Ahad, 14 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pulau Pinang mulai pemecatan ahli Pas ....Selangor mu tunggu!

Posted: 14 Jun 2015 09:00 AM PDT

Mohamad Fadli 
June 14, 2015 PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota Pas yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

 Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

 Salah seorang ahli Pas, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

"Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014," petik isi kandungan surat berkenaan.

 Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru Pas mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

 Ia susulan penerimaan usul tanpa bahas pada Muktamar Pas ke-61 yang bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR)



Sedih, kesian kat anak isteri mereka yang tidak berdosa

Komen al-Husseyn :

Kita simpati dengannya. Bulan Ramadhan dan Hari Raya akan disambut dengan kesedihan....Inilah padahnya bila pemimpin terlalu ghairah ikut menari paluan gendang Umno/BN.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon, Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu. Apakah mereka juga bakal menerima nasib sepertinya dalam sedikit masa lagi? 

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka.

 "Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya. 

 Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu. Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri. 

Dalam muktamar PAS lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP.

Selangor....kamu tunggu! 

PAS nak kata apa lagi? Semua kata dah talak tiga!

Posted: 14 Jun 2015 07:00 AM PDT

pada 14-06-2015 01:06 Ditulis Oleh Syarifah Azmawati Syed Abdul Aziz

KUALA SELANGOR: PKR nampaknya menyertai DAP dan bertegas bahawa 'usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP' berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.

 Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata usul itu harus dijadikan dasar dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang ditegaskan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini. "Keputusan di dalam muktamar itu harus dijadikan dasar yang harus dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat. 

 "Ianya disebut dalam ucapan dasar Presiden PAS dan disebut dalam muktamar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor Bagi Fasa Ketiga di Auditorium Dewan Canselor Unisel, Kampus Bestari Jaya, pagi ini.

 Azmin berkata demikian selepas ditanya apakah ketetapan yang diambil PKR berhubung usul yang dibawa Dewan Ulama PAS, 3 Jun lalu.

 Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataannya menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

 Ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu, usul putus hubungan dengan DAP yang diluluskan Muktamar PAS tiada keperluan untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi lagi.

 "Saya tidak sedar bahawa Jawatankuasa PAS Pusat boleh membatalkan Muktamar, yang akan menjadi percanggahan dalam terma yang melanggar Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi PAS.

 "Peruntukan mana di dalam Perlembagaan PAS yang memberi Jawatankuasa PAS Pusat kuasa untuk membatalkan Muktamar?" soalnya dalam kenyataan itu.

 Azmin juga bertegas tiada keperluan PAS membawa usul itu untuk dibincang Majlis Syura Ulama.

 "Saya tidak kata setuju...Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi dan menjadi amalan setiap parti-parti politik.

 "Kalau Keadilan pun jika ada kongres, itulah keputusan muktamar atau pun juga dengan DAP yang diputuskan dalam kongres DAP, itulah keputusan muktamar. 

 "Saya percaya sepatutnya itu juga menjadi amalan dalam sistem demokrasi, apa yang diputuskan oleh kongres, perlu dipatuhi oleh semua pihak, " ujarnya.

 PAS sebelum ini menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama meskipun sudah diluluskan muktamar. Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu PAS membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat selepas Majlis Syura Ulama mengeluarkan hukum 'harus' menjalankan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

 Justeru, badan yang sama akan dirujuk bersabit usul itu sebelum apa-apa ketetapan dibuat, ujar Mustafa.

 Mustafa baru-baru ini dilaporkan digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung PAS, dan diganti dengan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.sumber

Berita yang boleh membuatkan walaun tersentap

Posted: 14 Jun 2015 05:00 AM PDT

DAP akan membincangkan cadangan Pakatan Rakyat baharu Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) dengan sebuah parti baharu bagi menggantikan PAS pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok.

 Ketua biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan apabila pemimpin tertinggi parti bertemu di ibu pejabat parti esok.

 "Ia sesuatu yang baru, dan kami akan bermesyuarat esok. Jadi ini adalah sesuatu yang akan dibincangkan," katanya.

PasMa semalam berkata, ia akan membentuk satu parti politik baharu dan mencadangkan pakatan baharu dibentuk yang terdiri daripada parti baharu, tidak termasuk PAS. - Baca lagi di sini

Yang haprak mudah lupa...

Posted: 14 Jun 2015 03:00 AM PDT

Bencana yang menimpa kehakiman kita tidak sekali-kali boleh timbul di Malaysia dan tidak sekali-kali boleh dilupakan oleh generasi-generasi akan datang.

Benar sekali apa yang pernah ditulis oleh Tun Mohamed Suffian dalam buku 'KEBEBASAN KEHAKIMAN' yang ditulis oleh Tun Salleh Abbas. 

   Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jangan ingat semua orang Melayu mudah lupa. Hanya Melayu yang haprak sahaja yang mudah lupa... Mahathir kata Yang DiPertuan Agong yang pecat Tun Salleh Abbas Baca lagi di sini.

Tun Mohamed Suffian dalam buku tersebut turut merakamkan kata-kata pujian mengenai peribadi Tun Salleh Abbas yang disifatkannya sebagai pakar undang-undang yang yang dikenali seluruh dunia, seorang yang jujur, arif dan budiman.

Beliau menyatakan rasa hairannya kenapa Tun Salleh Abbas di pecat waima beliau tidak membuat kesalahan jenayah (crime), bukannya kerana membuat perkara yang tidak bermoral atau tidak beretika, bukannya beliau hendak merampas kuasa ahli parlimen atau Pemerintah ..... :






Berita yang memalukan kerajaan PAS Kelantan dan Umno Kelantan

Posted: 14 Jun 2015 12:00 AM PDT

Walaupun ada perwakilan PAS membidas NGO yang membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka di Kelantan dituduh memberi imej buruk kepada kerajaan kerana kononnya mahu "bersaing" dengan kerajaan Kelantan dan cuba mencari nama untuk diri sendiriGabungan Impian Kelantan, inisiatif bersama Parti Demokratik Tindakan (DAP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan satu lagi program yang akan membuat kerajaan negeri Kelantan terkancing gigi.

Sebelum ini terdapat laporan berikut pada 27 Februari 2015 : 
Sebanyak 21 buah masjid yang rosak akibat banjir di negeri ini telah dibaik pulih melalui peruntukan hampir RM1 juta di bawah Tabung Ihsan Masjid Banjir Negeri Kelantan.
 Pengerusi tabung berkenaan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebanyak 61 lagi masjid yang turut rosak akibat bencana itu Disember tahun lepas, kini dalam proses dibaik pulih menggunakan peruntukan tabung berkenaan.
 Tabung berkenaan yang ditubuhkan atas inisiatif Badan Perhubungan Umno Kelantan kini mempunyai dana sebanyak RM10 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk individu dan korporat, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pemulihan Masjid Kampung Kubang Batang, Lemal , di sini.
Macam mana pula mesjid di Kampung Pasir Tumbuh Gua Musang boleh terlepas pandang? Saya rasa tentu ada mesjid lain juga turut terlepas pandang.Umno dan PAS Kelantan duk glewak depan gol... Laporan seterusnya :

DAP hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk membina sebuah masjid untuk masyarakat Islam di sekitar Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang Kelantan.

 Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.

 Kata Loke, pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengarahkannya membuat pengumuman itu.

 "Kami bersedia untuk membina masjid di Kampung Pasir Tumboh," katanya dalam ucapan di majlis penyerahan rumah Gabungan Impian Kelantan, tengah hari tadi.

 Rumah itu dibina dengan sumbangan orang ramai dan setakat ini sebanyak 40 unit siap dibina dan diserahkan kepada pemilik yang layak.

 Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000.

 Bantu atas dasar kemanusiaan.

 Menurut Loke, DAP berkarap penduduk dan jawatankuasa masjid di situ boleh bersepakat untuk membenarkan pembinaan dijalankan.

 "Kami membantu atas dasar kemanusiaan," katanya.

 Loke memberitahu, DAP memberi jaminan wang yang akan digunakan nanti adalah hasil sumbangan derma orang ramai dan bebas daripada sebarang unsur haram seperti judi.

 Sebelum itu imam Kampung Pasir Tumboh Abdul Mutalip Seman menegaskan penduduk setempat berharap ada pihak yang membina masjid mereka yang rosak teruk akibat banjir tahun lalu.

 "Bantuan daripada Gabungan Impian Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain, kini kami berjaya tinggal dalam rumah selesa semula.

 "Cuma yang masih rosak dan belum dibaiki sekarang ini adalah masjid kami.

 "Kami harap DAP dan pertubuhan bukan kerajaan lain sudi membantu membangunkan masjid pula," katanya.

 Menurut Abdul Mutalib, beliau dan penduduk kampung tidak ada masalah dalam soal siapa yang membina masjid berkenaan. 

Azmin sambut baik cadangan PasMa

Posted: 13 Jun 2015 09:00 PM PDT

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyambut baik cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini untuk pembentukan sebuah parti politik baru.

 Azmin, yang juga menteri besar Selangor, berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk membentuk parti politik mereka sendiri.

"Pertama, PR (pakatan pembangkang) akan melihat apakah idea-idea dan dasar Pasma sebelum membuat sebarang keputusan," katanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis peringkat negeri Selangor sempena menghampiri Ramadhan, di Shah Alam hari ini.

 Tambahnya, PR akan menerima mana-mana parti politik dan individu yang berkongsi idea-idea yang sama dalam perjuangan dan dasar-dasar mereka.

 Pasma telah mencadangkan pembentukan parti politik baru untuk mengekalkan kesinambungan PAS berikutan keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP pada perhimpunan agung ke-61 parti Islam baru-baru ini. - Bernama, 13 Jun 2015.

PasMa himpun NGO untuk bentuk parti

Posted: 13 Jun 2015 04:42 PM PDT

Faiz Zainudin | June 13, 2015
PasMa kekal sebagai NGO namun akan menjadi perancang utama untuk menyatukan NGO pro PR bagi menubuhkan sebuah parti baru.
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu bagi menggantikan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, PasMa kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun mereka akan menjadi perancang utama untuk menyatukan NGO pro Pakatan Rakyat (PR) yang lain bagi menubuhkan sebuah parti baru.

Ia dijangka akan dibentuk selepas Aidilfitri.



Tindakan itu dibuat susulan dasar parti sekutu dalam PR yang dianggapnya sudah terkubur selepas Muktamr Pas ke-61, menerima usul tanpa bahas parti itu untuk memutuskan hubungan politik dengan DAP dalam PR.

"Dengan senario politik yang berlaku dalam PR yang telah dibahaskan AJK PasMa setiap negeri, maka PasMa telah mengambil ketetapan untuk membuat keputusan bahawa parti politik baharu perlu ditubuhkan.

"Peranan PasMa dalam parti politik ini (baharu) ialah untuk memastikan kesinambungan peranan PAS dalam komponen Pakatan Rakyat sepertimana persetujuan yang dibuat sebelum krisis," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat PasMa di Shah Alam pada Sabtu.

Katanya, parti baru itu akan dbentuk melalui sebuah jawatankuasa penaja yang dianggotai oleh pelbagai NGO pro Pakatan.


Phahrolrazi menambah, pihaknya turut mencadangkan pembentukan PR baru perlu disertai DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin Pas pro pakatan yang tewas dalam pemilihan muktamar Pas lalu.

"Saya jangkakan dalam sebulan ini kita akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen lain dan NGO pro pakatan.

"Sebelum ini kita pernah membuat rundingan tak rasmi (DAP dan PKR), selepas ini kita akan lakukan secara rasmi untuk membentuk PR baru," katanya.-freemalaysiatoday

Tiada ulasan: