Rabu, 24 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jom kenali Munafiq Haraki ....

Posted: 24 Jun 2015 05:00 AM PDT


Ada Mamat ni bila tersiar gambar dia dan dikaitkan dengan IS Syria bukan main lagi marahnya dan menafikannya. Menafikan kerana takut ke apa? Cer korang dengar kalimat bahagian akhir dalam rakaman vdo di bawah ni:

Apa dia sebut?

" ...Oleh itu tuan-tuan, bersama kita sedeqahkan fateha kepada bekas AJK Ulama Pusat, yang banyak berjasa kepada kita as-Syahid Ustaz Mohd Lotfi yang gugur syahid di bumi Syria....."

Majlis Fatwa Kebangsaan memuktamadkan seorang Muslim yang mati menerusi perjuangan Militan Negara Islam (IS) tidak boleh dianggap mati syahid kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam. -  Baca di sini 



Perkara seterusnya saya nak ulas sikit tentang apa  yang Azli Musa kata yang kononnya Hj Hadi buat keputusan ikut al-Quran, as-Sunnah, Ijma' dan Qias.

Hj Hadi buat keputusan supaya TS Khalid kekal sebagai MB Selangor adalah semata-mata keputusan sendiri ikut suka hati sendiri.  Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika itu bila ditanya mengenai laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor, beliau berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.
Hanya kerana menyatakan kebenaran seperti ini, Mat Sabu
dicop sebagai menentang presiden? Tidak berdiri dibelakang
presiden?

 Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini. "Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau DI SINI



Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) ketika hadir di sidang akhbar menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos 2014 satelah TS Khalid telah dipecat dari PKR. 
Gambar ini menceritakan episod hitam yang melanda
kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
Tindakan mereka ini sekali gus telah meranapkan impian Hj Hadi meneruskan agenda kerajaan UG bersama Umno di Selangor, lalu mereka ini Hj Hadi gelar sebagai 'Broker' dan 'Barua'./Keputusan mereka adalah kerana TS Khalid sudah tidak mewakili mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat satelah PKR memecatnya.

 Mereka dikatakan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama yang membuat ketetapan menyokong TS Khalid, yang sebelumnya, Hj Hadi telah menyatakan sokongannya terhadap TS Khalid untuk terus menjadai MB Selangor tanpa menunggu bermesyuarat dengan JKPP yang dijangkakan pada 10 Ogos yang tertangguh hingga 17 Ogos 2014.

 Akibatnya mereka berdua telah diambil tindakan oleh PAS Pusat digantung selama setahun. Kalau benar mereka ini sudah munafiq, sudah keluar dari Islam sebagaimana kata Azli Musa, kenapa tidak dipecat terus dari PAS?

Konsep Jemaah : Antara Makna Sempit dan Luas

Posted: 24 Jun 2015 03:00 AM PDT

Berikut adalah petikan sebahagian daripada artikel : Konsep Jamaah: Antara Makna Sempit dan Luas, oleh: Kamal al-Misri. Oleh kerana tulisan tersebut agak panjang dan agak akademik, maka saya hanya mengambil sebahagia sahaja darinya. Tuan/puan boleh mengaksesnya melalui klik di sini

Pada hari ini, perkataan jamaah dari sudut iktikad masih lagi memberikan makna yang sama tanpa mempunyai sebarang kekaburan atau perselisihan. 

Manakala maknanya dari sudut politik telah melalui beberapa fasa yang kadang-kadang jelas dan pada banyak keadaan adalah kabur. Pada hari ini, maknanya dari sudut politik telah meresap masuk ke dalam minda orang ramai yang menyebabkan mereka melalui dua jalan yang salah ketika memberikan maknanya:

 1. Jalan Keterlaluan

 Ada di kalangan mereka yang membantah pensyariatan atau keharusan menggabungkan diri di dalam mana-mana perhimpunan atau perkumpulan ini sama sekali. Pendapat ini didasarkan kepada pendapatnya yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan jamaah ialah jamaah ummat Islam keseluruhannya. Sedangkan perkumpulan-perkumpulan ini semuanya bukan dianggap sebagai jamaah. 

Golongan ini pula terbahagi kepada dua: 

Satu golongan yang menganggap bahawa tiada jamaah dan tiada bai'ah melainkan selepas mendapat kekuasaan dan seorang imam dilantik. 

Satu golongan lagi pula berpendapat bahawa jamaah telah ada dan ia diwakili oleh ummat. Oleh itu, tidak perlu lagi kepada kewujudan perkumpulan- perkumpulan tertentu. 

2. Jalan Pengabaian

 Ada di antara mereka yang melampau lalu hanya membataskan jama'at al- muslimin terhadap perkumpulannya sahaja. Manakala perkumpulan lain pada pandangannya tidak harus dan tidak boleh dikaitkan dengan Islam atau jamaah. Lalu dia menjadikan kemestian berada di dalam jamaahnya sebagai sebahagian daripada agama yang tidak sempurna Islam seseorang melainkan apabila dia telah menunai dan melaksanakannya. 

Dia juga menganggap sesiapa yang berada di luar jamaahnya sebagai kafir. Manakala sesiapa yang pernah berada di dalam jamaahnya, kemudian keluar, maka orang itu telah keluar daripada ikatan Islam. 

Dia juga enggan melakukan komproni atau kerjasama dengan mana-mana kumpulan atau jamaah lain. Dia tidak faham bahawa jamaah yang disebutkan di dalam hadis bermaksud keseluruhan ummat Islam yang lurus berada di atas syarak dan boleh menerima berbilang jamaah di dalamnya, bahkan boleh berlaku perselisihan pandangan dan aliran, selagimana ia berdasarkan latar belakang rujukan kepada sumber Islam yang utama.

 Di sini, kita tidak berkesempatan untuk menolak hujjah mereka semua secara terperinci. Kita hanya perlu memerhatikan beberapa perkara berikut:

 1. Hujjah yang mengatakan kewujudan pelbagai perkumpulan dalam amal Islami sekarang tidak bersandarkan kepada syarak adalah sesuatu yang masih boleh diperdebatkan. Kerana kumpulan (firqah) yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar kita menjauhinya sebenarnya ialah golongan jahat (al-sharr) sebagaimana dinyatakan sendiri oleh baginda melalui sabdanya sebelum itu yang bermaksud:

 "Para penyeru kepada pintu-pintu neraka. Sesiapa yang menerima ajakan mereka, maka mereka akan mencampaknya ke dalam neraka." (Hadis muttafaq 'alaih)

 Ketika berhadapan dengan situasi inilah, Rasulullah SAW memerintahkan agar kita mesti sentiasa bersama- sama dengan jama'at al-muslimin dan imam mereka. Baginda tidak memberikan kelonggaran dalam hal ini sekalipun ketika terpaksa mengasingkan diri sehingga mati.

 Imam al-Nawawi RH berkata: "Para ulama berkata: Mereka adalah dari kalangan para pemerintah yang menyeru kepada bid'ah atau kesesatan, seperti golongan al-Khawarij, al-Qaramitah dan para penfitnah."

 Imam al-Shatibi RH berkata: "Firqah-firqah ini menjadi satu firqah kerana ia bercanggah dengan firqah yang mendapat keselamatan dari sudut agama dan prinsip syariat yang umum secara keseluruhan, bukan pada salah satu cabang agama. Kerana perselisihan pada cabang agama tertentu tidak boleh menyebabkan berlaku percanggahan yang mengakibatkan perpecahan seterusnya melahirkan pelbagai puak. Tetapi perpecahan hanya berlaku ketika berlaku perselisihan dalam perkara-perkara yang utama."

 Jamaah-jamaah Islam yang ada pada hari ini, bukanlah sebagaimana bentuk di atas, kerana pada umumnya mereka bersepakat dan beriltizam dengan prinsip-prinsip utama yang dipegang oleh ahl al-sunnah wa al-jama'ah. Mereka juga berusaha menuju matlamat yang sama iaitu menegakkan agama serta memberikan kekuasaan kepada syariat Allah untuk berfungsi di atas muka bumi. Oleh itu, kesemua mereka sebenarnya berada di dalam satu jamaah. 

Perselisihan yang berlaku di antara mereka hanya terbatas kepada perselisihan dalam perancangan dan wasilah yang digunakan. Bukan perselisihan pada matlamat atau perkara yang menyentuh akidah.

 Manakala dakwaan yang membataskan konsep jama'at al-muslimin terhadap sesuatu jamaah tertentu juga adalah silap dan ia adalah dakwaan yang tidak mempunyai hujjah. Jama'at al-muslimin, sebagaimana disebutkan sebelum ini ialah majoriti ummat Islam. Manakala kumpulan-kumpulan yang ada walau dalam apa bentuk sekalipun, bukanlah mewakili seluruh ummat dan bukan juga kumpulan majoriti dari kalangan ummat. Bahkan ia hanyalah persatuan- persatuan yang ditubuhkan bagi membantu agama Islam melalui wasilah atau alat tertentu.

 Jadi bagaimanakah masih ada orang boleh mendakwa bahawa mereka adalah satu-satunya jama'at al-muslimin dan yang lain pula berada di dalam kesesatan?

 Kefahaman yang cetek ini sebenarnya mengundang bahaya yang besar, terutamanya apabila permusuhan menjadi menebal di kalangan puak-puak yang menjalankan amal Islami. Ketika itu, mengkafirkan orang lain dianggap sebagai perbuatan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Setiap orang mentaqarrubkan dirinya kepada Allah dengan mengeluarkan saudaranya daripada Islam. Dia beribadah kepada Allah dengan memutuskan hubungan dengan saudaranya. 

Fitnah akan bertambah besar apabila permusuhan ini berpindah ke atas minbar umum dan apinya bergejolak menjulang di kalangan orang awam. Perkara minima yang akan berlaku akibat daripada situasi tersebut ialah orang ramai tidak lagi mahu melibatkan diri dalam semua amal Islami yang sudah hilang kehormatannya disebabkan perbalahan remeh temeh ini. 

Kumpulan-kumpulan tersebut kelihatan sebagai kumpulan yang saling berbunuhan dan saling mengeji di antara satu sama lain. Sepatutnya tenaga dan usaha yang ada pada mereka digunakan sebaiknya bagi melakukan dakwah kepada makhluk Allah, tetapi ia telah ditukar untuk mengkafirkan dan menfasiqkan orang lain, bahkan kadang- kadang digunakan untuk memukul dan membunuh juga!

 Jamaah-jamaah atau perkumpulan-perkumpulan tersebut, tiada satu pun daripadanya adalah jama'at al-muslimin. Oleh itu, ia bukanlah matlamat terakhir. Setiap satu daripadanya secara terasing tidak mewakili jama'at al- muslimin. Kesemuanya juga secara keseluruhan tidak mewakili jama'at al- muslimin. Oleh itu, tiada dakwaan boleh dilakukan bagi menganggap salah satu jamaah sebagai induk, manakala yang lain tidak demikian. 

Tiada sebarang masalah daripada kewujudan satu, dua atau tiga buah jamaah yang saling membantu dalam perkara kebajikan dan taqwa, selagimana ia adalah alat atau wasilah untuk membentuk dan membangunkan jama'at al-muslimin. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

 Perlu juga diketahui bahawa perkumpulan-perkumpulan itu lahir bagi menghadapi cabaran-cabaran tertentu yang dihadapi oleh ummat Islam pada kurun kedua puluh. Demikianlah yang diberitahu kepada kita oleh kajian pantas yang dilakukan terhadap sebab dan faktor pembentukannya. Jika inilah hakikatnya, maka perkumpulan-perkumpulan tersebut adalah bersifat saling menyempurnakan, bukan saling bercanggahan, dengan erti kesemuanya berada di dalam barisan atau saff yang sama. 

Setiap satu daripada perkumpulan tersebut menghadapi cabaran tertentu yang berbeza daripada yang dihadapi oleh perkumpulan yang lain. Maka tindakan yang betul ialah mengumpul dan menggabungkan, bukan saling berkonfrontasi. Keutamaan mungkin berubah mengikut keperluan dan cabaran semasa.

 Jika inilah hakikatnya, maka penentuan untuk terikat dengan mana-mana badan adalah terserah kepada kemampuan individu yang mahu memberikan tenaganya demi mencapai matlamat yang dicitakan, tanpa memandang kepada nama, hakikat sesuatu kumpulan, tokoh dan badan tertentu. Jika ada seorang individu yang boleh memberikan tenaganya secara maksima ketika dia melakukan amal Islami secara sendirian, maka dipersilakan… Manakala jika ada seorang individu yang boleh mengerahkan seluruh tenaganya hanya ketika dia bergabung di dalam mana-mana kumpulan, maka hendaklah dia menggabungkan dirinya ke dalam kumpulan tersebut… 

Barang siapa yang mendapati dirinya dapat menyumbang melalui persatuan-persatuan kebajikan masyarakat dan institusinya, maka dia hendaklah bersegera untuk menyertainya… Masing-masing tidak boleh menafi dan mencela peranan yang dimainkan oleh orang lain.

DAP dah bagi beberapa pilihan : Adakah Azmin sedang menunggu beberapa pilihan dari Hj Hadi?

Posted: 24 Jun 2015 12:00 AM PDT


Kita semakin keliru dengan perkembangan politik PKR yang semakin hari semakin tidak menentu dalam membuat pendirian.Padahalnya, bola kini berada pada kaki PKR dan berada didepan pintu gol yang terbuka luas....hanya perlu dikuis sikit sahaja untuk bola tu masuk gol.....

Tapi malangnya, PKR masih meninjau-ninjau samada nak kuis ke penjuru kanan gol atau ke penjuru kiri gol....

Azmin Ali sebelum ini bertegas bahawa usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan sudah mati . Bahawa gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal.

Tiba-tiba pada Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin membuat sidang media memaklumkan PR masih wujud dan masih berfungsi sehingga pilihan raya akan datang...???

Namun kenyataan EXCO Pulau Pinang itu segera disanggah oleh Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata, kenyataan itu bukan pendirian AMK. AMK berpegang kepada keputusan Presiden PKR, bahawa PR secara rasmi sudah tidak berfungsi, katanya di sini

Mungkin kerana melihatkan kelaku PKR masih 'gelewak' didepan pintu gol, maka Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Walaupun berita itu kemudiannya dinafikan, namun beberapa pilihan telah diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal. "DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,"

Apakah maksud beberapa pilihan itu?

Menarik untuk kita ketahui apakah agaknya beberapa pilihan yang akan diajukan oleh DAP. Tapi semua orang dah boleh agak sebab Phua menyatakan: 

"DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,"

Itulah kata kunci penting yang perlu kita sama fikirkan. Bagaimanapun masih belum ada pertemuan bagi membincangkan perkara tersebut.

Apakah kemungkinan besar DAP Selangor  juga telah memikirkan perkara-perkara berikut yang secara kebetulan hari ini  pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

1) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

2) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini )

So Azmin, cepatlah kuis bola tu masuk gol.....sebelum DAP bawa usul tidak percaya.... ker nak tunggu dulu beberapa pilihan dari Hj Hadi?

Sesiapa Keluar Jemaah, Maka Pancunglah Tengkoknya

Posted: 23 Jun 2015 08:57 PM PDT

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI V 

Akhir2 ini banyak pihak mengeluarkan apa yg didakwa sbg hadis nabi saw dgn maksudnya sesiapa yg keluar jamaah islam, maka hendaklah di bunuh atau dlm setengah riwayat maka sesungguhnya dia telah terkeluar dari Islam.

 Mengikut nas asal hadis tersebut ialah: 

 التزم جماعة المسلمين وامامهم 
( Hendaklah kamu beriltizam/istiqamah dgn jamaah muslimin dan pemimpin mereka) 

Dlm riwayat yg lain Rasulullah SAW menyebut

 من فرق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام 
 (Sesiapa yg memisah diri/keluar dari jamaah orang islam, maka dia telah memutuskan tengkoknya yakni ikatannya dgn islam)

 Dlm riwayat yg lain disebut : فاضربوه 
(Maka pancunglah tengkoknya yakni dihukum bunuh)

 Hadis ini jelas menunjukkan perintah wala' kpd jamaah muslimin dan pemerintahnya sptmana di zaman khulafa al rasidin dan khalifah2 selepasnya, sesiapa yg tidak wala' dan keluar dari memberi ketaatan kpd jamaah atau kerajaan islam, maka dia telah terkeluar drp islam dan boleh dihukum bunuh.

Namun begitu, kita melihat akibat ketaksuban sesetengah pihak kpd kumpulan dan pemimpin tertentu, mereka telah menyamakan antara gerakan islam yg ditubuhkan sbg wadah perjuangan di sesuatu wilayah atau tempat tertentu sbg sama dgn jamaah muslimin/kerajaan islam, akibatnya mereka menghukum sesaorang yg keluar dari mana2 gerakan atau jamaah islam sbg telah keluar drp jamaah muslimin.

 Kekeliruan ini berlaku kerana kegelojohan dan ketaksuban mereka kpd gerakan islam yg mereka terlibat sehingga mereka menyamakan gerakan tersebut sbg jamaah muslimin, sedangkan gerakan tersebut hanya sebahagian drp jamaah muslimin.

 Jamaah Muslimin adalah merujuk kpd kelompok besar ummat Islam dlm sebuah negara islam yg berdaulat bersama pemerintah mereka samada bergelar khalifah, amir, sultan dsbnya, bukannya.merujuk kpd sesuatu gerakan atau persatuan islam.

 Jika hadis tersebut merujuk kpd gerakan Islam, sudah tentu perkataan yg akan digunakan ialah جماعات yakni merujuk kpd jama' atau banyaknya jamaah jamaah Islam yg ditubuhkan, sedangkan jamaah muslimin hanyalah satu sepanjang masa dan zaman kerana sempadan kpd jamaah muslimin ialah aqidah, manakala sempadan kpd jamaah islam ialah keahlian dan kawasan operasinya.

Jika kekeliruan masyarakat berhubung maksud sebenar jamaah muslimin dgn jamaah islam ini dibiarkan berleluasa, maka semua gerakan islam akan mendakwa mana2 ahlinya yg keluar dari gerakan atau persatuan islam tersebut sbg telah keluar drp Islam.

 Alangkah malangnya bagi ramai pejuang islam yg dilabelkan sbg munafik haraki ketika bersama persatuannya, dilabel pula sbg murtad selepas tidak mahu lagi bersama persatuan islamnya yg lama. -  Che Ibrahim Mohamed

Tiada ulasan: