Rabu, 29 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Rombak Kabinet: PM gugur Najib?'

Posted: 29 Jul 2015 06:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


Antara jenaka SMS yang sedang diedarkan mengenai rombakan kabinet, menurut wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, ialah perdana menteri akan gugurkan Najib.

Jenaka atau tidak, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.

"Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah  Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara.

"Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" tulis Kadir dalam blognya.

Menurut Kadir (kiri) lagi, sejak Mohd Najib menjadi menteri kewangan
pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5 peratus.

Katanya, selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".

"Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai menteri kewangan," katanya.

Lagipun, tambahnya, PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.


DAP: Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri

Posted: 29 Jul 2015 06:25 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
DAP menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Naib pengerusi DAP Teresa Kok berkata, Najib tidak menunjukkan sikap yang serius untuk melaksana transformasi kerana tidak menukar portfolio para menteri, termasuk Zahid.

Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkany ke luar rumah ADUN DAP tersebut.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini,

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu juga merujuk pada kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan.

Awal tahun ini, Zahid berkata ugutan sebuah NGO yang menawarkan wang untuk menampar Teresa bukan satu jenayah.

Semalam satu portal berita melaporkan, Zahid menasihati Rayer supaya sedar bahawa kenyataan ADUN tersebut – yang menggelar Umno sebagai parti "celaka" – menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

"Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar," kata Zahid seperti dipetik dalam laporan portal berita tersebut.

Kenyataan Zahid itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak, termasuk dari komponen BN sendiri yang menyifatkan beliau sebagai menteri yang gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu.

Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh semalam berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan.


 

Kabinet diberi banyak maklumat 1MDB

Posted: 29 Jul 2015 06:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kenyataan dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya siang tadi.

Menurut Abdul Rahman, fact sheet yang disebut bekas timbalan perdana menteri itu sebenarnya tidak diambil semula, malah ahli kabinet dibenarkan membawa balik salinan berkenaan.

"Buku fact sheet tersebut mengandungi banyak maklumat mengenai isu-isu panas 1MDB," katanya.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata bersama naskhah fact sheet itu juga dilampirkan surat daripada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah, yang meminta mana-mana ahli jemaah menteri yang masih mahukan penjelasan tambahan supaya menulis pertanyaan itu dalam satu format yang disediakan.

Katanya, surat itu kemudian akan dihantar kepada beliau untuk jawapan lanjut.

Terdahulu, Muhyiddin memberitahu media, kabinet sebelum ini menerima butiran fakta mengenai 1MDB namun "tidak memadai".

Data yang diberikan pula, kata Muhyiddin hanya dilihat mereka untuk tempoh antara lima hingga 10 minit. 


Video: Muhyiddin kata PM akui RM2.6 bilion dalam akaun

Posted: 29 Jul 2015 05:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?," kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?


Penyingkiran Muhyiddin - Najib Mengenepikan Kehendak Akar Umbi Umno

Posted: 29 Jul 2015 05:48 AM PDT



Oleh Abu Hassan Adam 


Mungkin DS Najib lupa bahawa TS Muhyiddin berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, lantas membolehkan beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tanpa mandat daripada akar umbi UMNO mungkin TS Muhyiddin Yassin tidak dapat berada di kedudukan sedemikian. Begitu jugalah dengan kedudukan DS Najib sebagai Perdana Menteri adalah juga disebabkan bahawa beliau dipilih oleh ahli UMNO untuk jawatan Presiden UMNO. 

Kini TS Muhyiddin diketepikan oleh DS Najib. Apakah akar umbi UMNO akan berdiam diri dengan tindakan DS Najib sedemikian? Apakah ahli UMNO sudah boleh diperkotak-katikan begitu sahaja sehinggakan ahli UMNO sudah tidak ada maruah lagi untuk mempertahankan tokoh yang dipilih oleh mereka. Ini bukan bermakna bahawa TS Muhyiddin tidak boleh diketepikan tetapi seharusnya 'diketepikan' oleh ahli UMNO sendiri dan bukan oleh DS Najib yang pada dasarnya boleh diketepikan juga sekiranya ahli UMNO merasakan bahawa beliau sudah tidak layak lagi menduduki jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Itulah hakikat sebenarnya jika UMNO mengikuti lunas demokrasi sebenarnya.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan oleh rakyat Malaysia kepada TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal kerana berani mempertahankan prinsip perjuangan dengan menentang apa yang dirasakan tidak kena yang telah dilakukan oleh kepimpinan negara berkait dengan isu IMDB. Sekurang-kurangnya masih ada juga rupanya 'species' UMNO yang masih mahu mempertahankan prinsip perjuangannya kerana mempertahankan negara yang tercinta ini.

Kenyataan TS Muhyiddin Yassin memberikan gambaran sedemikian. Katanya,'Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha'

Seluruh dunia kini memperkatakan tentang IMDB. Negara Malaysia cukup 'terkenal seantero dunia' ( meminjam kata-kata P.Ramlee) kini bukan kerana kejayaannya memerangi rasuah dikalangan pemimpin negara dan bukan juga disebabkan berjaya menghapuskan kegiatan memperdagangkan manusia. Tetapi Malaysia sudah terkenal disebabkan 'kehebatan' pemimpinnya 'mensonglap' wang negara. Seluruh dunia sudah tahu. Selagi tidak dijelaskan dan dikemukakan penafian dengan menunjukkan bukti yang sahih, maka pemimpin Malaysia akan dilabel oleh dunia sebagai sebuah negara yang pemimpinnya mengamalkan rasuah yang bukan kepalang.

Jikalau dulu kita sering memperkatakan tentang bagaimana Presiden Marcos dari Filipina menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya tanpa 'segan silu', dan bagaimana isterinya Imelda 'berpesta' menggunakan wang titik peluh rakyat untuk 'menghias' dirinya dengan intan berlian dan kasut yang berbagai jenama, maka kini perhatian dunia tertumpu ke negara kita Malaysia pula. Seluruh dunia 'mentertawakan' gelagat kita. Seolah-olah kita sudah memecahkan rekod yang dipegang oleh Suharto dari Indonesia dan mungkin juga sudah berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Louis XVI dan isterinya Marie Antionette dari Perancis dalam Kurun ke 18 dulu. Mungkin.

Rakyat Malaysia kini seolah-olah menyerahkan kepada ahli UMNO untuk membuat penentuan tentang nasib pemimpinnya dan seterusnya menentukan jatuh bangunnya negara Malaysia. Samada nasib TS
Muhyiddin ataupun nasib DS Najib adalah berada di tangan ahli UMNO yang memberikan mandat kepada mereka untuk menerajui UMNO yang kononnya memperjuangkan bangsa, agama dan negara. DS Najib tidak harus dengan sewenang-wenangnya mengenepikan TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan DS Shafie Afdal sebagai Naib Presiden UMNO kerana kedua-dua mereka dipilih dengan cara terhormat oleh ahli-ahli UMNO.

Sekiranya DS Najib memerlukan mandat baru untuk dipilih sebagai Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri maka seharusnya beliau mengadakan Persidangan Agung UMNO secara tergempar untuk menentukan kedudukannya yang sah. Dan dengan berbuat demikian barulah rakyat akan melihat kepimpinan UMNO dan kepimpinan negara berada di atas landasan demokrasi yang benar-benar tulin.

Pemecatan TS Muhyiddin dan DS Shafie Afdal bukan merupakan isu kecil, apatah lagi yang diperjuangkan oleh mereka ialah isu yang membabitkan kewangan dan maruah negara. Mereka sedar bahawa pengorbanan yang mereka lakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara dan diatas landasan sedemikianlah mereka mempertaruhkan jawatan yang mereka pegang.

Apakah ahli UMNO akan sanggup membiarkan mereka 'keseorangan' dalam memperjuangkan bangsa dan negara yang merupakan juga perjuangan parti UMNO semenjak zaman berzaman.
Entahlah……..Http://abuhassanadam.blogspot.com/ 

Jika YB larikan kerusi, bermaruahkah Anwar, LKS?

Posted: 29 Jul 2015 05:46 AM PDT



Oleh Subky Latif

JIKA Islam tidak dapat laksanakan peraturannya tidak dapat berbuat apa-apa kepada umatnya yang murtad, maka tidak banyak yang PAS dapat buat jika wakil rakyat meninggalkan parti dan membawa lari kerusinya bersama.
    
Ia hanya boleh berkata kepada yang melompat itu, lompat setinggi mana yang lalu. Tetapi tinggalkan kerusi. Tiada apa yang suami dapat buat terhadap isteri yang ada buah hati lain melainkan menerima hakikat bercerai.

Jika kita seperti setengah negara Arab, isteri seperti itu ditembaknya saja. Kita tidak boleh buat begitu.
   
Kita boleh berfikir, wakil rakyat parti isteri tidak boleh lompat parti, jika politik wakil rakyatnya sudah tidak dapat terima partinya, jika dia bermaruah, jangan larikan kerusi sekali!
   
Jika lari dengan kerusi sekali, tidak usah loyar buruklah dengan menjustifikasi begitu dan begini bagi menghalalkan cara.
   
Jika dikatakan dia tidak perlu meletak jawatan, maka tentangan mereka dulu atas sikap tiga Adun Pakatan Rakyat Perak – dua dari PKR dan satu DAP – mengisytihar diri sebagai Adun Bebas hingga mati tidak bererti lagi.
   
Semuanya dari PAS, DAP dan PKR kutuk perbuatan tiga Adun itu hingga menyebabkan kerajaan Pakatan di Perak terkubur.
   
Seronokkah pimpinan PAS yang melompat itu melihat ada orang-orang yang membantah natijah lompat tiga Adun itu mengadakan tunjuk perasaan terhadap Raja dan gara-garanya ada yang terpenjara?
   
Paling kecewa atas kejadian itu ialah Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang dilucutkannya kerana kejadian yang tidak bermoral itu. Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden, Adun Pakatan bersidang di bawah pokok.
    
Jika wakil rakyat tidak merasa salah melarikan kerusi itu, maka mereka seolah-olah meredhai tindakan terkutuk Adun tiga serangkai Pakatan Perak itu dulu. Bukankah kejadian tidak bermaruah mereka dulu bukan sekadar menyayat hati sekalian ahli dan TG Haji Hadi Awang, bahkan ia lebih menyayat hari DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dan pengikut parti masing-masing.
   
Adun PAS tidak menjadi angkara masa itu. Yang menjadi angkara ialah Adun orang lain.
   
Kita telah menyaksikan hati orang PAS itu telah dikecewakan, maka apakah orang tidak terkesan lagi jika orang dari darah dagingnya sendiri lari dengan membawa  kerusi sekali.
   
Kiranya hingga akhir kerusi atas nama PAS itu tidak dipulangkan, tidak menyebabkan PAS merana seperti orang ditinggalkan kekasih.
   
Tetapi tindakan mereka itu tentu boleh menyusahkan Anwar Ibrahim yang sedang disusahkan oleh politik rakus Umno/BN sekarang. Anwar sudahpun bercakap tentang harapan barunya membuat Pakatan lain dengan keanggotaan PAS digantikan dengan orang PAS yang meninggalkan PAS.
   
Dan Kit Sing tiada pilihan melainkan menerima pemberontak PAS itu tetapi tentulah mereka tidak dilihat bermaruah jika menerima wakil rakyat yang melarikan kerusi bersekongkol dengan pakatan barunya.
   
Mereka sudah kutuk Adun mereka yang khianat dulu, maka mungkinkah bersetuju pula menerima wakil rakyat yang kira-kira perbuatan itu sama dengan Adun mereka dulu. Dulu kita kata Najib tidak bermaruah kerana menerima sokongan Adun luar tidak bermaruah. Jika Anwar dan Kit Siang pula pejam mata saja terhadap Wakil Rakyat yang melarikan kerusi itu, apa hendak dikatakan kalau Najib kata, kamupun serupa aku juga?
   
Apapun Anwar bebas menerima ganti PAS dalam harapan politik barunya, tetapi dia boleh dilihat bermaruah menasihatkan wakil rakyat yang melarikan kerusi iu pulangkan kerusi itu kerana Anwar  sudah kutuk Adunnya yang membuat tahi dulu.


Gabenor Bank Negara, Pegawainya Dan Pasukan Khas Pula Jadi Sasaran

Posted: 29 Jul 2015 05:43 AM PDT


  SELEPAS TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PEGUAM NEGARA DIPECAT, GABENOR BANK NEGARA, PEGAWAINYA DAN PASUKAN PETUGAS KHAS PULA JADI SASARAN          


 Oleh DATO' MAHFUZ HAJI OMAR

1. Sehari selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara, telah sampai ke pengetahuan saya bahawa sasaran seterusnya untuk dimangsakan dan dianiaya ialah mereka yang dikatakan terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas menyiasat Skandal 1MDB dan kes penyaluran wang RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri. Teratas di dalam senarai sasaran tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Shukri Abdul dan beberapa orang lagi Pegawai-Pegawai Kanan Bank Negara dan SPRM.

2. Saya juga mendapat maklumat, pelantikan Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM yang baru yang diumumkan kelmarin adalah juga berkaitan dengan perkembangan terbaru ini. Kesemua Pegawai Bank Negara dan SPRM yang dijadikan sasaran ini dipercayai terlibat secara langsung di dalam proses penyiasatan Pasukan Petugas Khas tersebut.
Dipercayai dapatan hasil penyiasatan yang dijalankan mereka tersebut amat menakutkan pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan berlaku pemecatan ke atas Peguam Negara dan sekarang ini giliran Pegawai-Pegawai Bank Negara dan SPRM pula untuk diganggu, dipaksa, diugut dan ditakut-takutkan terutamanya dengan pendakwaan jenayah seperti di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

3. Tidak semena-mena, dalam tempoh 24 jam ini muncul beberapa blog misteri yang menamakan Pegawai-Pegawai ini sebagai konspirator menjatuhkan Perdana Meteri dan Kerajaan yang dipilih secara demokratik di mana saya percaya ini adalah sebahagian daripada taktik licik untuk mengolah persepsi umum bahawa Pasukan Petugas Khas ini mempunyai niat yang buruk untuk memfitnah dan menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan menggunakan isu 1MDB dan juga penyaluran wang RM2.6 bilion tersebut. Ianya juga jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan Pegawai-Pegawai tersebut daripada menjalankan siasatan secara telus, adil dan objektif.

4. Dalam hal ini, saya memberi amaran kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, PDRM dan Peguam Negara yang baru supaya mengambil tanggungjawab segera untuk menghentikan serta merta segala bentuk serangan, gangguan dan ugutan yang dilakukan pihak-pihak tertentu ke atas mana-mana pihak terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat di dalam penyiasatan kes-kes berkaitan skandal 1MDB.

"Selamatkan Rakyat Dan Malaysia Tercinta!"

(*) DATO' MAHFUZ HAJI OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena

1MDB: Muhyiddin akui tahu lebih berbanding media

Posted: 29 Jul 2015 05:35 AM PDT

 
Beliau mendapat maklumat mengenai 1MDB menerusi bahan yang diberikan kepadanya dan menerusi media.


muhyiddin_1mdb_600


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau hanya tahu lebih sedikit maklumat berbanding pihak media mengenai kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang turut digugurkan sebagai Menteri Pendidikan dalam rombakan Kabinet bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat yang beliau tahu mengenai 1MDB.

"Saya tahu mengenai (1MDB) dari apa yang dikatakan dan bahan yang diberi.

"Dan apa yang saudara (pemberita) tahu tentang 1MDB mungkin saya tahu lebih," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara pada Rabu.

Muhyiddin mengadakan sidang media khas itu selepas digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Aznil Nawawi puji Muhyiddin

Posted: 29 Jul 2015 05:33 AM PDT

 
Sikap tenang dan tidak berdendam telah mengangkat darjat Muhyiddin dari 'Pemimpin yang digugurkan' kepada 'Pemimpin yang dihormati'.


aznil_muhyiddin_com_600


PETALING JAYA : Selebriti Datuk Aznil Nawawi memuji sikap yang ditonjolkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tenang dan tidak berdendam walaupun digugurkan dari Kabinet.

Aznil berkata, sikap positif yang ditunjukan Muhyiddin itu telah mengangkat darjatnya dari 'Pemimpin yang digugurkan' kepada 'Pemimpin yang dihormati'

"Kalau bukan calang-calang pemimpin, dendam amarah pasti dibakar terutama ketika mengetahui sokongannya kuat ketika ini," katanya menerusi laman sosial Instagram.

Aznil yang lebih mesra dipanggil Pak Nil juga memuji sikap Muhyiddin yang masih lagi tebal dengan harga diri.

"Tabik pada TSMY kerana ketika manusia mula lupa peradaban, beliau masih tebal dengan harga diri.
TSMY tidak membakar kelambu hanya kerana marah pada nyamuk sebab kebakaran kelambu boleh marak sehingga membakar rumah.

"TSMY, anda tak kalah bila mengalah. Allah mempunyai rencana yang lebih baik buat TSMY. Insyaallah," ujarnya.

Menerusi laman sosial Instagram itu juga, Aznil menyeru orang ramai mencontohi sikap yang ditampilkan oleh Muhyiddin.

"Ya Allah! Luhurnya hati pemimpin ini. Tak boleh kah sikap begini dijadikan contoh pada saya dan kita semua?" tulisnya.

Aznil membuat pujian itu susulan kenyataan Muhyiddin yang sedia bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam UMNO walaupun telah digugurkan dari Kabinet.

Prosiding PAC siasat 1MDB tidak ditangguh – Dr Tan

Posted: 29 Jul 2015 05:31 AM PDT

 
Dr Tan Seng Giaw akan mengambil alih mempengerusikan prosiding itu bagi menggantikan Nur Jazlan yang dilantik Timbalan Menteri.


tan-seng-giaw_Nur-Jazlan_1mdb_600


PETALING JAYA: Prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang dijangka dihadiri pegawai tertinggi pada Ogos ini tidak akan ditangguh.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau akan mengambil alih mempengerusikan prosiding siasatan itu.

Bercakap kepada sebuah laman portal, Ahli Parlimen Kepong itu berkata, beliau akan memastikan prosiding 1MDB akan dijalankan mengikut jadual sehingga selesai.

Katanya, semua prosiding PAC yang telah dijadualkan tidak akan terjejas kerana jawatan Pengerusi akan diambil alih olehnya.

"Tidak ada sebab mengapa prosiding 1MDB perlu ditangguh.

"Sentimen rakyat yang tidak henti mahu mengetahui perkembangan siasatan 1MDB tidak akan terjejas dengan pelantikan empat anggota PAC dalam rombakan Kabinet," katanya.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Selasa lalu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta tiga lagi ahlinya, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau dilantik menganggotai Kabinet.

Nur Jazlan dalam kenyataannya pada Selasa berkata, semua prosiding PAC yang diatur pada Ogos ini termasuk 1MDB akan ditangguhkan sehingga barisan PAC baru dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

NGO lapor polis agihan meragukan zakat kerajaan Selangor

Posted: 29 Jul 2015 05:27 AM PDT

 
NGO itu ragu dan gusar keabsahan senarai penerima iaitu adakah mereka yang menerima zakat itu merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak.


LZS_selangor_polis_600


PETALING JAYA : Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) membuat laporan polis berhubung laporan media yang mendakwa Kerajaan Selangor mengagihkan dana zakat bernilai RM5 juta di seluruh negara melalui ketua-ketua cabang PKR tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Ahli Jawatankuasa ARAS, Nasiruddin Mohamed berkata, agihan zakat itu menimbulkan keraguan dan kegusaran dari segi keabsahan senarai penerima iaitu adakah mereka yang menerima zakat itu merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak.

"Peranan dan fungsi lembaga zakat negeri dan institusi awam berkenaan diketepikan kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri dilaporkan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pengagihan ini dibuat

"Kemungkinan, demi mencapai matlamat politik sesetengah individu dan kepentingan kepartian sempit, wujud elemen salah guna dan penyelewengan dana awam serta salah laku lain, bertentangan dengan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti," katanya ketika dihubungi FMT.

Laporan polis dibuat di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Rabu.

Ahli PKR itu berkata, pihaknya khuatir pengagihan zakat tanpa melalui pihak berwajib melanggar prosedur dan tatacara pengagihan yang ditetapkan mengikut hukum syarak.

"Mewakili rakyat Selangor yang menolak kebobrokan dan kejelekan seumpama ini daripada terus meracuni pentadbiran negeri, saya mohon agar Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berwajib yang lain segera menjalankan siasatan menyeluruh tanpa rasa takut atau pilih kasih," ujarnya.

FMT pada 23 Julai lalu melaporkan Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata cara kerajaan Selangor agih zakat RM5 juta meragukan kerana tidak melalui LZS.

LZS juga mengesahkan pihaknya tidak dimaklumkan tetapi meminta kerajaan negeri atau anak syarikat yang terbabit supaya menghantar laporan penuh.

Agihan zakat sebanyak RM5 juta oleh kerajaan Selangor itu diketahui umum selepas majlis penyerahkan bantuan zakat itu diadakan Pahang.

Rombakan kabinet untuk selamatkan diri Najib - PAS

Posted: 29 Jul 2015 04:43 AM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melakukan rombakan kabinet hari ini sebagai langkah untuk menyelamatkan diri dan bukan untuk menyelamatkan negara susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyusunan semula kabinet yang menyaksikan beberapa menteri digugurkan tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya lebih membangkitkan kemarahan rakyat.   
 
"Suara-suara menentang mungkin boleh disenyapkan di dalam kabinet, namun ia tetap menjadi persoalan utama yang akhirnya akan mencetuskan kebangkitan rakyat. 
 
"Ditambah pula dengan isu-isu lain seperti skandal pembelian hartanah MARA, Tabung Haji, Felda Global Venture (FGV), kenaikan kos sara hidup, kenaikan tol dan sebagainya. 
 
"Rakyat sebenarnya boleh menjatuhkan hukuman 'total' kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau juga menyifatkan pengguguran beberapa menteri daripada barisan kabinet, khususnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah disebabkan kelantangan mereka membangkitkan persoalan berlegar di kalangan rakyat berhubung ketelusan pengurusan kewangan membabitkan wang pembayar cukai.
 
Najib hari ini mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut digugurkan daripada senarai.
 
Selain Muhyiddin, empat orang menteri lain juga menerima nasib yang sama.
 
Mereka adalah Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Sains, Teknologi dan Inovasi).
 
Najib berkata, rombakan itu dilakukan bagi memperkukuhkan barisan jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Rombakan tersebut menyaksikan seramai tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baharu dilantik menyertai kabinet. 


Utusan gelapkan berita ucapan Muhyiddin

Posted: 29 Jul 2015 04:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didapati tidak menyiarkan berita berhubung ucapan timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung krisis yang dihadapi parti itu ekoran skandal 1MDB.

Bahkan, Utusan tidak melaporkan langsung mengenai mesyuarat agung Umno bahagian Cheras, yang dihadiri Muhyiddin semalam.

Akhbar itu sebaliknya hanya memaparkan laporan yang mempertahankan tindakan menggantung permit penerbitan The Edge, dan juga seruan agar ahli parti bersatu.

Satu lagi akhbar kawalan Umno, Berita Harian, hanya melaporkan mengenai sokongan Muhyiddin agar laporan awal mengenai 1MDB didedahkan kepada umum.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai amaran Muhyyuddin bahawa parti itu mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang akibat skandal 1MDB.

Berita Harian juga tidak menyebut mengenai pendedahan Muhyiddin mengenai nasihatnya agar Najib meletak jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Satu lagi akhbar kawalan Umno, New Straits Times juga menenggelamkan isu ucapan Muhyiddin.

Laporan enam perenggan NST hanya menyebut bahawa Muhyiddin menggesa anggota parti agar berdepan dengan realiti jika tidak ingin tewas dalam pilihan raya umum akan datang.


Azmin: Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh'

Posted: 29 Jul 2015 04:19 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.
Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.

Azmin Ali."Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?

"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.

"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara," kata Azmin.

Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.

"Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar," katanya.
NONENaib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular," katanya.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka," katanya.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.


MP gesa AG dakwa Najib jika bukti ditemui

Posted: 29 Jul 2015 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peguam Negara (AG) tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap perdana menteri jika dokumen berkaitan dengan penyiasatan terhadap 1MDB terbukti benar, kata seorang ahli Parlimen DAP.


MP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (gambar) berkata, pengesahan oleh AG Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa beliau telah menerima dokumen dari pasukan petugas khas berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun bank peribadi perdana menteri, tidak boleh dipandang ringan.

"Yang paling penting di peringkat ini, adalah perlunya siasatan penuh dan telus... siasatan itu tidak patut ada campurtangan tetapi pada masa yang sama, kerana keseriusan dakwaan tersebut dan hakikat bahawa ia melibatkan perdana menteri secara langsung, maka orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui sama ada ianya berasas atau tidak.

"Sekiranya ia didapati  benar, maka peguam negara tidak harus teragak-agak untuk mendakwa perdana menteri kerana pelbagai kesalahan termasuk, tetapi tidak terhad kepada pecah amanah (CBT) dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
 
 

Kabinet tak sebulat suara isu 1MDB?

Posted: 29 Jul 2015 04:15 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS membangkitkan sama ada kabinet tidak sebulat suara dalam isu 1MDB yang dihimpun asakan bertali arus laman pembocor maklumat Sarawak Report dan pembangkang.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan keperluan pengauditan telus, bebas dan menyeluruh menunjukkan kabinet tidak sebulat suara dalam isu itu.

"Perkara ini menjadi semakin serius setelah timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengeluarkan kenyataan seolah-olah menampar Perdana Menteri buat kali pertama mengenai isu 1MDB.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong tindakan berani Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Muhyiddin pada 6 Mac berkata, pengauditan telus, bebas dan menyeluruh terhadap akaun 1MDB penting untuk membersihkan nama syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Katanya, audit forensik hendaklah dilaksana untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga, seterusnya memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur, lapor Bernama.

Audit itu perlu dibuat, katanya, ekoran tuduhan penyelewengan, termasuk usahasama dengan PetroSaudi, dibuat berhubung urusniaga pada 2009, yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit firma Deloitte.

Dalam kenyataannya hari ini, Husam berkata Muhyiddin melangkah setapak ke hadapan dengan meminta audit lebih meluas dilakukan.

"Perkara ini jelas telah membuka ruang untuk membuka 'pekung'. Apabila dibongkarkan, ini merupakan satu tekanan yang kuat yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin ke atas bosnya sendiri," katanya.

Beliau juga membangkit tindakan Muhyiddin mengeluarkan kenyataan berasingan dalam isu itu.

Perdana menteri sebelum ini mengarahkan Ketua Audit Negara untuk meneliti secara bebas akaun 1MDB.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Rabu lalu, laporan itu kemudian akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen. 
 
 
 

FB PM dibanjiri mesej 'letak jawatan'

Posted: 29 Jul 2015 04:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama: #najibletakjawatan.

Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan. Post ini juga mendapat 16,926 'likes'.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak".












































Amaran timbalan pengerusi tetap Umno pada Najib

Posted: 29 Jul 2015 04:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz memberi amaran bahawa rombakan kabinet, termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, boleh memusnahkan parti.

"Ini tidak baik sama sekali untuk Umno yang mana tindakannya pada depan  akan memusnahkan parti.

"Jika ia berlaku kita tahu siapa yang harus dipersalahkan," beliau dipetik sebagai berkata oleh TheStar.

Mohamad juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengingatkan Najib bahawa kedudukannya, seperti Muhyiddin, dikecapi hasil sokongan akar umbi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno semalam digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, tindakan yang dilihat penganalisis susulan kenyataan kritikalnya dalam isu 1MDB.

Menyentuh tentang syarikat pelaburan negara itu, Mohamad mempertikaikan apa salahnya seorang timbalan perdana menteri bercakap tentang "isu yang membimbangkan rakyat".

"Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno," beliau dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu. 


Demo BERSIH 4 di 3 kota, 30 jam

Posted: 29 Jul 2015 04:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


BERSIH 2.0 hari ini mengumumkan himpunan keempat yang akan diadakan pada 29 Ogos hingga 30 Ogos secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Himpunan ini akan bermula pada pukul 2 petang hari 29 Ogos dan berlanjut sehingga melepasi tengah malam 30 Ogos, sepanjang 34 jam.

Ini merupakan himpunan bermalam yang julung kali diadakan oleh BERSIH.

BERSIH mengajak orang ramai turun ke himpunan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menghentikan segala amalan rasuah dalam kerajaan.

Antara empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini ialah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata himpunan itu diharapkan dapat menarik perhatian orang ramai selain memastikan peserta himpunan benar-benar faham tujuan ia diadakan.

"Masa itu akan ada aktiviti budaya dan bengkel kesedaran.

"Kalau bermalam, kami dapat menarik perhatian orang ramai. Kali ini kita harap semua peserta benar-benar faham tujuan himpunan BERSIH.

"Kita mahu pembaharuan, kita ingin negara ini menjadi lebih baik tidak kira siapa mengetuai kerajaan," katanya.

10 tuntutan pembaharuan sistem

Mengenai bilangan peserta yang diharapkan, Maria Chin berharap setiap rakyat dapat turun bersama-sama dalam himpunan kali ini.

Katanya, BERSIH turut akan memberi notis kepada polis seperti proses biasa.

Maria Chin berkata sudah sampai masa rakyat Malaysia turun ke himpunan untuk mengasak Najib meletak jawatan dan menghentikan segala rasuah yang berlaku sejak zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Selain empat tuntutan utama, BERSIH turut mempunyai 10 tuntutan untuk pembaharuan pelbagai sistem kerajaan.

Ini termasuklah pembaharuan pilihan raya, suruhanjaya pemilihan perlu bertanggungjawab kepada Parlimen, perdana menteri dilarang bertindak sebagai menteri kewangan, mengadakan pembaharuan Parlimen, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, BERSIH juga menuntut peguam negara tidak boleh memainkan peranan pendakwaan,  kebebasan maklumat, pengisytiharan harta menteri dan penjawat awam, pemansuhan akta zalim dan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis. 


Zam: Zahid cuma TPM sementara?

Posted: 29 Jul 2015 04:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang bekas anggota kabinet hari ini membangkitkan sama ada pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Munyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara.

Tan Sri Zainuddin Maidin, menteri penerangan antara 2006 hingga 2008, berteori, pelantikan Zahid akan memastikan laluan mudah buat Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tempat sebagai perdana menteri atau timbalan perdana menteri pada masa sesuai.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu juga mengingatkan bahawa Hishamuddin seorang sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah  pelantikan Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu," katanya.

Menegaskan tiada perancangan dan janji yang kekal dalam politik, Zainuddin mengingatkan bahawa kedudukan itu akan ditentukan dalam pemilihan Umno selepas pilihan raya umum akan datang.

Itu pun, sindirnya, sekiranya BN atau Umno masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.

Sementara itu, Zainuddin juga mempertikaikan pengumuman tergesa-gesa kabinet baru semalam yang menurutnya mengendalakan keperluan menyediakan laporan 1MDB telah menghampakan rakyat dan hanya mengutamakan kelangsungan Najib.

"Jika Najib mengambil berat terhadap  kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman kabinet barunya yang memerlukannya mengambil tiga orang yang sedang menjalankan menyiapkan laporan hasil siasatan  itu

"Demikianlah juga penyingkiran peguam negara (Tan Sri) Gani Patail yang terlibat dalam tugas yang sama," kata Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Zainuddin berkata orang ramai kini nampak keperluan membuat rombakan itu susulan "bahaya yang  datang dari kenyataan  Muhyiddin" yang mengenai 1MDB dalam majlis Umno Cheras baru-baru ini. 



Cepat selesai isu semasa, gesa Pak Lah

Posted: 29 Jul 2015 04:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan harapan barisan kabinet baharu dapat bertindak cepat dalam menyelesaikan isu-isu semasa.

Beliau berkata rakyat menanti perubahan dan kebaikan yang akan dilaksanakan barisan kabinet baharu itu.

"Kalau tunggu-tunggu akan membawa lebih banyak kesusahan. Tindakan cepat itu yang mesti dibuat segera, untuk membawa apa jua kebaikan sebagai kesan daripada rombakan," katanya ketika diminta mengulas harapan beliau terhadap barisan kabinet baharu.

Dalam masa sama, Abdullah berharap barisan kabinet baharu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, diberi peluang untuk melaksanakan apa yang dirancang.

"Bukan satu perkara yang senang tapi saya harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh supaya apa yang mereka rancang akan membawa kejayaan," katanya kepada media selepas perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam 2015 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, Rabu.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, Najib menamakan Ahmad Zahid sebagai timbalannya bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dalam barisan kabinetnya.

Rombakan kabinet itu melibatkan pelantikan tujuh menteri baharu, lima menteri digugurkan dan beberapa pertukaran portfolio.

Diminta mengulas pengaturan masa rombakan tersebut yang dilakukan ketika siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedang berjalan, Abdullah berkata andaian tersebut tidak boleh dibuat sebegitu mudah.

"Beri mereka (barisan Kabinet) peluang untuk menyelesaikan. Kalau tak boleh juga...itu susahlah tu," katanya.

Mengulas pengguguran Muhyiddin daripada barisan kabinet, Abdullah berkata: "Itu adalah keputusan yang tentu sekali PM sendiri ambil tindakan. Tentu ada tindakan yang perlu dilaksanakan beliau sendiri."

Dalam masa sama, Abdullah berkata Ahmad Zahid perlu diberi peluang untuk menggalas tanggungjawabnya.

Ditanya mengenai penamatan perkhidmatan tugas Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai, Abdullah berkata: "Itu mengejutkan jugalah apa yang berlaku."

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan semalam mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan. - Bernama 


 

Mesyuarat MT, perjumpaan Umno dibatalkan

Posted: 29 Jul 2015 03:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno - yang pertama sejak pengguguran beberapa menteri semalam - yang dijadual diadakan pada Jumaat ini, dibatalkan.

Pembatalan itu dimaklumkan melalui sepucuk surat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor petang ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual akan diadakan pada 31 Julai (Jumaat ini) telah dibatalkan.

"Saya memohon maaf di atas kesulitan yang timbul, sekian terima kasih," kata Tengku Adnan dalam surat berkenaan.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada Jumaat dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan akan menghadirinya.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Sementara itu dalam surat berasingan, Tengku Adnan turut mengumumkan majlis taklimat tertutup yang sepatutnya diadakan bagi membincangkan isu semasa serta sambutan hari raya - juga Jumaat ini - turut dibatalkan.

Najib turut dijadual menghadiri majlis berkenaan.

Taklimat tertutup dan perjumpaan sempena Aidilfitri itu menghimpunkan ketua bahagian serta jawatankuasanya, selain kepimpinan wanita, pemuda dan puteri parti itu.

"Ibu pejabat Umno memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul," kata Tengku Adnan dipetik dalam surat berkenaan.

Ketua Bahagian Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa beliau dimaklumkan mengenai pembatalan perjumpaan tersebut melalui aplikasi Telegram.

Malaysiakini telah menghubungi Tengku Adnan berhubung alasan di sebalik pembatalan mesyuarat dan sedang menunggu maklum balas. 


 

Umno Johor tidak halang jemput Muhyiddin

Posted: 29 Jul 2015 03:50 AM PDT

Khaled Nordin
Khaled Nordin
 
 
JOHOR BAHRU - Umno Johor menyeru seluruh ahli parti itu agar terus menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti walaupun beliau telah digugurkan dari barisan Kabinet.
 
Pengerusinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya terdapat mana-mana bahagian mengundang Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat di peringkat bahagian masing-masing.
 
"Diharap semua pihak terus menghormatinya dan saya tiada halangan bagi mana-mana bahagian di Johor yang telah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat Umno di bahagian masing-masing.
 
"Saya juga berharap rakyat dan ahli-ahli Umno khususnya dari negeri ini dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan kekuatan. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk menemui kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, Umno Johor menyokong rombakan barisan Kabinet dan ketetapan ke atas Muhyiddin sekiranya tindakan itu dapat memberi kekuatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah khususnya berkaitan 1MDB.
 
"Ketika lawatan Perdana Menteri ke Johor pada 15 Mei lalu, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa beliau perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah khususnya berkaitan 1MDB.
 
"Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan barisan kabinet dan terpaksa menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kita sedar ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri," katanya.
 
Beliau turut berharap agar barisan kabinet yang baru dibentuk mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara seiring dengan keyakinan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya mengikut kesesuaian masa.
 
 

Muhyiddin: Sebagai Islam, saya tak boleh bohong

Posted: 29 Jul 2015 03:47 AM PDT

Muhyiddin
Sidang media bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman di rumah kediamannya hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM oleh Sinar Harian
 
 
KUALA LUMPUR -  Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan tidak pernah menyesal mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan jawatan nombor dua dalam negara.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang menggalas tanggungjawab dan amanah, beliau tidak boleh pecah amanah.

"Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan waktu itu saya menjadi ahli jemaah menteri, saya percaya sebagai Timbalan Perdana Menteri waktu itu dan masih Timbalan Presiden Umno, saya mempunyai tanggungjawab... amanah yang harus saya pikul dengan sebaik-baiknya.

"Jika saya tidak memikul tanggungjawab itu, bermakna saya pecah amanah, tidak bertanggungjawab untuk membantu parti, rakyat dan negara, maka saya akan gagal melaksanakan tugas saya," katanya pada sidang media, di kediamannya, hari ini.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau menerima takdir itu dengan hati terbuka dan mengakui tidak pernah menyesal bertindak menegakkan kebenaran.

"Sebab itu apabila saya digugurkan, saya terimalah ini mungkin sudah ditakdirkan. Sebagai seorang Islam, kita tak boleh menolak semua ini. Saya terima dengan hati terbuka.

"Saya tidak pernah menyesal tentang apa yang telah berlaku terhadap diri saya hanya kerana saya menyatakan apa yang saya fikir adalah hak, apa yang saya fikir adalah benar," katanya.

Katanya, sebagai orang Islam, beliau tidak boleh berbohong bagi menutup kesalahan.

"Kerana sebagai seorang (ahli) politik yang lama berjuang, landasan perjuangan saya ialah apa yang dianggap oleh agama saya adalah sesuatu yang betul.

"Sebagai seorang Islam, saya tidak boleh berbohong. Sebab itu apabila ada sesuatu perkara yang saya fikir perlu saya berikan pandangan walaupun mungkin agak pedas didengar oleh pihak-pihak tertentu, itu harus saya laksanakan.

"Sebab itu bagi saya, apa yang saya telah lakukan itu perlu dibuat dan saya akan lakukan jika saya perlu memberikan penjelasan pada masa akan datang," katanya.

Muhyiddin semalam digugurkan dari senarai rombakan Kabinet dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Tiada rombakan Exco di Selangor, kata Azmin

Posted: 29 Jul 2015 03:44 AM PDT

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan meskipun pentadbiran negeri berdepan krisis, namun rombakan Exco tidak akan berlaku.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengekalkan komposisi barisan Exco yang terdiri daripada  empat PKR, tiga Pas dan tiga DAP seperti sedia ada.

"Tidak ada... tidak ada kemungkinan barisan Exco dirombak. Komposisi itu akan kekal, tiada perubahan," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Invest Selangor 2015, di sini, hari ini.

Terdahulu hanya 13 daripada 15 Adun Pas menyatakan pendirian untuk kekal bersama Pas dan menyokong penuh kerajaan negeri manakala dua lagi Adun memutuskan menyertai Harapan Baru.

Sementara itu, mengulas khabar angin kononnya Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang bercadang mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebagai alternatif kepada Pas, Azmin enggan melayan spekulasi berkenaan.

"Saya ada baca berita itu tetapi bukan posisi saya untuk komen perkara berkenaan, adalah lebih baik dapatkan pengesahan daripada kepimpinan Harapan Baru  sendiri.

"Jangan buat spekulasi kerana saya tidak tahu perkara itu benar atau tidak. Perlu dapatkan pengesahan daripada Harapan Baru," katanya.

Azmin tidak menolak kemungkinan pada masa depan parti muafakat dalam PR akan bertambah daripada tiga parti sahaja kepada lima atau enam gerakan di dalamnya.

"Pendirian PKR jelas mana-mana pihak yang bersedia untuk mendukung agenda reformasi, kita boleh bersama-sama dalam satu muafakat yang sebelum ini bermula dengan Barisan Alternatif, selepas pilihan raya 2008 ada PR kerana perkara ini akan terus berkembang.

"Sekarang ini kita ada tiga parti, mungkin lepas ini kita ada lima atau enam asalkan mereka komited terhadap reformasi," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan parti Kita diterima masuk dalam PR, Azmin berkata, beliau tidak pasti kerana belum jelas mengenai polisi baharu parti berkenaan.

"Saya tidak pasti kerana ia bergantung... kita perlu tahu polisi baru parti baharu itu. Adakah mereka sedia bekerjasama dan terima polisi sedia ada PR? Perkara ini perlu dibincang," katanya.

Beliau turut menolak laporan yang memaklumkan Pas sedia memutuskan hubungan dengan PKR sekiranya sekutunya itu memilih untuk menyertai gabungan pembangkang baharu bersama DAP dan Harapan Baru.

"Kita (PKR) tidak dimaklumkan oleh Pas berhubung keputusan ini. Itu hanya laporan akhbar pro Umno berkenaan.

"Ya walaupun itu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din tetapi ia dilaporkan akhbar itu. Jadi usah percaya," katanya.


Tiada ulasan: