumah terbuka Tun Abdullah Badawi, beliau hanya menjawab "okaylah" saja apabila ditanya oleh wartawan, Muhyiddin nampaknya masih boleh disandarkan kepercayaan atas sikap dan keprihatinannya yang terbaru ini.

Kata Muhyiddin, sebagai anak tok guru, beliau ada hak untuk berkata yang benar sebagaimana yang selalu diajar oleh bapanya.

Okaylah, masih ada harapan lagi nampaknya pada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri ini...

UMNO Bahagian Cheras pimpinan Syed Ali Alhabshee yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi PNS merupakan bahagian pertama yang mengadakan mesyuarat perwakilannya pada tahun ini dan Muhyiddin pula menjadi pemimpin UMNO yang pertama diberi penghormatan untuk merasmikannya.

Pemimpin UMNO yang lain, termasuk Najib belum lagi merasmikan mesyuarat perwakilan mana-mana bahagian dan mungkin mulai minggu depan barulah mereka sibuk dengannya.

Antara intipati "peluru" ucapan Muhyiddin berkaitan 1MDB di Cheras itu ialah:-

- Najib perlu jawab tuduhan duit berbilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

- Najib tak dengar nasihat saya agar letak jawatan dalam 1MDB.

- Saya baca The Edge yang digantung permitnya untuk faham mengenai 1MDB. Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul.

- BN akan kalah jika Najib adakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

- Tun Mahathir ibarat bapa kita. Berhentilah menghentamnya kerana ia akan menjadikan bekas Perdana Menterti itu tambah popular, manakala kita jadi semakin jatuh.

Secara umumnya apa yang disebut oleh Muhyiddin ini mencakupi keseluruhan kebimbangan yang ada di kalangan rakyat dan ahli UMNO peringkat akar umbi. Isu 1MDB dan kaitannya dengan Najib adalah perkara besar yang sedang menghenyak kedudukan parti dan kerajaan ke paras paling rendah di sisi rakyat ketika ini.

Ia bukan saja berkaitan hutang, pelaburan, Jho Low dan pelbagai keraguan lain mengenai syarikat pelaburan itu, tetapi yang lebih membingungkan ialah tidak pernah sebelum ini mana-mana Perdana Menteri dituduh menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi sebesar RM2.6 bilion jumlahnya.

Orang kampung dan makcik Felda barangkali boleh jadi pening kepala dan mamai berhari-hari memikirkan jumlah wang sebanyak itu.

Apatah lagi, tuduhan itu tidak dijawab dengan mantap oleh Najib sendiri yang menyebabkan berlegarnya pelbagai spekulasi liar mengenainya sehingga bukan saja menyebabkan pengundi tegar pembangkang dan atas pagar bertekad untuk terus menjauhi kerajaan, malah penyokong BN sendiri ramai yang mulai beralih arah.

Ada yang bertekad tidak mahu lagi mengundi BN berikutan isu ini, manakala yang lain sehingga bersumpah mengharamkan undi mereka kepada BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri.

Sesuai dengan mesyuarat perwakilan UMNO  yang baru bermula sekarang, apa yang dilontarkan oleh Muhyiddin ini sebenarnya tidak memberi apa-apa makna jika tidak disambut oleh bahagian-bahagian lain yang bermesyuarat selepas ini.

Menjadi pemimpin yang pertama merasmikan mesyuarat perwakilan tahun ini, Muhyiddin seolah-olah sudah membuka gelanggang untuk UMNO memilih sama ada berpencak silat mempertahankan diri daripada serangan musuh dan mengekalkan kuasa atau sekadar berani bersilat di depan pengantin saja.

Adalah menjadi peranan dan tanggungjawab UMNO bahagian-bahagian untuk menghantar mesej yang lebih jelas kepada parti dan pucuk pimpinan bahawa kemelut 1MDB ini tidak boleh lagi ditangani dengan bodek, ampu atau pujian semata-mata.

Lagi baik, jika semua orang mulai berhenti daripada mencium tangan Najib selepas ini.

Bodek, ampu, pujian dan cium tangan hanya akan melekakan Najib untuk menetap lebih lama di Seri Perdana, sedangkan ianya semakin tidak membawa kebaikan lagi untuk rakyat seluruhnya.

Isyarat berhenti dan menetapkan tarikh peralihan kuasa mesti diberikan kepada Najib melalui mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini jika UMNO tidak mahu kehilangan kuasanya dalam PRU 14 akan datang.

Nazir: Saya berpegang kepada kebebasan bersuara

Posted: 26 Jul 2015 04:13 PM PDT

SINAR HARIAN



Nazir Razak
Nazir Razak
 
 
PUTRAJAYA - "Ia bukan kerana mereka (petugas The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily)... saya berpegang pada kebebasan bersuara dan memberi berpendapat. Itu sahaja".
 
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian sebagai mengulas posting beliau baru-baru ini dalam akaun media sosial, Instagram mengenai penggantungan permit penerbitan akhbar 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily'.
 
"Inilah (pendirian saya) bukan mempertahankan sesiapa... ini adalah prinsip kebebasan media," katanya.
 
Bercakap kepada media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini, Nazir berkata, semuanya masih baik dalam keluarganya.
 
"Saya juga berbual secara peribadi dengan abang saya (Najib) tetapi saya tidak akan berkongsi dengan andalah...," kata Nazir.
 
Pada Jumaat, beliau meletakkan logo The Edge pada laman Instagramnya dengan kapsyen, 'The Edge is a pillar of our business community - big role in keeping us informed, honest and competitive' (The Edge merupakan tonggak bagi komuniti perniagaan kami - berperanan besar dalam sentiasa memberi maklumat kepada kami secara jujur dan kompetitif'.
 
Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penerbitan akhbar 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily' selama tiga bulan, mulai 27 Julai. - Bernama
 
 

Sumpah bai'ah: Pas Kelantan pertahan Nik Aziz

Posted: 26 Jul 2015 04:11 PM PDT

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
 
 
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mempertahankan tindakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewujudkan sumpah bai'ah mengandungi talak tiga kepada wakil rakyat Pas di negeri ini.

Beliau berkata, sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.

"Banyak hujah mengenainya, kita hormati pandangan-pandangan itu sama seperti kita hormati apa yang dilakukan oleh Tok Guru, beliau telah mengkaji baik dan buruk sumpah bai'ah yang mungkin waktu itu ia dibuat untuk tujuan tertentu.

"Malah wakil rakyat Pas tiada masalah dengan perkara itu rumahtangga mereka kekal baik, aman damai dan bahagia sehingga kini," katanya  selepas merasmikan Bangunan Akademik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), di sini, hari ini.

Baru-baru, Ahmad telah menegaskan perkara itu terkandung dalam lafaz bai'ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004.

Isu ba'iah Pas menjadi topik hangat apabila wujud di kalangan wakil rakyat Pas yang menyatakan hasrat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), mutakhir ini.


PKR Perak umum sokong Harapan Baru

Posted: 26 Jul 2015 04:10 PM PDT

Harapan Baru


IPOH - PKR Perak menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru)  sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

"Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

"Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti," katanya ketika berucap pada sesi Dialog #harapanbaru bersama Pimpinan Harapan Baru, di sini, hari ini.

Beliau percaya, sebahagian besar rakyat menyokong kewujudan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik berdasarkan sambutan yang diterima oleh gerakan itu dalam beberapa siri jelajah, sebelum ini.

"Lihat sahaja pada hari ini (semalam) di sini, di mana ramai yang saya dilihat dalam kalangan rakyat dan NGO bersama-sama bagi menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Harapan Baru," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar pula berkata, penubuhan Harapan Baru memberi signal bahawa pakatan baru akan dibentuk bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada PR.

"Inilah masanya (perubahan) untuk kembalikan kepercayaan rakyat di mana Umno dan BN berada pada tahap yang amat lemah dan dihujani dengan pelbagai isu dan masalah besar," katanya.

Katanya, beliau percaya sekiranya pakatan baru dibentuk maka BN mampu untuk ditewaskan khususnya pada PRU14 nanti.

"Kalau Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) luluskan, kita perlu segerakan pembentukan kerjasama yang babitkan gerakan ini bersama PKR dan DAP," katanya.


10 fakta apa itu sumpah bai'ah Pas

Posted: 26 Jul 2015 04:08 PM PDT


NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH
NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

 

SEPULUH fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH kepada Sinar Online dalam satu wawancara khas semalam.

1. Definisi bai'ah Pas ?

Menyentuh topik yang dinamakan bai'ah di dalam Pas sama sebagaimana bai'ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai'ah antaranya Bai'ahtul Nisa, Bai'atul Ridwan, Bai'atul Aqabah dan banyak lagi bai'ah-bai'ah yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai'ah.

Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai'ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran.

Jadi sebab itu bai'ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

2. Jenis bai'ah dalam Pas ?

Dalam konteks Pas,  bai'ah ini ada dua yang pertama bai'ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas.

Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai'ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat Islam.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai'ah.

Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli calon,  isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita.

Kita buat bai'ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka dengan bai'ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai'ah yang dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.

Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai'ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya sebagai bai'ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini namakan sebagai bai'ah manusia dengan ALLAH adapun bai'ah membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai'ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai'ah, jadi kalau dia hendak bertanding dan dia tengok bai'ah itu, dia restu dengan bai'ah itu, dia kena patuh dengan bai'ah dan kalau dia tidak hendak dengan bai'ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas tiket mana-mana sahaja.

3. Jika langgar bai'ah ?

Jadi sebab itu isu melanggar bai'ah ini adalah isu yang besar kerana bai'ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini ada bai'ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai'ah dengan Pas dia kena akur bai'ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.

Calon  ini  menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian  makhluk yang boleh melaknat.

4. Garis panduan lafaz bai'ah ?

Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai'ah itu satu lafaz.  Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu  kerana di dalam bai'ah ini kita tengok bai'ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa berbeza dengan Bai'atul Aqabah.

Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai'ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas.

5. Bila bermulanya bai'ah ?

Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai'ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma.

Saya masih ingat ketika saya masih kecil,  orang kampung cari duit untuk beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma.

Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut,  tidak timbul masalah  jadi zaman itu.. tiada bai'ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.

Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita meletakkan bai'ah dalam Pas.

6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?

Sepanjang pengalaman saya tidak ada  calon yang dicadangkan menolak bai'ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai'ah dalam Pas.

Sebab kalau dia (calon)  tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.

7. Wujud bai'ah talak tiga ?

Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang,  cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai'ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai'ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana.

Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.

Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.

8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik)

Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul.

Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.

9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?

Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika,  tidak ada moral dalam konteks perjuangan ini.

Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia hendak bertindak.

Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai'ah ini akibat sangat  buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak.

10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu.

Jangan sesekali sesiapa melanggar bai'ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam sejarah perjuangan,  minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai'ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka dunia ini.

Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu  itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa?

Kerana apabila kita langgar perjanjian  ini dengan umum semua makhluk  yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat …

Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.

Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun  kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa.

Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar.

Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu, mereka berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.


Tiga sekeluarga maut nahas di Teluk Intan

Posted: 26 Jul 2015 04:02 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TELUK INTAN: Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki enam beranak dirempuh sebuah treler di Kilometer 24 Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai, di sini, malam tadi. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, pasangan suami isteri, Mohd Nazeri Abdul Razak,45, dan Norzuwida Ahmad Tarmizi,41, serta ibu Norzuwida, Zalehah@Zaleha Ibrahim,71, yang menaiki kereta Proton Wira maut manakala tiga anak mereka, Muhammad Danial,1; Muhammad Aiman Haziq, 8; dan Nuramira Shafika,15, cedera ringan. 
 
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal mendapati treler dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah Chenderong Balai ke Teluk Intan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dinaiki keluarga berkenaan.
 
 

Optimisme perjuangan PAS tidak luruh dek sergahan GHB

Posted: 26 Jul 2015 03:58 PM PDT

 Oleh Zainal Salleh

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Jika hendak dibanding sikap dan pendirian yang pemimpin-pemimpin G-18 yang hendak menubuhkan sebuah parti Islam baharu dengan niat mengkuburkan PAS dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah ibarat bumi dengan langit. 
 
Kumpulan G-18 ini telah tidak lagi diberi kepercayaan oleh ahli parti untuk memimpin PAS dalam konteks politik hari ini. Sebab itu mereka tidak diundi untuk terus mengisi saf kepimpinan PAS. 
 
Reaksi G-18 ialah jahanamkan PAS. Mereka mahu tinggalkan PAS dan menubuhkan parti Islam baharu. Namun sebelum mereka sepuas-puasnya melemparkan tuduhan bahawa PAS sudah tidak relevan dan autokratik. 
 
Sebaliknya, para sahabat Rasulullah s.a.w. ada yang dilucutkan kedudukan kepimpinan mereka oleh baginda Rasul dan Saidina Umar Ibnu Khattab sendiri tetapi tidak pernah berfikiran negatif untuk meranapkan Islam. 
 
"Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah r.a.  yang dilucut jawatan oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al-Walid r.a. yang dipecat oleh Khalifah Umar r.a. tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat. 
 
"Begitulah Ka'ab bin Malik r.a. kerana tidak menyertai perjalanan ke (Perang) Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan.
 
"(Beliau) tidak keluar daripada jamaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jamaahnya," Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. 
 
Dalam kenyataan yang ditujukan khas kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja, presiden PAS itu menghuraikan dengan jelas apakah erti perjuangan bagi PAS. 
 
Umum tahu huraian ini khusus untuk G18 yang kini cuba melukis gambaran jelek terhadap PAS. Hadi menghuraikan ciri dan sikap perjuangan PAS apabila berkata:
 
"Kumpulan yang ditetap oleh Allah dengan segala sifat dan cirinya di-dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga tidak boleh dilakon atau dikelirukan. 
 
"Kumpulan yang ikhlas bersamanya daripada semua peringkat dan lapangan, mereka bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan berhubung dengan Allah siang dan malam.
 
"(Ini), termasuk mereka yang dianggap bodoh, tetapi bodohnya tidak lupakan Allah siang dan malam. Bukan sahaja yang kaya menyumbang harta dan (malah) yang alim dan bijak menyumbang ilmu dan kemahiran. 
 
"Termasuk juga yang miskin dan bangsat (dipandang hina kebanyakan umum) menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan. 
 
"Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah".
 
Sebaliknya, kata Hadi, mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja. 
 
Mereka kini terbukti tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya segera dengan menggunakan PAS.
 
"Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja. 
 
"Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jamaah," katanya.
 
Kini ahli akar umbi PAS sudahpun membuat penilaian mereka terhadap pemimpin yang disifatkan Hadi tidak ikhlas ini apabila 'mengusir' mereka dari barisan kepimpinan PAS.
 
Natijahnya, PAS kini masih dililiti keyakinan diri yang tinggi. Optimisme ini dipancarkan dalam sikap mereka  menangani segala  sindiran, ejekan dan sikap memerli G-18 terhadap PAS.
 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi misalnya, menegaskan bahawa PAS  berpegang pada prinsip bahawa Islam sentiasa sesuai dihayati pada semua zaman dan tempat.
 
"Bermakna pada sebarang zaman dan tempat, PAS wajib menyampaikan Islam kepada masyarakat dan dilaksanakan secara berperingkat dengan membina kefahaman menerusi dakwah, siasah dan tarbiah," katanya.
 
Menurutnya, biarpun disebabkan pegangan itu, PAS dicemuh dan dihina termasuk dikenakan tekanan, PAS sama sekali tidak akan beralih arah dan menyimpang dari dasarnya.
 
"PAS menolak politik maipulasi, fitnah, penyelewengan atau memperalat mekanisme ke arah 'matlamat menghalalkan cara' dalam meraih kemenangan dan mendapatkan kuasa.
 
"Sebarang pendekatan populis, pragmatik, sekular dan seumpamanya yang tidak berpaksi pada Islam, sekadar untuk meraih undi juga bukan budaya parti," katanya. 
 
Ahmad Fakhruddin berkata, saban tahun PAS menyegarkan momentumnya menerusi Muktamar yang menjadi pemutus pergerakannya agar  terus relevan, lestari dan membawa perubahan. 
 
 "Pembaharuan harus menyatukan, bukan mufaraqah dan perpecahan hingga meragukan masyarakat. 
 
"PAS digerakkan secara kolektif oleh ahlinya melebihi satu juta, pandangan dan pilihan mereka diterima namun setiap individu tertakluk kepada Perlembagaan PAS.
 
"Menolak atau mengingkari kehendak majoriti hanyalah menunjukkan sikap kekecewaan dan tidak membawa kemajuan," katanya. 
 
Rumusan yang boleh dibuat berhubung situasi PAS kini ialah ia tidak goyah disergah oleh G-18, GHB mahupun Pasma, PKR dan lebih-lebih lagi DAP kerana ia mempunyai formula perjuangan yang ampuh: 
 
"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu, sekiranya kamu menderita kesakitan, mereka juga berada dalam kesakitan yang sama, namun keadaan kamu berbeza kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan." (Surah An-Nisa' ayat 104)
 
 

Tak semua wakil rakyat PAS guna lafaz bai'ah, kata Mahfodz

Posted: 26 Jul 2015 03:56 PM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata sumpah bai'ah yang kini menjadi pertikaian tidak melibatkan kesemua wakil rakyat parti itu.
 
Merujuk kepada lafaz bai'ah 'cerai talak tiga', Mahfodz memberitahu meskipun PAS sedar akan 'kesannya' terhadap hubungan suami isteri, namun ia terpulang kepada mana-mana negeri untuk mengamalkannya.
 
Setakat ini, Kelantan konsisten untuk berpegang kepada bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga.
 
"Baiah ada dua jenis. Jika yang seluruh Malaysia pakai adalah janji tidak akan mengkhianati PAS. Ia berat sebab jika seseorang khianati dengan melompat parti atau tidak ikut dasar perjuangan Islam, maka Allah SWT akan melaknatnya termasuk malaikat. Itu berat. 
 
"Manakala yang satu lagi (cerai talak tiga) sesetengah tidak pakai. Contoh di Johor tidak pakai cerai talak tiga. Di Kelantan ada menggunakannya.
 
"Dahulu sebelum 2004 dan 2008, seluruh PAS menggunakan lafaz boleh bercerai dengan isteri. Namun sesetengah negeri apabila ia dikaji, tidak pasal-pasal menghukum isteri yang tidak berdosa. 
 
"Namun ulama di Kelantan teruskannya, jadi ia terpulang kepada masing-masinglah," katanya sambil menambah pendekatan bai'ah cerai talak tiga yang diamalkan di Kelantan dilakukan sejak kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Pertikaian mengenai isu bai'ah ini timbul setelah kumpulan progresif PAS yang kalah pada pemilihan parti Jun lalu bertindak menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Kononnya bertujuan mahu menyatukan semula pembangkang, usaha itu bagaimanapun ditempelak oleh PAS kerana secara terang-terangan memecah-belahkan perpaduan parti Islam berkenaan.
 
Bukan itu sahaja, tindakan golongan ini juga disifatkan tersasar daripada lafaz bai'ah yang dilakukan mereka ketika menerima pelantikan sebagai wakil rakyat.
 
Meskipun ada pihak kurang senang dengan bai'ah talak tiga yang diamalkan PAS ini, Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob mengakui hal itu sememangnya terkandung dalam sumpah berkenaan dan ia bukan perkara main-main.
 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bagaimanapun mendakwa sumpah yang diikrarkan pada 2008 melibatkan menceraikan isteri itu tidak diperbaharui menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
 
Sementara itu, Mahfodz yang ditemui selepas Himpunan Solat Hajat Dan Munajat Perdana 'Mendoakan Keselamatan dan kesejahteraan PAS' malam tadi di Gombak menegaskan program itu tidak ada kaitan dengan penubuhan GHB dan serangannya terhadap parti Islam itu.
 
Sebaliknya ia diadakan bagi memperkemaskan lagi perjuangan PAS dan menperkukuhkan sokongan ahli-ahli terhadap parti.
 
"Kita minta ahli-ahli PAS beristiqamah, bersatu-padu dan selamatkan PAS supaya terus istiqamah. Tiada kena-mengena dengan hal yang lain," ujarnya.
 
Dalam pada itu juga, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor enggan mengulas kandungan ucapan raya ulama dunia, Dr Yusuf Qardhawi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul berkenaan kerjasama dengan yang bukan Islam.
 
"Saya tidak boleh komen sebab saya tidak baca," katanya ringkas.
 
Terdahulu ulama tersohor, Dr Yusuf al Qaradawi dikatakan mengutus salam Syawal kepada Hadi dengan berharap pemimpin itu mampu berdepan dengan cabaran yang sedang dilalui oleh PAS.
 
Ucapan itu digambarkan sebagai keprihatinannya terhadap gerakan melemahkan PAS, sebagaimana yang dilakukan oleh kumpulan progresif PAS melalui penubuhan GHB.
 
 

Malaysia tidak boleh ektradisi Clare Brow

Posted: 26 Jul 2015 03:52 PM PDT

 
Clare Brown mesti dituduh melakukan kesalahan di Malaysia dan UK sebelum boleh diektradisi ke negara ini.


surendran-claire


PETALING JAYA: Pemilik dan Pengasas Sarawak Report, Clare Rencastle-Brown tidak boleh diektradisi ke negara ini.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, berkata mengikut undang-undang United Kingdom, seseorang itu boleh diektradisi jika turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.

"Mengikut Akta Ektradisi UK 2003, seseorang yang hendak diektradisi mesti disabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara berkenaan.

"Kes prima facie terhadap tertuduh perlu dibuktikan untuk membolehkan hakim daerah mengeluarkan arahan ektradisi.

"Dalam kes Clare ini, dia tidak melakukan kesalahan di UK. Oleh itu, dia tidak boleh diektradisi ke Malaysia," katanya menerusi kenyataan media.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat melucukan apabila berkata Clare mungkin diektradisi ke negara ini kerana mencampuri urusan politik dalaman.

"Adakah Zahid yakin kerajaan UK akan membenarkan rakyatnya diektradisi ke negara ini kerana mendedahkan skandal berbilion ringgit?" katanya.

Katanya, tindakan terdesak itu hanyalah taktik kerajaan untuk mengalihkan isu skandal 1MDB dan dakwaan RM2.6 bilion disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Sarawak Report mendedahkan dakwaan itu bersertakan dokumen-dokumen lengkap yang sepatutnya dijawab oleh kerajaan dan Perdana Menteri bukannya mengambil tindakan menakut-nakutkan pihak yang mendedahkan skandal.

Nazir jumpa Najib bincang isu The Edge tapi enggan dedah

Posted: 26 Jul 2015 03:47 PM PDT

 
Beliau akui berjumpa secara peribadi tentang tindakan kerajaan tetapi enggan dedahkan butiran kepada media

.
naazir,najib


PUTRAJAYA: Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata beliau ada berbincang dengan abangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tindakan kerajaan menggantung penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan.

Bagaimanapun, Pengerusi CIMB itu berkata, beliau tidak akan memberitahu maklumat perbincangan secara peribadi dengan Perdana Menteri kepada media

"Saya ada berbincang dengan abang saya mengenainya (gantung The Edge) tetapi tidak akan memberitahunya kepada media," katanya.

Sebelum ini, Nazir menerusi akaun Instagram memberi komen akhbar The Edge berperanan penting dan menjadi tunjang kepada ahli perniagaan kerana menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.

Beliau membuat komen itu selepas kerajaan menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Mengulas komennya di Intasgram itu, Nazir berkata kenyataan itu tidak bermaksud beliau cuba mempertahankan pihak-pihak tertentu.

Katanya, beliau hanya mempertahankan kebebasan memberi pendapat dan kebebasan bersuara.

"Ia bukanlah untuk membela sesiapa tetapi ia dibuat atas dasar prinsip kebebasan media," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka mentan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Puspanitapuri pada Ahad.

Bukan USD700 juta tapi USD1 bilion, dakwa Azmin Ali

Posted: 26 Jul 2015 03:45 PM PDT

 
Beliau mendakwa angka terbaru itu diperoleh daripada pihak berkuasa.


azmin,najib


PETALING JAYA: PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.

"Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.

"Angka terbaru yang saya perolehi daripada 'authority' USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri," katanya di Pulau Pinang seperti dilapor media rasmi Kerajaan Selangor, Media Selangorku.

Menteri Besar Selangor itu berkata, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.

"Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar," katanya.

Tiada ulasan: