Isnin, 15 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dulu syetan, parasit .... sekarang intan payung?

Posted: 15 Jun 2015 09:01 AM PDT


Depa ni nak buat lawak ker apa? Sebelum muktamar puak-puak ni berkempen untuk jawatan parti, bukan main lagi melabel pihak yang tidak sehaluan. Bukan sekadar melabel ini golongan ulama dan ini golongan profesional... 
Tapi melabel dengan gelaran yang menghina dan cercaan nista yang amat keji!
Siapa yang menggelar Barua dan Broker kalau bukan Hj Hadi? Dialah yang gemar melabel anak buah sendiri.                                  Dialah juga yang kata 'Pengkhianat' kepada mereka yang pro-Pakatan dan digelar sebagai pro-DAP. Dialah yang kata nak singkirkan ahli Sekular...     Dialah juga yang gelar orang Tolol...Ini macamkah kelaku seorang Presiden parti Islam? Ulama taraf donia?
Yang mula melabel Munafiq Haraki siapa kalau bukan At-Takiri? Yang melabel Jemaah Jebon, siapa kalau bukan Mokhtar Senik. Mereka ini adalah pemain utama dalam kempen yang tidak beretika.



Ketika Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya pada 21 Februari 2015, perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah.Videonya di sini

Beginilah stendad ulama yang ada dalam PAS, konon nak perjuangkan Islam tapi lebih nak punahkan Islam.

Maka tidak hairanlah bila mana macai-macai ulama yang sebegini turut terpesona dan ikut melabel pihak lawan dengan gelaran Bapak Anjing, Lawan Ulama, Anti Hudud, Proksi Ketum, Liberal, Sekular, Syaitan.... alahai, belambak kalau nak ditulis tak cukup ruang!                                                                                                           Bila dah berjaya mempengaruhi jemaah bahawa golongan pro-Pakatan Rakyat adalah sekularis yang perlu disingkirkan dan tempat yang diidamkan dapat kepada mereka,  kini korang  nak berlakon jadi orang baik, pujuk rayu intan payung....peerah!

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN IMPIAN KELANTAN

Posted: 15 Jun 2015 07:00 AM PDT


Merujuk kepada berita bertajuk "DAP Mahu Bina Masjid Di Kelantan" siaran berita maya Malaysiakini bertarikh 13 Jun 2015, Gabungan Impian Kelantan ingin menegaskan bahawa ianya hanyalah tawaran daripada Koordinator Projek Impian DAP, YB Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semasa Program Penyerahan Rumah Kg Pasir Tumboh yang berlangsung pagi semalam. 

Ia merupakan reaksi spontan kepimpinan DAP selepas Imam masjid Kampung Pasir Tumboh menyebut bahawa bantuan kewangan masih diperlukan untuk membaiki masjid pasca banjir.

 Malah ulasan seterusnya daripada Anthony bahawa ianya bergantung kepada penerimaan masyarakat setempat dan persoalan hukum yang mungkin timbul sekiranya tawaran itu diterima, menunjukkan sensitiviti yang cuba dijaga oleh pihak Projek Impian DAP, yang ingin menekankan bantuan kemanusiaan itu merentasi sempadan politik dan apa jua pemisah yang boleh ditimbulkan. Apatah lagi duit berkenaan adalah dari kutipan derma orang ramai dan tidak melibatkan sebarang sumber haram termasuk judi.

 Pihak Gabungan Impian ingin mengucapkan terima kasih di atas tawaran berkenaan, namun kami ingin menyatakan bahawa sumber lain dari sumbangan orang ramai telah dikenalpasti untuk menyempurnakan baikpulih masjid itu dalam kadar yang segera memandangkan Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Juga mengambil peluang mengucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan kepada semua rakan komponen yang beragama Islam.

 Dr Rosli Allani Abdul Kadir 
Setiausaha  GABUNGAN IMPIAN KELANTAN
14062015

Geng Ulama cuba putar usul berbelit-belit ....

Posted: 15 Jun 2015 05:00 AM PDT

Mohd Fitri Bin Asmuni Kepada YB Datuk Iskandar A Samad,

 Keputusan Muktamar PAS tidak pernah diputar belit. Di sini saya perturunkan kembali 'wording' asal kertas Usul daripada Muktamar Pusat tersebut:-

 "Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 19 Syaaban 1436 bersamaan 06 Jun 2015 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dengan sesungguhnya menuntut dan menggesa:

 i. PAS Pusat berusaha memperkukuh dan memperkuatkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu kerjasama politik bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN.

 ii. PAS Pusat mempertegaskan kepada rakan PR agar menghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing.

 iii. PAS Pusat tidak menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan kemenangan. 

 iv. PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PR dalam Pakatan Rakyat."

 Usul di atas adalah gabungan daripada usul Dewan Ulamak PAS Pusat dan Perwakilan Tumpat. Perkara nombor (iv) di ataslah yang menjadi "subject matter" kepada pertikaian hubungan diantara PAS dengan DAP. Adalah merupakan fakta bahawa atas arahan Presiden PAS, Usul di atas inilah yang telah diterima tanpa bahas di dalam Muktamar penuh PAS Pusat yang lalu walaupun keputusan tersebut dibantah oleh perwakilan daripada Rembau dan Kota Raja.

 Menurut pemahaman saya terhadap perkara nombor (iv) kertas Usul di atas, sangatlah jelas bahawa Usul tersebut menggesa bahawa PAS Pusat dan MSU hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

 Cuba lihat, baca dan cari, di mana di dalam perkara nombor (iv) kertas Usul di atas yang menunjukkan bahawa Muktamar PAS Pusat menuntut dan/atau menggesa agar PAS Pusat dan MSU menilai dan/atau menyemak semula hubungan dan kerjasama politik PAS dengan DAP?

 Jadinya, di mana yang mengatakan bahawa keputusan Muktamar PAS diputar belit?

Mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam - Mat Sabu

Posted: 15 Jun 2015 03:00 AM PDT

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam sebaliknya negara bukan Islam.

 Beliau berkata, mengambil contoh isu kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

 "Di dunia Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah.

 "Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu.

 Klip video ceramah ini turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.

 Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada bekas penceramah Forum Perdana, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor, awal bulan lalu.

 Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam.

 "Kita bercakap syariat, bercakap hudud, kaya miskin paling ketara di Pakistan, negara Arab. Sedangkan agama kita amat menitik beratkan soal keadilan sosial.

 "Sebab itu perjuangan abang Mat, bersama kita semua, kita perjuangkan akidah dan akhlak. Barulah orang Islam boleh pimpin dunia semula," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sekitar 300 orang.

 Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

 Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.

 "Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider. "Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.

 "Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama'," katanya.

 Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama. – 15 Jun, 2015. - sumber

PAS umpama bahtera bocor menunggu karam

Posted: 15 Jun 2015 12:00 AM PDT

Ceramah Naib Presiden dan PJ N9 yg baru
tidak mendapat sambutan. Beginilah suasana
ceramah-ceramah PAS di era 80-an dahulu..
Imej dan kredibiliti PAS "tercalar" akibat keputusan muktamar yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP. 

Keputusan muktamar PAS itu turut menjejaskan hubungan antara PR di peringkat negeri dan akar umbi.

Parti seakan hilang arah apabila agenda rakyat tidak lagi menjadi keutamaan semasa bermuktamar, sebaliknya menyerang sesama ahli. 

Ramai ahli yang hilang keyakinan terhadap PAS 2015 - 2017 yang baru dipilih dalam Muktamar Agung PAS ke-61 baru-baru ini apabila sistem mengundi cara 'chai' telah digunakan. 

Sistem chai ini adalah lazim digunakan dalam pemilihan Umno. Malang sekali apabila budaya Umno ini telah menular kedalam parti Islam PAS.

Akibat kecelaruan dalam PAS kini, ramai yang telah mengistiharkan diri keluar dari PAS.Ada yang masih menunggu masa sementara lahir sebuah parti baru yang dijangkakan selepas hari raya nanti.Berduyun-duyun ahli PAS akan meninggalkan parti yang sudah tergelincir dari landasan perjuangan asalnya.

Mereka kecewa kerana amalan label-melabel "jebon", "parasit" dan "munafik haraki" berleluasa dalam parti, malah tidak ada tindakan diambil pemimpin tertinggi untuk menyekat perkara itu. 

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti itu hanya untuk membuat pembersihan menyeluruh PAS daripada pimpinan blok progresif. 

Kini hanya mengira hari sahaja bagi bahtera yang bocor itu untuk karam....


Mazlan Aliman umum lepaskan jawatan AJK PAS Pusat

Posted: 14 Jun 2015 10:00 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman hari ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

 Mazlan berkata, rakan-rakannya yang tidak terpilih dalam AJK PAS Pusat bukanlah satu-satunya sebab peletakan jawatannya tetapi untuk membuka lebih ruang dalam penglibatannya dalam Anak.

 "Saya mengambil keputusan meletak jawatan serta merta bermula hari ini. Saya memohon maaf atas keputusan ini.

 "Saya tetap bersama PAS walaupun ahli biasa. Saya tetap akan menegakkan kebenaran," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini. – 15 Jun, 2015.9 - sumber

Mahfodz tidak mempunyai integriti ....

Posted: 14 Jun 2015 08:35 PM PDT

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata selaku ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed bertanggung -jawab terhadap resolusi dewan itu yang menggesa jawatankuasa pusat PAS dan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Semalam, Mahfodz berkata bahawa hubungan PAS Johor dan DAP negeri itu berjalan seperti biasa sehingga MSU membuat keputusan. Baca di sini

 Sebagai maklum balas, Liew berkata kedudukan adalah bercanggah.Membuat hubungan antara kedua-dua pihak tidak dapat dipertahankan.

 "Secara tiba-tiba, dia kini ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Saya rasa (dengan berbuat demikian) dia tidak mempunyai integriti.

 "Saya melihat tidak ada ruang untuk kerjasama dengan Mahfodz," kata Liew, dalam posting Facebook dalam bahasa Cina. ~ sumber

Tiada ulasan: