Isnin, 13 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NGO Ini Sahkan Akaun Najib Di Ambank, Perlu Disiasat Oleh Pasukan Petugas Khas

Posted: 13 Jul 2015 05:53 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Sebuah NGO baru dan kurang dikenali, Citizens For Accountable Governance Malaysia atau CAGM tampil dengan dakwaan yang mengejutkan berkaitan Najib Razak yang didakwa menerima wang berkaitan 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Berdasarkah dokumen mahkamah yang didakwa ada dalam simpanan mereka, NGO itu mendakwa berjuta-juta ringgit telah disalurkan daripada akaun bank milik Perdana Menteri itu kepada parti-parti komponen BN menjelang PRU 13 yang lalu.

Dakwaan ini seakan mengesahkan lagi bahawa akuan bank Najib Razak di Ambank sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal adalah benar- benar wujud.

Jika sebelum ini pasukan petugas khas hanya mengesahkan akaun bank tersebut wujud, cuma sudah ditutup, NGO ini lebih ke depan dengan mendakwa turut menyiimpan dokumen mahkamah yang membuktikan bagaimana sebahagian wang daripada akaun Najib itu dibelanjakan.

Dengan ini, NGO yang baru-baru ini turut menawarkan ganjaran RM1 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai kehilangan wang negara ketika era pentadbiran Tun Mahathir, sewajarnya turut disiasat oleh pasukan petugas khas terbabit.

Walaupun Pengerusinya Md Zainal Abidin turut menyalahkan Tun Mahathir melalui pemberian bantuan kewangan yang disifatkan "sistem melancar" kepada parti-parti komponen BN, NGO ini perlu diambil keterangannya berkenaan maklumat yang mereka ada.

Katanya, sistem melancar dan "back up" parti- parti komponen dengan wang ini adalah diperkenalkan oleh Tun Mahathir dan Najib kini terpaksa menanggungnya bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya.

Selain itu, beliau yang mendakwa parti-parti komponen menerima RM30 hingga RM50 juta, parti-parti yang mesra BN serta NGO juga turut menerima sumbangan kewangan daripada Najib antara RM1 juta hingga RM8 juta setiap satu.

Dengan menyiasat CAGM ini, ia mungkin menjadi pelengkap kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan petugas khas terhadap Perdana Menteri.

Antara perkara yang perlu dipastikan ialah apakah dokumen mahkamah itu sahih dan bagaimana ia boleh berada dalam simpanan NGO tersebut?

Kiranya benar dokumen mahkamah itu sahih, ia adalah petunjuk yang pasti menyukarkan lagi untuk Najib menafikan kewujudan pengaliran wang masuk ke dalam akaunnya sebagaimana yang didakwa oleh WSJ lebih seminggu yang lalu.

Kiranya tidak benar pula, CAGM sudah dipasti boleh didakwa kerana membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri.

Tetapi jika pasukan petugas khas tidak menyiasat CAGM pula, ia bermakna seolah-olah mereka cuba melindungi dalam penyiasatan yang dijalankan.

Segalanya kini terpulang kepada pasukan petugas khas membuat keputusannya, namun dengan CAGM secara terbuka membuat pendedahan ini, ia adalah tawaran terbuka agar mereka turut disiasat dan diambil keterangannya.

Najib sehingga ini tidak pernah menafikan secara tepat mengenai kewujudan akaun bank serta pengaliran masuk wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, sebaliknya hanya berkata, tidak akan mengkhianati amanah rakyat dan tidak pernah menggunakan wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya.

Jika benar mereka kerap menipu, boikot sahaja – Murshid

Posted: 13 Jul 2015 04:17 AM PDT

SARAH M.KHIR

 

172740922
Insiden rusuhan di Plaza Low Yat boleh dielakkan sekiranya pengguna tidak mengambil tindakan sendiri dalam menyelesaikan ketidakpuasan hati. Foto Youtube 



KUALA LUMPUR- Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) menyeru individu yang terlibat dalam kes pergaduhan di Low Yat supaya tidak meneruskan pergaduhan dan menaruh dendam.


Presidennya, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata perkara itu tidak harus dipanjangkan malah perlu diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasat secara terperinci.

Jelasnya, tindakan segelintir individu yang meyerbu premis berkenaan dilihat tidak kena dengan nilai muhibah di negara ini lebih-lebih lagi ia berlaku pada bulan Ramadan.

Malah katanya ia juga boleh menyumbang kepada kemudaratan kepada orang ramai sekali gus menjurus kepada isu perkauman.

"Saya pernah ditipu malah bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan pembeli dan penjual menipu dan mencuri, mereka daripada pelbagai bangsa, justeru saya sangat faham perasaan kemarahan apabila ditipu.

Menurutnya, pergaduhan itu juga dibimbangi boleh mencetuskan keadaan yang lebih buruk dan menjadi isu perkauman jika perkara itu berpanjangan meskipun ia hanya melibatkan penjual dan pembeli pada asalnya.

Ini kerana, katanya perkara itu seharusnya diselesaikan antara mereka dan tidak perlu melibatkan banyak pihak sehingga tercetusnya ketegangan kaum.

"Namun berkumpul ramai dan tindakan menyerbu Low Yat semalam adalah tidak wajar malah berpotensi membawa mudarat awam khususnya melibatkan 'ketegangan antara kaum'

"Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah daripada terus ingin 'menyerbu' Low Yat.

"Malah jika benar mereka kerap menipu, boikotla sahaja. Bagi mangsa penipuan, laporlah kepada polis dan buat tuntutan di Tuntutan Tribunal Malaysia jika nilainya di bawah RM25,000.

Insiden kekecohan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada Sabtu berpunca daripada perselisihan faham dalam urus niaga pembelian telefon bimbit.

Peniaga ‘Rambo’ bermaharajalela di Bazar Jalan Masjid India

Posted: 13 Jul 2015 04:14 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

172745217
Rosli menyatakan kekecewaannya terhadap penguatkuasaan lemah DBKL sehingga menyebabkan kegiatan peniaga `Rambo' berleluasa di bazar Ramadan Jalan Masjid India. Foto Mokhsin Zamani/TRP



KUALA LUMPUR- Kebanjiran peniaga makanan dan minuman tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai peniaga 'Rambo' di Bazar Ramadan di Jalan Masjid India, dekat sini didakwa menjejaskan pendapatan lain yang memperoleh tapak melalui tender.


Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan, Datuk Rosli Sulaiman, berkata pendapatan 67 peniaga yang memperoleh tapak melalui tender di bazar berkenaan merosot sehingga 70 peratus ekoran daripada masalah terbabit.

Menurutnya, peniaga-peniaga tersebut terpaksa mengeluarkan modal antara RM10,000 dan RM37,000 untuk mendapatkan tapak perniagaan, namun rezeki mereka diganggu peniaga 'Rambo' yang membanjiri kawasan berkenaan selepas waktu Maghrib.

"Peniaga 'Rambo' ini  menghalang laluan yang disediakan dan menyebabkan pelanggan sukar mengunjungi dari satu khemah ke khemah lain.

"Malah daripada 300 peniaga minuman yang berniaga, hanya 150 peniaga mempunyai lesen dan selebihnya berniaga secara haram.

"Namun begitu, apa yang lebih dikesali ialah penguatkuasaan dan kawalan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cukup lemah menyebabkan peniaga 'Rambo' ini semakin berleluasa," katanya pada sidang media hari ini.

Tambah Rosli, ekoran daripada kelemahan penguatkuasaan DBKL, keselamatan pengunjung dan juga peniaga di bazar berkenaan juga turut terancam.

Jelasnya, peniaga 'Rambo' itu berani berniaga sate, keropok lekor, 'steamboat' dan juga mercun di tengah-tengah laluan utama bazar berkenaan.

"Bagaimana sekiranya minyak dan air panas terkena orang ramai yang datang atau percikan api mercun menyebabkan khemah yang kebanyakannya dipenuhi pakaian terbakar?

"DBKL harus peka dengan situasi ini kerana Jalan Masjid India adalah antara kawasan tumpuan utama ramai pada bulan Ramadan dan seharusnya kawalan yang disediakan cukup ketat dan teliti," ujarnya.

Rosli berkata, pihaknya mewakili peniaga mempunyai lesen sah di bazar berkenaan akan menghantar memorandum bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur serta Menteri Wilayah Persekutuan pada jam 11 pagi, esok.

Tindakan itu katanya, bagi membolehkan masalah berkenaan diselesaikan dan membolehkan mereka sekurang-kurangnya memperoleh kembali modal perniagaan mereka.

"Diharapkan dalam baki beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri ini,  membolehkan peniaga-peniaga mendapat pulangan modal atau menghabiskan stok jualan mereka ," tegasnya.

Ustaz: Tak layak takbir ketika layan amarah

Posted: 13 Jul 2015 04:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini menasihatkan orang ramai berhenti daripada 'menyerbu' pusat jualan barangan elektronik Low Yat di Kuala Lumpur.

Beliau sebaliknya mencadangkan laporan dibuat terhadap tribunal tuntutan pengguna atau memulaukan sahaja kedai terlibat jika benar peniaga di situ kerap menipu.

"Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat.

"Malah jika benar mereka kerap menipu, boikotlah sahaja," katanya.

Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya tidak melaungkan takbir dengan sewenang-wenangnya seperti waktu sedang melayan nafsu amarah.

"Pergaduhan dan kebencian akibat dari hal duniawi semata-mata tidak layak dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam," katanya.




KES GADUH DI LOWYAT DAN NASIHAT
OLEH : DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
PRESIDEN MURSHID
Saya menyeru mereka yang terlibat dan ingin rasa ingin terlibat dalam pergaduhan di Low Yat tidak lagi meneruskan dendam dan pergaduhan, khususnya di bulan Ramadhan yang merupakan bulan penuh kesabaran. Nabi mengingatkan :-
... See More

Tak perlu bubar Dun, Azmin boleh terus tadbir

Posted: 13 Jul 2015 04:05 AM PDT

Azmin Ali
Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali masih boleh memimpin Kerajaan Selangor walaupun Pas secara rasminya sudah memutuskan hubungan politik dengan DAP.
 
Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Mohamed Azmin tidak menghadapi masalah yang besar meyakinkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah beliau masih mendapat sokongan majoriti untuk memegang jawatan menteri besar.
 
"Dun Selangor tidak perlu dibubarkan kerana PKR masih mendapat sokongan Pas dan DAP, walaupun dalam masa sama Pas dan DAP sudah tiada ikatan lagi.
 
"Jika PKR nyatakan mahu bersama Pas, mereka masih punya majoriti. Begitu juga sebaliknya jika PKR nyatakan mereka bersama DAP," katanya.
 
Menurutnya, ketika ini tiada masalah besar untuk Dun Selangor berjalan dengan baik kerana wakil-wakil parti masih berpegang pada dasar persefahaman bersama.
 
Di Selangor, Pas dan DAP menguasai 15 kerusi Dun, manakala PKR pegang 14 kerusi.
 
Nik Ahmad Kamal berkata, keputusan Majlis Syura Ulama, Jumaat lalu tidak menjejaskan kedudukan Dun di Selangor, tetapi menyebabkan Pas berada dalam keadaan yang rumit.
 
"Keadaan akan menjadi lebih rumit sekiranya parti Gerakan Harapan Baharu (G18) ditubuhkan nanti. Ketika itu mungkin akan berlaku sedikit kepincangan dalam Dun Selangor apabila ada yang lompat parti," katanya.
 
 

Polis kenal pasti 20 laluan 'hotspot' kemalangan

Posted: 13 Jul 2015 04:02 AM PDT

SINAR HARIAN


kemalangan

Gambar hiasan


SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan mengenal pasti 20 jalan utama di negeri ini sebagai 'hotspot' berisiko kemalangan maut setiap kali musim perayaan.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata Jempol merupakan daerah yang paling banyak 'hotspot' dengan empat kawasan.

"Justeru, pihak polis akan meningkatkan pemantauan berkala di semua lokasi terbabit yang sering menyumbang kepada kadar kemalangan di negeri ini.

"Tumpuan yang lebih akan diberikan kepada lokasi kerap berlaku kemalangan ini dan kita juga telah memulakan Ops Statik sebagai satu usaha dan langkah pencegahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri di Plaza Tol Senawang dekat ini, hari ini.

Pelancaran kempen itu adalah anjuran bersama Lion Club of Seremban Central, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Menurut Jaafar, lazimnya bilangan kenderaan akan bertambah lebih-lebih lagi ketika menjelang Aidilfitri dan pengguna jalan raya dinasihat supaya mementingkan keselamatan dan berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang ingin pulang bercuti sempena Aidilfitri supaya memaklumkan kepada balai polis berdekatan bagi tujuan keselamatan.

"Tindakan memberitahu polis merupakan langkah bijak dalam membenteras aktiviti pecah rumah sepanjang musim perayaan. Jika tuan rumah memaklumkan kepada polis, kita akan menjaga rumah mereka dengan melakukan rondaan dari semasa ke semasa.

"Ini penting bagi mengurangkan gejala pecah rumah yang sering berlaku pada musim perayaan, lebih-lebih lagi penjenayah tahu rumah itu tiada penghuni," katanya.

Katanya borang balik kampung boleh didapati di mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Polis jamin Bukit Bintang selamat hari ini

Posted: 13 Jul 2015 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Kuala Lumpur Tajudin Md Isa berkata pihaknya telah menempatkan bilangan polis yang cukup untuk mengawal di sekitar kawasan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur yang dicemari insiden keganasan pada Sabtu dan Ahad.

Katanya, dengan kehadiran ramai anggota polis, beliau yakin keselamatan pusat jualan barangan elektronik di Bukit Bintang itu akan terjamin.

Kawasan sekitar tempat itu juga kini tenang, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat  kontinjen polis Kuala Lumpur.

Bercakap dalam satusidang akhbar hari ini, Tajudin juga berkata beliau tidak mendengar khabar akan berhubung kemungkinan akan berlaku lagi pergaduhan pada malam ini.

Bukit Bintang terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan penting di Kuala Lumpur, terutamanya susulan kemeriahan aktiviti malamnya.

Dalam insiden semalam, kira-kira 200 orang dilapor menyerbu Low Yat setelah pergaduhan antara tujuh remaja dan peniaga di situ. 


Mahathir bersajak sebelum 'mata terpejam'

Posted: 13 Jul 2015 03:36 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Memasuki umur 90 tahun, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan hasratnya untuk melihat bangsa Melayu bersatu dan bebas daripada "dijajah" sebelum matanya terpejam.

Dalam sajak yang bertajuk "Malaysia Tanahair-ku" yang bertarikh 10 Julai dan diletakkan di blognya hari ini, Mahathir mempersoalkan sama ada bangsa Melayu akan kembali dijajah, dihina dan diperhambakan.

Dengan menulis bahawa beliau "akan pergi tidak lama lagi", bekas perdana menteri selama 22 tahun itu turut bertanya sama ada beliau akan "pejam mata" dalam keadaan negara ini bermaruah dan dipandang tinggi atau sebaliknya.

Malah, dalam sajaknya itu Mahathir turut berdoa supaya Allah melindungi bangsa Melayu.

"Ya Allah lindungilah bangsaku. Sedarkanlah mereka. Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa.

"Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya. Mengubah sendiri, membendung nafsu. Kerana Allah, kerana agama, kerana bangsa, kerana negara. Biarlah aku pergi. Mata terpejam rapat. Nafas perlahan berhenti…," tulis bekas pemimpin itu.

Mahathir turut menulis bahawa politik yang ada di negara ini kini "hancur" apabila pemimpin kini semakin tamak untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta mempergunakan nama tuhan.

"Bangsa yang merdeka. Bangsa yang mulia. Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit. Hak memilih, hak mengundi. Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit.

"Maruah dijual. bangsa dijual. Tanah air dijual. Segalanya dijual. Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja.

"Politik yang menyelamat menjadi politik yang menghancur. Pemimpin semakin tamak. Untuk tempat dan kedudukan tinggi. Perbuatan yang haram dihalalkan. Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia," tulisnya.

Mahathir genap 90 tahun pada Jumaat lalu. Di usia emas itu beliau terus terlibat aktif dalam politik negara dengan kritikan berterusannya kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berikut merupakan sebahagian petikan sajak tersebut:

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti… 
 
 
 

'Najib, kami datang kepadamu', kata FB polis

Posted: 13 Jul 2015 03:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bagi kebanyakan orang, ia mungkin melihat terlalu baik untuk menjadi kenyataan apabila polis mencatatkan "Najib Razak...we are coming to you (Najib Razak ... Kami datang kepadamu)" di akaun rasmi Facebook dan Twitter mereka.

Sepertimana yang berlaku, akaun Facebook pasukan polis telah digodam petang ini oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka AnonGHost.

Memandangkan akaun Facebook dan Twitter saling berkait, maka mana-mana posting dalam akaun Faceboook juga akan terpapar di akaun Twitter, termasuklah tulisan pada jam 3.07 petang ini.

Bagaimanapun, polis berjaya memulihkan keadaan kira-kira jam 4.45 petang ini.

Godaman itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terpalit dengan skandal 1MDB dan pasukan petugas khas melibatkan polis sedang menyiasat tuduhan sejumah RM2.6 bilion dana firma itu didakwa disalurkan ke akaun peribadi beliau.

Najib menafikan perkara itu dan menegaskan ia satu sabotaj politik dan beliau tidak mengambil duit rakyat untuk kepentingan politiknnya.

Sebelum itu, ditengah-tengah keriuhan isu pergaduhan di Plaza Low Yat, laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semakan Malaysiakini mendapati muka depan laman sosial Facebook PDRM itu menunjukkan gambar seorang individu memegang bendera pengganas Islamic State dan tertulis "Khilafah Has Returned".

Beberapa posting yang dimuatnaik antara lain memuatkan gambar sekumpulan pengganas itu berbaris sambil mengangkat senjata dengan posting bertulis 'Viva Islamic State'.

Sementara itu, PDRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan memaklumkan laman Facebook mereka telah digodam.

"Dimaklumkan bahawa laman FB rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebarang maklumat yang dikeluarkan selepas ini TIDAK BENAR. Terima kasih," twitter itu dipetik.


KPDNKK tak boleh raya, kata Rani Kulup

Posted: 13 Jul 2015 03:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Aktivis popular Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini menyalahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) susulan insiden pergaduhan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Justeru, kata pengerusi Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, dakwaan kegagalan KPDNKK menyiasat perkara berkaitan akan mengganggu urusan berhari raya pihak lain.

Rani mahu KPDNKK menyiasat dakwaan di Internet bahawa pergaduhan di Low Yat pada Sabtu dan Ahad berpunca daripada penipuan penjual telefon bimbit.

"Kepada KPDNKK anda tidak menjalankan tugas dengan kemas untuk membantu pembeli.

"Banyak pembeli teraniaya dan tertipu. Bila jadi macam ini polis yang susah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) patut boleh raya, (tetapi) tiga hari lagi nak raya tak boleh raya.

"KPDNKK kamu yang salah kamu yang tidak boleh raya, polis boleh beraya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam versi lain, pergaduhan dikatakan berpunca daripada kes kecurian telefon bimbit.

Sementara itu, Rani hari ini membuat laporan polis yang mendakwa terdapat penjual menjual barangan tiruan di Low Yat.

Teliti sebelum beli

Beliau mahu PDRM dan KPDNKK bertindak segera dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada pengguna agar meneliti telefon bimbit pintar sebelum dibeli terlebih dahulu supaya perkara sama tidak berulang.

Beliau bagaimanapun menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar berhenti dari menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menyebabkan salah faham dan menyentuh sensitiviti kaum.

Selepas pergaduhan sekumpulan lelaki di plaza itu pada Sabtu, kira-kira 200 orang menyerbu pusat jualan barangan elektronik itu semalam.

Komen-komen di Internet menimbulkan kebimbangan ia menjurus ke arah pergaduhan kaum walaupun polis menafikan perkara itu.

Video dan gambar meluas disebar meluas di Internet.

Rani terkenal kerana cara berpakaian seragam seperti pasukan keselamatan, berkaca mata hitam dan kenyataannya yang dilihat mencuit hari pelbagai pihak.

Beliau kini antara 'personaliti' Internet yang paling banyak menjadi mangsa persendaan. 


 

Berita palsu: Polis buru PapaGomo

Posted: 13 Jul 2015 03:23 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa beliau mengarahkan penulis blog Wan Mohd Azri Wan Deris diberkas kerana membuat berita palsu berhubung pergaduhan di Plaza Low Yat.

Wan Mohd Azri adalah penulis blog yang menggunakan nama Papa Gomo di papagomo.com dan di laman sosial.

"Mereka (pengguna media sosial) membuat berita palsu dan salah seorang daripadanya adalah Papa Gomo.

"Saya sudah mengarahkan agar orang-orang ini ditangkap," kata Khalid yang berharap Wan Mohd Azri akan tampil menyerahkan diri.

Khalid juga menjelaskan individu yang mencetuskan pergaduhan tersebut sememangnya mencuri satu telefon bimbit daripada salah sebuah kedai di plaza tersebut.
 
 

Mat Sabu umum tubuh Parti Politik Harapan Baru

Posted: 13 Jul 2015 03:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penubuhan parti politik baru yang bakal dianggotai pemimpin yang kecundang dalam pemilihan PAS, 4 Jun lalu.
 
Parti politik baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru atau 'Harapan Baru' itu dijangka akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat Baru (PRB).
 
Menurut Mohamad Sabu, parti tersebut akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir urus, pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. 
 
"Harapan baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam.
 
"Parti ini akan membantu ke arah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
 
Pengumuman yang dibuat Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu itu dibuat lebih awal berikutan beliau dan beberapa pemimpin G-18 sebelum ini memberitahu perkara itu hanya akan diuar-uarkan selepas Hari Raya Aidilfitri, 17 Julai ini.
 
G-18 adalah mewakili 18 bekas pemimpin kanan PAS yang gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti sebelum ini.
 
Kesemua mereka sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP dan PKR ketika majlis berbuka puasa di rumah bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, bagi membincangkan perihal penubuhan parti baru itu.
 
 

Kemelut MIC: Mahkamah tolak rayuan Palanivel, tiga lagi

Posted: 13 Jul 2015 03:05 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal untuk mengetepikan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.
 
Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Palanivel, Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan serta bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.
 
Dengan keputusan itu, arahan RoS dikekalkan.
 
Hakim Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan RoS tidak bertindak di luar kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.
 
Keempat-empat mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun, yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan RoS.
 
Pada 5 Disember, RoS secara rasmi memaklumkan kepada MIC bahawa pemilihan jawatan naib presiden dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) serta lapan pemilihan bahagian adalah batal dan tidak sah kerana wujud penyelewengan dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi kerusi berkenaan dalam tempoh 90 hari.
 
 

Lima cedera dalam serangan di Plaza Low Yat

Posted: 13 Jul 2015 03:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Lima individu cedera, dengan tiga daripada terdiri daripada wartawan dalam serangan yang berlaku berhampiran dengan Plaza Low Yat  selepas polis berjaya menyuraikan kumpulan perusuh yang berhimpun di hadapan pusat beli belah berkenaan.

Seorang saksi berkata rusuhan dipercayai bermula apabila kira-kira 50 hingga 60 lelaki merempuh masuk melalui kedai masuk makanan yang terletak berhampiran dengan pusat beli belah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.

Antara mereka yang menjadi sasaran kumpulan tersebut adalah jurugambar. Seorang wartawan yang cuba melindungi seorang jurugambar daripada serangan tersebut turut dipukul.

Menurut wartawan, orang awam turut bertindak nekad melindungi dua wartawan yang diserang oleh kumpulan perusuh tersebut. Dua wartawan berkenaan kemudiannya keluar untuk menyelamatkan diri dengan bersembunyi di hotel berhampiran.

Ketika berita ini ditulis, dipercayai pihak polis telah menahan enam individu yang terlibat dalam serangan berkenaan.

Dua kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 1 pagi.

Turut kendengaran bunyi letupan di tempat kejadian.

Pihak polis telah mengawal pintu masuk utama ke pusat beli belah tersebut.

Terdahulu, pada awal pagi Isnin sekumpulan lelaki berkumpul di Plaza Low Yat berikutan kekecohan yang berlaku apabila seorang pelanggan mendakwa dia ditipu oleh penjual telefon bimbit pintar di salah sebuah kedai di pusat beli belah berkenaan.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.


LIHAT VIDEO DI SINI
 

Shahrir Samad enggan anggotai kabinet penggal seterusnya

Posted: 13 Jul 2015 02:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberitahu beliau tidak akan menyertai barisan kabinet untuk penggal akan datang demi memberi laluan kepada golongan muda yang bertenaga serta mempunyai idea bernas bagi memantapkan pengurusan negara.

Justeru beliau akan menolak jika namanya  tersenarai dalam rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas sambutan Aidiltifri.

"Saya tidak mahu menganggotai Kabinet, masa saya sudah berlalu, lagi pun tanpa jawatan dalam Kabinet, saya boleh mainkan peranan dan menyumbang kepada negara.

"Saya berpendapat perlu beri peluang kepada orang muda untuk menjadi ahli Kabinet. Kalau saya masuk Kabinet, maknanya usia purata jemaah menteri dan timbalan menteri menjadi meningkat.

"Pemimpin muda memahami cita rasa masyarakat yang sebahagian besar terdiri daripada generasi muda," kata Shahrir, 66, kepada akhbar milik Umno itu.

Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata beliau dapat memberikan tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai ahli Parlimen Johor Bahru dan ketua Umno di kawasan itu.

"Sejujurnya, kini saya gembira dan seronok sejak tidak menjawat jawatan menteri. Sebagai orang tua, saya tidak perlukan jawatan. Yang penting, idea, pandangan dan gerak kerja kita adalah bersama dengan kerajaan," katanya dipetik sebagai berkata.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas laporan Mingguan Malaysia semalam yang mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat tidak lama lagi.

Akhbar itu berkata, Najib kini tidak boleh mengambil mudah apa yang terjadi memandangkan situasi politik kini tidak lagi sama.

Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi serangan ke atas pentadbirannya.

"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan saja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat yang sukar dan ketika berdepan krisis," kata penulis ruangan pojok Awang Selamat.

Awang dalam tulisannya berkata, rombakan itu penting bagi membolehkan Najib menangkis isu besar, khususnya yang membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengannya

MESEJ UNTUK KBAB51

Posted: 12 Jul 2015 04:58 PM PDT

shahbudindotcom






Kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KBAB51 di Twitternya, sila faham dan hadam betul-betul mesej daripada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan ini sebelum ingin meneruskan hasrat mencari pembocor maklumat dalam isu pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal.

Isu pokok yang perlu disiasat dan dicari kebenaran bukanlah mengenai pembocor maklumat tetapi menyiasat kesahihan maklumat itu terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan jenayah.

Menghebohkan untuk mencari pembocor maklumat ketika penyiasatan isu sebenar baru saja bermula hanya akan menjadikan keraguan orangramai lebih bertambah terhadap fungsi pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan itu. 

Begitu juga kepada pemimpin politik dan NGO yang membuat gesaan agar dicari serta ditangkap pembocor maklumat terbabit, mesej yang disampaikan oleh Musa Hasan ini tentu saja merupakan pencerahan yang sebenarnya.

Terima kasih, Musa Hasan.

Keghairahan Khalid mahu mencari pembocor maklumat ketika siasatan baru saja bermula hanya akan menjejaskan keyakinan orahgramai terhadap pasukan khas yang ditubuhkan kerajaan.


[GAMBAR & VIDEO] Bas Rombongan Bawa Nor Azli Taliban Ke Ayer Hitam Terbakar

Posted: 12 Jul 2015 04:54 PM PDT

KELAB GREENBOC

 

Nak pergi berbuka, bas terbakar

Seremban: Seramai 24 orang yang dalam perjalanan menghadiri majlis berbuka puasa di Johor berdepan detik mencemaskan apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar, petang semalam.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Johor secara tiba-tiba berasap sebelum berhenti di tepi jalan di Kilometer 264 Lebuhray PLUS arah selatan, berhampiran plaza tol Seremban.

Difahamkan, cemas dengan keadaan itu, pemandu bas meminta semua penumpang masing-masing 17 lelaki dan tujuh wanita turun menyelamatkan diri.

Penolong Penguasa Bomba Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.57 petang dan tiba di lokasi 22 minit kemudian.

"Sebaik tiba, kita mendapati bas persiaran terbabit sedang terbakar dan tiada mangsa yang terperangkap.

Bas itu musnah 100 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. -HM

ULASAN GB

Tak sangka pula bas yang terbakar itu rupa-rupanya membawa rombongan beberapa orang ahli PAS dari Perak termasuk seorang AJK Pas Pusat iaitu Ust Nor Azli Musa atau dikenali Nor Azli Taliban berdasarkan kepada "printscreen" dari media sosial facebook yang viral sejak petang semalam.

Rombongan itu dikatakan sedang menuju ke Ayer Hitam untuk bersama di Program presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan AJK PAS Pusat dengan pimpinan PAS Negeri Johor.

Alhamdulillah, mujur semua penumpangnya selamat. Innalillahi wainna ilahirajiun.



NGO: Najib, Rosmah mesti isytihar harta sekarang

Posted: 12 Jul 2015 04:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sejak tersebarnya dakwaan sebanyak RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank isteri kepada perdana menteri Rosmah Mansor, maka menjadi tanggungjawab mereka berdua mengisytiharkan harta dengan segera, kata Ketua Eksekutif NGO C4 Cynthia Gabriel.

"Ini adalah salah satu jalan terakhir yang tinggal untuk Najib mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan orang ramai yang semakin menyusut," katanya dalam satu kenyataan.

"Daripada bercakap soal integriti penjawat awam atau memetik fatwa agama untuk menyelamatkan imej yang telah buruk penting bagi Najib, Rosmah dan ahli keluarganya mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan memaklumkan butiran perbankan mereka memandangkan ia kini bawah penelitian yang serius," katanya lagi.

Cynthia berkata Najib mesti mengambil peluang untuk membuktikan beliau tidak bersalah dengan menunjukkan senarai asetnya dalam bentuk harta dan bukan kewangan, kepada rakyat Malaysia berbanding membangkitkan bahawa ia sabotaj politik oleh musuhnya terhadap peribadi dan kredibilitinya.


'Saya tak jejak M'sia kecuali ada k'jaan baru'

Posted: 12 Jul 2015 04:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pascal Najadi, anak lelaki kepada pengasas Ambank Hussain Najadi, berkata beliau tidak sesekali akan pulang ke Malaysia kecuali terdapat kerajaan baru yang berkuasa.

Perkara itu dinyatakan selepas beliau kecewa dengan kerajaan dan polis Malaysia ke atas kegagalan untuk menangkap orang yang mengarahkan pembunuhan bapanya pada 29 Julai 2013.

Dalam wawancaranya dengan melalui Skype dari Rusia dengan Malaysiakini, beliau berkata pihaknya tidak mempercayai kerajaan dan khidmat keselamatan yang ada sekarang.

"Kerajaan Malaysia perlu ditukar. Kerajaan yang ada sekarang - saya berhenti untuk memanggil penjenayah - tetapi mereka tidak serius," katanya.

Pascal berang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengumumkan kes tersebut telah selesai selepas polis menangkap penembak Kong Swee Kuan yang dijatuhi hukuman tahun lalu.


PAS 'cerai' DAP, Tok Him buat kenduri kesyukuran

Posted: 12 Jul 2015 04:41 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bercadang untuk mengadakan kenduri dan majlis kesyukuran selepas Aidilfitri bagi meraikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang diumumkan semalam.

Beliau yang selaku MP Pasir Mas atas tiket PAS pada 2008, berkata langkah itu dibuat bagi membuktikan sikap dan pandangannya terhadap DAP "tepat dan betul" sehingga mendorong terputusnya kerjasama beliau dengan PAS.

Menceritakan perkara itu, Ibrahim berkata beliau ketika itu lantang menegur PAS yang didakwanya membisu dalam perkara melibatkan Islam, Melayu dan institusi raja selepas berkerjasama politik dengan DAP yang kemudiannya mendakwa Islam menjadi lemah dan perpaduan ummah terancam.

"Saya tidak boleh menerima PAS diperkudakan oleh DAP, walaupun saya bukan ahli PAS. Namun bila PAS bertahaluf siyasi dengan DAP terutamanya, Islam menjadi lemah dan perpaduan ummah terancam.

"Waktu mendiang Karpal Singh hidup, saya ingat bagai tegangnya saya dalam Parlimen apabila Karpal menegaskan langkah mayat dia dulu kalau mahu menegakkan Islam. Bila saya menyerang DAP dan Anwar, saya ditegur oleh arwah (Datuk) Nik Aziz.

"Beberapa MP dan pemimpin PAS cuba pujuk saya jangan serang DAP dan Anwar. Saya tidak peduli yang akhirnya, pusat khidmat saya selaku MP Pasir Mas disimbah cat. Di sinilah putusnya kerjasama saya dengan PAS," katanya.

Beliau mengulas keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan muktamad memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP kerana "provokasi berterusan" yang dibuat DAP sehingga melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Dalam satu kenyataanya petang ini, Ibrahim berkata penubuhan NGO pendesak Melayu yang diketuainya kini juga ada kaitan dengan permainan politik PAS dan DAP sebelum ini, cuma PAS masih kekal kerjasama dengan PKR.

Menurutnya, beliau menolak Anwar atas "dasar isu moral" yang disahkan oleh mahkamah dan menggesa PAS menolak Anwar kerana prinsip PAS sepatutnya memperkasakan kepimpinan Islam menolak pemimpin yang tidak berakhlak dan mendokong pluralisme.

"PAS patutnya menonjol Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai calon PM dan bukannya Anwar. Ini saja lagi isu dan halangan, jika PAS benar-benar teguh berjuang kerana Islam dan demi rakyat dan negara," katanya.

"Peristiwa ini amat bermakna kerana Islam tidak terus dijadikan alat politik dan melemahkan perpaduan ummah. Takbir," katanya. 
 
 
 

Gobind: Buka semula kes bunuh bos Ambank

Posted: 12 Jul 2015 04:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.

MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.

"Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini," katanya dalam kenyataannya hari ini.

"Kita ada, antara lain, kes Teoh Beng Hock walaupun penemuan jelas dan syor Mahkamah Rayuan, tiada apa yang berlaku (tindakan) dan kes Altantuuya Shaariibuu sehingga kini, persoalan yang masih kekal siapa yang mengarahkan pembunuhan beliau dan mengapa," katanya lagi.

Semalam, Pascal mendakwa suspek dalam kes itu, Lim Yuen Soo sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran dan mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia..

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan ketika bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype.


Kekasaran perusuh dekat Low Yat, beberapa cedera

Posted: 12 Jul 2015 04:35 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Beberapa wartawan dan seorang pekerja bar dilapor cedera selepas satu perhimpunan berhampiran Plaza Low Yat di ibu negara bertukar menjadi kekasaran.

Sehingga jam 1.00 pagi ini, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dan kumpulan perusuh bergerak ke arah yang berbeza.

Kumpulan itu - yang mendakwa bahawa mereka mewakili NGO Melayu - mula berhimpun di depan Plaza Low Yat petang semalam sebagai tindak balas kepada pergaduhan kelmarin di pusat membeli-belah popular dengan barangan elektronik itu.

Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja pusat perniagaan itu.

Manakala pekerja pusat membeli-belah lain dilapor membalas dengan memukul kumpulan belia itu.

Video insiden itu tersebar dengan begitu cepat sekali di internet, tetapi perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.

Hal ini walaupun pada hakikatnya polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai rusuhan yang berpunca daripada kes dakwaan kecurian.

Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah itu kira-kira jam  7 malam pada Ahad atas alasan bahawa mereka menuntut keadilan bagi tujuh individu terbabit.


Pembeli luah pernah terkena di Plaza Low Yat

Posted: 12 Jul 2015 04:32 PM PDT

Pembeli luah pernah terkena di Plaza Low Yat
 
 
INSIDEN pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.
 
Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.
 
Tinjuan Sinar Online di Facebook rakan-rakan kami juga mendapati ia menjadi trending ‎dan perbualan, malah ada yang meluahkan pernah terkena kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.
 
‎Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.
 
"Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.
 
"Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI," ujarnya.
 
Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.
 
"Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, ... berapa anggaran harga," tulisnya di laman mikro Twitter.
 
Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.
 
"Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi," tulisnya.
 
Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.
 
 
Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.
 
 

Menteri sahkan media sosial tidak ditutup

Posted: 12 Jul 2015 04:17 PM PDT

Menteri sahkan media sosial tidak ditutup
Muatnaik petikan menerusi Ahmad Shabery menjelaskan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai laporan media sosial yang akan ditutup menjelang Ogos akan datang.

 
SHAH ALAM – Menteri  Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  hari ini menyanggah khabar angin kerajaan akan menutup media sosial termasuk WhatsApp di negara ini.

Katanya seperti yang dipetik menerusi akaun mikro Twitter, masyarakat tidak perlu bimbang kerana ia hanya khabar angin yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Media sosial tidak akan ditutup. Jangan bimbang, Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain tidak akan ditutup.

"Jangan mudah percaya dengan khabar angin," katanya, hari ini.

Sebelum ini, heboh diperkatakan di dalam media sosial bahawa kerajaan akan menyekat semua jenis laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram dan lain-lain berkuat kuasa 1 Ogos.

Langkah tersebut  didakwa diambil untuk menghentikan sebaran fitnah secara berleluasa di negara ini.

Khabar angin tersebut mencetuskan panik di kalangan orang ramai, selain mengkritik kerajaan kerana mengambil langkah berkenaan.


3,195 cawangan MIC seluruh negara serah borang pencalonan sehingga hari ini

Posted: 12 Jul 2015 04:01 PM PDT

RAJVINDER SINGH

 

S.-Subramaniam-M1
Menurut Subramaniam, proses pencalonan cawangan yang lancar membuktikan ahli akar umbi inginkan penyatuan dalam parti dan bukan didorong oleh perselisihan. Foto fail TRP



KUALA LUMPUR- Sebanyak 3,195 cawangan menghantar pencalonan bagi pemilihan peringkat cawangan MIC sepanjang tempoh tiga hari pencalonan bermula Jumaat hingga petang ini, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.


Beliau berkata, jumlah itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan 3,970 cawangan yang ada dan beliau berpuas hati terhadap pencalonan yang dilakukan.

Katanya, 785 cawangan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam proses berkenaan berikutan pelbagai isu termasuk cawangan tidak sah yang ditubuhkan pada 2013, selain cawangan luput.

"Bagus sebenarnya bila banyak cawangan mengambil bahagian dalam proses pemilihan, terutama ketika landskap politik tidak menentu.

"Proses pemilihan secara keseluruhan berjalan lancar selain satu atau dua insiden kecil yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang," katanya.

Subramaniam menegaskan, kejayaan itu adalah hasil pertemuannya dengan semua pengerusi cawangan sebanyak tiga kali sebelum bermulanya pencalonan untuk menjelaskan situasi sebenar dalam parti.

"Saya gembira kita dapat mengatasi halangan utama. Pemilihan cawangan adalah asas segalanya. Jika ini selesai, tidak akan ada masalah bagi pemilihan jawatankuasa kerja pusat, bahagian dan presiden," katanya.

Malah, kata Subramaniam, Kelantan dan Terengganu tidak mencatatkan sebarang cabaran, begitu juga 85 peratus cawangan di Pahang tidak dicabar.

Berikutan itu, beliau menjangkakan pemilihan hanya akan dibuat di 20 hingga 30 cadangan, sebaik proses pemilihan berakhir.

Katanya, pengumuman maklumat terperinci jumlah keluar mengundi akan dibuat di ibu pejabat parti petang esok.

Tegasnya, situasi itu jelas menunjukkan ahli akar umbi inginkan penyatuan dalam parti dan bukan didorong oleh perselisihan.

Beliau berkata, mungkin terdapat beberapa isu-isu fahaman berpuak-puak semasa pencalonan di cawangan-cawangan tertentu tetapi kepada keseluruhan tidak memberi kesan yang besar.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 akan memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ingin membuat bantahan bermula 9 pagi Isnin hingga 1 petang Khamis depan.

"Mana-mana cawangan yang membuat aduan dan disertakan dengan dokumen yang sah mereka boleh membuat bantahan dan akan disiasat oleh Jawatankuasa Resolusi Pertikaian yang telah kita tubuhkan," katanya.

Mengulas mengenai pencalonan yang dibuat Datuk Seri G Palanivel, Subramaniam berkata, ia tiada kena mengena dengannya.

"Kita diiktiraf Pandaftar Pertubuhan, bukan mereka. Hanya keputusan kita yang sah.

"Mereka yang terbabit dalam dua-dua pencalonan perlu membuat keputusan. Namun, mereka harus ingat bahawa CWC Interim 2009 adalah satu-satunya parti yang disahkan untuk mengendalikan pemilihan parti," kata Subramaniam

Tiada ulasan: