Isnin, 8 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mujahid kepada wala'un : 'Undurlah demi maruah'

Posted: 08 Jun 2015 09:30 AM PDT

Tunggu apa tunggu puak-puak wala'un yang bekerja dengan kerajaan Pulau Pinang bawah LGE? Hoi, korang pakai kulit muka apa?

Korang tak ada maruah ker? Siku dan kepala lutup hangpa masih ada dan kuat tak boleh cari rezeki lainkah? 

Belajarlah jadi nelayang dengan alMaranggi... 

Allah redha kah korang masih mahu bekerja dengan DAP yang korang kata duk tolak hudud duk kutuk PAS? 

Mana maruah korang sebagai orang Islam?? Aku tabek dengan anak almarhum Yusuf Rawa nih...tak macam korang yang loklaq, cakap dah tak mahu berkawan dengan DAP, tapi masih mahu jadi kuli depa apasal? Alfulus? Hahahaha...

 Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

 Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

'Undurlah demi maruah'

 Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

 Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

 "Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti," katanya.

 Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini, Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

 "Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti," katanya,

 "Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat."

Boss Komplot Tasik Kenyir arah Najib berundur ...

Posted: 08 Jun 2015 06:41 AM PDT

Hj Hadi tidak lama dulu pernah kata, Najib tidak perlu mengundur diri sebagai PM sebaliknya meneruskan perkhidmatannya selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. 

 "Jika seseorang memiliki kelemahan, ia perlu dinyatakan dalam bentuk nasihat dan menyelesaikan masalah," katanya lagi 

"Biar rakyat menghukum parti, bukannya menghukum orang (individu), memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi," katanya di sini 

 The Star Online melaporkan Abdul Hadi mahu Najib terus berkhidmat sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil.

 Katanya, Najib tidak harus tunduk pada tekanan dan harus diberi peluang menyelesaikan masalah dihadapi.

Macam-macamlah macai walaun menngiyakan cakap Hj Hadi yang hari tu ... kononnya Hj Hadi firasatnya hebat. Dengan membiarkan Najib terus jadi PM, Umno/BN akan dipimpin oleh orang yang lemah. Maka  kita akan lebih mudah mengalahkan Umno/BN dalam PRU-14 nanti.... dan lebih memudahkan kita ke Putrajaya! Hahahaha!


Tiba-tiba Ketua komplot Tasik Kenyir tak semena-mena suruh PM Najib meletakkan jawatannya selepas hari raya nanti.Korang boleh baca seterusnya di sini.

Baru dua tiga hari dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS sudah buat kenyataan yang menggegarkan kedudukan seorang Perdana Menteri!

Macam tak caya apa mamat ni cakap! Kenapa berlainan sangat nadanya dengan apa yang boss dia pernah ucap  ketika membela PM Najib hari tu? Ker hanya nak buat parodi gempa bumi Sabah?

Mamat ni hanya nak berlakon dan nak perdayakan orangramai yang kononnya PAS dengan kepimpinan yang baru ini memang tidak ada komplot nak bersama dengan Umno.

Kalau Ust Ahmad Awang yang cakap tu, aku tak ada hal untuk mempercayainya kerana trek rekod dia ada sewaktu di Perak dulu.

Tapi mamat ini, maaf cakaplah, dengan apa yang didedahkan oleh Nasarudin Mat Isa dan Hasan Ali mengenai Unity Government  yang melibatkan gerak kerja Majlis Syura Ulama ni....sikit habuk pun aku tidak akan percaya! Hanya loklaq sahaja yang boleh diperdaya oleh orang macam dia.

Usul PAS: DAP tak mahu jadi munafik

Posted: 08 Jun 2015 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 JUN – Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini berada dalam situasi seperti digantung tidak bertali ekoran keputusan muktamar PAS hujung minggu lalu memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama politik dengan DAP.

 Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam kenyataannya berkata memandangkan kerajaan PR Selangor tertakluk kepada Dasar Bersama – yang kini dilanggar PAS – kerajaan gabungan sedia ada dianggap tidak lagi boleh berfungsi.

 "Bagaimana kerajaan dapat berfungsi jika Exco PAS enggan bekerjasama dengan Exco DAP? 

 "Adakah Exco PAS akan tidak mempedulikan komen dan cadangan wakil DAP di peringkat pihak berkuasa tempatan?" soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

 Beliau turut menjangkakan akan wujud kerjasama baru antara parti-parti politik untuk membolehkan kerajaan baru berkuasa di Selangor.

 Sebelum ini Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong telah meramalkan kemunculan pemimpin Melayu progresif baru bagi mengisi kekosongan ditinggalkan PAS selepas perwakilan mereka minggu lalu memilih untuk kembali menjadi parti konservatif.

Parti baru akan menentukan masa depan politik Selangor.

 Menurutnya lagi, seandainya kekosongan tersebut tidak diisi, kerajaan negeri Selangor boleh tumbang dan pilihan raya negeri terpaksa diadakan.

 "Setakat hari ini, tiada keputusan muktamad dibuat oleh DAP Selangor," ujarnya sambil menyebut bahawa DAP negeri itu akan mentaati keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

 "Pemimpin DAP di Selangor tidak akan menjadi munafik dan mengkhianati prinsip demi kekal berkuasa dengan apa cara sekali pun, tidak seperti pemimpin parti politik lain," tegasnya.

 Muktamar PAS ke-61 hujung minggu lalu meluluskan tanpa bahas usul memutuskan kerjasama dengan DAP, namun mendakwa kekal bersama PR.

 Susulan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersedia untuk menerima peletakan jawatan pimpinan PAS di Pulau Pinang sambil menegaskan bahawa pentadbiran negeri tidak terjejas. – Roketkini.com

PAS kini setapak menuju syurga

Posted: 08 Jun 2015 04:00 AM PDT

Selesai sudah upacara mencampak keluar para Jebon dan Anwarinas. Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudahpun selesa bergambar dalam satu bingkai bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Mantan Timbalan Presiden PAS, Saudara Mohamad Sabu pula khabarnya meletakkan semua jawatannya di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana menurut kata para ulama yang mahu PAS berpisah dengan DAP.

 Semoga yang lainnya turut menyusul, demi mendengar nasihat dan kata para ulama supaya tidak sesat, lalu dituduh jebon.

 PAS Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sejak sekian lama. Kini, mereka dikurniakan peluang untuk berlawan secara berdepan dengan Guan Eng; sama ada menggunakan siku atau lutut masing-masing.

 ADUN PAS tunggal di Pulau Pinang kini boleh berdiri gagah mempersoal dan mengkritik Ketua Menteri tanpa rasa segan silu lagi. Perkumpulan pimpinan PAS Pulau Pinang yang menikmati jawatan di negeri Pulau Mutiara itu juga kini sudah boleh mengkritik kerajaan negeri tanpa rasa bersalah menerima gaji daripada kerajaan negeri.

 Sesungguhnya perancangan Tuhan itu amat hebat.

 Namun di tengah kerancakan perancangan Tuhan itu, ada pula yang mahu menukar pendirian. Ada yang menyebut, usul untuk berpisah dengan DAP itu belum muktamad. Malah ada pula yang berkata, keputusan itu mesti dibincangkan di peringkat Majlis Syura.

 Jika demikian, PAS tidak perlu ada muktamar jika keputusannya masih perlu dibawa ke Majlis Syura. PAS juga tak perlu ada Majlis Syura, kerana keputusan jawatankuasa itu boleh dibatalkan oleh presiden PAS.

 Menuju syurga. 

 PAS malah tak perlu ada presiden, kerana keputusan penyandang jawatan paling tinggi dalam parti itu nampaknya hanya berdasarkan tunjuk ajar Umno. Justeru, PAS hanya perlukan Umno.

 PAS tidak perlukan DAP, kerana DAP adalah parti kafir yang secara terang-terang membantah pelaksanaan hudud. Namun, kita tidak tahu kenapa PAS memerlukan DAP sebelum ini ketika pilihan raya 2013, walhal pada ketika itu DAP juga masih tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.

 PAS tidak perlukan jawatan di Pulau Pinang, kerana sebagai parti yang bermaruah dan telah memutuskan hubungan dengan DAP, parti Islam itu tidak perlu lagi melengung di dalam kerajaan dan semestinya berjuang bagi menawan negeri tersebut daripada kekuasaan DAP.

 Janganlah menjadi seperti golongan yang meletakkan dunia di atas kepala, dan prinsip dibimbit di kedua belah tangan. Apabila dunia goyang, maka prinsip dilepaskan bagi menjaga dunia daripada tergolek jatuh.

 PAS kini sudah setapak menuju syurga. Dengan lengsernya para jebon dan Anwarinas daripada ketumbukan utama PAS, jalan menuju keredaan Tuhan itu makin terbentang luas tanpa duri dan ranjau.

 Tidak ada lagi Khalid Samad, Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Dr Dzul, Suhaizan, Dr Siti Mariah, Dr Mujahid atau Husam Musa untuk menghalang jalan menuju syurga. Tidak ada lagi mereka ini untuk menjadi pesuruh bagi memujuk sokongan para liberal, pengundi atas pagar dan pengundi bukan Islam.

 Tidak ada lagi mereka ini untuk hadir ke forum dengan kapasiti parti bagi merungkai permasalahan ekonomi dan sosial.

 Yang ada kini adalah Haron Din, Nasruddin Hassan, Nik Abduh dan entah siapa lagi yang selama ini tidak dikenali rakyat Malaysia selebihnya. Sudah memang menjadi cita-cita kita untuk melihat para ulama terkedepan membawa isu ekonomi dan membongkar skandal Umno setiap hari.

 Tidak ada lagi artis seperti Aishah, yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' untuk menyertai lajnah kebudayaan, kesenian, rekreasi dan segala lajnah yang lagha serta menyimpang dari perjuangan PAS.

 Tidak perlu lagi tanzim baru yang berteraskan ulama ini untuk kembali mendapatkan khidmat para jebon dan parasit serta munafiq haraki ini untuk mendekati khalayak yang tidak pernah selesa dengan imej Islam PAS. PAS pastinya mampu membawa dakwah mereka kepada golongan ini dengan pendekatan baru mereka menggunakan siku dan lutut masing-masing.

 Pun begitu, di sini kita temukan persimpangan di mana PAS perlu bertanya dirinya sekali lagi; perjuangan dan parti mereka ini untuk siapa sebenarnya? PAS untuk orang PAS, atau PAS untuk seluruh rakyat Malaysia?

 Dan adakah rakyat mangsa banjir di Kelantan akan tergolong dalam kalangan yang menerima kebaikan daripada haluan baru PAS ini, setelah terbiar tinggal di khemah usang sepanjang enam bulan lalu?

 IZMIL AMRI ISMAIL wartawan Roketkini.malaysiakini.com

PAS sukar buat U-Turn Lipat Maut

Posted: 08 Jun 2015 01:52 AM PDT

Bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu berada dalam keadaan sukar sekiranya mahu membuat pusingan U terhadap keputusannya sebelum ini yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Katanya, jika PAS menarik kembali keputusan tersebut, secara tidak langsung ia memberikan persepsi tidak baik kepada penyokong mereka yang akan melihat kepimpinan hanya mengutamakan kedudukan dan jawatan.

 "Saya tidak fikir bagaimana Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama boleh berpatah balik setelah mereka menerima usul tersebut dalam Muktamar.

 "Kalau berpatah balik, imej PAS pada penyokong akan rosak, seolah-olah mereka akan lihat, apa ini? Sekejap kata nak putus, sekejap tak jadi putus.

 "Jadi, persepsi orang akan lihat PAS ini mungkin lebih utamakan kedudukan, jawatan. Itu akan memburukkan sokongan terhadap PAS," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP masih belum muktamad.

 Mahfuz berkata, keputusan itu sebenarnya hanya menunggu untuk dirujukkan kepada Majlis Syura saja kerana sebahagian ahli Dewan Ulama terdiri daripada kepimpinan majlis itu. – 8 Jun, 2015. - sumber: themalaysianinsider

Dr Mahfodz dedah sebab golongan profesional disingkirkan

Posted: 07 Jun 2015 12:09 PM PDT

Berikut adalah wawancara Utusang dengan DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED KETIKA ditemui di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor pada Jumaat lalu.Rencana asalnya di sini.

 Saya sekadar mencelah memberikan komen saya dengan tinta merah dengan merujuk sumber-sumber berita yang lalu secara ringkas sahaja.

MINGGUAN: Golongan ulama ternyata menguasai sepenuhnya pemilihan Pas kali ini, apa komen Datuk? 

DR. MAHFODZ: Saya secara peribadi gembira dengan ke­pu­­tu­san tersebut kerana ia menggambarkan perwakilan memahami hasrat kepemimpinan Pas dan mahu Pas kembali kepada kepemimpinan ulama. Namun ia bukanlah bermaksud kita meno­lak golongan profesional. Apa yang perlu difahami selain Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih, terdapat lapan orang lagi yang akan dilantik.

 Gembira dengan cara kempen yang tidak beretika? Dengan kerja-kerja sabotaj terhadap pihak lawan. Melarang presiden dari dicabar. Surat tawaran pencalonan kepada Ust Ahmad Awang disorok. Syukur alhamdulillah ada org pergi ke Pejabat Agung dan tolong ambilkan. Kalau Ust Ahmad Awang tunggu surat dihantar ke alamatnya, sampai tutuplah surat tak sampai.Dengan penyingkiran golongan profesional seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta , Salahuddin Ayub dan lain-lain tu dengan cara yang keji dan hamburan fitnah, kamu nak pujuk depa tu untuk mengisi 8 kekosongan dengan belas ehsan korang? Kamu ingat mereka tidak ada maruah ker? Mereka bukan manusia pelastik (pinjam istilah Mat Sabu pada penutup muktamar PAS ke-60 lalu.

 Jadi kita boleh isi dengan golongan profesional, kita memerlukan gabungan golongan ulama dan profesional bagi memimpin parti. Sebenarnya, kita bukan tidak mahu golongan profesional tetapi dengan adanya lebih ramai golongan ulama ia akan memudahkan kerja Presiden untuk membuat keputusan yang menyentuh dasar parti. Sebelum ini beliau menghadapi kesukaran dalam soal tersebut.

Ya, Datuk mahukan jenis tukang angguk-angguk kan? kan? Supaya setiap apa kata presiden, itulah keputusan parti ...

 Apakah keputusan kali ini juga didorong oleh perasaan kecewa perwakilan apabila melihat golongan profesional masih gagal melaksanakan agenda Islam Pas seperti yang diharapkan? 

DR. MAHFODZ: Saya tidak tahu perkara itu tetapi kemenangan mereka mungkin disebabkan berkempen sedangkan golongan ulama tidak berkempen. Cuma kali ini apabila kita menyedari apa yang dilakukan oleh golongan profesional, kita tidak boleh berdiam diri. Kita akui golongan ulama melakukan kempen tetapi ia dilaksanakan secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan. Kita anggap ini pertandingan adik-beradik, mungkin kempen seumpama inilah yang memberi kesan kepada ahli Pas.

Secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan? 
Nampak sangat mohong! Cer baca di sini
Selain itu juga, apabila kita menye­dari golongan ulama kurang (dalam AJK Pas Pusat) maka kita turun padang melawat kawasan-kawasan bagi membuat penjelasan. Antara penjelasan yang diberikan ialah mengenai dasar parti, pera­nan ulama dan matlamat Pas ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam nilai-nilai Islam. Alhamdulillah, melalui gerakan turun padang ini termasuklah oleh saya sendiri, kita pun tidak menjangka apabila pemilihan berlangsung, golongan ulama mendominasi termasuk di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

 Benarkah gelombang ulama yang melanda Pas sebagai tindak balas terhadap kebiadaban DAP kepada Abdul Hadi?

DR. MAHFODZ : Memanglah. Dalam ucapan di Muktamar Dewan Ulama saya kata Pas kena nilai semula tahaluf siyasi dengan DAP. Dua tahun lepas pun semasa Ijtimak Ulama di Kedah, Dewan Ulama yang ketika itu dipimpin oleh Allahyarham Datuk Harun Taib sudah membuat tuntutan yang sama. Bagaimanapun oleh kerana ketika itu digambarkan tidak ada isu berkaitan sikap DAP, semua orang attack Dewan Ulama. Justeru Dewan Ulama pun senyap tetapi hari ini, apabila DAP menghentam Abdul Hadi dan Pas, maka Dewan Ulama berasa bertanggungjawab untuk kita respon kepada DAP.

 Berikutan ucapan saya itu akhir­nya diwujudkan usul tergem­par yang diluluskan secara sebulat suara tanpa sebarang bantahan. Tuju­an kita adalah supaya DAP ber­henti daripada cakap-cakap perkara itu, tutup mulut mereka sedikit. Nampaknya dalam masa dua tiga hari ini, mesej kita sudah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit.


Benarkah LGE senyap macam Dr Mahfodz kata? Nampak dia
mohong lagi kan? Baca di sini
 Usul tergempar agak aneh kerana mahu berada dalam pakatan pembangkang tetapi tidak mahu bekerjasama dengan DAP?

DR. MAHFODZ: Yang kita marah itu kepada DAP bukan PKR. Walaupun PKR tidak bersetuju dengan hudud tetapi tidaklah sekeras apa yang dilakukan oleh DAP sebab itulah kita merasakan masih perlu berada dalam pakatan khususnya bersama PKR. Usul ini adalah pandangan Dewan Ulama, sama ada diterima atau tidak belum tahu lagi. Tetapi saya difahamkan ia akan diluluskan tanpa bahas bagi mengelakkan provokasi kerana kalau ia dibentangkan sudah pasti akan dipersetujui dengan dikeluarkan kata-kata yang keras. 

Awat hang terkejut biawak? Hang kata ia akan diluluskan tanpa 
bahas Awat hang dah terciritkah? Tunggu apa? Baca lagi di sini
Tetapi dalam banyak kes PKR dlihat cenderung menyokong DAP berbanding Pas?

DR. MAHFODZ: Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar Pas, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Kalau dengan PKR, kita boleh berunding tetapi dengan DAP mungkin tidak boleh berunding. Tetapi saya kira dengan usaha itu mudah-mudahan DAP akan sedar, kita pun ada maruah, dia pun ada pendirian sendiri, dengan adanya pendirian dan sikap Dewan Ulama ini, maka itu akan dapat mendekatkan sedikit antara ketiga-tiga parti.


Sikap Presiden yang flip-flop itulah yang buat rakan-rakan marah.Isu MB Selangor,  PAS main taik tapi marahkan PKR. Isu Hudud, PAS juga yang main taik, DAP pula yang dipersalahkan.Malas nak ulas bab ni sebab dah banyak kali saya sentuh dalam entri yang lalu. 

 Dulu biarpun ada pertandingan Pas tidaklah berpecah, tetapi sekarang sejak mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, situasinya sudah berubah. Ada pemimpin Pas yang mempertahankan kerjasama itu lebih daripada dasar parti sendiri? Apa pandangan Datuk?

DR. MAHFODZ: Pas sudah banyak menjalinkan tahaluf siyasi dengan pelbagai parti sebelum ini. Terbaharu pada 2009, kita sudah jelaskan kepada ahli Pas ada syarat-syarat tahaluf, kalau ia tidak ditunaikan maka terbatal. Kita bertahaluf dengan DAP yang mempunyai matlamat ke Putrajaya. Oleh sebab itu matlamat mereka maka mereka mahu dasar-dasar Pas (bagi meraih sokongan), tetapi kita dalam mesyuarat AJK Pusat dan ceramah menjelaskan tahaluf ini hukumnya harus yang asalnya haram. Diharuskan kerana kita mempunyai persamaan dari segi menjatuhkan UMNO dan menentang kezaliman.

Woit! Kalau nak batalkan batalkanlah dengan rasmi.Cakap terang-terang. Kalau masih lagi on, semua keputusan mestilah ikut konsensus, jgn buat keputusan sendiri bila dah setuju masa bermesyuarat.

 Namun oleh kerana terlampau ghairah mahu ke Putrajaya, mungkin ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lalai memandangkan dalam keadaan apa pun ketaatan (wa'la) mesti diberikan keutamaan kepada kepemimpinan Pas. Kita akui memang betul ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lupa atau terlepas pandang hingga sanggup mempertahankan (pihak lain). Isu Menteri Besar Selangor contohnya, ada pemimpin Pas mendahului kepemimpinan pusat dalam membuat keputusan. Ketika itu Pas pusat belum memutuskan sama ada akan menyokong atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tetapi dua Ahli Dewan Undangan Negeri kita terus beri sokongan.

Janganlah nak mohonglah Datuk. Malas nak ulang cerita yg sama nih! Karektor Hj hadi dalam isu ini sangat memalukan.Tercatit dakam sejarah negara. Anak cucu kita baca nanti tentu geleng kepala...

 Kerana tindakan berani 2 Adun PAS inilah sebenarnya yang telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan menggagalkan cubaan Hj Hadi mewujudkan Unity Government di Selangor bersama Umno.



 Berapi-api marahnya Hj Hadi disebabkan tindakan 2 Adun PAS tersebut hingga sanggup melabel anak buah sendiri sebagai 'Broker' dan 'Barua'.

Tetapi akhirnya tembelang nya pecah berderai, rupa-rupanya dia sendiri adalah 'Broker' dan 'Barua'disebalik jubah dan lilitan serbannya!



Keadaan itu berlaku kerana ada dalam kalangan AJK Pas Pusat yang selalu menyanggah pandangan Presiden dan Majlis Syura Ulama. Memang ada kesannya apabila kita bertahaluf dengan DAP. Akhirnya ada antara pemimpin Pas yang memberikan kesetiaan dan kasih sayang lebih kepada DAP dan PKR.
Segelintir calon golongan profesional yang berkempen menyatakan golongan ulama tidak layak memimpin dan sukar Pas menang pilihan raya?

DR. MAHFODZ: Dalam kalangan ulama ada yang lulusan muamalat, perbankan Islam, pentadbiran Islam, ada yang pernah menjadi profesor. Bagi saya apa yang mere­ka katakan itu tidak tepat. Sebab itulah bila kita jawab (menggulung perbahasan), Dewan Ulama pun ada sentuh soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Tabung Haji dan 1MDB. Ulama bukan sekadar mengetahui dan menghafaz al-Quran serta hadis seperti mana dituduh sesetengah pihak.

 Dalam kalangan ulama ada yang bijak bidang politik. Bagi saya, pertembungan ini bukan antara ulama dengan profesional kerana dalam ulama ada yang terlibat bidang profesional dan ada profe­sional dalam bidang ulama. Saya boleh pastikan siapa daripada golo­ngan ulama menyebelahi pro­fesional. Apa pun pertembungan ini adalah fitrah. 

Woit! Kita mahu sejauh mana kehebatan ulama menggulung perbahasan di parlimen. Bukan sekadar dipentas ceramah markaz atau sesama sendiri. Terbukti yang ada sekarang ni seperi KP baru, Nik Abduh dan Nasrudin Hassan tu hanya memanaskan kerusi duduk masing-masing. Kalau bangun pun cerita pasal pengadil bola sepak, bukan pasal sistem kehakiman negara, misalnya.

Adakah pertembungan kali ini akan membawa perpecahan dalam parti?

DR. MAHFODZ: Pertembungan kali ini memang telah membentuk dua kumpulan iaitu yang disebut-sebut kumpulan ulama dan profesional. Sebab itulah kempen hari ini memang jelas, contohnya kalau orang itu memilih tok guru (Abdul Hadi), dia akan memilih semua orang tok guru. Kalau dia memilih Ahmad Awang dia akan memilih semua orang Ahmad Awang bagi semua jawatan.

Baguslah dia sendiri akui mengenai perpecahan berlaku kerana keghairahan untuk merebut jawatan dalam parti.Amalan demokrasi sudah bertukar jadi autokrasi. Eloklah nama parti Islam SeMalaysia itu ditukar nama jadi parti Hj Hadi sahaja.

Datuk kata pemilihan kali ini akan memudahkan kerja kerana ia membentuk satu pasukan yang mempunyai matlamat yang sama, boleh ulas lanjut?

DR. MAHFODZ: Bila banyak ulama dalam AJK Pas Pusat, kemudian dibantu pula oleh golongan proulama dalam Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat maknanya hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja.Sekarang ini saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.

 Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat, memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar Pas. Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada Presiden akan lebih kukuh.

Woit! Ini rupanya sebab mengapa golongan profesional disingkirkan... 'golongan profesional dominan, kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.' Maknanya, ulama tak boleh nak patahkan hujjah golongan profesional, tetapi ulama tetap mahu supaya setiap apa kemahuan Hj Hadi menjadi keputusan yang tidak boleh dibantah walaupun ada hujah? Mahu jadikan Hj Hadi sebagai seorang diktator?


Ya, amat benat kata Datuk, apabila semua parasit-parasit , jebon-jebon semua sudah berjaya disingkirkan, hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja untuk bersama Umno kan? Hasan Ali cakap di sini 

 Pas sudah melakukan pelbagai usaha untuk menyakinkan DAP menerima dasar Islam Pas tetapi sehingga ke hari ini masih gagal, adakah selepas ini ia akan berjaya?

DR. MAHFODZ: Apa yang didakwa oleh DAP bahawa mereka tidak diberi taklimat atau tidak memaklumkan kepada mana-mana individu dalam parti itu hanya alasan sahaja, sebab kita sentiasa menerangkan dasar-dasar Pas. Sepatutnya DAP memahami hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sudah wujud sebelum kerjasama antara kedua-dua parti berlaku. Kita sudah bincang sejak tahun 1990-an lagi, masa itu pun kita sudah jemput orang bukan Islam dalam seminar dan bengkel bagi membolehkan mereka memahami dasar Pas. Tetapi akhir-akhir ini DAP secara konsisten menentang hukum hudud walaupun kita sudah jelaskan hukum itu hanya untuk orang Islam sahaja.

 Apa yang pernah LKS nyatakan di Kota Baru yang geng ulama fitnahkan itu, adalah menepati sebagaimana yang Hj Hadi dan Dr Mahfodz sendiri pernah nyatakan.Lihat kenyataan LKS transkripnya di sini dan bandingkan dengan berikut: 


Pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkata,hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ulangan :hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan! Klik videonya di sini ]



 Pada tahun 1993, undang-undang syariah ini untuk orang Islam manakala orang bukan Islam diberi pilihan sama ada nak ikut undang-undang itu atau yang lain. Kemudian apabila perbincangan diadakan semula kita putuskan dalam pindaan 2015 undang-undang tersebut hanya untuk orang Islam sahaja.Sepatutnya tidak berbangkit lagi penentangan daripada DAP. Bagi saya, nak tarbiah DAP memang susah kerana mereka orang bukan Islam tetapi Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri. Sebenarnya saya tidak tahu sikap DAP memandangkan dulu apabila kita menyertai gabungan pembangkang, DAP bertindak keluar daripada gabungan tersebut dan mereka berjaya memperolehi undi lebih banyak daripada orang Cina. Sekarang ini kemungkinan disebabkan Pilihan Raya DUN Sarawak semakin dekat, dalam usaha memujuk orang bukan Islam Sarawak memberikan sokongan kuat kepada DAP maka dizahirkan kaitan usaha kerjasama Pas dengan Barian Nasional (dalam pelaksanaan hudud).

[Saya sangat setuju bila Datuk kata :


'Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri.'


Boleh tak Datuk tolong jawapkan pertanyaan mad'u Datuk yang berikut:


Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran?



 Pindaan EKJS Akta 355 ... Mana hududnya Datuk? Jangan nak temberanglah Datuk Mahfoz!


 Kalau mengikut enam garis panduan Tahaluf Siyasi yang diputuskan oleh Majlis Syura terdapat beberapa perkara sudah dilanggar oleh DAP? Kenapa Pas masih berdiam?

DR. MAHFODZ: Pas banyak bertoleransi sebab kita sayang tahaluf, kita masih tidak lari. Kenapa kita bersikap demikian, sebab kita hendak menjatuhkan UMNO. Sebab itulah saya sangat marah apabila kita dikatakan kritik DAP kerana mahu bersekutu dengan UMNO. Itu tidak pernah dibincangkan. Semasa muktamar di Batu Pahat, kita memang telah menegaskan tidak akan berurusan dengan UMNO tetapi "orang sebelah sana" masih menjadikan ia "wirid" bila kita tidak erat dengan DAP, maka kita dituduh hendak kepada UMNO. Itu tidak betul.


Yang ini bagaimana Datuk Mahfodz? Kenapa tak disiasat pengakuannya? Kenapa tidak ada apa-apa tindakan hingga sekarang? Videonya ada di sini


 Apa peranan Majlis Syura kerana sebelum ini ia dilihat sekadar "penghias organisasi" sahaja?

DR. MAHFODZ: Ini berlaku kerana sesetengah pemimpin Pas tidak komited kepada kepemimpinan Pas, tidak komited kepada Majlis Syura sehinggakan walaupun Majlis Syura sudah beri amaran supaya jangan berkawan dengan Pasma mereka tidak indahkan. Tetapi kali ini oleh sebab proulama sudah menguasai AJK Pas Pusat maka tidak akan timbul masalah tersebut. Masa itulah kita memperkukuhkan Majlis Syura dengan majlis itu mengeluarkan arahan-arahan yang sudah pasti akan dipatuhi oleh AJK Pas Pusat. Apabila mereka akur maka ia akan dikeluarkan kepada Pas kawasan. Sebelum ini, masalah berpunca daripada AJK Pas Pusat yang tidak akur kepada kepemimpinan dan Majlis Syura.

[Majlis Syura lebih berkuasa dari perlembagaan PAS yang tidak pun menghalang ahli PAS daripada bergiat didalam mana-mana NGO.MSU telah bertindak melampau dari kuasa yg ada padanya.]

DAP kata akan membuat pendirian berkaitan hubungannya dengan Pas selepas pemilihan ini?

DR.MAHFODZ: Kita harapkan signal sudah ada bahawa Pas memang masih memerlukan Abdul Hadi dan disokong oleh kumpulan proulama. Mudah-mudahan DAP akan sedar bahawa Pas bukannya dikuasai oleh seorang iaitu Presiden. Ini berbeza DAP yang "di-veto" oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kita memang membuat keputusan itu selepas ia dirujuk kepada AJK Pas Pusat kemudiannya Majlis Syura, banyak peringkat. Kita yakin Majlis Syura akan berfungsi sepenuhnya supaya DAP mengambil pelajaran, tidak mudah memperkotak-katikkan Presiden kerana menyangka Abdul Hadi itu segala-galanya.

Woit! Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama, AJK PAS Pusat yang sekarang ini adalah terdiri dari orang yang sama kan? kan? Kah! Kah! Kah! All are presiden yes-men!

 Dari segi penyatuan umat Islam, bagaimana Pas mahu memainkan peranannya?

DR.MAHFODZ: Kita tidak menolak perbincangan dengan sesiapa pun. Kalau DAP dan orang bukan Islam kita boleh bekerjasama dan berbincang maka dengan orang Islam sendiri biarpun berlainan ideologi kita boleh berbuat demikian. Tetapi kita mestikan berfikiran terbuka kerana (bagi) orang Pas, kita jumpa UMNO sahaja (mereka kata) nak masuk UMNO sedangkan ada perkara lain yang dibincangkan. Contohnya hendak melaksanakan hukum hudud, mestilah mendapat sokongan UMNO, kalau bergantung kepada PKR dan DAP sahaja tidak boleh harap. Ada kalanya kita perlu berbincang, berbuat demikian bukan bermakna bekerjasama. - sumber: utusan   


Perkhabaran terbaharu ialah – Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia memaklumkan usul perlu dibawa oleh wakil kerajaan. 

Beliau juga menjelaskan sebab utama usul hudud tidak disenarai pada sidang dewan Rakyat yang lalu disebabkan dibawa oleh Presidejn PAS Datuk Seri Hadi Awang.

Datuk sedar ke tak ni? Tolonglah tanyakan Hj Hadi  bila nak bentang? 

Bukan RUU persendirian Hj Hadi tu lah... sampai bila pun tak akan boleh sebab speaker dewan dah cakap tu.

Saya tanya, bila nak bentang tilam? Suruhlah Hj Hadi tu berehat....Aku pun dah ngantuk nak tidor....

Tiada ulasan: