Kelab Greenboc |
Anda Pasti Kenal Wajah Penjenayah Terkenal Ini.. Posted: 01 Jun 2015 11:50 PM PDT Kota Kinabalu: Penjenayah terkenal Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin. Lelaki berusia 44 tahun itu merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar ditangkap bersama-sama dengan isterinya berusia 24 tahun dan bayi perempuan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan. Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api. Polis, bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya. Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain. Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa. Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. BERITA SEBELUM INI: Adik Noh Omar Diburu Polis Sabit Kes Tembak |
[BERGAMBAR] Sayang PAS Dan Perkukuhkan PR, Pilih Mereka Ini Menerajui PAS Posted: 01 Jun 2015 07:52 PM PDT Menepati slogan PAS FOR ALL, dan menjunjung resolusi muktamar setiap tahun yang meminta Pakatan Rakyat diperkukuhkan, maka berikut ialah calon-calon Pro-PR yang perlu di berikan sokongan para perwakilan. Sekalipun dituduh pro-DAP, mengikut telunjuk DAP atau anti-ulama dan digelar dengan pelbagai gelaran buruk, namun usah perdulikan tuduhan, fitnah dan cacian itu kerana ia hanyalah rekaan dan luahan golongan yang cemburu dengan perjuangan mereka selama ini yang telah berjaya merapatkan hubungan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Mereka yang terdiri dari gabungan ulama dan progresif yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan profession, yang sebenarnya pendokong aspirasi PAS FOR ALL dan merekalah yang menjadi tonggak harapan PAS untuk memperkukuhkan PR dan menumbangkan UMNO BN di dalam pilihanraya nanti. Ustaz Ahmad Awang TIMBALAN PRESIDEN Mohamad Sabu NAIB PRESIDEN Datuk Husam Musa Salahuddin Ayub Datuk Mahfuz Omar AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT (pilih 18 orang saja) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus Ustaz Abd Ghani Samsudin Dr. Abu Bakar Mohamed Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu) Aminolhuda Hassan Dr. Dzulkefly Ahmad Hanipa Maidin Dr. Hatta Md Ramli Khalid Samad Lahirul Lagitu Mazlan Aliman Misbahul Munir Masduki Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin Dr. Muhaimin Sulam Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob Dr.Siti Mariah Mahmud Taufek Abd Ghani Zulkifli Mohd Omar KETUA DEWAN PEMUDA NAIB KETUA DEWAN PEMUDA KETUA DEWAN MUSLIMAT TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT GRAFIK TAMBAHAN DAN JANGAN SEKALI-KALI DILUPAKAN PESANAN INI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan