Khamis, 11 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Sahkah poligami politik di Selangor? PKR Selangor tak boleh ‘berpoligami’, – harus pilih antara DAP atau PAS

Posted: 11 Jun 2015 11:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

KOMEN: Nampaknya tempoh 'bulan madu' pakatan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat, yang menempuh 'kebahagiaan berumahtangga' berikutan tsunami politik tahun 2008 mungkin akan tamat tidak lama lagi, dan PKR Selangor perlu memilih antara PAS dan DAP yang telah berenggang. 

Apa yang jelas daripada petunjuk-petunjuk yang dihantar oleh kedua-dua bekas rakan sepakat ini, adalah PKR tidak boleh 'berpoligami' di negeri industri ini, kerana ia mesti memilih antara kedua-duanya. "...

Jika dia memilih DAP, maka PAS perlu menarik diri. Tetapi jika dia memilih PAS, maka DAP perlu keluar," ini adalah 'kata dua' yang disampaikan oleh DAP Selangor kepada kepimpinan PKR negeri ini. 

Tony PuaTony Pua Seperti yang dilaporkan oleh theSundaily, ketua DAP negeri Tony Pua berkata sedemikian sebagai mengulas pendapat ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bahawa PKR, yang memimpin kerajaan negeri, kini perlu membuat pilihan di antara kedua-duanya. 

Jika keputusan tidak dibuat, kata Pua, ia bukan sahaja tidak baik kepada kerajaan negeri tetapi juga bagi parti-parti individu yang membentuk pakatan itu, dan ini akan melemahkan parti mereka. 

Menteri Besar, Azmin Ali dari PKR sebelum ini telah memberitahu parti-parti itu yang mereka tidak boleh lupa bahawa mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Azmin dilaporkan mahu kedua-dua parti ini menghentikan persengketaan mereka, dan terus berkhidmat kepada rakyat.

"Sudah tentu kami berbeza pendapat, tetapi sebagai wakil rakyat, kami juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap orang-orang yang mengundi bagi kami," katanya, mengingatkan semua bahawa ia adalah mandat rakyat terhadap Pakatan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri. 

"Ketika orang ramai menyokong kami dalam pilihan raya yang lalu, mereka meletakkan harapan mereka kepada kami. 

Oleh itu, kami perlu mengetepikan semua masalah, ego dan rasa tidak puas hati peribadi kita demi rakyat," tambah Azmin. Daya maju Pakatan sebagai sebuah parti politik dipersoalkan selepas persengketaan DAP-PAS berkenaan hudud telah dinyalakan semula, dan menjadi lebih buruk dengan kelulusan usul parti Islam itu untuk memutuskan semua hubungan dengan DAP dalam muktamarnya baru-baru ini. 

Kepimpinan ulama PAS, yang membersihkan golongan progresif profesional dari semua jawatan tertinggi kecuali satu, bagaimanapun sedang berdolak dalik kerana mereka mendakwa bahawa usul itu masih belum diterima oleh Majlis Syura, sebelum dijadikan dasar parti. 

MB Selangor itu juga dilaporkan memberitahu parti-parti yang bertelagah itu supaya tidak menumpukan terhadap masalah, dan berusaha mencari penyelesaian. "Jangan melihat krisis sebagai kelemahan. Jangan melihat ia sebagai satu masalah. 

Krisis ini perlu dilihat sebagai peluang kepada semua pemimpin untuk mengenepikan ego mereka dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka," kata Azmin.

Perlu diingatkan bahawa walaupun falsafah politik bertentangan DAP dan PAS pada masa-masa tertentu hampir bersifat emosi, konflik antara kedua-dua sebenarnya diburukkan lagi oleh perbalahan dalaman di antara puak-puak dalam PKR. 

Sebagai contoh, Serampang Kajang PKR dan seterusnya krisis MB Selangor, kedua-duanya adalah disebabkan konspirasi untuk menjatuhkan menteri besar ketika itu, Khalid Abu Bakar, kerana orang-orang lain dalam parti itu sedang mengintai kerusinya. 

Walaupun PAS dan DAP mungkin telah menggunakan kedua-dua peluang ini untuk menyerang satu sama lain, kita tidak boleh menafikan bahawa kesilapan PKR sendiri yang menjadikan keadaan semakin buruk. 

Mungkin, ia yang telah mencetuskan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keadaan semasa yang menyedihkan. 

PKR mungkin sedang menuai apa yang telah ia tanam di masa lalu. Dan adalah ironis untuk Azmin memberitahu DAP dan PAS supaya ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan harus menjaga mandat rakyat, dan mengetepikan konflik peribadi dan partisan. Ironis kerana ia adalah partinya sendiri, jika bukan beliau sendiri, yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Khalid, MB Pakatan yang telah 'diundi' rakyat.

Walau apa pun, mungkin Azmin boleh menafikannya, tetapi dia perlu membuat pilihan itu, dan secepat mungkin. 

Melainkan keajaiban berlaku dan sama ada ketokohan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan boleh menyembuhkan Pakatan sekali lagi, atau presiden parti Wan Azizah Wan Ismail boleh membuat mereka berbaik-baik semula. Tetapi mungkin tidak ada apa yang dapat dilakukan bagi menyatukan Pakatan sekali lagi. 

Tetapi kenyataan Azmin tepat bahawa pemerintahan Pakatan di Selangor tidak terjejas oleh krisis itu, kerana PKR hanya memerlukan salah satu daripada PAS atau DAP dan 15 kerusi DUN masing-masing untuk terus membentuk kerajaan Selangor. 

Tetapi bentuk kerajaan negeri itu mungkin akan sangat berbeza jika PAS dan DAP terus berenggang. Di akhir hari, PKR harus memilih, dan mereka harus dilihat membuat pilihan yang tepat.


Posted by mountdweller.

Sahkah poligami politik di Selangor? PKR Selangor tak boleh 'berpoligami', – harus pilih antara DAP atau PAS 07:30PM Jun 10 2015 oleh Hazlan Zakaria KOMEN: Nampaknya tempoh 'bulan madu' pakatan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat, yang menempuh 'kebahagiaan berumahtangga' berikutan tsunami politik tahun 2008 mungkin akan tamat tidak lama lagi, dan PKR Selangor perlu memilih antara PAS dan DAP yang telah berenggang. Apa yang jelas daripada petunjuk-petunjuk yang dihantar oleh kedua-dua bekas rakan sepakat ini, adalah PKR tidak boleh 'berpoligami' di negeri industri ini, kerana ia mesti memilih antara kedua-duanya. "...Jika dia memilih DAP, maka PAS perlu menarik diri. Tetapi jika dia memilih PAS, maka DAP perlu keluar," ini adalah 'kata dua' yang disampaikan oleh DAP Selangor kepada kepimpinan PKR negeri ini. Tony PuaTony Pua Seperti yang dilaporkan oleh theSundaily, ketua DAP negeri Tony Pua berkata sedemikian sebagai mengulas pendapat ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bahawa PKR, yang memimpin kerajaan negeri, kini perlu membuat pilihan di antara kedua-duanya. Jika keputusan tidak dibuat, kata Pua, ia bukan sahaja tidak baik kepada kerajaan negeri tetapi juga bagi parti-parti individu yang membentuk pakatan itu, dan ini akan melemahkan parti mereka. Menteri Besar, Azmin Ali dari PKR sebelum ini telah memberitahu parti-parti itu yang mereka tidak boleh lupa bahawa mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Azmin dilaporkan mahu kedua-dua parti ini menghentikan persengketaan mereka, dan terus berkhidmat kepada rakyat. "Sudah tentu kami berbeza pendapat, tetapi sebagai wakil rakyat, kami juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap orang-orang yang mengundi bagi kami," katanya, mengingatkan semua bahawa ia adalah mandat rakyat terhadap Pakatan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri. "Ketika orang ramai menyokong kami dalam pilihan raya yang lalu, mereka meletakkan harapan mereka kepada kami. Oleh itu, kami perlu mengetepikan semua masalah, ego dan rasa tidak puas hati peribadi kita demi rakyat," tambah Azmin. Daya maju Pakatan sebagai sebuah parti politik dipersoalkan selepas persengketaan DAP-PAS berkenaan hudud telah dinyalakan semula, dan menjadi lebih buruk dengan kelulusan usul parti Islam itu untuk memutuskan semua hubungan dengan DAP dalam muktamarnya baru-baru ini. Kepimpinan ulama PAS, yang membersihkan golongan progresif profesional dari semua jawatan tertinggi kecuali satu, bagaimanapun sedang berdolak dalik kerana mereka mendakwa bahawa usul itu masih belum diterima oleh Majlis Syura, sebelum dijadikan dasar parti. MB Selangor itu juga dilaporkan memberitahu parti-parti yang bertelagah itu supaya tidak menumpukan terhadap masalah, dan berusaha mencari penyelesaian. "Jangan melihat krisis sebagai kelemahan. Jangan melihat ia sebagai satu masalah. Krisis ini perlu dilihat sebagai peluang kepada semua pemimpin untuk mengenepikan ego mereka dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka," kata Azmin. Perlu diingatkan bahawa walaupun falsafah politik bertentangan DAP dan PAS pada masa-masa tertentu hampir bersifat emosi, konflik antara kedua-dua sebenarnya diburukkan lagi oleh perbalahan dalaman di antara puak-puak dalam PKR. Sebagai contoh, Serampang Kajang PKR dan seterusnya krisis MB Selangor, kedua-duanya adalah disebabkan konspirasi untuk menjatuhkan menteri besar ketika itu, Khalid Abu Bakar, kerana orang-orang lain dalam parti itu sedang mengintai kerusinya. Walaupun PAS dan DAP mungkin telah menggunakan kedua-dua peluang ini untuk menyerang satu sama lain, kita tidak boleh menafikan bahawa kesilapan PKR sendiri yang menjadikan keadaan semakin buruk. Mungkin, ia yang telah mencetuskan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keadaan semasa yang menyedihkan. PKR mungkin sedang menuai apa yang telah ia tanam di masa lalu. Dan adalah ironis untuk Azmin memberitahu DAP dan PAS supaya ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan harus menjaga mandat rakyat, dan mengetepikan konflik peribadi dan partisan. Ironis kerana ia adalah partinya sendiri, jika bukan beliau sendiri, yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Khalid, MB Pakatan yang telah 'diundi' rakyat. Walau apa pun, mungkin Azmin boleh menafikannya, tetapi dia perlu membuat pilihan itu, dan secepat mungkin. Melainkan keajaiban berlaku dan sama ada ketokohan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan boleh menyembuhkan Pakatan sekali lagi, atau presiden parti Wan Azizah Wan Ismail boleh membuat mereka berbaik-baik semula. Tetapi mungkin tidak ada apa yang dapat dilakukan bagi menyatukan Pakatan sekali lagi. Tetapi kenyataan Azmin tepat bahawa pemerintahan Pakatan di Selangor tidak terjejas oleh krisis itu, kerana PKR hanya memerlukan salah satu daripada PAS atau DAP dan 15 kerusi DUN masing-masing untuk terus membentuk kerajaan Selangor. Tetapi bentuk kerajaan negeri itu mungkin akan sangat berbeza jika PAS dan DAP terus berenggang. Di akhir hari, PKR harus memilih, dan mereka harus dilihat membuat pilihan yang tepat. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

MH 370 - Russia berjaya 'mengcheckmate' Amerika...??

Posted: 11 Jun 2015 10:15 PM PDT

Disembunyikan dalam bangunan bawah tanah Kem Tentera Udara Sevastopol, Ukraine...

MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah

  
Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

Baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid
Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.
Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.
2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.
Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.

Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.

Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.

Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu diruang udaranya. 

Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?

Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara

Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-

(1) Percubaan untuk bunuh president Angola(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, (4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.


Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370

Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " . 

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi.. 

Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand.
  Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.

Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine.... 


Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.
Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....

TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.

 
 Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)

Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine
 

Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)

Anda nak bukti lagi nah ambik ni...

Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.
 

 Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia 

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia 
 

 Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17 

Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya: 


Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd... Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.
Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat MH 17.

 Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing hitamkan.

TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.

Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir *y)

Takiyuddin dilantik setiausaha agung, PAS tangguh pengumuman pujuk pemimpin OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

Posted: 11 Jun 2015 09:30 PM PDT


Zack Ahmad's photo. Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dijangka akan diumumkan sebagai setiausaha agung PAS yang baharu menggantikan Datuk Mustafa Ali, kata sumber.

.Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dijangka akan diumumkan sebagai setiausaha agung PAS yang baharu menggantikan Datuk Mustafa Ali, kata sumber. – itu kepada The Malaysian Insider yang enggan nama disiarkan.

Seorang lagi pemimpin PAS memberitahu The Malaysian Insider, pelantikan Takiyuddin akan memudahkan perjalanan parti itu kerana Hadi selesa bekerja dengannya.

"Hadi memang dah lama suka kat Takiyuddin. Lepas ni lebih mudah untuk PAS bergerak," katanya.
Usaha The Malaysian Insider untuk menghubungi Takiyuddin dan Mustafa masih belum membuahkan hasil.

Tuan Ibrahim memberitahu pemberita pada Rabu PAS hanya akan mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat baharu serta biro parti pada 21 Jun depan.

Takiyuddin sebelum ini merupakan penolong setiausaha agung dan bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kelantan.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat itu juga memutuskan untuk melantik bekas ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai ketua penerangan baharu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar.

Selain itu, Exco Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menjadi bendahari PAS bagi menggantikan Asmuni Awi.

PAS juga memutuskan untuk melantik Salahuddin Ayub, Mahfuz dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang kalah dalam muktamar lepas sebagai AJK PAS Pusat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena tidak mahu memberikan sebarang komen ketika dihubungi.

Salahuddin dalam kenyataan terbaru berkata beliau hanya selesa menjadi ahli biasa selepas tidak terpilih menjadi naib presiden baru-baru ini.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.

"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS yang ditewaskan buat pertama kali itu kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas. – 12 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Cuma kritikan seorang kerabat, kata ahli MT Umno

Posted: 11 Jun 2015 08:45 PM PDT

 
Cuma kritikan seorang kerabat, kata ahli MT UmnoPandangan negatif Tengku Mahkota Johor terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menggambarkan pandangan semua kerabat diraja, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata tiada tinjauan dibuat bagi membuktikan kerabat lain turut berkongsi pandangan dengan Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, anak kepada sultan Johor itu.

"Oleh kerana seorang Tengku Mahkota (kata begitu), tidak bermakna seluruh kerabat tidak gembira dengan Najib.

"Tidak kisahnya sama ada baginda sultan masa depan Johor, baginda hanya individu yang meluahkan pandangannya," katanya yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

Razak pada 5 Jun lalu tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan, sekali gus tidak bertembung pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendapatkan penjelasan.


Mengulas perkara itu Tunku Ismail pada 5 Jun berkata orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Kenyataan itu mengejutkan banyak pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tajuddin terdapat juga kerabat negeri lain yang menyokong kepimpinan Najib seperti di Pahang dan Perak. - M'kini

SAHAM JATUH TERUK: FGV MOHON DAGANGAN DIGANTUNG.

Posted: 11 Jun 2015 08:00 PM PDT

Bob Kelanang's photo.Mantera pembuka;

Niat insong mata kaji Semar inseng - maksudnya "Lepas makan Semar berak".


Mantera penutup;

Rampong ngiseng Semar tilem - maksudnya "Lepas berak Semar tidur."


Semar adalah nama orang...sukahatilah korang nak letak nama sapa kat situ.

Friday, June 12, 2015

Apa khabar agaknya Makcik dan Pakcik di Felda yang dah diperbodohkan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini ya..

Dulu bila Pakatan Rakyat bantah, Makcik dan Pakcik tak percaya.. Makcik dan Pakcik kata ini semua fitnah..
Makcik dan Pakcik percaya sangat auta si Najib tu.. 

Sekarang tunggu sajalah.. untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.. tapi nampak menghala ke arah tenggelam dah ni.. kalau tenggelam kelam lah masa depan..

Tanah Makcik, tanah Pakcik nak tergadai atau apa.. apa Iso Samek tu peduli.... dio dah kayo dah..

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memohon dagangan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung mulai 9 pagi esok, sehingga satu pengumuman penting dibuat.

Bursa Malaysia dalam pengumumannya hari ini berkata, sehubungan itu dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan digantung pada masa sama.

Saham FGV ditutup pada RM1.86, turun 6 sen dengan 3.37 juta saham bertukar tangan hari ini lapor 

Bernama

Anwar mohon panggil bekas pengarah JSJK buktikan konspirasi Liwat 2

Sekiranya permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Ramli Yusuff berjaya, beliau akan memberi keterangan sebelum semakan kehakiman kes Liwat 2 di Mahkamah Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015Sekiranya permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Ramli Yusuff berjaya, beliau akan memberi keterangan sebelum semakan kehakiman kes Liwat 2 di Mahkamah Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-mohon-panggil-bekas-pengarah-jsjk-buktikan-konspirasi-liwat-2#sthash.VCjFuc2e.4mgNDn5j.dpuf

Anwar mohon panggil bekas pengarah JSJK buktikan konspirasi Liwat 2

Sekiranya permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Ramli Yusuff berjaya, beliau akan memberi keterangan sebelum semakan kehakiman kes Liwat 2 di Mahkamah Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015Sekiranya permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Ramli Yusuff berjaya, beliau akan memberi keterangan sebelum semakan kehakiman kes Liwat 2 di Mahkamah Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-mohon-panggil-bekas-pengarah-jsjk-buktikan-konspirasi-liwat-2#sthash.VCjFuc2e.4mgNDn5j.dpuf

Masalah 1MDB selesai jika Najib letak jawatan, kata Dr M

Posted: 11 Jun 2015 07:30 PM PDT


Masalah 1MDB selesai jika Najib letak jawatan, kata Dr M Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan apabila mengatakan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diselesaikan jika perdana menteri itu berbuat demikian dan siasatan penuh dapat dilakukan.

Bekas perdana menteri itu berkata, siasatan tidak dapat dijalankan selagi Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB masih kekal berkuasa.

"Krisis ini boleh ditamatkan serta-merta jika perdana menteri meletakkan jawatan dan siasatan penuh boleh dibuat terhadap RM42 bilion yang dipinjam 1MDB.

"Selagi beliau masih kekal, tiada siasatan telus boleh dibuat," katanya dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc.

Katanya, laporan polis sebelum ini terhadap 1MDB dan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan kontroversi itu, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low jelas tidak membawa sebarang hasil.

"Individu yang membuat laporan pula diisytiharkan bankrap, rumahnya disita dan dijual, malah disiasat kerana pengubahan wang haram membiayai pengganas," kata Dr M merujuk kepada ahli Umno yang dipecat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dr Mahathir berkata, Najib perlu berundur dan jika siasatan 1MDB mendapatinya bebas daripada sebarang salah laku, beliau boleh kembali semula sebagai perdana menteri.


"Jika tiada kesalahan jenayah dikenal pasti dan semua wang dapat dipulangkan, Najib boleh kembali semula sebagai perdana menteri dan memimpin Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.

Katanya, krisis yang wujud sekarang disebabkan Najib "menubuhkan 1MDB, meminjam wang pada jumlah yang besar dan rugi berbilion ringgit".

Katanya, krisis bertambah parah jika Najib kekal menjadi perdana menteri dan BN kalah dalam PRU akan datang sehingga menyebabkan keadaan huru-hara di negara ini.

"Berdasarkan kepentingan dan keprihatinan rakyat terhadap kerugian yang dihadapi 1MDB, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Pihak yang terlibat mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka perlu dihukum.

"Kesannya mungkin terjadi satu krisis, tetapi wajarkah kita membenarkan pencuri mengambil berbilion ringgit hanya untuk mengelakkan krisis," katanya.

Najib dalam tulisan blog terbaharu menafikan duit 1MDB lesap dan menyalahkan Dr Mahathir kerana bercakap separuh benar, menyindir dan memutarbelitkan kenyataan hanya kerana mahu pandangannya dilihat sedap dan menarik.

1MDB kini sedang disiasat Bank Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ketua audit negara selepas mencatatkan jumlah hutang RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun sejak penubuhannya. – TMI

 

Memang saya punca krisis 1MDB, kata Tun M

Posted: 11 Jun 2015 07:00 PM PDT


Memang saya punca krisis 1MDB, kata Tun MSHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tuduhan Perdana Menteri yang mendakwa beliau penyebab berlakunya krisis pada hari ini sebagai satu cubaan Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua pihak menerima episod kehilangan wang berbilion ringgit serta menganggap sebarang salah laku tidak dilakukan.

Menurutnya, kehilangan wang disebabkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya, pihak yang bertanggungjawab perlu diadili.

"Perdana Menteri kata Dr M (sayalah) di sebalik krisis ini. Saya akan akui bahawa saya di sebalik 'krisis' ini. Saya di sebaliknya kerana wujud ketakutan dalam negara ini.

"Dengan menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib cuba mahu kita menerima kehilangan wang berbilion Ringgi dan berlagak seperti tiada salah laku dilakukan. Dari kepentingan dan kebimbangan yang ditunjukkan orang ramai atas kerugian dialami 1MDB, perkara ini tidak boleh diabaikan. Orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum.

"Krisis mungkin akibatnya tapi adakah kita wajar membiarkan pencuri mencuri berbilion ringgit hanya kerana mahu mengelakkan krisis?," katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.

Sebelum ini, Najib berkata Dr Mahathir telah mendakwa beliau menimbulkan 'masalah lebih besar' terhadap negara sedangkan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri termasuk serangan dan laungan pembohongan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, banyak pihak mengetahui kehilangan wang berbilion ringgit yang itu disebabkan 1MDB namun mereka takut tindakan yang bakal menanti daripada pihak kerajaan.

"Mereka tahu kerana melihat bukti kehilangan itu tapi mereka takut akan tindakan yang bakal dikenakan oleh kerajaan terhadap mereka. Mereka mungkin hilang kerja, kontrak atau pangkat dan sebagainya.

"Jadi, mereka datang jumpa saya dan minta saya buat sesuatu. Untuk sekian lama saya senyap sebab saya tahu jika saya dedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan perdana menteri disoal siasat. Saya cuba buat senyap-senyap tapi tak ada kesan. Saya beritahu perdana menteri, saya tidak lagi menyokong dia. Tiada kesan.

"Jadi, saya kena dedahkan secara publik. Najib telah musnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan seluruh negara akan huru hara tiada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara. Jadi, saya putuskan untuk dedahkan salah laku 1MDB di mana perdana menteri adalah ketuanya," katanya.



Dalam pada itu, Dr Mahathir akui krisis ini boleh diselesaikan sekiranya Najib meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan penuh dijalankan terhadap wang RM42 bilion yang dipinjam 1MDB.

"Adakah krisis itu ada? Ia ada. Ia disebabkan perdana menteri mencipta 1MDB meminjam jumlah wang yang besar dan kehilangan berbilion ringgit. Krisis ini boleh ditamatkan segera jika perdana menteri meletakkan jawatan dan benarkan siasatan penuh. Selagi perdana menteri di situ, tiada siasatan yang sempurna dapat dijalankan.

"Kita lihat sendiri, bukan sahaja laporan polis terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan tukang buat laporan juga disahkan bankrap, rumahnya disita dan dijual. Malah dia sendiri disiasat atas penggubahan wang haram dan membiayai pengganas. Mahkamah telah putuskan dia tidak bankrap.

"Jika tiada jenayah dikesan dan semua wang dipulangkan, Najib boleh kembali sebagai perdana menteri dan memimpin BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan bakal memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi pada awal Ogos bagi memberi keterangan berhubung isu 1MDB setelah gagal hadir untuk memberi keterangan bulan lalu. - FMT

Pengepam Beg Udara Penumpang Hadapan :

Posted: 11 Jun 2015 06:30 PM PDT

 :
Zack Ahmad's photo.

Honda Malaysia Keluar Kenyataan Berjaga-Jaga Ke Atas 46,710 Unit Kereta [gambar fail] [mstar]-
Honda Malaysia pada Rabu mengeluarkan kenyataan berjaga-jaga ke atas 46,710 unit kenderaan Honda, termasuk 26,186 City (model tahun 2008-2009), Civic (2007-2009), CR-V (2007-2008) dan Jazz (2007 and 2009). 

Dalam satu kenyataan Honda Malaysia berkata unit terbabit terjejas disebabkan inflator atau pengepam beg udara penumpang hadapan. 

Selain itu, 20,524 unit Accord (2003-2007) pula terjejas oleh pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu. 

"Makluman ini merupakan langkah berjaga-jaga, dan Honda akan menggantikan pengepam yang baharu untuk semua model terjejas," kata Honda Malaysia, sambil menambah bahawa model jualan semasa tidak terjejas. 

Honda Malaysia akan memaklumkan kepada semua pelanggan yang terjejas menerusi surat pemberitahuan termasuk butiran terkini produk, dan pelanggan yang menerima surat dinasihatkan supaya menghantar kenderaan mereka ke wakil penjual Honda terdekat untuk pemeriksaan. 

Penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat berkenaan diterima, dan kos penggantian dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia, kata pengeluar kereta Jepun itu. 

Pemilik kenderaan juga boleh menyemak status produk kenderaan mereka dengan menghubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau mengunjungi peniaga Honda yang sah atau melayari www.honda.com.my.
 
"Honda Malaysia menggesa pemilik kenderaan Honda yang terjejas dengan produk pengepam beg udara itu supaya membawa kenderaan masing-masing untuk diperiksa dan menggantikan bahagian yang terjejas secepat mungkin," katanya.



IdaMan.

Dr Mahathir is enjoying being the man-of-the moment

Posted: 11 Jun 2015 06:00 PM PDT

Our politics are too soiled and mucky. It's at the worst situation and unimaginable state of affairs that rocks the nation to shamble and the consequences of it are not small. 

There are too many issues that surround around losses of public funds and misused of power from the reckless leaders in the government and the ruling political leaders. 

Now we are witnessing the quarrels among the old and young undependable used-to and the current leaders.

Each of the quarreling divides claims more legitimacy of their sides while in actual fact they one and the same kind of leaders who used to bring losses and harms to the nation and their acts of greed are protracted by the current set and horde of leaders.  
 
The originator of the evilest culture in leadership and the inheritors are in confrontations. They were used to be one and the same. They were all political sinners and their contributions to the dishonesties are beyond computations and comprehensions.  

Mahathir the originator for the misplaced culture in Malaysian politics today admitted that he causes for the present crisis which he claims was done for the sake of the nation. He has to tell all what Najib has done to the nation through 1MDB. 
 
Mahathir said the crisis has to surface as he has to tell the people what people don't know. Mahathir says that if he is not telling all Najib will carry on pillaging the country through 1MDB without hindrances and the people and the nation will suffer.

While the reasoning from Mahathir is more than fair and should be supported, we should never forget that Mahathir was the one who put up these weak leaders to lead the nation. Mahathir as I have mentioned in my previous posting is by nature unable co-exist with virtuous and astute leaders as he wants to remain relevant and sought-after leader all the time.

The unblemished weaknesses of Abdullah and Najib make Mahathir continues to be relevant and this fascinates him as he would still be looked upon as man-of-the moment all the time. Being surrounded big congregations of supporters is the greatest compulsion for Mahathir under the guise of doing the needful for the nation.

This cost the nation cripplingly as weak and deluded leaders will contribute more harm than good to the country like we are currently experiencing under Najib. 
 
It's so expensive to retain Najib as our leader and that is natural for weak and mendacious leader. We cannot rely on the Cabinet to bring him back on track as the Cabinet themselves are confused leaders as they are not familiar with their role and functions as cabinet members.

We don't know how Mahathir takes the present situation watching his lines of leaders who inherit him are all undependable and untrustworthy. 
 
I think that serves Mahathir right. He is responsible in in promoting undeserving leaders to inherit him. If he is now genuinely concerned with the fate of the nation his choice will be the choice of Malaysians of diversified races and religions as well as way of lives and not just to fit in his personal preferences.

The clue of finding an appropriate leader after Najib is not to take in anyone among the current members of the Cabinet and the Supreme Council members. They are one and the same. Taking one of them is no change. If there is any it will be a change for the worse.


HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN - SEMUA NYA TERBONGKAR..

Posted: 11 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
( ALLAH SUDAH JANJIKAN,APA YG AKU BERI ADA MAKSUDNYA )
FIKIR-FIKIRKAN LAH,INI BARU SATU TERLIHAT BETAPA PENIPUAN...
 
Pak Aji Banii's photo.

0ne in million...

Posted: 11 Jun 2015 04:45 PM PDT

Megat Farish's photo. Ku galang satu perjuangan
Di anganku menggunung
Walau berlipat tanah sejangkang
Takan ku rawan musuh berpekikkan

Walau musuh datangnya berseteru
Sinsing kudrat lenganku takan
Goyah dek kuatnya hembatan
Kuasamu
Kerana nadi kekuatanku
Marhaen yang menyeru namaku

Dengan tujuh semangat kudratku
Akan ku korbanku gembiraku
Agar kedamaian anak bangsaku
Tetap berkicau di bumi bertuah
Dan menjadi taman syurga

Lawan tetap lawan
metafora Untuk ayahanda
Siap ku junjung bersama lapisan
Bangsa anak malaysia
Melintang bujur jangan patah
Kerana suara rakyat suara keramat
Nusabangsa malaysia...

 

Ringgit jatuh: Menteri gembira, Ejen Pelancongan menangis...

Posted: 11 Jun 2015 04:00 PM PDT

 

Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.

"Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Katanya, pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia.

Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK.

"Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira," katanya.

... Itu kata Menteri... tapi ini pula luahan pengusaha pelancongan..
KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai ringgit menjadikan sumber pendapatan ejen pelancongan di negara ini terjejas terutamanya akibat kemerosotan permintaan rakyat negara ini untuk pakej melancong di luar negara.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Hamzah Rahmat berkata, rata-rata masyarakat yang mahu melancong ke luar negara juga akan berfikir banyak kali sebelum akhirnya memutuskan mengambil pakej percutian hanya di dalam negara.
"Kejatuhan ringgit menjadikan ramai ejen pelancongan mengalami masalah. Permintaan untuk pakej melancong ke luar negara turun.
"Ia memberi kesan terutama pakej ke negara yang mempunyai nilai matawang lebih tinggi daripada ringgit. Situasi ini berbeza semasa ringgit dilihat kukuh sebelum ini," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Hamzah mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkannya merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.
Menurut Nazri, pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.
Ringgit baru-baru ini menyaksikan lagi kejatuhan apabila ia ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.
Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Dalam pada itu kata Hamzah, ejen-ejen pelancongan kini menyasarkan pakej dalam negeri yang dilihat lebih bersifat 'mampu milik' kepada masyarakat.
Walaupun begitu ujarnya, kejatuhan ringgit turut membuka kemungkinan peningkatan pelancong asing di negara ini.
"Kita akan mengambil tindakan agresif untuk melebihkan promosi pelancongan dalam negara. Dalam pameran MATTA akan datang, kita akan membesarkan ruang untuk lebih ramai ejen pelancongan dalam negara menawarkan pakej terbaik mereka," ujarnya.
Hamzah turut mendedahkan, perniagaan atas talian merupakan antara cabaran besar bagi ejen yang bernaung di bawah MATTA.
"Banyak persaingan atas talian yang merumitkan ejen kami namun ia tetap dilihat satu persaingan sihat," katanya.
Hamzah sebelum ini dilaporkan memberitahu, Pameran MATTA 2015 dijangka meraih jualan sehingga RM135 juta dan menarik lebih 85,000 pelawat untuk edisi semasanya.
Jelasnya pada tahun lepas, pameran MATTA pertama yang berlangsung pada Mac menarik 90,273 pelawat manakala pameran pada September dikunjungi 82,000 orang ~ Astro Awani

IMPAK PEMILIHAN PAS TERHADAP BEBERAPA PIHAK

Posted: 11 Jun 2015 03:24 PM PDT

 
1. DAP

Mengungguli carta sebagai parti paling terkesan dengan keputusan pemilihan PAS. Merekalah yang paling banyak campur tangan dan mengeluarkan kenyataan sebelum, semasa dan setelah pemilihan berlaku.

Rancangan DAP akan terganggu dengan kepimpinan baru PAS. Kepimpinan ini nyata lebih tegas dan mendokong penuh aspirasi Presiden yang tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap perjuangan Islam.

DAP adalah sebuah parti yang tidak percayakan agama sebagai sebuah cara hidup, apatah lagi dalam soal politik. Mereka berfahaman sekular-sosialisme.

Antara penentangan keras DAP adalah soal perlaksanaan syariah Islam di Kelantan. Campurtangan sebelum pemilihan untuk menggantikan Presiden PAS yang baru hanya kerana TGHH komited untuk membawa usul private bill meminda akta mahkamah syariah persekutuan. Justeru, DAP memerlukan suatu rancangan baru apabila melihat mereka tidak mampu lagi mengubah pendirian PAS.

Campurtangan LGE dan LKS hanya menyebabkan ahli bertambah benci terhadap DAP lalu menghukum mereka yang kelihatan mesra DAP. Usul yang dibuat oleh Ulama menambah igau ngeri DAP.

Walaupun mereka mungkin masih utuh di Pulau Pinang, mereka perlu memikirkan masa depan DAP di negeri-negeri lain yang banyak bergantung harap kepada rakan PR seperti Kedah, Selangor dan Perak.

Pengerusi DAP Kedah yang mendesak LGE meletak jawatan menandakan parti itu sedang menghadapi krisis halatuju yang agak parah akibat kediktatoran pimpinan atasan. Imej sebenar kepimpinan DAP mula terserlah sebagai Mr. Arrogant, diktator, hipokrit, emosional, dan anti-Islam. Seruan demokrasi dan kebebasan berpendapat ternafi dengan wajah sebenar DAP sekarang.

2.PKR Parti ini juga tidak begitu selesa. Kekalahan beberapa 'teman rapat' mereka dalam pemilihan membantutkan rancangan memulihkan imej PKR. Umum mengetahui perbezaan pendirian Presiden PAS dan Ketua Umum PKR dalam banyak isu seperti GST, Israel-Palestin, hubungan kaum dan pembelaan Islam.

Dengan pembantu-pembantu baru yang berkongsi pemikiran sama dengan TGHH, PKR perlu memikirkan cara baru untuk memulihkan imej mereka yang kian merosot dengan pelbagai isu sebelum ini terutama Langkah Kajang. Faktor Anwar di penjara tambah menyukarkan keadaan.

Tanpa beliau, kepala-kepala dalam PKR akan bercelaru. Presiden mereka WAWI hanyalah batu loncatan buat Anwar merealisasikan cita-citanya. Team Rafizi dan Team Azmin akan terus bertembung, ditambah beberapa pendokong TSKI akan merancakkan lagi gegaran seandainya DAP turut menekan PKR untuk tidak lagi bersama PAS.

Ramai pimpinan PKR yang masih percaya kepada TGHH berbanding DSAI. Yang pasti, rancangan DAP terhadap Selangor yang gagal itu telah menyebabkan hubungan dua parti itu tidak lagi semanis dulu.

Dalam isu perjuangan syariat Islam, reaksi PKR agak bercanggah dengan DAP. PKR membidas sikap DAP yang lantang mempertikai Islam kerana bimbang pengundi melayu memprotes.

PKR sebenarnya mengambil pendekatan untuk mendiamkan sahaja isu ini supaya sentimen keagamaan tidak dimainkan musuh. Atas dasar itu, retak dalaman PR bukan sekadar PAS-PKR, PAS-DAP, tetapi PKR-DAP sudah lama bersengketa.

3. UMNO-BN UMNO juga tidak boleh duduk diam. Walaupun PR retak, sokongan terhadap UMNO masih belum kembali pulih malah semakin parah. Isu Najib-Mahathir membuatkan mereka kelemasan lalu mencari-cari talian hayat dari pihak luar.

UMNO pantas menghulur tangan untuk berbaik dengan PAS mengharap kepimpinan itu boleh menerima. Sebenarnya bukan kali ini, tetapi seawal pengunduran Tun Abdullah lagi UMNO cuba berdamai.

Walaupun DSAI menawarkan Konsensus Nasional dan LKS menawarkan Save Malaysia (kesinambungan perundingan sebelum ini), UMNO masih mengharapkan PAS. Semua ini menjadi bukti PAS adalah gergasi politik di Malaysia.

Walaupun harapan rakyat terhadap koalisi PR mungkin sudah rapuh, namun untuk mereka beralih menyokong BN adalah mustahil sama sekali.

Korupsi dan kegagalan urus tadbir yang berlaku dalam kerajaan sekarang sudah sampai ke tahap kritikal. Undi teras mereka di pedalaman juga mula beralih kepada PAS seperti yang berlaku di Rompin.

BN tidak mendapat apa-apa keuntungan dari perpecahan PR. Sebaliknya, Umno yang akan tercabar sekiranya perpecahan ini berakhir dengan kemenangan moral buat PAS.

4. KUASA BARAT Apa yang berlaku di Malaysia adalah bertentangan dengan apa yang sedang dirancang zionis. Menurut laporan RAND, mereka telah mencipta suatu fahaman yang digelar sebagai post-Islamism, berbentuk kefahaman memperjuangkan politik atas nama Islam, tetapi tanpa menegakkan syariat.

Fahaman ini menular ke hampir setiap gerakan Islam dunia. Tujuannya supaya semangat keIslaman luntur dari hati pejuang Islam, yang akhirnya akan menjadikan parti-parti Islam tidak lagi menjadi ancaman buat Kapitalis barat. Namun apa yang sedang berlaku di Malaysia sebaliknya.

Cubaan menyingkirkan TGHH sebagai halangan utama post-Islamisme dari tampuk kepimpinan eksekutif PAS bukan sahaja gagal, bahkan pihak yang berkongsi fikrah sama dengan beliau pula yang dipilih.

Ini bermakna akar umbi gerakan Islam ini tidak terpengaruh dengan fahaman post-Islamism. Malaysia sebenarnya antara negara sasaran yang dibimbangi kuasa dunia. Prestasi pemerintah yang semakin merudum dari PRU ke PRU menyebabkan barat mencari-cari agen baru yang boleh menyekat kemaraan Islam. Perkembangan Islam yang amat progresif di Asia Tenggara ini terutama Brunei dan Acheh tambah mendesak Barat untuk mencari pengawal pengaruh mereka yang lebih besar dari Singapura. Aspirasi TGHH adalah memerintah berasaskan sistem Islam. Inilah punca sebenar PAS diasak oleh Amerika dan sekutunya.

5.GERAKAN ISLAM DUNIA PAS menjadi harapan baru buat rakan-rakan gerakan Islam dunia. Keunikan PAS yang berada di negara bermasyarakat majmuk menggambarkan keupayaan PAS untuk mengurus kepelbagaian budaya dan agama.

Tidak mustahil PAS boleh melahirkan khilafah ketiga umat Islam. Kehebatan alim ulama dalam PAS terbukti sejak dahulu lagi. Disaat gerakan Islam luar lain diharamkan di negara masing-masing, PAS masih mampu bertahan walau cubaan mengharamkannya dilakukan berbagai cara.

Provokasi dan sentimen keagamaan dimainkan untuk menjerat tetapi kekuatan jatidiri ahli yang ditarbiyah dengan baik menyebabkan mereka begitu berhati-hati dalam setiap tindakan.

PAS juga menjadi pujaan apabila berjaya mengekang agenda pemecahan kuasa umat Islam. Sehingga hari ini, PAS menjadi satu-satunya wadah politik Islam berbeza di negara-negara muslim lain termasuk Turki, Pakistan, Indonesia. Usaha memecahkan kesatuan politik ini pernah beberapa kali berlaku, tetapi lenyap begitu sahaja dengan izin Allah dan kebijaksanaan pemimpin PAS.

PAS juga unik apabila membariskan pimpinan saf hadapan dikalangan alim ulama. Ikhwanul Muslimin di Mesir sendiri ketandusan tokoh alim ulama yang mampu terkehadapan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Di luar sana, Ulama lebih berperanan sebagai badan advisori dan legislatif sahaja, bukan eksekutif. Ijtihad-ijtihad politik PAS dijadikan contoh ikutan. Penubuhan DHPP, meletakkan calon wanita dan bukan muslim serta kajian Tahaluf Siasi antara harta intelek PAS yang sangat dikagumi.

TGHH adalah antara arkiteknya. Kemenangan bergaya beliau adalah suatu isyarat, banyak lagi ijtihad-ijtihad baru politik akan tercetus. Hari demi hari, sentuhan pemikiran TGHH makin ditagih setiap belahan dunia.

Beliau diusung ke sana ke mari memberi syarahan dan melontar pendapat untuk memajukan Islam. Universiti, parti politik dan badan NGO semuanya dahagakan pandangan matang dan jauh beliau.

Perlu diketahui, selepas kematian Said Hawa, Syed Qutb, Mustafa Masyhur, Mehdi Akif, Fathi Yakan, Gulbudin Hekmatiyar dan ditambah keuzuran Qazi Husain dan Yusof Qardawi, TGHH lah tokoh gerakan Islam paling senior yang masih aktif. (Alang Ibn Shukrimun)





Posted by Jeebond BL

Tiada ulasan: