Isnin, 8 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perbalahan Pas - DAP bakal goyang kerajaan Selangor

Posted: 08 Jun 2015 09:09 AM PDT

MSO



Azmin pening kepala?
Sekiranya perseteruan antara Pas dengan DAP yang tampaknya makin hari makin tegang, (dan makin menegang selepas Pas selesai mengadakan muktamar dan membuat pilihan secara borong raga), ianya bakal membawa padah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tidak mustahil kerajaan berusia dua tahun itu akan hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Keadaan ke arah pilihan raya negeri Selangor diadakan pernah terbayang sebelum ini apabila Pas tidak sekata dalam soal untuk menurunkan Abdul Khalid Ibrahim MB yang berbuat tanpa mengikut kehendak parti, akan diganti dengan Dr Wan Azizah Ismail.

Pas menenatng cadangan PKR itu dengan alasan projek Kajang Move itu tidak dirundingkan dengan mereka terlebih dahulu. Pas menuntut dia ada hak dalam urusan menenurunkan MB itu, walhal konsensus telah dicapai Selangor adalah hak PKR, melantik MB.


Manakala dalam masa sama Pas berkenan agar Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor sehingga Pas sedia menerima Khalid menjadi ahli Pas sekiranya perlu atau ditolak oleh PKR. Begitu sekali Pas tergila-gilakan Khalid. Satu perjumpaan separa rasmi antara Khalid dengan pimpinan tertinggi Pas termasuk presiden dan setiausaha agung juga telah diadakan.

Sikap Pas itu menjelaskan parti itu tidak tahu malu dan tidak ada rasa hormat kepada kawannya sendiri. Tindakan itu juga menunjukkan pemimpinan Pas khasnya presiden tidak reti bahasa dalam soal berkawan dan berpolitik jauh sekali melihat kepada implikasi dan risiko atas apa yang terjadi.

Bagaimana pun keadaan itu tidak sampai membawa kepada kemungkinan diadakan pilihan raya semula, kerana masalah penukaran MB itu selesai apabila akhirnya Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah menjadi MB Selangor. Khalid yang mulanya berkeras akhirnya terpaksa bungkus tikar bantal dan terjun jendela.

Pas juga apabila gagal untuk mempertahankan Khalid terpaksa akur dan tunduk dengan pelan pertukaran itu, tetapi dengan mengalami sedikit kerugian apabila kerusi exconya dikurangkan dari empat kepada tiga. Itulah perjuangan dan kebijaksanaan politik Pas? Bertanak nasi periuk besar, sedang diri tidak pakar akhirnya nasi mentah.

Kali ini suasana tidak menyenang dan membimbangkan telah timbul semula yang berpuca daripada sikap Pas juga. Kali ini parti agama itu telah mencadangkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Cadangan itu dibuat tergesa-gesa dan bersifat angkuh tanpa melihat kepada keadaan semasa khususnya kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor yang didokong sama oleh Pas.

Barang kali Pas lupa, bahawa kerajaan Selangor itu tegak bukan sahaja kerana sokongan Pas, tetapi kerana sokongan DAP sama. Pas mungkin berasakan kuat dan besar kepala apabila parti itu memiliki 15 kerusi dimana, itulah pertama kali dalam sejarah pilihan raya parti itu mendapat kerusi banyak di Selangor. Kejayaan itu menyebabkan Pas jadi lupa diri dan mudah melupai jasa-jasa dan persepakatan dengan orang lain.

Sekiranya Pas menyedari hakikat ini, mereka tidak angkuh dan sombong. Mereka perlu membuat perhitungan panjang sebelum menerima usul tanpa bahas untuk bercerai dengan DAP. Tentunya parti itu akan berwaspada sebelum menerima usul berkenaan.

Keadaan kini semakin gawat dan kritikal. DAP jelas sudah turut hilang akal sama dan tidak boleh berdamai lagi dengan Pas. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sangat geli geleman dengan Abdul Hadi Awang dan beberapa kerat yang lain.

Sekiranya perkara ini berterusan, tidak msutahil krisis Pas - DAP itu juga akan membabitkan PKR dan seterusnya mengoyang kerajaan Pakatan di Selangor. DAP tidak dapat tidak akan memberi kata dua kepada PKR sama ada kekal bersama Pas atau pun kekal bersamanya untuk kelangsungan kerajaan.

DAP ada kekuatan dan modal untuk membuat pilihan itu berbanding dengan Pas. Kedudukan kerusi DAP dalam DUN Selangor sebanyak 15 kerusi cukup untuk parti itu memberi kata dua kepada PKR. Pas walaupun mempunyai kerusi sama banyak dengan DAP tetapi sudah berkurangan apabila dua orang wakilnya (Saari Sungip dan Hasnol)  di pecat atau digantung keahliannya. Pas kini pada dasarnya mempunyai 13 kerusi sahaja.

Kedudukan itu belum mencukupi bagi Pas untuk membentuk kerajaan negeri bersama Umno, sekiranya ada cita-cita dan hasrat bersama ke arah itu. Umno ada 12 kerusi dicampur dengan Pas 13 baru 25 dan dicampur dengan seorang calon bebas Khalid Ibrahim jadi 26 kerusi. Ia tidak mencukupi.

Sementara sekiranya PKR terus kekal berkerjsama dengan DAP, mereka mempunyai kelebihan lima kerusi untuk membentuk kerajaan. Kerusi PKR (13) campur dengan DAP (15) jadi 28 dan dicampur dengan dua kerusi wakil Pas yang dipecat, jadi 30 kerusi.

Sungguhpun kerajaan campuran DAP dengan PKR mempunyai kelebihan lima kerusi, yakni simple majoriti ia tidak menstabilkan kerajaan yang ada. Jadi hendak tidak hendak satu pilihan raya baru perlu diadakan bagi menyerahkan mandat kepada rakyat menentukan bentuk kerajaan Selangor baru.

Jelas kemelut antara Pas dengan DAP itu meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pinpinan Mohamed Azmin Ali kini bak telor di hujung tanduk. Sudah pasti dalam kedaan yang belum menentu ini ia tidak memberi keselesaan untuk Amin mentadbir.

Janji Dr Wan Azizan Wan Ismail untuk berunding dengan Pas dan DAP bagai menyelesaikan kemelut yang ada tidak banyak menjanjikan penyelesaian yang tuntas. Apa lagi kedudukan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang awal-awal lagi tidak disenangi oleh presiden Pas, rundingan sukar membuahkan hasil.

Dan kesan daripada kedudukan tidak menentu ini sudah tentu ia menjejaskan pembangunan untuk rakyat.  Jadi kalau ia berterusan maka tidak mustahil satu pilihan raya terpaksa diadakan

Pertemuan Empat Mata Mahathir - Najib Sudah Terlambat

Posted: 08 Jun 2015 08:59 AM PDT

shahbudindotcom


Jika kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa hanya pertemuan empat mata antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad yang boleh menyelesaikan kemelut antara kedua pemimpin tersebut dan saranan ini mahu dipandang serius serta menggambarkan pendirian majoriti anggota kabinet, ia  sebenarnya lebih memperlihatkan kegagalan semua menteri yang ada sekarang.

Di ketika mereka tidak berani menyahut kata dua Najib sama ada bersamanya atau berundur, tetapi dalam masa yang sama menunjukkan seolah-olah berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, mereka juga mengakui tentang ketidakmampuan serta kelumpuhan upaya untuk berhadapan dengan bekas Perdana Menteri yang sudah berusia hampir 90 tahun itu.

Akhirnya mereka menyerahkan kepada Najib seorang diri untuk menyelesaikan perkara itu melalui pertemuan empat mata kerana menurut Menteri Belia dan Sukan itu, tiada pihak ketiga yang dapat membantunya.

Apakah peranan menteri dan pemimpin UMNO selama ini?

Patutlah selama  berbulan-bulan ini kalangan menteri lebih banyak berdiam diri dan membiarkan saja Tun Mahathir "membelasah" serta "mengganyang" Najib sehingga pahlawan Bugis itu sudah hilang seri wajah dan kelihatan cengkung tubuh badannya.

Sokongan dan taat setia menteri seolah-olah hanyalah agar jawatan mereka dalam kerajaan dikekalkan dan bukannya untuk melindungi dan mempertahankan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, saranan KJ agar diadakan pertemuan empat mata juga sebenarnya sudah terlambat untuk menjernihkan hubungan antara Najib dengan Tun Mahathir. Ia bukanlah cadangan yang baik dan bernas pada ketika ini.

Setelah berbulan-bulan, sama ada melalui percakapan dengan media, mengadakan program jelajah atau menulis di blognya, bekas Perdana Menteri itu hanya mahukan penjelasan berkaitan isu-isu yang dibangkitkannya, khususnya kehilangan wang 1MDB dan pembunuhan Altantuya.

Oleh kerana pertanyaannya tidak dijawab dan rakyat serta ahli UMNO secara majoritinya juga sudah berpihak kepadanya, Tun Mahathir kini hanya mempunyai satu matlamat saja lagi - memastikan Najib berundur sebelum PRU 14 agar UMNO dan BN dapat terus kekal berkuasa. Noktah.

Tun Mahathir juga sudah pun menyatakan tiada lagi pertemuan tertutup antaranya dengan Najib. Perkara ini sudah dinyatakan oleh Tun Mahathir sejak beberapa bulan lalu dan kini beliau hanya sedia berdebat atau berforum secara terbuka saja dengan Najib.

Takkanlah menteri muda kelulusan Oxford ini lupa tentang hakikat tersebut?

Lagi pula Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang boleh dipujuk dan dibelai selepas diadakan pertemuan empat mata itu. Sama ada diadakan pertemuan empat mata atau tidak, jawapannya tetap sama iaitu Najib mesti berundur untuk menyelamatkan masa depan UMNO dan BN.

Dengan Tun Mahathir sudah sanggup turun ke forum Nothing To Hide bersama rakyat bawahan untuk berdepan sendiri dengan Najib, ia adalah gambaran bahawa tiada lagi kompromi dalam usahanya untuk menekan dan mengasak pengunduran Perdana Menteri daripada jawatannya.

Sebagai individu yang pernah menjadi punca kejatuhan seorang Perdana Menteri sebelum ini,  KJ seharusnya tidak lupa bahawa ketika Tun Mahathir mengkritik dan menyerang kepimpinan Tun Abdullah dulu, pertemuan empat mata juga pernah diadakan antara kedua-duanya tetapi pengakhirannya tetap bapa mertuanya itu perlu mengundurkan diri.

Dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan tidak pernah berganjak waima dengan pemimpin dunia sekali pun, kiranya Tun Mahathir sudah mahukan seseorang itu berundur, maka tiada apa-apa lagi yang mampu mengubah pendiriannya.

Pertemuan empat mata dengan Najib bukan saja sudah terlambat, tetapi sebenarnya sudah lama dipadam daripada kamus perkiraan Tun Mahathir. 

Kiranya ingin juga memberi saranan atau kebaikan untuk masa depan UMNO, lebih baik KJ menasihatkan Najib agar cepat-cepat mengikut jejak langkah seperti bapa mertuanya dulu. 
 
 

Usul PAS buat Pakatan di Selangor terumbang-ambing, kata Tony Pua

Posted: 08 Jun 2015 08:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini berkata, mustahil untuk meneruskan kerja seperti biasa di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) susulan usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Beliau berkata, "sukar dibayangkan" bagaimana seseorang boleh percaya PR dapat diteruskan selepas usul itu diterima tanpa perbahasan oleh muktamar PAS, walaupun parti Islam itu berkeras mengatakan keputusan itu belum muktamad.
 
"PR di Selangor kini berada dalam keadaan yang tidak pernah dialaminya. Satu-satunya perkara yang pasti dalam situasi ini ialah, keadaan tidak boleh, atau tidak akan sama lagi, selepas ini.
 
"Sukar dibayangkan sesiapa boleh berfikir atau percaya PR boleh terus wujud dalam keadaan semasa ini dengan adanya usul yang begitu jelas," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
 
Pua berkata, hubungan rapuh antara pemimpin PR Selangor diburukkan lagi dengan ancaman Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Nasrudin Hassan pada Jumaat, mengatakan ulama akan menggunakan "lutut" dan "siku" mereka mengajar DAP.
 
Pua juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi sekiranya ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) PAS enggan bekerjasama dengan exco DAP.
 
"Boleh bayang tak bagaimana mesyuarat exco negeri akan menjadi di luar realiti, dengan exco PAS mengabaikan exco DAP atau berpura-pura mereka tidak wujud?
 
"Masalahnya tidak hanya akan timbul dalam dalam exco, tetapi di semua peringkat kerajaan Selangor.
 
"Adakah ahli majlis tempatan PAS, contohnya tidak akan mengendahkan semua komen, cadangan dan saranan ahli majlis tempatan DAP ketika menjalankan tugas mereka di peringkat kerajaan tempatan?," katanya.
 
Pua berkata tumpuan kini ialah kepada bentuk penyusunan semula politik yang perlu dilakukan bagi membolehkan kerajaan campuran baharu itu terus berkuasa di Selangor.
 
Katanya, kegagalan untuk mencari gabungan yang menerima polisi bersama PR mungkin membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Selangor dan pilihan raya terpaksa diadakan.
 
"Setakat hari ini, tiada keputusan muktamad dibuat DAP Selangor. Pada hari akan datang, kita akan berbincang dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat di peringkat nasional.
 
"Tidak seperti pemimpin beberapa parti politik lain yang kita tahu, rakyat Malaysia jangan risau, pemimpin DAP di Selangor tidak akan menjadi hipokrit dan mengkhianati prinsip kami untuk kekal berkuasa walau apa jua keadaannya," kata Pua.
 
PAS pada muktamar tahunannya ke-61 yang berakhir pada Sabtu, menerima tanpa bahas usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Pemimpin PAS bagaimanapun menegaskan ia bukan keputusan muktamad.
 
Usul itu asalnya dibawa Dewan Ulama, tetapi kata putus sama ada untuk melaksanakannya atau tidak akan dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pada Sabtu, usul itu tidak memberi kesan kepada pemimpin PAS dalam kerajaan negeri itu kerana ia belum muktamad.
 
Katanya, beliau tidak tahu mengapa Dewan Ulama menimbulkannya, sambil menambah, ia tidak menggambarkan pendirian PAS Selangor.
 
Iskandar berkata, PAS Selangor tiada masalah dengan DAP atau PR, dan beliau akan menyatakan perkara ini kepada AJK Pusat apabila ia membincangkan usul itu lebih lanjut.


242 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan

Posted: 08 Jun 2015 08:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
MELAKA: Seramai 242 mangsa membabitkan 78 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air pagi semalam berikutan hujan lebat lebih tiga jam dan fenomena air pasang besar.
 
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata, enam pusat pemindahan tersebut membabitkan lima buah di daerah Melaka Tengah dan satu di daerah Jasin termasuk jumlah teramai mangsa yang dipindahkan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Serkam.
 
Beliau berkata di Melaka Tengah, 37 mangsa dipindahkan ke Balai Raya Peringgit; 12 mangsa di Surau Al Jariah, Solok Bkt Baru, Duyong; 18 mangsa di Balai Raya Bkt Pulau; 11 mangsa di Bangunan Bahagian Umno Bukit Katil dan 20 mangsa di RTC Paya Ikan.
 
"Seramai 144 mangsa membabitkan 57 keluarga ditempatkan di SMK Sri Mahkota, Serkam," katanya.
 
Jafri berkata dua pusat pemindahan iaitu Surau Permatang Duyong dan SMK Dang Anum, Merlimau masing-masing telah ditutup pada pukul 10.00 pagi dan 10.50 pagi tadi. Katanya, walaupun ada pusat yang ditutup tetapi bilik gerakan negeri di Kota Cemerlang masih diteruskan beroperasi 24 jam. 
 
 

Mengapa Arab Saudi, bukan Sabah Najib?

Posted: 08 Jun 2015 08:47 AM PDT

FW399802_SAU03_070615_PM_TIBA-lpr

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: "Najib, hang pi mana?" Demikian soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng apabila kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak muncul melawat kawasan gempa bumi di Sabah.

Kata Lip Eng, perdana menteri dilihat lebih berminat meneruskan ziarahnya ke Arab Saudi walaupun Sabah digegarkan dengan bencana alam.

"Saya ingin bertanya kepada perdana menteri, mengapa beliau tidak berada di Sabah? Apakah urusan yang begitu penting di luar negara berbanding menyantuni keluarga mereka yang terkorban akibat gempa?" tanya Lip Eng.

Katanya, Najib perlu faham bahawa beliau bukan saja tidak boleh melarikan diri dari sebarang dialog, tetapi juga tidak boleh melarikan diri dalam keadaan negara berhadapan bencana.

Dalam pada itu, soalan yang lebih kurang serupa turut dibangkitkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kata Kit Siang, mengatakan rakyat Sabah tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib yang kononnya memantau bencana itu dari Arab Saudi.

Bagaimanapun, Kit Siang menggesa Najib terbang ke Sabah sebaik saja lawatannya ke Arab Saudi berakhir.

"Najib perlu pastikan semua agensi pusat dan negeri memulakan tugas segera membaiki dan memulihkan semua infrastruktur yang rosak akibat gempa bumi itu, termasuk 23 buah sekolah, masjid dan kuil di Ranau.

"Najib juga bertanggungjawab memberikan penghargaan terhadap wira tak didendang yang mempertaruhkan nyawa mereka demi memastikan pendaki cedera dibawa ke tempat selamat, terutama pemandu dakian Robert Sapinggi turut terkorban dalam gempa bumi," ujar Kit Siang.

Gempa bumi berskala 6.0 magnitud itu mengorbankan 18 nyawa setakat ini. – Roketkini.com

Gempa Sabah: Linangan Air Mata Ibu Di Bilik Mayat

Posted: 08 Jun 2015 08:42 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Keluarga dan waris mangsa menunggu di bilik mayat Hospital Queen Ellizabeth.
 
 
 
KOTA KINABALU: Linangan air mata waris mengiringi proses mengenal pasti mayat orang tersayang yang meninggal dunia dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Harapan bertukar kepada rasa kecewa dan keluarga mangsa datang dengan keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa orang yang mereka sayangi pergi buat selamanya.

"Anak saya meninggal dunia, saya menerima keadaan itu," kata Joannes Lubak ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Sambil menyapu airmatanya menggunakan tuala, Joannes berkata, dia bangga dengan anaknya yang juga merupakan malim gunung, Valerian.

Joannes, 55, penduduk Kampung Bundu Tuhan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu berkata, dia mendapat tahu kematian anaknya berusia 28 tahun itu disifatkan sebagai seorang pahlawan.

"Saya gembira kerana dia meninggal dunia sebagai seorang wira," katanya, dia menambah Valerian sudah cuba melakukan yang terbaik dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di atas gunung.

Joannes berkata, dia diberitahu rakan-rakan bahawa Valarian menjadi penyelamat kepada pelajar-pelajar Singapura yang terkandas.

"Saya diberitahu Valarian cuba menyelamat dan melindungi pelajar-pelajar Singapura daripada batu-batu yang terjatuh, namun malangnya tali terputus," katanya.

Valerian merupakan anak keempat daripada 10 orang adik beradik dan merancang untuk berkahwin pada November depan.

Tunangnya, Jessica Veronica Sikta, 25, menulis di laman sosial Facebook bahawa dia sedang cuba menerima hakikat kematian lelaki itu.

"Bangun dan menyedari bahawa awak telah pergi selama-lamanya dan itu membuatkan saya sakit, sayang," ujarnya.

"KENAPA ANDA? MENGAPA KITA, Sayang? "tulisnya.

"Saya sedang cuba untuk terima hakikat kematian bakal suami tersayang yang pergi buat selama-lamanya," tambahnya di Facebook.

Joannes bercakap kepada media, manakala ahli keluarga yang lain berada di bilik mayat bagi menunggu bedah siasat yang sedang dijalankan.

Dia tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 9 pagi, selain itu beberapa keluarga mangsa daripada Singapura turut berada dalam keadaan sedih menunggu di bilik berasingan.

Gempa Bumi: Amanah Raya Berhad Sedia Uruskan Tuntutan Insurans

Posted: 08 Jun 2015 08:35 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Nancy Shukri
 
 
KUNDASANG: Amanah Raya Berhad akan menyediakan bantuan bagi tuntutan insurans dan harta pusaka kepada keluarga yang anggotanya terkorban dalam gempa bumi di Sabah baru-baru ini terutama bagi keluarga malim gunung. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata syarikat pemegang amanah utama di Malaysia itu akan menemui anggota keluarga tersebut untuk membuat persediaan.

"Kalau mereka memerlukan bantuan untuk tuntut insurans ataupun tuntutan harta pusaka, Amanah Raya boleh bantu. Sebab kerja-kerja malim gunung ini amat bahaya jadi berkemungkinan mereka ada insurans hayat," kata beliau.

Nancy memberitahu demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan makanan kepada mangsa gempa bumi di Pusat Operasi Taman Kinabalu di sini, Isnin.

Beliau berkata Amanah Raya akan mengenakan bayaran minimum kepada anggota keluarga terbabit bagi khidmat itu.

Selain Nancy, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun juga melawat pusat itu  untuk meninjau kawasan tragedi dan menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Beliau berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang menguruskan bantuan kewangan kepada waris enam warga Malaysia yang terkorban dalam gempa bumi dan mereka akan menerima bantuan khas untuk kanak-kanak antara RM100 dan RM450 setiap bulan.

"Bantuan ini saya harap dapat meringankan beban keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang dan bantuan itu akan terus diberi sehingga umur kanak-kanak itu 18 tahun," kata beliau.

Azizah berkata kementerian juga menyediakan khidmat kaunseling untuk anggota keluarga terbabit dan anggota keluarga malim gunung.


Operasi Menggali Kubur Sindiket Pemerdagangan Manusia Tamat

Posted: 08 Jun 2015 08:33 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Sebahagian daripada tujuh mayat dari kubur yang ditemui di kem tahanan sindiket pemerdangan manusia dibawa keluar menggunakan trak dari Lubuk Sireh pada Isnin.
 
 
 
WANG KELIAN: Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang bermula 25 Mei lepas di sini ditamatkan pada Isnin.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata tujuh lagi rangka mayat berkafan ditemui di tujuh liang kubur di Bukit Genting Perah pada pukul 2.10 petang dan telah dibawa turun pada pukul 5.55 petang tadi melalui kawasan Felcra Lubuk Sireh. 

Penemuan terakhir itu menjadikan jumlah keseluruhan rangka mayat yang dikeluarkan sehingga hari ini adalah sebanyak 106. 

"Dengan penemuan terakhir ini, maka operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat oleh PDRM yang terdiri daripada pasukan forensik, jabatan siasatan jenayah dan pasukan gerakan am ditamatkan hari ini," katanya di dalam satu kenyataan.   

Pada Ahad, sebanyak 30 rangka mayat lagi ditemui di dalam 31 liang kubur dan dikeluarkan dari kawasan perkuburan di Bukit Genting Perah melalui kawasan Felcra Lubuk Sireh. 

Pada 5 Jun, 14 rangka mayat berkafan ditemui dalam 12 kubur yang digali dihutan simpan Mata Air dan pada Ahad 20 rangka mayat berkafan ditemui di dalam 20 liang kubur di tempat sama.

Sebelum itu 35 mayat dan rangka manusia dikeluarkan dari Bukit Wang Burma.

Tanpa Profesyenal, Ceramah PAS Bakal Lengang ...

Posted: 08 Jun 2015 08:31 AM PDT

KELAB GREENBOC



 

Pentas ceramah Pas akan sepi selepas ini Oleh Shahbuudin Hussin

Salah satu kekuatan Pas selama ini ialah penguasaannya dalam pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Sama ada terdapat isu-isu besar yang melanda negara atau sekadar menyampaikan mesej perjuangan, kekuatan di pentas ceramah itulah antara sebab yang menjadikan Pas semakin kukuh di hati orang-orang Melayu.

Dalam ceramah yang disampaikan itu, bukan saja aspek perjuangan Islam, keperluan menegakkan apa yang disuruh Allah dan menghuraikan isu-isu semasa yang menjadi penekanan, tetapi penting juga ialah siapa yang menyampaikan ceramah itu.

Bagi kebanyakan orang, khususnya yang tinggal jauh di pedalaman atau kampung-kampung, menghadiri ceramah Pas bukan saja untuk mengukuhkan lagi keyakinan terhadap perjuangan parti, bahkan juga untuk mendapat tambahan ilmu dan maklumat mengenai isu-isu semasa berikutan ahli Pas memang dididik untuk tidak mempercayai berita daripada media arus perdana.

Selebihnya, ramai juga yang menghadiri ceramah Pas kerana tertarik, kagum atau terhibur dengan penyampaian penceramah yang dijemput itu.

Suatu ketika Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden Pas amat dikagumi dan sentiasa mendapat limpahan hadirin setiap kali ceramahnya diadakan. Beliau bukan saja berceramah dengan lantang mengenai ketidakadilan dan pelbagai salah UMNO dan BN yang diselitkan dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi mempunyai kritikan dan analisa yang tajam dari sudut politik. Lawak jenaka dan sindiran politiknya seringkali membuatkan ramai tidak kering gusi mendengar ceramahnya.

Datuk Seri Haji Awang pula, ketika zaman mudanya digilai di mana saja ceramahnya diadakan kerana isi dan suaranya yang keras serta tiada komprominya dalam memperkatakan kebenaran. Perkataan kafir, taghut, zalim, munafik dan seumpamanya jarang lekang daripada pengucapannya. Anak-anak muda dan mereka yang baru mengenal perjuangan Pas amat mudah terangsang dengan kata-kata semangat yang disampaikannya.

Allahyarham Nik Aziz tidak terkecuali daripada kehebatan menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Kedudukannya sebagai seorang yang alim, zuhud dan kata-kata yang disampaikannya bersandarkan hukum Al Quran dan Hadis menjadikannya antara paling digemari.

Namun sejak 10 atau 15 tahun kebelakangan ini pula, antara tokoh Pas yang menjadi minat ramai di pentas-pentas ceramah ialah Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Dr Mujahid, Dr Hatta Ramli, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi. Mereka ini bukan saja hebat di pentas ceramah dengan pembongkaran isu-isu semasa politik negara, bahkan juga aktif dalam forum, sidang akhbar dan sentiasa peka untuk mengulas isu-isu semasa dalam negara.

Antara kelebihan mereka ini ialah kehebatan berpidato atau berceramah dan memberi penerangan mengenai pelbagai isu semasa. Sambil berceramah, menegakkan hukum, mengukuhkan keyakinan dan memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa negara, mereka juga menyelitkannya dengan unsur hiburan atau lawak jenaka.

Selama berpuluh tahun itu, tokoh-tokoh Pas daripada kalangan profesional inilah yang ligat menguasai pentas ceramah di seluruh negara, tambahan pula Haji Hadi Awang tidak lagi seagresif dulu menyampaikan ceramahnya berikutan kesibukan lain sebagai Presiden Pas banyak mengekang jadualnya.


Seiring dengan itu, tokoh-tokoh Pas dari kalangan ulama atau berpendidikan agama hampir tenggelam di pentas ceramah berikutan isu-isu semasa yang berlarutan dan silih berganti menjadikan mereka daripada kalangan profesional ini lebih digemari oleh khalayak ramai.

Bagaimanapun, berikutan pertembungan antara kumpulan ulama dan profesional dalam Pas, semua tokoh-tokoh ini kecundang dalam pemilihan baru-baru ini. Mohamad Sabu kecundang di tangan Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden. Bagi jawatan Naib Presiden pula, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayuh tewas ditangan Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Iskandar Samad.

Bagi jawatan AJK, kecuali Mazlan Aliman, kesemua tokoh daripada kalangan profesional yang mana antaranya menjadi Ahli Parlimen, bekas Menteri Besar dan sebagainya serta cukup dikenali di kalangan rakyat, telah "dibersihkan" oleh kumpulan ulama daripada menduduk kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Dengan wajah baru Pas sekarang, tidak dapat tidak Pas akan berdepan dengan masalah yang berbagai di masa depannya. Walaupun ingin kekal bersama PR, tetapi kepimpinan baru ini semestinya lebih bermasalah dengan DAP dalam fasa-fasa seterusnya.

Selain undi dan dan sokongan daripada bukan Melayu akan berkurangan, Pas juga mungkin tidak lagi diminati oleh kalangan profesional, kakitangan awam, swasta dan pengundi muda berikutan ketiadaan kepimpinan profesional dalam kepimpinan tertinggi parti itu. Mereka selama ini menyokong perjuangan Pas adalah kerana tertarik dengan Islam yang dibuktikan dengan penyertaan ramai kalangan profesional menyertai dan menguasai kepimpinan parti itu.

Sudah tentu tidak ramai golongan tersebut yang menyertai Pas kerana tertarik dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Abduh atau Nasharuddin Tantawi berbanding daya tarikan daripada Mohamad Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan seumpamanya.

Yang lebih memberi kesan kepada Pas selepas ini ialah kelopongan dalam menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh. Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden tidak dinafikan boleh berceramah kerana selalu muncul dalam program Forum Perdana Ehwal Islam di TV sebelum ini, tetapi kehebatannya menarik audiens tidaklah sekukuh Mohamad Sabu.

Di kalangan Naib Presiden, siapakah yang mahu mendengar ceramah Idris Ahmad, Nik Amar Abdullah dan Iskandar Samad berbanding Husam, Mahfuz dan Salahuddin Ayub sebelum ini?

Begitu juga di kalangan AJK baru yang ada sekarang, mereka mungkin lebih ilmu agama dan pengetahuan dalam hukum halal haram, namun hampir tidak dikenali dan kosong aura dalam menarik kehadiran orangramai di pentas- ceramah berbanding tokoh-tokoh profesional yang tewas itu.

Dengan ini, dalam tempoh dua tahun akan datang di mana kepimpinan baru ini memikul tanggungjawabnya, kesuraman dan hilangnya daya tarikan Pas sudah pun dapat dirasai. Jika berlarutan sehingga PRU 14 akan datang, tidak mustahil bukan saja kehilangan lebih banyak kerusi akan dialami oleh parti itu, bahkan Kelantan pun akan kembali ke pangkuan BN. -aintdaily

Percayalah PAS akan sunyi tanpa aura mu ... Oleh Zulkifli Yaacob



Walau apa kamu kata ,kata kepada insan ini, macai DAP, tak wala kepada Presiden, mendahului Presiden serta berbagai kata nista dn fitnah ...

Aku lebih menghormati beliau daripada 10 Ustaz dlm AJK PAS PUSAT skrg ini.

Walaupun ada gelaran DATO, ada gelaran Dr, ada latar belakang agama, Aku lebih percayakan Abg Mat dari kamu.

Aku mengenali beliau ketika kamu masih di Universiti AlAzhar, ketika kamu masih di Pakistan dan India, ketika kamu masih UM dn UKM, ketika kamu baru pegang jawatan dlm Kastam.

Biar tiada latar belakang Agama, biar tiada gelaran TOK GURU, Biar tiada gelaran USTAZ, Biar tiada gelaran DR PHD... Namun Istiqomah dlm perjuangan Pas menyebabkan aku kagum kepadanya.

Insan ini telah melalui pahit maung perjuangan yang begitu lama. ISA dan lokap adalah rumah keduanya, jutaan wang telah dikumpul melalui ceramah beliau, tiada malam yangg berlalu tanpa ceramahnya.


Berapa ramai mereka yg menyertai Pas selepas mendengar ceramahnya. Kehadiran dalam PAS sebelum kemenangan di Kelantan.

Sebak mendengar luahan perasannya sepanjang perjalanan ini.

Kalah menang adat bertanding, tapi yang tak boleh diterima adalah kata nista dn fitnah terhadapnya.

Tak pe lah Abg Mat, Allah nak bag Abg Mat rehat, sebelum ini Abg Mat tak ada rehat langsung,

Sekarang tanpa ada jawatan Abg Mat boleh rehat ...

Percayalah PAS akan sunyi tanpa aura mu. Dan mereka akan tercari2 mu selepas ini.

Catatan dlm flight Qatar airways QR 853 2.57am 6/6/2015.
-muktamarpas61


Tahniah Dr.Mujahid, Lepas Jawatan Dalam K'jaan P.Pinang.

Posted: 08 Jun 2015 08:26 AM PDT

KELAB GREENBOC



Mujahid pula letak jawatan dari k'jaan DAP

Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

"Ya, semua jawatan rasmi," katanya ketika ditanya sama ada beliau benar-benar mengambil keputusan itu.

Mohamad dalam ucapan penggulungan di muktamar PAS 6 Jun lalu mengumumkan akan meletakkan jawatan daripada kerajaan Pulau Pinang selepas usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.

Beliau berkata berbuat demikian sebagai tanda taatkan ulama.

'Undurlah demi maruah'

Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

"Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini, Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

"Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti," katanya,

"Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat." -mk

Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik

Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

"Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

"Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan," kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad. Dewan Ulama pula berkata usul mereka "mencadangkan", bukan "menegaskan" seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

"Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura," katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BN di Selangor "tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan".

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

"Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS," katanya lagi.

"Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam.
-TMI

ULASAN GB

Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik

Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

"Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

"Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan," kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad. Dewan Ulama pula berkata usul mereka "mencadangkan", bukan "menegaskan" seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

"Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura," katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BN di Selangor "tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan".

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

"Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS," katanya lagi.

"Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam.
-TMI

TAHNIAH dan SYABAS kepada Mohd Sabu dan Dr.Mujahid. Anda berdua membuktikan bahawa anda bukan orang yang gila jawatan dan lebih mementingkan maruah parti.

Betul-betul profesyenal.

Kita menunggu mereka yang kumpulan "pro-ulama" untuk meltakkan jawatan, tetapi nampaknya sehigga ke hari ini mereka berdolak-dalik... terkedu sendiri dengan tindakan muktamar yang telah meluluskan tanpa bahas putus kerjasama dengan DAP. Tak bermaruah dan takut kebuloq jika letak jawatan.

GB sudah ulas sebelum ini:

Isk, dah buat terkejut pulak Ketua Dewan Ulamak, Dato Mahfodz Mohamed terhadap respons Ketua Menteri Pulau Pinang susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar.

Mula-mula bukan main tegas lagi beliau menyatakan bahawa "usul putus berkeanaan membutikan PAS bukan kuda tunggangan DAP." Mursyidul Am PAS yang baru, Dr. Haron Din pun sebelumnya menyatakan, tahaluf siyasi dengan DAP seperti tiada kebaikan (maslahah)...


Bila Ketua Menteri Pulau Pinang beri respons, masing-masing kelam kabut pula buat kenyataan bahawa keputusan itu belum muktamad lagi.

Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak.

Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura?


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar.

Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula.

Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7.


Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit."

Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar.

Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru...

Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya.

Kita sama-sama tunggu dan lihat kesudahannya nanti.


Najib, jangan guna PAS untuk alih isu

Posted: 08 Jun 2015 02:26 AM PDT



Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man


Merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang memetik Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno sedia berunding dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam setelah meneliti keputusan muktamar PAS.

Untuk makluman Najib, apa jua keputusan muktamar PAS, pendirian parti terhadap Umno adalah sama bahawa tidak akan bergabung dengan Umno. Majlis Shura PAS telah menegaskan perkara ini pada 19 Mei yang lalu.

Najib tidak perlu menangguk di air keruh untuk menimbulkan semula fitnah ini terhadap PAS. Jangan cuba menggunakan PAS untuk mengalihkan pandangan daripada isu-isu yang lebih penting.
Najib boleh melarikan diri daripada forum ‪#‎NothingToHide‬. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara. Dengan insiden yang sebegitu memalukan, Najib tidak boleh terus-menerus memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB pada waktu yang sama tatkala pelbagai siasatan dilakukan terhadap 1MDB.

Sebagai permulaan, saya menggesa Najib berhenti serta-merta daripada menjadi Penasihat 1MDB memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) telah juga memulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB. Ini satu perkara yang memalukan apabila syarikat yang dinaungi Perdana Menteri sendiri perlu disiasat BNM.

Bukan itu sahaja, Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings telah menyatakan ada 50% kebarangkalian untuk mengurangkan taraf kredit ke atas Malaysia. Ini dipercayai ada kaitan dengan kontroversi 1MDB dan ketidak-yakinan mereka terhadap pengurasan kewangan negara. Di samping itu, di bawah Najib, Ringgit terus jatuh ke tahap terendah dalam tempoh sembilan tahun iaitu RM3.75 kepada 1USD.

Berlatar-belakangkan ini, saya juga menggesa Najib berhenti menjadi Menteri Kewangan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Cukuplah sekadar memegang jawatan Perdana Menteri sebagai peluang Najib untuk membersihkan nama beliau dan membawa Umno bersamanya ke PRU14.

Kepada Najib: "Kamu boleh hancurkan diri kamu dengan 1MDB. Tapi jangan hancurkan negara dengan 1MDB. Cukuplah kamu meranakan rakyat dengan GST, janganlah kamu meranakan generasi masa depan dengan 1MDB."

Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS 

Rakyat kena tinggalkan Malaysia kalau tak suka Najib?

Posted: 08 Jun 2015 02:18 AM PDT



Oleh RAYUSA 


AGAK mengejutkan apabila Dato' Seri Najib Razak memberi kata dua kepada para menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib dilaporkan meminta anggota kabinet berbuat demikian jika mereka tidak lagi menyokong beliau.

Najib berbuat begitu selepas Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.

Setakat ini, menteri yang menyahut cabaran itu ialah Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Hussein yang memberikan persetujuan bersyarat.

Melalui akaun Twitternya, Hishammuddin berkata, agensi tajaan kerajaan itu mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas sebarang salah laku mesti dikenakan tindakan. Tambah beliau, proses rasionalisasi itu mesti dilakukan dengan telus.

Adakah perdana menteri menyindir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin? Kebetulan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat kabinet 29 Mei lalu ketika Najib didakwa memberi kata dua kepada para menteri kabinet beliau.

Menurut seorang pembantu timbalan perdana, Muhyiddin sedang bercuti. Tugasan rasmi terakhir beliau ialah pada 26 Mei lalu. Sejak itu beliau bercuti di luar negara.

Dalam beberapa majlis, Muhyiddin dilihat berselisih pendapat dengan bosnya itu dalam isu 1MDB.


Walau bagaimanapun, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 1 Jun lalu menafikan Najib berbuat demikian. Katanya suasana mesyuarat kabinet itu juga tenang. Jelas beliau, perdana menteri hanya memberitahu mereka tentang perlunya mereka bersama-sama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara.

Perdana menteri, tambah Nazri, menegaskan jika ada menteri yang tidak selesa dengan cara beliau menangani isu 1MDB, mereka boleh menghantar surat peletakan jawatan dan beliau memahaminya.

Menurut Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan lagi, semua menteri bersetuju, termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan pula berpendapat jika seseorang tidak sehaluan dengan ketuanya, dia bebas untuk "angkat kaki."

Memang ia kelihatan seperti sebuah penyelesaian mudah. Namun demikian, kenyataan Mohamad itu dianggap penting. Kenyataan beliau itu dimuat naik di laman sesawang MyKMU.net dan YouTube, 1 Jun lalu.

Dalam klip video selama 44 saat itu, Mohamad berkata, manusia tidak boleh membuat pilihan mengenai dua perkara dalam dunia ini. Pertama, katanya, ibu bapa (yang memang tidak boleh dipilih), dan kedua, "bos." Kalau anda tidak suka bos, katanya, bos tidak perlu pergi, tetapi anda yang perlu berbuat demikian.

Pun begitu, bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (ZAM) berkata, Najib sepatutnya mencabar para menteri kabinetnya bersikap lebih agresif dengan melancarkan serangan balas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Para menteri berkenaan, tegas ZAM, tidak boleh membiarkan bos mereka hanya disokong oleh golongan sampah.

ZAM mentakrifkan golongan sampah itu sebagai "orang yang sudah hilang kewibawaan dan integriti" serta "menyeleweng daripada parti asal atau daripada parti yang sudah bankrap".

Malah, golongan tersebut juga bukan sahaja ditolak oleh masyarakat umum, tetapi juga dalam kalangan Umno sendiri.

Bagi beliau, jika hanya sampah-sampah yang jelas menyokong, akhirnya Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah itu. Katanya, bersatu menyerang balas Mahathir adalah lebih baik daripada meletakkan jawatan yang akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan.

Tambah ZAM, beliau hanya melihat pengerusi Majlis Penyokong BN (BNBBC), Dato' Seri Shahrir Samad dan presiden persatuan wakil rakyat BN, Abdul Aziz Abdul Rahman yang banyak menyerang balas Mahathir.

Bagi beliau, ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Muhyiddin; naib presiden Umno, Dato' Seri)
Ahmad Zahid Hamidi, dan Shafie sepatutnya mendahului Shahrir dalam berbuat demikian. Dengan itu, katanya, tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing sekarang.

Sementara itu, ketika media dan pelbagai pihak mula memikirkan isu "kata dua" diberi oleh Najib kepada anggota kabinetnya, Naib Presiden KeADILan, Rafizi Ramli pula beranggapan tiada perubahan akan berlaku selepas ini.

Menurut Rafizi, sebarang "gegaran susulan" hanya memberi kesan sedikit sahaja.

Secara peribadi, beliau tidak fikir gesaan untuk meninggalkan kabinet akan membawa sebarang perubahan.

Kata ahli Parlimen Pandan itu, konsep bertanggungjawab secara kolektif dan peletakan jawatan kerana perbezaan polisi adalah untuk kabinet yang dianggotai tokoh bermaruah dan hal tersebut tiada di sini.

Sekali fikir, ada benarnya kata Najib dan Mohamad itu. Walau bagaimanapun, jika Najib berkata begitu dan disokong oleh para macainya, secara logik, adakah rakyat perlu meninggalkan Malaysia jika tidak menyukai beliau?

Gambar perkahwinan anak Ku Nan kena tegur

Posted: 08 Jun 2015 02:10 AM PDT

 
Gambar yang menampilkan pasangan pengantin dengan busana tradisi Jawa dikatakan mendedahkan aurat.


Gambar perkahwinan anak Kun Nan kena tegur



PETALING JAYA: Gambar perkahwinan anak Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dimuat naiknya di laman Facebook ditegur.

Dalam majlis yang berlangsung mengikut adat istiadat Jawa, penerampilan pengantin perempuan mendedahkan aurat.

"Bkan dr segi persandingan sahaja..bab2 lain wajib diperbetulkan…jgn adat melebihi agama..keutamaan adalah agama..adat yg menempah dosa..tinggalkan jauh2″ tulis Thamidzzi Akasah.

"Tolong tegur sikit bab halal haram kpd rakan menteri tu….utk kebaikan," tulis Jalalludin Ahmad Jamil Khir.

Dalam statusnya, Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah berkata, lebih 12,000 orang tetamu menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya, Dr. Tengku Iqbal Munawir dan pasangannya Ayu Lingsari yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama beberapa menteri kabinet yang lain antara mereka yang hadir menyerikan majlis.

Empat individu Islam fail saman halang RUU hudud dibentang

Posted: 08 Jun 2015 02:05 AM PDT

 
Mereka juga memohon mahkamah menarik balik jika perbentangan hudud telah dilakukan


lawyer_law_6001



PETALING JAYA: Empat individu telah memfailkan saman pemula bagi memohon mahkamah menghalang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) persendirian berkaitan hudud di Parlimen.

Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Tetuan Farez Jinnah pada Khamis lalu.

Lima individu dinamakan defendan dalam saman itu iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin Mulia dan dua Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

Plaintif memohon supaya mahkamah mengeluarkan arahan kepada defendan tidak membincangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) semasa persidangan Parlimen sehingga 18 Jun ini dan sesi akan datang.

Dalam permohonan itu, juga, plaintif memohon mahkamah menarik semula sekiranya RUU berkaitan hudud telah dibentang dan dibincangkan.

Dalam afidavit itu, plaintif menyatakan alasan pelaksanaan hukum hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah menetapkan 18 Jun sebagai tarikh pengurusan kes.

DAP tolak PKR jadi pihak ketiga selesai krisis dengan Pas

Posted: 08 Jun 2015 02:02 AM PDT

 
DAP boleh menyelesaikan krisis dengan Pas secara terus kerana parti itu telah lama wujud dan mempunyai Ahli Parlimen Pembangkang teramai.


guan eng



KUALA LUMPUR: DAP menolak sebarang usaha campur tangan pihak ketiga bagi menyelesaikan krisis dengan Pas, kata Setiausaha Agong, Lim Guan Eng.

Katanya, parti itu mampu menyelesaikannya kerana DAP antara parti yang telah lama wujud dan mempunyai Ahli Parlimen Pembangkang paling ramai di Parlimen.

"Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, pihak ketiga yang dimaksudkan itu merujuk kepada sesiapa sahaja bukan hanya kepada PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, cubaan PKR untuk menjadi pendamai antara DAP dan Pas adalah sia-sia.

"Kedua-dua parti mempunyai tokoh berpengalaman dan mempunyai pendirian. Usaha boleh dilakukan PKR tetapi saya tidak fikir bahawa satu keputusan yang telah diungkap itu boleh berpatah balik.

" Itu satu benda sangat sukar kerana usul yang dibawa Dewan Ulama Pas sudah menggariskan sembilan alasan tentang keperluan untuk putus kerja sama dengan DAP," katanya.

PM puji perwakilan PAS pilih ulama

Posted: 08 Jun 2015 01:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


UMNO menghormati keputusan perwakilan PAS memilih golongan ulama memimpin parti itu bagi penggal 2015-2017 pada muktamar tahunan parti itu yang berakhir semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata perwakilan parti itu telah membuat pilihan yang baik supaya golongan ulama memimpin parti itu.

"Itu adalah kehendak perwakilan, mereka telah mengambil kira semua aspek dan memutuskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi pemimpin mereka. Kita perlu menghormati pilihan perwakilan," katanya kepada wartawan Malaysia sempena lawatan tiga harinya ke Arab Saudi, di Jeddah, semalam.

Beliau diminta mengulas perkembangan dalam parti itu yang menyaksikan banyak pemimpin proulama terpilih termasuk anggota Jawatankuasa PAS Pusat parti itu dan Nik Abduh, anak bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda.

"Barisan kepimpinan baharu menunjukkan pemimpin yang lebih bersatupadu... dalam hal ini, ia mudah untuk mereka berbincang sesuatu dengan positif," katanya.

Dalam pemilihan itu, timbalan presiden parti, Mohamad Sabu, yang dikatakan pro-DAP pula tewas kepada pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang dilihat proulama.

Ditanya kemungkinan bentuk kerajaan perpaduan di bawah barisan kepimpinan baharu itu, Najib berkata: "Ia tidak sepatutnya begitu khusus. Kita perlu beri masa kepada mereka demi perpaduan ummah."




Injunksi difail untuk halang RUU hudud

Posted: 08 Jun 2015 01:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Empat individu memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud, dibentangkan di parlimen.

Permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu berhujah bahawa langkah itu bercanggah dengan perlembagaan.

Individu-individu itu ialah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Mereka juga memohon Injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang itu.

Mahkamah menetapkan 12 Jun ini untuk pengurusan kes dan 18 Jun bagi pendengaran, kata peguam Siti Kassim.

Mereka juga telah menyerahkan salinan notis itu kepada ke pejabat speaker Dewan Rakyat.

Abdul Hadi pada Mac lalu mengemukakan notis bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas. 


PAS putus atau tak putus dengan DAP?

Posted: 08 Jun 2015 01:50 AM PDT

JIMADIE SHAH OTHMAN


 


Adakah PAS sudah sudah sah memutuskan hubungan dengan DAP? Soal ini masih menimbulkan kekeliruan.

Usul memutuskan hubungan itu diluluskan tanpa bahas selepas PAS anjurkan pesta menghentam DAP – bermula daripada muktamar Dewan Ulama sehinggalah muktamar penuh Khamis hingga Sabtu lepas.

Berdasarkan konteks ini, orang ramai faham bahawa PAS sudah mahu berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, setelah lama kata mengata dan sindir menyindir antara satu sama lain dilontarkan.

Bagaimanapun, selepas ucapan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam penggulungan terakhirnya di muktamar Kuala Selangor pada Sabtu, parti itu seolah-olah mahu menarik brek.

Ucapan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyampaikan ucapan selama 15 minit yang penuh sinis dan menyebakkan penyokongnya.

Mohamad menjadi antara pelopor PAS yang meletak jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau, rakan baik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mengambil keputusan itu atas alasan bimbang dituduh tidak taat kepada ulama.

'Mencadang' jadi 'menegaskan'

Namun, keputusan muktamar – badan tertinggi pembuat keputusan dalam PAS – kini dikatakan membawa maksud berlainan, yang kelihatan lebih lunak dan berhati-hati.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata usul sayap parti itu sebenarnya "mencadangkan" Majlis Syura dan jawatankuasa pusat membatalkan kerjasama dengan DAP.

Bagaimanapun, seolah-olah menyalahkan jawatankuasa usul muktamar pimpinan Datuk Mahfuz Omar, Khairuddin berkata usul itu telah dipinda dengan perkataan baru "menggesa".

Sementara itu, naib presiden baru Datuk Iskandar Samad pula tampil berkata usul itu belum lagi diluluskan – yang terus menimbulkan tanda tanya.

Persoalannya, apa kuasa sebenar muktamar dalam PAS? Semua pihak sebelum ini menanti-nantikan keputusan berhubung hala tujunya dalam Pakatan.

Malah, di Internet, golongan yang tidak berpuas hati terus menyatakan suara dengan memuat naik peruntukan dalam perlembagaan PAS yang menjadikan muktamar sebagai kuasa pemutus sesebuah perkara dalam parti.

Walak kurang bila wang hilang?


Terdapat juga pihak yang memberi tafsiran berbeza, iaitu PAS mahu berbaik-baik semula dengan DAP dengan bersembunyi di sebalik hujah teknikal.

Kata mereka, keputusan akan dibuat oleh Majlis Syura. Bagaimanapun, majoriti anggotanya dalam badan itu diwakili oleh pemimpin-pemimpin daripada Dewan Ulama yang membawa usul itu.

Dengan itu, maksudnya, usul itu seolah-olah masuk poket kiri keluar poket kanan semata-mata dan keputusan sidang Majlis Syuara nanti hanya sekadar formaliti.

Kenapa agaknya, selepas maraton lama berperang dengan DAP, PAS kini mahu berlembut? Ia tentunya tidak semudah salam dan senyum kelat Hadi dengan Lim Kit Siang di Kundasang semalam.

Penganalisis dan pengamat politik PAS daripada dekat, Wan Saiful Wan Jan di Facebook beliau membuat telahan nakal:

"Dewan anda dah buat keputusan sebulat suara. Apa tunggu lagi? Atau walak dah berkurang bila takut hilang duit?," soalnya.



JIMADIE SHAH OTHMAN anggota sidang redaksi Malaysiakini.

Bomba latih malim gunung ilmu menyelamat

Posted: 08 Jun 2015 01:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Semua malim gunung akan diberikan pendidikan ilmu menyelamat sebagai persediaan menghadapi bencana gempa bumi, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.

Kata Abdul Rahmah, langkah itu dianggap penting kerana malim gunung adalah orang responden terawal jika bencana berlaku.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan membekalkan mereka dengan peralatan yang sesuai untuk kerja-kerja menyelamat," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian mengulas kemalangan maut membabitkan pendaki Gunung Kinabalu pada minggu lalu.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kawasan Ranau di Sabah digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud kira-kira jam 7.15 pagi.

Sehingga petang ini jumlah mangsa yang terbunuh adalah 18 orang termasuk tujuh dari Singapura dan masing-masing satu dari Filipina, China dan Jepun.

Abdul Rahman berkata, sebagai langkah tambahan jabatan bomba akan menempatkan peralatan menyelamat yang sesuai di Laban Rata dan pejabat pengurusan di kaki Gunung Kinabalu.

"Dengan cara ini malim gunung yang memang mempunyai banyak pengalaman dalam topografi tanah tinggi boleh membantu kerja awal mencari dan menyelamat jika kemalangan berlaku," katanya.

Gegaran gempa bumi pada Jumaat lalu turut dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Ekoran itu, pihak berkuasa membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu sejak tiga hari lalu.


PAS kini setapak menuju syurga

Posted: 08 Jun 2015 01:41 AM PDT

IZMIL AMRI ISMAIL 


 


Selesai sudah upacara mencampak keluar para Jebon dan Anwarinas. Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudahpun selesa bergambar dalam satu bingkai bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mantan Timbalan Presiden PAS, Saudara Mohamad Sabu pula khabarnya meletakkan semua jawatannya di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana menurut kata para ulama yang mahu PAS berpisah dengan DAP.

Semoga yang lainnya turut menyusul, demi mendengar nasihat dan kata para ulama supaya tidak sesat, lalu dituduh jebon.

PAS Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sejak sekian lama. Kini, mereka dikurniakan peluang untuk berlawan secara berdepan dengan Guan Eng; sama ada menggunakan siku atau lutut masing-masing.

ADUN PAS tunggal di Pulau Pinang kini boleh berdiri gagah mempersoal dan mengkritik Ketua Menteri tanpa rasa segan silu lagi. Perkumpulan pimpinan PAS Pulau Pinang yang menikmati jawatan di negeri Pulau Mutiara itu juga kini sudah boleh mengkritik kerajaan negeri tanpa rasa bersalah menerima gaji daripada kerajaan negeri.

Sesungguhnya perancangan Tuhan itu amat hebat.

Namun di tengah kerancakan perancangan Tuhan itu, ada pula yang mahu menukar pendirian. Ada yang menyebut, usul untuk berpisah dengan DAP itu belum muktamad. Malah ada pula yang berkata, keputusan itu mesti dibincangkan di peringkat Majlis Syura.

Jika demikian, PAS tidak perlu ada muktamar jika keputusannya masih perlu dibawa ke Majlis Syura. PAS juga tak perlu ada Majlis Syura, kerana keputusan jawatankuasa itu boleh dibatalkan oleh presiden PAS.

Menuju syurga

PAS malah tak perlu ada presiden, kerana keputusan penyandang jawatan paling tinggi dalam parti itu nampaknya hanya berdasarkan tunjuk ajar Umno. Justeru, PAS hanya perlukan Umno.

PAS tidak perlukan DAP, kerana DAP adalah parti kafir yang secara terang-terang membantah pelaksanaan hudud. Namun, kita tidak tahu kenapa PAS memerlukan DAP sebelum ini ketika pilihan raya 2013, walhal pada ketika itu DAP juga masih tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.

PAS tidak perlukan jawatan di Pulau Pinang, kerana sebagai parti yang bermaruah dan telah memutuskan hubungan dengan DAP, parti Islam itu tidak perlu lagi melengung di dalam kerajaan dan semestinya berjuang bagi menawan negeri tersebut daripada kekuasaan DAP.

Janganlah menjadi seperti golongan yang meletakkan dunia di atas kepala, dan prinsip dibimbit di kedua belah tangan. Apabila dunia goyang, maka prinsip dilepaskan bagi menjaga dunia daripada tergolek jatuh.

PAS kini sudah setapak menuju syurga. Dengan lengsernya para jebon dan Anwarinas daripada ketumbukan utama PAS, jalan menuju keredaan Tuhan itu makin terbentang luas tanpa duri dan ranjau.

Tidak ada lagi Khalid Samad, Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Dr Dzul, Suhaizan, Dr Siti Mariah, Dr Mujahid atau Husam Musa untuk menghalang jalan menuju syurga. Tidak ada lagi mereka ini untuk menjadi pesuruh bagi memujuk sokongan para liberal, pengundi atas pagar dan pengundi bukan Islam.

Tidak ada lagi mereka ini untuk hadir ke forum dengan kapasiti parti bagi merungkai permasalahan ekonomi dan sosial.

Yang ada kini adalah Haron Din, Nasruddin Hassan, Nik Abduh dan entah siapa lagi yang selama ini tidak dikenali rakyat Malaysia selebihnya. Sudah memang menjadi cita-cita kita untuk melihat para ulama terkedepan membawa isu ekonomi dan membongkar skandal Umno setiap hari.

Tidak ada lagi artis seperti Aishah, yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' untuk menyertai lajnah kebudayaan, kesenian, rekreasi dan segala lajnah yang lagha serta menyimpang dari perjuangan PAS.

Tidak perlu lagi tanzim baru yang berteraskan ulama ini untuk kembali mendapatkan khidmat para jebon dan parasit serta munafiq haraki ini untuk mendekati khalayak yang tidak pernah selesa dengan imej Islam PAS. PAS pastinya mampu membawa dakwah mereka kepada golongan ini dengan pendekatan baru mereka menggunakan siku dan lutut masing-masing.

Pun begitu, di sini kita temukan persimpangan di mana PAS perlu bertanya dirinya sekali lagi; perjuangan dan parti mereka ini untuk siapa sebenarnya? PAS untuk orang PAS, atau PAS untuk seluruh rakyat Malaysia?

Dan adakah rakyat mangsa banjir di Kelantan akan tergolong dalam kalangan yang menerima kebaikan daripada haluan baru PAS ini, setelah terbiar tinggal di khemah usang sepanjang enam bulan lalu?



IZMIL AMRI ISMAIL wartawan Roketkini.

Dr M: Najib sibuk sangat nak jenguk Sabah

Posted: 08 Jun 2015 01:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlalu sibuk untuk melawat Sabah yang dilanda gempa bumi.

"Dia tentu sangat sibuk, perdana menteri ada banyak acara hendak kena hadir," Mahathir dipetik sebagai berkata.

Dalam lawatannya ke Kota Kinabalu semalam, Mahathir diminta mengulas tentang kegagalan Najib hadir ke Sabah selepas bencana alam menimpa negeri itu pada Jumaat.

Najib pada Sabtu melawat Arab Saudi dan mengerjakan umrah bersama isterinya Rosmah Mansor. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada hari ini.

Sin Chew Daily juga melaporkan Mahathir ditanya sama ada beliau betremu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berada di Sabah semalam.

Mahathir menjawab beliau tidak tahu perkara itu dan tiada rancangan bertemu pemimpin nombor dua itu.

Gempa bumi itu dilapor mengorbankan 18 nyawa.

Sebelum ini Najib mendapat kritikan hampir sama apabila berada di Hawaii, Amerika Syarikat ketika banjir besar melanda pantai timur.

Kemarahan lebih meluak-luak apabila akhbar antarabangsa mendedahkan beliau terlibat bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.


Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik

Posted: 08 Jun 2015 01:27 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

"Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

"Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan," kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad.
Dewan Ulama pula berkata usul mereka  "mencadangkan", bukan "menegaskan" seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

"Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura," katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BMN di Selangor "tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan".

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

"Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS," katanya lagi.

"Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam. 
 
 

Selangor terjejas jika Pas putus hubungan

Posted: 08 Jun 2015 01:24 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berdepan masalah jika Pas meneruskan tindakan memutuskan hubungan dengan DAP.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, ini kerana Selangor ditadbir secara bersama oleh PR dengan kedudukan kerusi yang seimbang.

"Jika Pas memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan mencetuskan ketidakstabilan politik di Selangor. Terutamanya dalam sesuatu perkara yang memerlukan undi majoriti.

"Sekiranya perkara itu berkaitan dasar PR, tentu Pas tiada masalah untuk sokong. Tetapi jika undi itu dikemukakan oleh DAP, Pas tidak akan sokong dan menyebabkan tiada kesepakatan di situ," katanya, semalam.

Pas memiliki 15 kerusi Dun di Selangor, manakala DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi).

Kelmarin, Muktamar Tahunan Pas ke-61 meluluskan usul dibawa Dewan Ulama untuk putuskan hubungan dengan DAP.

Keputusan mengenai usul itu akan diputuskan Majlis Syura Ulama dalam masa yang ditentukan kemudian.

Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata, situasi itu berlainan dengan di Pulau Pinang kerana Pas hanya mempunyai seorang wakil Adun di negeri itu.

"Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri mengatakan kepimpinan negeri itu tidak memerlukan Pas. Jadi ia menunjukkan Pas seolah-olah tidak mempunyai kepentingan.

"Apabila Guan Eng cakap begitu, memang DAP tidak akan rugi apa-apa. Tetapi Pas yang rugi apabila mereka jadi Adun, tetapi tidak datangkan keuntungan kepada Pas," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pas perlu menimbangkan banyak faktor jika mahu putus hubungan dengan DAP.


Dua maut, seorang cedera rempuh bas

Posted: 08 Jun 2015 01:21 AM PDT

Dua maut, seorang cedera rempuh bas Dua wanita maut manakala seorang remaja cedera dalam nahas membabitkan dua bas dan lima kereta di Kilometer 216.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Kamunting.
 
 
TAIPING - Dua wanita maut manakala seorang remaja cedera dalam nahas membabitkan dua bas dan lima kereta di Kilometer 216.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Kamunting di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Chiang Yut Meng, 47 dan Ooi Yi Juen, 19, maut di tempat kejadian apabila kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka terperosok di bawah bas.

Empat kenderaan lain yang terlibat adalah Toyota Land Cruiser, Perodua Myvi, Toyota Hilux dan Honda Civic. Difahamkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Bomba Penyelamat Perak berkata, seorang remaja dikenali sebagai Michelle Ooi Min Xian, 13, yang juga penumpang kereta Toyota Vios terbabit turut cedera dan dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan rescue tool dan strectcher. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan untuk terima rawatan.

"Manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kesemua penumpang kedua-dua bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 5 kilometer.


Juruterbang MAS tak perlu bimbang

Posted: 08 Jun 2015 01:20 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Juruterbang di syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak perlu bimbang tentang kemungkinan diberhentikan kerja oleh syarikat tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, juruterbang yang hanya terlibat dengan penstrukturan tersebut adalah juruterbang yang tidak disambung kontraknya.

"Kita ada 1,483 juruterbang yang bekerja di syarikat MAS. Tidak ada masalah bagi juruterbang MAS untuk menjalankan tugas mereka seperti biasa.

"Juruterbang yang hanya terkesan dengan penstrukturan semula MAS hanya juruterbang yang tidak disambungkan kontrak," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh (PKR-Kuala Langat) Abdullah Sani Ab Hamid yang menuntut kerajaan memastikan emosi juruterbang MAS tidak terganggu oleh penstrukturan semula yang dijalankan syarikat tersebut.

Kata Abdullah Sani dalam sidang yang sama, emosi juruterbang pesawat yang terganggu boleh membahayakan nyawa penumpang kapal terbang.

"Kerajaan sudah mengambil keputusan untuk membela kebajikan juruterbang yang tidak disambung kontrak.

"... Industri penerbangan di negara sedang berkembang. Malah syarikat penerbangan di luar sana sedang menunggu untuk membuka peluang pekerjaan kepada juruterbang-juruterbang di negara kita" katanya lagi.


Tiada ulasan: