Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Akar Umbi PAS Letak Jawatan Dan Keluar Parti...
- Bergaduh Kerana Rebut Tapak Pasar Ramadhan
- [BERGAMBAR] Kumpulan Profesyenal Tolak Perlantikan
[VIDEO] Akar Umbi PAS Letak Jawatan Dan Keluar Parti... Posted: 12 Jun 2015 01:37 AM PDT Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu. Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam. Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar. "Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini," kata mereka. Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman. -mk ULASAN GB Pertama kali berlaku di dalam sejarah PAS, dimana ahli-ahli PAS meletak jawatan dan keluar parti selepas muktamar diadakan. Mereka bertindak demikian kerana "kecewa kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam. Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, lebih mengejutkan di Telok Bachok Kelantan, [MENGEJUTKAN] Markas PAS Diroboh, Bendera PAS Dibakar Protes Keputusan Pemilihan (?) Kempen Ulama PAS memenag paling kotor di dalam muktamar yang baru-baru ini. Dan mereka kemudian menang besar. Hairankah kita dengan kemenangan itu? Berkatkah kemenangan mereka itu? GB sudah ulas sebelum ini. Berlaku lagi, seperti tahun lepas, segolongan Pemuda PAS dengan gelagat "memboo". |
Bergaduh Kerana Rebut Tapak Pasar Ramadhan Posted: 11 Jun 2015 11:09 PM PDT 1 Ramadan yang menandakan bermula ibadah puasa bagi umat Islam dijangka tiba tujuh hari lagi, namun gara-gara Bazar Ramadan, sekumpulan penjaja dan peniaga kecil di bandar ini sudah berkelahi sesama sendiri. Kejadian tercetus di perkarangan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kelmarin. Puncanya adalah perebutan lot tapak bazar untuk berniaga sepanjang Ramadan nanti. Insiden bermula jam 2 petang apabila sekumpulan lelaki mencetuskan provokasi ketika Pengerusi Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) Razali Zakaria sedang mengadakan sidang media bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mengarahkan mereka mengosongkan tapak Bazar Ramadan tempat mereka berniaga sejak tiga tahun lalu. "Di tengah sidang media sedang berlangsung, sekumpulan samseng menimbulkan provokasi dengan mengusir kami," Razali menjelaskan kepada The Rakyat Post. Perselisihan faham itu kemudian merebak menjadi adegan bergasak yang didakwa dimulakan seorang pegawai MPS yang berada di situ. Menurut Razali, pihak penjaja PUDS telah menyediakan stok bekalan untuk berniaga pada sepanjang Ramadan dan juga musim perayaan yang menyusul. Sehubungan itu mereka berharap dapat terus berniaga di tapak yang diduduki, sebaliknya diarah mengosongkan tapak masing-masing oleh MPS. "Wujud unsur hasad dengki dengan mencemarkan nama penjaja Uptown Dataran Senawang dan menggantikan mereka dengan sekumpulan kroni," dakwa Razali. Katanya lagi, sejak dua tahun lalu, penjaja tidak pernah berdepan sebarang masalah apabila memohon MPS mengizinkan mereka terus berniaga di tapak yang diduduki sejak 2012. "Masalah hanya mula timbul selepas perubahan dalam pengurusan bahagian perlesenan MPS awal tahun ini," dakwa beliau. "Kami tidak kisah untuk berkongsi lokasi berkenaan dengan peniaga lain, cuma lebih suka berniaga di tapak yang biasa," jelas Razali. Bagaimanapun cerita berbeza keluar daripada kumpulan yang satu lagi. "Ada cabutan undi dibuat oleh MPS pada Isnin bagi menentukan lot untuk Bazaar Ramadhan dan Razali hadir tetapi tidak mencabut undi," kata Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Sembilan, Noor Hafiz Mohammad Razali. Noor Hafiz mendakwa Razali bertindak keluar meninggalkan proses cabutan undi, mengakibatkan 51 penjaja di bawahnya terjejas manakala beliau pula dapat memastikan tapak perniagaan untuk 40 penjaja di bawahnya terjamin. Seorang daripada penjaja terlepas peluang mendapat lot untuk berniaga, Siti Maryam Madzim berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya. Siti Maryam Madzim berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya. "Saya hanya mengetahui melalui mesej dalam kumpulan Whatsapp akan ada sidang akhbar serta protes hari ini dan saya pun datang untuk mengetahui cerita sebenar," wanita berusia 27 tahun itu bercakap kepada pemberita dengan linangan air mata. Razali kemudiannya membuat laporan mengenai pergaduhan itu di Balai Polis Rahang. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut. -rakyatpost |
[BERGAMBAR] Kumpulan Profesyenal Tolak Perlantikan Posted: 11 Jun 2015 08:10 PM PDT Pemimpin PAS tersingkir tolak pelantikan, tumpu pada akar umbi Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama. Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat. "Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja. "Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini. Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas. Menurut sumber, sikap Salahuddin menolak sebarang jawatan ini dikongsi semua pemimpin kumpulan profesional yang ditewaskan baru-baru ini. Ia disuarakan secara bertulis oleh bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad dan Abang Ahmad Kerde Abang Masagus selain bekas AJK Muslimat Wan Aishah Wan Arifin. Sikap ini diambil berdasarkan pendirian kumpulan ulama PAS, sebagaimana yang disuarakan ketuanya yang baharu Datuk Dr Mahfodz Mohamed, melalui wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas. "Sekarang ni, saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat. "Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura saja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah. "Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama, maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar PAS. "Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh," kata Mahfudz kepada akhbar milik Umno itu yang dikatakan sangat menghiris hati kumpulan profesional. Ia menjadi penyebab langsung mereka menolak sebarang pelantikan. Bagaimanapun, susulan membuat keputusan tidak memegang jawatan, mereka tidak akan berdiam diri tetapi akan bertemu ahli PAS seluruh negara dan mendengar pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju. Salahuddin berkata beliau akan cuba menjadi pendengar yang baik dan "mendengar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting, apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini". "Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akademia, budayawan dan bukan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. Sementara itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa golongan ulama sebagai 'duri dalam daging kepada PAS' akan membuat sidang meja bulat bagi membincangkan masa depan PAS 13 Jun ini di Shah Alam. "Kami panggil semua pemimpin negeri kami dan juga menjemput pemimpin badan bukan kerajaan menyertai sidang ini bagi memberikan input apa yang patut kami buat selepas apa yang berlaku dalam muktamar lepas," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider. Selepas mencapai kata sepakat, mereka akan menyampaikan keputusan dan pandangan itu kepada pihak yang perlu di dalam PAS kerana hampir semua ahli dan aktivis PasMa merupakan ahli parti Islam itu. -TMI
ULASAN GB GB ucapkan syabas kepada golongan profesyenal... anda terbilang walaupun terbuang. Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akan tetap bersama kalian. Mereka meraikan ketibaan tuan-tuan: Kepada kumpulan "ulamak" yang kini menerajui kepimpinan parti, (sekalipun dengan cara "cai" bukan dengan istikharah dan dengan cara memboo rakan seperjuangan dari kalangan professional, bukan dengan menjaga susila dan akhlak Islam), laksanakan tugas dan kewajipan kerana kamu yang tersangat ingin untuk memegang jawatan-jawatan berkenaan. GB tertarik dengan satu komen dari ahli akar umbi: Perebutan jawatan amat memalukan. Selama ini saya begitu hormat kepada ustaz-ustaz dan ulama-ulama. Tetapi mereka berperangai jahat berkonspirasi merebut jawatan-jawatan di peringkat kawasan-kawasan sehingga mengenepikan kumpulan professional. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan