Isnin, 15 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Orang kata muka Zuraida macam hantu – Bung Mokhtar

Posted: 15 Jun 2015 01:44 AM PDT

 
Bung Moktar mempertahankan teguran bahawa Zuraida terlalu ganas dan kesian terhadap suami Zuraida yang dibuat pada 9 Jun lalu.


bung-moktar-zuraida



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan kenyataan seksi di Parlimen.

Kali ini, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin menjadi 'mangsanya'.
Dalam persidangan Parlimen pada Isnin, Bung berkata, wajah Zuraida menyerupai hantu, seperti yang didakwa di laman sosial.

"Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam 'mak lampir'," katanya ketika berhujah mempertahankan teguran yang dibuat terhadap Zuraida pada 9 Jun lalu.

Dalam sidang Parlimen 9 Jun lalu, Bung menegur Zuraida kerana dikatakan membuat ucapan yang terlalu ganas.

"Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan", kata Bung.

Mempertahankan kenyataan itu, Bung berkata, dia ikhlas menegur kerana kesian terhadap suami Zuraida yang menderita dengan perangai Ahli Parlimen Ampang itu.

"Saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu," katanya.

Zuraida dalam sidang akhbarnya berkata, dia kesal dengan ucapan Bung itu yang menyalahi peraturan Dewan.

"Tindakan yang Ahli Parlimen Kinabatangan telah menyalahi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 37(4) kerana telah menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis," katanya.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula menyindir Bung dan menyatakan simpati terhadap isteri Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu kerana memiliki suami yang tidak prihatin terhadap wanita.

Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung dari tindakan tatatertib kerana tujuannya hanya sebagai teguran.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Dihenti Kerja Oleh Kerajaan DAP

Posted: 15 Jun 2015 01:37 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mohd Fadzil Kemi
 
 
 
GEORGE TOWN: Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan.

"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama  ketika dihubungi pada Ahad.

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Pada Sabtu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.

Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah  meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan  dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Mufti Perlis ingatkan pemimpin tidak timbulkan kemurkaan Tuhan

Posted: 15 Jun 2015 01:33 AM PDT

 
Pemimpin diminta menyemak apa yang mereka, anak dan isteri telah lakukan supaya tidak menimbulkaan kemurkaan Tuhan.


Mohd Asri Zainul Abidin



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan kepemimpinan negara supaya menginsafi kejadian malapetaka dan tragedi di negara ini sebagai peringatan daripada Tuhan.

Katanya, kejadian seperti banjir besar, kehilangan kapal terbang, helikopter terhempas, dan gempa bumi seakan-akan membuktikan Tuhan mencabut kenikmatan yang telah lama dikecapi di negara ini.

Katanya, pemimpin perlu menyemak apa yang mereka, anak dan isteri telah lakukan supaya tidak menimbulkan kemurkaan Tuhan sama ada di laut, daratan atau udara.

"Tiga kapal terbang menjadi tragedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain.

"Seakan daratan, udara dan lautan tidak serasi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta," tulisnya di blog, drmaza.com.

Dr. Asri turut memberikan contoh pentadbiran khalifah-khalifah soleh terdahulu yang mendapat keberkatan dan Tuhan mengurniakan bumi yang menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian terpelihara.

Beliau seterusnya menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa berdoa bagi mendapatkan kesejahteraan dan negara terpelihara.

Terengganu Tanggung Kos Pembantu Rumah Untuk Galak Lebih Ramai Anak

Posted: 15 Jun 2015 01:29 AM PDT

Oleh: FIRDAOUS FADZIL
 
 
Pembantu rumah Indonesia akan dihantar dua bulan selepas proses menandatangani MoU. Foto AZHAR MAHFOF/The Star
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Negeri Terengganu menjadi negeri pertama, malah tindakan pertama di dunia yang membantu pasangan ibu bapa muda membayar kos pembantu rumah.

Perkara tersebut bagi menggalakkan pasangan muda yang baharu berkahwin untuk memulakan kehidupan dan mendapat lebih ramai cahaya mata.

Salah satu insentif tersebut dengan mengenakan yuran tadika lebih rendah, manakala pasangan berpendapatan kurang RM3,000 akan ditawarkan pinjaman sehingga RM20,000 jika mahu memulakan perniagaan.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Mohd Shafaruddin Mustafa memberitahu The Star: "Dengan semua bantuan ini, pasangan tidak perlu melambatkan perkahwinan mereka. Kami mahu mereka mempunyai lebih ramai anak. Kadar kesuburan di negeri ini telah jatuh. "

Beliau berkata negeri itu akan membayar RM200 daripada RM900 gaji bulanan pembantu rumah.

Sharafudin berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kadar pendapatan atau kriteria yang ketat untuk program bantuan pembantu rumah.

"Sesiapa pun boleh memohon," katanya, sambil menambah bahawa skim tersebut adalah terbuka kepada semua kaum.

Walaupun negara-negara lain terlebih dahulu memberi insentif menyokong ibu bapa muda seperti memberi pengecualian cukai, cuti bersalin atau penjagaan kanak-kanak percuma, namun langkah kerajaan untuk membayar kos pembantu rumah adalah perkara luar biasa.

Terengganu juga akan memberi RM100 kepada setiap bayi yang baru lahir dalam bentuk skim simpanan pendidikan, selain khidmat nasihat dan sokongan perkhidmatan percuma kepada keluarga yang memerlukan, kata Shafaruddin.

Seperti apa yang dilakukan di Singapura, ia dikenali sebagai Skim Bonus Bayi. Di sana, ibu bapa kanak-kanak yang dilahirkan selepas tahun 2012 mendapat wang tunai RM20,000 bagi anak pertama dan kedua, manakala RM22,400 bagi setiap anak ketiga dan keempat.

Sharafuddin berkata, yuran bulanan tadika yang dikendalikan negeri berjumlah kira-kira RM250 tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM180 selepas diskaun.

Sementara itu, Naserwan Najmi, 27, dari Kuala Terengganu berkata dia mencari seorang pembantu rumah dalam tempoh yang agak lama untuk menjaga bayi mereka.

"Kami benar-benar memerlukan seorang pembantu rumah jika mahu lebih ramai anak," kata pemilik restoran.

Ketua Wanita Umno Marang To'Puan Zaitun Mat Amin berkata kadar perbelanjaan rakyat Terengganu lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur terutama dalam bentuk sewa rumah, makanan dan keperluan lain.

KPPA Belum Terima Laporan Penjawat Awam Gagal Bayar PTPTN

Posted: 15 Jun 2015 01:27 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal masih belum menerima laporan mengenai isu penjawat awam yang gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Tunggu dulu. Saya belum dapat laporan apa-apa pun," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Konsultasi Bajet 2016 di sini Isnin.

Media sebelum ini melaporkan lebih 33,000 kakitangan awam termasuk penyandang pelbagai jawatan kanan tidak pernah membayar langsung pinjaman PTPTN.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilaporkan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan awam yang tidak membayar langsung pinjaman itu.

Menteri kewangan luluskan, kenapa 1MDB yang jawab?

Posted: 15 Jun 2015 01:19 AM PDT

Nadia Hanafi
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan kenapa 1MDB perlu menjawab mengenai pinjaman AS$1.9 bilion (RM7.13 bilion) yang diluluskan Kementerian Kewangan kepada anak syarikat Petrosaudi International (PSI) Limited.

Beliau berkata demikian berikutan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan berdasarkan penjelasan daripada pihak pengurusan 1MDB di parlimen 28 Mei lalu.

Tony Pua"Soalan saya ditujukan kepada Menteri Kewangan namun jawapan yang diberi adalah mengikut jawapan dari pengurusan 1MDB. Macam mana kamu ke parlimen tapi bagi jawapan ikut 1MDB?

"Adakah ini akan diberi alasan oleh Menteri Kewangan sekiranya ada yang tidak betul dari jawapan ini?

"Menteri kewangan yang luluskan pinjaman tersebut, kenapa 1MDB perlu beri sebab oleh menteri yang luluskan? Ini tidak masuk akal," katanya di parlimen hari ini.

Selain itu, Tony juga meminta penjelasan sama ada pinjaman itu diluluskan sendiri oleh lembaga pengarah 1MDB.

Pada 28 Mei lalu, Tony meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab mengapa pinjaman itu diluluskan sedangkan anak syarikat Petrodaudi itu tidak mempunyai modal berbayar melebihi US$150,000 (RM562,500).

Namun jawapan diterimanya, 'Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, pinjaman tersebut diluluskan bagi mengurangkan risiko berbanding dengan pegangan ekuiti dalam syarikat usaha sama tersebut'.

Tony berkata, jawapan yang diberi itu tidak masuk akal kerana ia tidak akan mengurangkan risiko malah menambahkan risiko terhadap 1MDB.

"Sebagai contoh saya pegang ekuiti dalam satu syarikat, segala urusniaga dalam syarikat tersebut perlukan kelulusan dari saya. Saya sebagai lembaga pengarah ada hak dalam syarikat tersebut macam mana nak gunakan AS$1 billion ini.

" Tapi kalau saya tukar jadi pinjaman, saya tidak ada kuasa untuk menghalang atau menghadkan penggunaan wang itu dalam syarikat usahasama tersebut. Ini tidak akan kurangkan risiko, bahkan akan tambahkan lagi risiko," katanya.

Menurutnya, jika apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib Razak itu adalah betul, kenapa pinjaman kepada PetroSaudi ditambah selepas saham diubah kepada pinjaman.

"Pada awal pinjaman pertama hanya 1.2 bilion, selepas itu dia beri 500 juta lagi. Selepas itu dia pinjam lagi 330 juta. Jumlah pinjaman adalah 2.03 billion. Jadi kalau mahu kurangkan risiko kenapa pinjamkan semua wang?," soalnya.

"Jika jawapan yang di berikan Najib ini adalah benar dan tepat, maka Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menyimpulkan bahawa kita mempunyai Menteri Kewangan yang paling bodoh dan paling tidak berkelayakan dalam sejarah Malaysia," katanya

KEADILAN tekad selesai kemelut PAS-DAP demi rakyat

Posted: 15 Jun 2015 01:14 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: KEADILAN akan terus berusaha untuk berunding dengan kepimpinan PAS dan DAP agar semua pihak bersikap terbuka untuk berdialog dan komited mencapai muafakat berhubung krisis antara dua parti itu.

Naib Presiden, Tian Chua berkata, ketiga-tiga parti perlu bekerjasama untuk memperjuangkan kepentingan rakyat kerana tiada parti mampu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) bersendirian.

"Kini kredibiliti Datuk Seri Najib Razak amat disangsi dan BN berada dalam krisis paling teruk, Pakatan Rakyat tidak boleh mengecewakan rakyat yang mengharapkan perubahan.
Tian 2
"Maka dengan itu, KEADILAN akan berpegang kepada prinsip tanggungjawab secara kolektif dan berusaha mencari penyelesaian kepada perbezaan pandangan antara rakan sekutu kita," kata Tian di twitter.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, pemimpin harus ketepikan ego dan emosi untuk tangani perbezaan pendapat secara rasional kerana segala masalah pasti ada penyelesaian.

Tegas Tian, sesiapa yang bercadang menceraikan Pakatan adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan semua pihak harus menghentikan adu domba demi kepentingan umum.

"Kita mesti sedar mandat Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang datang dari rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada Pakatan keseluruhan bukan secara berasingan," katanya.

Minggu lalu, Dewan Ulama PAS dalam muktamarnya membawa usul menyarankan parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP.

Usul itu diluluskan tanpa bahas oleh PAS Pusat pada muktamar utamanya walaupun terdapat perwakilan yang membantah perkara itu.

Pertelagahan antara PAS dan DAP itu dikesali Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dan berpesan mahu PAS mengkaji semula keputusan itu.

Anwar juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menurut peguamnya, N Surendran semalam.

Jawapan timb menteri mengenai lebuh raya ‘panas’

Posted: 15 Jun 2015 01:12 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin  mengenai 'kehebatan' lebuh raya di Malaysia menjadikan Dewan Rakyat hari ini sedikit panas.

Mana tidaknya, jawapan Rosnah yang mengakui bahawa sistem dan kualiti lebuh raya di Malaysia terbaik di Asia mendatangkan kemarahan Khalid Abdul Samad (Pas – Shah Alam).

"Ya jawapan itu betul," demikian respons Rosnah ketika ditanya oleh Rozman Isli (BN - Labuan) mengenai ‎betulkah sistem dan kualiti lebuh raya dan jalan-jalan di Malaysia antara terbaik di Asia.‎

Jawapan itu, lantas membuatkan Khalid bangun sambil mengatakan: "..kita nampak, janganlah nak tipu," katanya.‎
Namun suasana kembali tenang selepas Fong Kui Lun  (DAP - Bukit Bintang) bangun untuk meneruskan sesi sidang dewan.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan awal Khalid mengenai ‎status Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan, Rosnah berkata konsesi di lebuh raya berkenaan sepatutnya tamat 2018.

"Plaza tol batu tiga dan sungai rasau merupakan kendalian di bawah konsesi syarikat Plus Berhad, berdasarkan perjanjian konsesi asal, konsesi Plus sepatutnya tamat pada tahun 2018.‎

"Berikutan untuk mengurangkan kesan beban orang awam, kita telah beberapa kali struktur semula konsesi bayaran tol ini, pada tahun 1999, 2002 dan 2011 penstrukturan  yang terkini pada 2011 ‎untuk meringankan beban pengguna.

"Sebagai contoh pada perjanjian asal kadar tol dikenakan pada batu 3 untuk  tahun 2015 sepatutnya RM 2,40  berbanding kadar semasa RM1,10 kekal sejak dari tahun 2005 lagi sehingga kini," katanya.


Mana seribu rumah untuk mangsa banjir?

Posted: 15 Jun 2015 01:08 AM PDT

SUFI9246

Oleh Aliff Fikri 


GUA MUSANG: DAP mengutuk sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang berjanji mahu membantu mangsa banjir namun sehingga sekarang bukan saja ia belum dibina, malah tiang rumah pun belum di dirikan.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah membuat janji tersebut Januari lalu, namun hanya berapa kerat saja yang dipenuhi.

"Beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelang, tapi 95 peratus rumah yang dijanjikan kerajaan persekutuan masih belum siap-siap lagi.

"Bukan saja belum siap, kebanyakannya masih belum dibina lagi.

"Adakah penduduk kena tunggu bulan Ramadan tahun depan?" soal Anthony.

SUFI9838
DAP terus bantu mangsa banjir di Kelantan.

Tegasnya, berbeza dengan DAP, walau tidak mempunyai peruntukan jutaan ringgit, tapi tetap berjaya menyiapkan 60 buah rumah di Kampung Pasir Tumboh, Kelantan.

Katanya, peruntukan yang diperoleh adalah dari derma orang ramai yang prihatin terhadap nasib mangsa banjir di pedalaman Kelantan.

Pada 9 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa setakat ini hanya 33 buah rumah yang berjaya disiapkan kerajaan.

Walhal, dalam semakan belanjawan baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM8.9 bilion bagi usaha pemulihan banjir, dengan RM500 juta diagihkan sebagai peruntukan awal pembaikan dan pemulihan serta program kebajikan bagi mangsa banjir.

Sejumlah RM800 juta lagi kononnya diperuntukkan untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, jalan raya, jambatan dan hospital. – Roketkini.com


Ariff Sabri: DAP memurtadkan Muslim? Mengarut!

Posted: 15 Jun 2015 01:06 AM PDT

ariff Sabri

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Hanya orang sakit mental dan mempunyai agenda menakut-nakutkan Melayu tergamak menuduh DAP sebagai parti dikawal kumpulan evangelis dan ingin mengkristiankan orang Islam.

Ahli Parlimen Raub Datuk Ariff Sabri berkata DAP adalah parti sekular yang menghormati agama seseorang sebagai perkara peribadi.

Tambahnya, jika benar DAP memang ingin mengkristiankan orang Islam di Malaysia, pastilah ahli beragama Islam terlebih dahulu dijadikan bahan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam dalam DAP, saya jadi orang pertama untuk benar-benar tahu adakah DAP dikawal evangelis dan mahu menjadikan semua orang penganut Kristian atau tidak.

"Majoriti ahli DAP adalah penganut Buddha, dan beberapa orang yang saya kenal adalah free thinker. Jika mereka mahu mendakwah Melayu masuk Kristian, mereka akan melakukannya dengan baik untuk kristiankan ahli DAP terlebih dulu," jelas Ariff lagi.

Ariff yang terkenal dengan tulisan di bloknya Sakmongkol AK47 menjawab tuduhan tidak berasas terhadap pimpinan DAP termasuklah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dan Tony Pua yang dituduh menjadi dalang dakwah Kristian.

"Teresa kalau nak jadi biarawati dah lama dia pilih jadi biarawati. Namun, beliau memilih untuk gigih melaksanakan kerja-kerja sosial sehingga ada yang menggelarkannya Mother Teresa.

"Saya tak tahu adakah Tony pengunjung tegar gereja atau tidak, tapi dia memang pendakwah. Pendakwah 1MDB. Dia nak tukar pendengar dan pembacanya untuk percaya 1MDB ibu kepada segala skandal kewangan.

"Hasil dakwahnya, Tun Mahathir pun turut percaya," ujar Ariff sinis. – Roketkini.com


Fitnah: Najib, Rosmah saman Nga Kor Ming

Posted: 15 Jun 2015 12:56 AM PDT

Najib Tun Razak Najib Tun Razak
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana memuat naik gambar dan status memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya Mac lalu.

Najib atas kapasiti peribadi dan Rosmah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu.

Melalui pernyataan tuntutan, Najib dan Rosmah selaku plaintif berkata, Kor Ming memuat naik gambar mereka dalam laman Facebooknya beserta kenyataan yang memfitnah mereka.

Sehubungan itu, kedua dua plaintif menuntut ganti rugi fitnah daripada Kor Ming (defendan), injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan perkataan fitnah itu dan penerbitan permohonan maaf oleh defendan.


Bajet 2016 dibentang 23 Oktober ini

Posted: 15 Jun 2015 12:50 AM PDT

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak
 
 
 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Bajet 2016 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober ini dengan fokus memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. 
 
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2016 akan menjadi bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentang di Parlimen pada 21 Mei.
 
"Sasaran makro dan strategi meluas yang digariskan di bawah RMK11 akan direalisasikan melalui bajet tahunan.  
 
"Bajet tahunan merupakan blok kritikal ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya pada Majlis Konsultasi Bajet 2016 di sini.
 
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Chua Tee Yong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.
 
Melahirkan keyakinan beliau untuk mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita USD15,000, Najib berkata kerajaan perlu mengurus pengagihan kekayaan ini dengan cara yang adil demi kepentingan rakyat dan pendekatan modal ekonomi.

"Bergerak ke hadapan, pendekatan ini akan menjadi tulang belakang bagi merangka bajet tahunan kita," katanya.

Mengimbas kembali Bajet 2015, Najib berkata daripada 91 'touch point' yang menjadi inti pati bajet itu, lapan telah disempurnakan, 69 masih di peringkat pelaksanaan dan 14 lagi dalam perancangan yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Satu daripada inisiatif yang selesai ialah pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Mac, yang telah memanfaatkan 49,968 peminjam untuk melangsaikan pinjaman, katanya.

Antara inisiatif dalam proses pelaksanaan ialah pembinaan Lebuhraya Pantai Barat-Taiping, Perak; pembiayaan usahawan; pinjaman mikro kepada penjaja dan peniaga kecil; pembinaan 32 klinik 1Malaysia dan penambahbaikan bekalan air dan elektrik di luar bandar, katanya.

Mengenai majlis konsultasi bajet hari ini, Najib yakin ia dapat menjana idea bernas dan merancakkan lagi usaha-usaha transformasi dan pembangunan negara supaya mencapai hasrat Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi serta menjamin kesejahteraaan rakyat.

"Majlis tahunan ini adalah satu platform yang penting bagi saya, di mana kerajaan dan sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dapat memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu-isu semasa dalam memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh demi menjamin kesejahteraan rakyat," katanya.

Najib berkata, setiap isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi serta diberi pertimbangan sewajarnya dalam penyediaan Bajet 2016.

"Saya tidak sabar untuk menerima cadangan atau idea mengenai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup Kumpulan Bawah 40 (B40).

"Saya juga mahu sektor swasta bekerjasama dengan sektor awam untuk terus membangun dan mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional  (TVET) bagi memanfaatkan tenaga kerja kurang mahir kita," katanya.

Beliau menambah hujahan itu meliputi spektrum makro, sektor dan isu sosial yang luas untuk persediaan bajet dan mesyuarat kumpulan sasaran yang akan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.

Beliau menggesa setiap orang untuk bekerja bersama-sama dalam semangat 1Malaysia bagi menjana pertumbuhan mampan dan kemakmuran yang berterusan demi kebaikan rakyat dan negara. - Bernama
 
 

Mahkamah tolak permohonan Presiden MIC

Posted: 15 Jun 2015 12:49 AM PDT

SINAR HARIAN



kes mahkamah
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dua permohonan semakan kehakiman oleh Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan empat individu lain, yang mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya diadakan pemilihan semula parti. 
 
Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campurtangan dalam keputusan RoS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional sejajar dengan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18 (b)(1) Akta Pertubuhan 1966.
 
Mahkamah memerintahkan kelima-lima pemohon itu supaya membayar kos RM90,000 kepada RoS, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang juga pencelah dalam permohonan itu.
 
Kesemua pemohon memfailkan dua permohonan berasingan bagi semakan kehakiman untuk mencabar arahan RoS supaya diadakan pemilihan semula parti.
 
Permohonan pertama difailkan pada 23 Feb oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, AK Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan ketua pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah sebagai responden.  – Bernama
 
 

Teguran saya dapat maklum balas kasar dari menteri

Posted: 15 Jun 2015 12:47 AM PDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tunku Ismail
 
 
JOHOR BAHRU - Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia, ujar Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
Tunku Mahkota Johor berkata, dia hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, sebaliknya dirinya diserang kerana peringatan itu.
 
"Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.  "Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?
 
"Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Johor Southern Tigers di sini hari ini.
 
Tunku Ismail berkata, dalam aturan dunia yang baru, dia membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.
 
"Namun keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.
 
"Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada ALLAH, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.
 
"Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi," katanya.
 
Beliau berkata, akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang.
 
Katanya, semua rakyat Johor akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita.
 
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
 
"Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka.
 
"Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda," katanya.
 
Tunku Ismail mengakui boleh hidup dalam dunia dan kehidupannya yang selesa tanpa memikirkan permasalahan rakyat, namun memilih itu berbuat perkara sebaliknya.
 
"Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.
 
"Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri," katanya.
 
Tunku Mahkota Johor turut menegaskan agar tiga menggunakannya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain.
 
"Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti," katanya.

Tiada ulasan: