Isnin, 1 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pulangkan keuntungan minyak kepada rakyat

Posted: 01 Jun 2015 07:43 AM PDT

 
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak boleh diterima sebagai alasan bahawa kerajaan telah memulangkan hasil negara kepada rakyat.


Khairuddin-Aman_petrol_600


PETALING JAYA: Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan hasil kenaikkan harga minyak di pasaran global untuk menampung subsidi minyak kepada rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin at-Takiri berkata, pendapatan negara semakin meningkat dengan kenaikan harga minyak di peringkat antara bangsa.

Katanya, disebabkan kenaikan itu juga, kerajaan menaikkan harga runcit bahan api bagi Jun dinaikkan sebanyak 10 sen berkuatkuasa 1 Jun.

"Jika sebelum ini Kerajaan menghapuskan subsidi dengan alasan pendapatan Kerajaan berkurang berikutan kejatuhan harga minyak global, kenapa tidak keuntungan daripada kenaikan semula harga minyak ini dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak boleh diterima sebagai alasan bahawa kerajaan telah memulangkan hasil negara kepada rakyat.

"Ini kerana, isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 hanya menerima RM750 setahun. Sedangkan, golongan berpendapatan rendah pun sudah menggunakan sehingga 150 liter minyak sebulan iaitu RM307.50 atau RM3,690 setahun.

"Bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebenarnya adalah berganda lebih besar berbanding 'bantuan' yang disalurkan oleh Kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia sepatutnya memulangkan hasil bumi itu kepada rakyatnya pada harga yang berpatutan.

"Namun, Kerajaan Barisan Nasional terus boros berbelanja dan menekan rakyat sendiri, untuk menampung bebanan hutang, termasuk 1MDB akibat tadbir urus kerajaan yang lemah dan korup," katanya.

Kata dua Najib kepada kabinet tak boleh pakai

Posted: 01 Jun 2015 07:37 AM PDT

 
Ketiadaan Muhyiddin dan Zahid Hamidi ketika Najib memberi kata dua kepada anggota kabinet tidak menggambarkan sokongan sebenar terhadapnya.


najib,shahbuddin


PETALING JAYA: Kata dua Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada anggota Kabinet tidak boleh dipakai kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, kata dua Najib itu juga boleh dipertikai jika anggota Kabinet dibenarkan bercakap atau sengaja berdiam diri.

"Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota Kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

"Atau mungkin juga ada (Menteri Kabinet) yang beranggapan, "tak kuasa nak layanlah"," tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Najib dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia telah meminta Menteri Kabinet berundur jika tidak bersama beliau dalam usaha memulihkan 1MDB.

Shahbudin juga mempersoalkan mengapa kata dua itu diberikan ketika Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat itu sedangkan Timbalan Perdana Menteri paling lantang mengkritik 1MDB.

"Kenapa Najib memberi kata dua itu ketika Muhyiddin terutamanya, tidak hadir dalam mesyuarat? Mungkin ada baiknya jika beliau berani mengulangi lagi kata dua itu ketika Muhyiddin hadir dalam mesyuarat kabinet akan datang," katanya.

Katanya, bukan saja beberapa anggota Kabinet dan pemimpin UMNO yang tidak sebulu dengan Najib dalam menangani isu 1MDB malah Menteri dari MCA turut mendakwa isu tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet sebelum ini.

Shahbudin tidak menolak kemungkinan kata dua yang diberikan Najib itu menunjukkan beliau sudah terdesak dengan kritikan dan serangan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Najib pula, dengan mula memberi kata dua, isyaratnya tidak lain ialah beliau semakin terdesak dan kehilangan idea lain untuk menyelamatkan kerusi Perdana Menteri dan Seri Perdana yang didiaminya.
"Kata dua ini mungkin merupakan tanda-tanda awal meletusnya perang yang lebih besar dalam UMNO," katanya.

Kenaikan Harga RON95, RON97, Diesel Naik 10 sen Jun 2015 : Lagi Gelombang Kenaikan Harga Barang Selepas GST!

Posted: 01 Jun 2015 07:35 AM PDT

Kenaikan Harga RON95, RON97, Diesel Naik 10 sen Jun 2015 : Lagi Gelombang Kenaikan Harga Barang Selepas GST!

Dan melihatkan trend harga minyak dunia semakin naik dan memberikan nafas baru kepada kebanyakan negara pengeluar minyak, Malaysia tidak menunggu lama untuk menunaikan janji mereka bagi melaksanakan apa yang yang dipanggil pengenalan dan pengumuman harga minyak di Malaysia berdasarkan mekanisme apungan terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar mata wang.

Hasilnya bermula malam tadi, rakyat Malaysia disajikan dengan kenaikan harga RON95 naik sebanyak 10 sen menjadikan harga minyak terkini bagi RON95 adalah RM 2.05/liter seperti mana diumumkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga RON95 naik


Berikut senarai harga baru minyak RON95, RON97 dan diesel :

 

Senarai Harga Baru Minyak RON95, RON97 dan Diesel Naik?

  • Harga baru RON95 : RM 2.05/liter
  • Harga baru RON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%)
  • Harga baru Diesel : RM 2.05/liter
Inilah kenaikan harga RON95 naik buat pertama kali selepas pelaksanaan GST 2015. Selepas kerajaan Malaysia membuat pengiraan berdasarkan harga purata bagi bulan-bulan yang tertentu, dan akhirnya inilah paras harga RON95 naik yang sesuai untuk rakyat Malaysia bermula 1 Jun 2015.


Dengan bebanan cukai GST dek kerana kenaikan harga barang menjalang dan selepas pelaksanaan GST, dijangka rakyat malaysia akan terus berhadapan dengan rantaia gelombang kenaikan harga barang seterusnya disebalik kenaikan harga minyak kali ini. Apa kata anda pula?

Orang ramai pecah cermin kereta selamatkan bayi

Posted: 01 Jun 2015 07:28 AM PDT

Orang ramai pecah cermin kereta selamatkan bayi Antara sedutan dari video yang telah tersebar di laman sosial.


SHAH ALAM – Seorang bayi dipercayai berusia 12 bulan hampir lemas ditinggalkan di dalam kereta sendirian hanya kerana ibunya terlupa menghidupkan enjin kereta.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi, suasana kecoh apabila orang ramai mula mengerumuni kereta dipercayai jenis Perodua Myvi selepas mendapati terdapat seorang bayi ditinggalkan sendirian.
 
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini dan turut dirakam.
 
Ekoran video yang mula viral di laman sosial, rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan dan rasa geram dengan tindakan ibu bapa bayi tersebut.
 
Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 39 saat itu, bayi berkenaan dikatakan dalam keadaan kepanasan dan menggigil akibat ditinggalkan dalam keadaan enjin dimatikan, sementara kereta berkunci.
 
Orang ramai yang bimbang akan keselamatannya bertindak memecahkan cermin sisi kereta apabila cubaan membuka pintu menggunakan beberapa peralatan gagal.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, tiada laporan polis dibuat mengenai insiden berkenaan di mana-mana balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
 
"Hasil maklumat orang ramai, ibu bayi tersebut tiba sebaik bayinya diselamatkan.
 
"Ibu bayi berkenaan mengaku terlupa menghidupkan enjin kerana tergesa-gesa mahu menyelesaikan urusan ringkas di kawasan berkenaan," katanya.
 
Tegasnya, sikap terburu-buru dan sambil lewa boleh membawa padah dek kerana kecuaian dan kesilapan diri sendiri.

"Terima kasih kepada masyarakat yang prihatin. Nyawa yang berharga berjaya diselamatkan," katanya.
 
 

Mufti: Pelarian Rohingya berhak terima zakat

Posted: 01 Jun 2015 07:25 AM PDT

 SINAR HARIAN


rohingya

 
 
KUANTAN - Kutipan wang zakat di negara ini boleh digunakan untuk membantu pelarian Rohingya kerana mereka termasuk dalam kategori 'ar-Riqab', salah satu golongan asnaf.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, 'ar-Riqab' bermaksud 'seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri' yang berada dalam posisi kelima yang berhak menerima zakat, selepas fakir, miskin, amil, dan mualaf. 
  
"Pasa zaman dahulu, 'Riqab' dikategorikan kepada golongan hamba yang tertindas, namun pada masa kini, ia boleh digunakan kepada pelarian Rohingya kerana mereka juga tertindas dan menerima tekanan daripada pemerintah negara mereka," katanya.
  
Abdul Rahman bercakap kepada pemberita selepas menganggotai panel pada 'Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Peringkat Kebangsaan 2015' anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.
  
Persidangan tersebut turut dihadiri Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti Brunei, Datuk Paduka Seri Setia Awang Suhaili Mohiddin.
      
Sementara itu, Mohamad Shukri berkata pelarian Rohingya juga berhak menerima zakat di bawah kategori 'Ibnus Sabil' iaitu musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negara yang mendatangkan pulangan yang baik kepada umat Islam.
  
Sehubungan itu, katanya Malaysia selaku negara Islam mempunyai kewajipan untuk membantu golongan itu atas dasar semangat kemanusiaan dan satu agama, katanya.
  
"Bagaimanapun, kita tidak boleh begitu bergantung kepada wang zakat. Apa yang lebih utama adalah sedekah kerana (kutipan) zakat adalah terhad. Sedekah itu berpanjangan," katanya.
  
Sementara itu, Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, Malaysia adalah penyumbang tertinggi kepada jurnal berkaitan zakat di Library Philosophy and Practice (e-journal) University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat.
 
"Kajian pada bulan Disember 2014 mendapati bagi tempoh 10 tahun antara 2003 hingga 2013, hanya 108 karya ilmiah berkaitan zakat diterbitkan, dengan sumbangan tertinggi daripada Malaysia, iaitu sebanyak 47 artikel," katanya.
  
Teks ucapan beliau dibacakan Pemangku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Wan Azhar Wan Yusof.
  
Lebih 100 peserta mengikuti persidangan sehari itu yang bertemakan 'Zakat Pemacu Ekonomi Ummah'. - Bernama


Cabar menteri jawab Dr Mahathir, kata Zainuddin kepada Najib

Posted: 01 Jun 2015 07:20 AM PDT

 THE MALAYSIA INSIDER Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, cabaran Datuk Seri Najib Razak meminta menteri Kabinet meletak jawatan sebagai tindakan merugikan kerana beliau tidak akan tahu siapa antaranya yang benar-benar ikhlas menyokong beliau menangani isu 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, cabaran Datuk Seri Najib Razak meminta menteri Kabinet meletak jawatan sebagai tindakan merugikan kerana beliau tidak akan tahu siapa antaranya yang benar-benar ikhlas menyokong beliau menangani isu 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mencabar anggota Kabinetnya membalas serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya meminta mereka meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pelan pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib pasti tidak akan tahu siapa antara menteri yang sebenarnya tulen dan ikhlas menyokong beliau menangani 1MDB dengan mencabar mereka meletak jawatan kerana mustahil mereka akan berbuat demikian.

"Sebaliknya beliau mestilah mencabar mereka supaya tampil ke hadapan menyerang balas Dr Mahathir di TV3 dan di akhbar seperti yang dilakukan Pengerusi BNBBC Tan Sri Sharir Abdul Samad atau Presiden Mubarak Abdul Aziz Abdul Rahman," tulisnya di blognya hari ini.


Utusan Malaysia melaporkan hari ini, Najib pada Jumaat memberi kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan syarikat sarat hutang 1MDB, untuk meletak jawatan.

Memetik sumber, akhbar milik Umno itu melaporkan, beliau membuat kenyataan itu sejurus selepas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat itu.

Bagaimanapun, difahamkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian.

"Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian," sumber itu dipetik berkata.

Zainudin berkata Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin; Naib Presiden Umno merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga menteri belia dan sukan, sepatutnya mendahului Sharir dalam berbuat demikian.

"Dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing," katanya.

Beliau berkata, anggota Kabinet harus sedar serangan balas Sharir tidak begitu berkesan kerana beliau diketahui umum "sedarah, sejiwa, sebulu dengan (Tun) Musa Hitam menyimpan dendam kesumat sekian lama terhadap Dr Mahathir."

"Dan sokongannya juga tidak dilihat sebagai sokongan generasi muda seperti sokongan yang terlihat kepada Dr Mahathir, sekalipun beliau sudah tua," katanya.

Shahrir pada 26 Mei berkata di lobi Parlimen, sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan.

Beliau bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal 1MDB kerana prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Zainuddin berkata, mereka yang setakat ini berani menyuarakan bantahan kepada Dr Mahathir hanya mereka yang kini tidak lagi berkuasa atau berintegriti.

"Yang jelas kerap terpampang di akhbar perdana dan di TV3 menjadi suara berani menyerang balas Dr Mahathir bagi mempertahankan kepimpinan Najib dalam masalah IMDB terdiri daripada orang yang sudah hilang autoriti dan integriti, yang menyeleweng daripada parti asal atau daripada parti yang sudah bankrap, orang yang tidak lagi diterima bukan sahaja rakyat biasa, tetapi dipandang serong orang Umno sendiri.

"Juga menjadi persoalan besar mengapakah Zahid, naib presiden nombor satu, seorang yang paling popular dalam parti, tidak jelas pendiriannya.

"Jika hanya sampah-sampah yang jelas menyokong maka akhirnya Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah," kata Zainuddin.

Oleh itu, katanya, lebih baik menteri Kabinet menyerang balas Dr Mahathir daripada meletak jawatan yang hanya akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan.

Janganlah biarkan Najib kelihatan oleh rakyat keseorangan dalam perjuangan mempertahankan diri, katanya.

Tahanan Rohingya dipukul hingga cacat dalam kem sindiket

Posted: 01 Jun 2015 07:13 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Wanita Rohingya yang dilahirkan di Malaysia, Rokiah Abdul Hamid berkata seorang tahanan Rohingya yang baru 2 bulan diselamatkan dan kini tinggal bersama keluarganya di Butterworth. Remaja yang dahulunya dikatakan sihat dan sempurna itu kini lumpuh. . – Gambar Reuters, 1 Jun, 2015.Wanita Rohingya yang dilahirkan di Malaysia, Rokiah Abdul Hamid berkata seorang tahanan Rohingya yang baru 2 bulan diselamatkan dan kini tinggal bersama keluarganya di Butterworth. Remaja yang dahulunya dikatakan sihat dan sempurna itu kini lumpuh. .



 "Yusuf dipukul sampai cacat ketika berada di kem dalam hutan sebelum dibebas selepas suami saya bayar RM2,000 kepada ejen," kata Rokiah Abdul Hamid, 26, wanita Rohingya yang menetap di negara ini.

Beliau berkata Yusuf Abdul Majid, 17, ditinggalkan di tepi jalan di Alor Setar oleh sindiket yang membawa masuk remaja Rohingya itu ke negara ini selepas suami Rokiah membayar wang yang diminta untuk menyelamatkan Yusof.

Yusuf, yang baru 2 bulan diselamatkan dan kini tinggal bersama keluarga Rokiah di Butterworth, tidak boleh berbahasa Melayu. Remaja yang dahulunya dikatakan sihat dan sempurna itu kini lumpuh.


Rokiah yang dilahirkan di negara ini, berkata atas dasar kemanusiaan dan simpati, suaminya membayar wang yang diminta ejen untuk menyelamatkan Yusof yang dikatakan tidak mempunyai saudara mara di Butterworth, selepas ibu Yusuf meminta pertolongan mereka.

 "Dia (Yusuf) dibawa ke Siam, lepas tu dia orang bawa ke Malaysia... kalau yang ada saudara (di Butterworth) dia orang (sindiket) ambil RM6,000 atau RM7,000.

"Kalau yang tak ada saudara atau orang nak tolong bayarkan, dia orang mati kat sana... ada yang dijual, perempuan di tempat pelacuran, yang lelaki dijual kepada kapal tangkap ikan di Siam," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sebuah perkampungan yang menempatkan ramai rakyat Myanmar keturunan Rohingya di Butterworth.

Beliau berkata, Yusuf ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan lemah dan tidak boleh berjalan.

"Sepuluh bulan dia dalam hutan, dia dipukul sampai cacat. Dia orang tak bagi tahu yang dia (Yusuf) sudah cacat... kalau tak ada orang nak ambil, dia orag tak bagi makanan, dekat hutan dia orang simpan tak bagi jalan," katanya.

Beliau berkata semua urusan untuk menyelamatkan Yusuf dibuat melalui telefon dan bayaran dibuat melalui bank.

"Selepas bayaran dibuat, dia orang cakap tempat tu ada lu punya orang, lu orang pergi ambil," katanya.

Seorang lagi remaja Rohingya yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia, Mohamad Salim Huson Ahmad, 16, berkata beliau nekad meninggalkan kampung kelahirannya kerana kehidupan di sana amat susah.

Mengimbas kembali detik perjalanan ke Malaysia setahun lepas, Mohamad Salim berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah.

"Mereka (sindiket) letak saya tiga bulan dalam hutan di Thailand sebelum bawa saya ke Padang Besar. Mereka minta RM6,500 tapi saya tak ada duit.

"Mereka minta saya telefon keluarga untuk bayar duit, tapi saya cakap saya tak ada duit, makan pun susah. Lepas itu mereka pukul saya," katanya.

Tidak tahan dengan keadaan di kem transit yang menempatkan pendatang Rohingya, Mohamad Salim mengambil keputusan untuk melarikan diri sebelum ditahan oleh pihak Imigresen di Alor Setar, Kedah.

"Saya pada masa itu tidak takut apa-apa. Saya hanya takut pada Allah sahaja," katanya yang kini
merupakan pemegang kad UNCHR dan bekerja di kedai membaiki pendingin hawa sejak 3 bulan lepas.

Seorang lagi remaja Rohingya yang ditemui, Rahimullah Mohammad Leddu, 18, pula berkata beliau lebih rela ditahan polis atau Imigresen daripada pulang ke Myanmar.

"Saya tak nak balik, kalau saya balik mesti saya mati. Kalau polis atau Imigresen tangkap, mereka akan tolong," katanya yang juga pemegang kad UNCHR. – Bernama

'Setiap malam mereka dirogol'

Posted: 01 Jun 2015 07:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


Wanita-wanita Rohingya yang ditahan di kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand diperlakukan persis hamba seks.

Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu.

"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu."

"Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan Bernama menerusi penterjemah di Alor Setar hari ini.

Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari untuk menjadi mangsa kebuasan seks mereka.

"Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka."

"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul.

Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan.

Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak-anak kecil.

Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit.

"Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya.

Nur Khaidha, yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya.

Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia.

Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri.

Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia.

Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol. 

"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan."

"Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.

Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia.

Mereka tekad memulakan hidup baru. - Bernama


 

Saiful tak mampu biayai kos guaman kes saman

Posted: 01 Jun 2015 06:52 AM PDT

SINAR HARIAN



Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan
 
 
KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas ketuanya berhubung kes liwat II kerana tidak mampu membiayai kos guaman.

Mohd Saiful, yang kini bekerja sebagai ejen insurans, berkata beliau mempunyai kes dan hujah kukuh dalam kes saman itu namun proses perundangan kadang-kala mengambil masa yang panjang untuk sampai ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu. Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah.

"Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membuktikan kebenaran laporan polis yang saya buat pada 2008," katanya dalam kenyataan akhbar yang diperoleh daripada peguamnya Zamri Idrus.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian liwat itu telah dibuktikan benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwatnya. 

"Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan bercakap benar," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saiful tarik balik saman RM50 juta terhadap Anwar]

Mohd Saiful juga berkata, beliau tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman itu kerana tidak mahu perbicaraan kes saman itu dieksploitasi untuk kepentingan pihak tertentu.

"Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala isi kandungan dalam laporan polis yang saya buat terhadap Anwar,"  katanya.


Pada 23 Jun tahun lalu, Mohd Saiful, 30, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, memfail saman itu kerana mendakwa telah mengalami trauma dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar telah menuduhnya sebagai memfitnah dan berkonspirasi terhadap Ketua Umum PKR itu dalam laporan polis pada 28 Jun 2008.

Pagi tadi Mohd Saiful, melalui peguamnya menarik balik saman itu dan perintah penarikan saman direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan. - Bernama


Kalau saya Najib, saya buang orang tak sokong saya

Posted: 01 Jun 2015 06:50 AM PDT


 
 
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

"Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Letak jawatan: Hishammuddin setuju gesaan Najib ]


Siapa pilihan Pemuda PAS - Suhaizan atau Nik Abduh?

Posted: 01 Jun 2015 06:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pelbagai persoalan dan teka-teki yang melanda PAS sepanjang kempen menjelang pemilihan parti itu minggu ini akan mula terjawab apabila pemilihan kepimpinan baru Pemuda PAS berlangsung lusa.

Keputusan pemilihan itu akan menjawab persoalan sama ada para perwakilan mahu dewan itu terus dipimpin oleh golongan profesional yang diwakili oleh Suhaizan Kaiat.

Atau, ia bakal menyaksikan pertukaran kepimpinan ekoran keputusan ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz - dari golongan pro-ulama - untuk menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Dan keputusan pemilihan Pemuda PAS itu dilihat sebagai petanda kecenderungan sebenar perwakilan yang bakal membuat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti, Khamis ini yang menyaksikan pertembungan antara dua golongan berkenaan.

Buat pertama kalinya - setelah sekian lamanya jawatan presiden PAS tidak pernah dicabar - kali ini ia bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas ahli Majlis Syura Ulama, Ahmad Awang.

Manakala bagi jawatan timbalan presiden itu juga menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad Sabu yang berdepan calon ulama, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Muktamar Dewan Pemuda PAS akan bermula esok bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di Shah Alam. Dan tidak jauh dari itu, akan berlangsung muktamar Dewan Muslimat pada hari berikutnya.

Persidangan muktamar kedua-dua dewan tersebut akan dirasmikan oleh Mohamad Sabu.

Lebih 700 perwakilan

Pada hari berikutnya (Rabu), lebih 700 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda. Proses pemilihan dijadual berlangsung pada sebelah pagi hingga tengahari.


Malaysiakini difahamkan, keputusan pemilihan Dewan Pemuda dijangka diumumkan pada sebelah petangnya.

Pemilihan barisan kepimpinan Dewan Muslimat dan juga Dewan Ulama juga akan berlangsung pada hari yang sama.


Insiden ludah: Nazmi patut dihantar pulang

Posted: 01 Jun 2015 06:41 AM PDT

Insiden meludah Nazmi jadi viral
 
SINAR HARIAN

 
PEMAIN tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus dihantar pulang daripada Sukan Sea Singapura kerana perbuatan meludah pemain Timor Leste pada perlawanan sulung Kumpulan B, Sabtu lepas.
  
Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria berkata, tindakan tegas seperti itu akan menjadi pengajaran kepada atlet lain supaya lebih berdisiplin ketika mewakili negara di pertandingan antarabangsa.
  
Tindakan Nazmi meludah Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.
  
Pada perlawanan tersebut, skuad negara Bawah 23 Tahun, bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sekadar menang tipis 1-0.
  
"Saya rasa dia (Nazmi Faiz) sepatutnya dihantar pulang. Saya sudah memaklumkan kepada Kim Swee untuk mengambil tindakan sewajar...jika dia (Kim Swee) rasa perlu hantar balik, maka dia perlu berbuat demikian," katanya ketika mengulas tindakan pemain itu.
  
Mohamad Norza berkata berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penerimaan tajaan 1,000 kasut jenama 'Power' bernilai US$150,000 (RM551,940) daripada Bata Malaysia dan 1,000 kad sim (telefon) bernilai RM100,000 oleh Felxiroam Sdn. Bhd., untuk kontinjen Sukan Sea negara di pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, hari ini.

Katanya beliau telah memberitahu kepada timbalannya, Peter Chee, supaya memaklumkan kepada semua pengurus pasukan supaya mengingatkan atlet masing-masing agar mengawal emosi dan menjaga tingkah laku bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh memalukan nama pasukan dan negara.
  
Chee bertanggungjawab mengenai soal integriti dan disiplin kontinjen negara pada temasya Sukan Sea bermula secara rasmi, Jumaat ini.
  
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kim Swee sedang menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden tersebut sebelum membuat keputusan seterusnya.
  
Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, yang hadir pada majlis itu, berkata tindakan pemain berusia 20 tahun itu tidak sepatutnya berlaku.
  
Sebelum ini, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, telah pun dengan jelas mengingatkan semua atlet menjaga tingkah laku masing-masing semasa di Singapura.
  
"Atlet sentiasa menjadi perhatian dalam temasya yang disertai oleh 11 negara," katanya.

Bagaimanapun, katanya terpulang kepada pihak pengurusan di lapangan untuk memutuskan sama ada seseorang atlet perlu dihantar pulang atau tidak.
  
"Saya tidak melihat insiden itu...amat sukar untuk mengulas mengenai insiden yang dilihat dalam televisyen," katanya.
  
Malaysia, yang terdiri daripada 658 atlet dan 206 pegawai, akan menyertai 35 daripada 36 acara sukan yang dipertandingkan. - Bernama


CEO baharu MAS: 'Pemulihan semula yang sukar'

Posted: 01 Jun 2015 06:40 AM PDT

MAS Pejabat Malaysia Airlines (MAS) Subang. MAS menghantar surat penamatan perkhidmatan menerusi pos kepada kira-kira 20,000 pekerjanya mulai hari ini.
 - Foto Bernama
 
SINAR HARIAN
 
 
SEPANG - Malaysian Airline System Bhd (MAS) menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula hari ini, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB).

MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan oleh pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.
  
Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Christoph Mueller dalam satu taklimat hari ini berkata, 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 September.
  
Menyifatkan proses penyusunan semula MAS itu sebagai "pemulihan semula yang sukar', beliau berkata model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017.
  
Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos. - Bernama


Lagi video pelajar kolej dibuli di asrama

Posted: 01 Jun 2015 01:01 AM PDT

Mangsa didakwa dibelasah kerana membuat aduan kepada pihak asrama apabila banyak almari pelajar dipecah.


buli_600


PETALING JAYA: Satu lagi kes buli di asrama yang melibatkan pelajar kolej vokasional telah dimuat naik di laman sosial Facebook.

Kali ini didakwa melibatkan pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di Bentong, Pahang.

Menurut pemilik akaun Adam Aki, kejadian itu melibatkan anak kepada rakannya yang dibelasah oleh pelajar lain kerana membuat aduan kepada pihak asrama ekoran banyak almari telah dipecah.

Adam Aki mendakwa, mangsa merupakan ketua blok asrama itu.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan mangsa yang tidak berbaju dipukul oleh dua pelajar yang memakai baju Melayu putih dan biru.

Turut kelihatan, seorang lagi pelajar berbadan besar yang hanya berseluar sehingga menampak punggung yang turut bersubahat dengan menarik mangsa.

Rata-rata pengguna Facebook mahukan rakaman video itu disebarkan kepada media supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) cepat bertindak.

Baru-baru ini, seorang pelajar kolej vokasional di Kelantan meninggal dunia selepas dibelasah oleh pelajar lain kerana mendakwa mangsa tidak menghormatinya sebagai senior di asrama.

Suspek telahpun didakwa di mahkamah.

LIHAT BERITA ASAL

Tolong war2kan anak sahabat saya jadi mangsa buli di Kolej Vokosional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang.


Kata Dua Letak Jawatan, Kenapa Najib Tak Sabar Tunggu Hasil Siasatan PAC?

Posted: 01 Jun 2015 12:41 AM PDT

shahbudindotcom


Sebagaimana telah menjadi bualan ramai sejak semalam, banyak tanda tanya timbul jika benar Perdana Menteri, Najib Razak sudah ada keberanian memberi kata dua kepada anggota kabinetnya agar meletakkan jawatan jika tidak bersamanya dalam isu 1MDB.

Najib dikatakan memberi kata dua itu sebaik Menteri Kewangan Kedua, Husni Handzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB dalam mesyuarat kabinet, Jumaat lalu.

Dilaporkan juga, tiada ada seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib setelah diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun tidak pula dilaporkan sama ada setiap anggota kabinet diminta bercakap menyatakan pendirian masing-masing atau semua mereka hanya diam dan tidak memberi respon terhadap kada dua Najib itu.

Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

Diam atau tidak memberi respon mungkin disebabkan ada anggota kabinet merasakan belum waktunya berbuat demikian, sedang menanti masa yang sesuai, mahu menunggu maklumat lebih detail mengenai 1MDB dan pelbagai lagi.

Atau mungkin juga ada yang beranggapan, "tak kuasa nak layanlah".

Selain diketahui umum beberapa anggota kabinet tidak sebulu dengan Najib dalam menangani isu 1MDB ini, bukan saja daripada UMNO, malah ada menteri MCA yang mengatakan terdapat hal berkaitan syarikat pelaburan itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini, mesyuarat kabinet Jumaat lalu juga tidak dihadiri oleh beberapa menteri.

Antara menteri yang dikesan tidak hadir ialah Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi kerana kedua-duanya berada di luar negara.

Jadi, kenapa Najib memberi kata dua itu ketika Muhyiddin terutamanya, tidak hadir dalam mesyuarat? Mungkin ada baiknya jika beliau berani mengulangi lagi kata dua itu ketika Muhyiddin hadir dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Kiranya lebih berani, Najib juga seharusnya mengucapkan secara terbuka di khalayak ramai meminta menteri yang tidak bersetuju dengannya agar meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pemilihan 1987 dulu.

Selain itu, kenapa Najib tergesa-gesa memberi kata dua ini sedangkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC belum pun habis melaksanakan kerja mereka?

Kenapa tidak tunggu kedua-dua laporan itu disiapkan dahulu? Apakah dengan memberi kata dua ini bermakna Najib yakin kedua-dua siasatan oleh Ketua Audit Negara dan PAC bakal memihak kepadanya?

Tidakkah sebelum ini Najib dan para pengampunya selalu meminta para pengkritik 1MDB agar bersabar menunggu laporan audit dan siasatan PAC?

Bagaimana pula jika kedua-dua laporan itu nanti mendapati banyak yang tidak kena dalam perjalanan harian, urusniaga dan pelaburan 1MDB itu?

Adakah jika laporan itu tidak memihak kepadanya, Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, sebagaimana termaktub dalam fasal 117 M & A syarikat pelaburan itu yang menghendakinya memberi kebenaran bertulis atas sebarang urusniaganya, mahu meletakkan jawatan secara sukarela pula?

Walaupun ada yang berpendapat kata dua Najib itu menunjukkan beliau sudah tidak boleh menahan sabar lagi dengan kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya serta mahukan pasukan kabinetnya betul-betul padu di belakangnya, ia sebenarnya belum tentu menjamin kemenangan berpihak kepadanya.

Kata dua ini mungkin merupakan tanda-tanda awal meletusnya perang yang lebih besar dalam UMNO. Dalam hal ini Najib hanya dilihat ingin mempertahankan kedudukannya sedangkan keyakinan ramai mengenai UMNO dan BN mampu menang dalam pilihanraya akan datang semakin menipis hari demi hari.

Ini bermakna jika ada pemimpin UMNO atau anggota kabinet yang mula bertindak berani memisahkan dirinya daripada menyokong Najib, habuan  menerima sokongan yang melimpah dari peringkat bawahan dan pertengahan dalam UMNO sedang menunggu mereka.

Berdasarkan klip video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas adalah bukti nyata isu 1MDB ini tidak menggembirakan majoriti ahli UMNO dan mereka yang berani menyanggah Najib akan menerima lautan sokongan dan dianggap hero dalam menyelamatkan masa depan UMNO serta BN.

Najib pula, dengan mula memberi kata dua, isyaratnya tidak lain ialah beliau semakin terdesak dan kehilangan idea lain untuk menyelamatkan kerusi Perdana Menteri dan Seri Perdana yang didiaminya.
 
 

Membangun atau berdepan masalah

Posted: 01 Jun 2015 12:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Najib Razak berkata kritikan yang ditujukan kepadanya tidak akan mengalih peratian beliau daripada terus melaksanakan pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Berucap di depan kakitangan awam di Putrajaya hari ini, perdana menteri berkata, memacu usaha membawa lebih banyak pelaburan untuk menggalakkan pembangunan negara.

Katanya, ia perlu bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

"Kita tidak akan biarkan apa saja mengganggu kita daripada membangunkan negara," katanya.

Menurut Najib, pentadbiran negara perlu menjadi kerajaan yang propembangunan.

Justeru, katanya, kakitangan awam perlu mengamalkan dasar yang akan membawa pembangunan berskala sederhana atau tinggi.

"Tanpa pembangunan kita akan berdepan banyak masalah," katanya.


Pemerdagangan manusia, lagi kem dikesan

Posted: 01 Jun 2015 12:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Satu lagi kem transit pemerdagangan manusia dikesan di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand.

Kem yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dilengkapi dengan generator dan empangan kecil, amat berbeza dengan kem transit yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meninjau ke kawasan itu semalam.

Menurut Shahidah berkata beliau terkejut kerana kem transit itu dibina dengan cantik dan rapi serta lengkap dengan kemudahan seperti surau dan empangan kecil.

"Kelengkapan seperti generator, kain kafan, tikar sembahyang, telekung dan kebun sayur juga kelihatan di seolah-olah ada satu komuniti di situ. Sama ada wujud penyeksaan itu kita tunggu polis siasat," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan penempatan itu semalam.

Shahidan berkata bentuk kem sementara itu kelihatan seperti kem tentera Viet Cong dan jarak antara kem tersebut dengan kem di Bukit Wang Burma, Wang Kelian itu mengambil masa lebih dua jam dengan berjalan kaki.

"Keluasan kawasan itu lebih separuh daripada keluasan padang bola dan saya percaya ia bukan dibina rakyat Malaysia berdasarkan reka bentuk dan keadaan sekeliling," katanya.

Shahidan berkata kem itu kini dikawal rapi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan tidak ada pihak mencuri bahan bukti dan sehingga pihak forensik dan polis mengenal pasti perkara yang berkaitan.

Sementara itu, 35 rangka manusia dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dijumpai di hutan Bukit Wang Burma di Wang Kelian telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah untuk proses patologi.

Setakat ini, sebanyak 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan  manusia ditemui antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.

Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa individu yang terlibat dengan kem dan pembunuhan berkenaan dipercayai bersembunyi di Ranong, Thailand bersempadan dengan Kawthoung di Myanmar.
  
Ranong terletak di sepanjang Pantai Andaman Utara di Selatan Thailand dan mudah diakses melalui bot dari Kawthoung, Myanmar sekali gus menjadi pilihan sindiket untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia.
  
Dalang terlibat dipercayai warga Thailand mengelak dikesan pihak berkuasa, baik dari Malaysia dan Thailand yang terus memperhebat operasi menjejakinya di Ban Ta Lok, Padang Besar, tempat kubur besar mengandungi enam mayat, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui. 

Keseriusan Polis Thailand menjejaki mereka yang terlibat terserlah dengan 81 waran tangkap telah dikeluarkan setakat ini temasuk empat waran tangkap baru hari ini.
   
Kira-kira 51 suspek telah ditangkap sementara 30 orang lagi masih bebas dan Polis Thailand sedang memburu saki-baki suspek di Songkhla, Satun dan Ranong.

UAE beri bantuan

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyokong kuat inisiatif Malaysia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada golongan pendatang, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Perkara ini telah disampaikan kepada Anifah yang sedang dalam lawatan rasmi ke Abu Dhabi selama dua hari sejak Jumaat lepas semasa pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di Kementerian Luar UAE, kata kenyataan Wisma Putra semalam.

Ia berkata Sheikh Abdullah juga melahirkan kesediaan UAE untuk bekerjasama dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Anifah di dalam pertemuan itu bertukar pandangan dengan rakan sejawatannya mengenai isu pergerakan pendatang asing tanpa izin di Asia Tenggara dan
menegaskan selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia akan menangani isu ini terutamanya keperluan bantuan kemanusian yang mendesak dalam kalangan pendatang.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua menteri membincangkan isu dua hala dan perkara yang menarik perhatian bersama di rantau ini terutamanya berkenaan umat Islam.

Kenyataan itu berkata Anifah juga mencari lebih ruang untuk kerjasama dengan sasaran untuk meluaskan hubungan yang sedia ada dengan UAE.

"Lawatan itu sememangnya meningkatkan ikatan hubungan bilateral buat sekian lama yang rapat antara Malaysia dan UAE," katanya. - Bernama


 

Mipas: Harga minyak naik tanda k'jaan prihatin

Posted: 01 Jun 2015 12:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) kecewa dengan kenaikan harga minyak yang dibuat dengan mendadak pada malam tadi tanpa sebarang notis awal.

Setiausaha agung Mipas, S Barathidasan berkata, kerajaan tidak membuat kenyataan rasmi tetapi hanya menyalurkan pengumuman melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan SMS dan blog.

Dengan sinis, beliau seterusnya mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana kenaikan harga itu menunjukkan kerajaan "prihatin" pada rakyat.

"Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan seluruh rakyat Malaysia amat berterima-kasih kepada Perdana Menteri  Najib Razak  dan Barisan Nasional yang amat prihatin pada rakyat dengan bertindak menaikkan harga petrol dan diesel berkuatkuasa mulai 1 Jun.

 "Kerajaan membuat  pengumuman rasmi menerusi media sosial. Apakah tujuan sebenar Barisan Nasional di sebalik pengumuman yang dibuat secara tergesa-gesa itu?" katanya.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi ekoran peningkatan harga minyak mentah dunia.


Ketegasan Abdul Hadi dicemburui rakan PR

Posted: 01 Jun 2015 12:35 AM PDT


 
 
KUALA TERENGGANU – Ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyatakan pendirian terhadap perjuangan Pas dicemburui rakan-rakan pakatan sehingga beliau menjadi mangsa pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya sebagai pemimpin utama parti itu.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pemimpin DAP terutama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang banyak menyerang Abdul Hadi sejak kebelakangan ini mungkin kerana pemimpin Pas itu sukar digugat.

Sehubungan itu, serangan demi serangan dibuat bagi mengikis keyakinan ahli terhadap kredibiliti Abdul Hadi sebagai presiden, selain cuba mempengaruhi ahli supaya tidak memberi sokongan menjelang pemilihan Pas, Jun ini.

"Lim Guan Eng tidak mampu pengaruhi Pas untuk mengikut segala kehendak beliau walaupun sudah banyak perkara dibuat. Ketegasan Datuk Seri dicemburui dan itu sebenarnya menunjukkan bahawa Pas penentu kepada (hala tuju) PR.

"Apabila presiden tidak digugat, banyak terhalang kehendak mereka," katanya.

Mengulas tuduhan Guan Eng bahawa Abdul Hadi mahu berbaik-baik dengan Umno, beliau menjelaskan bahawa jawapan balas Hadi terhadap dakwaan itu dilihat sangat berhemah.

Bagaimanapun katanya, apa yang dilakukan pemimpin DAP itu tidak wajar, apatah lagi sebagai pemimpin dihormati, Guan Eng tidak sepatutnya bersikap campur tangan dalam pemilihan parti lain.

Tegasnya, pemilihan Pas tidak memerlukan campur tangan mana-mana pihak di luar parti itu, sebagaimana Pas juga tidak mencampuri urusan parti lain walaupun rakan PR sendiri.

Sementara itu, Azman percaya serangan terhadap Abdul Hadi akan berterusan selagi pemilihan belum berlangsung.

Bagaimanapun, beliau menaruh keyakinan bahawa serangan yang berlaku itu tidak sesekali mengikis keyakinan ahli-ahli atau perwakilan Pas untuk memberi sokongan padu terhadap Abdul Hadi.

"Saya tidak terlalu yakin tetapi saya rasa insya-ALLAH, beliau masih akan menang dalam pemilihan akan datang," katanya.


Satiful bidas kritikan terhadap Abdul Hadi

Posted: 01 Jun 2015 12:33 AM PDT

Satiful Bahri Mamat Satiful Bahri Mamat
 
 
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membidas kenyataan terbaharu Mohamad Sabu yang mempertikai prestasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Mohamad yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas sepatutnya membuat perbandingan dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bukannya Abdul Hadi.

"Kalau benar-benar hendak kira prestasi, sepatutnya dibuat perbandingan antara presiden dan calon presiden (Ahmad Awang). Ahmad Awang tidak pernah menang (dalam pilihan raya) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi sudah berapa lama menjadi Ahli Parlimen dan kalah sekali sahaja.

Jelasnya, jika mahu diungkit prestasi pilihan raya, Mohamad tidak sepatutnya melihat prestasi Abdul Hadi di Terengganu sahaja, sebaliknya secara keseluruhan.

"Pas berjaya mendapat Terengganu sebanyak dua kali iaitu 1959 dan 1999. Pada 1999 kita habiskan satu penggal tetapi di Perak tidak sempat. Sebab apa Perak jatuh? Kerana lompat parti. Tiada ahli Pas lompat parti, yang ada PKR dan DAP," katanya.

Beliau turut mengingatkan Mohamad supaya tidak membangkitkan unsur-unsur membawa perpecahan ahli Pas.

Katanya, jika Mohamad diberi kepercayaan menjadi pemimpin selama ini, beliau juga perlu bersedia dipimpin sekiranya orang lain diberi kepercayaan dan meminta Mohamad menghormati keputusan perwakilan pada pemilihan nanti

Tiga sebab Saiful tarik balik saman terhadap Anwar

Posted: 01 Jun 2015 12:29 AM PDT

FMT Reporters


Saiful tegaskan penarikan saman RM50 juta itu tidak bermakna dia menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang dibuat terhadap Anwar pada 2008.

saiful-bukhari



PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan mendedahkan tiga sebab mengapa dia menarik semula tuntutan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Sebab pertama, katanya, proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi dan dia tidak berupaya membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu.

"Saya perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah. Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan," kata Saiful menerusi blognya mohsaifulbukhari.com.

Sebab kedua, Saiful berkata, dakwaan dia diliwat terbukti benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa Anwar bersalah meliwatnya dan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Ketiga, Saiful menyatakan dia tidak mahu proses perbicaraan sivil jika berlaku, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun, katanya, penarikan saman RM50 juta itu tidak bermakna dia menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang dibuat terhadap Anwar pada 2008.

PKR, DAP tidak boleh pandang rendah Pas

Posted: 01 Jun 2015 12:23 AM PDT

 
 
 
KOTA BHARU – Dua rakan dalam komponen PR, iaitu PKR dan DAP tidak seharusnya memandang rendah kemampuan Pas untuk jika mahu bersendirian selepas muktamar ini, termasuklah dalam isu melaksanakan hudud di Kelantan.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tiada apa yang menguntungkan Pas jika masih berada di dalam PR memandangkan perjuangan hududnya juga ditentang rakan komponen dan kepimpinan tertinggi dikritik dengan mudah.

"Tidak timbul soal sama ada Pas mampu berjuang bersendirian atau tidak kerana di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1959, 1964, 1969, 1978, 1982 dan 1986 pun Pas bersendirian dan mampu mencapai undi yang memberangsangkan juga. Malah mampu menguasai Kelantan dan Terengganu," katanya.

Menurutnya, Pas mempunyai kedudukan yang cukup stabil untuk bersendirian kerana beberapa faktor.

"Ini termasuklah keberadaan Dewan Himpunan Penyokong Pas dari kalangan bukan beragama Islam yang boleh mengambil alih peranan dimainkan oleh DAP selama ini walaupun terpaksa berdepan beberapa kumpulan yang pro-PR," jelas Kamarul Zaman lagi.

Beliau juga berkata, jika memang Pas sudah tidak sefahaman dengan DAP, kerangka kerja seperti dibuat di antara 2001 dan 2008 masih boleh diguna pakai iaitu Pas bekerjasama secara tidak langsung sahaja dengan parti pembangkang lain melalui perjanjian untuk tidak meletakkan calon di suatu kawasan pilihan raya yang sama.

"Melalui cara ini peluang masing-masing untuk mencapai kemenangan dan memperjuangkan prinsip tidak akan banyak terjejas. Jika perpecahan berlaku.

"Ini akan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan parti pembangkang untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sahaja," katanya.

Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)  itu juga memberitahu, DAP berani menyerang Pas kerana beberapa sebab terutamanya soal prinsip yang cuba dilaksanakan Pas adalah bertentangan dengan prinsip perjuangan sekular DAP serta berada di luar kerangka manifesto pilihan raya dan dasar bersama PR.


ADUN Pelagus kritikal akibat kemalangan

Posted: 01 Jun 2015 12:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Dewan Undangan Negeri Pelagus, George Anak Lagong berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU)  Hospital Sibu selepas terbabit dalam kemalangan di Sebangkoi, kira-kira 10 kilometer dari pekan Sarikei petang semalam.

Menurut Nelson Janting, adik iparnya, George, 55, yang ditemani isterinya Sumi Janting, 50, dan dua anak lelaki mereka dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaan pacuan empat rodanya dan terjatuh ke dalam jurang.

"George mengalami kecederaan kepala yang serius sementara isteri dan seorang anaknya cedera ringan. Seorang lagi anaknya tidak cedera tetapi terkejut dengan kejadian itu," katanya.

Beliau berkata George dihantar ke hospital dengan ambulans dan beliau menjalani pembedahan selama empat jam. Sumi dan anaknya pula dirawat di Hospital Sarikei.

Nelson berkata George dan keluarganya dalam perjalanan dari Kuching menuju Bintulu bagi menyertai majlis pertemuan Hari Gawai dengan keluarganya.

George menang kerusi Pelagus atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri pada 2011.

Beliau kemudian menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebelum menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) iaitu parti rakan BN, tetapi kemudian meninggalkannya. - Bernama


Letak jawatan: Hishammuddin setuju gesaan Najib

Posted: 01 Jun 2015 12:17 AM PDT

Letak jawatan: Hishammuddin setuju gesaan Najib
 
 
 
SHAH ALAM – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan persetujuan bersyarat atas desakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta anggota Kabinet meletak jawatan sekiranya tidak bersamanya untuk pemulihan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Memetik kenyataan di laman mikro Twitternya, Hishammuddin berkata, badan pelaburan itu mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan salah laku perlu diambil tindakan.
 
Tambah Hishammuddin lagi, proses rasionalisasi berkenaan mesti dilakukan secara telus.
 
"Setuju dengan syarat. Yang pertama, rasionalisasi 1MDB. Yang kedua akauntabiliti sekiranya ada salah. Yang ketiga ketelusan," tulisnya. 
 
Najib hari ini dilapor sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.
 
Kenyataan Najib itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.
 
"Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama)," katanya seperti dipetik menerusi laporan tersebut.
 
 

Tiada pimpinan tinggi PAS mahu keluar Pakatan

Posted: 01 Jun 2015 12:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi dalam PAS berpendirian mahu membawa parti itu keluar dari Pakatan Rakyat, tegas Datuk Mustafa Ali.

Malah Setiausaha Agung PAS itu berkata setakat ini beliau tidak mendengar sebarang usul yang mahu parti berkenaan dibawa keluar daripada Pakatan.

Bahkan katanya, beliau juga difahamkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar nanti, isu berkenaan juga tidak terkandung.

"Memandangkan tahun ini tahun pertandingan, ada pemilihan, biasalah dalam zaman media sosial ini, ia dimanfaatkan dan menjadikan pemilihan hangat sedikit. Saya akui.

"Tapi tiada ada seorang pun pemimpin tertinggi ada pendirian nak keluar daripada Pakatan Rakyat. Dan tidak ada kumpulan pro-Pakatan atau kumpulan anti-Pakatan," katanya.

Menurut Mustafa, walau blok mana pun yang menang dalam pemilihan PAS kali ini parti itu tidak akan keluar daripada Pakatan.

'Perang' dalaman PAS semakin panas ketika tarikh muktamar dan pemilihan semakin hampir.

Di satu pihak, wujud kumpulan yang digelar proulama yang dekat dengan Abdul Hadi, manakala di sisi lain ialah kumpulan moderat yang mahu kerjasama dengan Pakatan dipererat.

Namun di sebalik keadaan itu Abdul Hadi dan penyokongnya semakin kerap membuat kenyataan yang menimbulkan keresahan di kalangan parti lain dalam Pakatan, serta rakyat.

Antara kenyataan Abdul Hadi ialah membenarkan umat Islam memarahi DAP yang didakwanya menentang hudud.

Mustafa berkata, cakap-cakap mengenai PAS akan keluar daripada Pakatan hanyalah spekulasi.

Muktamar Dewan Pemuda PAS akan bermula di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam esok.

"Ada yang kata masa depan Pakatan bergantung kepada muktamar PAS kali ini. Itu tak betul," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini. 


Tiada ulasan: