Isnin, 29 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mangsa rumah terbakar dihalau dari berlindung di dewan

Posted: 29 Jun 2015 01:34 AM PDT

THE RAKYAT POST


bantah puchong
Mangsa kebakaran Kampung Baru Batu 12, Puchong membuat bantahan di hadapan Bangunan SUK pagi tadi ketika penyerahan memorandum berkenaan isu penempatan penduduk kampung berkenaan yang sudah lama tidak diberikan rumah setelah rumah meraka terbakar bersama Chandrakumanan (tengah).-Foto TRP/Mokhsin Zamani



SHAH ALAM-  Sekitar 20 orang mangsa kebakaran rumah di Bukit Puchong baru-baru ini hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor bagi menyerahkan memorandum memohon penangguhan notis keluar daripada Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Bukit Puchong.


Pengerusi Pertubuhan Aduan Rakyat, Datuk M. Chandrakumanan yang mengetuai penyerahan memorandum itu berkata mangsa kebakaran telah diberi notis sehingga jam 2 petang ini untuk keluar daripada dewan tersebut.

"Kalau tidak ada penangguhan hari ini, mangsa kebakaran akan berpindah ke tapak rumah mereka yang terbakar itu dan berkhemah di sana.

"Orang Rohingya, Bangladesh dan warga asing boleh dapat tempat di negara ini, jadi mengapa rakyat Malaysia tidak boleh dapat tempat?

"Kalau Menteri Besar Selangor boleh tawarkan rumah di Kelantan, di Selangor juga mesti diperkasakan," katanya kepada pemberita di lobi SUK di sini.

Memorandum tersebut telah diserahkan dan diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Dalam kejadian Jumaat lalu, MPSJ telah bertindak mengeluarkan barang mangsa kebakaran daripada dewan tersebut dengan alasan hendak digunakan untuk menjalan aktiviti kemasyarakatan.

"Pada Jumaat lepas, lepas dua jam kita berunding dengan MPSJ, jam 5 petang mereka masuk, mereka keluarkan semua barang, potong elektrik, air mereka tidak kisah. Cuma mereka tidak tarik mangsa keluarga sahaja

"Mana mereka hendak buka puasa? Kasihanlah, dewan itu dewan masyarakat. Takkan main badminton, bola lebih penting daripada beri tempat berteduh kepada mangsa kebakaran?," katanya.

Dalam kejadian awal bulan lalu, sebanyak 10 keluarga hilang kediaman apabila rumah yang mereka duduki selama empat generasi hangus dalam satu kejadian kebakaran.

Tujuh keluarga yang terdiri daripada lima keluarga Islam dan dua India telah diletakkan di dewan sementara manakala tiga lagi keluarga Cina berteduh dirumah saudara mereka.

Selain itu, memorandum itu meminta kerajaan negeri menyelesaikan isu penempatan penduduk di situ seperti mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh sejak 2008.

"Penduduk merayu kepada Menteri Besar seperti mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan Gobind Singh, rumah mereka ditawarkan sekitar penempatan mereka ketika ini. Apa yang ditawarkan rumah dua tingkat rumah teres seluas 16×65.

"Kita berharap kerajaan negeri Selangor akan menunaikan janji ini memandangkan mereka dalam keadaan terdesak sekarang selepas rumah yang mereka diami selama empat generasi, terbakar baru-baru ini," ujarnya.

Surat Terbuka: Pemuda dan Muslimat PAS terima peringatan Hadi, harap seluruh ahli juga akur

Posted: 29 Jun 2015 12:58 AM PDT

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua sayap utama PAS menjanjikan komitmen untuk terus memberi sokongan dan sentiasa berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai respons terhadap peringatan yang ditujukan kepada seluruh anggotanya.
 
Timbalan Ketua  Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kandungan surat tersebut yang ditujukan kepada ahli parti perlu diberi perhatian serius.
 
"Maknanya surat itu kepada seluruh ahli PAS kalau ikut apa yang terkandung dalam surat itu," katanya.
 
Jelas beliau, sekiranya isi kandungan surat tersebut berbentuk arahan maka ia perlu dipatuhi.
 
"Sama ada ia dalam bentuk arahan ataupun nasihat.
 
"Kalau bentuk arahan kena ikutlah dan kalau dalam bentuk nasihat kena pertimbangkanlah," katanya kepada Antarapos.
 
Sementara itu, menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh, selaku presiden PAS Abdul Hadi perlu memberi peringatan serta nasihat kepada ahli parti agar masing-masing tidak terpesong daripada landasan perjuangan Islam.
 
"Pada ustazah mestilah, beliau sebagai pemimpin dan ketua kepada sesuatu organisasi perlu memberi peringatan kembali atau mengingatkan kembali kepada ahli-ahli agar tidak lupa kepada asas perjuangan PAS itu sendiri.
 
"Perjuangan PAS ini asasnya ia tidak mengikut selera kepimpinan itu sahaja tetapi kita adalah meneruskan perjuangan para Nabi dan itu telah termaktub dalam perlembagaan PAS itu sendiri," katanya.
 
Justeru beliau mengharapkan ahli serta pimpinan PAS semua peringkat menerima apa jua teguran atau peringatan dengan terbuka tanpa menjejaskan gerak kerja dan juga tanggungjawab mereka kepada parti.
 
"Jadi pada ustazah kita haraplah ahli-ahli PAS di semua peringkat tidak hilang punca dalam menghadapi ujian, kemelut yang Allah uji.
 
"Fenomena ini secara peribadi pada ustazah memang tidak menggemberikanlah," katanya.
 
Dalam surat terbuka Abdul Hadi kepada ahli PAS kelmarin, beliau mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti bahawa sejarah PAS menunjukkan mereka yang keluar parti itu dan bersama parti baharu akan tenggelam.
 
Beliau berkata, setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang diwujudkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah teguh bersama konsep pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
 
Terkilan dengan sikap ahli PAS yang berhasrat keluar parti
 
Mengulas lanjut, Nuridah berkata ahli dan pemimpin PAS perlu istiqamah dengan perjuangan sebenar parti tanpa melanggar etika parti Islam itu selain melupakan hasrat untuk keluar dan menubuhkan parti baru.
 
"Sesuatu yang menyedihkan pada ustazah dan saya harap mereka berfikirlah semula sebab dulu pun sewaktu mereka sertai PAS mereka sudah tahu.
 
"Mereka dah tahu sebab memang daripada dulu PAS macam itu asas perjuangannya dan tak akan lari," katanya.
 
Tambah beliau, setiap individu dalam PAS termasuk pemimpin tidak wajar sewenang-wenang bergerak bebas dengan pertubuhan yang tidak lagi mesra dengan parti itu.
 
"Cuma dari sudut pendekatan itu sahaja yang mungkin mereka nak tapi pada kita macam itulah sebagaimana yang disebut dalam surat peringatan presiden.
 
"Maknanya kita apa-apa pun mesti berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah," katanya.
 
 
 

Progresif PAS hadapi kesukaran pada PRU14

Posted: 29 Jun 2015 12:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan progresif yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS sewaktu pemilihan lalu mungkin berdepan tempoh yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika mereka memutuskan untuk menubuhkan parti.

Bercakap kepada Malaysiakini, penganalisis politik Wan Saiful Wan jan berkata ini kerana kumpulan konservatif lebih banyak menguasai sokongan akar umbi berbanding parti baru itu.

"Saya rasa ia akan menjadi cabaran sengit kepada setiap orang. Kumpulan konservatif dalam PAS mempunyai sokongan akar umbi, manakala parti baru mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, belum lagi.

"Ia bergantung kepada sejauh mana cepatnya kumpulan progresif menubuh parti baru dan bagaimana cepatnya mereka membina momentum ke arah pilihan raya umum akan datang. Tetapi kelemahan mereka akan terjadi pada jentera akar umbi," kata Wan Saiful.

Beliau menjawab soalan berhubung peluang parti Islam baru akan melonjak lebih berbanding PAS dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Parti baru yang sedang difikirkan oleh pemimpin progresif PAS, sebagai tindak balas kepada apa yang mereka mendakwa menjadi "semakin tertutup" dalam kepimpinan baru PAS.

Mereka yang dikenali Harapan Baru atau Gerakan G18, katakan sebuah parti baru, jika dibentuk, akan menjadi lebih terbuka dan inklusif daripada PAS, dengan membuka keahlian kepada bukan Islam.


Jangan terpedaya beli batu geliga 'sakti'

Posted: 29 Jun 2015 12:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


Orang ramai khususnya warga emas di Johor dinasihati agar tidak terpedaya dengan taktik pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan melalui aktiviti menjual batu geliga yang didakwa 'sakti' dan bernilai tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata batu geliga yang didakwa mengeluarkan cahaya berkenaan hanyalah batu geliga palsu yang direka supaya dapat mengeluarkan cahaya apabila bertindak balas kepada air bagi membolehkan mangsa yakin terhadap 'kuasa' batu berkenaan.

"Taktik yang digunakan kumpulan ini memang licik apabila batu itu juga diletakkan di dalam sejenis bekas antik yang menjadikan ia seolah-olah berharga," kata beliau dalam satu kenyataan di Kota Tinggi hari ini.

Rahmat berkata modus operandi kumpulan ini ialah mangsa akan diyakinkan suspek pertama sebelum menghubungi rakannya yang dikatakan pakar dalam hal tersebut dan menawarkan harga yang tinggi.

"Namun suspek pertama hanya mahu menyerahkan batu geliga itu kapada mangsa sahaja dengan hanya perlu membayar seberapa banyak wang yang ada dalam akaun Tabung Haji selain wang yang ada pada mangsa.

"Setelah menyerahkan kesemua wang, mangsa akan didatangi seorang lelaki lain (suspek) yang ingin menawarkan harga yang lebih tinggi dan akan berjumpa selepas Zohor di tempat yang sama tetapi setelah menunggu suspek ketiga ini tidak muncul, baru mangsa sedar dia telah ditipu," kata beliau.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Khamis lalu, seorang warga emas berusia 69 tahun dari Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, kerugian kira-kira RM11,600 apabila terpedaya oleh kumpulan yang didalangi tiga suspek yang mendakwa mereka mempunyai batu geliga 'sakti'. - Bernama


 

Shabery: Pua patut undur dari PAC

Posted: 29 Jun 2015 12:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua sepatutnya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kerajaan kini dalam proses mencari kebenaran untuk menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli politik DAP itu sering mengeluarkan kenyataan menghakimi sewaktu proses siasatan oleh PAC masih berjalan.

"Dia patut keluar daripada PAC. Dia akan malukan bukan saja PAC, tetapi juga sistem Parlimen itu sendiri.

"Dia patut bertanggungjawab," katanya kepada wartawan di satu majlis di Petaling Jaya hari ini.

Ahmad Shabery juga menyifatkan tindakan Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara yang cenderung mengkritik 1MDB sebagai merendahkan martabat dirinya.


"Jadi orang itu (Pua) sudah tentu tidak layak untuk berada di dalam PAC. Dia buat kenyataan berat sebelah, dia sepatutnya malu, parti dia sepatutnya rasa malu, orang yang menyokong dan yang berkaitan dengannya juga sepatutnya berasa malu," katanya.

Sebelum ini, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyarankan supaya Pua berundur diri daripada PAC bagi membolehkan siasatan ke atas 1MDB dijalankan dengan telus dan adil.

Bagaimanapun, kenyataan itu disifatkan Pua sebagai usaha untuk menyekatnya daripada bersuara. - Bernama
 
 

Dr M: Apa kena mengena tangkapan Justo?

Posted: 29 Jun 2015 12:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis seruan agar pihak yang mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf.

Ini kerana, penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International tidak menjawab persoalan utama dalam isu melibatkan usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam tulisan di blog chedet.cc, Mahathir merujuk kepada dana AS$1.9 bilion yang dipinjamkan 1MDB kepada PetroSaudi.

Mahathir berkata, Najib memberitahu Parlimen bahawa 1MDB meminjamkan AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PetroSaudi untuk mengurangkan risiko pegangan sahamnya.

Sepatutnya, pinjaman itu dikembalikan selepas usaha sama 1MDB dan PetroSaudi terbatal, kata Mahathir.

"Memberi pinjaman kepada rakan kongsi JV (usaha sama) yang tidak sesuai, (langkah itu) hanya akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya.

"Apabila JV itu dibatalkan selepas hanya enam bulan dibentuk, tentulah kerana 1MDB menyedari bahawa usaha itu menyusahkan.

"Apa yang ia patut buat ialah menuntut agar ekuiti dan pinjaman berjumlah AS$1.9 bilion itu dikembalikan.

"Sebaliknya ia diubah kepada satu pinjaman (murabahah). Selepas diberi pinjaman AS$1.9 bilion, di mana wang ini sekarang?," soalnya.


Amaran TMJ tentang pemimpin pengecut

Posted: 29 Jun 2015 12:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut merupakan manusia paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail bertitah, nasihat baginda kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.

"Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

"Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," titah baginda.

Tunku Ismail juga bertitah nampaknya apa yang baginda katakan sering membuatkan ramai orang melenting.

"Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya," titah baginda lagi.


Jamil: Jangan jadi pemfitnah 'hujung jari'

Posted: 29 Jun 2015 12:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam yang menggunakan laman sosial agar tidak menjadi 'keyboard warrior' untuk menyebarkan fitnah termasuk berkaitan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata sebelum ada internet, masyarakat menggunakan 'hujung lidah' untuk menyebarkan berita dan juga fitnah, bagaimanapun sekarang semuanya dilakukan dengan 'hujung jari'.

"Hujung lidah ini, orang dah kurang guna untuk cakap pasal orang, sekarang guna bentuk hujung jari pula.

"Hujung jari ni jadi 'keyboard warrior', pakai whatsapp, telegram, instagram, MMS, SMS dan segala macam sekarang.

"Apa lagi kalau cakap benda tidak betul, duduk cakap 1MDB, selepas itu ramai yang ulas dan cerita, bila mana Xavier Andre Justo kena tahan pula, pakat-pakat nak lepas diri pula," kata Jamil.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan penyampaian peralatan kesihatan, dana kepada tahung kebajikan hospital Wilayah Persekutuan di Auditorium Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) Kuala Lumpur,

Katanya lagi, dengan menyebarkan fitnah seperti ini dapa mengurangkan pahala berpuasa malah kesan fitnah hujung jari ini akan kekal di laman sesawang sampai bila-bila.

"Hal yang mana (tindakan) ini akan menghilangkan pahala, bab mengata dia bubuh (tekan butang) 'Like' saja kena dah saham (dosa) dia.

"Apatah lagi dia forward (fitnah) dan apatah lagi dia komen pula," katanya yang juga MP Jerai.

Katanya, jika seseorang itu memfitnah melalui lidahnya, maka dia boleh memohon maaf kepada pihak yang difitnah, tetapi jika melalui penulisan, ia kekal dalam internet. 


Hadi tidak gelar orang lain anjing

Posted: 29 Jun 2015 12:37 AM PDT



 
Tuan Ibrahim Tuan Man  
Tuan Ibrahim 


SHAH ALAM - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin bukan bertujuan menggelar orang lain sebagai anjing.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

"Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.

"Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan walaupun ada banyak cabaran," katanya.

Menurutnya, beliau turut berada dalam ceramah tersebut dan ucapan Abdul Hadi perlu dilihat dalam konteks menyeluruh.

"Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing.

"Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu perlu dilihat konteks kiasan," katanya.

Katanya, Abdul Hadi juga tidak menyebut mana-mana pihak dalam ucapannya itu.

"Ucapan beliau umum, tidak ditujukan atau menyebut mana-mana individu, kumpulan atau parti. Jadi, tidak perlu sesiapa terasa," katanya.

Giant nafi beli kuih raya dari China

Posted: 29 Jun 2015 12:31 AM PDT


 
 
AUTA
 
SATU mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.
 
Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.
 
"Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?.
 
"Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.
 
Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.
 
Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila  membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

 
FAKTA
 
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.
 
Pengurus Kanan hubungan kerajaanGCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.
 
"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.
 
"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
 
Mengulas berhubung mesej viral itu, Mohd Shahrizal berkata, pihak Giant telah sedia maklum berhubung mesej viral itu sejak kelmarin.
 
 

Mara Inc didakwa ada 3 hartanah lain di Australia

Posted: 29 Jun 2015 12:28 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini mendedahkan tiga lagi hartanah yang didakwa dibeli oleh anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.
 
Pengarah Eksekutifnya, Rafizi Ramli mendakwa, dokumen dalaman Mara berbentuk taklimat kepada Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan Mara Inc mempunyai pegangan penuh tiga lagi hartanah lain iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.
 
"Saya berjaya mendapat satu dokumen dalaman Mara yang digunakan dalam satu taklimat kepada Annuar dan delegasi Mara mengenai pembelian hartanah itu.
 
"Taklimat itu diberikan pada 20 Mei 2014 di Melbourne, Australia dan selain dari Annuar sendiri, delegasi Mara itu turut disertai oleh Datuk Lam Allani iaitu individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat NOW, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara itu membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).
 
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media pada Rabu menjelaskan keputusan urus niaga itu dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian pangsapuri itu jauh lebih tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.
 
Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata bagi tujuan mengaburi mata, Mara Inc didakwa menubuhkan beberapa syarikat untuk memiliki hartanah tersebut.
 
"Mara Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai (Offshore company) yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) untuk memiliki dua hartanah itu (746 Swanston Street dan Dudley International House).
 
"Bagi dua lagi hartanah (333 Exhibition Street dan 51 Queen Street), Mara Inc menggunakan tiga lapisan syarikat di negara yang berbeza untuk memiliki hartanah itu," ujarnya.
 
Antara syarikat yang mempunyai pegangan hartanah dalam 333 Exhibition Street ialah Powerwell Holdings Limited di Labuan, Carlton Garden Pte Ltd di Singapura dan Quenville Pty Ltd di Australia.
 
 

Bapa Nasi Kandar 24 jam dan tidak serang peribadi Dr Mahathir.

Posted: 29 Jun 2015 12:16 AM PDT

sakmongkol.blogspot


Tutup dan Buka.

Belum pun habis 24 jam, kenyataan tutup kedai nasi kandar pukul 12 malam oleh Shahidan Kassim, Najib main peranan sebagai the good cop. ini bad cop, good cop routine dari pasangan laurel dan Hardie Malaysia. 

Dia reverse kenyataan Sahidan, dan kata Ok untuk kedai nasi kandar buka lebih dari pukul 12. 
Itu macam  kalu machaa.....Najib is the best. 

Ini semua lakonan politik murahan antara Shahidan dan Najib. Kalau nak benteras gejala sosial, cari tempat lain dimana anak muda dan anak2 orang kaya berkumpul. Bukan kedai mamak dan operator nasi kandar. Orang UMNO pun ramai duduk di Pelita Nasi Kandar. Adakah ini bermakna orang UMNO yang jadi punca gejala sosial?

Perkerja kilang yang keluar shift , nak makan dimana? Kedai Melayu dah lama tutup.

Ini semua cheap trick Najib.

bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. you cant cover the elephant carcass with a fig leaf. 

Adakah ini sahaja yang mampu dilakukan oleh Najib untuk menyelamatkan kredibiliti nya yang jatuh kerana skendel bersiri? Kerana Najib reverse Shahidan, maka orang kata, nasib baik dan terima kasih kerana Najib.

Hello- orang tidak akan lupa 1MDB, FGV, MARAgate, Tabung Haji gate, Sime Darby puya pelaburan. Felcra yang bebankan peserta dengan hutang sampai ke tiang lahad, dan skendel2 yang akan datang. 

Kita belum tahu lagi kos akhir MRT. Barang diingat, MRT sepatut nya projek PFI dimana pembiayaan nya dilakukan oleh swasta, tapi kerajaan ada habit mendanai projek tersebut dan sangat suka membayar terlebih dahulu.

Ianya taktik serupa. Setiap pendanaan dan pembiayaan projek dengan bayaran lebihan dan pembayaran in advance merupakan kifayat untuk mencuri wang.

Najib tidak boleh menutup kesalahan2 ini dengan nyiru. Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru. Dan besar nya bangkai gajah yang hendak ditutup itu pula.  

Walaup bagiamana pun, elok kita istihar hidup Najib Razak bapa nasi kadar 24 jam!

Najib: jangan serang peribadi Dr Mahathir. kita jawab dengan fakta.

Apa kenyataan datang dari Najib, rakyat kena tapis2 dahulu. Seperti kenyataan nya bahawa dia akan jawab kritikan Dr Mahathir dengan fakta dan tidak akan menyerang peribadi Dr Mahathir.

Nak serang peribadi Dr Mahathir dari sudut mana? Kita tak pernah dengar DR Mahathir ada skendel dengan perempuan.  Kita tidak pernah dengar Dr Mahathir ada bau2 kaitan dengan pembunuhan?  Ada kita dengar isteri Dr Mahathir dituduh itu dan ini?

Najib PM pertama dirinya dan isteri menjadi objek kebencian.dan Najib buat muka sadin. Seperti kata seorang bekas menteri, UMNO bukan tahu rasa malu.

Najib tidak mampu serang keperibadian Dr Mahathir kerana Dr Mahathir tidak ada tengkorak dalam almarinya seperti Najib.  Juga Najib takut kalau dia serang peribadi Dr Mahathir, Dr Mahathir boleh serang peribadi Najib.

Kita tahu cara Najib- dia akan buat muka sadin, tapi budak2 nya akan menibai Dr Mahathir dengan teruk. Itu cara Najib beroperasi.

Apa fakta yang dia ada? Dia dan budak2 nya tidak ada fakta selain daripada mendedahkan apa yang sudah diketahui oleh masyarakat. Najib pun sebahagian daripada 'kesalahan2' yang dilakukan oleh Dr Mahathir. 

Sebagai seorang yang konon nya kuat berpegang kepada prinsip tanggungjawab bersama cabinet, bagaimana Najib mahu melepaskan dirinya dari terpalit dengan 'kesalahan' Dr Mahathir?

Fakta nya ialah Najib sendiri mengeringkan rerumput/hay ketika matahari Mahathir sedang menyinari. The fact was, Najib made hay while the Mahathir sun shone. 


PAS Tolak Bentuk Kerjasama Politik Dengan G18

Posted: 28 Jun 2015 05:04 PM PDT

Oleh: RAHMAH GHAZALI dan DINA MURAD
 
 
Mohamad Sabu mengetuai G18.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang kemungkinan membentuk sebuah pakatan politik baharu dengan G18, sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif parti itu.

Tuan Ibrahim mengakui bahawa sesiapa sahaja mempunyai hak demokratik untuk membentuk sebuah parti politik tetapi pemimpin kumpulan progresif tidak harus berbuat demikian hanya kerana mereka tewas dalam pemilihan parti.

Beliau kemudiannya mempertikaikan tujuan penubuhan parti baharu itu dengan kehadiran parti politik yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, berjuang untuk tujuan yang sama.

"Jika mereka mahu menubuhkan sebuah parti baharu, apakah tujuannya? Mereka kata mahu membanteras rasuah, banyak parti sudah lakukannya," katanya.

Beliau berkata kumpulan tersebut masih sebahagian daripada PAS dan ahlinya perlu taat kepada pemimpin parti serta menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka.

"Selain menubuhkan sebuah parti sejajar dengan pembangkang akan menimbulkan konflik apabila tiba Pilihan Raya Umum," katanya.

Jelas beliau, mempunyai sebuah parti lain yang seiringan dengan pembangkang hanya akan melemahkan pakatan itu, bukan mengukuhkannya.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya akan gembira jika mereka berdepan lebih daripada satu parti kerana mereka mempunyai peluang besar untuk menang," katanya.

G18 adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan pemimpin progresif yang tewas pada pemilihan PAS baru-baru ini.

Diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PAS yang tewas, Mohamad Sabtu, G18 bertujuan untuk menggambarkan parti Islam yang lebih mesra dan menjalin hubungan dengan DAP dan PKR bagi memperkukuhkan pakatan pembangkang.

G18 merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir dalam pemilihan parti itu.

Prestasi PAS Menurun Tanpa Suara Progresif - Khalid Samad

Posted: 28 Jun 2015 05:01 PM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Khalid Samad
Khalid Samad
 
 
PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad percaya prestasi parti itu yang kini diterajui kumpulan ulama mungkin akan menurun tanpa suara progresif.

"Sudah ada pelbagai isu dalam kepimpinan yang lalu. Jadi apabila kumpulan yang dikenali sebagai 'progresif' tiada lagi dalam parti, wujud kebimbangan bahawa trend itu akan menjadi lebih buruk.

"Saya bukan mahu buat penilaian kerana kita perlu melihat apa yang bakal berlaku selepas seratus hari.

"Tetapi kebimbangan kami ialah mengenai isu-isu di mana kurangnya persefahaman antara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengkritik dasar PAS yang disifatkan tidak inklusif.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang tidak kelihatan berjalan baik ialah mengenai hubungan dengan DAP dan badan-badan bukan kerajaan yang lain kerana tidak seperti sebelum ini apanila lebih inklusif," katanya.

Juadah berbuka: Bufet, bazar atau masak sendiri?

Posted: 28 Jun 2015 04:53 PM PDT

SINAR HARIAN


Bufet ramadan Gambar Hiasan
 
 
 
RAMADAN merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam dan disambut oleh umat Islam seluruh dunia sebagai bulan untuk berpuasa.

Di Malaysia ia sering dikaitkan dengan hidangan bufet Ramadan yang mewah di hotel-hotel.

Bagaimanapun, pada tahun ini keadaannya agak berlainan. Tatkala pelaksanaan enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu dan aduan harga makanan yang naik mendadak, apakah hotel-hotel berupaya menarik umat Islam berbuka puasa dengan hidangan mereka?

Kebanyakan hotel yang dihubungi enggan mengulas dengan alasan terlalu awal untuk mengetahui impak GST, tetapi bagi Fraser Residence Kuala Lumpur, pendatang baru dalam industri hospitaliti yang memulakan operasi selepas pembukaan tidak rasmi pada Januari lalu, setakat ini faktor GST tidak memberi kesan kepada operasinya.   

Pengurus Besar Michael Lee berkata faktor harga masih sama kerana GST sekadar menggantikan Cukai Kerajaan sebanyak enam peratus  sebelum ini.

"Kami melihat isu GST sebagai peluang terbaik kepada kami. Hakikatnya kami memberikan banyak fleksibiliti kepada para tetamu untuk menikmati  pembelian awal bufet Ramadan kerana kami memberi pertimbangan kepada corak rakyat Malaysia membuat tempahan pada minit-minit akhir,"  katanya kepada Bernama dalam temu ramah baru-baru ini.    ‎

Bagi menarik ramai pelanggan datang dan berbuka puasa di restorannya, Relish dengan bufet bertema "Seribu Satu Malam", Fraser Residence  tampil dengan cara unik menawarkan harga lebih rendah kepada pelanggan yang membuat tempahan dua hari lebih awal iaitu RM98 untuk dewasa dan kanak-kanak (6-12 tahun) RM59. Kanak-kanak bawah umur enam tahun pula percuma.

Penetapan harga istimewa oleh Fraser Residence adalah agak berbeza berbanding dengan kebanyakan hotel yang menawarkan diskaun pada  minggu pertama dan akhir Ramadan.

Menyentuh tema bufet, Lee berkata, ia merupakan campuran hidangan tempatan dan Timur Tengah yang menjanjikan pelanggan pengalaman  menikmati masakan oleh cef pelawat, Cef Houssem Hamouda dari Fraser Suites Dubai, dan diiringi hidangan tempatan terkenal seperti gulai tempoyak ikan patin, rendang tok dan laksa Johor.

Fraser Residence Kuala Lumpur yang mempunyai 445 unit merupakan perkhidmatan kediaman servis terbesar di bandar raya ini dan juga Fraser  Hospitality setakat ini. Ia akan dilancarkan sepenuhnya akhir Julai.    ‎

Selain bufet hotel-hotel, bazar-bazar Ramadan juga menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan kepelbagaian makanan atau lebih baik lagi,  masakan sendiri yang masih menjadi pilihan utama berbuka puasa.   

Bagi Norliza Hashim, 50, berbuka puasa dengan keluarga di rumah sentiasa menjadi keutamaan memandangkan empat anaknya mempunyai  selera berbeza dan beliau mahu memenuhinya dengan memasak sendiri.

Norliza yang bekerja di sebuah agensi kerajaan berkata, beliau memilih memasak untuk keluarga terutama pada bulan puasa, dan menambah  mereka sekeluarga sejak sekian lama makan di luar.

Pembantu peribadi Helmi Syafiq Mohamad Awal, 29, juga memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama-sama rakan serumah. Bagi beliau,  makan di rumah melatihnya menjadi lebih berjimat cermat semasa membeli makanan di bazar atau merancang barangan dapur.

"Makan di luar memberi kesan kepada kewangan saya. Saya pilih untuk makan di rumah, memasak makanan yang sederhana dan mudah yang  memberikan masa yang cukup untuk berbuka puasa dan menyediakan diri untuk bersolat tarawih kemudiannya," kata anak kelahiran Negeri  Sembilan ini.

Sementara itu bagi Rosidah Abdul Rahman, 46, beliau suka memasak masakan Johor, berbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang yang  sudah menjadi tradisi keluarga sejak kecil lagi.

Kerani dan syarikat insurans di Klang itu menyifatkan bufet Ramadan bukan untuk beliau dan keluarga. - Bernama


Isteri Adam Corrie tunai umrah dalam getir

Posted: 28 Jun 2015 04:48 PM PDT

Adam Corrie Lee
 
 
MESKIPUN baharu tiga hari dibenarkan keluar hospital selepas menghadapi pembedahan di perut, ia tidak menghalang isteri Adam Corrie Lee Abdullah, Fazema Mohd Fuad untuk bersama-sama menunaikan ibadah umrah bersama suaminya.
 
Menceritakan pengalaman menunaikan umrah bersama, Adam Corrie, 40, menerusi tulisan di akaun Facebooknya mengagumi kegigihan isterinya dalam menahan sakit untuk bersama menunaikan ibadah kepada ALLAH.
 
"Enam hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, bidadari (isteri) saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya.
 
"… doktor bagi cuti sakit selama 44 hari. Dalam keadaan yang tidak sihat tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah 'Kembara Iman Saudara Baru', bidadari saya pergi juga umrah bersama," katanya.
 
Menurutnya lagi, atas nasihat doktor, Fazema terpaksa menggunakan kerusi roda ketika hari pertama menunaikan umrah.
 
"Hari pertama sampai di Mekah saya bantu bidadari saya pakai wheel chair (kerusi roda) tunaikan umrah kerana tak (tidak) boleh berdiri dan berjalan lagi.
 
"Hari ketiga, pada pukul 10:30 malam program kami mendaki Bukit Nur atau Jabal Nur pula," ujarnya.
 
Hasrat Fazena untuk terus menunggu di dalam bas sementara jemaah lain mendaki bukit tidak kesampaian apabila bas yang dinaiki sudah berlepas.
 
"Bidadari saya kata;"Mungkin ALLAH nak (mahu) kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat. Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang hamil 8 bulan. Tidak ada masalah, Alhamdulillah.
 
"... Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam. Alhamdulillah.... Bidadari saya selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12:15 malam dengan izin ALLAH," katanya lagi menerusi tulisannya.


Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC

Posted: 28 Jun 2015 04:45 PM PDT

SINAR HARIAN



MIC MIC
 
 
 
KUALA LUMPUR - Bagi mengelak MIC lemas lebih teruk di lautan masalah yang sedang dialaminya, para pemimpin veteran parti itu perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi meredakan krisis kepimpinan yang melanda parti komponan Barian Nasional (BN) itu     dengan secepat mungkin.

Demikian pandangan dua tokoh MIC, yang turut menggesa agar satu perjumpaan tergempar diadakan bagi membolehkan para pemimpin veteran termasuk bekas penyandang jawatan utama dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu, mencari jalan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Bekas pengerusi jawatankuasa pemilihan MIC Datuk K Vijayanathan berkata parti itu perlu segera mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, katanya peyelesaian itu perlu boleh diterima semua anggota MIC termasuk kumpulan yang dipimpin presiden Datuk Seri G. Palanivel dan pemangku presiden Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Vijayanathan, yang menganggotai CWC parti itu sejak 1972, berkata: "Adalah amat baik sekiranya semua pemimpin veteran dapat mengadakan  perjumpan dengan kumpulan diketuai Palanivel dan Dr Subramaniam.

"Ia juga membolehkan anggota veteran meneliti semula perlembagaan MIC bagi tujuan memantapkan bahagian yang masih longgar dan  menyelesaikan masalah parti secara baik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.   

Beliau berkata sebagai pemimpim veteran, mereka  berpengalaman luas dalam menangani pelbagai krisis yang melanda MIC sebelum ini.   

"Mereka patut diberi peluang untuk membantu parti  sebelum krisis yang dialaminya menjadi bertambah parah dan sukar untuk diselesaikan lagi," katanya.   

Bekas setiausaha agung MIC Tan Sri G Vadiveloo pula berpendapat perjumpaan melibatkan para pemimpin veteran dengan Palanivel dan Dr Subramaniam boleh diadakan jika semua anggota MIC bersedia menerima hasil yang dicapai kelak.


"Perjumpaan ini juga boleh dijadikan platform untuk mendapatkan penjelasan tentang perlembagaan parti," katanya.      

MIC mula dilanda krisis apabila wujud perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan notis pada 5 Disember tahun lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi CWC.   

Perbalahan itu menyebabkan MIC berpecah dua dan mencapai kemuncaknya apabila Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin  Abdullah dalam surat bertarikh 25 Jun kepada setiausaha agung CWC sementara MIC bagi 2009, A. Sakthivel, menyatakan bahawa secara "ipso facto", Palanivel bukan lagi anggota MIC.

Surat itu juga menyatakan bahawa Dr Subramaniam akan mengambil alih tugas Palanivel sebagai pemangku presiden MIC.

Bagaimanapun, Palanivel berkeras bahawa beliau adalah presiden MIC yang sah dan mendakwa surat RoS yang menyatakan beliau bukan lagi anggota MIC, difaham di luar konteks sebenar. - Bernama


JMW 4.0 maki Sultan Johor

Posted: 28 Jun 2015 04:28 PM PDT

 
Pemilik akaun Facebook JMW 4.0 sebut perkataan 'puii' terhadap Sultan Johor


JMW-4



PETALING JAYA: Satu laman Facebook dikesan memperlekeh institusi beraja di negara ini khususnya terhadap Kesultanan Johor.

Dalam status terbaru yang dimuat naik pada Ahad, pemilik akaun JMW 4.0 bertindak kurang ajar dengan menyebut perkataan puii terhadap Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Berbeza dengan kerabat Arjentina, mereka lebih menyokong kerajaan yang ada ketika ini.

"Hitam putih cicak kobin. Puii," tulisnya.

Bukan itu sahaja, dalam status yang dimuat naiknya pada 26 Jun lalu, pemilik akaun meminta pengikutnya berkongsi posting JMW vs UMNO.

"Siapa tak share dia beruk", tulisnya.

Ia merujuk kepada posting yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"TMJ please SEDAR diri bahaw tanpa UMNO, istana johor tak ada apa-apa".

Ia sebahagian daripada status berbaur kesat yang dimuat naik pemiliknya.

Berdasarkan maklumat yang tertera, ia kali keempat akaun itu diwujudkan.

"JMW kembali lagi buat kali keempat selepas direport hampir 36281936291 juta kalinya.

Sape sentap die BERUK.

Keh Keh Keh," tulisnya dengan angkuh.

Semoga pendedahan laporan ini mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak berkenaan, khususnya Suruhanjaya Multi Media dan Komunikasi (SKMM).


Penuntut Malaysia cedera dalam letupan di Taiwan dirawat di Taipei

Posted: 28 Jun 2015 04:13 PM PDT

THE RAKYAT POST


Jurucakap jabatan bomba memberitahu BBC daripada 215 mangsa yang cedera dalam kejadian pada Sabtu itu 83 melecur serius, manakala 132 lagi mengalami luka bakar yang ringan,  - Foto AFP



KUALA LUMPUR - Penuntut Malaysia yang cedera dalam letupan semasa sambutan 'Colour Play Asia' di Formosa Water Park, New

Taipei City semalam, dirawat di Unit Rawatan Rapi Ren Ai Hospital.

Lim Sh Li, penuntut jurusan perubatan di National Taiwan University, melecur tahap kedua pada 54 peratus bahagian lengan dan kakinya, kata Kementerian Luar hari ini.

Menurut kenyataan kementerian itu, seorang pegawai Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei telah melawat pelajar terbabit untuk memberi bantuan konsular yang sewajarnya.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca letupan itu.

Kementerian Luar, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, juga sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian semalam, sekurang-kurangnya 200 pengunjung cedera dalam kebakaran di sebuah taman hiburan di luar ibu negara Taiwan, Taipei.

Punca kebakaran tersebut dipercayai daripada serbuk berwarna yang disembur ke atas pengunjung, sebelum ia disambar api dan menyala.

Lebih daripada 80 pengunjung mengalami kecederaan serius dengan sesetengah mangsa yang terlibat terbakar sehingga 40 peratus, menurut laporan agensi berita CNA.

Kemalangan itu berlaku semasa parti 'permainan warna' di Taman Air Formosa di New Taipei City sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan.

Daripada 215 mangsa yang cedera, 83 melecur serius, manakala 132 lagi mengalami luka bakar yang ringan, menurut jurucakap jabatan bomba kepada BBC.

Isu hartanah MARA: NOW nak dedah dokumen dalaman, PAS serah memo tuntut siasatan telus

Posted: 28 Jun 2015 04:09 PM PDT

THE RAKYAT POST

Rafizi, Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa beliau telah memperolehi satu dokumen dalaman MARA yang boleh memberi banyak maklumat penting mengenai skandal MARA melibatkan pembelian beberapa hartanah di Australia. - Foto nowmalaysia.org
Rafizi, Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa beliau telah memperolehi satu dokumen dalaman MARA yang boleh memberi banyak maklumat penting mengenai skandal MARA melibatkan pembelian beberapa hartanah di Australia. - Foto nowmalaysia.org



KUALA LUMPUR-  Pendedahan akhbar Australia The Age mengenai apa yang didakwanya penipuan dalam urus niaga pembelian hartanah di Melbourne oleh sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus digunakan sebagai peluang "rezeki terpijak" untuk pemimpin tertentu parti pembangkang untuk mencalarkan imej agensi kerajaan Pusat itu serta parti Barisan Nasional (BN) yang menguasai Putrajaya.

Setakat tengah malam ini, sekurang-kurangnya dua pihak berusaha untuk menarik perhatian media untuk membuat liputan pada Isnin.

Pada sebelah pagi Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli berkata beliau akan mengadakan satu sidang media kerana telah memperolehi satu dokumen dalaman MARA.

Rafizi yang membuat jemputan atas kapasiti Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa dokumen dalam tangan beliau itu memberi banyak maklumat penting mengenai skandal MARA melibatkan pembelian beberapa hartanah di Australia.

"Maklumat-maklumat ini akan memberi gambaran penting keterlibatan MARA dalam urusniaga-urusniaga ini.

"Saya akan mengadakan satu sidang media (dalam beberapa siri sidang media) mengenai perkara ini," katanya.

Sidang media beliau yang juga Naib Presiden PKR akan diadakan pada jam 10.30 pagi di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu di 35-2 The Trillium, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

NOW yang sebelum dalang utama di sebalik pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana National Feedlot Corporation (NFC) yang kini sedang dibicarakan di mahkamah agak jarang memanggil sidang media di pejabatnya itu.

Terdahulu pada 24 Jun lalu, NOW menerusi satu kenyataan mendakwa semakan pihanya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) mendapati pembelian hartanah oleh MARA Inc itu dipercayai membabitkan sebuah syarikat, Thrushcross Land Holding Ltd.

Siasatan yang dijalankan NOW terhadap Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi berkenaan pula mengesahkan syarikat itu telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin.

Thrushcross dipercayai dikawal oleh MARA melalui anak syarikatnya iaitu MARA Inc, dakwa NOW dalam kenyataan yang dikeluarkan atas nama Rafizi dan seorang lagi Pengarahnya, Akmal Nasir.


Paparan muka depan akhbar Australia pada 23 Jun lalu.
Paparan muka depan laporan eksklusif akhbar Australia The Age pada 23 Jun lalu.

Pada sebelah petang pula, sebuah lagi parti pembangkang, PAS memaklumkan kepada media mahu menyerahkan memorandum menuntut siasatan telus oleh MARA terhadap dakwaan yang mengaitkan anak syarikatnya MARA Inc dengan penipuan urus niaga pembelian hartanah pada harga lebih tinggi dari nilai pasaran sebenar di Melbourne itu.

Rombongan PAS yang membawa memorandum berkenaan ke Ibu Pejabat MARA di Jalan Raja Laut di ibu negara akan diketuai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Dr Mahfoz Mohammad.

Turut akan mengiringi beliau dikatakan Ketua Penerangan DUPP, Khairuddin Takiri Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS), Rizuan Rahmat serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Ajk Dewan Ulamak Pas Selangor.

Bacaan memorandum dan sidang media selepas memorandum diserahkan pada kira-kira jam 2.30 petang akan dibuat oleh Dr Mahfoz di perkarangan Ibu Pejabat MARA.

Laporan The Age pada 23 Jun lalu mendakwa pembelian bangunan Dudley International House yang sepatutnya pada harga pasaran kira-kira RM51.5 juta telah dibeli pada harga RM65.4 juta yang mana lebihan RM13.8 juta daripada nilai sebenar itu didakwa telah diselewengkan untuk membayar rasuah di Malaysia.

Dudley International House merupakan bangunan lima tingkat asrama penginapan pelajar yang dibeli oleh MARA bagi menempatkan 115 pelajar tajaan biasiswanya di Monash University.

Ibu maut, anak parah dalam nahas

Posted: 28 Jun 2015 04:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, di Dungun semalam.

Dalam kejadian jam 7.05 pagi itu, Juzalina Johari, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Ketika kejadian, ibu kepada empat cahaya mata ini dalam perjalanan menghantar dua anaknya Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, dan Muhammad Shah Ikhwan Azmi Sham, 12, yang menuntut di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandu pemuda berusia 23 tahun dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Susulan rempuhan tersebut mengakibatkan murid perempuan darjah dua itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki manakala abangnya hanya cedera ringan pada bahagian tangan.

Pemandu kenderaan empat roda itu yang berasal dari Kampung Seberang Baruh Kiri, Kuala Terengganu turut mengalami kecederaan di bahagian dada dan bahu.

Bapa mertua mangsa Mahmad Jusoh, 61, berkata menantunya itu telah berjanji untuk menemaninya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Dungun semalam.

"Semalam mereka sekeluarga datang berbuka puasa di rumah kami di Kampung Seberang Pintasan dan sempat menyediakan ikan bakar sebagai juadah berbuka. Sebelum pulang ke rumahnya dia berpesan untuk menjemput saya pada jam 7.30 pagi," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Dungun.

Menurutnya, beliau menunggu hingga jam 7.40 namun tidak muncul-muncul sebelum adiknya datang ke rumah dan memaklumkan menantu dan cucunya terlibat dalam kemalangan,"

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan insiden tersebut.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Pulau Serai itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala kesemua mangsa yang cedera juga turut menerima rawatan di hospital sama.

"Anak perempuan mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana kecederaan parah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.- Bernama


 

Lembaga penasihat pencegahan rasuah selar LKS

Posted: 28 Jun 2015 04:01 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyelar tindakan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang didakwanya mempolitikkan isu dakwaan pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.

LPPR menyifatkan kenyataan anggota pembangkang DAP yang mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dilaksanakan pada Disember 2014, sebagai "tindakan tidak bertanggungjawab."

"Memandangkan isu itu masih disiasat, maka LPPR berharap semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh.

"Jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan imej Suruhanjaya itu," kata LPPR dalam kenyataan semalam.

LPPR ialah antara empat badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009 sebagai Panel Penilaian Operasi (PPO) suruhanjaya itu.

Tiga yang lain ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Kenyataan Lim itu turut dinafikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kelmarin, yang menyatakan proses pengesanan siasatan dijalankan pada Mac 2015 sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Akhbar Australia, The Age, melaporkan seorang pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne dalam penipuan hartanah.
  
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013.
 
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu yang dikenali sebagai Dudley International House daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli oleh Mara, yang menyediakan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.- Bernama


Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut

Posted: 28 Jun 2015 03:59 PM PDT


 
 
SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
 
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
 
"Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
 
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut," katanya kepada Sinar Online.
 
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
 
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
 
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
 
Sementara itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin yang mahu kedai mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai pendapatnya sendiri.
 
"Saya bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?
 
"Jika tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan dan berniaga?" katanya.
 
Terbaharu, Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan menegaskan kedai mamak akan terus beroperasi 24 seperti biasa.


Selesai isu air Selangor atau berundur

Posted: 28 Jun 2015 03:53 PM PDT

Abdul Khalid dan Azmin
 
 
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi 'menjentik' Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berhubung isu penstrukturan air yang masih belum selesai.
 
Menurut Abdul Khalid, beliau yakin rakyat Selangor kecewa dengan sikap kerajaan negeri serta Azmin sendiri yang dilihat seakan melengah-lengahkan proses pengambilalihan empat syarikat konsesi air.

"Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

"Sejak hari pertama mengepalai pentadbiran negeri pada hujung bulan September 2014 hinggalah ke hari ini, Menteri Besar bukan sahaja kelihatan sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal menggariskan satu pelan tindakan terperinci, lengkap dengan langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.

"Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalik retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan. 
 
"Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang sempat memberi 'amaran' sekali lagi kepada Azmin supaya Timbalan Presiden PKR itu segera meletak jawatan jika tidak berupaya menyelesaikan isu penstrukturan air.

"Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017.
 
"Saya yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu.
 
"Sekiranya Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam DUN Selangor sebelum ini. 
 
 
"Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dun Selangor dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini," katanya.
 
Semasa memegang tampuk pemerintahan Selangor, Abdul Khalid antara individu yang paling giat berusaha untuk menyelesaikan isu air di Selangor sehingga termeterainya perjanjian antara Selangor dengan Kerajaan Persekutuan.
 
 

Isu Mara: SPRM sedia terima kunjungan Kit Siang

Posted: 28 Jun 2015 03:51 PM PDT

 
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menerima kunjungan ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang sekiranya beliau mahu mendapatkan penjelasan daripada agensi pencegahan rasuah ini berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Australia.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan mengenai apa jua isu kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa.
 
"Ini adalah dasar dan pendekatan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional," kata beliau hari ini.
 
Abu Kassim mengulas kenyataan Kit Siang, Penasihat DAP dalam blognya hari ini.
 
Dalam kenyataannya, Kit Siang mendakwa SPRM tidak kompeten dan tidak efisien dalam tindakan berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd.‎
 
Katanya, beliau sedang mempertimbangkan untuk berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM untuk mendapatkan penjelasan sekiranya Ketua Pesuruhjaya boleh memberi jaminan bahawa akan memberi penjelasan yang memuaskan.
 
"SPRM mengalu-alukan kedatangan beliau sekiranya berhasrat untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil," kata Abu Kassim.
 
Abu Kassim menambah bahawa telah menjadi amalan pihaknya untuk menerima kunjungan mana-mana pihak bagi menjelaskan apa jua isu yang dibangkitkan.
 
"Malah, SPRM telah mengadakan siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin DAP di peringkat nasional dan negeri. 
 
"Ini termasuklah satu pertemuan pada awal April 2015 di Bangunan Parlimen, di mana kesemua isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen DAP telah diberi penjelasan dengan terperinci," kata beliau.
 
Selain itu, jelas Abu Kassim, DAP mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) iaitu Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan boleh mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa.
 
"Mana-mana pihak yang sangsi dengan fungsi dan peranan SPRM juga boleh menghubungi JKMR untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.
 
JKMR merupakan salah satu daripada lima badan bebas, yang ahlinya terdiri daripada kalangan ahli-ahli Parlimen, memantau perjalanan SPRM. 
 
Kata beliau, kesemua lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM lazimnya akan diberi makluman mengenai status kemajuan siasatan sesuatu kes jika dibangkitkan atau jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.
 
Semalam, SPRM menegaskan dakwaan Kit Siang bahawa isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd sudah diketahui SPRM sejak Disember 2014 adalah tidak benar sama sekali.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, SPRM hanya mula menerima maklumat daripada orang ramai pada Mac 2015, dan badan itu terus memulakan proses 'profiling' ke atas individu dan syarikat terlibat.
 
"Susulan itu, SPRM menerima kunjungan Polis Australia pada Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan polis Australia bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan bersama.
 
"Pada Jun pula, SPRM menghantar beberapa pegawai ke Melbourne untuk berbincang. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, pegawai SPRM sudahpun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja siasatan sebelum isu ini timbul," katanya.
 
Mohd Shukri berkata SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus, bebas dan profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
 
 

Tiada ulasan: