ZAKRI ALI |
- Tabung Haji : Siasat Maklumat Urusniaga Bukan Menghukum Pemberi Maklumat.
- LEMBAGA TABUNG HAJI DALAM BAHAYA?
- KES TEMBAK DI INANAM SABAH... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR Written By canang
- Isu Tabung Haji : Penjelasan Yang Biadap, Kurang Ajar Dan Menghina Pendeposit Tabung Haji
- Sekarang Siapa BADUT POLITIK - YB RAFIZI ATAU YB ABDUL RAHMAN DAHLAN ??
- GST sedang ‘mengejar’ rakyat - Oleh Abd Shukur Harun
- Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB RAZIATUL HANUM A. RAJAK
- Berapa gaji ceo tabung haji? Mak cik pak cik tahu?
- Mahathir: Tabung Haji Memang 'Bailout' 1MDB
- Akhirnya Khidmat YB Rafizi Ramli Diperlukan ??
- BATALKAN URUS NIAGA TABUNG HAJI DENGAN 1MDB
- Muhyiddin Akui Buntu Dengan 1MDB
- Asal kluar aja dari mulut2 UMNO mesti BOHONG..
- Jawab segera isu 1MDB dan TH-Dr Asri FMT Reporters
- Pakatan perlu ambil iktibar dari Pmtg Pauh
- Kalau Syed Hamid di Tabung Haji mungkin pembelian tanah 1MDB tidak berlaku?
- Susahnya 'Sigedebe' menerima hakikat!
- KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO PUSAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA PEMBOCOR MAKLUMAT PEMBELIAN TANAH 1MDB DI TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) OLEH TABUNG HAJI.
- Abang KPN enggan ulas surat tunjuk sebab Umno MUZLIZA MUSTAFA
- Umur sebenar Najib 46 tahun?
- Bayi meninggal tercerut kain buaian
Tabung Haji : Siasat Maklumat Urusniaga Bukan Menghukum Pemberi Maklumat. Posted: 08 May 2015 11:30 PM PDT Kata Pengarah NOW Akmal Nasir, tindakan tersebut adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri. "Tindakan pemberi maklumat tidak bernama mendedahkan dokumen berkaitan pembelian tanah 1MDB oleh TH yang nilainya mencecah RM188 juta seharusnya diberikan pujian dan penghormatan. "Namun, pengumuman oleh Khalid bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan identiti pemberi maklumat dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan TH," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kata Akmal lagi, pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan bagi memastikan tiada unsur pecah amanah atau salah guna kedudukan dalam urusniaga ini, bukannya mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat. NOW turut mengemukakan beberapa soalan terhadap Khalid berhubung tindakan beliau itu. 1. Adakah tindakan untuk menyiasat identiti pemberi maklumat yang membocorkan dokumen urusan jual beli tanah 1MDB-LTH dibawah OSA adalah usaha untuk menyekat lebih banyak pendedahan maklumat berkaitan urus niaga berkaitan atau maklumat mengenai 1MDB? 2. Apakah siasatan ini membuktikan sekali lagi bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Whistleblowers Protection Act (WPA) sebenarnya tidak efektif? Ini amat jelas apabila pemberi maklumat terdedah kepada tekanan akta-akta OSA atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA). Jelaslah bahawa pemberi maklumat di Malaysia berhadapan dengan hukuman sedangkan pendedahan mereka menyelamatkan dan memberi manfaat kepada orang ramai. 3. Penjualan tanah tersebut oleh 1MDB yang sepatutnya dibangunkan tetapi dijual pada keuntungan yang berpuluh kali ganda kepada TH. Mengapakah hanya TH yang berminat atau diberi pilihan membeli tanah tersebut? Siapakah yang terlibat dalam proses urus niaga ini? - astro awani Datuk Johan Abdullah buat laporan polis TH buat laporan polis terhadap The Benchmark Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis terhadap artikel yang disiarkan di blog, The Benchmark, yang memanipulasikan fakta sebenar. Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Johan Abdullah di Balai Polis Dang Wangi pada petang Khamis. Dalam laporan polis itu, Johan menyatakan artikel yang disiarkan oleh blog itu telah memanipulasikan fakta sebenar mengenai pelaburan yang dibuat oleh TH menerusi pembelian sebidang tanah di Tun Abdul Razak Exchange (TRX). Katanya, pembelian tanah untuk pembinaan Service Apartment itu dibuat dengan betul selepas melalui proses dalaman yang ditetapkan oleh TH. Katanya, tanah itu dibeli dengan harga RM188.5 juta mengikut harga pasaran semasa selepas dinilai oleh penilai bebas profesional. Dalam laporan polis itu, Johan menafikan TH telah membeli Signature Tower seperti yang didakwa penulis artikel berkenaan. "TH memandang serius penyebaran maklumat dalaman yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab secara salah dan menyalahi undang-undang," tulis Johan dalam laporan itu. Kenapa dokumen tanah TH-1MDB bawah OSA, soal bekas peguam negara Sebelum menyiasat mereka yang bertanggungjawab membocorkan dokumen perjanjian tanah antara Lembaga Tabung Haji (TH) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB), polis terlebih dulu perlu menentukan sama ada ia diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau tidak, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib. "Persoalan seterusnya ialah, siapa yang mengklasifikasikan dokumen itu sebagai rahsia," katanya sambil menambah, mengikut undang-undang mesti ada pegawai yang bertanggungjawab mengklasifikasikan sesuatu dokumen. Talib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam pegawai penyiasat akan meneliti peruntukan dalam OSA bagi mendakwa dalang yang terbabit membocorkan kandungan dokumen itu. Beliau yang merupakan ketua peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, sama ada jenayah dilakukan mengikut OSA atau tidak, ia hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai dijalankan. "Tetapi, bagi tujuan penyiasatan, kes berkenaan boleh diklasifikasikan mengikut OSA," katanya. Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar turut melahirkan kebimbangan berhubung penggunaan OSA dalam kes itu, mengatakan penyiasatan itu satu contoh bagaimana OSA boleh "disalahgunakan untuk tujuan salah". "Dalam kes ini, pemberi maklumat mesti dilindungi tanpa ancaman OSA akan digunakan terhadap mereka," kata Akhbar dalam satu kenyataan semalam. "Sebaliknya keutamaan perlu diberikan untuk menyiasat sama ada sebarang penyelewengan berlaku dalam urus niaga perniagaan itu, jika pembelian itu dibuat mengikut prosedur standard dan jika harga yang dibayar TH munasabah dan adil," katanya. Khalid berkata, klasifikasi itu dibuat selepas meneliti laporan polis yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah. Beliau berkata, polis akan memanggil mereka yang dikenal pasti dalam kes itu, termasuk pegawai tertinggi TH untuk disoal siasat tidak lama lagi. Abu Talib berkata, tiada halangan terhadap pihak polis untuk mengklasifikasikan semula kes ini sekiranya ketika menjalankan siasatan, didapati wujud kesalahan lain. "Pada kesudahannya, kita harus ingat, pendakwa raya yang akan memutuskan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa seseorang melakukan jenayah," katanya. Johan semalam membuat laporan polis mengenai data tidak tepat disiarkan blog "The Benchmark" yang mendakwa badan pengelola dana simpanan haji itu membeli dua bidang tanah dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB dengan nilai sejumlah RM772 juta secara tunai sedangkan pembelian itu mendapat "potongan" harga pada RM188.5 juta. Dalam laporan polis itu, Johan berkata, tanah seluas 67,954 kaki persegi dibeli untuk membina sebuah pangsapuri mewah dan menafikan yang TH dalam proses mendapatkan Signature Tower seperti yang didakwa blog tidak dikenali itu. Beliau berkata, pelaburan itu dilakukan mengikut garis panduan sebenar dan mendapat kelulusan yang betul. Pembangunan pangsapuri mewah itu akan dibangunkan Tabung Haji Properties Sdn Bhd. Blog tidak dikenali itu mendakwa TH membeli dua plot tanah menggunakan dana pendeposit dan membeli tanah itu pada nilai yang jauh lebih mahal daripada yang dibayar 1MDB, sebaliknya perkara itu dinafikan badan itu. Menurut blog itu, 1MDB Real Estate Bhd memperoleh tanah bagi pembinaan TRX pada harga RM64 satu kaki persegi daripada kerajaan persekutuan. Johan turut menyatakan dalam laporan polis itu kebocoran dokumen sulit tidak membuktikan cadangan itu diluluskan dan bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995. Isu 1MDB menjadi kontroversi besar selepas menanggung hutang yang banyak iaitu kira-kira RM42 bilion malah kerajaan juga mengakui syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu sedang mengalami masalah aliran tunai. Sementara itu, peguam Haresh Mahadevan berkata polis perlu menjelaskan mengapa ada keperluan untuk mengklasifikasikan satu perjanjian jual beli yang melibatkan penggunaan dana simpanan haji. "Polis harus mencari siapa menteri atau wakilnya yang mengklasifikasikan dokumen tersebut," katanya sambil menambah, perjanjian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab. Hareshi ialah salah salah seorang peguam yang berjaya mendapatkan pembebasan bagi 2 guru sekolah rendah yang memiliki salinan kertas peperiksaan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) tahun lepas tanpa kebenaran. Subbarau Kamalanathan dan Murugan Palanisamy didakwa mengikut OSA yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 1 hingga 7 tahun. Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Seremban membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Salah satu sebabnya ialah, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kepada mahkamah satu pewartaan menyatakan menteri pendidikan memberi kuasa kepada ketua sindiket pemeriksaan mengklasifikasikan kertas peperiksaan itu sebagai "sulit". - The Malaysian Insider. | ||
LEMBAGA TABUNG HAJI DALAM BAHAYA? Posted: 08 May 2015 10:45 PM PDT | ||
KES TEMBAK DI INANAM SABAH... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR Written By canang Posted: 08 May 2015 10:00 PM PDT Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin. Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri. Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu. "Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut. Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. "Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya. Cananglanie. - "ALLAH MAHA BESAR" | ||
Isu Tabung Haji : Penjelasan Yang Biadap, Kurang Ajar Dan Menghina Pendeposit Tabung Haji Posted: 08 May 2015 09:15 PM PDT Saya diberi faham kenyataan yang berikut ini telah dikeluarkan oleh sebuah agensi psy-war Kerajaan, kononnya untuk mencerahkan kekeliruan Tabung Haji membayar harga tinggi dan lumayan untuk membeli tanah kepunyaan 1MDB. Jawapan dan komentar saya diselitkan dalam tulisan biru. JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI, BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta. Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH. Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %. Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ? My comments : Ini adalah jawapan yang paling bodoh yang hanya boleh keluar dari otak orang yang kurang berpendidikan, tidak berpelajaran dan tidak faham apa pun berkenaan perniagaan dan corporate structure atau struktur syarikat. Juga agensi psy-war Kerajaan yang menulis penjelasan ini cuba spin atau putar belitkan kenyataan untuk memperbodohkan orang kampong. Anak syarikat mesti ada ibu syarikat (parent atau holding company), terutama sekali apabila ibu syarikat memegang 50% atau lebih saham anak syarikat. Anak syarikat yang dipunyai 100% disebut 'wholly owned subsidiary'. Dengan secara otomatik, akaun anak syarikat yang dipunyai lebih dari 20% sahamnya mesti digabungkan (consolidated) dengan akaun ibu syarikat. Jika ibu syarikat pegang saham lebih 50%, maksudnya 'anak syarikat' adalah tidak beza dari 'ibu syarikat'. Modal untuk mulakan perniagaan 'anak syarikat' bukan jatuh dari pokok mangga belakang rumah di kampong. Modal anak syarikat datang dari ibu syarikat juga. Ibu syarikat yang kena tanggung kewangan 'anak syarikat'. Jika anak syarikat rugi, bankrap, kena saman hutang di mahkamah dsbnya maka ibu syarikat, sebagai pemegang saham utama, akan turut tanggung rugi. Contoh yang paling senang untuk faham perkara ini adalah 1MDB. 1MDB adalah anak syarikat Minister Of Finance Incorporated atau Perbadanan MOF. 1MDB boleh pinjam duit atas jaminan 'ibu syarikat' MOF (Kerajaan M'sia). Jika 1MDB bankrap, ibu syarikat terpaksa tanggung beban jaminan serta turut kehilangan duit. Kalau tidak begitu, cuba jelaskan kenapa ibu syarikat 1MDB ia itu MOF Inc baru ini beri pinjaman tambahan RM950 Juta kepada 1MDB?Kenapa tidak suruh 'anak syarikat' nya ia itu 1MDB pergi mampus saja? Tanah yang dijual kepada TH itu pun bukan kepunyaan 1MDB tetapi dimilik atas nama anak syarikat 1MDB (yang memang mempunyai banyak anak syarikat). Tetapi umum sedia faham pemilik yang sebenarnya adalah 1MDB. Seterusnya umum juga sedia faham bahawa pemilik sebenarnya adalah MOF Inc ia itu Kerajaan Malaysia (wang rakyat Malaysia). Jelas bahawa status anak syarikat tidak melepaskan ibu syarikat daripada tanggung jawab, tanggung rugi dsbnya. Jadi tolonglah jangan tipu atau cuba klentong orang kononnya anak syarikat itu beza dan terasing dari ibunya. Bloglist Malaysia | ||
Sekarang Siapa BADUT POLITIK - YB RAFIZI ATAU YB ABDUL RAHMAN DAHLAN ?? Posted: 08 May 2015 08:30 PM PDT Saturday, May 9, 2015 MP Kota Belud!! Mahathir kata Tabung Haji memang bailout 1MDB.. err.. Mahathir ni berlagak bodoh jugak ke? Menjawablah seorang MP dari BN bila Rafizi mempersoalkan di manakah suaranya bila Tabung Haji bailout 1MDB.. Jawabnya kepada Rafizi.. "Jangan jadi badut politik YB, jangan nak lagak bodoh tak tau beza antara pelaburan dan bail-out.. Sedap saja dia kata Rafizi berlagak bodoh.. Sekarang.. Tun Mahathir menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan. "Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. "Wang ini bukan milik Tabung Haji. "Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB," katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Baca nih!.. 1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya. 2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji. 3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. 4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB. 5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar. 6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. 7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit. 8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga. 9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah. 10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah ~ Chedet MP Kota Belut!! Mahathir ni berlagak bodoh jugak ke?.. Macai nak kata apa sekarang?.. pertahankanlah 1MDB yang diilhamkan oleh Najib tu... | ||
GST sedang ‘mengejar’ rakyat - Oleh Abd Shukur Harun Posted: 08 May 2015 08:00 PM PDT Bahkan di luar bandar sentuhan GST dari segi harga barang yang digunapakai oleh penduduk luar bandar juga meningkat. Ini kerana syarikat pengangkutan, seperti syarikat lain juga, akan dikenakan GST. ISU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mendominasi pemikiran sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan ini ialah yang merasakan tekanan GST ini, sementara golongan elit/mewah yang mendiami kawasan mewah di bandar besar tidak akan terasa dengan kedatangan GST ini. Ini kerana orang-orang besar ini tidak mengetahui harga barangan di pasar, sementara isteri mereka boleh jadi hanya sesekali pergi ke pasar dengan orang gaji dan pemandu. Biasanya, orang gaji atau pembantu dan pemandulah yang sering ke pasar untuk membeli keperluan dapur. Sementara ketika mereka berbelanja di kompleks membeli belah, persoalan harga tidak pernah difikirkan. Ambil saja dan bayar. Baju, seluar kasut, peralatan wanita dan apa saja, bayar di kaunter tanpa mempedulikan berapa kena GST dan sebagainya. Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah, "rempuhan" GST ini sangat membebankan mereka. Berbelanjalah di mana saja, GST sedang 'mengejar' rakyat semuanya jadi mangsa GST. Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin, isu GST ini dibangkitkan dengan meluas. Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengingatkan pengundi keduadua PRK itu mengenai kesan GST ini kepada rakyat. Menurutnya, isyarat perlu disampaikan kepada Umno-BN bahawa rakyat menolak GST. Ini kerana ia sangat membebankan. Beliau bimbang, tidak mustahil kerajaan Umno-BN ini meningkatkan nilai GST pada tahun-tahun akan datang demi menampung keborosan hidup mereka dan juga hutang yang semakin menimbun. Bukan itu saja, kata Tuan Ibrahim. jika Umno-BN berjaya dalam dua PRK Permatang Pauh juga mungkin akan diambil kesempatan oleh Najib untuk menyatakan bahawa 1MDB tidak ada masalah dan menolak segala dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Tuan Ibrahim hutang RM42 bilion oleh 1MDB mungkin akan dilupakan begitu saja. Segala pendedahan mengenai 1MDB tidak akan lagi diendahkan kerana Najib beranggapan rakyat tetap menyokongnya. Isu GST ini menjadi isu penting rakyat terutama pelaksanaannya di mana telah menjadi bahan kempen PRK Permatang Pauh dan juga Rompin. Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul menyifatkan kerajaan Umno-BN terus menerus menekan rakyat. Ini, katanya, berikutan tindakan kerajaan mengenakan GST ke atas hampir semua barangan termasuk beberapa barangan istimewa. "Betapa teruknya Umno- BN apabila mengenakan GST termasuk barang yang tidak masuk akal langsung. Antaranya lesung batu, pengayak tepung dan sudah tentu produk makanan. Dalam senarai panjang itu cuma lengkuas saja tidak dikenakan GST," kata Johari dalam satu ceramahnya. Oleh itu, beliau mahu rakyat bandar dan luar bandar memahami kesan peningkatan kos hidup akibat pelaksanaan cukai tersebut dan rakyat perlu menolak GST ini. Isu GST ini akan menjadi isu dominan dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada di bandar mahupun luar bandar. Bahkan di luar bandar sentuhan GST dari segi harga barang yang digunapakai oleh penduduk luar bandar juga meningkat. Ini kerana syarikat pengangkutan, seperti syarikat lain juga, akan dikenakan GST. Maka tuan punya syarikat pengangkutan secara logiknya akan meningkatkan kadar sewa pengangkutannya. Ini bermakna sewa pelbagai jenis pengangkutan akan turut naik. Lebih-lebih lagi bagi penduduk luar bandar, harga barangan keperluan akan lebih jauh meningkat, justeru kerana jauh perjalanan, maka sewa pengangkutan pun akan jadi mahal. GST akan "mengejar" rakyat di mana-mana dan siapa pun. Maka mereka yang berkata bahawa kononnya GST tidak membebankan rakyat akan termasuk dalam istilah "bebalisme," suatu istilah yang dicipta oleh Allahyarham Prof Dr Syed Hussein al-Attas. Istilah bebalisme ini satu rumpun dengan kebodohan, kedangkalan, kedunguan. Maknanya mereka yang memiliki kebodohan dan kedegilan, menyokong secara membuta tuli dan sebagainya adalah terangkum dalam istilah bebal. Oleh itu, mereka yang menyokong GST, malah menyifatannya sebagai "tidak membebankan rakyat," maka tokoh itu mempunyai watak "bebal tahap tinggi." Mungkin ramai yang berkepentingan menyatakan GST tidak membenankan rakyat. Tetapi itulah yang terjadi, disebabkan atas pelbagai kepentingan. Walau bagaimanapun majoriti rakyat tetap menentang GST kerana ia sangat membebankan rakyat. Cuma masalahnya di sini ialah rakyat belum dapat penerangan yang luas dan seimbang mengenai GST ini. Iaitu bagaimana GST ini sangat membebankan rakyat. Penerangan pula mestilah dilakukan secara mudah, supaya rakyat biasa mudah faham dengan memberikan contoh yang mudah pula. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB RAZIATUL HANUM A. RAJAK Posted: 08 May 2015 07:30 PM PDT TUN MAHATHIR BIMBANG DAN MARAH SHAH ALAM – "Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga!" demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kontroversi terbaharu berhubung pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Beliau membidas tindakan TH yang menggunakan caruman orang awam untuk membeli tanah yang hanya 1.5 ekar Tun Razak Exchange (TRX) tapi membayar pada kadar hampir dengan harga 70 ekar tanah yang dibeli 1MDB sebelum ini. "Wang tabung haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. "Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk 'bail out' (pemulihan) hutang 1MDB. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar. "Sekarang TH membeli satu 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan Bumiputera. Tetapi 1MDB telah mengetepikan projek ini," katanya melalui catatan terbaharu di blognya Chedet.com, hari ini. Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TTRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta. Dalam tulisan sama, Tun Mahathir mengingatkan Tabung Haji bahawa wang yang disimpan orang ramai dengan harapan ia diurus dengan baik tetapi malangnya ia digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. "Tiada ada negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerjakan haji dari Malaysia dengan tabung hajinya. Wang yang ditabung sejak ditubuhkan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji. "Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya? Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion Ringgit. "Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga," tegasnya. Beliau juga sempat memberi amaran kepada Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menyiasat dan melaporkan gejala-gejala rasuah yang berlaku serta buktikan beliau turut melesapkan duit kerajaan sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. "Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low (ahli perniagaan) dan Riza Aziz (anak tiri Najib) jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melaporkan diisytiharkan muflis dan rumahnya telah digeledah. "Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah," tegasnya. Sebelum ini, Tunku Aziz mengkritik skandal kewangan yang berlaku dalam tempoh 20 tahun Tun Mahathir berkhidmat. | ||
Berapa gaji ceo tabung haji? Mak cik pak cik tahu? Posted: 08 May 2015 07:00 PM PDT | ||
Mahathir: Tabung Haji Memang 'Bailout' 1MDB Posted: 08 May 2015 06:30 PM PDT Walaupun menteri Umno menafikan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan. "Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. "Wang ini bukan milik Tabung Haji. "Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout(pemulihan) hutang 1MDB," katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata rancangan 1MDB itu perlu dibatalkan segera kerana Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka. "Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya," soalnya. "Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit." Menteri: Pelaburan bukan penyelamatan Beliau mendakwa urus niaga yang mendapat perhatianbanyak pihak itu juga membolehkan 1MDB mendapat untung besar. "Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar. "Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 juta ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. "Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputera. "Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini," katanya lagi. Menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan (atas), ketika mengulas dakwaan penyelamatan 1MDB oleh Tabung Haji, menulis di Twitter bahawa terdapat perbezaan antara penyelamatan dan pelaburan. - mkini | ||
Akhirnya Khidmat YB Rafizi Ramli Diperlukan ?? Posted: 08 May 2015 06:00 PM PDT 1MDB & Tabung Haji Kantoi Lagi - Muhyidin, Mahathir & Rafizi Bergabung Dedahkan Rahsia Skandal 1MDB - Tabung Haji.WOW!!! Korang mesti baca pendedahan-pendedahan yang disebut oleh Mahathir dan Rafizi. Seperti yang aku dah sebut pada awalnya disini ; Kat situ ada aku hurai pendapat aku. Penjualan tanah itu bukan la dalam erti kata 1MDB 'nak jual tanah' atau Tabung Haji 'nak beli tanah' atas nama pelaburan dalam perniagaan. Sebaliknya, penjualan tanah-tanah itu adalah sebagai MASK untuk mengaburi niat sebenar mereka. Urusniaga itu digunakan sebagai TOPENG bagi menghalalkan wang yang keluar dari TH berpindah ke 1MDB. Satu persoalan yang aku fikir-fikir. Memang ada kaitan juga. Urusniaga itu dikatakan TH perlu membayar jumlah penuh pada tempoh tertentu. So faham-faham la. Bayaran sekaligus. Maka, bila digabungkan dengan pendedahan Rafizi memang masuk akal. Baca jap point Mahathir ; TABUNG HAJI 1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya. 2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji. 3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. 4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB. 5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar. 6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. 7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit. 8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga. 9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah. 10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah.. --------------- Dan ini pula point Rafizi ; Kesimpulan ; 1. 1MDB takde duit nak bayar faedah banyak-banyak 2. Tapi 1MDB pinjam banyak-banyak dengan faedah yang tinggi. 3. Konon atas alasan nak buat melabur berjuta-juta. 4. Untung tidak malahan rugi. 5. Jika untung kenapa sibuk cairkan aset satu persatu? 6. Jika untung kenapa kerajaan perlu bailout menggunakan dana 950 juta? Bukan pinjaman tetapi dana. Maksudnya bagi terus sebagai modal perniagaan. 7. Walaupun rugi pinjaman tetap kena bayar. 8. Faedah-faedah pun 1MDB perlu tanggung. 9. Maka jual la tanah pada Tabung Haji. 10. Tak mungkin secara kebetulan, nilai jualan 1 1/2 ekar tanah milik 1MDB sama nilai dengan jumlah faedah yang 1MDB perlu bayar. 11. Kita manusia ada otak, ada akal. Lue fikirlah sendiri. Dalam pada itu. Mujhyiddin pun dah mula buka gelangang. Tengok la statement terbaru dia neh hah ; Point power ; 1. Punca kekalahan di Permatang Pauh kerana 1MDB (padahal isu GST) 2. Tatau nak jawab apa ketika berkempen 3. Rakyat mahu tahu tetapi tapi Muhyiddin tidak tahu memberikan penjelasan 4. Perkara ini serius dan mungkin memberi kesan kepada kelangsungan BN pada PRU yang mendatang. Kesimpulan? Muhyiddin orang no 2 dalam pentadbiran dan BN itu sendiri. Kalau orang no 2 pun buntu apatah lagi no 3 dan seterusnya. Lagi la haru nak kumpul alasan demi memperbodohkan rakyat. Nampak sangat isu 1MDB neh ialah isu yang merugikan wang rakyat. Dah kalau timbalan perdana menteri pun tatau nak kata apa (enggan berkompromi menyokong tindakan Tabung Haji + 1MDB) maka jelaslah, bibit2 perpecahan dan bibit2 babai Najib dan Rosmah forever ever tengah berjalan secara strategiknya. KAH KAH KAH | ||
BATALKAN URUS NIAGA TABUNG HAJI DENGAN 1MDB Posted: 08 May 2015 05:30 PM PDT Langkah Tabung Haji membuat laporan polis kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah milik 1MDB adalah memalukan. Ia jelas untukk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum. Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu. Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu. Husam Musa Naib Presiden PAS 8/5/2015 | ||
Muhyiddin Akui Buntu Dengan 1MDB Posted: 08 May 2015 04:47 PM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani, dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah. Bercakap pada wartawan yang bersamanya dalam rombongan rasmi ke Milan, Itali, timbalan perdana menteri itu berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana menjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai ketika berkempen. "Saya tidak tahu apa nak cakap apa. "Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Muhyiddin, merujuk bekas perdana menteri yang sejak kebelakangan ini mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB. "Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat," kata Muhyiddin. Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno. – 8 Mei, 2015. TMI | ||
Asal kluar aja dari mulut2 UMNO mesti BOHONG.. Posted: 08 May 2015 06:00 AM PDT Apakah slps Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan gunakan wang agensi lain untuk selamatkn 1MDB ??? Jgnlah disbbkn ketidakcekapan KAMU urus tadbir kewangan negara, KEBOROSAN, KETIRISAN, RASUAH duit2 rakyat, dana awam pula jadi mangsa !!! ANDA nilaikanlah sendiri pemimpin2 MUNAFIK-UMNO.. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. | ||
Jawab segera isu 1MDB dan TH-Dr Asri FMT Reporters Posted: 08 May 2015 05:15 AM PDT Mufti Perlis membangkitkan isu berkenaan bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi yang berlaku melibatkan masa depan rakyat dan negara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pengakuan TH membeli tanah dengan harga RM188.5 juta itu menambahkan lagi persoalan-persoalan yang gagal dijawab oleh kerajaan dengan jelas. Katanya, persoalan tentang 1MDB, pengaruh Jho Low dan kemewahan hidup 'wanita tertentu' sehingga kini tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan negara. "Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri . Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu 'kebal dan utuh'? "Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu?" katanya. Asri berkata, beliau juga berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara seperti orang lain juga termasuk isu pembelian tanah oleh TH yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai 'bail out' 1MDB secara kecil-kecilan. "Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan," katanya. Asri berkata, beliau membangkitkan isu ini bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi ini melibatkan masa depan rakyat dan negara. "Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini. "Kasihanilah kami," katanya. | ||
Pakatan perlu ambil iktibar dari Pmtg Pauh Posted: 08 May 2015 04:30 AM PDT Selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti yang selesa semalam, para penganalisis berkata Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan perhatiannya terhadap usaha "menyembuhkan" perpecahan dalam gabungan itu. Jika tidak, kata felo Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat, kecenderungan mengundi di daerah mengundi Sungai Lembu boleh menjadi petanda terhadap apa yang mendatang. Daerah itu merupakan satu kawasan kecil luar bandar dengan hanya lebih 533 pengundi, dengan 98.69 peratus Cina mengikut data 2013. Pengundian di kawasan itu menyaksi peralihan undi sebanyak 13.8 peratus memihak kepada BN dalam pilihan raya kecil semalam. Wong berkata peratusan keluar mengundi di daerah itu semalam adalah kira-kira 60 peratus, berbanding dengan hampir 90 peratus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan 74.53 peratus bagi Parlimen Permatang Pauh semalam. "Mereka (pengundi Sungai Lembu) mungkin tidak puas hati dengan Pakatan, tetapi tidak mahu mengundi BN. Oleh itu mereka tidak keluar mengundi, dan saya percaya faktor itu sebahagian besarnya ada kaitan dengan PAS [...] "Itu harus menjadi kebimbangan kepada Pakatan (dan) kedua-dua DAP dan PKR, kerana apa yang mungkin menjadi kecenderungan dalam pilihan raya akan datang adalah mereka mungkin tidak mengundi BN. Mereka mungkin duduk di rumah dan sudah mencukupi bagi pihak seperti Gerakan untuk mendakwa bahawa (bahagian undi yang diperolehinya telah meningkat)," Wong katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam. Kempen pilihan raya Pakatan di Permatang Pauh telah dicomotkan oleh perbalahan dalaman berkaitan usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Ini termasuk desakan pemimpin PAS di peringkat akar umbi supaya memboikot pilihan raya kecil itu berhubung isu berkenaan, walaupun ia kemudiannya telah ditarik balik. Wong berkata episod seperti itu mungkin telah menakutkan pengundi yang tidak menyokong hudud. Sementara itu, CEO Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan bersetuju bahawa Pakatan kini perlu menyelesaikan perbalahan itu. Beliau berkata walaupun fakta menunjukkan bahawa PKR telah berjaya mengekalkan tahap sokongan terhadapnya, tetapi pada masa yang sama, ia gagal menarik penyokong baru. "Ini menunjukkan bahawa isu-isu nasional mungkin mempengaruhi penyokong BN yang mungkin memutuskan untuk tidak mengundi, tetapi mereka memang tidak akan mengundi Pakatan. "Ini menunjukkan, walaupun dengan kemarahan terhadap BN itu, Pakatan masih tidak mendapat lagi pengundi baru [...]. "Anda tidak melihat peningkatan dalam sokongan pada ketika anda sepatutnya mendapat tambahan sokongan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam. PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti 8,841 undi malam tadi. Walaupun jumlah majoriti itu berkurangan berbanding dengan pilihan raya umum ke-13, tetapi peratusan undi untuk PKR dan BN tidak memperlihatkan sebarang perubahan besar antara kedua-dua pilihan raya itu. Mimpi Senja | ||
Kalau Syed Hamid di Tabung Haji mungkin pembelian tanah 1MDB tidak berlaku? Posted: 08 May 2015 03:45 AM PDT SEBELUM JUMAAT Beberapa tahun lalu apabila Syed Hamid Albar tidak lagi disenaraikan dalam Kabinet Najib Razak, bekas ahli Parlimen Kota Tinggi itu diberikan penghormatan untuk dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji. Cadangan atau penyerahan Tabung Haji kepada Syed Hamid itu dikira tepat dan sesuai sangat. Syed Hamid dikenali sebagai seorang kedekut tetapi mempunyai prinsip dan ketegasan.
Lembaga itu hendaklah dijaga dan diawasi sebaik mungkin, bukan sahaja soal perbelanjaan, tetapi aktiviti pelaburannya untuk menambahkan pendapatan juga perlu diawasi dan dipastikan berjalan selari dengan syariat Islam. Harus diingat wang digunakan atau ditabungi oleh pelabur di institusi itu adalah yang bersih dari sebarang najis.Pulangan dividen juga haruslah wang yang bersih. Bekas Menlu itu, katanya senang dengan tawaran itu. Dia sudah pun bersedia. Surat perlantikan itu juga sudah diterima dan dibacanya. Cuma beliau belum sempat untuk memasuki pejabat lembaga itu kerana kebetulan saat itu dia sedang bersiap-siap untuk mengerjakan umrah. Syed Hamid berkira-kira sekembali dari Makkah dia akan memulakan tugas barunya disitu, menyelia dan mentadbir wang pelabur Tabung Haji. Ada setengah qaul mengatakan Syed Hamid sudah pun menjejak ke bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan mengarahkan kakitangan agar membuat sedikit pindaan untuk pejabat barunya itu. Malang setelah beliau kembali dari mengerjakan umrah, saat hendak memulakan tugas, tiba-tiba perlantikan itu ditarik balik. Sebagai gantinya beliau diberi tugas dan jawatan baru sebagai Pengerusi Suruhanjaya Kenderaan Awam dan Darat (SPAD), menjaga bas, lori dan teksi. Beliau tidak bertanggungjawab menjaga kapal, bot dan perahu serta kapal selam, kerana kenderaan itu dikategorikan sebagai kenderaan laut. Pertukaran jawatan itu jauh bezanya walaupun tarafnya sama "pengerusi". Beliau lantas memasuki pejabat SPAD dan tidak ke bangunan Tabung Haji tanpa ada apa-apa 'ogehan' dan bantahan. Itulah stail dan sikap Syed Hamid seorang yang akur dan jujur. Dan hari ini selepas kecurnya berita mengatakan Tabung Haji telah membeli tanah 1MDB bernilai RM 188.5 juta, dimana pembelian itu meragukan akan ketelusan dan tujuannya, baru saya faham kenapa Syed Hamid tidak dibenarkan masuk ke Tabung Haji. Saya yakin dan percaya kalau Syed Hamid yang menjadi Pengerusi Tabung Haji apa yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku. Dia juga tidak akan tersalah berkomunikasi dengan ahli lembaga pengarahnya. Syed Hamid bukan budak penjaga kereta, jauh sekali sebagai ketua samseng kampung Dusun. Dia seorang diplomatik dan berkelulusan sebagai peguam dan pengamal undang-undang. Pengalaman dan pengetahuan yang ada kepadanya tidak memungkinkan hal-hal terjadi di Tabung Haji yang tidak syariat atau meragukan itu akan terjadi. Ertinya penolakan Syed Hamid dari dilantik menjadi pengerusi Tabung Haji, katanya atas nasihat seorang "personalis" yang rapat dengan PM itu, ada tujuan dan motifnya. Begitu juga dengan perlantilkan CEO dibuat dengan penuh selektif. Ia adalah untuk memudahkan kerja-kerja yang berlaku sekarang ini dilakukan tanpa ada kawalan, tinjauan dan pemerhatian dari segi perundangan sivil dan syariah. Mungkin selepas kecoh skandal pembelian tanah bernilai ratusan juta itu menyebabkan Syed Hamid tertunduk sambil tersenyum dan sedikit memahami apa yang berlaku ke atasnya. Sekarang bolehlah media massa cuba-cuba tanya hal ini kepada Syed Hamid Albar. Apakah benar maklumat yang saya catat ini. Mungkin surat tawaran untuk beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji masih ada dalam simpanannya. Cubalah... Syed Hamid sesungguhnya bukan "Mat Maslan" kandati pun mereka dari bumi yang sama. [wm.kl.12:29 pm 08/05/15 | ||
Susahnya 'Sigedebe' menerima hakikat! Posted: 08 May 2015 03:00 AM PDT Dalam keadaan PR kucar-kacir dan berselerak-tak pun BN tidak mampu memenangi hati pengundi......kenapa pihak lawan pula dipersalahkan? Ini menunjukkan rakyat tidak pandang kepada penguasa penindas dan cakap tak sama bikin (pembohong dan munafik) Mereka seharusnya pandang dan menilai kemarahan rakyat! Sepatutnya mereka menerima pengajaran dari dua PRK ini dan menilai kembali tindak tanduk mereka dalam mentadbir negara bukan menjarah negara...... PKR menang hasil manipulasi – Zahid Faiz Zainudin | May 8, 2015 BN akan menangani segera isu-isu nasional yang ditimbulkan pembangkang supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat. Ahmad-Zahid-Hamidi_spr_bn_600 PETALING JAYA: Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akur dengan penolakan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Katanya, walaupun BN tewas, terdapat perubahan dari segi sokongan undi kepada parti itu. "Tahniah dan syabas kepada pengundi-pengundi yang selama ini berstatus hitam kini telah mula memberi dokongan kepada Barisan Nasional. "Ini adalah satu kemenangan moral BN di Permatang Pauh," katanya dalam satu kenyataan sebaik keputusan diumumkan pada Khamis. Di sebalik kemenangan PKR, Zahid mendakwa ia adalah hasil memanipulasi pembangkang terhadap isu nasional. "Isu-isu nasional yang dimanipulasi oleh pembangkang harus ditangani segera melalui penjelasan yang berkesan agar tidak menjadi barah dalam minda masyarakat," katanya. Katanya, berdasarkan peningkatan sokongan, ia menunjukkan bahawa penduduk Permatang Pauh telah mula sedar, sejak 17 tahun lalu, PKR telah gagal melaksana amanah yang diberikan. "Kita ingin lihat apakah yang termampu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terhadap masyarakat Permatang Pauh dalam masa 3 tahun," katanya. PRK Permatang Pauh menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menang dengan memperolehi 30,316 undi, menewaskan calon BN Suhaimi Sabudin dengan 21,475 undi. Posted by mountdweller. | ||
Posted: 08 May 2015 02:15 AM PDT Friday, 8 May 2015 "Sebagai pendeposit Tabung Haji saya ada hak nak tanya "kalau info tak bocor, confirm lah duit simpanan kami digunakan untuk beli tanah 1MDB di TRX"? Terima kasih kpd yg bocorkan maklumat tersebut...." Kisah Lembaga Tabung Haji beli tanah dari 1MDB menjadi kecuh, riuh rendah gegak gempita satu negara dengan anggapan ianya suatu langkah bailout 1MDB...suatu jual beli dikatakan dilakukan dengan pantas dibawah pengetahuan dan mendapat restu dari Menteri yang bertanggung jawab menjaga kepentingan Tabung Haji itu sendiri. Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui blognya The Benchmark dengan memuat naik keseluruhan dokumen yang berkaitan, kemudiannya dikutip oleh beberapa blog. Dinafikan pada awalnya ianya berlaku oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling dan juga Ketua Bahagian UMNO Baling YB Dato' Seri Abdul Azeez Rahim tetapi membuat pusingan U setelah dikantoi oleh CEO Tabung Haji sendiri, akui memang wujud jual beli tersebut dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam kerana membocorkan dokumen-dokumen rahsia syarikat kepada umum. Tindakan pembocor rahsia itu telah mendapat pujian melangit dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat, Sdr Jamawi Jaafar melalui laman sosial FB akaunnya dengan menyatakan, tanpa pembocor maklumat menyalur dan membocorkan maklumat maka sah duit TH yang beliau salah seorang pendepositnya akan digunakan untuk beli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX). | ||
Abang KPN enggan ulas surat tunjuk sebab Umno MUZLIZA MUSTAFA Posted: 08 May 2015 01:30 AM PDT Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa berkaitan surat tunjuk sebab yang diterimanya buat masa ini. Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa berkaitan surat tunjuk sebab yang diterimanya buat masa ini. Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar menerima surat tunjuk sebab dari ibu pejabat parti itu yang menuntut penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam bantahan simbol salib di Taman Medan bulan lalu. Beliau, bagaimanapun enggan menjelaskan apa-apa mengenai perkara itu. Abdullah yang juga abang kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa buat masa ini. "Saya simpan komen saya dulu buat masa ini," kata Abdullah kepada The Malaysian Insider petang ini. Portal berita Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa ibu pejabat Umno mengeluarkan surat kepada ahli yang terlibat dalam protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya 19 April lalu. Menurut Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, "lebih kurang lima" ahli Umno terlibat dalam tunjuk perasaan berkenaan. Tengku Adnan dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata: "Kami sudah menulis kepada mereka yang berkenaan 'tolong, apa yang akan anda lakukan, ingat ini adalah sebuah negara yang berbilang kaum'. Kami juga sudah memberitahu mereka bahawa Umno tidak akan melindungi ahli yang terlibat dan membiarkan perkara itu." Menurut Malaysiakini, antara penerima surat itu adalah Abdullah dan bekas Ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan Munaliza Hamzah. Tengku Adnan berkata, ahli Umno juga diingatkan rakyat Malaysia sentiasa memerhatikan Umno kerana parti itu adalah komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada individu yang terbabit jika lembaga disiplin mendapati alasan yang diberikan tidak munasabah, kata setiausaha agung parti itu. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan kepada The Malaysian Insider siasatan polis ke atas kes itu hampir selesai. Polis mendapati walaupun Abdullah hadir dalam bantahan itu, beliau tidak terlibat secara langsung dalam protes berkenaan. "Itu apa yang kami kumpulkan dalam siasatan ini tetapi kami akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," kata Noor Rashid. Sementara itu, lawatan ke gereja Taman Medan menunjukkan tempat ibadat itu masih belum meletakkan semula simbol salib yang diturunkan selepas didesak penunjuk perasaan untuk berbuat demikian bulan lalu. Pimpinan gereja memberitahu media mereka akan menunggu arahan daripada ketua gereja mengenai perkara itu. Kerajaan Selangor, bagaimanapun menjelaskan bahawa gereja mempunyai hak untuk meletakkan salib itu semula. Pada 19 April lalu, kira-kira 50 orang yang berkumpul di luar gereja baru ketika upacara ibadat dijalankan menuntut salib yang diletakkan pada sebuah bangunan diturunkan kerana dianggap "mencabar Islam" dan boleh mempengaruhi akidah anak muda beragama Islam di kawasan itu. Gereja ini terletak di sebuah hujung deretan rumah kedai di kawasan komersial berhampiran beberapa rumah pangsa yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. – 7 Mei, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com | ||
Posted: 08 May 2015 12:45 AM PDT Dalam sejam, lebih 200,000 gambar melibatkan 35,000 pengguna di muat naik di How-Old.net – laman web suka-suka untuk meneka umur dan jantina berdasarkan potret. Daripada jumlah itu siapa sangka salah seorangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lebih menarik, laman kelolaan Microsoft yang sedang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu, meneka umur Najib sebagai 46 tahun. "Saya lihat ramai yang cuba teka umur. How-Old.net kata saya 46. "Umur sebenar saya 61," tulis Najib di Facebook beliau dengan hashtag #ILoveThisWebsite dan #HowOldRobot. Bagaimanapun, malangnya, tidak semua pengguna Internet 'sporting' dan melayan jenaka itu. Malah, ramai daripada mereka mengambil peluang mengulas di ruangan komen mensasarkan pemimpin nombor satu negara itu. Seorang pengguna menggunakan nama JY Hon misalnya menampal laporan berita berkaitan ucapan sultan Johor dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam yang mengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Malaysiakini | ||
Bayi meninggal tercerut kain buaian Posted: 08 May 2015 12:00 AM PDT Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia akibat terjerut kain buaian di rumah keluarganya di Taman Century Garden di Johor Bahru kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Wahib Musa berkata Brian Lim meninggal ketika ibunya mahu menghantar bayinya ke klinik berhampiran kira-kira 4.30 petang. "Sebelum kejadian, ibunya memberi makan kepada ketiga-tiga anaknya sebelum menyuruh mereka masuk tidur di bilik utama. Mangsa diletakkan dalam kain buaian. "Setelah itu dia masuk ke dapur membuat kerja rumah dan setelah selesai, dia masuk semula ke bilik berkenaan namun mendapati mangsa telah terjatuh ke bahagian lapis sarung nyamuk kain buaian itu dengan kepalanya tergantung keluar," kata Abdul Wahib yang dihubungi Bernama semalam. Beliau berkata panik dengan kejadian itu, ibu berkenaan terus mengangkat badan anaknya itu namun mendapati mangsa tidak lagi bergerak. "Dia cuba menyelamatkan anaknya dengan memanggil ambulans untuk ke klinik berhampiran. Namun apabila ambulans sampai, mangsa sudah tidak bernyawa. "Suaminya yang sedang bekerja di Singapura sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu," kata Abdul Wahib. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan