Khamis, 11 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Saya profesional dan bertanggungjawab di atas semua tindakan saya – Arul Kanda

Posted: 11 Jun 2015 03:47 AM PDT

THE RAKYAT POST

Arul Kanda-1MDB-M
Arul menyatakan beliau adalah seorang profesional yang boleh dipertanggungjawapkan terhadap semua keputusan dan tindakan yang diambilnya.


KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kandasamy hari ini tampil dengan satu kenyataan tegas bagi membidas kritikan dan dakwaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai syarikat pelaburan yang diterajuinya.

 

Arul menegaskan beliau adalah seorang profesional dan akan terus bertindak secara profesional dalam melaksanakan tanggungjawab yagng diamanahkan kepada beliau dalam syarikat berkenaan.

"Sebagai profesional, saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam setiap tindakan diambil dan bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah 1MDB serta pemegang saham iaitu Kementerian Kewangan.

"Malah dalam konteks semasa sekarang, saya turut bertanggungjawab kepada Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Semua pihak yang disebut itu, kata Arul adalah pihak berkuasa yang sah untuk layak menentukan sama ada beliau pernah berbohong atau tidak seperti yang didakwa Dr Mahathir kerana mempunyai akses sepenuhnya kepada semua maklumat.

"Saya akan terus menjalankan tugas dengan cara yang profesional, dan memberikan semua maklumat yang diperlukan bagi membantu pihak berkuasa yang sah untuk menyemak kebenaran mengenai 1MDB," kata Arul menjawab persoalan yang dibangkitkan Dr. Mahathir di laman blog chedet.cc milik beliau semalam.

Mengulas soalan berhubung dakwaan kehilangan dana sebanyak RM42 bilion daripada 1MDB, Arul menarik perhatian Dr Mahathir terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perkiraan dan siasatan terperinci terhadap semua fakta berkaitan tuduhan itu oleh pihak berkuasa yang terlibat diperlukan supaya tidak ada sebarang salah tafsir.

Arul juga mengingatkan Dr Mahathir mengenai jaminan Najib yang juga Menteri Kewangan bahawa jika terbukti ada salah laku, maka tindakan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian terhadap mana-mana pihak, dan beliau sendiri menyokong penuh kenyataan tersebut.

Arul juga menjelaskan beliau pada mulanya dilantik untuk melaksanakan kajian strategik ke atas syarikat pelaburan milik kerajaan itu dan kini sedang mengetuai pelaksanaan pelan rasionalisasi perniagaan yang dibentangkan kepada Kabinet dan diluluskan 29 Mei lalu.

"Saya menegaskan bahawa 1MDB komited sepenuhnya dalam usaha untuk melaksanakan pelan rasionalisasi seperti yang dibentangkan kepada Kabinet.

"Pelan ini akan mengurangkan paras hutang syarikat dan ia berjalan lancar seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman sebanyak RM3.6 bilion yang diumumkan pada Isnin lalu," tegasnya.

Arul turut menjelaskan mengenai dakwaan bahawa jawapan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan di Parlimen telah dipinda.

Menurut beliau, perkara itu telah diakui oleh kementerian berkenaan yang telah menerangkan ia berlaku disebabkan kekeliruan mengenai beberapa maklumat yang diberi oleh 1MDB.

"Sebagai Presiden syarikat, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas salah faham tersebut dan akan memastikan komunikasi yang lebih baik dengan semua pihak yang berkepentingan selepas ini.

"Seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang bersesuaian akan dilaksanakan bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa depan," katanya.

GST - Kastam Suruh Peniaga Naikkan Harga?

Posted: 11 Jun 2015 03:44 AM PDT

shahbudindotcom


Beban cukai GST masih menjadi bualan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini. Tidak kira di bandar atau kampung-kampung, rata-rata masih ramai yang bersungut, bukan saja mengenai lebih banyak wang perlu dibelanjakan berbanding sebelumnya tetapi juga kerana cukai tersebut turut menyebabkan kenaikan harga barang-barang.

Ada yang merungut perbelanjaan bulanan mereka sudah meningkat berbanding sebelum GST dilaksanakan, sementara yang lain memendam rasa kerana hampir semua barang sudah menaik harganya. Jika dikira dengan GST yang terpaksa dibayar, pengguna  sudah dibebankan dengan dua kali kenaikan sebenarnya.

Selain kerajaan mengatakan cukai itu memerlukan sedikit masa untuk rakyat menjadi biasa dengannya, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan seringkali menyalahkan ketamakan peniaga sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang-barang itu.

Katanya, dengan perlaksanaan GST pada kadar 6 peratus berbanding SST yang biasanya antara 10 hingga 16 peratus, sepatutnya harga barang menjadi lebih murah berbanding sebelumnya.

Namun, menurut Ahmad Maslan, sikap peniaga yang tamak untuk mengaut keuntungan berlebihan menjadikan harga barangan terus meningkat kerana mereka mencampurkan cukai SST sedia ada dengan GST yang baru diperkenalkan.

Tetapi jika benar ada peniaga yang bersikap demikian, ramai juga yang menyalahkan kerajaan kerana mempunyai aspek penguatkuasaan yang lemah dalam melaksanakan GST sehingga tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

Bagi mereka, kerajaan hanya melihat GST sebagai cara paling mudah untuk menambahkan pendapatan negara tanpa memikirkan dengan serius nasib rakyat sebagai pengguna yang mungkin terbeban kerana manipulasinya.

Kata mereka, sebelum menggantikan SST dengan GST, kerajaan sepatutnya mesti bersedia dari segi penguatkuasaan yang lebih cekap bagi memastikan peniaga tidak mudah memanipulasikan harga barangan.

Setelah lebih dua bulan cukai GST ini dilaksanakan, semua kesalahan mengenai kenaikan harga barang hanya ditujukan kepada peniaga dan belum pernah lagi kerajaan mengakui mereka ada kesilapan atau kelemahan dalam perlaksanaannya.

Soalnya benarkah kerajaan tidak bersalah?

Seorang rakan menceritakan pengalamannya ketika didatangi oleh pegawai kastam sebelum perlaksanaan cukai GST pada 1 April lalu.

Katanya, pegawai kastam itu telah memintanya menaikkan sedikit harga makanan yang dijualnya berbanding sebelumnya bagi mengurangkan beban operasi dan menstabilkan keuntungan apabila GST dilaksanakan.

Menurut peniaga itu, beliau keliru dengan saranan menaikkan harga barangan itu kerana ia seperti dengan sengaja meletakkan dua beban kepada pengguna iaitu kenaikan harga barangan dan  cukai GST sebanyak 6 peratus.

Yang menimbulkan rasa musykil peniaga tersebut ialah apakah memang menjadi amalan pegawai kastam menyarankan peniaga menaikkan harga barangan itu dan apakah tujuannya berbuat demikian?

Timbul juga persoalan, apakah perbuatan meminta peniaga menaikkan harga barangan itu merupakan dasar dan dalam pengetahuan kerajaan atau hanya merupakan kes terpencil saja?

Selebihnya pula, katanya, berapa peratuskah peniaga yang tidak menaikkan harga barangan mereka apabila menerima cadangan daripada pegawai kastam itu?

Rakan saya itu bagaimanapun mengatakan beliau menolak cadangan pegawai kastam itu dan tidak menaikkan harga makanannya di mana pelanggannya hanya perlu membayar tambahan GST 6 peratus saja



Pakatan Rakyat pecah : Siapa Untung Siapa Rugi?

Posted: 11 Jun 2015 03:42 AM PDT



Oleh Suhaizan Kayat


Keputusan Pilihanraya DUN Kota Damansara dalam pilihanraya umum ke 13 yang lepas wajar dijadikan panduan :

BN - 16,387
PAS - 7,312
PKR - 14,860
Bebas 1 - 116
Bebas 2 - 57
Bebas 3 - 39

Terbukti BN tidak kuat, tetapi menang kerana PR pecah.

Apa jadi jika semua tempat mengalami trend pengundian yang sama? Siapa untung siapa rugi?

BN tak perlu kuat untuk menang tetapi perpecahan PR mampu mengekalkan kemenangan mereka.

Jika perpecahan PR menjadi realiti, hasrat BN mencapai majoriti 2/3 di parlimen mungkin tercapai dalam PRU akan datang.

Selamat berfikir dengan akal dan bukan emosi....

11 Faktor kenapa prolib kalah

Posted: 11 Jun 2015 03:39 AM PDT

MSO


Seperti mana dijanjikan di sini saya kemukakan ulasan dan pandangan luaran saya mengenai kekalahan teruk golongan Prolib dalam pemilihan Pas minggu lepas. Alasan yang saya beri ini adalah semata-mata dari sudut pandangan saya dan apa yang saya lihat sendiri.

Sebelum saya menurunkan ulasan atau posmortem kekalahan mereka, saya nak jelaskan; saya sudah menyebut kepada beberapa orang pimpinan prolib dan dicadangankan agar mereka jangan bertanding. Mereka hendaklah serahkan jawatan itu kepada golongan "sinu", yang mengakui mereka ulama dan ustaz itu. Saya membuat cadangan itu kerana arus yang berlaku saat itu begitu kencang sekali dan perancangan untuk menumbangkan golongan prolib sangat tersusun.

(Saya nak jelaskan kenapa saya sering menulis dan menyebut "mereka menganggap diri mereka ulama", sebab sesetengah daripada mereka tidak pun layak untuk mendapat gelaran itu, baik dari segi ilmu, amalan dan juga saksiahnya. Sebahagian daripada mereka hanya menumpang naungan sahaja atau pakai name tag ulama atau ustaz. Atau setakat hafal juz amma, seperti juga yang boleh dilakukan oleh puak prolib. Bahkan dalam prolib ada yang ilmu agamanya lebih tinggi dan mendalam).

Berbalik kepada cadangan saya tadi, agar jangan bertanding dan serahkan sahaja jawatan secara sukarela, mereka tidak setuju. Setengah memberi alasan mereka perlu bertanding kerana hendak pertahankan jawatan. Saya kata kepada mereka kalau hendak bertanding mesti berbuat sesuatu, persiapan melawan serangan mendatang perlu dilakukan. Jangan bertanding dengan tangan kosong dan bermodalkan air liur sebab ia bakal memberi kesan buruk.

Mereka tidak peduli, dan tidak mahu bermain secara jantan bagi mempertahankan kedudukan mereka. Saya percaya dalam firasat mereka, mereka kira penolakan secara bergerombolan itu tidak akan berlaku. Ada yang berfirasat, mungkin orang lain kalah tetapi mereka masih dipilih secara tunggal. Ternyata tanggapan mereka itu meleset. Mereka juga turut bungkus.

Saya tahu mereka tidak mahu membuat persiapan melawan serangan, kerana menghormati dan menjaga maruah Pas. Mereka tidak tergamak membawa Pas seperti parti-parti lain, panas semasa pemilihan yang kemudiannya menyebabkan parti jadi "kucar lembel". Dalam erti kata lain mereka berlawan secara beretika. Tetapi soalnya lawan mereka sudah hilang akal?

Justeru saya berhujah, tindakan itu salah dan bakal memakan diri kerana dipihak "sinu" sudah mabuk dan hilang identiti diri sebagai parti Pas yang zuhud dan tawaduk. Mereka sudah kerasukan dan gahirah untuk menguasai Pas. Mereka lupa kepada adab dan peraturan. Lupa kepada saksiah parti yang mereka dokonginya. Mereka sudah ratib dan zikir yang golongan sebelah sini sebagai pengkhiaat dan jahat. Dan paling bahaya apabila "ghanimah" sudah membayangi mata mereka. 

Lihat kepada bentuk mereka berkempen, khasnya melalui media baru yang tidak tergamak untuk disaksi atau pun dilihat. Kerakusan dan kebuasan puak sinu tergambar dalam pelbagai bentuk kempen. Logistik kempen mengalahkan Umno semasa kempen pemilihan pemimpinannya. Selepas ini mana-mana orang dalam Umno hendak bertanding bolehlah memajak matser mind kempen untuk golongan sinu itu kerana ia ternyata berkesan.

Bukan itu sahaja, saya mencadangkan agar puak prolib juga sepakat menentang perlawanan dari puak sinu. Mereka hendaklah membentuk kumpulan secara rasmi dan menyediakan manifesto perjuangan tersendiri dalam Pas. Kemukakan wawasan dan iltizam mereka yang bersesuaian dengan perjuangan parti.

Hujah saya kalau di pihak sinu, boleh buat majlis, semata-mata untuk menuba ahli dan perwakilan agar menolak mereka, kenapa tidak dengan puak sini. Tetapi sekali lagi tidak dihiraukan. Mereka tetap mahu bertanding secara bersendirian, pro, bukan berpasukan seperti di sebelah sinu kerana mahu mengawal parti menjadi sebuah parti yang dimuliakan.

Akhirnya tindakan bersendirian dan secara masing-masing itu memakan diri. Mereka ditelan satu persatu oleh sang naga api.

Kesimpulan kekalahan itu ialah:
1. Berlaku perlawanan yang berat sebelah.
2. Kempen yang jahat dan sadis oleh pihak sinu.
3. Sikap sambil lewa puak prolib yang masih menghormati parti dan bacaan politik yang salah.
4. Terlalu bersangka baik dengan apa yang dilakukan kepada mereka.
5. Tidak ada manifesto atau agenda khas seperi mana puak di sebelah sinu yang berniat hendak menguasai Pas bagi menolak puak prolib.
6. Tidak mendapat sokongan moral daripada awam, seperti media kroni PB dan lain-lain.
7. Tidak membuat persediaan, menguasai cawangan dan mesyuarat kawasan.
8. Tidak ada gerakan tersusun (bawah tanah) untuk mempertahankan kedudukan, secara berpuak. 
9. Gagal menjelaskan tuduhan (fitnah) yang dilemparkan oleh puak sinu, walaupun ia tidak betul tetapi diterima oleh perwakilan yang cetek pemikiran.
10. Awal-awal lagi puak prolib menjadi inferiority complex kerana apabila mereka dituduh sebagai bukan orang agamawan dan ulama, dari segi moralnya mereka sudah tewas. 
11. Penubuhan PasMa yang berjaya digambarkan sebagai kumpulan Pas baru untuk menentang golongan ulama.

Itulah antara sebab dan faktor mengapa puak prolib kalah dalam pemilihan tempoh hari. Apa yang berlaku bahawa proses pemilihan dalam Pas juga sudah berubah menjadi advance, berbanding dengan parti-parti lain, tetapi malangan kecanggihan itu gagal ditangkis oleh puak prolib, kerana itu kejayaan dicapai oleh puak "sinu" hampir seratus peratus

Kementerian Kewangan perlu segera lantik firma audit akaun 1MDB

Posted: 11 Jun 2015 03:30 AM PDT

THE RAKYAT POST

nurjazlan-M
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata selepas pengauditan dilakukan Deloitte yang berakhir pada 31 Mac tahun lepas, ada 15 bulan yang memungkinkan berlaku pelbagai acara yang memerlukan seseorang untuk mengesahkannya. - Foto TRP/Syahirah Roslan



KUALA LUMPUR- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mencadangkan supaya Kementerian Kewangan segera melantik firma pengauditan bagi mengaudit penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun berakhir 31 Mac 2015.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata berdasarkan prosiding yang dilakukan bersama Firma pengauditan Deloitte & Co semalam, mereka hanya bertanggungjawab mengaudit penyata akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014.

"Kini sudah Jun 2015 dan sepatutnya ada satu lagi akaun yang belum disediakan. Bila kita bertanya kepada Deloitte semalam, mereka berkata tidak menerima arahan daripada pemegang kepentingan iaitu MOF (Kementerian Kewangan) untuk memulakan pengauditan.

"MOF sebagai pemegang kepentingan perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mula mengarahkan pihak terbabit menjalankan pengauditan. Mereka perlu memanggil juruaudit secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen hari ini.

Jelasnya, selepas pengauditan dilakukan Deloitte yang berakhir pada 31 Mac tahun lepas, ada 15 bulan yang memungkinkan berlaku pelbagai acara yang memerlukan seseorang untuk mengesahkannya.

Nur Jazlan berkata sebagai sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), 1MDB perlu memastikan penyata kewangan mereka sentiasa dikemas kini.

"Kini sudah 11 Jun, hampir tiga bulan dan sebagai syarikat senaraian awam, akaun syarikat sepatutnya dah disediakan. Saya jangkakan menjelang 30 Jun, akaun sepatutnya sudah sedia, namun semalam Deloitte berkata mereka tidak menerima arahan, dan sudah pasti mereka (1MDB) tidak menyediakan akaun untuk tiga bulan itu," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyangkal laporan media yang mengatakan pihaknya berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan Deloitte dalam prosiding semalam.

"Saya tak kata kita puas hati dengan penjelasan mereka. Tetapi bila kita tanya mereka, mereka kata 'kami pertahankan pengauditan kami'…maknanya mereka mempertahankan penjelasan mereka setakat penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2014," katanya.

Antara PM, Tun M dan RM

Posted: 11 Jun 2015 03:22 AM PDT


Maka apa yang disebut dialog Nothing2Hide – bagi siapa yang tidak faham bahasa penjajah, terjemahannya ialah 'Tiada Apa Nak Disorok' – itu hanya gah publisiti. Belum bermula sudah berakhir!

Tidak kira apa alasan yang diberi, mungkin faktor keselamatan, mungkin sebab lain, tindakan Ketua Polis Negara mendapat pujian. Ada andaian dan kebimbangan sesuatu tidak baik bakal berlaku. Andaian itu tidak semestinya benar.

Secara peribadi, kalau pun tidak kerana arahan polis, pada hemat saya dialog berkenaan tidak perlu dibuat. Isunya, 1MDB, memang relevan dan sentiasa hangat. Tetapi dialog anjuran Sukarelawan Guaman (SukaGuam) itu, tidak akan memberi apa-apa makna.

Sekiranya tujuan dialog terbuka ialah untuk menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan mengenai syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, belum tentu semua akan terjawab dan dapat menutup kontroversi.

Hakikatnya ialah sebelum ini Najib sendiri telah bercakap di TV dalam wawancara khas untuk memberi penjelasan. Beberapa hari lalu, Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula muncul di skrin, juga untuk menjawab soalan mengenai isu sama.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif, Arul Kanda Kandasamy pun telah beberapa kali membuat kenyataan media, memberi fakta dan angka mengenai syarikat yang dilanda hutang mega RM42 bilion itu.

Tetapi baik PM @ Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Ke-2, hatta CEO kesemuanya gagal memberi jawapan yang memuaskan. Seperti yang diakui semua, apa yang dianggap penjelasan itu sebenarnya menimbulkan lebih banyak soalan.

Jadi apa perlunya orang berkumpul di PWTC untuk dialog pagi Jumaat itu? Belum pasti pertemuan itu betul-betul akan menjawab soalan yang selama ini ditanyakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apakah PM akan betul-betul bersedia menjawab pertanyaan daripada mantan PM yang pasti datang dengan angka dan fakta terkini mengenai syarikat yang dilanda hutang itu?

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat mungkin berniat murni untuk cuba menjernihkan keadaan menerusi dialog Nothing2Hide. Tetapi belum tentu semuanya berani didedahkan pada dialog berkenaan.

Kalaulah yang disoal lain, tetapi yang dijawab adalah benda yang telah diberitahu sebelum ini, lebih baik dialog tersebut tidak diadakan. Semuanya hanya membuang masa, malah mungkin menambahkan lagi kemarahan umum.

Ada cadangan daripada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang tengah menyemukakan Najib dengan Tun M.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula mencadangkan PM dan mantan PM bersemuka tanpa orang tengah. Malah, ramai pula yang mencadangkan PM dan Dr M berdialog di TV.

Semua berniat baik, tetapi cadangan seperti itu hanya membuang masa, kecuali pihak yang ditanya betul-betul dapat menjawab apa yang ditanya dengan jelas dan memuaskan hati pihak yang bertanya.

Hatta, sekiranya PM menjelaskan dengan terperinci dan menjawab semua persoalan dan seribu satu macam kaitan – antaranya Jho Low – itu pun belum pasti dapat memuaskan hati ramai orang.

Kita sekarang berada pada tahap di mana apa sahaja penjelasan dan jawapan kerajaan mengenai 1MDB, akan dianggap sebagai auta @ bohong. Bawalah berkarung dokumen, orang akan menganggap sebagai sampah.

Maka dalam keadaan begitu tidak perlu dipertemukan PM dan Tun M. Perihal 1MDB yang setakat ini dianggap kantoi dengan hutang berbilion-bilion RM, kita serahkan sahaja kepada pihak dan agensi yang telah diamanahkan untuk menyiasat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dan Bank Negara masing-masing bersedia menjalankan siasatan terhadap syarikat berkenaan.

Jalankan siasatan dengan terperinci, tanpa prejudis, dan jangan mengambil masa terlalu panjang. Apa yang ditemukan dalam siasatan nanti hendaklah didedahkan kepada umum. Mudah-mudahan orang akan percaya!


Bimbang batu-batu jatuh dari Gunung Kinabalu

Posted: 11 Jun 2015 03:18 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
gempa bumi Beberapa kesan runtuhan dapat dilihat di kawasan puncak Gunung Kinabalu ekoran gempa bumi yang melanda Sabah. - Foto Bernama

 
 
KOTA BELUD - Sejak berlakunya gempa bumi di Sabah pda 5 Jun, setiap gegaran susulan yang setakat ini melebihi 50 kali, mendatangkan kebimbangan kepada penduduk, terutama yang tinggal berhampiran Gunung Kinabalu.

Kira-kira 750 penduduk Kampung Kiau Nuluh semalam turut panik apabila kedengaran dentuman kuat seperti guruh dari arah lereng Gunung Kinabalu selama hampir sejam hingga menyebabkan kesemua penduduk meninggalkan rumah masing-masing.

Menurut penduduk kampung itu, Lucy Suin, 32, dentuman kuat beserta bunyi seperti helikopter berlegar itu berlaku pada 1 tengah hari menyebabkan beliau yang masih trauma dengan kejadian gempa bumi sebelum ini, segera ke kawasan lapang.

"Rupanya batu-batu sedang jatuh dari atas gunung dan kami dapat melihat banyak perubahan di kaki gunung yang dahulunya penuh dengan hutan kini sudah berubah.

"Pada 5 Jun tidak ada macam ini. Sekarang memang kita boleh lihat dengan jelas (botak)," katanya kepada Bernama di kampung berkenaan di sini.

Kampung Kiau Nuluh, yang terletak 10 kilometer dari Taman Kinabalu, kedudukannya lebih hampir di bahagian selatan gunung itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kiau Nuluh, Sadib Miki, 47, berkata beliau yang baru balik daripada tugasan luar turut terkejut apabila penduduk kampung sudah berkumpul di rumahnya.

Sadib berkata penduduk kampung memberitahunya terdapat gegaran kecil yang dirasai serta kedengaran bunyi dentuman kuat yang menakutkan.

"Saya pun terkejut sebab apabila saya balik di sini, ramai yang datang ke rumah saya, mereka kata mereka terlalu takut dengar bunyi runtuhan dan ada sedikit gegaran," katanya.

Melihatkan kejadian semalam serta gempa bumi pada 5 Jun, yang menyebabkan lebih 40 buah rumah mangalami kerosakan terutama rekahan di bahagian lantai dan dinding di kampung itu, beliau memohon pihak berkuasa agar menjalankan siasatan sama ada kawasan kampung mereka masih selamat didiami atau sebaliknya.

Menurutnya penduduk bersikap terbuka dan akan menerima apa sahaja saranan yang diberikan para pakar kaji bumi berhubung masa depan kampung berkenaan.  

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Sinail Dunsun, 46, menceritakan bahawa sebaik kedengaran runtuhan batu-batu yang kuat, beliau terus keluar dari rumah kerana kejadian seperti ini tidak pernah dialaminya sejak lebih 40 tahun menetap di kampung itu.

"Memang sangat menakutkan terutama apabila saya melihat Gunung Kinabalu seolah-olah telah digondol, sedangkan dahulunya di bawah gunung itu banyak hutan," katanya.

Ketika wartawan Bernama berada di lokasi ini, masih lagi terasa gegaran kecil dan pihak bomba turut berada di kawasan kampung itu semalam untuk memantau situasi. - Bernama


Najib ajak Dr Mahathir berdebat tapi secara tertutup

Posted: 11 Jun 2015 03:08 AM PDT

najib-the-bugis-warrior

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Selepas gagal tampil dalam sesi dialog Nothing2Hide pada minggu lalu, hari ini perdana menteri 'muncul' menjelaskan apa yang berlaku pada hari berkenaan.

Bagaimanapun kemunculan Datuk Seri Najib Razak bukanlah dalam bentuk fizikal, sebaliknya membuat kenyataan di blog rasminya.

Najib & Tun Mahathir
Najib vs Mahathir?

Najib – yang mendakwa berdarah pahlawan – hari ini menunujukkan keberaniannya apabila mengajak  Tun  Dr Mahathir Mohamad berdebat mengenai apa saja isu yang dirasakan ingin diketahui.

Cuma bagi Najib, debat secara terbuka bukanlah wadah yang terbaik untuk menyelesaikan isu  berkenaan.

Najib berkata, beliau sedia menjawab segala pertanyaan Dr Mahathir namun ia tidak perlu dijalankan  secara terbuka "demi menjaga kredibiliti bersama".

"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka  di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri dan dari parti politik yang sama.

"Saya sebagai perdana menteri dan Presiden UMNO saya bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," katanya.

Berdasarkan kenyataan itu dapat difahami bahawa Najib mengajak Dr Mahathir berdebat secara tertutup.

Dalam kenyataan sama, Najib turut menyatakan kekesalannya ekoran sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan pada 19 Mei lalu dibatalkan "atas nasihat polis".

Kata Najib, beliau sudah menyatakan kesudian untuk berdialog dengan badan-badan NGO.

"Bagaimanapun, saya akan terus menyampaikan maklumat dalam apa jua cara yang baik dan berhemah," ujarnya. – Roketkini.com


Pembaca luar negara terus hentam pelancong bogel

Posted: 11 Jun 2015 03:04 AM PDT

Pembaca luar negara terus hentam pelancong bogel Muka depan akhbar tabloid The Sun, The Daily Star dan Daily Mirror
 
 
"JANGAN hina kepercayaan dan undang-undang negara yang kamu lawati," luah Barbara dari Nantwich, Britain terhadap insiden bogel yang kini disensasikan akhbar luar negara.
 
Tinjauan Sinar Online mendapati beberapa akhbar tabloid luar negara mensensasikan isu berkenaan, termasuk menggunakan tajuk berita yang sinis terhadap insiden bogel di Gunung Kinabalu, akhir bulan lepas.
 
Antaranya, The Sun menggunakan tajuk 'Payudara anda membuat tuhan gunung marah', The Daily Star dengan 'Gadis Britan punca gempa bumi' dan Daily Mirror dengan 'Gadis bogel bakal dipenjara kerana sebabkan gempa bumi'.
 
Malah ramai yang menzahirkan kata-kata sinis kepada pelancong yang berbogel di Gunung Kinabalu itu. 
 
"Tidak hormat budaya dan kepercayaan. (Pelancong berkenaan) terlalu bodoh," kata Bella dari Surrey, Britain.
 
"Ikut seperti orang Roman ketika berada di Rome," kata Soks dari London, merujuk kepada perumpaan orang luar perlu menghormati undang-undang dan kepercayaan masyarakat tempatan.
 
"Walaupun mereka nampak cerdik, saya rasa mereka perlu diajar dari segi adab. Penjarakan mereka tiga bulan dan lihat jika mereka bertambah cerdik apabila mereka keluar (penjara)," kata Pike, juga dari Britain.
 
Dalam kejadian 30 Mei lalu, beberapa pelancong asing didakwa berbogel selepas foto bogel mereka di puncak Gunung Kinabalu tersebar di laman sosial.
 
Terbaru, empat warga asing termasuk dua wanita direman semalam bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
 
 
 

Kastam kutip hasil GST lebih RM6 bilion

Posted: 11 Jun 2015 01:49 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
GST

 
 
ALOR GAJAH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatatkan kutipan hasil lebih RM6 bilion melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak sistem percukaian itu dilaksanakan pada 1 April lepas sehingga semalam.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata daripada jumlah tersebut RM3.37 bilion melibatkan kutipan GST import manakala selebihnya merupakan kutipan GST tempatan.
 
Beliau berkata kutipan GST itu merupakan sebahagian daripada kutipan hasil keseluruhan jabatan tersebut sebanyak RM20.7 bilion dari seluruh negara sejak Januari lepas sehingga semalam.
 
"Kita optimis sasaran kutipan keseluruhan RM45.44 bilion tahun ini, di mana RM23.7 bilion daripada GST, dapat dicapai kerana lebih 300,000 peniaga yang berdaftar di bawah sistem GST akan menghantar penyata GST selewat-lewatnya pada 15 Jun ini.
 
"Berdasarkan prestasi kutipan diperoleh setakat ini kemungkinan jumlah keseluruhan kutipan hasil boleh melebihi RM50 bilion," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 Siri 1/2015 di sini, hari ini.
 
Pada majlis itu seramai 191 Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 berjaya menamatkan kursus asas berkenaan bermula 27 Mei lepas.
 
Dalam perkembangan lain, Matrang berkata pembangunan sistem elektronik 'Ubiquitous Customs' (U-Customs), yang akan beroperasi pada 1 Jan tahun depan bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK), kini telah lebih 75 peratus selesai.
 
Beliau berkata U-Customs menepati standard antarabangsa dengan pelaksanaannya akan dapat memantapkan fasiliti perdagangan dan prosedur perkastaman secara menyeluruh dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan penipuan komersial di negara ini.
 
"Sistem U-Customs dibangunkan kerana Sistem SMK sedia ada tidak mampu menampung kehendak perdagangan pada masa kini," katanya.  -Bernama
 
 

Denda RM1 juta 'buffet Ramadan' tanpa sijil halal

Posted: 11 Jun 2015 01:42 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Premis perniagaan makanan yang tiada sijil halal dan menggunakan istilah 'buffet Ramadan' boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Takrifan Halal), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Sehubungan itu, katanya pengusaha premis makanan diingatkan agar mendapatkan sijil halal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika mahu menggunakan 'buffet Ramadan" untuk promosi juadah berbuka puasa.

"Beberapa hari lagi umat Islam di negara kita bakal menyambut bulan Ramadan, sudah pasti banyak premis perniagaan akan mempromosi juadah berbuka puasa.
  
"Di sini saya ingin menegaskan khususnya kepada pemilik dan pengusaha restoran atau premis makanan yang mahu menyediakan perkhidmatan majlis berbuka puasa, saya minta jangan sesekali mereka letak atau pamer 'buffet Ramadan' dalam bentuk iklan, sedangkan mereka tidak ada sijil halal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pematuhan Halal anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Seri Iskandar di Ipoh semalam.

Mohd Nizar turut menggesa orang awam untuk lebih berhati-hati dan peka mengenai helah yang digunakan pengusaha makanan melalui iklan bagi mempromosi juadah berbuka puasa.
  
Beliau berkata pengguna boleh merujuk kepada Bahagian Penyelidikan JAIP jika ada sebarang keraguan dan kekeliruan terhadap pemilikan sijil halal di mana-mana premis dan pengusaha makanan yang mempamerkan 'buffet Ramadan".
 
"Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang rasmi sistem pensijilan halal Malaysia, MYeHalal," katanya.
  
Sementara itu, mengulas isu penarikan sijil halal Syarikat PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung oleh JAIPk pada 1 Jun, beliau berkata syarikat itu telahpun memohon semula sijil berkenaan pada minggu lepas.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meneliti serta memantau perkembangan semasa aktiviti syarikat itu. 
- Bernama
 
 
 

Kerajaan bersenang-lenang, mangsa banjir dalam khemah

Posted: 11 Jun 2015 01:28 AM PDT

SUFI8412

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan persekutuan yang kononnya mengamalkan dasar mendahulukan rakyat, segera mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan isu perumahan mangsa banjir di kelantan.

"Saya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet mengadakan mesyuarat serta-merta bagi membincangkan permasalahan ini, terutamanya kegagalan kerajaan membina rumah kepada mangsa-mangsa banjir," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini.

kelate2
Ramadhan semakin hampir, tapi masih ramai yang terpaksa tinggal dalam khemah.

Menurut Kit Siang, berdasarkan jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim baru-baru ini, hanya 33 unit rumah yang siap dibina setakat ini.

Shahidan mendakwa jumlah keseluruhan rumah iaitu 1,412 unit lagi akan disiapkan dengan kadar segera.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan, beliau tidak yakin kerajaan mampu memenuhi janji tersebut.

"Kerajaan mengatakan rumah akan disiapkan sebelum raya, tapi saya langsung tidak nampak sebarang tindakan dibuat.

"Mana ada? Inilah dia contoh bagaimana janji tidak ditunaikan," tegas beliau.

Katanya lagi, kegagalan ini turut membuktikan betapa mustahilnya untuk Malaysia mencapai status negara maju seperti yang disasarkan kerajaan pada 2020.

"Lima tahun lagi kita (Malaysia) akan capai status negara maju. Tapi dengan keadaan sekarang ini, mustahil ia akan berlaku. Mana ada negara membangun," katanya. – Roketkini.com


Jangan guna statistik terpilih tonjol universiti Malaysia

Posted: 11 Jun 2015 01:26 AM PDT

ZAIRIL_KHIR_JOHARI_SYMPOSIUM

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sekiranya ingin memiliki universiti bertaraf dunia, Malaysia tidak boleh menggunakan statistik terpilih atau tunggal, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Zairil mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh kononnya universiti di Malaysia berada di landasan betul dan menunjukkan kemajuan berdasarkan kedudukan dikeluarkan badan penilai QS World University Rankings.

"Ia pencapaian yang positif. Namun ada cara lain bagi membuktikan kejayaan universiti kita secara objektif tanpa kecenderungan mana-mana dengan membandingkan keputusan itu dengan penilai antarabangsa lain," kata Zairil dalam satu kenyataan.

Idris dalam kenyataan semalam berkata, empat universiti awam yang juga universiti penyelidikan negara berjaya memperbaiki kedudukan dalam QS University Ranking Asia 2015, berbanding 2014.

Antaranya Universiti Malaya yang meningkat dari tangga ke-32 kepada 29 tahun ini, manakala Universiti Sains Malaysia di tempat ke-49 berbanding 57 tahun lepas.

Selain itu, Universiti Teknologi Malaysia di tangga ke-61 dari 66 dan Universiti Putra Malaysia dari tempat 76 ke 66.

Bagaimanapun Universiti Kebangsaan Malaysia kekal di kedudukan ke-56.

Kata Idris, pencapaian universiti awam negara semakin baik dalam pelbagai bidang sejak kebelakangan ini antaranya, tersenarai dalam Top 100 Subject Ranking in the World menerusi QS World University Rankings by Subject 2015.

Namun kata Zairil hujah tersebut tidak kukuh apabila kerajaan mengambil keputusan memilih untuk keluar dari penyenaraian penilaian kedudukan universiti Asia yang dibuat Times Higher Education (THE) bagi tahun ini.

Ujarnya, ketika Jepun, Korea Selatan dan Taiwan diunjurkan THE sebagai "kuasa besar pendidikan tinggi global" Malaysia dilihat 'takut' menyertai penilaian tanpa sebarang wakil dalam kedudukan 100 universiti terbaik Asia.

"Kali terakhir universiti Malaysia tersenarai adalah pada 2013, apabila UKM diletakkan di kedudukan ke-87 antara universiti Asia," kata Zairil.

Dalam pada itu katanya, kerajaan menggunakan fakta terpilih dengan mendakwa universiti Malaysia menerbitkan 23,190 artikel akademik mengatasi Singapura bagi 2013.

"Dakwaan itu tidak jujur dengan mengambil kira bahawa Malaysia memiliki 20 universiti awam dan 43 universiti swasta, pada jumlah 63 universiti iaitu dua kali ganda berbanding Singapura yang memiliki enam universiti awam dan 26 institusi pengajian tinggi swasta.

"Berdasarkan logik Idris Jusoh, seharusnya kita yang menggandakan penerbitan berbanding Singapura, bukan sekadar memintas," ujarnya.

Namun kata Zairil, bukan sekadar jumlah penerbitan yang perlu diambilkira, sebaliknya kesan dan kualiti penyelidikan yang perlu diberi keutamaan.

"Sebagai contoh, Universiti Teknologi Nanyang di Singapura baru-baru ini pada kedudukan pertama di Asia dari segi kualiti dan kesan penyelidikan berdasarkan kajian Thomson Reuters and Elsevier.

"Adakah Idris berani beritahu kami, berapa bagus universiti di Malaysia menurut indeks Thomson dan badan penilaian kualiti lain?" soal Zairil. – Roketkini.com


'Apa masalah DAP bantu mangsa banjir Kelantan'

Posted: 11 Jun 2015 01:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen PAS di Kelantan melihat tindakan DAP membantu mangsa banjir besar di negeri itu tidak akan terjejas selepas kemelut hubungan mereka pascamuktamar.

Wakil rakyat Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata beliau yakin PAS Kelantan boleh menerima sumbangan itu ketika berlaku "sedikit konflik".

"Saya rasa, patut tiada masalah. Sekiranya Australia nak buat rumah dan Britain nak datang bantu juga apa salahnya.

"DAP adalah parti yang sah kerana dia datang atas gabungan Impian Kelantan," katanya selepas sidang media Impian Kelantan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Impian Kelantan sebuah projek membantu membina kembali kehidupan penduduk yang terjejas banjir di negeri pantai timur itu.

DAP melalui projek itu, kata Hatta, telah membantu menyalurkan wang tunai kepada mangsa banjir dan membaiki kemudahan asas seperti pasar.

Dalam perancangan Impian Kelantan, sebanyak 40 buah rumah kepada mangsa banjir akan dibina di Kuala Krai dengan kos melibatkan RM 3.2 juta.

Satu majlis makan malam akan diadakan pada 11 Julai di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur bagi mengumpul dana pembinaan rumah mangsa banjir itu.

Harga bagi setiap meja dalam majlis makan malam akan dijual dengan harga RM2,000. 


PSM minta SPRM siasat kerajaan Negeri Sembilan

Posted: 11 Jun 2015 01:15 AM PDT

 
PSM mendakwa Kerajaan Negeri Sembilan dan PKNNS telah melanggar arahan mahkamah


Arutchelcvan,psm,sprm


PETALING JAYA: Seorang Ketua Pemuda dari sebuah parti politik didakwa menerima kontrak menebang dan membersih pokok-pokok getah di Ladang Gatco, Negeri Sembilan.

Dakwaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelcvan.

Beliau mendakwa, selain ahli politik, syarikat swasta juga diberikan kontrak pembersihan ladang getah itu yang merupakan projek lumayan.

Katanya, pihak-pihak yang terlibat dalam projek menebang dan membersih pokok getah di ladang itu telah melanggar arahan mahkamah.

Katanya, laporan polis pernah dibuat oleh penduduk yang merupakan peneroka di ladang itu.

"Satu siasatan perlu dibuat siapa yang untung kerana menebang pokok ini, berapakah keuntungan yang diperolehi dan siapakah kontraktor yang terlibat?

"Siasatan perlu dibuat segera dan sehingga itu semua pencerobohan ke atas tanah tersebut harus dihentikan sehingga Mahkamah Persekutuan memberikan satu keputusan," katanya dalam kenyataan media yang dimuat naik di di laman Facebook PSM pada Khamis.

Menurut Arutchelvan lagi, peneroka yang menghalang pencerobohan ke atas tanah di Ladang Gatco pada Selasa lalu hanya berbuat demikian kerana setiap pokok getah yang ditebang memberi impak kepada kehidupan mereka.

Dakwa beliau lagi, tindakan peneroka itu adalah ekoran keputusan mahkamah sebelum ini yang telah memihak kepada mereka.

Namun katanya, polis dan beberapa anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) telah bertindak sebaliknya, apabila menahan peneroka yang mahu mempertahankan hak mereka dengan membela pula pihak yang menceroboh dan telah menghina keputusan mahkamah.

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyiasat kerajaan Negeri Sembilan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNSS) kerana melanggar arahan mahkamah.

FMT telah menyiarkan beberapa keping gambar yang telah disebar di laman Facebook menunjukkan pergaduhan antara peneroka dan pasukan polis serta RELA.

Kejadian yang didakwa berlaku di Ladang Air Hitam pada Selasa dimuatnaik di laman Facebook rasmi PSM dengan sekeping gambar menunjukkan seorang peneroka cedera di kepala selepas dipukul oleh anggota polis.

Aksi terjun atlet Filipina jadi bahan lawak

Posted: 11 Jun 2015 01:14 AM PDT

 
Dua atlet mempamerkan penyudah yang teruk menyebabkan kedua-duanya mendapat markah 0 pada Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura.

 
aksi

 
PETALING JAYA: Aksi dua atlet terjun dari Filipina di Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura menjadi bahan lawak di media sosial.

Pahoyo John David dan Fabriga John Elmerson gagal membuat terjunan baik dalam acara tiga meter papan anjal.

Aksi penyudah terjunan dua atlet itu sangat teruk dan menyebabkan kedua-duanya tidak mendapat sebarang mata.

Di akhir rakaman, Pahoya dan Fabriga hanya mampu ketawa mungkin kerana terlalu malu apabila markah mereka diumumkan.

Bagaimanapun, penonton memberi sorakan gemuruh sebagai dorongan kepada dua atlet itu untuk meneruskan persaingan.

Aksi buruk atlet itu menjadi bahan ketawa dan menerima ejekan pengguna laman sosial di negara ini dan negara-negara lain yang turut berkongsi rakaman video itu.

Kebanyakkan komen berpendapat, kedua-duanya belum layak mewakili negara mereka dalam acara itu.
Namun, ada juga yang bersikap positif kerana kesilapan pasti berlaku dalam acara sukan antara bangsa.

Ahli Parlimen kecewa usul bincang rasuah di sempadan ditolak

Posted: 11 Jun 2015 01:06 AM PDT

 
Alasan yang diberikan Speaker Dewan Rakyat tidak konsisten dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri.


Gooi-Hsiao-Leung



KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan rasuah anggota keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul oleh Ahli Parlimen Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) ditolak kerana menggunakan laporan akhbar yang kesahihannya diragui dan bukan kenyataan rasmi Menteri Dalam Negeri.

Laporan New Straits Times (NST) baru-baru memetik sumber yang mendakwa 80 peratus anggota keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand terlibat gejala rasuah.

Hsiao Leung bagaimanapun berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan laporan NST itu.

Katanya, Zahid mengaku terdapat rasuah di sempadan dan telah mengarahkan pihak tentera untuk mengambil alih daripada polis untuk menjaga kawasan sempadan.

"Saya amat kecewa dengan penjelasan Speaker kerana alasan diberikan langsung tak konsisten dengan reaksi oleh zahid selepas berita NST itu dikeluarkan," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.

Sehubungan itu, dia meminta Zahid mengusulkan semula isu itu untuk dibincangkan kerana melibatkan keselamatan negara.

Saya akui punca krisis tapi demi negara, kata Tun M

Posted: 11 Jun 2015 01:03 AM PDT

 
Negara akan kacau bilau jika UMNO/BN kalah pilihan raya kerana tiada parti mendapat majoriti untuk mentadbir negara.


mahathir,malaysia


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau disebalik krisis yang berlaku tetapi apa yang dilakukannya itu kerana suasana ketakutan di negara ini.

Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya akan datang, negara akan jadi kucar kacir kerana tiada parti politik yang mendapat majoriti untuk mentadbir negara.

"Pembangkang tidak mampu kerana mereka bertelagah sesama sendiri. Kerajaan Pakatan akan lemah dan tidak stabil.

"Tanpa sebuah kerajaan yang kuat, negara ini akan menjadi anarki. Krisis yang akan bersama dengan pemerintahan anarki akan lebih teruk.

" Jadi saya memutuskan untuk membuat pendedahan tentang salah laku 1MDB yang mana diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya menerusi entri terbaharu diblognya.

Dr Mahathir berkata, krisis itu boleh ditamatkan jika Najib meletak jawatan untuk membolehkan siasatan adil dan tanpa rasa takut dibuat terhadap pinjaman RM42 bilion oleh 1MDB.

Katanya, selagi Najib menjadi Perdana Menteri, siasatan rapi tidak boleh dijalankan.

"Kita telah melihat bukan sahaja laporan polis dibuat terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan orang yang melaporkan perkara ini telah diisytiharkan bankrap, rumahnya dirampas dan dijual malah beliau pula disiasat kerana penggubahan wang haram dan membiayai pengganas," katanya.

Katanya, Najib boleh kembali menjadi Perdana Menteri jika tidak ada jenayah dikesan dan kesemua wang dikembalikan.

"Menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib seolah-olah menyatakan bahawa marilah kita semua menerima kehilangan wang berbilion ringgit ini dan menganggap tidak ada-apa yang berlaku.

"Krisis mungkin terhasil, tetapi adakah kita boleh membiarkan pencuri mencuri berbilion-bilion ringgit bagi mengelakkan krisis," katanya.

'Lari seorang diri, macam mana nak menang'

Posted: 11 Jun 2015 01:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


"Macam mana saya nak menang jika mereka (Kesatuan Olahraga Malaysia) tidak hantar saya ke kejohanan luar negara dan hanya berlari seorang diri di Kompleks Sukan Bukit Jalil," demikian keluh M Kesavan.

Beliau gagal meraih pingat di Sukan SEA di Singapura dalam acara 800 meter final semalam di Stadium Nasional Singapura.

Kesavan, 22, hanya menduduki tempat keempat dengan catatan masa 1 minit dan 53.30 saat. Pingat emas milik Duong Van Thai dari Vietnam (1:51.43s), pingat perak pelari Filipina, Guarte Mervin (1:51.47s) dan pingat gangsa milik Yaprajan Yothin dari Thailand (1:52.32s).

"Semalam saya gagal mengatasi pelari lain kerana saya tidak dapat membaca gerak mereka walaupun saya berjaya mendahului pada awal perlumbaan.

"Mereka lebih bijak mengatur strategi apabila hanya membuat pecutan pada jarak 300 meter terakhir, menyebabkan saya tercungap-cungap di belakang dan tidak mampu mengejar kerana kehabisan tenaga," katanya kepada Bernama, merujuk dirinya yang kurang berpengalaman.

Atlet dari Kampar, Perak ini berkata selama ini beliau hanya mengikuti kejohanan dalam negara dan hanya sekali sahaja diberi peluang untuk mengikuti kejohanan luar iaitu Kejohanan Olahraga Terbuka Jemputan Filipina 2015 pada 19 Mac lalu.

Di kejohanan itu Kesevan meraih gangsa dengan catatan 1:51.98s.

"Saya kecewa kerana tidak diberi peluang untuk mengikuti kejohanan luar kerana hanya dengan cara itu seorang atlet olahraga dapat memperbaiki persembahan mereka dan bukan hanya berlatih secara bersendirian," katanya dengan nada kesal.

Beliau berharap diberi lebih banyak pendedahan dengan mengikuti kejohanan di luar negara selepas ini bagi memperbaiki mutu persembahanya.- Bernama


 

Hala PAS bergantung pada mesyuarat 'entah bila'

Posted: 11 Jun 2015 12:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang.

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.

Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

"Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya," katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam mesyuarat yang entah bila.

"Justeru saya akan pergi umrah pada 15 Jun selama dua minggu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam ilmu Allah, kata SU

Mesyuarat Majlis Syura biasanya dipengerusikan oleh mursyidul am.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengatakan dengan jelas bila badan itu akan bersidang.

"Dalam ilmu Allah," jawab bekas anggota parlimen Pasir Puteh itu sambil ketawa kecil.

Kemelut antara PAS dan DAP dilihat bertambah buruk apabila muktamar PAS di Kuala Selangor minggu lalu meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Perbalahan dua parti dalam Pakatan itu juga semakin meruncing apabila mereka saling ungkit-mengungkit kesalahan satu sama lain.

Terdapat juga beberapa ahli PAS yang telah keluar daripada parti berikutan kecewa dengan keputusan muktamar kali ke-61 itu.

Mesyuarat kepimpinan baru dalam jawatankuasa Pusat PAS yang pertama semalam tidak membincangkan usul penting iu.

Selain itu, ekoran keputusan pada muktamar itu juga menyebabkan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta supaya semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri meletak jawatan. 


'Minum teh tak semestinya kerjasama dengan Umno'

Posted: 11 Jun 2015 12:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden PAS yang baru Idris Ahmad mengingatkan kepada semua ahlinya supaya tidak menuduh pemimpin mereka mahu bekerjasama dengan Umno.

Dengan memberikan contoh, walaupun terdapat pemimpin PAS yang minum teh bersama pimpinan dari musuh tradisi mereka itu, Idris memberi peringatan kepada seluruh ahlinya supaya tidak membuat kesimpulan bahawa mereka mahu bersama Umno.

"Satu ketika dahulu ada orang menuduh almarhum ustaz Harun Taib dan almarhum ustaz Abu Bakar Chik akan menyertai Umno.

"Sedangkan mereka berdua meninggal di dalam perjuangan PAS. Yang menuduh mereka berdua belum pasti mengakhiri hayat bersama dengan PAS.

"Janganlah bersikap melampau sehingga tidak boleh lihat pemimpin PAS yang kita benci minum teh bersama pemimpin Umno, terus dituduh menjadi Umno.

"Sedangkan orang yang mereka suka siang, malam bersama pemimpin Umno tidak dituduh apa-apa pun," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, ahli parlimen Bukit Gantang itu berkata, walaupun sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah dipelawa supaya parti Islam itu bergabung dengan Umno, namun Hadi dengan tegas menolak ajakan itu.

Sehubungan itu, Idris menjelaskan adalah tidak masuk akal sekiranya seorang pemimpin yang melawan Umno sejak kecil ingin mengkhianati parti dengan menjalinkan kerjasama bersama dengan Umno.

"Untuk makluman, tuan guru haji Hadi pernah diajak oleh pemimpin Umno untuk bergabung dengan PAS tetapi dijawab dengan tegas, PAS tidak akan bersama dengan Umno sebaliknya dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak masuk akal usia dan umurnya hari ini hendak khianat dan menghitamkan sejarah hidupnya dengan menyertai Umno- sebuah parti yang beliau lawan sejak kecil lagi

"Jangan terlalu marah sehingga sanggup menuduh pemimpin PAS ketagih sangat dengan Umno," katanya lagi.

Peringatan pada tukang fitnah

Justeru, Idris memberi peringatan supaya individu yang memfitnah pemimpin PAS menggunakan masa yang ada untuk berdakwah dengan anggota keluarga mereka yang menganggotai Umno supaya menyertai parti itu.

Katanya, pihak yang menyertai PAS adalah terdiri daripada mereka yang memahami dasar Islam dan bukan disebabkan benci atau kecewa dengan parti pemerintah itu.

"Ini merupakan satu tuduhan orang yang kecewa dengan tuan guru haji Hadi Awang yang masih mendapat sokongan daripada ahli.

"Cuba lihat kiri kanan dulu, adakah tidak ahli keluarga mereka yang tidak menyertai Umno.

Alangkah baiknya masa yang terluang untuk menulis dan memfitnah orang lain menyertai Umno digunakan untuk berdakwa kepada keluarga terdekat untuk bersama dengan perjuangan PAS.

"Mereka yang sertai PAS faham sebab apa mereka bersama PAS. Mereka menyertai PAS bukan kerana benci individu dalam Umno, bukan kerana kalah berlawan dalam persidangan Umno, bukan kerana kecewa tidak dapat projek tetapi kerana dasar Islam," katanya lagi.


Tiada ulasan: