Khamis, 18 Jun 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Khairy Bawa Islam Liberal?

Posted: 18 Jun 2015 06:04 AM PDT



Dia ramai peminat dan penyokong. Sungguh bahaya!

Sultan Perkenan Ampun, Remit Baki Hukuman Penjara 11 Banduan

Posted: 18 Jun 2015 05:48 AM PDT

TAPAH, 18 Jun (Bernama) Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas, bersempena hari pertama Ramadan.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, semalam.

Beliau berkata kesemua 11 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada tahun 2009, di hadapan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

"Sultan Nazrin Shah telah membentangkan rayuan yang telah dipersembahkan secara terus kepada baginda oleh 11 banduan itu yang telah dikenakan hukuman penjara sepuluh bulan atas sabitan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razali berkata semasa Lembaga Pengampunan Negeri Perak mengadakan persidangan pada 5 Mei lepas iaitu sehari sebelum tarikh pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak, baginda telah membentangkan 12 rayuan yang dikemukakan oleh banduan yang telah dikenakan hukuman atas sabitan melibatkan diri dengan perhimpunan haram berkaitan.

"Dalam persidangan tersebut, baginda hanya berkenan atas ihsan dan budi bicara meremitkan baki hukuman penjara kepada hanya seorang banduan kerana banduan berkenaan sahaja yang mengemukakan rayuan secara sendiri kepada baginda.

"Baginda turut menzahirkan teguran bahawa rayuan oleh sebelas banduan lain adalah tidak teratur kerana telah dikemukakan oleh pihak ketiga di samping tidak dipersembahkan melalui Pegawai Yang Menjaga Penjara.

"Namun, kesemua sebelas banduan kali ini telah menyembahkan sendiri rayuan masing- masing melalui saluran yang betul," katanya.

Razali berkata Sultan Nazrin berpuas hati dengan ulasan Pegawai Yang Menjaga Penjara Tapah bahawa kesemua banduan telah menunjukkan keinsafan dan berkelakuan baik semasa menjalani hukuman penjara.

Katanya Sultan Nazrin amat berpuas hati dengan pengakuan keinsafan para banduan di atas kesalahan yang mereka lakukan dan janji para banduan untuk tidak mengulangi melakukan kesalahan tersebut.

"Setelah meneliti rayuan banduan-banduan, dalam semangat menghadapi bulan Ramadan, Baginda atas ihsan dan budi bicara telah menitahkan supaya sebelas banduan yang telah disabitkan kesalahan dan telah menjalani hukuman penjara sejak 18 Mac 2015 lalu.

"Kesemua mereka diremitkan baki hukuman penjara dan dibebaskan pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436 yang membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa dan menyambut syawal bersama kaum keluarga," katanya.

BERNAMA

MB Selangor Bertadarus di Masjid Tadi

Posted: 18 Jun 2015 04:32 AM PDT



Alhamdulillah. Semoga allah memberi kekuatan untuk azmin dalam menguruskan pentadbiran.

Semua Salah TG Haji Hadi?

Posted: 18 Jun 2015 04:17 AM PDT

● TGHH hanya teruskan hasrat TGNA dan rakyat kelantan utk laksanakan hudud - TGHH dituduh pengkhianat.

● TGHH menyelamatkah kerajaan PR negeri selangor dr tumbang akibat pergeseran dgn sultan lantaran kajang move - TGHH dituduh pengkhianat.

● TGHH menolak pelawaan anwar utk berjumpa dgn wakil Umno di london pada 2013 bagi membincangkan kemungkinan UG antara Umno-anwar-Pas - TGHH dituduh pengkhianat.

Begitulah TGHH - sentiasa dituduh pengkhianat walaupun tindakan dia betul belaka.

Ironinya, bila LKS propose UG antara Dap dan Umno BN atas alasan "selamatkan malaysia", puak2 yg tuduh TGHH pengkhianat pi sokong LKS lak tu.
Senyum aku di bulan mulia ni.

Tun mahathir di bazar ramadhan kg baru

Posted: 18 Jun 2015 03:38 AM PDT



Keadaan di sana sangat sesak dengan orang ramai.

DAP kata mereka tidak terburu-buru

Posted: 18 Jun 2015 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP tidak pernah buat sebarang keputusan terburu-buru, kata penasihat veteran DAP Lim Kit Siang.

Tegasan itu sekaligus membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menganggap tindakan PAS dan DAP dilakukan dengan tergesa-gesa.

Ujar Kit Siang, DAP kini cuba untuk membentuk pakatan politik baharu yang lebih kukuh.

Ini kerana, beliau melihat harapan dan mandat rakyat yang diberi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu perlu diteruskan sekaligus dilaksanakan pada PRU14 yang dijangka berlangsung pada 2017.

"Kami (DAP) cuba membentuk pakatan politik baharu kerana apa yang penting adalah harapan rakyat yang diberikan semasa PRU13 untuk melakukan perubahan perlu diteruskan dan dilaksanakan pada PRU14.

"Untuk merealisasikannya, kita perlukan satu pakatan bahar.

"Kami tidak mahu pakatan politik yang hanya mahu duduk di pejabat, sepatutnya pakatan yang berteraskan prinsip dan harapan rakyat.

"Di mana itu adalah polisi kerangka asas Pakatan Rakyat," ulas Kit Siang ketika ditemui di perkarangan lobi Parlimen pada Khamis.

Tambahnya, DAP kini mahu parti politik yang boleh memberi komitmen yang jitu untuk membawa perubahan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Ditanya berkenaan bagaimana kerajaan campuran di Selangor berfungsi jika DAP dan PAS tidak boleh duduk semeja, Kit Siang berpandangan, pimpinan Pakatan Rakyat perlu membuat keputusan.

"Itu terpulang kepada perkembangan yang akan berlaku. Lebih baik pemimpin-pemimpin di peringkat negeri Selangor untuk buat ulasan.

"Saya tiada nasihat apa-apa dan tidak menjadi penasihat kepada sesiapa," ujar Kit Siang.

Ditanya berkenaan sokongan DAP terhadap negeri-negeri yang dinaungi pakatan pembangkang, Kit Siang berpandangan kenyataan sokongan itu adalah hanya pada pentadbiran negeri Selangor dan bukan semua negeri.

"DAP masih memberi sokongan serta sedang bekerjasama dengan PKR di Selangor dan Pulau Pinang," tambahnya.

Guan Eng Sendiri Perlu Jawab Isu Tandatangan Surat Perjanjian Sokong Hudud – Lim Sian See

Posted: 17 Jun 2015 09:26 PM PDT

Facebooker Lim Sian Seemendakwa DAP double standard berkaitan isu hudud yang diperjuangkan salah satu parti kompenan Pakatan Rakyat, PAS.

Menurut facebooker itu terdapat dua tindakan dalam pimpinan DAP yang saling kontradik berkaitan isu hudud tersebut.
Satu pihak, DAP melalui Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada PR menggantung PAS daripada gabungan itu kerana menganggap aspirasi parti Islam itu tidak selari dengan polisi PR.

Gobind merujuk terhadap komen Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata bahawa hudud adalah lebih penting daripada menawan Putrajaya.

Kenyataan Mohd Amar yang disiarkan Malaysiakini kata Gobind adalah 'pengakuan jelas' daripada pihak PAS bahawa parti itu tidak serius memainkan peranannya dalam Pakatan untuk memenangi sokongan menawan Putrajaya, sebaliknya hanya menggunakan Pakatan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP dan PKR tidak bersetuju.

Manakala satu pihak lagi, DAP melalui Setiausaha Agung, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan polisi PAS menubuhkan Negara Islam.

"Tetapi tidakkah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan Hadi Awang dan bersetuju bahawa PAS boleh berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam (termasuk Hudud)?

"Berikut adalah surat perjanjian bersama bertarikh Apr 2013 ditandatangani oleh Guan Eng. Sila minta Guan Eng sekali lagi memastikan bahawa beliau memang menandatangani surat ini – beliau sudah mengesahkannya sekali, tetapi anda boleh meminta beliau untuk mengesahkannya semula,"kata Lim Sian See.

Menurut Lim Sian See, berkemungkinan besar surat perjanjian bersama di antara DAP dan PAS itu adalah benar kerana perkara itu pernah dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua pada April 2014.
"Pada akhir April (2014), Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah kata Guan Eng bersetuju dengan hudud oleh PAS. Tetapi Guan Eng menafikan dan melabel Tian Chua sebagai pendusta. (baca lanjut di sini)
"Beberapa hari kemudian, Presiden PAS, Hadi Awang berkata Guan Eng telah bersetuju dengan hudud oleh PAS. Tetapi Guan Eng menafikan dan meminta Hadi Awang menunjukkan bukti. (baca lanjut di sini)

"Kemudian selepas salinan surat yang ditandatangani bersama-telah diedarkan kepada media, Guan Eng tidak mempunyai pilihan dan mengakui (bahawa) surat itu sahih tetapi spin dengan berkata bahawa perjanjian itu adalah "tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan"
Ketika menjawab asakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Guan Eng dalam kenyataannya kepada themalaymailonline.com akhirnya mengakui bahawa beliau bersama Hadi menandatangani surat perjanjian tersebut.
"Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh kedua pihak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diri saya sendiri, mengapa Teng tidak menyebut bahawa perjuangan masing-masing dan kerjasama adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan?, " kenyataan Guan Eng dipetik.

Isu surat perjanjian bersama itu mula dibangkitkan semula oleh facebook pro ulama, El Haraki pada 16 Dis lalu yang mengesahkan bahawa DAP bersetuju dengan hasrat PAS melaksanakan hudud.
"Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau Manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuangan Adil Untuk Semua mengikut Perlembagaan Malaysia oleh DAP.

"PAS berhak memperjuangkan akidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berpelembagaan Berpalimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam..,"kenyataan perjanjian itu dipetik.
Persetujuan DAP membenarkan PAS memperjuangkan konsep Negara Islam membawa implikasi bahawa DAP bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud.

Tiada ulasan: