Khamis, 11 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


DAP teruskan Impian Kelantan walaupun PAS putuskan hubungan

Posted: 11 Jun 2015 09:00 AM PDT

Sila baca beritanya di sini
Walaupun telah separuh tahun, ramai mangsa banjir mega Kelantan yang masih hidup dalam khemah-khemah, kontena dan membuat pondok-pondok sementara kerana memerlukan bumbung tetap atas kepala mereka. 

 Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak segera menyiapkan rumah-rumah di Kelantan. Terlalu sedikit yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Tidak masuk akal bahawa hanya 19 buah rumah telah dibina hingga Mei. Dan agak malang sekali apabila mangsa banjir ini difitnah kononnya mereka tidak mahu pindah ke rumah yang telah siap

Sudahlah mereka ini lembab membina penempatan yang sesuai untuk mangsa diami, kenapa usaha pihak NGO yang membantu mangsa diperkecilkan dan dicemuh oleh kerajaan negeri Kelantan sendiri. Malah ada perwakilan muktamar PAS yang baru lalu mentohmahkan usaha NGO  tersebut.
Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat "bersaing" dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. 
 Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri. 
 "Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir," katanya di sini
Gabungan Impian Kelantan, inisiatif bersama Parti Demokratik Tindakan (DAP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan sahaja membina rumah tetapi akan juga dilengkapi kemudahan sesuai untuk seluruh komuniti seperti dewan orang ramai, taman permainan dan juga sebuah kolam aquaponics untuk ikan ladang dan menanam tumbuh-tumbuhan air. Laporan seterusnya : 

 DAP berikrar akan meneruskan projek membina rumah mangsa banjir di negeri Kelantan yang ditadbir PAS walaupun parti Islam itu memutuskan hubungan dengan mereka.

 Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, projek Impian Kelantan itu projek kemanusiaan yang diusahakannya bersama badan bukan kerajaan (NGO) untuk penduduk Kelantan.

 "Kita kena lihat perkara ini daripada dua sudut berbeza. Kami membantu mangsa banjir dan ia berdasarkan rasa kemanusiaan.

 "Jadi, kita tak boleh kata keengganan PAS bersama kita dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca memutuskan hubungan dengan mangsa banjir," katanya selepas sidang media projek itu di ibu pejabat DAP pagi ini.

 Sentimen sama turut disuarakan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli pada muktamar lalu.

 Beliau yakin DAP akan meneruskan projek itu yang dimulakan sejak awal tahun ini.

 Pada sidang media pagi ini, Kok mengumumkan Impian Kelantan merancang menempatkan semula 40 rumah di Guchil di Kuala Krai, ke satu kawasan tanah tinggi seluas 5 ekar di Kampung Sungai Mas, Machang.

 Kawasan baharu itu akan menempatkan 40 rumah, satu dewan awam, taman permainan kanak-kanak serta projek menternak ikan.

 Setiap rumah menelan belanja RM50,000 dan jumlah keseluruhan yang diperlukan RM3.2 juta.

 Bagi tujuan itu, satu majlis makan malam meraih dana akan berlangsung pada 11 Julai depan dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman Facebook Gabungan Impian Kelantan. – 11 Jun, 2015.- sumber themalaysianinsider

PAS perlu hormati kehendak Presiden dan Mursyidul Am PAS

Posted: 11 Jun 2015 07:00 AM PDT

PAS mesti mematuhi keputusan Muktamar-61 yang telah meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang telah sekian kali sering dilaung-laungkan selama ini. 

Setelah muktamar meluluskannya, PAS perlu mengambil tindakan susulan yang sewajarnya dengan melaksanakan usul tersebut.

Untuk menghormati usul Dewan Ulama, otomatik kerjasama politik di Selangor sepatutnya berakhir dan kesemua exco Pas sepatutnya sudah meletakkan jawatan. 

Adakah Majlis Syura Ulama & JK Pas Pusat kini mahu menolak usul yg dibuat mereka sendiri ? Tunggu apa tunggu?

 PAS kena hormati kehendak presiden yang mahukan usul tersebut diluluskan tanpa bahas sebagaimana Mahfuz Omar dedahkan dan memgambil pandangan Mursyidul 'Am, Harun Din yang tidak akan mengizinkan perlembagaan dan keputusan muktamar PAS dilanggar.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mencadangkan Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya pentadbiran Negeri Selangor lebih lancar. Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, sekiranya Pas kekal dalam PR, ia akan menyusahkan kerajaan Selangor untuk membuat keputusan.

 "Bagi saya pimpinan baru kena konsisten dan kena ada prinsip, keluar daripada PR dan Pas lebih baik berseorangan.

  Katanya, Pas sepatutnya menyerahkan pentadbiran Selangor sepenuhnya kepada DAP dan PKR manakala Pas hanya membantu perkara yang perlu sahaja.

 "Kalau Pas tak berani buat keputusan drastik sebegini, saya bimbang orang akan pertikaikan prinsip Pas nanti," tegasnya.~ sumber

Saya setuju dengan sararan Hanipa berdasarkan kepada kerja buat PAS sendiri sebagaimana pengakuan yg didedahkan oleh Dr Mahfodz.

Tindakan proulamak menyingkirkan golongan profesional adalah bagi tujuan memudahkan kerja presiden dalam membuat sesuatu keputusan yang sering terhalang oleh golongan profesioanal yang dominan lagi mampu memberi fakta-fakta. 

Dengan tersingkirnya golongan profesioanal yang proulamak yang gemar melabel lawannya dengan pelbagai jenama, tentunya hala tuju PAS akan berjalan lebih lancar.

Begitu jugalah kita mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat berjalan lancar tanpa adanya gangguan dari PAS yang telah mengambil keputusan bercerai dengan DAP. 

Penangan Usul Ulama PAS Dalam Muktamar Ke- 61 – Ridzwan Abu Bakar

Posted: 11 Jun 2015 05:00 AM PDT

Muktamar ke 61 Pas telah berakhir dengan pelbagai kenangan kepada perwakilan dan pemerhatinya.

 Antara isu yang masih hangat 'diikuti' masa ini adalah Usul Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, setelah mengikuti pelbagai komen dari pimpinan dan pemerhati politik, saya simpulkan :

 1. Usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam muktamar ulama untuk mendesak MSU dan JK Pusat supaya memutuskan hubungna dengan DAP.

 2. Atas kesedaran bahawa 'sifat' sesuatu usul itu hendaklah tepat dan kukuh dan peranan Muktamar sebagai kuasa tertinggi, maka JK Usul telah menerima usul tersebut untuk dibahas dalam muktamar dengan sedikit pindaan ayat supaya menepati sifat satu usul.

 3. JK Pusat dalam mesyuarat khasnya juga bersetuju untuk usul tersebut dibahas dalam muktmar.

 4. Pengerusi JK Usul telah diarah oleh Murshidul Am dan Presiden untuk menerima usul tersebut TANPA BAHAS.9 5. Susulan dari penerima usul tersebut TANPA BAHAS telah menimbulkan pelbagai insiden sampingan, antaranya :

 a. Kerajaan Pulau Pinang (yang diketuai DAP) telah mendesak ahli Pas yang memengang jawatan untuk meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang.

 b. Bekas Timbalan Presiden Pas dan bekas AJK Pusat telah meletakkan jawatan mereka serta merta kerana mematuhi usul yang diTERIMA tanpa bahas.

c. Naib Presiden Pas yang baru, Dato' Ammar berkata "sekiranya usul ini diterima oleh Majlis Syura, maka satu muktamar khas akan diadakan". Dimana letaknya lagitimasi muktmar sebagai kuasa tertinggi sehingga perlu disahkan oleh MSU dan perlu diingat ahli MSU sebahagian besarnya adalah AJK Pusat.

d. Dato' Iskandar A Samad pula menyatakan Selangor akan bekerja seperti biasa dengan DAP. Ini bertentangan dengan usul yang telah diTERIMA tanpa bahas.

 Inilah hasil dari زلة kegelinciran para 'ulama' yang akhirnya mereka menyatakan pihak lain yang 'gopoh', kalau benar Dewan ulama tidak gopoh, mengapa Ahli MSU yang juga bertindak sebagai Ahli Muktamar ulama tidak bertindak menghalang usul ini atau berbincang dahulu sebelum dipanjangkan kepada JK Usul Muktamar?. Ulama juga sejak dua Multaqa yang lalu memang berusaha untuk 'mengkaji' hubungan dengan pihak lain bahkan Murshidul Am menegaskan dalam ucapan perasmian muktamar ulama bahawa 6 syarat tahaluf telah dicerobohi.

 "Takutlah kepada kegelinciran dan kegopohan ulama kerana kesannya cukup besar di kalangan manusia".

 Saya amat mengharapkan MSU bersidang segera dan MENGEKALKAN keputusan untuk MEMUTUSKAN hubungan dengan DAP supaya suara ulama tidak terus dipermainkan.

 NAMA BAIK Ulama PAS berada di tangan ahli MSU sekarang ini.

MSU dan JK Pusat perlu jelaskan isu putus hubungan dengan DAP – Mohd Fitri Bin Asmuni

Posted: 11 Jun 2015 03:00 AM PDT

"MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat" - Matan asal Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54.9 Fakta:

 1. Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ini adalah usul yang datang daripada Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat (JK DUPP) sendiri yang dibentangkan Ustaz Mokhtar Senik, bukannya daripada perwakilan ulamak kawasan;

 2. Matan asal usul tergempar tersebut bukanlah meminta agar MSU dan JKPP membincangkan hubungan kerjasama politik PAS dgn DAP sebaliknya mencadangkan (baca mengusulkan) agar MSU dan JKPP membatalkan kerjasama politik dengan DAP;

 3. 8 daripada kesemua JK DUPP itu merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang mana Mursyidul Am adalah salah seorang daripadanya;

4. Ketika usul tersebut datang daripada JK DUPP sendiri, sudah tentu ia mendapat persetujuan daripada seluruh JK DUPP termasuk Mursyidul Am sendiri;

5. Usul tergempar tersebut diterima tanpa bahas; 

6. Usul tersebut setelah dibawa ke Jawatankuasa Usul dan atas arahan Presiden PAS, usul tersebut (dengan pindaan) diputuskan untuk diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS Pusat walaupun dibantah perwakilan daripada Rembau dan Kota Raja.

 7. Akhirnya ia menjadi Usul yang diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS Pusat kali ke-61;

 Sebagaimana yang dilaporkan akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Jun 2015, Asmuni Awi yang merupakan bekas Bendahari PAS Pusat menegaskan usul tersebut tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan perlu dilaksanakan serta-merta. Beliau bagaimanapun menjelaskan PAS perlu mengadakan Muktamar semula jika mahu menolak usul tersebut.

 Walaubagaimanapun semalam, Wan Rohimi Wan Daud sementara menyatakan PAS adalah sebuah parti yang unik, turut menegaskan persoalan hubungan Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP adalah melibatkan soal hukum. Justeru katanya persoalan tersebut hendaklah diputuskan MSU selaku pakar yang faqeh dalam soal-soal hukum yang berkaitan.

 Di dalam artikelnya itu (usul tahaluf fahami organisasi perlembagaan pas), sungguhpun Wan Rohimi pada mulanya bersetuju lenggok bahasa usul yang digunakan DUPP dan yang dipinda Muktamar Pusat itu menggesa, mendesak dan/atau menuntut JKPP dan MSU supaya memutuskan kerjasama politik dengan DAP, beliau bagaimanapun menegaskan usul berkenaan pada hakikatnya mendesak agar JKPP dan MSU supaya menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik dengan DAP.

 Sebagai respon kepada artikel Wan Rohimi tersebut, di sini saya kemukakan beberapa persoalan untuk dijawab beliau:

1. Di mana di dalam usul tersebut perkataan yang menunjukkan atau yang boleh ditafsirkan dan/atau disifatkan sebagai mendesak agar JKPP dan MSU menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik PAS dgn DAP?;

2. Mengikut Wan Rohimi, Tahaluf Siyasi melibatkan soal hukum dan mesti diputuskan MSU. Soalan saya, adakah 9 alasan yang dikemukakan di dalam usul JK DUPP tersebut masih belum dianggap sebagai pertimbangan terhadap hukum?;

3. Dalam pengetahuan saya, terdapat sembilan orang ahli MSU dalam JK DUPP tersebut yang merupakan "hardcore" MSU iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Dr Mahfodz, Dato' Nik Zawawi, YB Ust Idris Ahmad, YB Ust Nasrudin Hassan dan Dato' Khairuddin Aman Razali. Adakah sembilan ahli MSU ini tidak mempertimbangkan keputusan membatalkan hubungan dengan DAP itu berdasarkan kepada hukum?

4. Mungkin Wan Rohimi akan mengatakan sembilan orang itu tidak mewakili MSU tetapi JK DUPP. Akan tetapi, apabila isu tersebut dibincangkan MSU nanti, bukankah keputusan sembilan orang tersebut yang sebelum itu turut sama bersetuju dengan usul DUPP tersebut nanti akan menjadi keputusan majoriti MSU memandangkan keahlian MSU adalah tidak melebihi daripada tujuh belas orang?;

5. Wan Rohimi menegaskan keputusan berkaitan tahaluf siyasi terletak di bawah kuasa MSU dan JKPP. Soalan saya, setuju kalau saya katakan usul tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan awal-awal lagi DUPP kerana hak berkaitan perkara tersebut terletak di bawah kuasa MSU?;

6. Setuju dengan saya sembilan orang ahli MSU yang menjadi JK DUPP tersebut sepatutnya menolak usul tersebut diangkat menjadi usul DUPP untuk dibahaskan di Muktamar kerana DUPP atau perwakilan tiada kuasa untuk memutuskannya di dalam Muktamar?;

 7. Kalau anda bersetuju dengan soalan di atas, setuju dengan saya kesilapan perlu diletakkan kepada sembilan orang ahli MSU yang menjadi JK DUPP tersebut kerana bersetuju dan membiarkan usul tersebut diterima?;

 8. Atau, setuju dengan saya DUPP membuat kesilapan apabila mengusulkan sesuatu yang berada di bawah kuasa MSU untuk memutuskannya?;

 9. Sewaktu usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas di peringkat Pusat, setuju Presiden dan Mursyidul Am perlu mengarahkan agar usul tersebut ditolak dan tidak di bawa ke dalam Muktamar Pusat?;

10. Hakikatnya, usul tersebut telahpun diluluskan dan diisytiharkan Muktamar sebagai USUL. Soalan saya, kalau ia ingin disemak dan/atau dinilai semula MSU, apakah status usul yang direkodkan di dalam minit Muktamar DUPP dan Muktamar Pusat sebagai USUL tersebut? Ia bukan USUL atau USUL tersebut dibatalkan?; 

11. Kalau ia bukan usul, habis apa?;

12. Kalau ia adalah usul tetapi dibatalkan, bolehkah usul dibatalkan begitu saja?;

13. Siapa yang berhak membatalkan usul setelah ia diluluskan di dalam Muktamar? MSU atau JKPP atau Muktamar?;

14. Di mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada badan yang berhak membatalkan sesuatu usul yang diluluskan Muktamar?;

15. Kalau tiada siapa boleh membatalkan usul, setuju atau tidak usul tersebut berkuat kuasa serta merta dan perlu dilaksanakan?;

16. Atau sekiranya usul tersebut ingin dibatalkan dan/atau ditolak, setuju atau tidak Muktamar baru perlu diadakan bagi membatalkan usul tersebut?

Untuk mengelakkan kekeliruan, saya mohon penjelasan lanjut daripada saudara Wan Rohimi Wan Daud. – 11 Jun, 2015.

 * Penulis adalah seorang Peguam dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Perak.9 themalaysianinsider

UMUM Dari “Rollback” ke “Containment”: Satu Analisis Strategik PAS Pasca Muktamar Ke-61 JUNE 10, 2015

Posted: 11 Jun 2015 12:00 AM PDT

Oleh: Minda Jentayu 

Jika kita menggunakan istilah "Leadership of the Clergy" untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan "clergy" dan golongan "lay" atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau "rollback' yang akan memundurkan PAS.

 Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali "containment" pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.

 Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi UMNO, PAS diterima sebagai "necessary evil". Dengan adanya PAS, UMNO dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik bahawa sekiranya UMNO lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Oleh itu, pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan "containment". Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam "sphere of influence" yang terbatas dan terbendong ini. 

 Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu. Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.

 Oleh itu, UMNO menganggap adalah memadai dengan pendekatan "containment" terhadap PAS. Ini telah berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan UMNO. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia telah menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia. Oleh kerana PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai oleh bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap "insular". Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat. Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.

 Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima oleh masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar. Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok "containment" yang wujud sebelum ini telah roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok "containment" ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen oleh BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13.

 Untuk menghadapi realiti baru ini, UMNO memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi "containment". Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok "containment" ini. Bagi UMNO, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama telah lama wujud di dalam PAS dan telah dapat di "contain" dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada UMNO ialah golongan professional. Mereka inilah yang telah berjaya merobohkan tembok "containment". Oleh itu, adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan.

 Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi "rollback". Tujuan strategi "rollback" ialah menolak kembali PAS ke ruang "containment" yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau.

 Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program "taklimat" tertutup yang diberikan oleh sebuah agensi perang saraf kerajaan. Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini. Pertama, memberi gambaran bahawa kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam. Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini bahawa Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program "taklimat" tertutup ini ialah "pengakuan" dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS bahawa mereka yakin bahawa Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. 

Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa. Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai "salahlaku" Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seolah-oleh mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini. Kedua-dua bekas pemimpin ABIM ini dan tokoh korporat ini menggunakan pendekatan emosi dalam meyakinkan ulama PAS ini bahawa Anwar adalah peliwat, satu ancaman kepada Islam dan harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri. Namun, "taklimat-taklimat" ini tidak pula pernah menyebut mengenai bagaimana kepentingan Melayu dan Islam dikhianati oleh elit Melayu melalui pembaziran dan amalan rasuah. Peranan J Lo serta kroni-kroni lain elit Melayu tidak pernah disebut. Demikian juga, penglibatan seorang warga Israel sebagai penasihat komunikasi juga tidak dibincangkan. Sesi-sesi taklimat ini berjaya menambat hidung ulama PAS. Muslihat yang gagal digunakan ke atas tahanan ISA mengena pada ulama PAS ini. Ini membuka jalan untuk membolehkan strategi "rollback" dilaksanakan sepenuhnya.

 Pergolakan MB Selangor telah berjaya digunakan untuk mencetuskan ketegangan di dalam PR dan PAS sendiri. Walau pun pendirian presiden PAS bercanggahan dengan keputusan yang dibuat JK Pusat PAS, yang dipersalahkan ialah golongan professional. Maka berbagai istilah pahit seperti barua, jebon, budak suruhan DAP, perosak dan pengkhianat digunakan untuk melabel golongan ini. Ketika para sahabat Rasulullah tidak menyetujui dengan perjanjian Hudhaibiah dan pada mulanya enggan membuka pakaian ihram mereka, Rasulullah tidak pula mempersoalkan wala mereka atau menggunakan bai`ah yang mereka berikan untuk memaksa mereka akur dengan keputusan baginda. Jauh sekali melabel mereka sebagai pengkhianat atau perosak. Tetapi ulama PAS bertindak sebaliknya dan membiarkan suasana memfitnah, mencaci dan mengecam berterusan seolah-olah inilah sibghah Islam yang mereka bawa. Mungkin ulama PAS tidak mempelajari tafsir surah Al Hujurat, wallahu `alam.

 Budaya taat tanpa menyoal dalam PAS turut memudahkan proses memecahbelahkan PAS dilakukan. Muhasabah bukanlah suatu yang mudah dilakukan dalam PAS, terutama apabila ia melibatkan ulama. Sebagai contoh, seorang pemimpin ulama ketika PAS memerintah Terengganu telah memiliki sehingga enam buah kereta rasmi. Ini kerana kedudukannya dalam Exco negeri dan beberapa jawatan dalam lembaga GLC negeri Terengganu. Namun, amalan yang keterlaluan ini tidak pula ditegur oleh sesiapa. Ini semata-mata kerana pemimpin ini digelar ulama. Demikian juga, pemimpin yang sama membiarkan diri dipanggil dengan gelaran doktor sejak tahun 1980han walau dia tidak melengkapkan pengajian PhDnya.

 Nyata sekali semua asas-asas strategi "rollback" telah ditegakkan. Golongan professional dalam PAS yang merupakan ancaman utama kepada UMNO telah dinyahkan. Inilah sebabnya pemimpin UMNO dan media yang dikawal UMNO begitu teruja dengan monopoli "leadership of the clergy" dalam PAS. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan kegembiraan mereka dan cepat mengucapkan tahniah kepada ulama PAS. Mereka tahu strategi mereka telah berjaya. Kain kafan telah diikat, hanya tunggu untuk memasukkan PAS ke dalam liang lahad. Dengan ini berjayalah strategi "rollback" mereka dan pengaruh PAS akan kembali terbendung dalam ruang "containment" yang wujud sebelum 1998.

 Pada PRU ke 14 nanti, kemerosotan sokongan kepada PAS akan menyebabkan PAS kalah dibanyak kerusi yang dipegangnya ketika ini. Tidak mungkin UMNO akan membiarkan PAS mengambil kerusi-kerusi yang kini dipegangnya. Apabila ini berlaku, nilai PAS kepada UMNO sudah tidak wujud lagi. Malahan, lebih baik UMNO bekerjasama dengan PKR pada ketika itu. Akan jelaslah ketika itu siapa sebenarnya yang merosakkan dan mengkhianati PAS. Pada ketika itu, para ulama PAS bolehlah menggunakan lutut dan siku yang terdapat di bawah jubah mereka untuk bergocoh sesama sendiri.

Muktamar PAS membangkitkan krisis Perlembagaan

Posted: 10 Jun 2015 08:38 PM PDT

 Sejarah krisis Perlembagaan di Selangor pada tahun 2014 yang menyaksikan isu penukaran Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali berlarutan beberapa bulan setelah PAS gagal memberikan persetujuan kepada calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Bantahan PAS bertitik tolak daripada ketidakpuashatian beberapa pemimpin tertinggi terhadap langkah Kajang walaupun ia adalah strategi politik yang bijak. Muktamar Pas yang ke-60 secara majority tanpa usul dan undian mendesak PAS supaya tidak campurtangan dalam isu penukaran Menteri Besar. DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa budibicara baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 (Perlembagaan Selangor) telah melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

 2015 menyaksikan sekali lagi kelicikan pemimpin baru PAS membangkitkan krisis Perlembagaan di Selangor apabila Muktamar ke 61 meluluskan usul menamatkan hubungan politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat diterima tanpa bahas. Walaupun terdapat perwakilan mendesak untuk dibahaskan usul tersebut, ia adalah satu tuntutan yang sia-sia kerana keputusan telah dibuat oleh pimpinan tertinggi. Di sinilah letaknya kelemahan apabila kuasa dipusatkan kepada pemimpin dan bukan jemaah samaada Presiden atau Mursyidul Am, sedangkan Allah mengarahkan bermesyuarat bagi menyelesaikan sesuatu perkara dan bertanya kepada yang pakar. Apatah lagi Muktamar adalah badan tertinggi dalam PAS, sudah pasti keputusan penerimaan usul tersebut tanpa bahas dan undian tidak boleh diubah dan juga telah menafikan hak ahli melalui perwakilan. Inilah yang boleh berlaku sekiranya Perlembagaan party sendiri gagal difahami dan diamalkan oleh pimpinan tertinggi. Keadaan menjadi celaru apabila usul aneh tersebut kini cuba diubah dengan penolakan perletakan jawatan ahli di dalam Kerajaan Pulau Pinang.

 Tiada pertikaian tentang Perlembagaa Pas kerana ia adalah syarie kerana dasar PAS adalah Islam dan 4 sumber hukum utama iaitu al-Quran, As-Sunnah, Ijma dan Qias juga adalah hukum tertinggi party. Maka setiap peruntukan Perlembagaan PAS pasti memenuhi hukum syara'. Oleh itu, ahli dan pemimpin PAS seharusnya menghormati dan mematuhi usul tersebut. Jadi, PAS sendiri berhadapan krisis Perlembagaan party.

 Akibat usul tersebut, DAP telah mendesak PKR memilih samada DAP atau PAS untuk bersama yang menunjukkan hubungan politik PAS-DAP telah putus. Permuafakatan PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat adalah longgar kerana Pakatan Rakyat tidak berdaftar dan tiada apa-apa Perjanjian Bertulis dibuat. Pulau Pinang adalah negeri Pakatan Rakyat 2 party iaitu PKR dan DAP, sedangkan Selangor melibatkan ketiga-tiga party. Dengan usul tersebut, maka secara konstruktifnya, Pakatan Rakyat di Selangor telah terbubar, namun tidak di Pulau Pinang.

 Menurut Perlembagaan Selangor yang berasaskan konsep westminster constitutional system, sesebuah kerajaan dibentuk berasaskan prinsip kepercayaan dan majority. Asas pembentukan kerajaan di Selangor adalah dengan perlantikan Menteri Besar yang pada pendapat DYMM Tuanku Sultan mendapat kepercayaan atau sokongan majority ADUN Selangor. Peruntukan relevan Perlembagaan Selangor adalah pada:

 LIII(2)(a)" Duli Yang Maha Mulia hendaklah pertamanya melantik menjadi Menteri Besar, untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang ahli Dewan Negeri yang pada pendapat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majority ahli Dewan itu".

 Dengan terputusnya hubungan politik PAS-DAP, secara konstruktifnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua party kerana Pakatan Rakyat hanyalah persefahaman politik tidak berdaftar dan bergerak secara convention. Tidak mungkin Pakatan Rakyat bertahan apabila 2 party dalam pakatan tiada lagi hubungan politik. Mengeruhkan lagi keadaan apabila DAP menggesa PKR memilih salah satu party.

 Menteri Besar Selangor secara konstruktif juga dilihat telah hilang kepercayaan majority ADUN kerana perlantikan beliau adalah berpremiskan permuafakatan party-party Pakatan Rakyat. Sebarang keputusan yang perlu dibuat melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) juga mustahil dicapai kerana pertembungan 2 party wujud dalam mesyuarat EXCO. Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri yang berpusatkan kepada EXCO pasti menjadi sukar kerana secara convention, seseorang EXCO adalah lantikan party. Kepercayaan rakyat pula diberikan kepada Pakatan Rakyat melalui agenda ABU (anything but UMNO). Perpecahan hubungan politik PAS-DAP pasti menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat umpama kapal Titanic yang terbelah dua menunggu karam.

 Berdasarkan kepada keadaan politik dan kedudukan undang-undang, krisis kepercayaan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi mungkin lebih baik diselesaikan dengan pembubaran DUN Selangor dan pilihanraya diadakan. Menteri Besar menurut peruntukan LIII(6) Perlembagaan Persekutuan boleh memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan bagi membubarkan DUN "Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majority ahli Dewan Negeri, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan jika, atas permintaannya, Dewan Negeri dibubarkan oleh Duli Yang Maha Mulia".

 Komposisi party politik di dalam DUN Selangor adalah PAS:15, DAP:15, PKR:13, UMNO:12 dn Bebas:1. Kedudukan Menteri Besar Selangor Pakatan Rakyat sekarang daripada PKR perlulah mendapat sokongan salah satu party samaada PAS atau DAP. Dengan PKR mempunyai jumlah ADUN yang paling kecil, maka Menteri Besar sudah tiada kepercayaan majority ADUN kerana perpecahan politik PAS-DAP. Di samping itu, DYMM Tuanku Sultan menurut peruntukan LXX(2) Perlembagaan Selangor "Duli Yang Maha Mulia boleh memprorog atau membubarkan Dewan Negeri'.

 Maka, jika keadaan krisis politik Pakatan Rakyat ini berterusan sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan negeri tidak lagi menjadi stabil. Dengan itu, sewajarnya kuasa yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat daripada rakyat kini dikembalikan kepada rakyat untuk rakyat diberikan hak memberikan mandat baru. Usah jadikan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat. Tegakkan demokrasi dengan adil.

 Elakkan krisis Perlembagaan yang menyaksikan agenda penyingkiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasir berulang menjadi sejarah hitam negara. ~Faiz Fadzil~ 11 Jun 2015.

Najib mohong besar mengenai gempa Sabah

Posted: 10 Jun 2015 05:30 PM PDT

PETALING JAYA: Hari jadi rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah pada hari Sabtu, 6 Jun, bagaimana Najib Razak boleh menggunakannya sebagai alasan dia tidak boleh tergesa-gesa ke Sabah pada hari Jumaat, hari gempa bumi 5.9 magnitud, tanya Lim Kit Siang.

 Menggelarnya satu pembohongan, ahli parlimen DAP itu dalam satu kenyataan hari ini, "Najib tidak berkata benar jika dia memang telah berkata bahawa dia tidak dapat melawat zon gempa bumi melanda di Sabah pada hari Jumaat kerana ia adalah hari lahir Yang di Pertuan Agong kerana ini bukan kes itu. "

 Kit Siang menyatakan perkara ini berdasarkan satu artikel di dalam portal berita tempatan bahawa Perdana Menteri ketika melawat Kundasang di Sabah hari ini, telah menyatakan kepada rakyat bahawa dia telah berhajat untuk datang ke Sabah dengan serta-merta pada hari Jumaat selepas gempa bumi tetapi telah tertunda di Kuala Lumpur kerana hari jadi raja.

 " Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah pada Sabtu Jun 6, 2015 dan bukan pada Jumaat Jun 5, 2015," Kit Siang berkata, dan bertanya mengapa Najib hanya dimaklumkan mengenai gempa bumi di Ranau lima jam selepas ia berlaku seperti yang ditunjukkan oleh tweetnya pada hari Jumaat.

 Beliau menambah, "Oleh kerana Jumaat bukan hari jadi Yang di Pertuan Agong, Najib masih perlu menjelaskan mengapa dengan jet eksekutif swasta yang baru, beliau tidak dapat membuat lawatan kilat ke Ranau dan Kundasang".

 Beliau juga berkata, beliau kecewa apabila Najib yang akhirnya sampai di Sabah, beliau tidak menyebut apa-apa majlis khas untuk memberi penghormatan kepada dua malim gunung dan dua jurulatih Mountain Torq yang terkorban dalam tragedi itu ketika cuba untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang di bawah jagaan mereka semasa di atas gunung.

 "Saya menjangkakan Perdana Menteri mengumumkan dalam lawatan lewatnya ke Ranau dan Kundasang projek khas untuk menghormati empat yang korban kerana menyelamatka orang lain, dan ia adalah mengecewakan kerana tidak sedemikian.

 Keempat mereka adalah Robbi Sapinggi, Joseph Solugin, Valerian Joannes dan Ricky Masirin.

Tiada ulasan: