Khamis, 18 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar: Kerjasama negeri, parlimen diteruskan

Posted: 18 Jun 2015 08:03 AM PDT

KEADULAN DAILY


KUALA LUMPUR- Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa KEADILAN, DAP dan Pas supaya menumpukan perhatian kepada tiga negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam  perutusannya hari ini, Anwar berkata kerjasama itu perlu diteruskan di peringkat kerajaan negeri dan parlimen, meskipun Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal.

"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal Pakatan Rakyat.

"Namun secara (substance) hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Parlimen demi menentang kerakusan dan ketidakdilan secara tegas terhadap kerajaan Barisan Nasional masih kekal diteruskan.

"Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Anwar yang kini dijatuhi hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh mengirimkan pesanan itu menerusi Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah.

"Rakyat kini menanggung beban kenaikan harga barang dan perlaksanaan GST.

"Pemimpin parti bersama dengan NGO-NGO perlu berganding bahu menuntut perubahan dan menolak kerakusan kuasa dan rasuah kerajaan BN," tegasnya.

DAP pada 16 Jun lalu mengumumkan Pakatan tidak lagi wujud berikutan keputusan muktamar PAS meluluskan usul tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan parti itu.

Keputusan untuk membubarkan Pakatan itu disambut dengan reaksi pelbagai termasuk daripada pemimpin Pas sendiri yang menganggap ia merupakan pandangan DAP.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pula yakin Pakatan masih boleh diselamatkan meskipun adanya perbezaan antara ketiga-tiga parti terutama antara DAP dan PAS.

Parti baru akan bertanding di kawasan Pas- Phahrolrazi

Posted: 18 Jun 2015 07:54 AM PDT

 
Parti baru itu akan menggantikan Pas dan bergabung dengan DAP serta PKR di bawah 'pakatan baru.


Datuk Phahrolrazi Zawawi,pasma


PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuh oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) merancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang.

Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti itu akan menggantikan Pas oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud.

Bagaimanapun, parti baru itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon," katanya kepada FMT.

Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
 
Dia menaruh kepercayaan bahawa Pas tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baru.

Walaupun PR sudah tiada, kerjasama masih boleh diadakan

Posted: 18 Jun 2015 04:25 AM PDT

MSO



Anwar berharap kerjasama diteruskan.
Anwar Ibrahim menggesa ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan Pas meneruskan kerjasama di peringkat Parlimen dan di tiga buah kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam satu perutusan dari Sungai Buloh Anwar menegaskan kerjasama itu perlu demi untuk membela dan menyelamatkan rakyat dari terus ditindas oleh kerakusan dan ketidakadilan kerajaan UBN.

Beliau juga menzahirkan keyakinan sekiranya sikap politik profesional dipraktikan, yakin kerjasama antara tiga parti itu di peringkat negeri-negeri dan parlimen boleh dilakukan walaupun Pakatan Rakyat kini sudah tidak wujud lagi.


Pandangan dan gesaan Anwar itu sepatutnya diterima baik oleh ketiga-tga buah parti berkenaan dan menunjukkan satu sikap politik yang sedarhana dan berpandangan jauh daripada Anwar Ibrahim. Pandangan Anwar itu juga merupakan formula untuk menghuraikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini yang semakin rumit.

Azmin berucap dimajlis penyerahan kunci rumah mangsa banjir.
Dalam konteks ini keputusan Lim Guan Eng mengekalkan wakil Pas di Pulau Pinang, Salleh Man dalam kerajaan negeri, adalah satu tindakan yang baik dan profesional. Manakala kesediaan Salleh Man untuk berada dalam kerajaan Pulau Pinang itu memberi gambaran Adun itu tidak berfikiran jumud seperti Dewan Ulama Pas yang mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Adalah lebih baik dan bagus lagi kalau Guan Eng juga tidak emosi bertindak untuk meminta penjawat politik dalam berbagai agensi dan jabatan dalam kerajaan Pulau Penang yang dikenal pasti daripada Pas, agar melepaskan jawatan.

Guan Eng perlu memberikan peluang mereka berkhidmat setidak-tidaknya sampai habis tempoh kontrak mereka. Pengekalan itu bukan dilihat mereka orang Pas semata-mata untuk menunjukkan beliau terbuka, tetapi apa yang patut dipertimbangkan keupayaan mereka memikul tanggungjawab kepada rakyat.

Sesuai dengan seruan dan gesaan Anwar itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali juga seakan tidak tergugat dengan apa yang berlaku kini, tentang kemelut DAP dengan Pas. Kelmarin Azmin hadir ke upacara untuk menyerahkan replika kunci rumah mangsa banjir yang dibina oleh kerajaan Selangor kepada MB Kelantan Ahmnad Yaakob.

Jaminan dan sikap yang ditunjukkan Azmin, yang kerajaan Selangor akan terus membantu mangsa banjir suatu pendirian dan sikap yang perlu dipuji dan dicontohi oleh semua pihak. Kerjasama demi rakyat seperti itulah yang diingini dan diperjuangkan oleh parti politik apa lagi yang berkuasa. Jangan kemelut disebabkan kepentingan diri dan puak, telah memangsakan kepentingan rakyat.

Meneliti perkembangan hari ini, mengenai perbalahan Pas dengan DAP sehingga mereka tidak lagi duduk dalam satu pakatan, kita sedikit berasa hairan dan pelik dengan kepimpinan baru Pas yang bersikap acuh tidak acuh sahaja terhadap apa yang berlaku. Mereka seakan tidak terdengar ribut diluar selepas berada dalam rumah batu?

Sehingga kini belum kedengaran komentar atau pandangan daripada Presiden dan juga Timbalan Presiden Pas berhubung keputusan DAP yang mengistyharkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi. Bukan itu sahaja mereka berdua yang menjadi kepala kepada kepimpinan baru Pas juga seakan kepanikan dengan gelora dalam Pas waktu ini terutamanya apabila golongan yang kalah dalam pemilihan lalu sudah membuat pertemuan dan merancang kemungkinan menubuhkan wadah baru.

Situasi ini tidak sepatut dibiarkan begitu sahaja tanpa mereka berdua, presiden dan timbalan presiden memberi apa-apa komentar yang bernada memujuk atau menghalang sesiapa daripada memecah duakan Pas. Bukankah mereka lebih senang (syok) dikenali dengan pemimpin yang mewarisi (warsatu) ambia, tetapi kenapa mereka tidak mengambil Quran untuk menghuraikan masalah yang berlaku?

Hakikat yang perlu disedari terutamanya oleh Pas dan pimpinan baru parti itu tidak akan ke mana kalau berlaku perbalahan sehingga wujud sebuah lagi parti baru. Perwujudan parti baru tidak akan memberi untung kepada kedua-dua pihak. Lainlah kalau Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim berasakan agenda untuk menggabungkan Pas dengan Umno sudah semakin dekat. Gelora dalam Pas kini dan dengan kemenangan bergaya menguasi Pas, adalah peluang terbaik untuk merealisasikan impian itu, bergabung dengan Umno, dan keretakan yang berlaku kini tidaklah perlu diperbaiki lagi.

Mahfuz beri kata dua kepada Azmin

Posted: 18 Jun 2015 04:06 AM PDT

 
Jika enggan membubarkan DUN, Azmin perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.


mahfuz-omar_azmin-ali_pakatan_600



KUALA LUMPUR :Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi jalan terakhir bagi mengatasi kemelut politik di Selangor.

Kata dua itu diberikan bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jika enggan membubarkan DUN, dia perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

"Mahu tidak mahu Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (Pas atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran Negeri Selangor.

"Kalau PKR memilih DAP, maka Pas harus berundur.. kalau PKR memilih Pas, maka DAP harus berundur. Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan, dia boleh jadi parti mesra kerajaan," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua parti seharusnya menerima keputusan sekiranya PKR memilih salah satu daripada parti itu.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana PKR hanya mempunyai 13 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi, UMNO 12 kerusi dan satu kerusi bebas.

Lanun Indonesia disyaki tawan kapal Tangki MT Orkim Harmony

Posted: 18 Jun 2015 04:00 AM PDT

 
Ketua lanun bertutur dalam bahasa Indonesia ketika berunding dengan pihak berkuasa


kapal_MT-Orkim_600


PUTRAJAYA: Dianggarkan tujuh hingga 12 orang lanun yang memiliki senjata ringan disyaki berada dalam Kapal Tangki MT Orkim Harmony.

Berdasarkan pertuturan yang digunakan ketua kumpulan berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar tidak menolak kemungkinan ia membabitkan warga negara Indonesia.

Katanya rundingan masih diteruskan dan semua anak kapal dilapor berada dalam keadaan selamat.

"Semua 22 krew yang berada di dalam kapal tersebut diyakini berada dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Sementara itu, sumber APMM memberitahu , Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang telah ditemui itu berkemungkinan akan dibawa masuk ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

"Kami di sini telah bersiap sedia untuk menerima kapal berkenaan yang dijangka tiba pada bila-bila masa bergantung kepada seberapa cepat rundingan dengan perompak yang dibuat selesai," katanya kepada FMT.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui berhampiran perairan Kemboja.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ) yang menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu selepas pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika di utara Pulau Redang pada jam 3.45 petang Rabu.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Pinjaman diguna sebagaimana yang dinyatakan: 1MDB

Posted: 18 Jun 2015 03:55 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

TRP-Logo 1MDB
Kumpulan 1MDB turut merangkumi Edra Energy, salah sebuah syarikat penjana kuasa bebas terkemuka antarabangsa dengan portfolio 13 stesen janakuasa elektrik dan penyahgaraman di lima buah negara.


KUALA LUMPUR:  Syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan, pinjaman sebanyak USD150 juta kepada 1MDB oleh Export-Import Bank of Malaysia (EXIM) digunakan seperti mana yang telah dinyatakan di dalam terma perjanjian.

 

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda, berkata, secara sedia maklum bahawa Kumpulan 1MDB turut merangkumi Edra Energy, salah sebuah syarikat penjana kuasa bebas terkemuka antarabangsa dengan portfolio 13 stesen janakuasa elektrik dan penyahgaraman di lima buah negara.

 

"1MDB mengesahkan bahawa pinjaman tersebut digunakan sepertimana yang telah dinyatakan di dalam terma-terma perjanjian, iaitu untuk 'pembiayaan hal-hal korporat umum termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan modal kerja, perbelanjaan modal masa depan dan suntikan ekuiti untuk perniagaan tenaga di dalam Kumpulan Syarikat 1MDB'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat hari ini oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah tulisan blog, Arul berkata, ini adalah lanjutan daripada penerbitan dua tulisan blog sebelum ini oleh Tun Mahathir yang mengandungi beberapa kesilapan fakta mengenai 1MDB, yang mana pihak syarikat telah segera memberikan maklum balas secara terperinci dan dengan fakta yang disahkan.

"Kini, setelah dibentangkan dengan fakta oleh 1MDB, Tun Mahathir telah meminta bukti dalam bentuk dokumen. Seperti yang telah dijelaskan oleh 1MDB, kesemua bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1MDB telahpun dibentangkan kepada juruaudit bebas dan pihak-pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan. Pihak berkuasa ini seterusnya akan bertindak, mengikut proses yang sewajarnya dan mengikut undang-undang negara.

"Walaupun, 1MDB tetap fokus sepenuhnya terhadap pelaksanaan pelan rasionalisasi syarikat. Seperti yang telahpun dicapai melalui Edra Energy, pelan ini akan menyaksikan TRX dan Bandar Malaysia menjadi syarikat bebas yang bertanggungjawab penuh terhadap prestasi operasi dan kewangan mereka.

"Pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini mencerminkan komitmen 1MDB untuk mengurangkan tahap hutang keseluruhannya dan dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi ini, pihak syarikat yakin dapat menjana nilai maksimum untuk pemegang 100 peratus saham syarikat iaitu Kerajaan Malaysia," katanya.

Mahfuz berang 'pemainan hudud' Putrajaya

Posted: 18 Jun 2015 03:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk membolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencelah dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.

"Jawab sekarang! Hari ini hari terakhir bersidang. Kamu mahu tunggu sampai sidang mana? Ini satu permainan..." kata Mahfuz yang membantah sebelum Pandikar mengarahkan kedua-dua MP itu duduk.


 

1MDB guna pinjaman Exim Bank ikut terma perjanjian – Arul Kanda

Posted: 18 Jun 2015 03:40 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

Arul-Kanda-1MDB-M-600x360

 

 

KUALA LUMPUR:  1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan hasil pinjaman US$150 juta dari Export-Import Bank of Malaysia (EXIM) yang dimiliki Kementerian Kewangan digunakan mengikut perjanjian.

 

"1MDB mengesahkan hasil pinjaman itu digunakan mengikut terma perjanjian, iaitu untuk membiayai tujuan korporat am, termasuk, tetapi tidak terhad, untuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal hadapan dan penanaman ekuiti perniagaan tenaga dalam kumpulan syarikat 1MDB," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ia merupakan fakta yang diketahui umum bahawa 1MDB Group termasuk Edra Energy, dengan portfolio 13 loji kuasa dan penyahgaraman di lima negara.

Charles Santiago diarah keluar dewan

Posted: 18 Jun 2015 03:34 AM PDT

Charles Anthony Santiago Charles Anthony Santiago
 
 
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Charles Santiago (DAP-Klang) keluar meninggalkan persidangan Dewan Rakyat selepas beliau enggan menarik balik kenyataan yang disifatkan menghina Speaker.

"Alasan tidak masuk akal," kata Santiago sejurus penolakan usul yang dibawa olehnya ditolak oleh Pandikar sehingga mencetuskan suasana tegang seketika di dalam dewan.

Speaker menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang dikemukakan Charles bagi membincangkan masalah denggi atas alasan Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Denggi di peringkat Negeri selain melakukan beberapa operasi kawalan.

Sementara itu, dalam sidang medianya di Lobi Parlimen, Santiago berkata, usul itu perlu dibincangkan segera kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Malaysia.

"Semalam kita boleh membincangkan usul mengenai air kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

"Sepatutnya isu ini juga boleh dibincangkan bersama kerana sejak Januari hingga kini, sebanyak 144 kematian dicatatkan disebabkan denggi.

"Ini adalah peningkatan 100 peratus daripada jumlah kes tahun lalu," katanya.

Semua anak kapal MT Orkim Harmony ditemui selamat

Posted: 18 Jun 2015 03:26 AM PDT

SINAR HARIAN


MT Orkim Harmony Keadaan terkini kapal MT Orkim Harmony yang yang dipadam namanya menjadi Kim Harmon ditemui pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia ketika melakukan rondaan mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang. - Foto Twitter @ChiefofNavy.
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada 'Kim Harmon' dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - Bernama


DAP tidak kata PR tamat riwayat

Posted: 18 Jun 2015 03:22 AM PDT




Lim Kit Siang  
Kit Siang


KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menegaskan bahawa parti itu tidak pernah membuat pengumuman untuk menamatkan riwayat PR.

Kit Siang, bagaimanapun tidak menjelaskan parti mana yang harus dipersalahkan dalam isu tersebut.

"DAP tidak pernah membuat keputusan," katanya ringkas kepada pemberita di perkarangan Parlimen hari ini.‎

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan tindakan DAP mengumumkan penamatan PR adalah tergesa-gesa.

[ ARTIKEL BERKAITAN: PR belum mati, PKR optimis tumbangkan BN ]

Sementara menyentuh mengenai isu kerajaan Selangor Kit Siang berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

"Itu terpulang kepada perkembangan yang akan berlaku, dan lebih baik pemimpin-pemimpin di peringkat negeri Selangor yang  membuat ulasan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dilihat menjarakkan diri daripada menjawab spekulasi berhubung usaha Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang mahu menubuhkan sebuah parti baru.

Beliau dilihat tidak mahu mengesahkan sama ada parti baru itu akan membentuk satu pakatan rakyat baru yang akan menggabungkan kerjasama dengan dua lagi parti iaitu DAP dan PKR.

"Siapa yang cakap? Saya tidak melayan apa orang sangkakan?,".

"Saya masih belum berjumpa Pasma, jadi saya tidak boleh sebut ada di dalam DAP yang sudah jumpa Pasma," katanya.

Sementara itu, beliau juga dilihat tidak mahu menjelaskan kedudukan sebenar DAP dan Pas di Selangor walaupun sudah ada pihak mendesak kedua-dua parti itu berundur daripada Selangor selepas tamatnya gabungan pakatan rakyat.

"Saya belum baca itu, jadi lebih baik awak tanya Datuk Mahfuz apa ertinya (mendesak Pas dan DAP menawarkan diri daripada berundur di Selangor)?," katanya.

Malah ditanya adakah wajar pembubaran Selangor dibuat segera memandangkan politik Selangor yang semakin bercelaru, Lim bagaimanapun sekali lagi menegaskan keputusan pembubaran itu perlu diserahkan kepada Azmin.

"Saya rasa soalan itu lebih baik dijawab oleh Selangor."


Guan Eng tidak sependapat dengan Azmin

Posted: 18 Jun 2015 03:21 AM PDT




GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang mempercayai PR masih boleh diselamatkan.

Beliau meminta semua pihak supaya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bersetuju bahawa pakatan itu sudah berkubur.

Menurutnya, DAP sudah menyatakan pendiriannya berhubung status PR dan kini menyerahkan kepada rakyat untuk memahami situasinya buat masa ini.

"Saya rasa kita perlu rujuk semula kepada kenyataan Wan Azizah. itulah pendirian yang dibuat oleh parti. Masing-masing ada kedudukan, maka tidak perlu menyatakan sama ada nak terima atau tidak (perpecahan PR).

"Bila masa sesuai, saya akan buat kenyataan, buat masa ini, DAP sudah nyatakan pendiriannya dengan jelas bahawa PR tidak wujud lagi," katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, pentadbiran Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa.

[ARTIKEL BERKAITAN: PR belum mati, PKR optimis tumbangkan BN]

Kelmarin, Azmin berkata, ketiga-tiga parti dalam PR perlu mengadakan rundingan segera bagi mengelak berlaku perpecahan.

Beliau  turut mengakui ada perbezaan antara ketiga-tiga parti terutama antara DAP dan Pas tetapi yakin PR masih boleh diselamatkan.

Sementara itu, Wan Azizah dalam kenyataannya mengumumkan PR secara rasminya sudah tidak wujud namun Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

Guan Eng menambah, semua pihak perlu hadapi realiti bahawa PR terdiri dari gabungan tiga parti bukannya individu.

"Apabila Pas buat usul nak putus hubungan dengan DAP, maka dengan sendirinya PR tidak wujud lagi. Kita kena ingat, pakatan ditubuhkan dengan tiga parti,bukan tiga orang. PR bukan Hadi, bukan Kit Siang atau Anwar. PR adalah DAP, Pas dan PKR.

"Jangan kaburi mata rakyat dengan fitnah. Siapa yang cakap individu lebih penting dari parti (dalam PR). Apabila putus dengan DAP, maka PR tidak wujud lagi, jika tidak faham dengan kebenaran ini, saya rasa tidak perlu bincang lagi lah," katanya.

Kemelut PR ini bermula setelah satu usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas di muktamar Pas baru-baru ini.

Susulan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan bahawa PR tidak wujud lagi kerana PR terdiri dari tiga parti dan bukan individu.


Ada atau tiada? Anwar pula berkias-kias

Posted: 18 Jun 2015 03:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika ramai mahukan jawapan pasti berkaitan status terkini Pakatan Rakyat, pemimpin kanan PKR terus memberikan jawapan tidak jelas dan seperti mengelak-elak.

"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal Pakatan.

"Namun secara substance (hakikat), kerjasama antara ketiga-tiga parti di peringkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Parlimen demi menentang kerakusan dan ketidakadilan secara tegas terhadap kerajaan BN masih kekal diteruskan," kata bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada penjelasan lanjut diberikan berhubung bentuk kerjasama jelas masa depan PKR, PAS dan DAP.

Malah, dalam kenyataan ringkas lima perenggan itu, Anwar hanya menggesa tumpuan diberikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan untuk menunjukkan kepedulian pada masalah rakyat berdasarkan dasar bersama Pakatan.

Dalam kenyataan sama, Anwar mengajak "pemimpin parti" bersama dengan NGO berganding bahu menuntut perubahan dan menolak dakwaan kerakusan kuasa dan rasuah kerajaan sedia ada.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail juga memberikan jawapan kabur bahawa gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal.

Bagaimanapun, Azizah yang juga isteri Anwar, berkata semangat dan permuafakatan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

Dan atas semangat sama dan tertakluk kepada dasar bersama Pakatan, katanya, PKR akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Setakat ini hanya DAP mengeluarkan kenyataan jelas bahawa Pakatan tidak wujud lalu susulan keputusan muktamar PAS awal bukan ini yang memutuskan hubungan dengannya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang setakat ini masih berdiam diri manakala Majlis Syura parti Islam itu juga masih belum mengumumkan tarikh akan bersidang bagi menyelesaikan kemelut itu. 


Perampas MT Orkim Harmony minta dilepaskan

Posted: 18 Jun 2015 03:06 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai tuntutan untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.
  
Beliau berkata buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio.
  
"Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal.
  
"Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan kesemua kru selamat dan tidak diapa-apakan. Kesemua kru selamat.
  
"Mereka perompak (perampas) minta dibebaskan dengan selamat dan tidak ditangkap serta dicederakan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu," katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
  
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
  
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.-Bernama
 
 

K'jaan P Pinang pecat ahli majlis PAS

Posted: 18 Jun 2015 03:04 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai DAP hari ini memecat ahli majlis tempatan daripada PAS yang belum meletakkan jawatan ekoran pembubaran Pakatan Rakyat.

Exco kerajaan tempatan negeri Chow Jon Yeow berkata dua wakil PAS yang mana tempoh ditamatkan iaitu Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

"Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat makluman mengenai pembatalan tersebut pada Rabu 17 Jun 2015.

"Sebelum pembatalan lantikan tersebut, Yacoob dan Omar telah dilantik sebagai ahli Majlis atas penamaan dari PAS pada Januari tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataannya, Chow berkata Yacoob mengangkat sumpah sebagai ahli MBPP pada 8  Jan dan dilantik ke dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Tetap Perancangan Pemajuan dan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam.

Sementara Omar pula, kata Chow, telah dilantik sebagai ahli MPSP sejak 2014 dan dilantik semula pada tahun ini selaku ketua whip kepada ahli Majlis bagi PAS untuk 2015.

"Dan (beliau) telah dilantik ke dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan, dan, Jawatankuasa Lalulintas dan Infrastruktur," katanya. 
 
 
 

FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh

Posted: 17 Jun 2015 10:13 PM PDT

A Kadir Jasin

 

MUTAKHIR, 16 Jun – Saham FGV semalam merudum ke paras paling rendah sejak diniagakan di Bursa Malaysia pada tahun 2012 apabila pelabur menolak pembeliannya ke atas Eagle High Plantations (EHP), Indonesia. Ia jatuh 21 sen kepada RM1.65 sesaham. Firma penyelidikan pasaran, CIMB Equities Research, memberi penarafan negatif kepada pembelian EHP. Katanya harga yang dibayar oleh FGV terlalu mahal berbanding dengan semua metrik (asas) penilaian.

MUTAKHIR, 15 Jun – Pelabur tidak teruja dengan pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FGV. Walaupun FGV mendakwa penilaian berdasarkan "enterprise value" (nilai perniagaan) itu berpatutan, tetapi pelabur tidak yakin. Sahamnya jatuh di Bursa Malaysia kepada RM1.68 jam 12.29 tengah hari tadi berbanding RM1.86 apabila digantung 11 Jun.


POSTING ASAL
 

PADA pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.

EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri (kehormat).

Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib


Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.

Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.

Dalam urus niaga itu, FGV membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham. Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.

Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.


1. Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.

2. FGV nampak sangat murah hati walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.

3. Contohnya, keuntungan tahun 2014 jatuh daripada RM1.56 bilion kepada RM826.4 juta kerana kemarau. Bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac) keuntungannya jatuh 98 peratus kepada hanya RM3.6 juta manakala harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada kurang daripada RM2 sekarang.

4. Jadi adakah ini masa yang sesuai bagi FGV membuat pembelian dan pada harga yang jauh melebihi harga pasaran?

5. Ini menyebabkan penganalisis membuat andaian bahawa urus niaga itu lebih berupa operasi membantu Rajawali dan Peter Sondakh.

6. Adalah pengetahuan umum di kalangan pemerhati dan penganalisis pasaran yang Rajawali mungkin mengalami tekanan setelah percubaannya mengapungkan syarikat perlombongan emas miliknya tahun lalu gagal akibat kurang sambutan pelabur.

t
FGV dan Rajawali Satu Strategi

7. Lojiknya FGV membeli saham-saham EHP dengan harga diskaun kerana sektor perladangan kini dalam suasana lembap. Lagipun, bukan semua tanah milik EHP sudah mengeluarkan hasil. Daripada pegangan seluas 419,006 hektar, baru 147,298 hektar ditanam. Bakinya masih hutan belantara.

8. Memandangkan harga sahamnya sendiri amat rendah maka FGV terpaksa menyerahkan lebih banyak saham kepada penjual EHP. Saham FGV ditutup pada kadar RM1.85 pada 11 Jun.

9. Ada ramalan mengatakan FGV mungkin diambil balik (taken private) oleh Felda dan ditarik keluar daripada Bursa Malaysia kerana penarafan pasaran yang hambar.

10. Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan penggiat korporat dan pemerhati politik bahawa Sondakh sangat akrab dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor. Sejak 2010 Sondakh dikatakan menjadi "penasihat" Mohd Najib mengenai Indonesia.

11. Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia.

Peter Sondakh, Mohd Najib dan Rosmah


 12. Macam banyak saham syarikat komoditi, saham EHP juga jatuh di Bursa Indonesia (ISX) sebelum 'ditolak-naik' kepada sekitar 400 rupiah. FGV membeli saham-saham tersebut dengan harga 800 Rupiah, sekali gus memberikan keuntungan atas kertas 100 peratus kepada penjual EHP.

13. Pembelian oleh FGV juga bercanggah dengan arahan Kementerian Kewangan bertarikh 26 Disember lalu kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun agar memberhentikan sementara pembelian aset di luar negara bagi mengurangkan pengaliran keluar modal dan membantu menjana ekonomi domestik. Atau Mohd Najib, yang juga Mentor Felda, membuat pengecualian bagi membolehkan urus niaga itu.

Mungkin Sondakh Jelma Dalam 1MDB? 

Dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) Jalan Tun Razak sudah dijual terus atau secara usaha sama kepada dua pelabur asing – Lend Lease, Australia dan Mulia Group, Indonesia.

Apakah ada kemungkinan Rajawali atau Sondakh sendiri akan menjadi pembeli seterusnya? Sondakh suka kepada urus niaga berkembar. Misalnya, selepas menjual syarikat telekomunikasinya, Excelcomindo Pratama, kepada Telekom Malaysia pada pertengahan tahun 2000, beliau membeli aset perhotelan Khazanah Nasional Berhad di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Penjualan tanah yang diperoleh dengan harga murah dari kerajaan kepada pelabur tempatan dan asing dengan harga tinggi memperkukuhkan pendapat bahawa 1MDB adalah skim cepat kaya.

Kita tidak memerlukan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan kalau sekadar untuk beli tanah dan jual tanah macam orang kampung beli tanah dan pecah jadi lot untuk dijual.

Seorang pemaju hartanah Bumiputera yang pernah membeli tanah kerajaan untuk dimajukan berkata, apa yang dibuat oleh 1MDB sekarang tidak lebih daripada membeli tanah kerajaan dengan harga yang murah kemudian menilainya semula dan menjual sebagai lot pada harga yang berganda-ganda tinggi.

Katanya, siapa pun boleh melakukan kegiatan seperti itu tanpa memerlukan modal besar dan kepakaran. Tambahnya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB tidak lebih daripada perniagaan atas angin atau perniagaan Ali-Baba.

Maklumat mutakhir pasaran berkata, 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah syarikat swasta, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sama ada untuk membeli atau membangunkan bersama tanah bandar Malaysia di jalan Sungai Besi itu.

Antara syarikat yang disebut sebagai berkemungkinan memajukan tapak Bandar Malaysia ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Malton Berhad yang dimiliki oleh billionaire Desmond Lim Siew Choon.

Laporan media pada tahun 2010 berkata, kerajaan bersetuju konsortium membabitkan 1MDB, LTAT dan Malton Berhad membangunkan Pangkalan TUDM Sungai Besi menjadi Bandar Malaysia.

Sementara itu, sumber-sumber perakaunan pula berkata apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB sekarang adalah bagi menjustifikasikan aset, hutang dan tanggungannya supaya selaras dengan kehendak Suruhanjaya Syarikat dan mematuhi piawaian perakaunan negara sambil cuba memberi gambaran bahawa tidak berlaku kesalahan tadbir urus atau pelanggaran undang-undang.

Wallahuaklam.

Ahli Pas keluar parti lepas Aidilfitri?

Posted: 17 Jun 2015 09:49 PM PDT




Ahli Pas keluar parti lepas Aidilfitri? Barisan jawatankuasa baharu Pas Kawasan Besut penggal ini turut menyaksikan golongan pro Pasma ditolak perwakilan.
 
 
BESUT - Ramai dalam kalangan ahli Pas terutama di negeri ini didakwa akan menyertai parti baharu yang bakal dilancarkan selepas hari raya, yang digerakkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Pengerusi Pasma Negeri Terengganu, Abdul Aziz Abas mendakwa, ramai dalam kalangan penyokong dan ahli Pas termasuk di kawasan Besut menyatakan persetujuan untuk menyertai parti baharu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pada peringkat awal ini tidak ramai yang menyatakan pendirian masing-masing secara terbuka kerana mengambil pendirian pihak yang ke hadapan terlebih dahulu.

"Dalam keadaan sekarang biasanya orang kita, mereka mahu ada orang ke depan terlebih dahulu baru ikut, dan bilangan akan bertambah apabila pimpinan besar peringkat negara turun padang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada program Penerangan dan Perjumpaan Ahli Pasma di Markaz Tarbiah Pondok Bukit Puteri dekat Gong Kedak di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Agung Pasma Malaysia, Che Nordin Che Hussin dan ahli PKR Cabang Besut.

Abdul Aziz berkata, kehadiran hanya lebih kurang 10 orang pada perjumpaan itu tidak menggambarkan kurang sokongan terhadap usaha Pasma menubuhkan parti baharu kerana sebelum ini telah ramai yang menyatakan hasrat mereka.

Beliau turut menafikan pertemuan pada malam itu adalah untuk pengumuman keluar parti Pas beramai-ramai, sebaliknya program yang telah dirancang dalam kalangan ahli Pasma sebelum Muktamar Pas berlangsung baru-baru ini.

"Pusingan pertama program penerangan dan ceramah Pasma akan dilakukan sepanjang Ramadan ini di seluruh negeri dan selepas sambutan hari raya nanti, kepimpinan Pasma akan mengumumkan parti baru," katanya.


Boleh bekerjasama dengan DAP

Sementara itu, Che Nordin berkata, Pasma akan menggerakkan parti baharu bagi menggantikan Pas dalam PR bagi menghadapi BN dalam PRU akan datang.

Kata beliau, parti baharu itu adalah sebuah parti agama, tetapi yang boleh bekerjasama dengan DAP mahupun PKR kerana hanya melalui kerjasama ini baru dapat menumbangkan BN.

"Sudah ramai menyatakan sokongan terhadap usaha Pasma terutama daripada golongan profesional, mahasiswa dan rakyat.

"Ramai ahli parlimen dan Adun dari parti pembangkang juga menyokong kita. Golongan profesional inilah yang digelar 'Jebon' selama ini bekerja dan merancang sehingga banyak kejayaan dicapai oleh PR dalam pilihan raya lepas," katanya.

Pas Besut tak rasa tergugat

Sementara itu, Pas Kawasan Besut tidak melahirkan rasa bimbang dengan kewujudan parti baharu itu.

Yang Dipertuanya, Wan Azhar Ahmad berkata, Pas Kawasan Besut tidak melihat usaha Pasma mendapatkan ahli baharu khususnya daripada Pas merupakan cabaran kepada parti itu.

Menurutnya, selagi Pas berpegang kepada matlamat asal penubuhan iaitu memperjuangkan syariat Islam, selagi itulah Pas akan berdiri kukuh sejak dahulu lagi.

"Saya lihat usaha Pasma adalah yang terbaik untuk pergerakan itu serta Pas, iaitu mereka boleh memisahkan matlamat mereka dengan matlamat Pas untuk agama dan juga Pas boleh membersihkan dalaman parti itu," katanya

PM, menteri Kabinet ikrar derma organ

Posted: 17 Jun 2015 09:47 PM PDT

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak
 
 
 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berikrar sebagai penderma organ yang turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Farida Mohd Ali semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 17 Jun 2015.

lkrar ini memberi sinar harapan kepada Iebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di Malaysia.

Beberapa Menteri Kabinet juga telah berikrar sebelum ini antaranya Datuk Seri Dr S Subramaniam, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin. 

lkrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma organ selepas meninggal dunia.

Seseorang yang telah berikrar dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya kerana berdasarkan peruntukan Akta Tisu Manusia 1974, hanya ahli keluarga sahaja yang berhak untuk memberi kebenaran untuk menderma organ simati pada saat kematian.

Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1970 telah mengharuskan pendermaan organ.‎

lkrar Perdana Menteri dan pemimpin - pemimpin lain memberi harapan kepada Iebih 19,000 pesakit yang memerlukan.

Rakyat Malaysia disarankan untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengelak penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi seterusnya mengelak penyakit kegagalan organ seperti buah pinggang.  ‎

Kementerian Kesihatan menghargai sumbangan dan sokongan pemimpin tanah air terhadap kempen derma organ yang dijalankan oleh pihak Kementerian. -  Bernama


Ketahui suami nikah lagi selepas nahas

Posted: 17 Jun 2015 09:44 PM PDT

Ketahui suami nikah lagi selepas nahas
 
 
KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.

Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.

Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.

Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan, terkejut menerima berita buruk itu.

"Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

"Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini," katanya.

Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi daripada ibu saudaranya sebelum bergegas ke HKT bersama ayahnya, Abd Rahman Ali, 58.

Katanya, dia mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik tiba di balai polis.

"Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu tiga hari lalu.

"Saya dan abang hanya dua beradik. Selepas abang tidak tinggal bersama, saya jarang berbual dengannya. Malah akhir-akhir ini, dia (nampak seperti) tidak seceria selalu," katanya ditemui di unit forensik HKT, semalam.

Jenazah dibawa untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Ford Fiesta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru, bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor Bahru.

"Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan berkembar dua hala serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan," katanya.

Pengurup wang 'kehabisan stok' Ringgit Malaysia

Posted: 17 Jun 2015 09:39 PM PDT

SINAR HARIAN


Pengurup wang 'kehabisan stok' Ringgit Malaysia Nilai matawang ringgit jatuh menyebabkan orang ramai menyerbu pusat pengurup wang. - Foto Yahoo News.
 
 
SINGAPURA - Warga Singapura dilaporkan berebut-rebut untuk menukar wang Dollar Singapura (SGD) ke mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan telah menyebabkan kaunter pengurup wang kehabisan stok.

"Kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk RM dan terpaksa mengusir beberapa pelanggan yang masih cuba mendapatkannya," kata pengurup wang Raffles  Place, R Tang, 46.

Laporan Yahoo News menyebut, Tang juga meletakkan nota 'Kehabisan Ringgit' di kedainya, Jumaat lepas.

Sementara itu, M.M Shariff Traders di The Arcade pula membuat pengumuman: 'Tiada lagi Ringgit!'.

Difahamkan, keadaan ringgit pada nilai paling rendah menyebabkan sesetengah rakyat Singapura yang ingin bercuti berebut-rebut menukar nota RM.

Sehingga Selasa, 16 Jun, kebanyakan pengurup wang menjual RM pada 2.78 kepada SGD.

Tinjauan di Collyer Quaq, The Trade juga mendapati tiga pusat pengurup wang kehabisan stok RM manakala yang lain memberitahu stok semakin susut.

"(Keadaan) ini sangat bagus untuk kami, tiba-tiba semuanya menjadi murah. Tepung susu sangat mahal di sini (Singapura), menjadikan perjalanan ke Malaysia adalah berbaloi," kata eksekutif pemasaran, Julie Yeo, 37.

"Simpan (RM) sekarang, boleh guna kemudian," kata pesara, Tan Kok Keng, 69.

"Saya tidak pernah lihat nilai RM sangat rendah. Bayangkan, tidak lama dahulu, RM2 bersamaan dengan SGD1," katanya Kok Keng lagi.


MT Orkim Harmony dikesan di perairan Kemboja

Posted: 17 Jun 2015 09:36 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
  
Ketika dihubungi Bernama di ibu negara hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.
  
Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu telah ditukar nama dan catnya.
  
Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
  
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.-Bernama
 
 
 

Anwar beri keterangan terhadap Shafee hari ini

Posted: 17 Jun 2015 09:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberi keterangan kepada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara (ASDB) hari ini terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dakwaan salah laku.

Peguam Anwar Sivarasa Rasiah mengesahkan bahawa pemimpin de facto PKR it dijadual memberi keterangan hari ini, tetapi bantahan awal yang dibuat oleh Shafee terhadap salah seorang ahli panel ASDB, perlu didengar terlebih dahulu.

"Isu itu perlu diselesaikan sebelum Anwar boleh memberi keterangan di prosiding itu, di mana kita mungkin membantah terhadap bantahan awal Shafee itu," kata Sivarasa kepada Malaysiakini.

Beliau berkata aduan terhadap Shafee ialah bertindak dalam konflik kepentingan dan pelanggaran peraturan etika dalam menerima pelantikan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menjadi timbalan pendakwa raya dan menjalankan pendakwaan dalam perbicaraan Liwat II bagi pihak pendakwa di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.


"Aduan itu difailkan oleh Anwar tahun lepas," kata Sivarasa (gambar).

Shafee juga bertindak bagi beberapa ahli politik yang berkaitan dengan Umno dan BN dalam saman yang difailkan oleh Anwar dan antara mereka ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S Nallakaruppan.

Prosiding ASDB, seperti yang dijalan terhadap peguam kanan
Datuk Cecil Abraham dan anaknya Sunil Abraham, akan dijalankan secara tertutup, di hadapan panel tiga anggota lembaga.

Shafee, 63, yang juga pengerusi suruhanjaya antara kerajaan Asean mengenai hak asasi Manusia, menjadi tumpuan sekali lagi selepas peguam kanan Tommy Thomas dan Mahkamah bekas Hakim Mahkmah Rayuan, VC George, membentangkan usul terhadapnya kerana perilakunya semasa melakukan jelajah selepas keputusan kes Liwat II.

Usul itu dijadual didengar sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM)  Badan Peguam Malaysia, tetapi Shafee memfailkan saman terhadap Tommy, George dan Bar Malaysia dan memperolehi injunksi sehari sebelum AGM, untuk menghalang usul itu dibentangkan dan dibincangkan.

Kes itu kini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan membuat keputusan pada 23 Jun ini sama ada untuk membenarkan permohonan Majlis Peguam dan Tommy dan George untuk membatalkan saman Shafee itu atau memberikan injunksi inter-parte terhadap pihak-pihak yang dinamakan oleh Shafee.

Dr M: 1MDB sembunyi di balik 'kerahsiaan'

Posted: 17 Jun 2015 09:24 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas 1MDB yang didakwanya bersembunyi di sebalik "kerahsian kerajaan" untuk melindungi dirinya daripada kritikan beliau terhadap dana pelaburan yang bermasalah itu.

"Untuk semua kritikan saya, 1MDB hanya boleh kata semuanya salah. Tapi tak ada bukti yang diberikan. Jawapannya sentiasa mengenai kerahsiaan urusan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1MDB, enggan membenarkan telaga minyaknya digunakan sebagai cagaran untuk pinjamannya.

Menurutnya, kerajaan persekutuan menjadi penjamin bagi pinjaman RM5 bilion itu adalah kerana Terengganu menolaknya.

"Mengapa Terengganu menarik diri daripada cadangan awal kerajaan persekutuan supaya pengeluaran masa depan telaga minyaknya menjadi cagaran?

"Tidak ada kertas kabinet dibentangkan mengenai pinjaman 5 bilion itu. Keluarkan kertas itu untuk orang ramai lihat. Sudah tentu anda akan kata kertas kabinet adalah rahsia," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.


'Tiada siapa sekat surat buat Anwar di penjara'

Posted: 17 Jun 2015 09:22 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kiriman kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkumi surat, poskad dan buku kiriman tidak disekat oleh pengurusan penjara.

Menteri dalam negeri menjelaskan setakat ini kiriman-kiriman itu mengikut ketetapan Peraturan-peraturan penjara 2000 serta prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Penjara.

"Kemudahan dan peralatan lain juga tidak dihalang dari diberikan kepada Datuk Seri Anwar sepertimana kemudahan dan peralatan yang diberikan kepada banduan lain berasaskan ketetapan peraturan dan prosedur penjara," katanya dalam jawapan bertulis parlimen. 


Hutang dijamin kerajaan cecah RM172 bilion

Posted: 17 Jun 2015 09:20 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hutang kerajaan dijamin pada akhir tahun 2014 berjumlah RM172 bilion, atau 14.7 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK), kata kementerian kewangan.

"Jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2014 adalah sebanyak RM172.0 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK.

"Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek-projek infrastruktur DanaInfra dan Prasarana yang terlibat dalam infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.

"Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat," katanya.

Menteri kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada MP Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Fauzi dalam soalannya kepada kementerian itu meminta penjelasan jumlah terkini hutang negara.

Beliau turut meminta sebarang bentuk surat jaminan atau surat sokongan mengenai jumlah hutang itu termasuk nisbah kepada GDP negara. 


Tiada ulasan: