Sabtu, 6 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


BUAT PARTI BAHARU TETAPI BUKAN JEMAAH BAHARU GANTIKAN PAS, TEGAS USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL

Posted: 06 Jun 2015 09:10 AM PDT

Muktamar PAS baru-baru ini memberikan mesej yang sangat jelas menolak semua golongan yang tidak sehaluan dengan 'geng ustaz'. Sangat menghina diri untuk sama-sama kalah dengan PAS2015 dalam pru nanti. Tolonglah buat parti baru. Bukan jemaah baru. Tapi parti baru. Parti Progresif Ihsan (PPI). Islam adalah pada identiti ahli dan calon.

 Pakatan Rakyat: 1. PKR = keadilan 2. PPI = ihsan 3. DAP = demokratik. DAP dan PKR boleh diajak duduk bersama untuk memperbaiki kefahaman.

 PAS selepas ini, sudah hilang maruah untuk melunaskan amanah dakwah. Hudud akan dibincangkan sebagai subjek legal, perundangan, di kalangan ahlinya, malah sebagai penambah baikan Perlembagaan Persekutuan. Bukan bahan murahan ceramah dan bahan stiker kereta "we love hudud". Bekas PAS, IKRAM, anak muda progresif boleh bersama dalam parti ini, andai mereka beraspirasikan perjuangan Pakatan Rakyat. Tarbiah biar usahanya dalam kapasiti individu.

 PPI adalah wadah politik semata-mata. 'Direction' komunikasi hanya kepada rakyat. Jangan jawab, peduli atau gelisah dengan cacian, maki hamun, label, hatta fitnah, konspirasi PAS2015.

 Kasihan rakyat. Tiada keperluan menunggu-nunggu barisan agamawan PAS2015 membuktikan apa-apa. Jika mereka kalah pun, mereka yakin itu takdir Allah untuk mereka kerana berada di jalan yang benar. Rakyat yang menolak mereka dituduh penentang kebenaran.

 Dengan kognitif sebegitu, tiada rasional yang boleh diketengahkan.

 Jangan khuatir. Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu dari era dua profesor itu hingga ke Allahyarham TGNA, perjuangan mereka adalah perjuangan Islam yakni menegakkan keadilan dan ihsan.

 Bukan memperjuangkan parti, demi parti, atas nama parti, untuk parti. Jika dahulu, ada disebut oleh Ustaz Fadzil Noor bahawa antara ketahyulan politik Malaysia ialah orang Melayu tidak boleh hidup tanpa UMNO.

 Kini, ketahyulan kedua ialah kita tidak mungkin dapat memperjuangkan Islam tanpa PAS. Jika PRU14 tidak sempat mengukuhkan PPI, momentumnya perlu teguh menuju PRU15. Takkanlah PAS2015 hendak mewakili suara kita menjelang Wawasan 2020.

 Ya Allah bukakanlah hati pemimpin-pemimpin PAS yang ikhlas berjuang namun tersingkir itu. 

Ustaz Hasrizal Abd Jamil 
 Saifulislam.com 
■ PPI hanyalah nama spontan.

Ini dia yang curah asid kepada yang nak pergi.....

Posted: 06 Jun 2015 05:15 AM PDT

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jalan penyelesaian Pas untuk 
menamatkan krisis dalaman PAS dalam sesi bicara di MyHarakah Bazar, di sini

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut.

 Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya.

 Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah".

 "Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.

 "Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya.

 Patah sayap, dengan paruh datang.

 Kemudian beliau menyindir pihak yang menuduhnya 'Ketua Jebon' bagi kumpulan Hawaii Five-O yang didakwa kumpulan konservatif kononnya merancang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

 Untuk menyelesaikan dakwaan itu, Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa siasatan perlu ditubuhkan.

 Katanya, pihak yang dituduh cuba menggulingkan Abdul Hadi sedia memberi keterangan di depan jawatankuasa berkenaan.

 "Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.

 "Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar," katanya bagi menyampaikan ucapan penggulungan sebagai pengerusi mobilisasi demokrasi dengan nada sayu.

 Mengenai sesetengah ahli yang berpendapat PAS semakin kuat jika tidak bersama Pakatan Rakyat, Mohamad turut menyelitkan sindiran tajam kepada golongan berkenaan.

 "Lawan kita Umno dan BN. DAP ini parti kecil. Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia. Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate. Kita lebih kuat, jangan bimbang," katanya sinis. Baca lagi di sini

Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran, soal penyokong bukan Islam PAS

Posted: 06 Jun 2015 02:53 AM PDT

Kepimpinan ulama PAS dikritik seorang bukan Islam hari ini kerana tidak menegur ahlinya supaya menghentikan memfitnah dan melabel satu sama lain yang berterusan sejak sekian lama dalam parti.

 Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam berkata, pihaknya pada mulanya menyertai PAS kerana mengharapkan sesuatu yang lebih harmoni dengan ajaran Islam.

 Namun, katanya, mereka terpinga-pinga dan terkejut dengan suasana fitnah-memfitnah dan aktiviti label-melabel yang berlaku dalam PAS.

 "Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.

 "Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

 Beliau mendakwa, ulama PAS yang tidak memainkan peranan mencegah perbuatan itu menyebabkannya terus bermaharajalela dalam parti.

 Katanya, sebagai organisasi bukan Islam, DHPP mengharapkan Islam yang dibawa PAS menerusi kepimpinan ulama dapat memberi keselesaan dan keadilan dalam hidup masyarakat berbilang kaum.

 "Saat kami ingin menumpang Islam yang dibawa PAS, janganlah pula hasrat ini hancur dengan amalan fitnah, label, mungkir janji dan seumpamanya.

 "Jika sering melaungkan Islam adalah segala penyelesaian, maka buktikanlah masalah ini dapat diselesaikan secara Islam," katanya.

 Balasubramaniam berkata, orang bukan Islam ingin melihat amalan mengikut Al-Quran dan hadis direalisasikan di kalangan ahli dan pemimpin PAS, dan bukan hanya berdasarkan ucapan semata-mata.

 Beliau tidak menolak hakikat Barisan Nasional (BN) berhak menang pilihan raya kerana gerak kerja yang dikatakannya lebih bersatu dan tersusun berbanding PAS.

 "Saya tak pasti apakah benar Tuhan redha. Mungkin kerana kita tidak bersatu hati atau tidak berjaya membina persepsi yang baik di kalangan pengundi.

 "Tetapi saya yakin, Tuhan tentu lebih suka kita menang bersama Pakatan Rakyat," katanya. – 6 Jun, 2015. - sumber: themalaysianinsider

RAYUAN KEPADA MANTAN PIMPINAN PAS

Posted: 06 Jun 2015 12:14 AM PDT

Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

 1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

 2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

 3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?

 Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja. 

 Ir. Izham Hashim
 6 Jun 2015

Che Ibrahim Mohamed: 

 Wahai perosak2 Jamaah, samada kamu Jebon, parasit, barua broker, tolol, liberal, sekular, endorgan, anwarinas, kuda tunggagan dap atau munafik haraki, ternyata kamu telah berjaya dibersihkan dari terus mengkhianati jamaah dan presiden, kamu telah dikuburkan secara berjamaah melalui program pelupusan etnik jebon yg anti ulama.

 Oleh itu kamu jgn lagi menghampiri jemaah yg suci ini kerana ianya akan menjauhkan pertolongan dan keredaan Allah kpd jamaah yg sudah suci murni ini, jgn kamu kotori jubah2 ulama kami yg putih berseri dgn nanah2 kamu yg busuk kohong, kelupoq lah kamu bersama dap dan pkr yg menjadi tuan sebenar kamu.

PAS Sabah buat kelakar ....

Posted: 05 Jun 2015 06:00 PM PDT


PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah? Tak kira hilang deposit? 

Apa yang penting PKR dan DAP tidak boleh menang.Biarlah BN terus menang dan kuasai Sabah.Takbir! Takbir! Takbir!

Begitulah apa yang tersirat dengan laporan berikut:

Perwakilan PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar membaiki semula hubungan dengan parti itu atau menghadapi kemungkinan berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya negeri.

 Menurut Zulfikar, di Sabah terdapat 32 kerusi yang majoriti pengundinya adalah penganut Islam namun, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mereka masih disisihkan.

 "PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah selagi dia (PKR dan DAP) tak ajak kita join balik (Pakatan Rakyat Sabah).Baca lagi di sini

Ingatkan kuat mana sangatlah bila mamat tu cakap berdegar-degar gitu......

Keputusan PRU-13  Sabah
Daripada 59 DUN yang ada, PAS bertanding dalam 9 DUN sahaja. Benarkah PAS akan bertanding dalam kesemua 59 DUN nanti sebagaimana dakwaan wakil PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan? 

Nanti dulu...Jangan semangat saja. Bak kata orang, nafsu ada, tenaga tak ada...alahai....

Daripada 9 DUN yang kalah tu, 2 DUN depositnya hangus iaitu N03 Pitas dan N54Bugaya. Bayangkanlah kalau masuk 59 DUN... Kaya sangatkah PAS Sabah sampai nak derma duit deposit kepada SPR? Kita Cabar PAS Sabah mengkotakan apa yang dia cakapkan itu! Amaran konon! Jadi bahan ketawa orang adalah!

Tiada ulasan: