Jumaat, 5 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mazlan Aliman di persimpangan jalan........

Posted: 05 Jun 2015 09:00 AM PDT

Mazlan Aliman merupakan aktivis PAS yang telah terbukti perform dan komited dengan ANAK. Beliau menaikan status di fesbuk menggambarkan keadaan beliau yang kini sedang berada dipersimpangan jalan ....

Saya sekadar mengharapkan Mazlan Aliman ini tidak menjadi mangsa buli wala'un yang telah memisahkannya dari rakan-rakan lainnya....

Seorang sahabat fesbooker menaikan status berikut , mungkinkah 'sekoq jebon yang dimaksudkan itu Mazlan Aliman? 



Berikut status Mazlan Aliman yang terbaru :

 Terimakasih atas kepercayaan perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 61, yang memilih saya dalam kelompok AJK Kerja PAS Pusat sesi 2015-2017. Amanah ini amat berat, manakala harapan rakyat begitu tinggi.

 Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana. Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS , Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

 Sungguh pun komitmen terhadap Ngo Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan. Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan.

 Justeru, saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan. Apa pun keputusan yang saya buat, perjuangan mendaulatkan Islam dan pembelaan terhadap nasib rakyat adalah keutamaan hidup. Ia segala galanya dalam hidup saya.

 Moga Allah beri kekuatan kepada hambaNya ini.

 Mazlan Aliman
 5 Jun 2015

PAS Kekal dalam illusi...bersama apa lagi hoi!

Posted: 05 Jun 2015 05:00 AM PDT

Pas perlu bertegas dengan pendiriannya.Dewan Ulama telah meluluskan usul sebulat suara untuk menolak DAP, iaitu salah satu rakan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Hj Hadi jelas hanya berrethorik bila menyatakan mahu bersama Pakatan Rakyat. Hj Hadi tidak perlu belakon seolah-olah tidak bersetuju dengan usul tersebut.Tanpa restu Hj Hadi, usul itu pastinya tidak akan timbul dan dipersetujui dengan sebulat suara oleh Dewan Ulama PAS.

Usul Dewan Ulama itu telah diterima dan dipersetujui tanpa dibahaskan pada Muktamar ke-61. Ini  bermakna PAS telah membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.Maka secara tidak langsung PAS telah terkeluar dari gabungan PR jika ikut perjanjian awal pembentukan Pakatan Rakyat..Nak bersama apa lagi ???

Berikut adalah komen beberapa sahabat di fesbuk :

 Che Ibrahim Mohamed: Bila tok lebai bersuara..... USUL TERGEMPAR DEWAN ULAMA PAS PUSAT. Wahai ulama ulama ku, ambo nak habaq PR diwujudkan hasil persefahaman politik antara PAS, PKR dàn DAP, bila salah satu antara 3 parti itu menarik diri atau memutus hubungan, maka Pakatan Rakyat ( PR ) tidak wujud lagi.


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi : Kenyataan bergolak-balik pemimpin PAS, nak bersama PR tapi putus hubungan dgn DAP adalah kenyataan separuh sedar, mengigau. Dlm politik, pendirian sebegitu tak terpakai sebab rakyat mahukan pendirian yg konsisten. Kalau urus parti pun tak konsisten, mcm mana nak urus negara? - 



Saddam Jebon Tingkap: Putus hbgn dgn DAP, tetapi mahu KEKAL didlm PAKATAN ??? KAHKAHKAH.. Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua inginkan kuasa ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua inginkan putrajaya ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua bersubahat menolak hudud ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua gilakan kuasa ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua tidak boleh menang tanpa PAKATAN ??? Phuihhhh !!! Sekian

Ipoh Mali : Sebagai Menyahut Seruan Dewan Ulama'.. Sebagai di lihat Bermaruah Maka Bersedialah Semua Pemegang Jawatan dalam Majlis Agama, JKK , Ahlu Majlis dan GLC di Pulau Pinang , melepaskan Jawatan tanda kita sudah tidak ada lagi hubungan dengan DAP.. dan jika mahu kelihatan lebih bermaruah.. Berundur pula dari Semua jawatan di Selangor.. baru dilihat PAS sebagai anak jantan dan hanya mengharap Redha Allah.. 


Misai Merah: Jika muktamar lulus usul Pas keluar Pakatan aku setuju sangat2. Pas tak pa masih ada Kelantan...Dap masih ada Penang... Selangor macam mana?


Mehzalan Saran menukilkan : That's why only DAP not PKR, stomach base politics. Dia menyertai gambar Iskandar Samad yang di sebelah nih. 


Syed Mohd Nazli : Dengan kedudukan hanya satu kerusi di DUN Pulau Pinang, PAS menduduki kerusi utama pengurusan berkaitan agama selaku YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan berbagai lagi jawatan dan kedudukan didalam Kerajaan Negeri.


Atas dasar apakah sampai tergamak perwakilan Dewan Ulama' ini bertutur sebegini,janganlah kita terlalu seronok berucap bersemangat berdegar degar tetapi sebenarnya ia hanya memukul canang membunyikan irama hati kita yang penuh hasad dan tamak haloba dengan kedudukan dan pangkat yang seolah tak cukup cukup.


Alangkah baiknya kalau kita memanfaatkan kedudukan dan kuasa yang ada dan menggunakan segala peruntukan yang diberikan untuk menjana kemenangan lebih banyak kerusi pada pilihanraya yang akan datang,mana tahu kita dapat menduduki kerusi TKM 1 Kerajaan Negeri dan pada ketika itu banyak ruang untuk kita martabatkan dasar perjuangan kita selama ini.


 Bercakap sebagai mewakili Dewan Ulama' yang sangat tinggi kedudukan didalam parti,jangan sampai orang awam memandang suara Ulama' lebih kurang suara JKKK dizaman UMNO dahulu kala.


 Semoga ada hikmah diatas kekalutan ini dan kita semua kembali berganding bahu merempuh tembok Putrajaya dan kemudiannya kita menyelak segala helaian peruntukan perlembagaan untuk melaksanakan hudud atau apa saja agenda perjuangan kita selama ini. Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat ALLAH.


Abdul Rahman Abdul Talib :Sudah berapa kali Haji Hadi sebut hendak kekal dalam Pakatan tetapi sudah berapa kali Haji Hadi tikam Pakatan dari belakang.

 Yang terakhir Haji Hadi bentang Private Bill Hudud tanpa merujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


 Penghabisan sekali, setelah Haji Hadi menipu Pakatan Rakyat, PAS pula ditipu UMNO. Private Bill tersebut ditolak Speaker dari dibentang sama sekali sampai bila bila. Terus menerus Haji Hadi tanam tebu di bibir.

Kerajaan Kelantan memang lemah membantu mangsa banjir, perwakilan kena akui

Posted: 05 Jun 2015 03:25 AM PDT

 Nik Abduh kata kerajaan negeri sudah siapkan76 buah rumah. 440 buah lagi dalam pembinaan...

Pelawok sungguh Ketua Pemuda Pas yang baru dipilih nih. Walhalnya kerajaan negeri hanya berjaya membina 7 buah rumah sahaja setakat ini dan kerajaan Persekutuan menyiapkan 12 sahaja. Jumlahnya 19 buah sahaja.

Bila media mendedahkan kelembapan kerjabuat kerajaan negeri dan persekutuan dalam membina rumah untuk mangsa banjir Mega Kelantan, sudah tentulah mereka akan membandingkan dengan keupayaan NGO-NGO yang telah berjaya membina lebih banyak rumah.

Setakat ini, Yayasan Darul Hijrah telah membina 12 dan DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri sudah membina 25 buah rumah baharu dan membaiki 35 buah mangsa banjir. Belum lagi dikira Rumah Budiman yang dikelolakan oleh Pemuda dibawah ketua lamanya Suhaizan Kaiat. Korang bandingkanlah sendiri...walhal kerajaan negeri dan pusat mempunyai segala macam kemampuan namun kerjabuatnya sangat menghampakan....

Saya tidak pasti samada dakwaan Nik Abduh itu sebenarnya merujuk kepada projek bersama kerajaan Kelantan dan kerajaan Selangor. 

Dalam projek kerjasama tersebut, Kerajaan Kelantan hanya menyediakan tapak sahaja untuk pembinaan 60 buah rumah.

Agak malang apabila ada perwakilan PAS Wilayah Persekutuan hari ini membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat "bersaing" dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka.

 Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri.

 "Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir," katanya ketika bercakap di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pagi ini. Baca seterusnya di sini

Kenapa berburuk sangka sedemikian rupa? Apa masalahnya jika bersaing untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Bukankah agama suruh kita berebut-rebut dalam membuat kebajikan?

Islam adalah agama persaudaraan. Ciri-ciri persaudaraan terkandung dalam nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Justeru, nilai-nilai murni ini menjadi tunjang di dalam masyarakat. Oleh itu, kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada sahabat handai, jiran tetangga, lebih-lebih lagi kepada mereka yang seagama dengan kita bahkan kepada semua manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 148:

 Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari Kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

 "Fastabiqul khoirat" - Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan. Mafhum daripada ayat al-Quran tersebut, maka beruntunglah bagi orang atau sesiapa yang banyak memberi manfaat dan pertolongan kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh seseorang yang telah ditimpa musibah. 

Kita boleh membantu mereka samada berupa tenaga, wang ringgit atau sokongan moral.Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi manusia yang banyak memberi manfaat bukannya manusia yang sering mendatangkan musibah seperti memecahbelahkan masyarakat, apa lagi memfitnah sesama jemaah.

Tiada ulasan: