Rabu, 17 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Harap kepimpinan PAS terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat dah arwah!

Posted: 17 Jun 2015 09:00 AM PDT

Harap kepimpinan PAS tidak lagi diselubungi oleh sindrom penafian bahawa Pakatan Rakyat masih wujud. Sebelum ini DAP dah bagi tau, PR dah tak ada lagi....dan petang tadi PKR pula menegaskan Pakatan dah tak ada....

Terimalah hakikat ini walau berat mana sekali pun....Harap PAS mula menyedari kedudukannya sekarang dan jangan buat nohen sajer....3 Exco PAS dan hampir 5 ribu ahli PAS terlibat dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kini sudah terlupus.

Inilah gara-gara kepimpinan yang hanya pakai siku dan lutut... Yang tak berdosa pula teraniaya. Tapi sampai sekarang PAS masih belum mengadakan mesyuarat walaupun sedang berdepan dengan krisis serius sebegini yang melibatkan masa depan parti dan kehidupan para anggotanya!


Pakatan sudah mati, kata PKR


 PKR hari ini mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) secara rasmi tidak lagi wujud berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, dan DAP sendiri membuat pengumuman DAP mengisytiharkan berakhirnya gabungan yang berusia 7 tahun itu.

 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti utama dalam pakatan pembangkang itu kesal dengan tindakan kedua-dua parti sama ada PAS dan DAP yang menyatakan PR tidak boleh berfungsi lagi.

 "Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal," kata Dr Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang dalam satu kenyataan petang ini.

Kenyataan Dr Wan Azizah itu sekali gus melenyapkan teka-teki berhubung pendirian PKR sama ada mahu terus bekerjasama dengan DAP atau tidak.

 Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendesak PKR supaya "memilih" untuk bekerjasama sama ada dengan DAP atau PAS dalam mentadbir negeri terkaya Malaysia yang juga permata PR sebagai model kerajaan bagi mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan satu hari nanti.

 PKR mengetuai kerajaan negeri Selangor dan mempunyai 3 Exco PAS.

 Daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), PKR mempunyai 13 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) mempunyai 12, manakala satu kerusi lagi wakilBebas.

 Bagaimanapun, presiden PKR itu hari ini berkata, parti itu berterima kasih terhadap "semangat dan kerjasama" PR di Selangor di bawah pentadbiran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang juga menteri besar, manakala Lim Guan Eng sebagai ketua menteri di Pulau Pinang.

 "Dalam semangat yang sama, dan tertakluk kepada Dasar Bersama PR, PKR akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob," katanya merujuk kepada kerajaan PAS di negeri pantai timur itu.

 Beliau berkata PKR masih akan berusaha untuk membina satu gabungan, tidak terhad kepada mana-mana parti politik untuk mengalahkan parti pemerintah BN. – 17 Jun, 2015. - Baca lagi di sini

Apasal Mahfuz suruh DAP keluar ??

Posted: 17 Jun 2015 01:17 AM PDT

Saya berasa pelik dengan saranan Mahfuz ini. Tak fahamlah... Apakah DAP perlu keluar? Walhalnya bola sekarang ada pada kaki PKR. Samada PKR nak bersama dengan PAS atau DAP.

PKR tidak boleh berkerajaan secara sendiri tanpa bergabung dengan parti lain.Saya tidak fikir PKR akan memilih untuk bersama dengan PAS kerana pernah mengalami kerenah PAS sewaktu krisis MB Selangor yg lalu.Bodohlah PKR kalau masih tidak serik setelah diperlakukan begitu.Khabar tidak resmi menyatakan PKR akan bersama DAP. Masih menunggu khabaran resmi. 


  PAS dan DAP perlu menawarkan diri untuk berundur daripada pentadbiran kerajaan Selangor susulan berakhirnya gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) semalam, kata bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

 Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sekiranya kedua parti tersebut masih enggan menarik diri dari pentadbiran Selangor, ia memberi persepi kepada rakyat yang kerajaan Selangor ditadbir parti politik yang hipokrit.

 "Kalau terus kekal, ia akan membina persepsi... bukan saya kata, tetapi untuk orang kata, ini parti politik hipokrit.

 "Ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat," katanya di lobi Parlimen hari ini.– 17 Jun, 2015. - themalaysianinsider

Nazir Razak nafi mahu tubuh parti baharu

Posted: 17 Jun 2015 12:49 AM PDT

Adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, menafikan ura-ura beliau berhasrat menubuhkan parti politik baharu seperti dilaporkan portal berita Asia Sentinel awal hari ini.

 "Ia tidak benar," kata pengerusi CIMB Group itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

 Sebaliknya, katanya, beliau pernah berbincang dengan beberapa orang mengenai penubuhan sebuah badan bukan kerajaan, tetapi ia masih di peringkat sekadar lontaran idea.

 "Kami berbincang mengenai menubuhkan sebuah NGO tetapi perkara itu hanya sekadar satu lontaran idea buat setakat ini," katanya dalam kenyataan ringkas itu.

 Sementara itu, Saifuddin dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi turut menafikan perkara sama.

 "Merujuk kenyataan Nazir, saya ingin mengesahkan yang memang ada perbincangan olehnya dan rakan-rakan, termasuk saya, berhubung keadaan sosio-politik dan ekonomi semasa.

 "Kami sedang memikirkan untuk menubuhkan sebuah NGO sebagai platform mengetengahkan suara golongan sederhana," katanya. - Baca lagidi sini

Laporan: Adik PM rancang tubuh parti baru

Posted: 16 Jun 2015 09:45 PM PDT

Biasanya bila nak raya, anak-anak sibuk dengan baju baru, kaum ibu sibuk nak tukar langsir baru...tapi raya tahun ini, ramai pula yang mahu tukar rumah baru....

Malam tadi kumpulan progresif dah sepakat akan berjuang melalui wadah baru.Berita terbaru pula adik PM Najib nak tubuh parti baru pula. 

 Ahli pembankan Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan inisiatif untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum, Lapor Asia Sentinel.

 Laporan itu berkata parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

 Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.

"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

 "Saifuddin (gambar), walaupun dihormati sebagai seorang sederhana, tetap tidak mempunyai pengaruh yang meluas untuk menarik sokongan," kata laporan itu.

 Laporan Asia Sentinel muncul di tengah-tengah kemelut perpecahan Pakatan Rakyat dan hubungan yang semakin selesa di antara PAS dan Umno.

 Ini, kata laporan itu, telah membuka ruang terhadap kemungkinan penjajaran semula politik, kerana parti komponen BN mungkin mengetepikan Umno untuk mencari rakan-rakan yang lebih baik.

 Nazir, yang merupakan ahli pembankan yang dihormati dan anak perdana menteri kedua Malaysia, boleh menyediakan platform untuk gabungan baru, katanya.

 Sejak beberapa bulan yang lalu, Nazir dilihat kritikal terhadap dasar-dasar Putrajaya, terutamanya dalam pengendalian kontroversi 1MDB, dan ini memberi kredibiliti kepadanya.

 Laporan itu menyatakan bahawa Nazir dan sekutunya sangat mampu untuk menyediakan dana yang diperlukan.malaysiakini

PAS terus berilusi bersendirian dalam Pakatan Rakyat sorang diri....

Posted: 16 Jun 2015 06:00 PM PDT

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan Pakatan Rakyat (PR) belum berakhir walaupun DAP hari ini secara rasmi mengumumkan gabungan pembangkang tersebut kini berkubur.

 Ketua Pemuda PAS itu berkata, ini kerana PKR masih belum membuat keputusan sama ada untuk kekal atau tidak dalam gabungan itu, dan PAS masih berada dalam PR.

 "Kita kekal dengan PR. Keputusan DAP itu tidak membubarkan PR. Itu keputusan mereka (DAP), kami tidak akan keluar PR," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini. ~ sumber

Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata pengumuman DAP hari ini bermaksud parti itu keluar Pakatan.

 Bagaimanapun, kata anggota jawatankuasa Pusat PAS itu, gabungan PAS-PKR tidak terjejas dan Pakatan sebenarnya masih kekal.

 "Pakatan terus kekal dengan gabungan PAS dan PKR, sebagaimana pernah berlaku kepada Barisan Alternatif (BA) sebelum ini," katanya merujuk peristiwa pada tahun 2002 itu.

"Sekiranya PKR juga menarik diri dari Pakatan, maka tidak mustahil kerajaan negeri Selangor goyah," katanya.

 "Sekiranya PKR terus bersama PAS dalam Pakatan, maka mereka perlu menentukan sama ada menerima kehadiran DAP dalam Kerajaan Selangor atau tidak, di samping mereka juga perlu menentukan sama ada meneruskan sokongan kepada DAP di Pulau Pinang atau tidak."

 Keputusan itu, katanya lagi, bakal menentukan negeri mana yang menjadi goyah, kerajaan negeri Selangor atau kerajaan negeri Pulau Pinang. sumber


PKR dah bermesyuarat dan khabarnya telah pun membuat keputusan untuk keluar PR.Tapi berita ini belum resmi lagi.PKR akan buat PC hari ini berkaitan dengan perkara ini.Sama-samalah kita berharap perkhabaran Che'gu Bard di atas ini adalah benar...

Kalaulah benar, eloklah kita biarkan PAS terus berilusi duduk dalam PR seorang diri..... entah bila nak bermesyuarat? Parti sendiri tak terurus macam mana nak uruskan halehwal negara?


 Hj Hadi pergi Jepun untuk apa pun entahlah... Tidak mungkin sekadar nak makan mee... Bukankah sesi parlimen sedang bersidang? Merajukkah dia sbb RRU Hududnya masih tak diberikan laluan untuk dibentang walaupun telah dijanjikan untuk sessi kali ini?

Haron Din pula baru pergi melakukan umrah semalam.... Entahlah apa nak jadi dengan PAS ni? Dalam keadaan parti berdepan dengan krisis begini pun pimpinan tetap buat tak endah. Jauh sekali nak bincang pasal isu yang melanda negara sewaktu muktamar 61 yang baru lalu. Sedangkan isu-isu besar saperti GST, 1MBD, pemecatan pekerja MAS, Pelarian Rohingya, Gaji Minima .....Macam mana mahu tadbir negara kalau macam nih?

Zuhdi takyahlah nak ugut PKR. Berapa kerusi PAS sebenarnya di Selangor?  Dua orang ADUN PAS iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) dah korang gantung keahlian. 

Apakah kamu ingat Abd Rani (Meru) akan terus bersama PAS? Kalau asalnya PAS ada 15 kerusi, ko tolaklah dengan 3 Adun tu tinggal berapa?

Maka tinggallah PAS sendirian dalam PR....errr....ajaklah Umno sekali masuk PR. (12 Umno + 12 PAS + 1 Bebas) nak ugut (15 DAP + 13 PKR + 3Bebas) ?

Eloklah yang 3 Bebas pro-progressif tu menggantikan kekosongan Exco Selangor yang bakal PAS tinggalkan itu! ...Ha! Ha! Ha!

Tiada ulasan: