Rabu, 29 Julai 2015

Biaqpila

Biaqpila


MENARA 2 BUKIT AMAN TERBAKAR

Posted: 29 Jul 2015 05:45 AM PDT





KUALA LUMPUR - Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terbakar petang tadi, bagaimanapun ‎keadaannya masih belum dapat disahkan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, mereka menerima panggilan kecemasan mengatakan bangunan lama menara ibu pejabat polis itu terbakar.

"Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.20 petang tadi dan operasi memadam kebakaran melibatkan ‎Balai Bomba Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa'" katanya.

SH



MAJALAH TIME SARAN OBAMA ELAK BERTEMU NAJIB

Posted: 28 Jul 2015 07:49 PM PDT



Sebuah artikel yang disiarkan oleh majalah Time semalam menyarankan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengelak bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mendahului senarai lima sebab untuk Obama berbuat demikian ialah skandal 1MDB.

Menurutnya, semua berita dari Malaysia adalah negatif dan ia menegaskan bahawa Najib memecat timbalan beliau dan peguam negara semalam, yang didakwanya satu tindakan untuk membersihkan pengkritik.

Laporan yang diterbitkan dalam talian itu semalam berkata, Perdana Menteri Britain, David Cameron berdepan tekanan domestik kerana mahu meneruskan lawatan ke Kuala Lumpur minggu ini walaupun kontroversi itu semakin membesar.

Ulasan itu ditulis oleh editor bersekutu majalah Time, Charlie Campbell, dan ditulis sebagai satu senarai yang menyimpulkan setiap satu daripada lima isu yang sepatutnya menjadi alasan untuk mengelakkan bertemu Najib.

Cameron dijadual tiba di Kuala Lumpur esok, manakala Obama dijangka menghadiri Sidang Kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur pada akhir bulan November.

MK

Tiada ulasan: