Tukar Tiub |
- MEMBAYAR ZAKAT
- BERITA BURUK YANG BAIK
- APA DIA 30 JUN
- WAKIL TUHAN BERSABDA
- AURAT BUAT TOK SHEIKH STIM
- MARA TIPU MELAYU
- SELAMAT BERBUKA
- ANJING DAN ULAMAK
- PEMIMPIN ISLAM DI HINA LAGI
- BURSA SAHAM KUALA LUMPUR
- SATU LAGI BERITA GUMBIRA
- APA ADA PADA 30 JUN
- SOTONG TETAP BERENANG
- YA AMPOOON YAN MAULANA
Posted: 29 Jun 2015 07:22 PM PDT FACE BOOK Setelah usai acara penyampaian sumbangan wang zakat yg cecah RM23,400 melibatkan 117 asnaf, kini NGO Ikatan Kompas Prihatin (Kompas) merayu orang ramai, kenalan dan dermawan menginfaqkan RM20 seorang menaja sekampit beras untuk diagih2kan kpd fakir miskin sekitar Parlimen Batu. Info lanjut lihat poster. Amacam? ---------------- |
Posted: 29 Jun 2015 07:12 PM PDT BERiTA TAKUT Ringgit menjunam paras terendah dalam 10 tahunRinggit jatuh ke paras terendah bagi tempoh 10 tahun hari ini dalam dagangan berhati-hati susulan kebimbangan isu hutang Greece, kata peniaga. Pada 5 petang, nota tempatan itu diniagakan pada 3.7825/7855 berbanding dolar AS, daripada 3.7660/7690 pada Jumaat. Kebimbangan akan kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan. KAH KAH KAH gwa sudah cakap jaga jaga waspada NAK PERANG ---------- |
Posted: 29 Jun 2015 12:14 PM PDT APA DiA 30 JUN pada mesyuarat majlis tertinggi united malays national organisation bulan lalu najib razak telah mendapat tekanan hebat dari ahli majlis isu 1MDB menjadi hangat najib di laporkan mahu dulak dalik mahu mengelak dari menjawab soalan soalan tentang 1MDB akhirnya ahli majlis bersetuju najib wajib bentangkan kepada ahli majlis tertinggi semua pertanyaan ahli majlis tentang 1MDB tarikh akhir ialah 30 jun 30 jun telah sampai nampaknya najib telah gagal menjawab NOTA kita tunggu dalam saminggu dua pasti ada sesuatu akan berlaku TUNGGU & NANTI ------------ |
Posted: 29 Jun 2015 07:00 AM PDT MAMAT ONLINE Kurang pahala fitnah 1MDB di bulan Ramadan, kata menteriMasyarakat Islam dinasihatkan supaya tidak menjadi "keyboard warrior" dengan menyebarkan fakta tidak benar di laman sosial kerana melakukan fitnah di hujung jari juga dianggap berdosa terutamanya di bulan Ramadan, kata Jamil Khir Baharom.Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merujuk kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila pengguna laman sosial kebelakangan yang ghairah "menyebarkan cerita dan maklumat yang tidak sahih" mengenai syarikat dibebani hutang RM42 bilion itu. KAH KAH KAH woit susah susah sangat cerita hal dosa cerita hal pahala cerita hal bulan puasa baik cari ayat yang membuktikan najib suci bersih dari fulus mulus kah kah kah masukan juga ayat yang mengatakan wal najibun en kun tum ni aaa ka wa tak kenal wal tun tuya HAM DULIL LAH ----------------- |
Posted: 29 Jun 2015 06:30 AM PDT HUDUD Hudud tu bagus tapi cubalah fikir pasal rakyat dulu. Mangsa banjir di Kelantan dah dapat rumah semua? Macamana dengan kod sara hidup yang tinggi sekarang? on ANJING DAN ULAMAKAnonymous at 4:57 PM ISLAM AURAT Keynote Islam di Tanah Melayu ini hanya berlingkaran pada: Aurat, Khalwat, Anjing, Babi, Tarawikh 20 rakaat, Pahala Bergunung Ganang, Air Doa, Tangkap Jin, Tangkap Sotong, Jatuh Kapir, Potong Tangan, Anak Luar Nikah, Rogol Bini, Serban, Jubah, Sawan Kalau Tengok Pangkah, Jenama diri dgn gelaran (Cooontoh: Datok Doktor Ustaz Haji Lebai Fadilah Kamis) dan Membezakan bulan-bulan tertentu. Orang Asli pun tak larat dengan perkara yang disebut diatas sebab tu orang Asli lebih suka masuk Kristian sebab tonyok, monyet dan tupai masih boleh dimakan didalam hutan belantara. on ANJING DAN ULAMAK panglimo potaseh at 4:55 PM ----------- |
Posted: 29 Jun 2015 06:00 AM PDT STRUKTUR SYARIKAT MARA INC MEMUDAHKAN PENYELEWENGAN, TAN SRI ANUAR MUSA MELAWAT HARTANAH National Oversight & Whistleblowers (NOW) merujuk kepada kenyataan-kenyataan Anuar Musa kebelakangan ini mengenai skandal pembelian hartanah oleh MARA Inc; seperti berikut: 1. Beliau memberi gambaran seolah-olah beliau tidak tahu menahu mengenai kontroversi pembelian itu sehinggalah isu itu ditimbulkan 2. Beliau memberi gambaran bahawa berdasarkan maklumat yang ada pada MARA, pembelian itu adalah baik dan tidak ada apa-apa yang menimbulkan syak wasangka mengenai urusniaga tersebut Minggu lalu, saya (Rafizi Ramli) berada di Australia untuk beberapa urusan dan sempat membuat siasatan ringkas mengenai pembelian hartanah-hartanah tersebut. Saya berjaya mendapatkan satu dokumen dalaman MARA yang digunakan di dalam satu taklimat kepada Tan Sri Anuar Musa dan delegasi MARA mengenai pembelian hartanah ini. Taklimat itu diberikan pada 20 Mei 2014 di Melbourne dan selain dari Anuar Musa sendiri, delegasi MARA itu turut disertai oleh ' Lan Allani iaitu individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini. Lawatan delegasi MARA ini untuk melawat hartanah yang baru dibeli di Melbourne dilaporkan oleh Kementerian Luar Negara di lamannyahttp://www.kln.gov.my/web/aus_ Dokumen dalaman yang berbentuk taklimat kepada Anuar Musa dan delegasi MARA itu memberi beberapa maklumat penting mengenai keseluruhan pelaburan hartanah MARA Inc di Melbourne. Salah satunya ialah struktur pegangan syarikat-syarikat milik penuh MARA Inc yang akhirnya memiliki 4 hartanah yang dibeli iaitu: 1. 746 Swanston Street 2. Dudley International House 3. 333 Exhibition Street 4. 51 Queen Street Saya sertakan 2 mukarusat dari dokumen itu yang menunjukkan struktur pegangan syarikat-syarikat milik penuh MARA Inc. Daripada dokumen tersebut, dapat disahkan bahawa: i. Bagi 2 hartanah (746 Swanston Street dan Dudley International House), MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai (offshore company) yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) untuk memiliki 2 hartanah ini. Syarikat BVI bermakna segala maklumat kewangan dan operasi syarikat ini dilindungi sepenuhnya oleh kerahsiaan dan tidak termasuk di dalam carian umum ii. Bagi 2 lagi hartanah (333 Exhibition Street dan 51 Queen Street), MARA Inc menggunakan 3 lapisan syarikat di negara yang berbeza untuk memiliki hartanah ini. Bagi 333 Exhibition Street, hartanah ini dipegang melalui Powerwell Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), yang seterusnya memiliki Carlton Garden Pte Ltd (didaftarkan di Singapura), yang seterusnya memiliki Peters Equity Pty Ltd (didaftarkan di Australia) yang akhirnya memiliki hartanah itu. Bagi 51 Queen Street, hartanah ini dipegang melalui Vortex Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), yang seterusnya memiliki Marinn Property Pte Ltd (didaftarkan di Singapura), yang seterusnya memiliki Queville Pty Ltd (didaftarkan di Australia) yang akhirnya memiliki hartanah itu. Daripada maklumat-maklumat ini, jelas bahawa pembelian hartanah ini distrukturkan untuk menyembunyikannya dari pengetahuan awam dengan menggunakan syarikat pesisir luar pantai di BVI atau menggunakan beberapa lapisan syarikat yang didaftarkan di negara yang berbeza untuk memisahkan hartanah itu dari MARA Inc. Tindakan menggunakan syarikat-syarikat yang berbeza-beza ini bukan sahaja sepatutnya menimbulkan syak wasangka, ia juga menelan belanja pengurusan dan pentabdiran yang merugikan MARA. Oleh kerana Anuar Musa telah melawat sendiri hartanah-hartanah ini dengan diiringi oleh Lan Allani dan diberikan maklumat ini sejak tahun 2014 lagi, NOW mengajukan soalan-soalan berikut kepada beliau: i. Bukankah sepatutnya Anuar Musa sudah sedia maklum bahawa pembelian hartanah ini bermasalah melihatkan kepada struktur pegangan yang digunakan MARA Inc? ii. Kenapa beliau tidak mengarahkan siasatan yang lebih awal sejak tahun 2014 lagi dan bukannya selepas perkara ini didedahkan oleh akhbar Australia? iii. Kenapa syarikat-syarikat di BVI, Labuan dan Singapura digunakan untuk membeli hartanah-hartanah ini sedangkan pemilik sebenarnya ialah MARA Inc? Daripada dokumen yang diperolehi, NOW akan mendedahkan beberapa perkara lagi minggu ini yang menunjukkan bagaimana pelaburan hartanah ini tidak memenuhi syarat pulangan kepada MARA dan sepatutnya telah dihentikan oleh Anuar Musa sebaik sahaja beliau menjadi Pengerusi MARA. RAFIZI RAMLI AKMAL NASIR Pengarah Eksekutif NOW 29 Jun 2015 ------------ |
Posted: 29 Jun 2015 04:15 AM PDT HARI ke 12 petang kelmarin gwa telah gerak ke utara rancangan cari petai di bidor kerana gagal hari sabtu ke sekinchan maka gwa gerak awal belum pukul empat dah gerak lebuh raya kosong petang ahad tapi kami tak terus ke bidor masuk ke simpang sungkai kawasan perkampongan yang kampong aman tak banyak kereta ditepi jalan banyak jualan bukan kuih berbuka tapi petai durian dan ubi keledek apa yang gwa mimpikan terjadi gwa beli saikat petai sebuah durian semangkok jering petai cukup lumayan gwa beli banyak ini untuk simpan gwa wajib ada simpanan petai bukan gawa jerok tapi gwa simpan dalam minyak zaiton satengah melayu satengah mat saleh tiap hari bila gwa makan gwa wajib ada petai SUNGKAi pasar ramadan pekan kecil ini amat amat menarik tidak mengada-ngada besar sadikit dari bazar bangsar utama gwa cari yang spesial - tak jumpa gwa beli rebung dengan daun manis ikan patin tempoyak ini yang dilihat agak spesial dan murtabak durian yang lain biasa biasa saje BiDOR dulu gwa selalu dapat petai dari bidor gwa rasa sungkai lagi best harga berpatutan gwa pergi juga masuk bidor saje nak tengok petai disana memang banyak tapi gwa tak usik nak ucap bai bai pada petai di bidor SLiM RIVER kami pulang ke slim river jalan lama melintasi kampong yang pada satu ketika dulu masa gwa sekolah di utara sering melintasi daerah ini waktu masih banyak lalu mencari port untuk berlabuh jumpa kedai tepi tasik tapi kelihatan kosong mungkin kami masih awal ditepi tasik pun kosong tak ada orang mungkin yang memancing dah pulang mungkin bulan puasa tak ada yang berendut maka kamilah di tepi tasik menunggu berbuka puasa SELAMAT BERBUKA ------------ |
Posted: 29 Jun 2015 01:30 AM PDT
Presiden Pas menjelaskan beliau menggunakan perkataan salak ini sebab kerana mereka yang menentang hudud melawan hukum Tuhan More ›› PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidengnya Abdul Hadi Awang. |
Posted: 29 Jun 2015 12:30 AM PDT PEMiMPiN MELAYU iSLAM DiHINA LAGi Nilai hartanah Melbourne melambung, terdapat rasuah, dokumen bukti, kata The Age Beberapa penilai hartanah bagi pangsapuri Dudley International House di Melbourne membuat perakuan bersumpah berhubung peningkatan nilai hartanah berkenaan sekali gus menepis dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), mereka membayar lebih rendah daripada harga pasaran, kata The Age. Wartawan dan pengarang serantau akhbar Australia itu memberitahu The Malaysian Insider, berdasarkan bukti yang mereka perolehi dalam mendedahkan transaksi membuktikan "terdapat keraguan yang munasabah" ke atas kenaikan harga dan amalan rasuah melibatkan pegawai Malaysia. "Dakwaan nilai hartanah tidak melambung adalah palsu. Penilai mengakui dalam perakuan bersumpah di mahkamah harganya meningkat daripada AS$17.8 juta kepada AS$22.5 juta," wartawan Nick McKenzie memberitahu The Malaysian Insider dalam emel yang dihantarnya semalam. McKenzie berkata, akhbar itu juga mempunyai "invois palsu" bagi membuktikan sememangnya terdapat amalan rasuah. "Kertas kerja ini semua juga boleh diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia. Ia sudah berada di tangan polis persekutuan Australia," katanya. Pembongkaran itu susulan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak bukti mengenai perjanjian berkenaan pada satu sidang media pagi ini. The Age sebelum ini melaporkan, hartanah itu dibeli anak syarikat Mara, Mara Inc dengan harga RM63.5 juta, walaupun ia bernilai RM51 juta ketika pembelian dilakukan. Bakinya, kata akhbar itu, adalah sogokan kepada beberapa pegawai kanan Mara yang sudah dibawa pulang ke tanah air. Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa dalam satu temu bual baru-baru ini berkata, nilai hartanah itu sebenarnya bernilai RM71 juta ketika pembelian dilakukan. Pada sidang media pertamanya selepas kontroversi pembelian hartanah di Melbourne yang didedahkan akhbar harian Australia itu, Annuar berkata pembelian berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. Najib kemudiannya berkata, pembelian itu diluluskan secara konsensus Majlis Ekonomi yang dipengerusikannya sendiri. Dalam satu temu bual lain bersama RTM beberapa hari kemudian, Annuar berkata Mara tidak kehilangan apa-apa wang selepas pembelian hartanah itu kerana nilai pasarannya jauh lebih tinggi berbanding harga pembelian. "Jika kita mengetahui yang hartanah itu bernilai RM51 juta seperti dilaporkan media, sudah tentu kita akan melakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih rendah," katanya. "Kita tidak kehilangan wang, kita buat wang," katanya. Bagaimanapun dakwaan itu juga dinafikan Pengarang Asia Pasifik The Age dan Sydney Morning Herald John Garnaut. KAH KAH KAH woit ini surat khabar kapir mana boleh percaya wartawan tak tutup urat wartawan makan babi wartawan usik anjing ini hina dan fitnah pemimpin melayu ini hina pemimpin islam ini hina raja raja melayu mana pahlawan melayu mana pahlawan bugis bila nak saman akhbar ni PUNDAK MUNDAK ------------- |
Posted: 28 Jun 2015 10:08 PM PDT BERiTA TER NOW bursa saham kuala lumpur jatuh 17 mata ----------------------- |
Posted: 28 Jun 2015 09:19 PM PDT |
Posted: 28 Jun 2015 08:42 PM PDT APA DIA KAH KAH KAH kenapa mengapa & apa dia 30 jun |
Posted: 28 Jun 2015 08:03 PM PDT Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi11:19AM Jun 28 "Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan," kata presiden PAS itu KAH KAH KAi biar anjing serigala menyalak sotong tetap berenang di laut KAH KAH KAH ------------------ |
Posted: 28 Jun 2015 07:39 PM PDT JMW 4.0 maki Sultan JohorPemilik akaun Facebook JMW 4.0 sebut perkataan 'puii' terhadap Sultan Johor PETALING JAYA: Satu laman Facebook dikesan memperlekeh institusi beraja di negara ini khususnya terhadap Kesultanan Johor. Dalam status terbaru yang dimuat naik pada Ahad, pemilik akaun JMW 4.0 bertindak kurang ajar dengan menyebut perkataan puii terhadap Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar. "Berbeza dengan kerabat Arjentina, mereka lebih menyokong kerajaan yang ada ketika ini. "Hitam putih cicak kobin. Puii," tulisnya. Bukan itu sahaja, dalam status yang dimuat naiknya pada 26 Jun lalu, pemilik akaun meminta pengikutnya berkongsi posting JMW vs UMNO. "Siapa tak share dia beruk", tulisnya. Ia merujuk kepada posting yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. "TMJ please SEDAR diri bahaw tanpa UMNO, istana johor tak ada apa-apa". Ia sebahagian daripada status berbaur kesat yang dimuat naik pemiliknya. Berdasarkan maklumat yang tertera, ia kali keempat akaun itu diwujudkan. "JMW kembali lagi buat kali keempat selepas direport hampir 36281936291 juta kalinya. Sape sentap die BERUK. KAH KAH KAH i have nating too add mi lod i res mi kes mi lod KAH KOH KAH --------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan