Jumaat, 5 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tidur Najib dan Rosmah kembali terganggu

Posted: 05 Jun 2015 08:29 AM PDT

MSO


Tindakan polis membatalkan dialog anjuran NGO bersama PM, "Nothing 2 Hide" yang sepatutnya berlangsung di PWTC hari telah menyelamatkan air muka Najib Razak. Dr Mahathir Mohamad yang juga dikatakan dijemput untuk menyertai dialog berkenaan hadir bersama ratusan yang lain.


Mahathir berucap kemudian dilarang.
Malangnya, Najib tidak hadir. Apabila sebaik Mahathir berucap ringkas sebelum berundur, seorang pegawai polis datang memintanya agar menghentikan ucapan.

Bayangkan dengan kehadiran yang ramai terutamanya daripada mereka yang ingin menyaksikan macam mana gaya Najib berdialog di hadapan orang yang mengkritiknya, kalau diteruskan ia mesti hangat dan geger. Sudah pasti Najib akan disorak dan di "boo", macam Hanifa Maidin di "boo" dalam muktamar Pas di Kuala Selangor semalam.

Ketika ini sudah tentu muka Najib yang mudah merah akan menjadi merah macam kelopak bunga raya, "merah meran" (menyala).

Jadi untuk mengelakkan Najib malu dan disorak, inilah menyebabkan polis menggunakan kuasa yang ada kepadanya membatalkan dialog berkenaan kononnya atas dasar keselamatan. Alasan itu sukar diterima kerana tempat berlangsung dialog itu, PWTC antara tempat yang aman. Alasan itu tidak masuk akal.

Kejadian ini boleh dianggap sebagai polis sudah mulai campur tangan dan menjaga Najib selaku perdana menteri. Ertinya kehidupan Najib hari ini seratus peratus dalam kawalan dan jaminan pihak keselamatan, polis.

Soalnya apakah dengan pembatalan secara tektikal itu boleh mengamankan Najib? Tidak... malahan orang ramai yang keliru, geram dan benci dengan cerita-cerita kabur mengenai 1MDB, geram dengan kenaikan harga barang menggila sejak pelaksanaan GST, makin akan menjadi tambah benci kepada Najib dan meluat dengan isterinya Rosmah binti Mansor dituduh sebagai boros.

Dialog yang dibatalkan itu secara tidak langsung telah memberi kemenangan percuma kepada Mahathir dan menjadikan rakyat makin hilang kepercayaan kepada Najib kerana tindakan itu, enggan atau penakut untuk hadir, akan dianggap sebagai tidak bertanggungjawabnya. Maka akan terus berdongenaglah Mahathir selepas ini.

Sepatutnya dialog itu diteruskan dan Najib perlu hadir untuk menunjukkan kebertanggungjawaban dan kejantanannya sebagai seorang perdana menteri. Apakah mereka yang memberi idea untuk mengagalkan dialog itu ada motif tertentu?

Kejadian hari ini menyebabkan Najib dan Rosmah yang malam tadi dapat tidur nyenyak, selepas beliau mendakwa mendapat sokongan padi di Sarawak akan kembali resah dan tidak dapat melelapkan mata serapatnya seperti sebelum ini.

Mimpi-mimpin kudus dan indah juga sudah makin menjauhi Najib dan apa yang berlaku pagi ini suatu kedukacitaan dan kemaluan besar kepada Najib.


89 pendaki Gunung Kinabalu masih hilang

Posted: 05 Jun 2015 08:24 AM PDT

FMT Reporters

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota SMART bantu mangsa


dabah_gempabumi_600


PETALING JAYA: Seramai 105 pendaki di Gunung Kinabalu dikhuatiri terperangkap selepas berlaku gempa bumi berskala 5.9 richter di negeri itu awal pagi Jumaat.

Menurut jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), sebanyak 89 pendaki lagi dilapor masih hilang dan tidak dapat dikesan.

Berikutan perkembangan yang berlaku, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu operasi berkenaan.

Timbalan Setiausaha MKN, Ogu Salim Omar berkata pasukan yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah tengah hari Jumaat.

"Anggota terbabit termasuk paramedik, kejuruteraan dan penyelamat. Setakat ini tiada mangsa yang terbunuh atau tercedera dilaporkan, dan kami masih lagi menunggu perkembangan terkini," katanya.

Beliau berkata bantuan dari segi perubatan akan dihantar ke Sabah bergantung kepada keperluan.

Menyentuh mengenai gempa bumi itu, Ogu Salim berkata MKN menerima maklumat mengenainya 15 minit selepas kejadian tersebut pada jam 7.30 pagi.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah dengan pusat gempa terletak 16km di barat laut Ranau.

Gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.- Bernama

Pelakon dedah kecurangan suami di Instagram

Posted: 05 Jun 2015 08:19 AM PDT

 
Sharifah Shahora mengaku bukan untuk memalukan suami tetapi kerana kecewa dan tertekan selepas diperdaya suaminya


SHARIFAH-SHAHORA_chat_600


PETALING JAYA: Seorang pelakon tempatan bertindak mendedahkan kecurangan suaminya bersama wanita lain di laman sosial Instagram.

Pelakon, Sharifah Shahora bertindak memuatkan naik 'screen shot' perbualan suaminya dengan wanita itu di Instagram.

Antara kandungan perbualan itu, wanita berkenaan meminta suami Sharifah Shahora supaya tidak menyimpan nombor telefonnya sebaliknya menghafalnya serta memadam semua log panggilan antara mereka berdua.

Sharifah Shahora berkata, tindakan mendedahkan kecurangan itu bukan untuk mengaibkan suaminya tetapi kerana kecewa dan tertekan selepas dipermainkan.

"Selama ini saya tidak pernah keluarkan kisah rumah tangga saya namun tindakan itu diambil kerana saya sudah hilang sabar.

"Jalan ini adalah yang terbaik bagi menghentikan kecurangan suami saya dengan wanita itu. Saya tak mahu malukan diri sendiri dan aibkan suami, tapi saya terpaksa.

"Bukan kerana saya tidak berbincang secara baik dengan suami namun perkara ini berlarutan selama beberapa bulan," katanya seperti dilaporkan portal hiburan, beautifulnara.com.

Sharifah Shahora berkata, wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangganya telah meminta maaf di Twitter dan begitu juga dengan suaminya yang berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Namun, dia sukar menerimanya kerana percaya suaminya dan wanita itu sudah berpakat.

Katanya, sejak rahsia itu terbongkar, hubungan dia dan suami menjadi dingin tetapi masih tinggal serumah.

"Saya juga rasa seperti mereka merancang permohonan maaf ini. Saya perlukan masa untuk berfikir," katanya.

Bekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas

Posted: 05 Jun 2015 08:13 AM PDT

 
Gabungan DAP, PKR dan PasMA akan memberi nafas baharu kepada Pakatan Rakyat yang baharu.


ronnie ,pasma


PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang merancang untuk menjadikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai sebuah parti parti politik bagi menggantikan Pas.
Pengakuan itu dibuat oleh bekas EXCO Selangor dari DAP, Ronnie Liu, menerusi statusnya di Facebook.

Dia mengharapkan bekas Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan pemimpin Pas lain yang kalah supaya meninggalkan Pas dan menjadikan PasMA sebuah parti politik seperti dirancang.

Bekas EXCO Kerajaan Tempatan selama sepenggal itu, berkata, gabungan DAP, PKR dan Pasma akan memberi nafas baharu kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Mudah2an Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang. Pkr + dap + pasma….satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru," tulisnya.

Menerusi komen-komen terhadap status itu, Liu percaya pemimpin DAP dan PKR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat untuk membincangkan masa depan PR tanpa Pas.

Kekalahan teruk pemimpin Pas pro liberal memberi tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang bimbang Pas akan meninggalkan PR.

Siti dijangkiti 'demam' Nothing To Hide

Posted: 05 Jun 2015 08:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Siti Nurhaliza adalah antara ribuan orang yang dilihat mengikuti penuh minat setiap perkembangan yang berlaku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi tadi.

Melihat kepada akaun Twitter beliau, @CTNurhaliza11, penyanyi berasal dari Pahang itu mula mengulang tweet acara Nothing To Hide itu melalui akaun @Suara_generasi.

Mulai jam 9 pagi, Siti kemudian mengulang tweet pelbagai perkembangan mengenai acara berkenaan, termasuk dari Malaysiakini.

malaysiakini.com @malaysiakini
Dr Mahathir waiting in the VVIP holding room before the start of dialogue.

Satu daripada tweet yang diulang Siti ialah milik @nizambakeri yang menyatakan: "Arul Kanda tak datang. Najib tak datang. 1MDB semua perangai sama."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri sesi dialog mengenai kemelut yang melanda syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di PWTC.

Majlis itu menjadi lebih menarik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak akhir-akhir ini lantang mengkritik Najib ekoran masalah dihadapi 1MDB kemudian muncul bersama beberapa tokoh terkenal, termasuk bekas Menteri Besar Terangganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Bagaimanapun Najib tidak menghadiri majlis berkenaan atas nasihat polis, manakala Dr Mahathir terpaksa diiringi anggota keselamatan selepas hanya beberapa minit berucap kepada hadirin.

Sebelum ini Siti menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Dr Mahathir.

Kira-kira jam 11 pagi, Siti kemudian meminta maaf kepada peminatnya kerana 'dijangkiti demam' Nothing To Hide.


 Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11
maaf ye timeline saya penuh dgn tweet ..saya pun berjangkit sudah demam ..
 

'Awas dalam jubah ada siku, kepala lutut'

Posted: 05 Jun 2015 08:00 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Dewan Ulama PAS hari ini memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencabar kesabaran anggota sayap parti  itu.

Malah, wakil Dewan Ulama Nasruddin Hassan berkata, usul dewan itu untuk memutuskan hubungan DAP adalah "pengajaran" kerana pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dan presidennya.

"Dia (DAP) tampar kita banyak kali. Bila kita kata jangan tampar pipi kanan sebab pedih, dia tampar pipi kiri. Kemudian dia tampar bertalu-talu. Akhirnya kita tampar dia sekali, baru dia tahu bahawa kena tampar itu sebenarnya pedih.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh itu sambil mendapat laungan takbir daripada  perwakilan dan pemerhati.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Dewan Ulama di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Selain itu, Nasruddin berkata beliau turut berjanji untuk memastikan Dewan Ulama menjadi jambatan agar PAS lebih dekat dengan golongan bukan Islam.

Malah, dengan bersemangat, beliau berkata dewan tersebut juga akan memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan parti tersebut lebih hebat.

"Insya-Allah Dewan Ulama PAS akan jadi jambatan untuk membawa PAS lebih rapat dengan yang bukan Islam bersama-sama adik bongsu kita dari Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP).

"Dewan Ulama menyatakan komitmen tinggi untuk jadikan jemaah ini lebih bertenaga dan hebat," kata Nasruddin lagi. 
 
 
 

Muktamar terima putus hubungan dengan DAP

Posted: 05 Jun 2015 07:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.

Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Ancam bertembung di DUN Sabah

Sementara itu, seorang perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana "menendang" PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Beliau menegaskan sehingga kini PAS negeri itu tidak pernah keluar daripada gabungan pembangkang dan tidak sesekali akan tunduk kepada DAP kerana hudud adalah dasar perjuangan mereka.

"PAS Sabah, bersama dengan dasar dan PAS, mempertahankan hudud di Kelantan. Kita tidak akan tunduk kepada DAP.

"Bagaimana kedudukan PAS Sabah, sekiranya DAP dan PKR tidak jemput kita (untuk) minta maaf, PAS Sabah akan bertanding semua kerusi di Sabah.

"Maknanya bukan kita nak menang, PAS Sabah bertanding 30 tahun (dalam pilihan raya), sampai hari ini, tidak ada kerusi.

"Tetapi kita nak beri amaran kepada DAP dan pengundi Islam ada di 32 kerusi di Sabah, sekiranya DAP dan PKR sombong, dia kata, beri kerusi tapi tak boleh menang," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PAS. 


Pejabat DAP Kluang kena simbah cat

Posted: 05 Jun 2015 04:33 AM PDT

simbah

 Roketkini.com


 KLUANG: DAP mengecam keras amalan politik samseng yang semakin berleluasa di Kluang dengan insiden terbaru membabitkan simbahan cat dan serangan ke atas rumah seorang ADUN.
LCT
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dalam kenyataan bersama menyeru semua pihak agar dapat bersikap waras sekalipun berbeza pandangan politik.

"Perbezaan fahaman dan pendapat boleh diselesaikan dengan cara perbincangan mahupun perbahasan yang waras tapi bukan dengan cara tidak bertamadun.

"Tindakan samseng sebegini tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak," kata mereka.

Semalam, Pejabat DAP Kluang yang bertempat di Taman Lian Seng,
Kluang telah disimbah dengan cat putih.

Berikutan kejadian tersebut, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Kluang Pua Meng Jiann telah membuat laporan polis atas kejadian tersebut.

Pada masa sama, rumah kediaman ADUN Mahkota (UMNO-BN) Md Jais Haji Sarday telah dilempar dengan barang-barang kotor. – Roketkini.com

Ramkarpal: Bila KPN nak bertindak?

Posted: 05 Jun 2015 04:31 AM PDT

ramkarpal_singh

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya segera mengambil tindakan tatatertib menggantung tugas '80 peratus kakitangan keselamatan dan pegawai penguatkuasa' di sempadan yang dituduh terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata, tindakan serta-merta harus dilakukan kerana dakwaan itu dibuat polis Cawangan Khas (SB) sendiri dan sementara menunggu siasatan dilakukan.

rasuah
Gambar Hiasan

"Membiarkan mereka meneruskan perkhidmatan selepas laporan SB tersebut hanya menunjukkan bahawa Khalid sambil lewa dalam menjalankan tugasnya," katanya dalam kenyataan.

Ramkarpal menegaskan, terdapat peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk anggota terbabit digantung sementara menunggu siasatan.

"Jika tindakan tidak diambil dengan segera, ada potensi rasuah akan terus berjalan di sempadan. Bukti dan akibat yang tidak diingini lain sebelum ini ternyata telah benar-benar mengejutkan negara," ujar beliau.

Akhbar New Straits Times baru-baru ini melaporkan bahawa 80 peratus – atau bersamaan lapan daripada 10 pegawai penguatkuasa dan anggota keselamatan di sempadan negara – terlibat dengan aktiviti rasuah.
Mereka didakwa menerima bayaran tetap daripada sindiket yang menguruskan dadah, senjata api dan penyeludupan manusia.

Dilaporkan pihak SB telah menghantar maklumat yang dikumpulkan kepada agensi terlibat namun tidak ada tindakan diambil sehingga kini. – Roketkini.com


Mahathir: Kawan lama kini burukkan saya

Posted: 05 Jun 2015 04:24 AM PDT

 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana seorang tokoh yang pernah mendapat pertolongannya kini mengambil upah untuk memburuk-burukkan beliau.

Tanpa menamakan individu tersebut, Mahathir berkata "bekas rakannya" itu turut memberi amaran agar berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak lagi membangkitkan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd.

"Beliau memberi amaran, jika saya teruskan, saya akan meninggalkan nama buruk. Saya beritahu dia, apa yang orang fikir tentang legasi saya, jika ada sedikitpun, ia  tidak penting.

"Saya bimbang dengan apa yang berlaku dalam negara. Nama baik kita sedang dicalar," kata Mahathir lagi dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Walau tidak menamakan mana-mana individu, tulisan itu dipercayai merujuk kepada tokoh pengiklanan, Tan Sri Lim Kok Wing.

Lim dilantik menjadi penasihat khas kepada PM bulan lalu.

"Beliau diberi tugas untuk memburuk-burukkan saya, untuk menjahanamkan apa yang dipanggil nama baik saya.

"Saya fikir, beliau dan bos beliau percaya bila saya akan jadi tidak popular, kutukan saya ke atas segala cacamarba melibatkan 1MDB tidak akan dipedulikan orang," tulisnya lagi.

Beliau juga menjangka kempen yang lebih agresif akan dilancarkan untuk memburuk-burukkan beliau dan bagi menggilap imej Najib.

"Nyatalah jumlah wang yang besar dibelanjakan untuk kempen ini. Sahabat saya itu dilantik ke Pejabat Perdana Menteri dan berusaha keras untuk menyembunyikan kesalahan 1MDB," kata Mahathir.




'Berdebatlah Najib demi maruah nenek moyang'

Posted: 05 Jun 2015 04:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dalam tempoh 24 jam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertukar daripada "pahlawan" sebelum dilabel "pengecut" selepas gagal muncul dalam sesi dialog dinanti-nanti ramai orang pagi ini.

Walaupun alasan rasmi diberi penganjur adalah kerana arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pengkritik tetap menuduh Najib takut berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menunggu selama lebih dua jam.

Dan kini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan cadangan kepada Najib mengenai cara untuk menebus kembali maruahnya - melalui debat secara langsung bersama Dr Mahathir di televisyen.

Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi memetik kenyataan penganjur sesi dialog itu bahawa perdana menteri sedang bersiap-siap untuk datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum Khalid mengeluarkan arahan membatalkan program berkenaan.

"Jika keadaan tidak dibetulkan melalui debat secara langsung di televisten, Najib mungkin dituduh secara tidak adil sebagai pengecut," katanya.


Tengku Mahkota: Nak sembunyi memang tak muncul

Posted: 05 Jun 2015 04:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib "bacul" untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dikatakan mempunyai telahan lain.

"Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

"Tentu sekali dia tidak akan muncul," titah baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Semakan Malaysiakini lewat petang ini mendapati tulisan itu telah tiada di Facebook itu.

Malaysiakini sudah menghubungi pengelola akaun itu melalui pesanan Facebook dan masih menunggu reaksinya.

Panggilan telefon ke Pengelola Bijaya Diraja Johor, Jabatan Diraja Johor sebentar tadi juga tidak berangkat.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Suara pertama kerabat

Beliau bagaimanapun tidak hadir setelah polis mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar.

Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda," titahya.

Tengku Ismail dipercayai kerabat pertama bersuara tentang perselisihan antara Najib dan Mahathir.

Kenyataan daripada pihak istana Johor itu sedikit sebanyak dilihat memberikan tamparan kepada Najib yang pentadbirannya diasak daripada segenap penjuru dalam isu 1MDB. 


Gempa: Musa nasihat orang ramai waspada

Posted: 05 Jun 2015 04:00 AM PDT

SINAR HARIAN



Musa Aman Musa Aman
 
 
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau pagi ini.
 
"Walaupun saya berada jauh di Shanghai (China), saya memantau situasi ini. Saya tahu ramai yang bimbang kerana Sabah jarang sekali mengalami kejadian seperti ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
 
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 7.15 pagi ini di Ranau dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
 
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km di barat laut Ranau.

Musa berkata pihak berkuasa juga turut memantau keadaan tanah terutama di Ranau, yang merupakan pusat gempa itu. - Bernama
 
 

Saya diminta berhenti bercakap sebab 'buat bising'

Posted: 05 Jun 2015 03:58 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - "Saya diminta pihak polis berhenti berucap kerana saya dikatakan 'terlalu membuat bising' dalam program hari ini," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau juga tidak mengetahui bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengeluarkan arahan supaya membatalkan program tersebut.
 
"Saya tak tahu arahan dia, saya tak dengar, apa yang saya tahu polis datang kepada saya, minta saya berhenti (bercakap)," katanya kepada pemberita selepas Dialog PM bersama NGO dibatalkan secara mengejut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
 
Forum anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam) itu dibatalkan di saat akhir selepas Ketua Polis Negara menerusi akaun Twitternya hari ini meminta ia ditangguhkan atas faktor keselamatan.
 
Walaupun Sukaguam cuba berunding dengan pihak polis, namun forum yang lebih berkisar kepada penjelasan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.
 
Terdahulu, forum tersebut yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi itu diteruskan dengan ucaptama oleh Dr Mahathir selepas Najib tidak muncul selepas sejam setengah menunggu.
 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata kehadirannya pada forum tersebut adalah untuk mendengar sendiri penjelasan Najib berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai beberapa isu termasuk 'kehilangan dana RM42 bilion' oleh 1MDB.
 
"Sebab itu saya datang dan minta izin supaya saya juga diberi peluang sama dengan Datuk Seri Najib.
 
"Kalau dia dapat satu jam, saya juga minta satu jam, kalau dia nak jawab soalan, saya juga nak jawab soalan, tapi malangnya Datuk Seri Najib tak dapat datang kerana polis membatalkan perjumpaan ini," ujarnya.
 
Tambah Dr Mahathir, meskipun beliau dihalang meneruskan ucapan, namun beliau meminta polis membenarkannya bertemu dengan pihak media.
 
"Saya patuh kepada undang-undang, tetapi saya minta izin supaya saya dapat bercakap dengan media sahaja," jelasnya.
 
Ketika ditanya tentang kelantangan beliau telah menakutkan Najib untuk muncul pada program tersebut, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan jika Najib boleh beri penjelasan.
 
"Saya tak boleh mencederakan sesiapa, kenapa perlu orang (Najib) nak takut dengan saya, kamu (media) pun tak takut pada saya," ujarnya.
 
Bagaimanapun Dr Mahathir hanya beranggapan ketidakhadiran Najib itu kerana beliau sibuk dengan urusan rasmi kerajaan.
 
"Kita pun tak tahu (kenapa Najib tak hadir), saya fikir dia sibuk, dia mesti ada tugas rasmi yang lebih mustahak berbanding jumpa dengan rakyat," katanya lagi.
 
 

‘Tiada alasan, Najib sudah setuju untuk hadir’

Posted: 05 Jun 2015 03:56 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak menunaikan janji untuk hadir pada program 'Dialog PM bersama NGO' seolah-olah beliau seorang 'penakut'. 
 
"Kalau hendak kata Tun Dr Mahathir Mohamad pembelit, kaki pembohong, Tun Dr Mahathir berani datang ke program dialog ini. Dia berani hendak berhadapan dengan semua orang.
 
"Tetapi Najib tidak berani datang, bagi saya dia penakut...  tiada alasan lain," katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini, 
 
Khairuddin dilihat bersama-sama Dr Mahathir pada sidang media selepas program itu dihentikan oleh pihak polis. 
 
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Najib tidak hadir ke program berkenaan kerana faktor keselamatan atas nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.    
Pejabat PM dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa program itu, yang dijadual berlangsung pada pukul 10 pagi, terpaksa ditangguhkan atas arahan PDRM.
 
"Hal demikian disebabkan pertimbangan isu keselamatan di lokasi. Ikut arahan dan nasihat Ketua Polis Negara, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri program ini," menurut kenyataan itu.    
 
Majlis yang bertajuk 'Nothing to Hide' anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam) bertukar selepas kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
 

Hubungan dengan DAP: Pas bukan milik saya seorang

Posted: 05 Jun 2015 03:46 AM PDT

Hadi Awang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melaungkan takbir selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke 61. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
KUALA SELANGOR - [DIKEMASKINI] "Pas bukan milik saya seorang," kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya pendirian beliau tehadap kelangsungan hubungan Pas dengan DAP setelah kembali menerajui tampuk kepimpinan parti itu.

"Pas bukan milik saya seorang... milik semua ahli dalam parti... saya tidak boleh putuskan sendiri ," katanya.

Namun ketika ditanya lagi, Presiden Pas itu menyerahkannya kepada parti tersebut membuat keputusan.

"Sikap DAP kena tanya DAP .. jangan tanya saya," ujarnya.

Kemenangan Abdul Hadi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang  bagi sesi 2015-2017 itu dilihat segelintir pihak menyukarkan lagi kerjasama Pas-DAP,  yang sedia keruh selepas DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas itu. 
 
Ulas Abdul Hadi, kemenangan beliau sekali lagi dianggap sebagai satu amanah yang mesti ditunaikan. 
 
"Masa depan parti.. itu ilmu ALLAH.. saya tidak tahu. InsyaALLAH, masa depan yang sangat baik (untuk Pas) berdasarkan kepada kehadiran  majoriti dikalangan orang muda. 
 
"Harapan saya, semoga  kita terus pegang kepada prinsip dan bersatu dalam perjuangan walaupun berbeza pendapat," katanya.
 
Sementara itu mengulas akan kemenangan majoriti ulama, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru dimonopoli golongan itu. 
 
Sebaliknya beliau berkata, selain individu berlatarbelakangkan pendidikan agama, mereka  juga merupakan golongan profesional. 
 
"Kalau dilihat senarai mereka yang menang itu bukan sahaja terdiri daripada yang bependidikan agama, ulama termasuk juga kalangan profesional," katanya yang turut memetik beberapa nama. 
 
Menurut Abdul Hadi lagi, soal kekalahan kumpulan profesional yang dibangkitkan dalam pemilihan itu belum  lagi boleh diputuskan. 
 
"Saya rasa ukuran majoriti belum boleh dibuat lagi kerana senarai belum dibuat. Bukan semua yang pakai kopiah adalah ulama dalam Pas ini. Mat Sabu (Mohamad Sabu) pakai kopiah, tidak boleh kata beliau ulama.
 
"Sebab itu tidak boleh diukur pakai kopiah dan serban, itu perlu dilihat," katanya. 
 
Menjawab persoalan, wujudnya andaian mengatakan Pas hilang sokongan bukan Islam kerana majoriti kepimpinan baharunya ulama, Abdul Hadi berkata, terlalu awal untuk dijangkakan kerana pilihan raya belum tiba .
 
"Sejak semalam saya  menerima respons positif tehadap kemenangan golongan ulama termasuk bukan Islam. Jadi tak perlu buat markah sekarang. Itu semua anggapan negatif mengatakan pengundi bukan Islam tak sokong Pas kerana belum pilihan raya,' katanya. 
 
 

Nik Abduh janji sambung semula hubungan dengan PR

Posted: 05 Jun 2015 03:38 AM PDT


 
 
KUALA SELANGOR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini berikrar untuk kembali menyatukan ikatan yang telah terputus antara sayap parti itu dengan dua sayap pemuda PR, Dapsy dan AMK.

Menurutnya, langkah pertama telahpun diorak dengan Dapsy sebelum ini.‎

"Saya fikir, saya akan sambung balik (ikatan) dengan AMK dan Dapsy. Saya sudah berjumpa Ketua Dapsy di Parlimen (Teo Kok Seong).

"...dan saya janji (kepada Kok Seong) kalau  menang saya akan minum kopi sekali di Parlimen. Nik Nazmi (Ketua AMK) pun insya-ALLAH, saya akan berjumpa dengan dia," katanya pada sidang media tiga sayap parti di Muktamar Pas Pusat ke-61, di sini, hari ini.

Ketika ditanya soal usul yang diluluskan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, Nik Abduh akui Pemuda dan Ulama berbeza pendapat.

"Kami Pemuda berbeza pendapat dengan Uama. Kami rasa kami lebih bersedia sebab dengan AMK dan Dapsy, sikap mereka lebih lunak...Lebih lembut dengan Pas. Itu sy gembira.

"Untuk usul Dewan Ulama itu merujuk kepada kenyataan pimpinan tertinggi DAP...saudara Suhaizan (Kaiat) sebelum ini sudah pun buat yang baik, saya akan sambung, insya-ALLAH," katanya.

Dalam pada itu, Nik Abduh mengingatkan bahawa hubungan PR itu disukai oleh rakyat Malaysia dan Pemuda akan memainkan peranan memulihkan keadaan.

"Yang saya nak tekankan ialah hubungan kita dalam PR ini adalah hubungan yang disukai oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berharap cetuskan politik baharu di negara kita, kekuatan PR itu perlu digemblengkan.

"Jadi, dalam keadaan krisis yang ada ini, oleh kerana dilihat masih ada jalan selesaikan kami Pemuda akan berusaha untuk perkasakan PR," katanya.


'Siapa Azalina bos baru FINAS?'

Posted: 04 Jun 2015 04:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tidak semua penggiat seni menyambut baik pelantikan Datuk Seri Azalina Othman sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Malah, ada yang menyambut lantikan itu dengan nada sinis.

"Azalina jadi pengerusi FINAS? Siapa Azalina?" soal pelakon dan seniman Pyanhabib (kiri).

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, berpendapat kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Md Afendi Hamdan itu sepatutnya diisi oleh "orang filem" sendiri.

"Kerusi pengerusi Finas itu seeloknya diberi kepada mereka yang tidak terbabit langsung dalam politik kepartian.

"Biar orang filem gerakkan kerja filem, orang politik jika mahu dilibatkan pun, cukuplah menjadi penyokong kuat dari luar dan tidak perlu dibawa masuk FINAS," katanya yang popular dengan watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

'Bukan lubuk projek'

Azalina menggantikan Md Afendi yang memegang jawatan itu dari 1 September 2011 hingga 31 Januari lalu.

Azalina, anggota parlimen Pengerang, sebelum ini pernah pernah menerajui kementerian belia dan sukan serta kementerian pelancongan sehingga 2009.

Sementara itu, pengarah filem dan aktivis politik Hishamuddin Rais (kanan) pula menyatakan perasaan sinisnya terhadap pelantikan itu dan mengingatkan bahawa FINAS "bukan lubuk projek".

"Ia seperti proses membina jambatan, perlu ada imbuhan untuk melakukannya. Jika tidak, jambatan akan runtuh.

"Proses itu sama seperti membuat filem. Tetapi filem tidak runtuh, cuma akan gagal ke panggung," kata pengarah filem Dari Jemapoh Ke Menchestee yang menyertai pelbagai festival antarabangsa.

Penggiat filem arus perdana Datuk Prof Abdul Razak Mohaideen semalam berharap Azalina dapat membantu mengetengahkan filem tempatan ke persada dunia.

Wartawan bantah ancaman fizikal dalam muktamar

Posted: 04 Jun 2015 04:54 PM PDT

 
 


Kumpulan wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM) membantah keras ancaman terhadap seorang wartawan portal berita dalam muktamar Pemuda PAS di Shah Alam semalam.

Menurut GERAMM, tindakan akibat tidak puas hati terhadap laporan didakwa manipulasi itu, boleh dinyatakan dalam bentuk lain termasuk pemberitahuan langsung kepada agensi berkaitan.

"Pemuda PAS juga boleh menggunakan saluran perundangan jika berasakan sesebuah berita itu berunsur fitnah.

"GERAMM membantah keras ancaman untuk mengasari wartawan dalam apa jua cara bentuk fizikal," kata perkumpulan longgar wartawan itu.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan bahawa wartawannya Mohd Farhan Darwis tegang selepas Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim mempertikaikan laporannya.

Laporan dipertikaikan itu berjudul "Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh, kata perwakilan Pemuda PAS".

Syarhan dilapor membaca nama wartawan itu serta perenggan pertama berita menyebabkan pemerhati di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) mula memandang ke arah media.

Mereka kemudian dilapor melaungkan perkataan "Tarik balik" dan "boikot" kerana mendakwa kenyataan itu dimanipulasi.

Farhan mempertahankan laporan itu.

Laporan dipertikaikan itu antaranya menyebut perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berkata, parti Islam itu tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka melakukannya.

TMI juga melaporkan Syakirin sebagai berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah. 


Muhyiddin senyum diasak wartawan

Posted: 04 Jun 2015 04:49 PM PDT

MALAYSIAKINI



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya senyum apabila para wartawan mengasaknya dengan soalan - dari tingkat tujuh bangunan Mercu UEM di Kuala Lumpur, hinggalah ke tempat keretanya diparkir.
 
Beliau senyum dan mengangguk ketika dihujani soalan tentang 1MDB dan kata dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada menteri yang tidak bersamanya, untuk meletak jawatan.
 
Pegawal peribadinya juga tidak menghalang pemberita mengekori Muhyiddin sambil bertanyakan soalan kepada TPM.
 
 
 

Hentikan viral kapal terbang jatuh

Posted: 04 Jun 2015 04:46 PM PDT


 
 
KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menggesa orang ramai menghentikan viral kapal terbang terhempas yang didakwa berlaku di kawasan Kampung Lata Manis, Gua Musang, malam semalam.

Menurutnya, pihak polis telah menyiasat perkara tersebut dengan pihak-pihak yang berkenaan terutamanya pusat kawalan penerbangan di Kota Bharu dan maklumat tersebut ternyata tidak benar.
 
"Kita telah siasat dengan mereka (pusat kawalan), semua pesawat sampai dengan baik, termasuklah juga dengan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka (TUDM) mengesahkan semua pesawat mereka tidak hilang dan dalam masa yang sama memaklumkan ada pesawat yang membuat latihan di kawasan tersebut.
 
"Itu sebabnya kita percaya pemberi maklumat itu mungkin nampak pesawat yang berkenaan terbang rendah semasa buat latihan. Memang mereka sedang berlatih untuk terbang rendah. Maka kita memang sahkan tiada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada media selepas merasmikan Pelancaran United Againts Crime, Bersama Membanteras Jenayah di RTC Tunjong, di sini, hari ini.
 
Viral yang mengatakan sebuah kapal terbang didakwa jatuh di kawasan Kampung Lata Manis, Gua Musang jam 8.30 malam kelmarin menggemparkan seluruh negara walaupun kehadiran Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Polis di kawasan tersebut tidak menjumpai sebarang bukti sebagaimana yang disebarkan.
 
Menurutnya, viral tersebut perlu dihentikan segera bagi memastikan orang ramai tidak panik dan hasil maklumat dari Ketua Balai Paloh serta rondaan yang dilakukan, perkara tersebut memang tidak wujud.

Beliau berkata, malah penduduk kampung yang ditemui pihak polis juga menyatakan yang mereka tidak mendengar sebarang bunyi atau perkara yang mencurigakan.

"Mungkin pemberi maklumat itu mendengar yang jet tersebut terbang rendah, dia jangkakan kapal terbang nak jatuh. Bagi saya baguslah sebab proaktif, manalah tahu benda itu betul, tapi sekarang ini memang tidak adalah," katanya.
 
 

Kumpulan ulama sapu bersih jawatan pusat

Posted: 04 Jun 2015 04:36 PM PDT

SINAR HARIAN


Muktamar Pas
 
 
 
KUALA SELANGOR - Akhirnya, perwakilan Muktamar Tahunan Pas 2015, membawa 'suara' ahlinya yang jelas mahu golongan ulama memimpin parti itu.

Majoriti 1,189 perwakilan, jelas menolak golongan bukan ulama, yang dilihat pro kepada DAP, sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 68, menang jawatan presiden parti bagi penggal 2015-2017, sekali gus melakar rekod peneraju paling lama berbanding tiga lagi bekas presiden sebelum ini.

Penyandang tiga penggal jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Abdul Hadi sebelum ini, turut ditolak perwakilan.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tokoh ulamak dalam Pas, yang bertanding menentang Mohamad Sabu, dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu.

Tiga jawatan Naib Presiden turut dimenangi golongan pro ulama.‎ Mereka ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Dua penyandang naib presiden yang dilihat sebagai golongan profesional dalam Pas, iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, tewas.

Pensyarah kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali ketika mengulas perkembangan itu menyifatkan sentimen anti DAP dan hukum hudud merupakan faktor utama kemenangan kumpulan ulama.

"Bila perwakilan didominasi kumpulan konservatif, maka hudud adalah faktor utama yang menjadi pertimbangan mereka. Bagaimanapun, keputusan undi untuk penyandang naib presiden amat mengejutkan kerana mereka mendapat undian tercorot," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, Pas dipimpin oleh barisan kepimpinan bercampur antara kumpulan ulama dan profesional khususnya bagi beberapa jawatan utama parti.

Pemilihan pucuk pimpinan pusat menyaksikan sebanyak 23 jawatan dipertandingkan meliputi jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pas pusat. - Bernama


Tiada ulasan: