Ahad, 14 Jun 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


Disamping tentang hudud, peralatkan Melayu

Posted: 13 Jun 2015 09:50 PM PDT



Orang Melayu telah, sedang dan akan di peralatkan oleh DAP apabila masuk partinya. Contoh yang sangat jelas dan nyata calon Melayu yang bertanding di Parlimen Teluk Intan boleh kalah dengan undi yang merosot,

Sebaik sahaja DAP Kalah di Parlimen Teluk Intan, ramai penganalisis politik tanahair menyatakan politik DAP mmenghadapi sama gelap kerana boleh kalah di parlimen yang dimenangnya.

Pada hemat penulis kebanyakan penganalisis melakukan tanggapan yang salah. Kenapa. Kerana calon yang bertanding tempuh hari adalah calon Melayu perempuan pulak miskipun anak bekas orang kuat umno.

Penulis berani mengatakan jika calon DAP, China  kemungkinan besar DAP masih kekal dan menang dengan majority mudah.Kenapa DAP masih boleh menang lagi pada pilihanraya kecil itu.

Tidak lain dan tidak bukan, kerana orang china MCA dan GERAKAN tetap berpihak kepada DAP dalam suasana politik sekarang dan  ini jadi mudah untuk orang China memerintah Negara dalam PAKATAN RAKYAT  berbanding orang China dalam BN.

Pada hal parlimen Teluk Intan milik DAP yang dimenangi Scah Leong Peng dengan  27,399 undi mengalahkan  Datuk Mah Siew Keong (BN) yang dapat undi 20,086 dengan Majoriti 7,313 pada PRU 13. Mengapa boleh kalah. Pasti kerana calon DAP adalah Melayu dan BN Calon..

Oleh kerana itu pilihanraya Kecil tempuh hari DAP  meletakkan  calon Melayu atas nama suatu agenda "tersembunyi" disamping untuk ambil hati orang Melayu dan politik dominan yang tak dapat dilihat oleh kebanyakan bangsa Melayu. DAP sanggup kalah dengan undi yang sangat merosot.

Ini boleh kita jadikan ukuran bukti nyata dan jelas bahawa DAP memperalatkan Melayu.sehingga sanggup  kalah teruk dalam pilihanraya kecil tempuh hari demi untuk mengabui mata orang Melayu dalam arena politik tanahair. 

.

Tiada ulasan: