Rabu, 17 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bung Moktar rasa terancam demo wanita

Posted: 17 Jun 2015 03:27 PM PDT

Bung-Mokhtar

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin sekali lagi menampakkan keangkuhannya ketika mengulas sekumpulan orang awam yang mengadakan perhimpunan aman di depan rumahnya.

Pemimpin seksis itu menegaskan, tindakan sekumpulan wanita itu kononnya mengancam keselamatan keluarga beliau.

demo wanita"Nasib saya tidak ada. Kalau saya ada mungkin ada yang mati. Jangan cabar saya. Ini saya tidak temberang, cuba kalau mahu. Jangan cabar saya," katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas meminta laluan ketika Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sedang berhujah di parlimen.

Bung Moktar malah memarahi Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian supaya tidak campur.

Dilaporkan, Bung Moktar membuat laporan polis berhubung tindakan perhimpunan dikepalai Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin itu.

Sebelum ini, Bung Moktar pernah menggelar Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang sebagai Mak Lampir, namun tiada tindakan disiplin dikenakan terhadapnya.

Pagi tadi Zuraida bersama 50 orang lagi mengadakan perhimpunan bagi membantah kenyataan Bung. – Roketkini.com


Broker politik sedang mencatur politik Selangor?

Posted: 17 Jun 2015 04:21 AM PDT

MSO


 
Awas satu team broker politik untuk mencaturkan kerajaan baru di Selangor sedang berjalan. Team berkenaan dianggotai oleh golongan profesional bersama dua orang veteran politik yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Selangor.

Mereka bergerak bersama dengan membahagikan tugas untuk mendekati tiga parti politik di Selangor, Umno, Pas dan PKR. Apa yang sedang dirancang dan diaturkan oleh broker politik ini bagi mengatur perwujudan kerajaan baru di Selangor tanpa melalui pilihan raya baru.

Mereka mengambil kesempatan atas kemelut politik yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang ini ekoran tindakan tegas DAP yang membuat pengistyharan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP sudah tidak ada lagi.

Maklumat awal yang sampai kepada saya, team ini sudah mengadakan pertemuan dengan dua pihak parti politik dan sedang berusaha untuk menemui pimpinan satu pihak lagi. Perbincangan paling akhir dengan wakil pihak satu lagi ialah jam 10:25 pagi tadi.

Ada dua tawaran dikemukakan oleh team broker ini, pertama mengekalkan MB Selangor yang ada sekarang, atau pun menukarkan MB Selangor.

Difahamkan usaha yang sedang dirancang waktu ini untuk mengekalkan MB Sekarang, Mohamed Azmin Ali sebagai MB. Berita lanjut akan mengusul.

Cadangan Kenaikan Tol 2015 Naik : Kerajaan Bakal Bela Syarikat Konsesi Tol Lebuhraya atau Rakyat marhaen?

Posted: 17 Jun 2015 04:13 AM PDT

BERITA SEMASA
 
 

Cadangan Kenaikan Tol 2015 Naik : Kerajaan Bakal Bela Syarikat Konsesi Tol Lebuhraya atau Rakyat marhaen?

Selepas rakyat Malaysia dihempapkan dengan bebanan cukai GST sejak 1 April 2015 dan juga berita kenaikan RON95 yang terkenal dengan kejutan demi kejutan untuk rakyat Malaysia, kedengaran pula satu berita gelombang kenaikan untuk dihidangkan untuk rakyat marhaen iaitu kenaikan tol 2015 naik untuk mereka selepas maklumat cadangan kenaikan tol lebuh raya naik telah tersebar ke luar melibatkan 19 lebuhraya di Malaysia

Walaupun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan cadangan kenaikan tol 2015 naik ia belum dimuktamadkan, tetapi kegelisahan rakyat Malaysia sudah tidak mampu diselindung lagi.

kenaikan tol 2015

Pastinya semuanya sudah tahu, kita mempunyai perjanjian konsesi yang cukup berat sebelah seperti yang pernah Berita Semasa dedahkan seperti di bawah ini :

BACA SINI : Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik Tidak Berlaku. Kerajaan Bayar Pampasan RM400 Juta!

 

Cadangan Kenaikan Tol Naik 2015 : Rakyat Marhaen VS Syarikat Konsesi Tol Lebuhraya?

Ruang dan masa yang ada ini ditambah kuasa yang ada pada kerajaan Malaysia, Berita Semasa berharap kerajaan Malaysia boleh membawa suara rakyat marhaen dan menjadi benteng terakhir kepada syarikat konsesi tol supaya rakyat Malaysia tidak dibebankan dengan berita kenaikan tol naik 2015. Insyaallah.

Inilah waktu yang terbaik untuk kerajaan Malaysia tampil berbincang dengan syarikat konsesi tol supaya ada semakan semula perjanjian konsesi lebuhraya yang cukup berat sebelah apatah lagi melihatkan situasi keuntungan luar biasa syarikat konsesi tol pada ketika ini sesuai dengan slogan yang seringkali dilaungkan Perdana Menteri Malaysia. "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Janganlah dibiarkan ia dijadikan retorik semata-mata.

P/S : Rakyat Malaysia selaku ahli lembaga pengarah syarikat yang bernama Malaysia initerus memandang daripada jauh prestasi kerajaan malaysia pada ketika ini.

PP/S : Pada pandangan anda, lebuh raya mana yang sepatutnya dimansuhkan?


Selepas DAP Kata Pakatan Pecah, Masih Wujudkah Kerajaan Pakatan Di Selangor

Posted: 17 Jun 2015 04:04 AM PDT

Oleh: JOCELINE TAN
 
 
 
 
Analisis - PERTANYAAN yang bermain di bibir semua orang kini ialah apakah Kerajaan Negeri Selangor masih wujud.

Deklarasi DAP pada Selasa bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah tidak wujud lagi bagaikan satu gegaran gempa bumi politik yang besar buat Negeri Selangor.

Kerajaan pakatan yang selama ini mentadbir tiga buah kerajaan negeri, akhirnya akan berpecah - meninggalkan sisa-sisa impian untuk ke Putrajaya dan pada masa yang sama krisis politik baru.

Pulau Pinang dan Kelantan, yang menyaksikan DAP serta PAS masing-masing mempunyai kawalan kukuh ke atas kerajaan negeri masing-masing tidak akan terjejas apa-apa dengan keputusan terbaru ini tetapi persoalan besar berlegar di Negeri Selangor yang mana ketiga-tiga parti iaitu PAS-DAP-PKR hamapir mempunyai kawalan yang sama banyak terhadap kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam situasi begini, bolehkah Kerajaan Selangor pimpinan PAS-DAP-PKR terus kekal? Apakah warga dan pengundi Selangor berhadapan dengan satu pilihan raya mengejut? Dengan siapakah PKR akan terus bersama? DAP atau PAS? Apakah PAS dapat menerima keadaan ini atau apakah mereka akan bertindak balas sebaliknya? Apakah DAP dan PKR bersatu untuk menyingkirkan PAS jika parti itu enggan meninggakan kerajaan negeri dengan sukarela?

Tidak ada siapa termasuklah pemain-pemain utama politik negeri ini yang berupaya memberi jawapan pasti apakah yang bakal berlaku dalam beberapa minggu ini.

Tetapi ada beberapa perkara penting yang sangat menyerlah dalam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung isu ini.

Pertama, DAP menyalahkan sepenuhnya tragedi ini ke atas bahu PAS, dengan menyatakan secara khusus pendirian PAS berhubung isu jawatan menteri besar Selangor, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan yang terbaru keputusan yang diambil pada Muktamar Agung PAS.

Yang kedua, DAP menegaskan yang mereka akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali malah bersedia untuk bekerjasama dengan pihak lain.

Yang ketiga, kenyataan Guan Eng itu tidak menjelaskan sama ada PAS patut berundur atau terus kekal di dalam pakatan.

DAP tidak mahu mengambil bebanan sebagai pihak yang memainkan peranan menyingkirkan PAS dari pakatan.

Bagaimanapun, DAP tidak mempunyai hak atau kuasa untuk menyingkirkan PAS, dan amat jelas sekali apa yang diharapkan DAP ialah, PAS dengan sendirinya menerima isyarat ini sebagai petanda yang ia tidak lagi diperlukan di dalam pakatan dan dengan itu akan keluar secara sukarela.

"PAS telah menjadi satu bebanan yang tidak mampu lagi ditanggung oleh kami. Wakil-wakil PAS harus merenung kembali apakah langkah yang betul yang perlu mereka ambil. Bola kini di kaki mereka," ujar ahli parlimen said Jelutong, Jeff Ooi.

Keputusan yang diambil oleh DAP ini adalah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif DAP yang bersidang pada malam Isnin tetapi apa jelas sekali DAP dan PKR seperti sudah mencapai satu kata putus bersama secara senyap sebelum pengumuman itu dibuat oleh DAP.

Ini kerana Biro Politik PKR turut mengadakan mesyuarat penting berhubung isu yang sama ketika analisis ini ditulis.

Sesetengah melihat kenyataan Guan Eng berhubung isu ini sebagai tidak menghormati posisi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku ketua pembangkang dengan bertindak membelakanginya.

Tetapi sebenarnya ini adalah kali ketiga DAP tidak menendahkan Wan Azizah - DAP juga turut mengenepikan cadangan Wan Azizah berhubung pembentukan kabinet bayangan dan menolak pelawaannya untuk menjadi orang tengah dalam krisis dengan PAS.

Timbalannya, Azmin Ali turut berada dalam dilema. Apakah Azmin akan memilih untuk menaiki Roket atau akan berpaut kepada Bulan?

Sebagaimana menurut seorang pemerhati politik, keutamaan DAP sekarang ialah untuk memastikan monopolinya ke atas pengundi-pengundi Cina khususnya di kawasan perbandaran di pantai barat semenanjung terus kekal dan tidak terjejas.

"DAP berpendapat, dengan memutuskan hubungan dengan PAS, ia akan mengukuhkan kedudukannya di kalangan pengundi-pengundi Cina. Malah dengan berbuat demikian, mereka bersedia mengorbankan cita-cita untuk ke Putrajaya atau mengorbankan kerusi-kerusi campuran yang lain," kata seorang pemerhati dalaman.

Cakap-cakap di Selangor kini ialah, DAP dan PKR, yang masing-masing mempunyai 15 dan 13 kerusi dewan masih mampu meraih sokongan sekurang-kurangnya 30 ahli dewan undangan negeri jika ini mengambil kira yang dua orang lagi wakil PAS – Saari Sungip (Hulu Langat) dan Hasnul Baharuddin (Morib) akan menyokong mereka atau berpaling tadah.

Ini akan meninggalkan PAS dengan hanya 13 kerusi sahaja. Umno (BN) mempunyai 12 kerusi manakala bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kini adalah wakil Bebas.

Maknanya, daripada sebuah kerajaan dengan dokongan majoriti dua pertiga mungkin akan berakhir dengan hanya majoriti lima kerusi sahaja - sekaligus mengambarkan betapa sebuah gabungan yang bersandarkan kepada perkahwinan untuk kesenangan telah gagal.

Namun, ini tidak juga bermakna yang Kerajaan Selangor yang ada sekarang akan musnah dengan serta merta tetapi pada masa yang sama ia tidak juga kelihatan tegap selepas dilanda gempa bumi politik.

Semua Wakil DAP Di Kelantan Letak Jawatan

Posted: 17 Jun 2015 04:00 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Semua wakil DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Kelantan akan mengosongkan kerusi masing-masing, berkuatkuasa Rabu.

Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu Lee Chin Chen berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bahawa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat.

Chin Chen berkata, peletakan jawatan itu melibatkan tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti anggota DAP, iaitu di kawasan Tanjung Mas, Irene Tan; Kota Lama, David Ng Yang Seng dan Kampung Pulai, Tang Chee Hung.

"Memandangkan kerajaan negeri Kelantan yang dinaungi oleh PAS tidak lagi merupakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, maka tindakan untuk meletak jawatan sebagai ketua kampung telah diambil dan akan berkuatkuasa tanpa berlengah lagi.

"Tindakan ini adalah mustahak untuk mempertahankan maruah parti serta memberikan sokongan padu kepada Jawatankuasa Pusat DAP," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, DAP turut mendesak agar semua wakil kerajaan PAS di Pulau Pinang segera berundur untuk menjunjung keputusan kepimpinan baharu PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, DAP kesal terhadap usaha PAS yang bertegas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Hudud) di Kelantan.

"Tindakan PAS sedemikian telah ditentang oleh DAP kerana ia bercanggah dengan dasar bersama Pakatan Rakyat serta Perlembagaan Persekutuan.

"Usul hudud yang ditegaskan oleh PAS turut tidak mengambil kira pendapat masyarakat bukan Islam secara umum.

"Pindaan bagi kanun hudud tersebut tetap diluluskan oleh kerajaan negeri PAS di dewan undangan negeri Kelantan walaupun DAP telah mengemukakan tentangannya terhadap usul hudud PAS dari semasa ke semasa," katanya.

Marah rumah diceroboh, Bung Mohktar maki hamun di Parlimen

Posted: 17 Jun 2015 03:52 AM PDT

Beliau mendakwa sekumpulan wanita telah dihantar Zuraida untuk menceroboh rumahnya.


bung-moktar-zuraida kurang ajar



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden mengamuk di dalam Dewan Rakyat sehingga mengeluarkan perkataan 'bastard'.

Beliau meluahkan kemarahan terhadap sekumpulan wanita yang menceroboh rumahnya dengan membawa sepanduk dan melempar pelbagai tuduhan dan hinaan.

Bung Mokhtar mendakwa kira-kira 30 wanita dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, kira-kira jam 1 petang pada Rabu.

"Saya ingin memaklumkan sekumpulan wanita telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang menceroboh rumah saya.

"Membawa sepanduk dengan pelbagai tuduhan dan hinaan dengan jeritan reformasi dan sebagainya.

"Laporan polis telah dibuat tetapi Dewan ini, apa-apa kita selesai di sini, jangan biadap.

"Nasib saya tidak ada, kalau saya ada mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya," katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian bangun mencelah dan berkata, Apa masalah?

Bung Mokhtar menjawab; "Masalah dia penceroboh, and you shut up! Bastard. Kalau laki-laki, jantan, keluar kau. Ini melibatkan maruah dan nyawa keluarga saya. Ancaman ini tidak baik. Ini perbuatan biadap oleh Ahli Parlimen Ampang," katanya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula mencelah dan menegur kerana perkataan yang digunakan Bung Mokhtar tidak sesuai.

Bung Mokhtar menjawab, beliau marah kerana rumah tangganya dikacau.

"Saya marah, terus terang, sebab rumah tangga saya dikacau. Cuba Batu (Ahli Parlimen) kalau nak ceroboh, kacau saya, You shut up!" katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Bung Mokhtar menjelaskan, tindakan tidak bertamadun kumpulan wanita itu telah menimbulkan ketakutan terhadap keluarganya.

Katanya, Zuraida tidak sepatutnya menjadikan teguran di dalam dewan sebagai isu peribadi, bahkan pihak
Dewan telah menolak usul supaya beliau dikenakan tindakan tatatertib.

Katanya, dia sanggup maafkan perbuatan kumpulan wanita itu itu tetapi tidak akan melupakannya.

"Saya hanya menegur, jika dia (Zuraida) agresif di rumah, suami YB menderita. Kalau tidak betul, means nothing.

"Isteri PM boleh pula dia marah, kita kutuk, dia marah," katanya.

Harga sawit menurun punca saham Felda jatuh

Posted: 17 Jun 2015 03:46 AM PDT

Kelapa sawit Kelapa sawit
 
 
SHAH ALAM – Kejatuhan saham syarikat perladangan Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebenarnya disebabkan penurunan harga minyak sawit mentah (MSM), sekaligus menepis dakwaan penyelewengan saham FGVH oleh kerajaan.

FGVH menerusi sebuah kenyataan rasmi berkata, penurunan tersebut menyebabkan keyakinan sera persepsi pelabur khusus buat pelabur yang mahukan keuntungan jangka masa pendek hilang minat terhadap saham FGV.

"Pergerakan saham FGV banyak berkait dengan trend penurunan MSM. Kejatuhan saham syarikat ini ditentukan oleh pasaran dan keyakinan persepsi pelabur.

"Pelabur yang mahukan keuntungan jangka masa pendek pasti melihat trend ini sebagai sesuatu yang tidak menarik kerana FGV pasti terkesan olehnya," katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, syarikat tersebut telah mengalami kerugian sehingga mencecah 65 peratus sejak penyenaraiannya di Bursa Saham Malaysia.

Kata Ahmad Fadhli seperti yang dipetik menerusi kenyataan baru-baru ini, FGVH kini dikeluarkan dari senarai 30 syarikat utama Bursa Saham Malaysia kerana harga sahamnya menjunam dan keuntungan yang ketara berkurangan bagi suku pertama tahun ini.

FGV dalam kenyataannya turut menyanggah dakwaan yang dinyatakan oleh Ahmad Fadhli.

Menurutnya lagi, saham FGV hanya digantung selama sehari dan ia dibuat atas permintaan syarikat itu sendiri.

"Prosedur penggantungan ini dibuat berikutan FGV menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HoA) untuk mengambilalih 37% kepentingan dalam PT Eagle High Plantations (EHP) dan 93% hingga 95% kepentingan dalam projek gula Rajawali.

"Prosedur ini adalah standard biasa dalam Bursa Malaysia apabila sesuatu pengumuman penting berkaitan perniagaan diumumkan oleh syarikat senaraian awam. Penggantungan saham ini bukan sama sekali disebabkan harga saham menurun," katanya lagi.


TMJ tak puas hati pemain JDT dituduh punca Malaysia kalah

Posted: 17 Jun 2015 03:45 AM PDT

 
Baginda menasihatkan FAM menggunakan khidmat pemain ternama daripada pasukan lain.


tmj_jdt_fam_600



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak puas hati apabila terdapat pihak menyalahkan pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

Baginda menasihatkan pengurusan pasukan kebangsaan khususnya Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) supaya tidak lagi menggunakan pemain JDT untuk bermain dalam mana-mana perlawanan menentang pasukan luar.

"Jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

"Sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal dari pasukan-pasukan lain," katanya di laman Facebook Johor Southern Tiges.

Pada masa sekarang, hampir separuh mereka yang mewakili pasukan kebangsaan terdiri daripada pemain pasukan JDT.

TMJ memberi nasihat itu berikutan terdapat segelintir pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

Semalam Malaysia mengalami kekalahan teruk selepas dibelasah Palestin 6-0 dalam peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia.

Kekalahan itu turut dikritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun twitter.

"10 tahun plus. Corak permainan (DNA) baharu. Say no to long ball bodoh," tulisnya merujuk teknik permainan pasukan kebangsaan.

Skuad Kebangsaan juga sebelum ini sekadar seri 1-1 dengan Timor Leste dan diaibkan oleh Oman 6-0.

PKR mahu Pakatan Rakyat terus kekal

Posted: 17 Jun 2015 03:41 AM PDT

Keputusan mesyuarat telah diserahkan kepada Anwar Ibrahim untuk kelulusan.


rafizi,izzah,azmin,tia


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat keputusan memilih DAP atau Pas dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa.

Sumber parti memberitahu, pucuk pimpinan bersepakat supaya Pakatan Rakyat (PR) terus kekal bersama Pas dan DAP.

Namun, PKR mahu parti itu menjadi ketua dan dua lagi parti perlu berhenti membuat kenyataan menyerang antara satu sama lain.

Katanya, deraf hasil mesyuarat telahpun siap dan telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh untuk mendapatkan persetujuan.

"Perubahan mungkin ada jika ada arahan terbaru daripada Anwar," katanya.

Keputusan PKR itu bagi menyelamatkan kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang.

Sumber mengaku, krisis DAP dan Pas itu telah menyebabkan wujud dua kumpulan dalam PKR.

Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar lebih memihak kepada DAP manakala Mohamed Azmin Ali dan Tian Chua lebih kepada Pas.

RUU hudud tidak sempat dibahas sidang Parlimen kali ini

Posted: 17 Jun 2015 03:35 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan mungkin tidak sempat dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
 
Ini kerana RUU itu tersenarai pada kedudukan ke 28, iaitu usul terakhir dalam kertas perintah, walhal sidang  berkenaan berbaki lagi dua hari.
 
Setakat ini, sebanyak 12 RUU lagi belum dibahas Parlimen.
 
RUU pelaksanaan hudud difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) yang selama ini menghalang Kelantan melaksanakan hudud di negeri itu, meskipun undang-undang Islam itu sudahpun termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak 1993.
 
Pindaan akta itu hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan 2/3 dewan.
 
Selepas memfailkan notis RUU hudud di Parlimen, DAP bertindak memutuskan hubungan dengan Hadi atas alasan membelakangkan Pakatan Rakyat selain menuduh Ahli Parlimen Marang itu sebagai seorang pemimpin yang tidak amanah.
 
Hubungan Hadi dan DAP semakin keruh apabila Dewan Ulama PAS meluluskan usul 'putus hubungan dengan DAP', sekaligus mempertahkan presidennya.
 
Bagaimanapun usul itu belum muktamad dan akan diputuskan Majlis Syura Ulama.
 
 

889 ahli baru sertai PAS dikala parti diserang kiri dan kanan - Nasruddin

Posted: 17 Jun 2015 03:33 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Meskipun PAS diserang kiri dan kanan oleh rakan komponennya sendiri dalam Pakatan Rakyat, parti itu terus menjadi pilihan pengundi berdaftar diluar sana.
 
Hal itu dibuktikan menerusi penyerahan borang kemasukan ahli baru dalam parti itu, melibatkan kira-kira 889 orang, dedah AJK PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi.
 
Borang berkenaan diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat kepada Nasruddin dalam Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan yang diadakan di Dewan Tok Guru Rusila Terengganu semalam. 
 
Antara panel yang hadir adalah Ketua Dewan Pemuda PAS baru, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin at Takiri, Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Sallehdan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr. Balachandran.
 
"Malam ini (semalam) menyaksikan penyertaan ahli baru dari Kuala Terengganu seramai 90 orang, Marang 102 orang, Besut 107 orang, Dungun 210 orang, Setiu 380 orang menjadikan jumlah keseluruhan ialah 889 orang," katanya menerusi aplikasi WhatsApps kepada Antarapos.
Perkembangan itu tentunya membuka mata banyak pihak yang akhir-akhir ini fokus kepada hasrat Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk menubuhkan parti baru dan menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.
 
PAS sebelum ini dalam dua pilihan raya umum (PRU) berjaya membuktikan partinya mampu meraih sokongan pengundi Melayu Islam.
 
Pemerhati politik berpendapat parti politik baru yang bakal ditubuhkan itu mesti berupaya meraih undi pengundi Melayu sepertimana yang dilakukan PAS.


Phahrolrazi sedia digugurkan keahlian PAS

Posted: 17 Jun 2015 03:32 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
 
ALOR SETAR: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi bersedia digugurkan keahliannya daripada PAS ekoran tindakannya mahu menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS dalam bagi membentuk Pakatan Rakyat Baru (PRB).
 
"Ini satu hakikat perlu diterima dalam kaedah dan keahlian parti politik, hanya satu parti politik sahaja yang berlaku dalam satu-satu ketika, jadi dia tidak boleh jadi dua parti politik.
 
"Jadi apabila ditubuhkan parti politik baru, jadi sudah tentu kita menyertai parti baru sebab kita yang usahakan, jadi secara automatik kita perlu meninggalkan parti lama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa mana-mana ahli PAS yang menubuhkan atau menyertai parti baru akan gugur keahliannya serta merta.
 
Peruntukan itu jelas terkandung dalam perlembagaan PAS, jelas Takiyuddin kepada pemberita di Parlimen sebelum ini.
 
Phahrolrazi kemudiannya memberitahu, beliau sudahpun memikirkan perkara itu sebelum mengumumkan kepada umum hasrat PasMa untuk menubuhkan parti politik baru.
 
"Saya sudah pun meletakkan semua jawatan dalam PAS pada ketika saya menubuhkan PasMa dan saya cuma ahli biasa sahaja sekarang dan cuma saya masih jadi ADUN sahaja," katanya.
 
"Sebelum ini saya YDP PAS Kedah, saya pernah memegang Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah ketika allahyarham Ustaz Azizan menjadi pesuruhjaya dan saya pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah pilihan raya pusat, itu di antara yang saya pernah pegang.
 
"Terlebih dahulu juga saya pernah berada dalam Exco PAS Pusat ketika saya berada dalam PAS sebelum usia saya mencapai 40 tahun," katanya lagi.
 
Phahrolrazi berkata PasMa perlu menubuhkan parti baru memandangkan jalinan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP kini semakin tidak relevan kerana sering bercanggah pendapat berhubung isu-isu tertentu.
 
"Bagi saya pakatan rakyat lama sudah tidak relevan wujud dengan berlakunya perbezaan di antara parti-parti komponen di antara DAP dan PAS. 
 
"Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan PAS bertindak balik mengambil keputusan Muktamar memutuskan kerjasama dengan DAP, jadi pada saya ia sudah tidak wujud pada ketika ini, jadi perlu kepada PRB," katanya.
 
Kemelut dalaman di antara PAS dan DAP semakin membarah apabila DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal menjalinkan kerjasama dengan parti itu.
 
Pemimpin PAS bingkas mempertahankan Hadi dan berkata jik DAP memutuskan hubungan dengan Hadi bermaksud putus hubungan dengan parti itu.
 
Memburukkan keadaan Dewan Ulama PAS pada muktamar tahunan parti itu minggu lalu meluluskan usul putus hubungan dengan DAP.
 
bagaimanapun ianya belum muktamad dan akan dibincangkan Majlis Syura Ulama kelak.
 
 

Satelit TRMM sudah jatuh, rakyat Malaysia selamat

Posted: 17 Jun 2015 03:20 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang sudah tamat tempoh dilaporkan telah jatuh di Lautan Hindi semalam.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, perkara itu disahkan oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa)  yang memaklumkan bahawa satelit itu jatuh kira-kira jam 2.25 petang semalam.

"Alhamdulillah rakyat Malaysia selamat, memang sudah jatuh, perbezaan masa yang menyebabkan ia jatuh semalam bukan hari ini sepertimana yang dilaporkan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Mengulas lanjut, Noordin berkata, sememangnya pembuatan satelit dirangka khas bagi memastikan ia 'tidak balik ke bumi'.

"Yang jatuh itu hanya serpihan…Cuma isunya ialah akan banyak sampah sarap di angkasa kesan daripada kemusnahan satelit itu," katanya.

Semalam Sinar Online melaporkan bahawa sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi hari ini.

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu semalam dilaporkan berada 100 kilometer daripada bumi.‎

TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir  tiga tahun.
 
Ia ditutup pada 15 April tahun ini.
 
 

Proton masih relevan sebagai teksi

Posted: 17 Jun 2015 03:16 AM PDT

TEKS1M
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kereta kebangsaan Proton masih relevan digunakan sebagai teksi di negara ini sejak memulakan perkhidmatan itu pada 1989.

Wakil penjualan teksi Proton sejak 15 tahun lalu, Ismail Haron berkata, kereta tersebut mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan kereta import seperti harga berpatutan, kos penyelenggaraan rendah dan penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) yang menjimatkan.

"Proton ikut piawaian untuk jadi teksi yang diluluskan kerajaan, bermakna ini model teksi yang sebenarnya. Kalau nak dibandingkan dengan kereta Jepun, tidak sesuai untuk kita di Malaysia kerana kosnya tinggi.

"Harga Proton berpatutan selain mudah untuk dapat pinjaman dari bank tempatan. Kalau guna kereta luar mungkin kos akan bertambah sehingga 30-40 peratus," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pemandu teksi bahawa kereta Proton sering mengalami kerosakan, beliau menjelaskan, kebanyakan masalah itu berpunca daripada penyelenggaraan yang tidak berkala.

"Isu ini dibangkitkan kerana teksi Proton ada pengubahsuai NGV. Tetapi tidak semua pemandu teksi melakukan penyelenggaraan mengikut jadual dan peraturan ditetapkan.

"Sebagai pengedar, kita telah memastikan setiap syarikat dan individu yang mengambil teksi mendapat penerangan mengenainya. Jika pemandu dapat mengikut sistem penyelenggaraan ini, kita yakin masalah tersebut dapat dikurangkan," katanya.

Malah, katanya, sebarang masalah ditimbulkan pemandu teksi akan dibawa kepada Proton.

"Setakat ini, Proton mengambil langkah positif atas semua perbincangan dan aduan," katanya.

Sementara itu, pengusaha syarikat teksi, Abd Razak Abd Aziz berkata, beliau tidak menerima rungutan daripada pemandu sejak mengusahakan perniagaan itu pada 1992.

"Kalau kita tengok kereta Proton sudah lama orang pakai. Saya sudah guna semua kereta Proton dari Saga, Iswara, Wira, Saga BLM, Waja, Persona dan kini Exora.

"Ada yang kata, kereta Proton tak tahan lasak dan bermasalah. Tetapi hingga kini kita boleh Iswara dan Wira masih digunakan di jalan raya ," katanya.
 
 

Mat Sabu akui sukar menang PRU jika tak bergabung

Posted: 17 Jun 2015 03:15 AM PDT

Mohamad Sabu Mohamad Sabu
 
SINAR HARIAN
 

BUTTERWORTH - Bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengakui bahawa DAP, Pas dan PKR sukar menang pilihan raya umum (PRU) akan datang jika ketiga-tiga parti itu tidak bergabung dalam kerjasama PR.

Beliau yang kini anggota biasa Pas, berkata kegagalan dalam penyatuan pakatan itu akan menyulitkan mereka untuk menawan Putrajaya.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang perlu berusaha memulihkan hubungan mereka bagi menghadapi PRU akan datang.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau bersendirian susah untuk berjaya sebenarnya, kita ada pengalaman...maka bagi saya kena usahakan semula pakatan untuk hadapi pilihan raya akan datang," katanya di sini hari ini.

Ditanya pendirian DAP yang menyatakan bahawa PR tidak lagi wujud, Mohamad berkata ia pandangan DAP dan beliau yakin kepimpinan Pas pusat yang baharu akan membuat keputusan berhubung perkara itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung kemelut politik yang melanda pakatan pembangkang itu, berkata pihak media perlu mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas.

Bagaimanapun Mohamad berkata hubungan peribadinya sebagai seorang kawan bersama DAP masih diteruskan dan berjalan seperti biasa.

Jawatankuasa kerja pusat DAP dalam mesyuaratnya pada Isnin mencapai kata sepakat berhubung Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Pas dan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Mohamad berkata masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perkara itu.

"Belum lagi, saya belum buat keputusan, sekarang saya masih ahli Pas," katanya.

Sementara itu di MARANG, Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan DAP mengisytiharkan bahawa PR sudah berakhir, menunjukkan sikap sebenar parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata secara peribadi beliau telah menjangkakan tindakan yang akan dilakukan parti itu yang bersungguh-sungguh untuk keluar dari PR.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis himpunan Istiqamah, Marang, malam tadi, beliau berkata parti itu telah membuat keputusan yang betul dan tidak memaksa parti lain mengikuti jejak langkahnya.

Nik Mohamad Abduh berkata PR telah lama berhadapan masalah akibat tekanan DAP ke atas Pas dan bila Pas bertahan dan tidak mahu jadi punca perpecahan kepada pakatan itu, DAP telah memilih jalannya sendiri. – Bernama

PKR pilih DAP untuk bentuk ‘pakatan baru’

Posted: 16 Jun 2015 11:06 PM PDT

 
Keputusan didakwa diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik pada Selasa.


Azmin-Ali_pas_dap_600



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk kekal bersama DAP bagi meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

Keputusan dicapai dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada malam Selasa yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menerusi Twitter memaklumkan, keputusan itu sekali gus akan membentuk pakatan baru antara PKR dan DAP tanpa Pas.

Mesyuarat Biro Politik PKR dihadiri semua pemimpin tertinggi parti kecuali Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang menghadiri program di Kelantan.

Chegubard yang digantung keahlian PKR sejak tahun lalu, secara terbuka mengutuk ketidak hadiran Azmin dalam mesyuarat itu kerana didakwanya cuma menyelamatkan diri jika dipersalahkan oleh kepempimpinan Pas atau DAP.

"Timbalan Presiden cap ayam betul," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, PKR dan DAP kekal berkuasa di Selangor dengan 28 kerusi ditambah dua wakil rakyat Pas yang akan menyokong pakatan baru itu.

FMT difahamkan PKR berpecah dua kumpulan yang menyokong DAP dan Pas.

Kumpulan yang menyokong PKR bersama DAP diketuai Rafizi Ramli manakala Azmin lebih memihak kepada Pas.

Baldi terbang di hadapan pejabat SUK Selangor

Posted: 16 Jun 2015 11:03 PM PDT

 
Penganjur akan himpun 10,000 peserta di hadapan pejabat SUK jika kerajaan negeri gagal atasi masalah air.


baldi-terbang



SHAH ALAM: Perhimpunan bantahan isu air di Selangor bertukar kecoh apabila mereka yang hadir bertindak membaling baldi luar pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Mereka bertindak demikian selepas tidak puas hati selepas dilarang anggota keselamatan bertugas daripada menyerahkan memorandum.

Selain membaling baldi mereka turut memekik mengutuk kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Sebelum itu, lebih 800 penduduk daripada kawasan sekitar Gombak dan Klang hadir menyertai bantahan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal.

Kekecohan yang berlaku kembali tenang selepas Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar, Shahril Said menerima memorandum berkenaan.

Mengulas mengenai bantahan yang diadakan, Zainuri mendesak supaya Azmin meneruskan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

"Rakyat Selangor tidak mahu dengar ceramah-ceramah politik, tetapi kita mahu air.

"Kita selalu dengar di Selangor merupakan negara maju tetapi masalah utama adalah tidak dapat membekalkan air yang bersih," katanya.

Dalam nada yang lebih keras dia menggertak akan membawa 10,000 orang untuk berhimpun di hadapan SUK sekiranya Azmin gagal menyelesaikan perjanjian air.

"Kita mahu Azmin selesaikan isu air ini dengan segera.

"Kasihani rakyat yang sedang sengsara menghadapi masalah air lebih lagi menjelang bulan Ramadan.
"Mereka memerlukan air untuk menjalankan aktiviti Ibadat," katanya lagi.

Pelakon selamat, kereta Mini Cooper terbakar

Posted: 16 Jun 2015 11:00 PM PDT

 
Semua barang dan pakaian milik Vanidah Imran tidak dapat diselamatkan kerana api marak dengan cepat.


vanidah-imran


PETALING JAYA: Seorang pelakon selamat selepas kereta Mini Cooper yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Besi.

Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu, pelakon, Vanidah Imran dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Pelakon berusia 41 tahun itu sempat berhenti di bahu jalan bagi menyelamatkan diri selepas menyedari percikan api pada bahagian depan kereta.

Semua barang dan pakaian milik pelakon itu gagal diselamatkan kerana api marak dengan cepat dan hampir keseluruhan kereta itu terbakar, lapor Harian Metro.

Pemerhati: Azmin sebagai MB mungkin tak terjejas

Posted: 16 Jun 2015 10:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kedudukan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor tidak mungkin terjejas dengan berakhirnya riwayat Pakatan Rakyat.

"Beliau hanya boleh disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di dewan undangan negeri, tetapi ini tidak mungkin berlaku," kata Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara.

"DAP hanya berkata Pakatan tidak lagi wujud. Parti itu tidak berkata ia tidak akan menyokong Azmin. Adalah difahamkan, PKR, dengan Azmin sebagai timbalan presidennya, mempunyai hubungan baik dengan DAP dan PAS," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata Azmin mungkin dipanggil menghadap oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud.

Para pemerhati percaya Azmin tidak akan menghadapi banyak masalah untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti sama ada dengan adanya atau tiadanya Pakatan Rakyat.

Kata mereka, Pakatan Rakyat tidak didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan, tetapi hanya merupakan suatu pakatan longgar yang ditubuhkan pada April 2008.

Nik Ahmad Kamal mengulas tentang pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud setelah Muktamar PAS meluluskan resolusi yang menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Resolusi itu dibuat berikutan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai reaksi terhadap rancangan PAS untuk meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi, 15 daripadanya disandang DAP, 15 PAS, 13 PKR, 12 Barisan Nasional dan satu Bebas.

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata Azmin perlu mendapatkan deklarasi berkanun mengenai sokongan daripada beberapa anggota dewan undangan neegri itu untuk menjamain kedudukannya sebagai menteri besar. - Bernama


 

Dua sesi ceramah perlihat dua wajah PAS

Posted: 16 Jun 2015 10:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dua ceramah penting PAS berlangsung malam tadi - satu di Pantai Timur dan satu lagi di Selatan tanahair.

Di Rusila, Terengganu, ribuan berpusu-pusu ke Dewan Tok Guru untuk menghadiri "Himpunan Istiqamah Sampai Kemenangan".

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir di majlis itu bersama barisan anggota baru jawatankuasa pusat PAS yang dipilih dalam muktamar parti itu pada awal bulan ini.

Manakala di ibu pejabat PAS kawasan Bakri, Muar, Johor, pula suasananya amat berbeza sama sekali.

Barisan penceramah yang diketengahkan di majlis itu yang dinamakan 'himpunan jasamu dikenang", terdiri daripada pemimpin yang ditolak dalam pemilihan PAS yang lalu.

Walaupun penceramahnya tidak lagi memegang jawatan dalam barisan kepimpinan PAS, tetapi ramai yang hadir - lebih 1,000 orang mengisi ruang yang sempit di situ.

Apabila diminta menilai mood hadirin, bekas ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat memberitahu Malaysiakini bahawa terdapat gesaan berterusan dari hadirin supaya "membentuk sebuah parti baru".

"Nampaknya itulah aspirasi mereka ... Saya memberitahu mereka bahawa saya akan meneruskan perjuangan saya menentang BN," kata Suhaizan selepas acara tersebut.

Penceramah terakhir ialah bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang nampaknya membayangkan beliau dan rakan-rakannya mungkin mahu mencari wadah yang baru.

Bagi mereka, katanya, ia bagi memulakan perjuangan baru.

Mat Sabu turut membidas seorang pemimpin PAS Johor yang didakwanya tidak konsisten. Walaupun tidak menyebut namanya, namun ia dilihat merujuk kepada pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed.

Katanya, pemimpin itu memanggil DAP pengkhianat, tetapi selepas pelantikannya, dia berkata dia mahu berkawan dengan DAP.

Apabila Mat Sabu bertanya pemimpin itu dari negeri mana, hadirin melaungkan "Johor".


Dollah Salleh salahkan gol awal Palestin

Posted: 16 Jun 2015 10:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketangkasan barisan pemain Palestin dengan kehadiran dua gol awal pada minit kelapan dan ke-22 dijadikan faktor kelesuan Harimau Malaya yang dibelasah 0-6 dalam aksi kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, malam tadi.

Mengulas prestasi skuad negara itu, jurulatih Dollah Salleh berkata, dua gol awal membuatkan pemainnya seperti hilang semangat.

"Nak bangkit semula pun tak mampu. Mereka seketika dapat menguasai permainan tetapi selepas gol ketiga, semuanya musnah.

"Separuh masa kedua, awal minit nampak bagus apabila beberapa serangan dapat dilakukan tetapi sekali lagi kita memberikan gol keempat kepada Palestin.

"Selepas itu pemain nampak sudah berputus asa," kata Dollah seperti dipetik dalam web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ditanya sama ada mahu letak jawatan, Dollah menegaskan beliau bukanlah pengecut.

"Saya tak panik, tetapi saya kecewa dengan keadaan yang ditunjukkan para pemain.

"Kalau ikutkan, memang saya nak senaraikan lebih ramai pemain muda tetapi mereka beraksi di Sukan SEA. Jadi saya hanya boleh panggil mana yang ada.

"Kita kena berubah dari segi karakter dan semuanya. Banyak yang perlu saya ubah, kita perlu buat persiapan lebih rapi selepas ini," katanya.

Palestin anggap kemenangan paling mudah

Sementara itu, Dollah menekankan separuh pemainnya mungkin akan ditukar dan perubahan perlu dilakukan selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Harimau Malaya menempah laluan sukar bagi meneruskan saingan selepas gagal mencatatkan kemenangan di gelanggang sendiri buat kali kedua berturut-turut.

Selepas seri (1-1) dengan Timor Leste Khamis lalu dan kekalahan melalukan (0-6) kepada Palestin, Malaysia dijangka berdepan cabaran sukar untuk menentang pasukan Emeriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pada 3 dan 8 September ini.

Sementara itu, jurulatih Palestin, Abdel Nasser Barakat menyifatkan perlawanan itu adalah kemenangan paling mudah buat pasukannya.

"Kami memang mahu menang, tetapi kami terkejut dapat kemenangan besar. Saya tak sangka Malaysia sudah berputus asa selepas ketinggalan 3-0.

"Saya rasa mereka perlu lakukan seperti Palestin dengan menukar hampir keseluruhan pemain. Saya rasa ramai pemain muda berbakat di Malaysia," kata Abdel Nasser. 


PKR S'gor mahu kekal kerjasama PAS, DAP

Posted: 16 Jun 2015 10:45 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walau Pakatan Rakyat sudah berkubur, PKR tetap berusaha untuk mengekalkan dominasinya ke atas kerajaan Selangor dan juga kerjasama PAS dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Satu sumber dalam kerajaan negeri memberitahu Malaysiakini, strategi serampang dua mata ini dirancang bagi mengekalkan pentadbiran kerajaan Selangor sedia ada.

Difahamkan, ia merupakan tujuan kunjungan Menteri Besar Azmin Ali ke Kelantan bagi bertemu pemimpin PAS.

Ia merupakan intipati kepada mesyuarat biro politik PKR pada malam tadi, yang tidak didedahkan kepada pemberita, kata sumber.

Pemimpin utamanya termasuk presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya melemparkan senyuman kepada para wartawan yang menunggu sehingga mesyuarat berakhir lewat malam.

Setiausaha agungnya, Rafizi Ramli pula hanya mengesahkan bahawa mesyuarat itu sudah mencapai keputusan.

"Namun ia tidak akan diberitahu malam ini," katanya yang menambah, ia merupakan keputusan positif.

Sementara itu, laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang mengulangi pendirian PKR bahawa kesemua parti perlu mengakui masalah yang timbul dan menghadapinya dengan bijaksana.

Pendirian PKR itu, seperti yang dinyatakan Wan Azizah, Isnin lalu bertujuan untuk mengukuhkan gabungan progresif antara parti, mengikut dasar bersama Pakatan Rakyat.

Kenyataan ini dibuat sebelum pengumuman setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng semalam bahawa kerjasama antara Pakatan Rakyat kini sudah tamat.


Umno: Parti adik PM tak akan bertahan

Posted: 16 Jun 2015 10:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata penubuhan parti baru oleh adik perdana menteri pastinya akan memberi kesan besar kepada politik negara.

Katanya, adik PM, Datuk Seri Nazir Razak sememangnya berpengaruh, namun, parti seperti itu tidak akan bertahan lama jika ia hanya ditubuhkan atas rungutan yang timbul.

"Parti tidak boleh dibentuk atas rungutan. Sesebuah parti perlu dibentuk berdasarkan asas dan dasar yang kukuh kerana ini akan menentukan sama ada parti itu akan bertahan atau tidak.

Beliau memberi contoh, Semangat 46 yang terbentuk selepas Umno berpecah dua akibat pemilihan parti 1988.

"Banyak parti diketuai oleh tokoh besar namun asasnya tidak kukuh, akhirnya parti itu jadi kucar-kacir dan hancur," katanya.

Pertembungan politik di kalangan keluarga juga bukan satu perkara baru, katanya.

Beliau juga memberi contoh beberapa tokoh politik yang bersaudara teteapi berseteru dalam parti berbeza seperti Tan Sri Shahrir Samad dan Khalid Samad.

Reezal mengulas laporan yang mendakwa Nazir telah memulakan inisiatif untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru.

Laporan portal Asia Sentinel menyebut, parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.

"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, jika tidak ia tidak akan berhasil," lapor Asia Sentinel.


Tolong tutup mulut, kata PM pada penjawat awam

Posted: 16 Jun 2015 10:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta penjawat awam untuk menutup mulut daripada membocorkan rahsia kerajaan.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Najib berkata, akhir-akhir ini banyak rahsia kerajaan telah "bocor".

"Tolong jaga rahsia kerajaan," katanya.

Beliau berkata jika sesebuah jawatan atau kementerian belum bersedia membuat pengumuman, perkara itu tidak perlu didedahkan kerana keputusan akhirnya mungkin berbeza.

"Tengok apa jadi dengan caj tol, sebelum dimuktamadkan, ia sudah bocor kepada orang awam," katanya.

Najib pada 13 Jun lalu menyifatkan pihak yang membocorkan cadangan kenaikan tol lebuh raya sebagai mengkhianati kepercayaan kabinet.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan walaupun telah dibincangkan.

Sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini.

Begitu juga laporan Berita Harian yang menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya memberitahu Bernama mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu.


Isu topup: Menteri asyik kata tiada kuasa

Posted: 16 Jun 2015 10:12 PM PDT

Isu topup: Menteri asyik kata tiada kuasa Sidang media berhubung isu kad prabayar di lobi Parlimen, hari ini.
 
 
KUALA LUMPUR - 'Menteri asyik kata tidak ada kuasa," demikian reaksi Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan berhubung isu kad prabayar yang akhirnya tidak selesai apabila rakyat tetap dikenakan caj GST meskipun beberapa kenyataan menteri berkaitan sebelum ini seolah-olah memberi harapan kepada pengguna.

Jika menteri tidak ada kuasa mengawal syarikat-syarikat telekomunikasi, beliau mempersoalkan tugas sebenar menteri tersebut sehingga 'membenarkan' syarikat-syarikat tersebut membuat keputusan sendiri untuk rakyat.

"Jawapan daripada menteri selalunya sekarang ini ialah 'kami tidak ada kuasa'. Dah dua tiga kali saya dengar dan kali terakhir, hari ini. Asyik kata 'kami tiada kuasa', kemudian apa tugas menteri?

"Awak tak boleh kawal syarikat telekomunikasi, tak boleh panggil mereka dan bincang dengan mereka, tak boleh beritahu mereka apa yang perlu dipatuhi, 'then what are you doing?'.

"Awak biarkan syarikat telekomunikasi buat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan yang begitu serius untuk memihak kepada rakyat sebaliknya berpihak kepada syarikat telekomunikasi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk memaksa syarikat-syarikat telekomunikasi menyerap GST dalam kad tambah nilai telefon.

Menurut Manivannan, caj GST yang dikenakan ke atas kad tambah nilai ini tidak adil untuk rakyat.

"Kad prabayar ini contoh terbaik kerana kita memahami siapa yang menggunakannya iaitu golongan pelajar, anak muda, warga tua yang tidak mampu menggunakan postpaid. Jadi, di sini kalau kerajaan tidak mampu mengecualikan GST terhadap kad prabayar, memberi sedikit kelonggaran, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Apabila kerajaan boleh membuat satu keputusan, 'lobster' boleh dikecualikan...'lobster' bukan semua orang makan pun, kad prabayar ini semua orang guna...ramai yang guna. Ahli Parlimen pun gunakan," katanya.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kenyataan Shabery itu jelas menghancurkan harapan rakyat.

"Ini amat malang sekali kerana kerajaan telah menjanjikan kepada rakyat bahawa kad tambah nilai tidak akan dikenakan GST. Ini 'U-turn' yang amat besar.

"Kami amat kesal kerana golongan anak muda, berpendapatan rendah, pesara dan warga emas akan dibebaskan dengan caj 6 peratus. Janji kerajaan gagal ditunaikan, tidak ditepati sekali lagi," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa agar kerajaan menyenaraikan kad tambah nilai dalam pengecualian GST.

"PKR tidak ada pilihan terpaksa membuat kempen besar-besaran seluruh negara untuk mendesak Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyenaraikan kad tambah nilai ke senarai kadar sifar," katanya.


Tiada ulasan: