Rabu, 24 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MARA Inc diberi 7 hari jawab dakwaan

Posted: 24 Jun 2015 03:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa memberi tempoh tujuh hari kepada anak syarikatnya MARA Inc untuk menjawab berhubung dakwaan skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia seperti yang dilapor media negara itu.

Beliau juga berkata MARA akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti pembelian blok apartmen Dudley International House yang dijadikan asrama pelajar tajaan agensi kerajaan itu sepertimana yang dilapor akhbar The Age.

"Saya beri masa tujuh hari pada MARA Inc supaya beri jawapan bertulis terperinci tentang apa yang ditulis oleh The Age dan dalam masa 14 hari, kita akan panggil mesyuarat khas Majlis supaya meneliti secara lebih terperinci.

"MARA Inc kena kemukakan alasan bertulis dan ulasan mengenai perkara yang dibangkitkan. Dan seterusnya menentukan apa langkah yang perlu diambil," katanya lagi.

Akhbar Australia The Age mendakwa sekumpulan pegawai MARA yang amat kaya, menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida harga blok apartmen itu daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanair.

Mengulas lanjut, Annuar berkata laporan oleh The Age berhubung pembelian apartmen tersebut merupakan maklumat baru.

MP Ketereh juga berkata MARA kini sedang menjalankan penyiasatan audit terhadap anak syarikatnya itu untuk tindakan lanjut.

"Apa yang dibangkitkan dalam The Age berkaitan pembelian terlebih bayar ini merupakan sesuatu di luar daripada pengetahuan  kita sehingga masa ini.

"Dalam pengetahuan kita, untuk masa ini nilai oleh penilai antarabangsa jauh lebih tinggi dan kita membelinya dengan harga yang rendah.

"Dan di luar pengetahuan kami sekiranya nilainya ialah A$17.8 juta (RM51.5 juta) yang mana perkara ini akan disiasat," katanya.


'Pembelian aset MARA lain libatkan sogokan?'

Posted: 24 Jun 2015 03:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


NGO Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) hari ini meminta kerajaan memberi penjelasan sama ada pembelian tiga hartanah yang lain di Australia oleh MARA Inc turut melibatkan sogokan.

Ia berikutan laporan akhbar Australia The Age mendakwa anak syarikat Majlis Amanah Rakyat itu membuat pembelian apartmen "The Dudley" di Melbourne dengan harga yang tinggi dan lebihannya disalurkan kembali kepada pegawai MARA sebagai sogokan.

"Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, perdana menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah-hartanah yang lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat," kata pengarah NOW Rafizi Ramli dan Akmal Nasir dalam kenyataan media bersama.

Rafizi merupakan ahli parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR manakala Akmal merupakan pengarah strategi AMK.

Mereka berkata siasatan NOW turut menemui tiga pembelian hartanah oleh MARA Inc selain daripada The Dudley iaitu di 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street.

Justeru, kedua-duanya memohon penjelasan sama ada jumlah pembelian kesemua hartanah itu dilakukan dengan harga yang munasabah atau sebaliknya.

"Jika benar, adakah jumlah urus niaga empat hartanah ini menelan belanja RM244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?," soal mereka.

Akhbar The Age menganggarkan harga hartanah di Swanston Street bernilai A$23.5juta manakala hartanah di Queens Street dan Exhibition Street pula jika digabungkan bernilai A$40 juta.

Rafizi dan Akmal turut mempersolkan mengapa MARA mempunyai syarikat yang didaftarkan didaftarkan di kepulauan British Virgin sebagai tempat untuk berlindung daripada cukai dalan kes pembelian hartanah.

Pada masa yang sama, mereka mempersoalkan mengapa syarikat tersebut tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia.

Semalam The Age mendakwa sekumpulan pegawai MARA menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia untuk membida harga blok apartmen Dudley International House daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65juta) dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanah air. 


TMJ: Khidmat untuk rakyat bukan parti

Posted: 24 Jun 2015 03:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tengku Mahkota Johor mengingatkan ahli politik di negara ini supaya berkhidmat demi rakyat bukan ideologi sesebuah parti politik.

Menulis dalam laman Facebooknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menggesa mereka supaya mengetepikan perbezaan pandangan dan menghormati satu sama lain jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu.


"Sedarlah bahawa kita tidak berkhidmat demi ideologi sesebuah parti politik, kita berkhidmat untuk rakyat," tulis baginda.

Tulisan Tunku Ismail hadir berikutan pembubaran Pakatan Rakyat dan perang mulut antara PAS dan DAP terus.

Tengku Mahkota Johor menjadi tumpuan di internet selepas baginda mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana tidak hadir dalam dialog "Nothing2Hide".








Hadi arah ADUN PAS pertahan k'jaan S'gor

Posted: 24 Jun 2015 03:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada Menteri Besar Azmin Ali demi mempertahankan kerajaan negeri yang dibina atas kepercayaan rakyat.

Beliau berkata kerjasama PAS dengan rakan komponen Pakatan Rakyat di negeri itu dalam kerangka mengekal kedudukan kerajaan memerintah dan meneruskan khidmat kepada rakyat.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada Datuk Iskandar Abdul Samad selaku pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh Hadi:-

Kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sesungguhnya menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam Pakatan Rakyat pada waktu ini adalah pada tahap yang paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip yang memerlukan penyelesaian yang adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.

Bagi PAS, muafakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengiktiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing dalam kalangan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian PAS terhadap kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS yang baharu sahaja berlangsung. Antaranya dinyatakan dengan jelas, bahawa "PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah"; dan juga nyata termaktub dalam Perlembagan PAS [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas.

Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama PAS dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini.


Husam digugurkan daripada kabinet PAS Kelantan

Posted: 24 Jun 2015 03:39 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Datuk Husam Musa dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.Datuk Husam Musa dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.

Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.


Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan.

Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu.

Satu tiang pembangunan pun tiada di Kampung Baru, kata senator

Posted: 24 Jun 2015 03:35 AM PDT


Senator Tan Sri Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata kegagalan dalam perancangan pembinaan semula Kampung Baru akan mendatangkan kemarahan kepada orang ramai kerana pelaksanaannya tidak efektif dan peruntukan juga tidak mencukupi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.Senator Tan Sri Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata kegagalan dalam perancangan pembinaan semula Kampung Baru akan mendatangkan kemarahan kepada orang ramai kerana pelaksanaannya tidak efektif dan peruntukan juga tidak mencukupi. – Gambar fail The Malaysian Insider.


Senator Tan Sri Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman hari ini membidas Putrajaya kerana walaupun meluluskan Akta Pembangunan Kampung Baru setahun lalu, namun hingga kini tidak ada pembinaan berlaku di kawasan tersebut.

"Kampung Baru ini kita rancang pembangunannya dari era Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Tun Abdullah Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak yang luluskan akta setahun lalu, sekarang setelah 12 tahun Kampung Baru masih dalam pembinaan.

"Kita tidak melihat satu pun tiang besi yang dinaikkan untuk pembangunan Kampung Baru," katanya di Dewan Negara ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).


Beliau berkata kegagalan dalam perancangan pembinaan semula Kampung Baru akan mendatangkan kemarahan kepada orang ramai kerana pelaksanaannya tidak efektif dan peruntukan juga tidak mencukupi.

Malah beliau juga mempersoalkan mengapa perlu ada pihak ketiga iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam meluluskan pembangunan.

"KIta mahu pembangunan namun tiada peruntukan diberi kepada majlis bandar raya jadi maksudnya tidak ada autonomi kewangan atau badan yang ditubuhkan untuk memantau perkara itu.

"Sekarang ini jika kita mahu kelulusan kena pergi ke DBKL. Kenapa tidak kita melaksanakan menerusi penubuhan Perbadanan Kampung Baru, kenapa kena perlu pergi pihak ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pembinaan Kampung Baru adalah contoh kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai 30% peningkatan ekonomi Bumiputera.

"Kenapa kita tidak berjaya saya katakan ada 3 sebab, pelaksanaan, kawal seliaan dan keazaman politik. Orang bertanya adakah kita mempunyai keazaman politik ini, kita ada tapi pelaksanaannya tiada," katanya.

Katanya, faktor kegagalan dalam mencapai sasaran menaikkan ekonomi Bumiputera terletak kepada kaum Melayu sendiri yang tidak mempunyai daya saing seperti bangsa lain.

'Saya terima apa jua ketentuan'

Posted: 24 Jun 2015 03:30 AM PDT


 
 
DATUK Mahfuz Omar bukanlah nama asing dalam persada politik tanah air. Sikapnya yang lantang mengkritik dan membidas mana-mana pihak termasuk rakan pakatan, menyebabkan dirinya dilihat seolah-olah golongan progresif yang mahu menundukkan pro ulama dalam parti hingga kecundang dalam pemilihan parti baru-baru ini. Namun itulah keperibadian Ahli Parlimen Pokok Sena ini yang sentiasa happy go lucky, dan sentiasa mengukir senyuman biarpun dipandang sinis dalam parti sendiri. Setelah tidak lagi memegang jawatan utama di peringkat pusat mahupun negeri, beliau nekad mahu meneruskan perjuangan politiknya, biarpun sekadar bergelar Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena. Ikuti wawancara Mahfuz bersama wartawan Sinar Harian, Roslinda Hashim.

Datuk antara tiga pemimpin Pas dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini namun, ditawarkan menganggotai Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2015-2017. Adakah keputusan sudah dibuat berhubung tawaran itu?

Saya terima surat tawaran pelantikan itu petang Ahad, bukan seminggu lalu seperti diperkatakan. Setakat ini, saya belum buat apa-apa keputusan. Jawapan bertulis akan saya hantar kepada Presiden untuk maklumkan sama ada terima atau sebaliknya. Pas Pusat tidak menetapkan tempoh tertentu untuk memberikan keputusan, malah saya sendiri pun tiada jangka masa, dua minggu ini jadual program padat dengan pelbagai aktiviti, selepas itu baru sempat berfikir.

Ada kemungkinan Datuk sudah tawar hati untuk terima tawaran berikutan lantikan dibuat pada saat akhir dan dilihat seperti tangkap muat?. Tambahan pula kepimpinan baharu merupakan pasukan pro ulama, di mana kebanyakan rakan sehaluan Datuk tidak lagi bersama.

Saya tidak ada apa-apa tanggapan berhubung pelantikan itu, apakah tujuan atau niat mereka memilih saya. Saya hanya bersangka baik terhadap apa yang berlaku. Dalam pemilihan lalu sudah ada ketentuan dalam proses pemilihan atau pertandingan pasti ada kalah atau menang. Ini bukan kali pertama saya kalah.

Wujudkah rasa kecewa apabila seolah-olah berlaku pembersihan dalam pemilihan parti yang menyaksikan rakan-rakan progresif dalam Pas kecundang?

Bila keadaan begini, kekosongan (jawatan) yang ada tidak dapat tampung semua yang tewas pada pemilihan. Ini realiti yang pasti akan diperakui semua pihak. Lantikan yang dibuat itu ada hadnya atas kuasa Presiden. Ia tidak wajar dipersoalkan.

Rakan baik Datuk sendiri, Mohammad Sabu (Mat Sabu) jatuh merudum daripada jawatan timbalan presiden kini tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan. Adakah Datuk kecewa dengan situasi ini, kerana Datuk dan beliau antara yang berusaha menjalin hubungan baik dengan DAP.
Saya sendiri sudah tidak ada perasaan. Saya 'happy go lucky' dan teruskan kehidupan macam biasa. Saya terima apa jua keadaan dan keputusan. Saya juga memaafkan sesiapa yang pernah melabel saya 'barua DAP' selain dikaitkan dengan kumpulan yang mahu jatuhkan Presiden. Saya tidak simpan dalam hati.

Berbeza dengan Mohamad Sabu yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku, adakah Datuk ditawarkan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau?

Kami tidak pernah bincang bab ini.  Saya dengar mengenai penubuhan parti baharu pun ketika majlis pengumuman malam ceramah itu. Setakat ini pun, saya tak ada terima tawaran dari mana-mana pihak termasuk Mat Sabu sendiri untuk sertai parti baharu itu.

Selepas apa yang berlaku dalam pemilihan termasuk kemelut Pas-DAP, adakah wujud rasa kecewa dalam diri Datuk tentang nasib dan masa depan Pas?

Apa yang berlaku buatkan saya sedih, bukan kecewa. Saya akui kelemahan saya sebelum ini dalam uruskan konflik yang berlarutan memberi imej yang tidak baik dalam hubungan Pas-PR. Kemelut ini merugikan dari aspek sokongan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan baharu untuk membaiki imej dan kekecewaan rakyat terhadap Pas yang beri harapan besar. Krisis PR memberi implikasi kepada ketiga-tiga parti (Pas, DAP, PKR), sebab itu berkali-kali saya sebut, sebelum isu ini memuncak, perlunya kepimpinan dari tiga parti berlapang dada dan berjiwa besar untuk duduk semeja di meja perundingan. Apabila ada parti isytihar PR sudah tidak wujud, satu pihak lagi kata masih wujud, menunjukkan masing-masing belum bersedia kembali kepada meja perundingan. Situasi ini amat malang dan beri kesan pada PRU akan datang. Wajar diatasi segera namun penyelesaiannya agak rumit. Satu pihak sama ada Pas atau DAP perlu mengalah atau berundur dengan menjadi parti mesra kerajaan PR. Sebagai contoh, kekalkan Kerajaan Selangor bawah PKR, pihak yang satu lagi berperanan sebagai pihak yang mesra kerajaan walau tidak ada dalam kerajaan itu. Jika kedua-dua pihak berterusan mengeluarkan kenyataan yang agak lantang, keadaan akan menjadi sukar.

Apakah yang perlu Pas lakukan segera supaya tidak terus terheret dengan kemelut?

Pas perlu bertindak segera, jaga sokongan pengundi teras. Usul Dewan Ulama Pas yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP itu disertakan dengan sembilan alasan dari sudut syarak, yang dikaitkan dengan kepentingan hudud, maka sudah tentu Pas tidak boleh buat pusingan U atau tarik balik pendirian, kerana boleh menjejaskan pengundi teras Pas (Melayu Islam). Tindakan itu kelak boleh memberi gambaran Pas tunduk pada DAP. Begitu juga DAP, tidak boleh membuat pusingan U untuk menjaga kepentingan pengundi terasnya, supaya kredibiliti parti itu tidak akan dipersoalkan. Disebabkan itu, satu parti perlu mengalah untuk elak PR dituduh parti hipokrit.

Terbaharu, kemungkinan DAP akan wujudkan satu pakatan baharu?

Itulah antara kebimbangan saya. Jika DAP isytihar PR sudah tidak wujud, pakatan ini ambil parti baharu, sudah pasti Pas tidak akan bersama. Imej PR sedikit sebanyak terpalit implikasi negatif yang akan diterjemahkan dalam PRU. Kepimpinan tertinggi parti perlu pulihkan imej parti masing-masing dan PR. Mereka juga perlu pulihkan keyakinan pengundi bukan Islam kepada Pas dan PR. Jika berlaku perpecahan dalam PR, yang tidak dapat dibendung lagi, hasilnya kelak, berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14. Ia tidak beri keuntungan dalam aspek mahu menumbangkan kerajaan BN.

Perjalanan politik Datuk sekejap di atas sekejap di bawah, adakah kekecewaan itu boleh menjurus kepada kebarangkalian untuk Datuk tinggalkan Pas?

Saya tidak akan tinggalkan Pas. Menjadi tanggungjawab saya untuk laksana tugas sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena dan Ahli Parlimen. Saya akan pastikan prestasi itu dapat dipertahankan hingga PRU14 kerana parlimen ini satu-satunya yang dimenangi Pas di Kedah. Itu tanggungjawab besar untuk saya kekalkan kedudukan selain membantu tambah kerusi Pas di Kedah.

Bermakna Datuk tidak bersedia bergelar ahli parlimen bebas?

Tiada dalam pemikiran saya ketika ini, walaupun ditawar jawatan atau tiada jawatan dalam Pas, saya tetap berkhidmat untuk kawasan.

Ura-ura mendakwa ada ahli dan pemimpin Pas Kedah akan keluar parti?

Setakat ini, saya tiada maklumat tentang ini, tidak pastilah jika ia benar-benar menjadi kejutan kelak. Masing-masing ada kefahaman dan pemikiran berbeza termasuk soal parti. Sudah pasti mereka perlu fikirkan secara bijaksana termasuk kesan pada PRU14.

Reaksi Datuk terhadap tindakan Datuk Amiruddin Hamzah menolak lantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

Saya juga terkejut. Kita perlu hormati pendirian beliau, walaupun sukar untuk Pas Kedah. Kemungkinan beliau mahu beri laluan kepada pemimpin agamawan untuk terajui Kedah yang sinonim dengan imej sekolah pondok.

Dalang rampas kapal tangki masih dikesan

Posted: 24 Jun 2015 03:21 AM PDT

Dalang rampas kapal tangki masih dikesan Sidang media oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK
 
 
 
PUTRAJAYA - Pihak berkuasa Malaysia telah senarai pendekkan dalang kejadian rampasan terhadap kapal tangki, MT Orkim Harmony, milik syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, 11 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, segala kemungkinan akan disiasat termasuk kebarangkalian wujud hubungkait dengan kejadian rompakan laut yang lalu.

"Kita dah senarai pendekkan 'kepalanya' (dalang). Tapi ada tahapnya...kepala atas...bawah. Kita tak tahu lagi. Kewarganegaraan kita kena periksa. Pergerakannya bagaimana.

"Kita ada senarai pendekkan dalang daripada dulu sebab kes ini kita nak tengok ada tak hubungkait dengan kes-kes sebelum ini atau kes-kes kemudian. Apa-apa sahaja maklumat. Ia tidak berhenti di sini," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya, fasa siasatan melibatkan anak kapal dan forensik sudah selesai namun Malaysia masih perlu menanti keputusan Vietnam untuk membawa kesemua suspek ke negara ini.

"Fasa siasatan kita dah siap. Sekarang kita kena tunggu yang lapan orang itu...itu fasa tiga. Jika dapat diekstradiksi, kita teruskan. Keterangan anak kapal, forensik semua sudah siap.

"(Paling cepat boleh bawa ke sini?) Bergantung kepada Vietnam. Jangan lupa yang pegang sekarang adalah Vietnam. Tertakluk pada mereka. Isu ini tidak timbul jika kita dapat tangkap mereka pada hari kejadian," katanya.

Menyentuh soal jenayah rentas sempadan yang berlaku di mana-mana negara, beliau memberitahu ia perlukan kerjasama semua negara jiran untuk menyelesaikan kes-kes yang berlaku.

"Kita bekerja sebagai pasukan. Ini isu antarabangsa. Melibatkan banyak negara. Bukan kita sahaja. Isu jenayah rentas sempadan, tiada negara boleh selesaikan sendiri. Perlu libatkan semua negara jiran.

"Sebab boleh jadi dalang itu berada di tempat lain. Kita tak tahu. Apa pun kita perlu siasat dengan teliti barulah kita dapat maklumat yang konklusif," katanya.

Ketika ditanya anggaran tempoh semua persoalan dapat dijawab, beliau akui tidak sabar untuk segera menyelesaikan kes tersebut.

"Saya pun nak tahu. Pegawai penyiasat dan sebagainya bekerja dengan sangat keras. Saya boleh kata, tidak mudah untuk mendapat semua maklumat-maklumat ini selain anda dilatih dengan baik," katanya.


1MDB: Emel bocor PetroSaudi telah dipinda

Posted: 24 Jun 2015 03:17 AM PDT

SINAR HARIAN


1MDB 1Malaysia Development Berhad


 
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, siasatan awal ke atas bekas kakitangan PetroSaudi yang ditahan kerana cubaan peras ugut berkaitan e-mel maklumat milik PetroSaudi menunjukkan sebahagian daripada e-mel yang dibocorkan itu telah dipinda.

Dalam satu kenyataan di sini, 1MDB berkata, ia yakin pihak berkuasa akan menyiasat secara terperinci, mengumpul fakta dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

"1MDB juga berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka ke atas perkara ini," katanya. - Bernama


Pengarah hospital mohon maaf kes pakai tuala mandi

Posted: 24 Jun 2015 03:10 AM PDT

Pengarah hospital mohon maaf kes pakai tuala mandi Gambar yang dikongsi Nisha di laman sosial Facebook miliknya.
 
 
SHAH ALAM - Bermula dengan kes diminta pakai kain batik, nampaknya kontroversi berkaitan isu kain ini tidak berkesudahan. Terbaharu berlaku di Hospital Sungai Buloh apabila seorang pelawat memakai tuala mandi bagi memasuki hospital berkenaan.

Susulan tersebarnya gambar seorang gadis memakai tuala mandi berwarna kuning, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim tampil memohon maaf di atas insiden tersebut kepada mangsa di atas kesulitan tersebut.

"Kami memohon maaf di atas insiden berkenaan. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kami tidak menghalang mana-mana pelawat dari memasuki hospital hanya kerana pakaian mereka.

"Bagaimanapun, kami menggalakkan orang ramai untuk berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya melalui satu kenyataan di Facebook rasmi hospital berkenaan.

Menurut pengguna nama 'Nisha Daddygal', pada 16 Jun, dia ke hospital berkenaan bersama ayahnya untuk melawat seorang pesakit sebelum tidak dibenarkan memasuki premis itu oleh pengawal keselamatan bertugas kerana memakai seluar pendek.

Dia yang berkongsi insiden itu Facebook miliknya beberapa hari kemudian berkata, sebaik sahaja sampai di pagar hospital, beberapa orang pengawal keselamatan menahannya dan berkata, dia tidak dibenarkan masuk kerana seluar pendek yang dipakainya.

"Seperti yang diarahkan, ayah saya kemudian terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberikan kepada saya untuk menutup bahagian lutut...

"Pengawal keselamatan kata, ini arahan kementerian," tulisnya lagi.

Dia kemudian menulis pesanan kepada wanita-wanita yang ingin ke hospital berkenaan supaya memakai pakaian melepasi paras lutut.

BN boleh tawan semula Selangor pada PRU14, kata Mubarak Selangor

Posted: 24 Jun 2015 03:05 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Melihat kepada senario politik di Selangor yang kini berdepan pelbagai krisis dalam gabungan pakatan pembangkang, peluang kini amat cerah dan tidak mustahil berpihak kepada BN, kata Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.Melihat kepada senario politik di Selangor yang kini berdepan pelbagai krisis dalam gabungan pakatan pembangkang, peluang kini amat cerah dan tidak mustahil berpihak kepada BN, kata Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider.



Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor yakin Selangor akan kembali diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar berkata melihat kepada senario politik di negeri itu yang kini berdepan pelbagai krisis dalam gabungan pakatan pembangkang, peluang kini amat cerah dan tidak mustahil berpihak kepada BN.

"Mubarak Selangor menyatakan kepada Badan Perhubungan Umno Selangor bahawa kita akan bantu dalam kempen PRU14 nanti dan sudah menyediakan jentera yang kuat di peringkat negeri dan semua bahagian untuk menakluki majoriti kerusi yang dipertanding," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.


Abu Hassan yang juga bekas menteri besar Selangor berkata demikian ketika majlis kunjungan dan penyampaian sumbangan Aidilfitri Perdana Menteri kepada ahli Mubarak yang sakit, di kediaman bekas wakil rakyat Selangor Choo Yong Fatt di Bukit Gasing di Kuala Lumpur.

Turut hadir Naib Presiden Mubarak Malaysia Tan Sri Zaleha Ismail, Naib Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Zainal Dahlan dan Setiausaha Mubarak Selangor Datuk Samad Maharuddin.

Sementara itu, Choo bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru bersetuju dan berkata bagi mengembalikan kepercayaan serta memperoleh sokongan padu rakyat kepada parti, BN perlu memberi keutamaan menghidupkan semangat parti yang bersatu teguh.

Mubarak juga menyampaikan sumbangan kepada bekas Adun Paya Jaras Datuk Saidin Thamby di kediamannya di Selayang sebagai meringankan kos pembiayaan rawatan kesihatannya.

Saidin, 79, yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Selayang kini terlantar akibat strok yang dihidapi sejak awal tahun ini dan mendapatkan rawatan secara berkala di Hospital Selayang dan di Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM).

Zaleha berkata sumbangan yang disampaikan berupa wang tunai RM2,000 yang merupakan sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, RM500 daripada Mubarak Selangor serta hamper.

"Ini merupakan program yang sering kita (Mubarak) lakukan sebagai tanda ingatan kepada kawan-kawan kita yang selama ini sama-sama berbakti menumpahkan jasa.

"Sesuai dengan motto Mubarak 'Terus Berkhidmat' maka kita mahu buktikan walau sudah tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan, kita ada semangat untuk tabur khidmat bakti hingga akhir hayat," kata bekas menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat itu.

Isteri kepada Saidin, Datin Maimunah Mohd Shafie, 68, menyambut baik lawatan Mubarak ke kediamannya yang disifatkan sebagai tanda mengukuhkan ikatan silaturahim selain menceriakan suaminya apabila melihat rakan seperjuangan berada di hadapan mata.

"Suami nampak bersemangat mahu bersembang dengan rakan-rakan beliau. Terima kasih Mubarak," katanya.

Sementara itu, Abu Hassan berkata walaupun sumbangan itu tidak seberapa, lawatan Mubarak sebagai tanda keprihatinan mengiktiraf jasa dan bakti anggotanya yang terlantar sakit.

"Selain sumbangan, kita juga berdoa agar rakan kita yang tidak berapa sihat akan cepat sembuh dan dapat beribadat di bulan mulia ini dan menyambut Hari Raya bersama keluarga," katanya. – Bernama,

Bekas hakim syariah Perak beraya di penjara

Posted: 24 Jun 2015 03:00 AM PDT

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman. 


Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah mendapati sabitan itu adalah wajar.

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya boleh Mahkamah Sesyen.

Hassan Basri bagaimanapun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada 6.  – Bernama, 

Sebuah kapal henti pencarian MH370, 2 lagi tangguh untuk isi bekalan

Posted: 24 Jun 2015 02:54 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Fugro Discovery dan Fugro Equators, beredar dari kawasan carian MH370 bagi membuat kunjungan ke pelabuhan untuk mengisi semula bekalan, yang merupakan perkara rutin dan perlu dalam operasi mencari, kata JACC. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015. 


Fugro Discovery dan Fugro Equators, beredar dari kawasan carian MH370 bagi membuat kunjungan ke pelabuhan untuk mengisi semula bekalan, yang merupakan perkara rutin dan perlu dalam operasi mencari, kata JACC. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Tiga buah kapal yang ketika ini terlibat dalam fasa satu operasi mencari pesawat MH370 yang hilang beredar dari lokasi pencarian di Lautan Hindi, tetapi dua daripadanya akan kembali semula.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, yang menyelia operasi mencari itu, berkata GO Phoenix menghentikan operasi di laut dalam pada 20 Jun, susulan kontraknya dilaporkan sudah tamat.

Dua lagi kapal, Fugro Discovery dan Fugro Equators, beredar dari kawasan itu bagi membuat kunjungan ke pelabuhan untuk mengisi semula bekalan, yang merupakan perkara rutin dan perlu dalam operasi mencari, menurut JACC dalam kenyataan.


"Bagi tempoh beberapa minggu akan datang, tiada kapal akan berada di kawasan pencarian kerana ia akan transit ke dan dari Pelabuhan Fremantle. Selepas mengisi semula bekalan, kedua-dua kapal akan kembali ke kawasan pencarian," menurut agensi itu.

Sabtu lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata fasa satu misi mencari melibatkan kawasan seluas 60,000 km persegi di Lautan Hindi akan selesai menjelang akhir bulan ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, Malaysia komited untuk meneruskan misi mencari ke fasa dua yang melibatkan tambahan kawasan seluas 60,000 km persegi.

JACC berkata lebih 50,000 km persegi dasar laut diliputi setakat ini.

"Operasi mencari akan diteruskan pada musim sejuk, tetapi penangguhan dijangkakan," katanya.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac tahun lepas. – Bernama

Rafizi gesa Mara perjelas pembelian 3 lagi hartanah Australia

Posted: 24 Jun 2015 02:52 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa, 3 lagi hartanah di Australia dikenal pasti dibeli menerusi Thrushcross Land Holding Ltd yang berdaftar di Kepulauan British Virgin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa, 3 lagi hartanah di Australia dikenal pasti dibeli menerusi Thrushcross Land Holding Ltd yang berdaftar di Kepulauan British Virgin. – Gambar fail The Malaysian Insider



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Majlis Amanah Rakyat (Mara) beri penjelasan mengenai pembelian 3 lagi hartanah di Australia, sama ada ia turut melibatkan unsur rasuah atau tidak.

Rafizi membuat gesaan itu menerusi badan bukan kerajaan (NGO) National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang diasaskannya.

Rafizi mengenal pasti 3 hartanah itu beralamat di 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street.


Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia dikenal pasti dibeli menerusi Thrushcross Land Holding Ltd yang berdaftar di Kepulauan British Virgin.

Beliau mendakwa, Thrushcross pula dikawal Mara di bawah anak syarikatnya, Mara Inc menerusi seorang pengarah syarikat itu yang juga merupakan pengerusi Mara Inc.

"Mengapa syarikat yang terlibat dalam urus niaga ini iaitu Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung daripada cukai?

"Mengapa ia tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?," soalnya.

Semalam, akhbar The Age Australia mendedahkan Mara membeli satu hartanah dikenali sebagai The Dudley pada harga RM65.2 juta walaupun harga sebenarnya hanya RM51.5 juta.

Lebihan pembayaran itu didakwa disalurkan kepada seorang pegawai atasan Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.

Pemaju di Australia pula didakwa mengeluarkan invois palsu dengan butiran "perkhidmatan jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia.

"Jika benar, adakah jumlah urus niaga 4 hartanah ini menelan belanja RM244.47 juta dan adakah semuanya dijalankan pada harga munasabah atau harga yang dinaikkan?

"Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, perdana menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat," katanya.

Palanivel perlu terima nasihat Najib , kata naib presiden

Posted: 24 Jun 2015 02:45 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sepatutnya akur dengan perlembagaan parti dan perlu menjalankan tanggungjawab beliau seperti yang tertakluk dalam perlembagaan, kata Naib Presiden Datuk M Saravanan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015. 
Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sepatutnya akur dengan perlembagaan parti dan perlu menjalankan tanggungjawab beliau seperti yang tertakluk dalam perlembagaan, kata Naib Presiden Datuk M Saravanan. – Gambar fail The Malaysian Insider


Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan meminta Presiden Datuk Seri G Palanivel menerima nasihat perdana menteri bagi menyelamatkan parti itu.

Beliau berkata Palanivel sepatutnya akur dengan perlembagaan MIC dan perlu menjalankan tanggungjawab beliau seperti yang tertakluk dalam perlembagaan MIC.

"Tidak boleh sebarang nasihat atau pandangan melanggari tafsiran yang telah dinyatakan dalam perlembagaan MIC sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Fertigasi Cili Bagi Tok Batin peringkat Parlimen Tapah di Sungkai hari ini.


Palanivel mengadakan pertemuan tertutup dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat perdana menteri, pagi semalam.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata sokongan daripada masyarakat India sangat penting bagi mengekalkan kedudukan parti itu.

Mengenai Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Sementara 2009 untuk melanjutkan tempoh sehingga Oktober ini untuk mengadakan pemilihan semula parti itu, Saravanan berkata ini membuktikan RoS mengikut perlembagaan MIC.

"Apa yang penting sekarang kita adakan pemilihan baharu pada bulan Julai dan saya minta cawangan mengadakan pemilihan," katanya.

Saravanan berkata pihaknya menerima sebanyak 1,000 permohonan bagi pertubuhan cawangan baharu.
"Kita tiada kuasa, perlu tunggu sehingga keputusan pemilihan baharu. Pemimpin Barisan Nasional tidak perlu risau kerana ramai yang akan sertai MIC," katanya.

Ditanya mengenai beberapa pemimpin MIC mempertikai kehadiran bekas Presiden Datuk Seri S Samy Vellu pada mesyuarat yang diadakan jawatankuasa itu, Saravanan berkata kehadirannya adalah atas jemputan.

"Ahli PKR boleh hadir Palanivel punya mesyuarat apa salahnya Samy Vellu hadir pada mesyuarat jawatankuasa yang sah. Mana-mana parti tidak pernah tidak menjemput mantan presiden mereka. Apa dosa dia (Samy Vellu) buat," katanya. – Bernama

Azmin: Sultan mahu k'jaan S'gor terus stabil

Posted: 23 Jun 2015 05:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata Sultan Selangor mahu kerajaan negeri terus stabil untuk membangunkan negeri dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat susulan masalah dalaman Pakatan Rakyat.

Azmin berkata baginda mengambil maklum mengenai penjelasan beliau berhubung perkara itu dalam pertemuan mereka semalam.

"Pada kesempatan ini, saya juga telah memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan tentang masalah dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

"Saya memberi jaminan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

"DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud susulan keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' gabungan itu.
  
Akur dengan keputusan tersebut, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan semalam seolah-olah menyalahkan PAS sebagai punca pakatan pembangkang berpecah namun ingin teruskan kerjasama dengan kedua-dua parti.

Bagaimanapun Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengambil pendirian bahawa Pakatan masih wujud walaupun DAP berpendapat sebaliknya.

Sementara itu, dalam kenyataan itu, Azmin berkata pertemuan dengan baginda semalam antara lain mengenai kemajuan usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di negeri itu. 


Solidaritilah Demi Mazlan Aliman

Posted: 23 Jun 2015 04:58 PM PDT

shahbudindotcom


Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku "pembersihan etnik"  dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti.

Dalam pemilihan itu, semua kumpulan progresif dibersihkan daripada memenangi jawatan di peringkat Pas Pusat, kecuali pejuang peneroka Felda, Mazlan Aliman yang "terselit" menang sebagai Ahli Jawatankuasa. 

Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan beberapa hari kemudian dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada NGO Anak yang diasaskannya.

Salahuddin dan Mahfuz tewas bagi jawatan Naib Presiden manakala Mohd Taufek pula kecundang bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas.

Beberapa tokoh penting Pas yang selama ini mewarnai politik negara, dikenali ramai dan memberi banyak sumbangan kepada parti itu seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mujahid, Khalid Samad, Hanifa Maidin, Nizar Jamaluddin dan ramai yang lain yang dicop sebagai kumpulan progresif atau profesional dalam Pas, semuanya kecundang di tangan kumpulan pro ulama.

Bagaimana proses mengenepikan kumpulan progresif ini berjalan kelihatannya sangat tersusun memandangkan dalam UMNO sendiri pun proses pembersihan sebegitu rupa tidak pernah terjadi di mana-mana pertandingan yang pernah diadakannya meskipun beberapa kali berlaku perebutan di peringkat pucuk pimpinannya.

Lantaran itu, ramai yang kecewa melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan, tambahan pula sebahagian yang memenangi jawatan baru-baru ini tidak begitu dikenali ramai dan masih hijau lagi. Mereka menang hanya semata-mata diletakkan dalam "cai" pro ulama.

Tidaklah menghairankan apabila Mohamad Sabu sendiri melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan tidak ubah umpama proses "pembersihan etnik" yang biasa dilakukan di negara-negara bekas kesatuan Soviet Union sebelum ini.

Persoalannya, apakah keputusan yang wajar bagi ketiga-tiga sekawan itu? Menolak atau menerima perlantikan yang ditawarkan?

Melihat bagaimana kumpulan progresif ini difitnah dan diaibkan sepanjang pemilihan lalu dengan gambaran antaranya mereka adalah tajaan DAP dan digelar Jebon, adalah wajar tiga sekawan ini menolak tawaran tersebut.

Kumpulan progresif harus memberi peluang sepenuhnya dan seratus peratus kepada kumpulan ulama mentadbir Pas dalam tempoh dua tahun akan datang ini kerana itulah yang dikehendaki oleh para perwakilan sebenarnya.

Biarlah pimpinan baru ini menentukan hala tuju Pas dan mencatur perancangannya tanpa campurtangan daripada kumpulan progresif ini. Berkembang atau menguncup dalam  dua tahun sehingga pemilihan akan datang, Pas  pro ulama inilah yang harus memikul bebannya.

Lagi pula, satu-satu Ahli Jawatankuasa Pas yang menang, Mazlan Aliman telah menunjukkan semangat setiakawan dan solidariti dengan tindakan terpujinya meletakkan jawatan kerana ingin "serentak seirama" bersama rakan-rakannya yang kecundang.

Dan kini adalah masanya pula bagi rakan-rakan yang tewas tidak menerima sebarang tawaran daripada Pas untuk menduduki apa-apa jawatan sekali pun. Bersolidaritilah pula kepada Mazlan Aliman.

Jika salah satu atau ketiga-tiga sekawan ini menerima tawaran itu, bermakna mereka tidak menghargai sama sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh Mazlan Aliman itu.

Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek tidak perlu risau mengenai masa depan mereka jika menolak tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa itu kerana mereka akan lebih dihormati jika tidak menerimanya berbanding sebaliknya.

Lebih dari itu, Mahfuz yang kalah Naib Presiden juga sudah pun digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah baru-baru ini dan dengan itu tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa tidak memberi banyak makna kepada nilai dirinya yang sudah ditolak dua kali sebenarnya.

Tindakan Pas tidak menawarkan sebarang jawatan kepada Mohamad Sabu yang kalah bagi jawatan Timbalan Presiden Pas juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah beliau tidak diperlukan lagi dalam perjuangan masa depan parti itu.

Sebaliknya kepada Mohamad Sabu sebagaimana yang diucapkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang baru, beliau sekadar dirayu agar terus bersama-sama Pas dan tidak mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.

Tidakkah tindakan menawarkan jawatan kepada Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek ini seolah-olah ingin memecahkan kumpulan progresif yang ketika ini nampaknya sedang bersatu?

Setelah keseluruhan kumpulan progresif dilabel dengan pelbagai gelaran dan disingkirkan melalui "cai", kini mereka cuba dipecahkan pula dengan tawaran jawatan kepada tiga sekawan ini.

Rupa-rupanya benarlah dalam serban dan jubah pro ulama ini, siku dan lutut lebih banyak peranannya.
 
 

PERKASA ramal PAS akan menang besar

Posted: 23 Jun 2015 04:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden NGO pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali meramalkan PAS akan untung besar dalam pilihan raya umum ke-14 apabila memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau melihat, PAS akan dapat merampas sokongan undi penyokong Umno kerana parti lawan itu tidak lagi memenangi hati orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi serta pendidikan.

Katanya lagi, PAS akan lebih kuat apabila tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat kerana undi Melayu akan tertumpu kepada parti Islam itu.

"Tinjauan kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila PAS berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang rugikan PAS.

"Sebaliknya PAS akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang proaktif.

"Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka (pengundi) bagi sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak puas hati dengan Umno," katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim juga membayangkan bahawa sejumlah besar ahli PERKASA merupakan penyokong PAS.

"65 peratus ahli PERKASA adalah ahli Umno. Sebahagian daripada mereka tidak puas hati dengan Umno sejak 2008, sebanyak 90 peratus undi PERKASA kepada pembangkang," katanya.

Maka, PAS akan menjadi semakin kuat lebih banyak bersuara dan bertindak mengenai isu semasa dan isu orang Melayu.

Katanya, tindakan itu lebih baik berbanding menyertai demonstrasi BERSIH bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Selain itu, PAS juga perlu lebih banyak bersuara mengenai isu pendidikan serta ekonomi dan tidak hanyak bercakap mengenai isu agama Islam.

"PAS kena berubah, Jangan cakap bab islam sahaja, PAS kena anjur kongres ekonomi dan pendidikan. (Bila anjurkan kongres seperti itu) banyak pelabur datang dan hilangkan pendapat (masyarakat) bahawa pemimpin PAS kolot," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno walaupun kedua-dua parti itu sehaluan dari segi ideologi.

Katanya, situasi politik pada masa ini kurang baik memandangkan kerjasama itu akan membuatkan Umno dalam keadaan tersepit.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Saya tidak fikir PAS dan Umno bergabung walaupun idealismenya bagus tapi (dari segi politik) tidak bagus.

"PAS tunjuk proaktif pada Umno kerana hendak buat hudud Umno pun tersepit dengan politik semasa, dan perkara ini tidak akan selesai," katanya.


Pengerusi MARA beri kenyataan rasmi esok

Posted: 23 Jun 2015 04:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai laporan yang mendakwa berlaku penipuan dalam pembelian hartanah RM65 juta di Australia.

Buat masa ini, katanya, beliau belum boleh menjawabnya.

"Kita tak boleh kata ya, atau tak boleh kata tidak. Tapi esok saya akan beri satu kenyataan rasmi," katanya.

Annuar berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan itu semasa sidang media di ibu pejabat MARA sekitar jam 10 pagi esok.

Beliau juga berkata, pihaknya menyedari mengenai dakwaan tersebut dan "... terdapat perkara-perkara tertentu yang kami boleh umum esok."

Secara berasingan, Mara memberitahu Malaysiakini dalam pertukaran emel yang ia akan mengeluarkan kenyataan akhbar rasmi mengenai perkara itu lewat hari ini.

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013.

Apartmen asrama pelajar yang dibeli oleh MARA itu dikenali sebagai blok apartmen Dudley International House, yang terletak di pinggir bandar Caulfield.


'Pembangkang akan muncul bersatu, lebih kuat'

Posted: 23 Jun 2015 04:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja - kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Beliau, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang akan lebih kuat selepas "disusun semula dengan kekuatan baru".

"Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

"Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan," katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR.

Sedar beberapa perkara berlaku mutakhir ini, Anwar berkata niat dan semangat pembangkang untuk menyelematkan Malaysia daripada dakwaan kepincangan tatakelola dan autoritarianisme BN terus utuh.

Beliau berkata tekanan dan ketegangan dalam Pakatan Rakyat adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik dan tidak bermakna ia tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

"Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

"Pada masa yang sama, walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan Parlimen," katanya .

Sehubungan itu, beliau menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti pembangkang dan juga rakyat untuk terus bergerak dalam perjuangan sehingga kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.


Hanipa: Senario politik dulu, kini berbeza

Posted: 23 Jun 2015 04:35 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sekalipun Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa mereka yang meninggalkan perjuangan PAS akan 'tenggelam', namun pemimpin progresif yang kalah dalam pemilihan parti menegaskan mereka boleh kekal bertahan.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin memberitahu Malaysiakini bahawa senario politik sekarang berbeza berbanding senario yang dinyatakan Hadi.

"Sekiranya kita cuba membandingkan keadaan sebelum ini, biasanya mereka yang meninggalkan PAS tak kemana. Tapi senario politik berbeza sekarang.

"Saya percaya terdapat ramai ahli PAS yang waras, mahu PAS untuk mengambil peranan utama dalam politik Malaysia dan bersama dengan Pakatan (Rakyat)," katanya, mempertahankan pembentukan kumpulan baru dalam parti itu, yang digelar G18.

Kumpulan G18 dibentuk oleh pemimpin yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS dalam muktamar PAS sesi ini.

Salah seorang daripada mereka MP Khalid Samad yang berkongsi sentimen dengan Hanipa.

"Sebelum ini (serpihan PAS) Berjasa dan Hamim berkait rapat dengan Umno dan BN, sebab itu mengapa mereka berakhir dengan kegoyahan.

"Tetapi kami mahu lawan BN dan Umno, dan memperkukuhkan Pakatan, ini bukan hanya perjuangan semata-mata.

"Saya tidak fikir apa (Hadi) cakap ada kaitan dengan kami," katanya kepada Malaysiakini.


Negara mungkin hadapi wabak denggi terbesar

Posted: 23 Jun 2015 04:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Negara mungkin menghadapi wabak denggi terbesar pernah berlaku dengan lebih 40,000 kes dan 157 kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata angka itu mengejutkan berbanding apa yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Jumlah kematian tahun ini berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan 30 peratus lagi kes dilaporkan, yang jauh lebih tinggi dari tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan media di ibunegara malam tadi.

Beliau berkata banyak kes baru yang dilaporkan tahun ini ialah jenis Denggi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Dahulu, ia cuma demam denggi berdarah. Sekarang, denggi boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi, radang paru-paru, jangkitan otak. Tingkah laku virus berbeza sekarang," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden 'sarung' di Hospital Sungai Buloh, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata para pelawat telah ditahan oleh pengawal keselamatan, bukan oleh pihak pengurusan hospital.

Bagaimanapun, beliau berkata pengawal tersebut telah diberi amaran dan latihan akan diberikan untuk membolehkan beliau memahami prosedur hospital.

"Pengawal keselamatan itu baru bertugas di hospital itu. Setiap tempat mempunyai garis panduan mengenai pakaian," kata beliau.

Media tempatan hari ini melaporkan seorang wanita telah ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Hospital Sungai Buloh pada 16 Jun kerana memakai seluar pendek. - Bernama


JPA tubuh jawatankuasa siasat teguran audit

Posted: 23 Jun 2015 04:31 PM PDT

SINAR HARIAN



Audit 2014 Laporan Audit 2014
 
 
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan lima Jawatankuasa Siasatan (JKS) secara proaktif bagi menyiasat sembilan teguran hukuman Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2014 Siri 2 melibatkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
      
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam sesi bersama media mengenai tindakan susulan LKAN itu di sini hari ini, berkata terdapat lapan teguran hukuman bagi Kementerian Pendidikan manakala satu bagi Jabatan Perdana Menteri.
      
Antara kes yang mendapat teguran hukuman bagi Kementerian Pendidikan ialah pengurusan penyenggaraan bangunan dan fasiliti di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah dan perolehan peralatan ICT di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.
      
Satu teguran hukuman yang melibatkan agensi di bawah JPM adalah pengurusan penyenggaraan kapal/bot di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), katanya.
      
Ali berkata, Jawatankuasa Siasatan mendapati dua teguran hukuman melibatkan kerugian di pihak kerajaan berjumlah RM166,259 manakala teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan-kesalahan tersebut adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan.
    
"Jawatankuasa Siasatan juga telah mengenal pasti 18 pegawai bagi diperakukan tindakan tatatertib," katanya.
      
Ali berkata, lapan teguran hukuman melibatkan Badan Berkanun/Syarikat Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
      
"Jabatan Audit Negara telah mengarahkan agensi terbabit menjalankan siasatan dan mengemukakan siasatan selewat-lewatnya pada 12 Julai ini," katanya.
      
Ali berkata, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 yang dibentangkan pada 15 Jun terdapat 635 teguran iaitu 17 teguran hukuman dan 618 teguran pembetulan.
      
Teguran hukuman melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas manakala teguran pembetulan menjurus kepada penambahbaikan sistem dan prosedur dalaman, katanya.
      
Daripada 618 teguran pembetulan, katanya, 303 teguran atau 49 peratus telah selesai diambil tindakan penambahbaikan oleh kementerian/agensi yang berkenaan.
      
Katanya 315 teguran atau 51 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran ini melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan.
      
"Status tindakan ini dipantau melalui Dashboard Jabatan Audit negara," katanya.
      
Ali berkata, kementerian telah bertindak lebih proaktif bermula seawal peringkat 'Exit Conference' dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan, mengambil tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan prosedur.
      
Melalui usaha-usaha ini, beliau berkata tahap kesedaran dan komitmen di kalangan pegawai awam berhubung Laporan Ketua Audit Negara telah meningkat ke tahap yang lebih baik.
      
"Sejumlah 17 teguran hukuman merupakan antara terkecil dan ia melibatkan dua kementerian sahaja," katanya.
      
Mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1, Ali berkata kesemua enam teguran hukuman telah selesai disiasat.
      
Beliau berkata, daripada 313 teguran pembetulan dalam laporan, 136 teguran atau 43.45 peratus telah selesai diambil tindakan penambahbaikan oleh kementerian/agensi yang berkenaan.
      
Sehingga 22 Jun, katanya, 177 teguran atau 56.55 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran tersebut melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan. - Bernama

Rasuah: Lans Koperal dihukum setahun penjara, denda RM20,000

Posted: 23 Jun 2015 04:29 PM PDT

THE RAKYAT POST


bribe-M
Lans Koperal didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah. -Foto hiasan: shutterstock.com



SANDAKAN-  Seorang anggota polis trafik berpangkat lans koperal dijatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM20,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.


Massidin bin Tibong, 39, didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Dalam pertuduhan pertama, dia bersalah meminta dan menerima sejumlah RM700 empat tahun lalu dari Zuliyansyah Antonio sebagai pertukaran untuk tidak mengeluarkan saman.

Massidin didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Mac 2011 pada kira-kira jam 4 petang di hadapan Maybank lama di Jalan 23 Sandakan ketika bertugas di ibu pejabat polis trafik negeri.

Dia didakwa meminta RM400 sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap Zuliyansyah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
 
Dalam pertuduhan kedua, dia melakukan kesalahan di bawah Section 17(A) akta yang sama di Kedai Kopitiam di Liberty Parade Bandar Kim Fung, Batu 4, Sandakan pada 11 Mac 2011 pada kira-kira jam 3 petang.

Massidin menerima RM300 dari Zuliyansyah juga sebagai pertukaran untuk tidak mengeluarkan saman.
Pegawai SPRM Michael Joimin bertindak sebagai pendakwaraya dan Massidin.

Hakim Dean Wayne Daly bagaimanapun dibebaskan rakannya Mohd Kazwan @ Joan bin Kalim.


Petugas yang suruh pakai kain batik, ditukar tempat kerja

Posted: 23 Jun 2015 04:26 PM PDT

THE RAKYAT POST


rela jpj1
Lukeman (tengah) berkata, setiap ahlinya hanya mematuhi standard pematuhan operasi (SOP) yang ditetapkan agensi tertentu. Kiri Tazidamiza yang kini bertugas di UTC Sentul - Foto TRP/Noraizura Ahmad



KUALA LUMPUR- Gara-gara membantu pelanggan yang tidak mematuhi etika pemakaian, seorang petugas wanita ditukarkan lokasi kerjanya selepas kejadian tersebut disedari pihak atasan.


Menyingkap kejadian 8 Jun lalu, seorang pelanggan wanita diberi kain batik untuk dipakai ketika berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju memuat naik kisahnya di Facebook.

Pelanggan wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan  memuatnaik gambarnya yang memakai kain batik sarung di dalam laman sosial Facebook lantas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Tazidamiza Ismail, 41, petugas RELA wanita yang bertugas di kaunter hadapan ketika kejadian itu nyata terkejut selepas gambar berkenaan menjadi viral di laman sosial.

Menurutnya, ketika kejadian, wanita tersebut memberikan kerjasama yang baik selepas dimaklumkan pemakaiannya tidak mematuhi etika yang dikeluarkan JPJ.

"Saya menasihatkannya untuk memakai kain batik untuk meneruskan urusannya di JPJ dan dia tidak membantah.

"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang dan satu jam selepas itu, gambar wanita memakai kain batik menjadi viral dan ianya sungguh memeranjatkan," katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran Rela di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini.

Tazidamiza berkata, susulan kejadian itu, dia dipanggil pihak atasan JPJ sebelum ditukarkan lokasi bekerja.

Dia yang baru berkhidmat dengan JPJ kira-kira 18 bulan, bagaimana pun akur dengan keputusan itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Setiap hari, saya menerima pelanggan yang tidak mematuhi etika pekaian dan ini kali pertama ianya dipersoalkan dan gambar tersebut menjadi viral," katanya.
rela jpj
Tazidamiza kini berkhidmat di UTC Sentul. – Foto TRP/Noraizura Ahmad
Dia yang menyertai RELA empat tahun lalu dan kemudian ditugaskan di kaunter hadapan JPJ Wangsa Maju dan kini berkhidmat di UTC Sentul.

Sementara itu, Ketua Pengarah Rela Malaysia, Lukeman Saaid berkata, setiap ahlinya hanya mematuhi standard pematuhan operasi (SOP) yang ditetapkan  agensi tertentu.

"Setiap petugas perlu laksanakan SOP yang ada.

"Kami memberikan penghargaan kepadanya supaya dapat menaikkan semangat untuk terus bekerja," katanya.


Tiada ulasan: