Isnin, 27 Julai 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


SEMAKIN GETIR UJIAN, SEMAKIN RAPAT DENGAN KEMENANGAN

Posted: 27 Jul 2015 07:35 AM PDT

Muhammad Mujahid Perak

SEMAKIN GETIR UJIAN, SEMAKIN RAPAT DENGAN KEMENANGAN

Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Saya pelik dengan beberapa kelompok;

1. DAP katanya memperjuangkan kebebasan, tetapi mereka menghalang PAS daripada melaksanakan undang undang Islam di Kelantan.

2. Ada GHB yang mendakwa pemikiran yang hebat, tetapi mereka sendiri yang mengatakan "aku tidak langgar bai'ah, tetapi PAS yang langgar bai'ah".

3. SIS katanya memperjuangkan kebebasan kaum wanita, tetapi mereka menghalang orang Islam daripada memakai tudung.

4. UMNO katanya memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi mereka sendiri merompak duit negara berbillion ringgit sehingga menindas bangsa Melayu sendiri.

5. Beberapa kelompok yang katanya jemaah Islam, tetapi mereka jugalah yang mempertikaikan apa yang PAS perjuangkan.

Dulu, PAS dikatakan kuda tunggangan DAP, tetapi apabila PAS bertegas dengan prinsip, mereka berdiam diri tidak pula menyokong tindakan PAS. Sejak kebelakangan ini, PAS dikatakan nak bergabung dengan UMNO walaupun telah dinafikan. Tetapi hari ini mereka pula yang memperkenalkan Kerajaan Campuran.

Apabila PAS memperkenalkan cara Islam dalam pendakwaan, mereka dakwa PAS sokong Najib. Apabila PAS bertegas dengan prinsip, mereka katakan tak pandai realiti. Apabila PAS bersabar bertahan dengan fitnah, mereka katakan PAS ketinggalan.

Apabila PAS berjanji taat setia (bai'ah) mereka mula memperbodohkannya walaupun mereka sendiri turut sama melakukan perbuatan ini tatkala mahukan secubit kuasa dahulu. Sabarlah wahai PAS, sabarlah wahai para pimpinannya, sabarlah wahai Tok Guru,

Pakar sejarah Dr Raghib as Sarjani pernah menyatakan

إذا اشتد البلاء قرب النصر

"Semakin getir ujian itu, bermakna semakin hampirlah kemenangan itu"

Istiqamah hingga kemenangan

Pejabat Perdana Menteri Sound Muhyiddin

Posted: 27 Jul 2015 04:04 AM PDT

PMO Malaysia

KENYATAAN AKHBAR

1. Kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini termasuklah arahan Kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Selain itu, satu dokumen "Fact Sheet" mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua Menteri-Menteri Kabinet sebelum ini.

2. Satu Pasukan Petugas Khas juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh sebuah media asing bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, serta pendedahan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, bahawa beliau telah menjual dokumen yang dicurinya kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan Kerajaan.

3. Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka. Oleh itu, semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut. Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan Negara serta Kerajaan dan Umno.

4. Inshallah, jika kita tenang dan terus bersatu padu kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada Kerajaan dan parti. Sokongan rakyat terhadap Kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri.

5. Dalam hal ini, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang terus membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas termasuk kehilangan RM42 billion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh Kerajaan turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap Kerajaan dan parti.

6. Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB. Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud. Pada masa yang sama, kita elakkan membuat kenyataan yang boleh menganggu-gugat kestabilan Kerajaan dan perpaduan parti dan Negara.
Pejabat Perdana Menteri
27 Julai 2015

Tiada ulasan: